contoh minit mesyuarat kantin

Upload: lacusochan

Post on 03-Apr-2018

3.529 views

Category:

Documents


230 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Contoh Minit Mesyuarat Kantin

    1/4

    MINIT MESYUARAT KANTIN DAN RMT KALI PERTAMA TAHUN 2013

    Kehadiran :

    1. Pn. Maznah Bt Mohamad Zin (Pengerusi)

    2. Pn. Masita Bt Abd. Wahab (Penyelaras)

    3. Pn. Roslina Bt Mohd (Setiausaha)

    4. Pn. Selmah Bt Yahya (Pengusaha)

    5. Pn. Anita Bt Muda

    6. Pn. Salemiah Bt Abd Ghani

    7. Pn. Nik Kamsiah Bt Nik Mahmud

    8. Pn. Aida Bt Omar

    9. Pn. Zawiyah Bt Tahar

    10. Pn. Zawiah Bt Ismail

    11. Pn. Nur Afiza Bt Aziz

    12. Pn. Wan Mazlihah Bt Wan Omar

    13. En. Ismail Bin Man

    14. En. Supian Bt Mamat

    15. En. A. Karim Bt A. Rahman

    Tarikh : 20 Februari 2013

    Hari : Rabu

    Masa : 1.15

    Tempat : Kantin sekolah

    SEKOLAH KEBANGSAAN TELUK MENARA

    21210 KUALA TERENGGANU

    KUALA TERENGGANU.

    TEL: 09- 6156686

  • 7/28/2019 Contoh Minit Mesyuarat Kantin

    2/4

    Agenda

    1.0 Ucapan Pengerusi

    Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan surah Al Fatihah. Beliau

    mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa dan mengalu -

    alukan kehadiran pengusaha kamtin Puan Selmah Bt Yahya ke mesyuarat kali

    pertama kantin dan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) 2013.

    2.0 Tugasan Guru Bertugas Harian

    2.1 Guru guru telah diberi tugasan masing masing pada buku takwim

    sekolah 2013.

    2.2 Guru guru yang bertugas diminta memantau kebersihan kantin dan

    perjalanan RMT.

    2.3 Buku laporan RMT telah disediakan. Guru guru yang bertugas diminta

    merasa makanan RMT dan direkod di dalam buku laporan.

    Tindakan : Semua guru

    3.0 Laporan Kantin dan RMT

    3.1 Terdapat beberapa jenis makanan yang dijual di kantin tidak sesuai dijual

    kepada murid murid.

    Contih : Makanan ringan, minuman berkarbonat.

    Tindakan : Semua guru.

    3.2 Penjual di kantin hendaklah menggunakan penyepit makanan semasamengisi makanan kepada murid.

    3.3 Penjual hendaklah memakai apron. Pakaian penjual mestilah mengikut

    peraturan yang telah ditetapkan seperti berkasut.

    3.4 Pinggan makanan tidak dibenarkan diletakkan bertindan dengan piggan

    yang lain.

  • 7/28/2019 Contoh Minit Mesyuarat Kantin

    3/4

    Tindakan : Pengusaha kantin

    3.5 Bagi RMT untuk tahun 2013 murid-muris yang layak ialah seramai 85

    orang dengan harga RM1.80 setiap seorang.

    3.6 Buku kedatangan RMT telah diedarkan diminta guru-guru kelas

    mengemaskini kedatangan murid setiap hari.

    3.7 Masa untuk RMT bermula 7.00 7.30 pagi. Murid-murid diminta datang

    awal mengikut masa yang ditetapkan.

    Tindakan : Guru dan murid

    3.8 Kuantiti makanan yang diisi ke dalam pinggan mestilah bersesuaian

    dengan harga.

    3.9 Pengusaha kantin diminta menyediakan makanan kepada dua orang guru

    setiap hari untuk dirasa.

    4.0 Hal-hal lain

    4.1 Encik Ismail Man mencadangkan pengusaha kantin menyediakan bekas

    makanan panas untuk guru dan mempelbagaikan menu guru dan murid.

    Tindakan : Pengusaha kantin

    4.2 Pengerusi meminta guru-guru bertugas memantau tahap kebersihan

    kantin dan perjalanan RMT untuk mengelakkan keracunan makanan.

    Tindakan : Semua guru

    4.3 Pengerusi juga berharap guru-guru dan pengusaha kantin bekerjasama

    menceriakan kantin sekolah.

  • 7/28/2019 Contoh Minit Mesyuarat Kantin

    4/4

    5.0 Penutup

    Pengerusi mengharapkan semua guru dapat memberikan komitmen sepenuhnya

    demi kebaikan murid-murid. Mesyuarat diakhiri dengan bacaan surah Al-Asr.

    Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

    Disediakan oleh,

    (PUAN ROSLINA BT MOHD)

    Setiausaha Kantin dan RMT,

    SK Teluk Menara,

    Kuala Terengganu.

    Disemak oleh,

    (PUAN MAZNAH BT MOHAMMAD ZIN)

    PK Hal Ehwal Murid,

    SK Teluk Menara,

    Kuala Terengganu.