kajian tindakan program pemulihan... · web viewdalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan...

78
Kajian Tindakan 141 BAB 11 KAJIAN TINDAKAN Dalam bab ini isi kandungan berikut dihuraikan: Kajian Tindakan Dalam Perkembangan Profesional Guru sebagai penyelidik Latar belakang Sejarah Kajian Tindakan Konsep dan Definisi Kajian Tindakan Model Kajian Tindakan Asas teori Kajian Tindakan Prinsip pendekatan kajian tindakan Proses kajian tindakan Strategi dan teknik pengumpulan data Konsep asas analisis data kuantitatif serta alat statistik yang sesuai terutamanya statistik huraian Proses dan prosedur analisis dan interpretasi data kualitatif Pengurusan data temu bual dan pemerhatian Analisis data temu bual dan pemerhatian Interpretasi data kualitatif Asas penulisan proposal dan laporan kajian tindakan 11.1 PENGENALAN KEPADA KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN HASIL PEMBELAJARAN 1. Menyenaraikan ciri-ciri guru yang professional 2. Menghuraikan konsep guru sebagai penyelidik 3. Menghuraikan latar sejarah kajian tindakan serta perkembangannya 4. Menghuraikan konsep dan definisi kajian tindakan 5. Menganalisis beberapa model kajian tindakan ISI KANDUNGAN

Upload: others

Post on 07-Aug-2021

28 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 141

BAB 11

KAJIAN TINDAKAN

Dalam bab ini isi kandungan berikut dihuraikan:

Kajian Tindakan Dalam Perkembangan Profesional Guru sebagai penyelidik Latar belakang Sejarah Kajian Tindakan Konsep dan Definisi Kajian Tindakan Model Kajian Tindakan Asas teori Kajian Tindakan Prinsip pendekatan kajian tindakan Proses kajian tindakan Strategi dan teknik pengumpulan data Konsep asas analisis data kuantitatif serta alat statistik yang sesuai terutamanya statistik

huraian Proses dan prosedur analisis dan interpretasi data kualitatif Pengurusan data temu bual dan pemerhatian Analisis data temu bual dan pemerhatian Interpretasi data kualitatif Asas penulisan proposal dan laporan kajian tindakan

11.1 PENGENALAN KEPADA KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyenaraikan ciri-ciri guru yang professional2. Menghuraikan konsep guru sebagai penyelidik3. Menghuraikan latar sejarah kajian tindakan serta perkembangannya4. Menghuraikan konsep dan definisi kajian tindakan5. Menganalisis beberapa model kajian tindakan

ISI KANDUNGAN

Profesionalisme: Konsep dan Ciri

Agak sukar kadang-kadang untuk memahami perbezaan di antara istilah-istilah seperti perkembangan profesionalisme, pendidikan professional berterusan, perkembangan staf, latihan dalam perkhidmatan, perkembangan sumber manusia dan latihan. Kesukaran ini sebahagiannya disebabkan oleh penggunaan istilah-istilah tersebut secara bertukar ganti. Oleh itu, definisi yang dibentuk oleh Bredeson (2003) berdasarkan pengalaman peribadi,

Page 2: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 142

penyelidikan dan literatur terkini mungkin dapat membantu dalam memahami makna perkembangan profesionalisme. Mengikut beliau, ‘Profesional development refers to learning opportunities that engage educators’ creative and reflective capacities in ways that strengthen their practice’ (ms. 34). Terdapat tiga konsep penting yang terkandung dalam definisi tersebut iaitu peluang pembelajaran, keterlibatan dalam kebolehan kreatif dan reflektif, dan peningkatan amalan.

Dalam konteks kerja guru, konsep perkembangan profesionalisme mengandaikan peningkatan keprofesionalan guru. Perkembangan profesionalisme adalah merupakan proses yang melibatkan guru memperolehi pengetahuan dan kemahiran yang penting untuk amalan profesionalisme yang berkesan di setiap tahap perkembangan kerjayanya.

Perbincangan tentang mengajar sebagai satu profesion berfokus kepada setakatmanakah kerja-kerja mengajar patuh kepada kriteria yang biasanya digunakan dalam membezakan di antara bidang professional dan bukan professional. Carr & Kemmis (1985) menjelaskan biasanya terdapat beberapa kriteria utama yang sering dikaitkan dengan sesuatu profesion. Yang pertamanya berkaitan dengan metod dan prosedur yang digunakan oleh ahli-ahli profesion adalah berasaskan pengetahuan teoretikal dan penyelidikan. Profesion perubatan, undang-undang dan kejuruteraan misalnya, yang dianggap sebagai bidang professional adalah disebabkan prosedur dan metod pekerjaan mereka melibatkan teknik dan kemahiran yang disokong oleh ilmu dan pengetahuan yang dihasilkan secara sistematik. Keduanya, berkaitan dengan komitmen setiap ahlinya terhadap kesejahteraan pelanggan mereka. Berasaskan kepada kod etika yang dipersetujui oleh ahli-ahli profesion tersebut, kepentingan pelanggan diberi keutamaan. Ketiganya, untuk menjamin yang mereka boleh sentiasa bertindak untuk kepentingan pelanggan, ahli-ahli profesion mempunyai hak untuk membuat penilaian dan keputusan yang autonomous, bebas daripada kekangan dan kawalan luaran yang tidak professional. Autonomi professional ini biasanya beroperasi di peringkat individu dan kumpulan. Secara individu, seorang profesional membuat keputusan secara bebas tentang bentuk tindakan khusus yang boleh digunakan dalam sebarang situasi. Secara bersama, ahli-ahli professional mempunyai hak untuk menentukan apakah bentuk polisi, organisasi dan prosedur yang menjadi asas urustadbir profesion mereka secara keseluruhan.

Jelaslah bahawa keprofesionalan sesuatu bidang tugas itu mempunyai dua dimensi utama: peningkatan status dan peningkatan amalan. Peningkatan status melibatkan usaha sesuatu profesion untuk memenuhi kriteria yang mencirikan jenis profesion yang unggul/ideal atau, bagi profesion yang telah mantap, ia melibatkan usaha untuk mengekal dan meningkatkan kedudukan istimewanya. Dari segi dimensi meningkatkan amalan pula, melibatkan peningkatan berterusan pengetahuan dan kemahiran pengamal. Dalam pengertian ini, keprofesionalan boleh disamakan dengan perkembangan profesional.

Page 3: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 143

Bahan-bahan literatur berkaitan dengan perkembangan profesional guru menunjukkan terdapat lima set proses utama yang dialami oleh seseorang individu guru dalam perkembangannya. Mengikut Sparks & Loucks Horsley (1989), jenis-jenis proses tersebut adalah seperti berikut:

Pembelajaran kendiri - pembelajaran informal (secara individu atau berkumpulan dan penyertaan dalam persatuan profesional guru)

Perkembangan melalui pemerhatian dan maklumbalas - sama ada proses secara formal ataupun usaha sendiri

Penglibatan dalam proses perkembangan dan peningkatan - seperti perkembangan kurikulum, perkembangan projek

Kursus - mengikuti kursus-kursus pendek, seminar, bengkel, kursus-kursus di universiti Penyelidikan di dalam sekolah dan antara sekolah

Lomax P., (1999) pula mengemukakan konsep profesionalisme berasaskan penyelidikan bagi membangunkan komuniti kajian tindakan dan pembelajaran kendiri. Beliau berpendapat mengajar bukan pekerjaan yang homogeneous kerana terdapat banyak golongan lain yang terlibat sama dalam profesion pendidikan termasuk penyelidik pendidikan yang mungkin terdapat di sekolah, universiti dan lain-lain institusi. Disebabkan terdapatnya kepelbagaian dalam pendidikan, ini menyediakan asas kepada pembentukan dialektik yang menyediakan agenda dailog berterusan di kalangan pengamal untuk peningkatan amalan. Salah satu cara untuk mencapai peningkatan ini adalah melalui kajian tindakan dan pembelajaran kendiri yang merupakan aspek penting dalam profesionalisme berasaskan penyelidikan.

Guru sebagai penyelidik

Apakah dia penyelidikan guru? Ia merupakan aspek yang luas dan penting dalam perkembangan bukan sahaja penyelidik guru tetapi juga rakan sekerja dengan siapa dapatan kajian dikongsi sama ada semasa menulis laporan kajian ataupun dalam konferen atau perjumpaan. Kesan positif menjalankan penyelidikan dalam bilik darjah adalah banyak, kerana tanpa kajian kita akan kehilangan sumber yang berharga dalam perkembangan sebagai guru dan juga pelajar kita.

Guru memilih untuk menjalankan penyelidikan atas beberapa sebab. Pertama, guru bertindak sebagai penyelidik semasa guru membina teori tentang situasi kerja mereka melalui refleksi, inkuiri dan tindakan. Seterusnya guru bertindak sebagai perekabentuk kurikulum berasaskan dapatan kajian mereka. Guru berperanan sebagai guru apabila mereka menyesuaikan amalan mereka berdasarkan kesimpulan yang dibuat dalam kajian. Jelasnya ketiga-tiga peranan ini adalah penting dalam perkembangan guru sebagai penyelidik dan pengamal bilik darjah. Tanpa menjalankan kajian, mungkin guru boleh menghalang perkembangan mereka sendiri.

Page 4: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 144

Oleh itu melalui penyelidikan yang dijalankan guru boleh membuat keputusan yang termaklum bagi meningkatkan amalan mereka dengan mengetahui apakah perubahan yang perlu dilakukan dalam pengajaran dan tahu bagaimanakah untuk menilai impak perubahan yang dilakukan. Menjalankan penyelidikan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan professional guru. Ia menyediakan ruang bagi guru untuk belajar tentang diri mereka, pelajar mereka dan dapatan kajian guru lain.

Menurut Wolfe (1989):

“Teachers often leave a mark on their students, but they seldom leave a mark on their profession. Through the process and product of action research, teachers will do both” . Manakala menurut Hitchcock dan Hughes (1989) pula, “..teachers themselves have little regard for the findings of conventional educational research, seeing it as having limited, if any, practical value. They are especially critical, it is contended, of the divorce (as they perceive it) between theory and practice...The obscurity of the language and the high level of generality implied in much research has often resulted in teachers perceiving this work as being remote and divorced from their needs and situation.”

(ms. 4)

Pandangan di atas menunjukkan bahawa guru memerlukan tradisi penyelidikan yang sesuai dengan teori dan amalan mereka yang dapat menyumbang terhadap peningkatan pengajaran dan pembelajaran. Satu tradisi penyelidikan yang berkembang dalam konteks pendidikan. Bilik darjah adalah merupakan makmal yang ideal untuk menguji teori-teori pendidikan. Guru sebenarnya di kelilingi oleh sumber-sumber yang kaya yang boleh dijadikan bahan penyelidikan. Stenhouse (1975) berpendapat bahawa jika guru hendak merealisasikan aspirasi pedagogi mereka, adalah perlu mereka menganggap peranan mereka sebagai penyelidik. Penyelidikan perlu dijadikan sebagai salah satu tugas utama guru.

Dalam konteks yang sama, Donald Schon (1983) menyarankan perubahan amalan guru dari berbentuk ‘technical rationality’ kepada ‘reflective rationality’ yang menekankan amalan refleksi sebagai asas perkembangan profesional. Schon mengemukakan konsep ‘reflection-in-action’ dan ‘knowing-in-action’ sebagai proses penyelidikan yang menjadi saluran untuk perkembangan ilmu profesional dan peningkatan praktis profesional. Elliott (1993) pula menekankan betapa perlunya refleksi yang sistematik sebagai cara untuk mempertingkatkan mutu keputusan dan tindakan profesional yang dibuat oleh seseorang guru. Refleksi tersebut adalah bercorak peribadi, refleksif dan kritikal. Elliott telah mengutarakan paradigma sains praktikal yang merangkumi konsep guru sebagai penyelidik dan pengamal reflektif. Proses ini melibatkan penyelidikan tindakan dan inkuiri tindakan. Bagi Elliott, perubahan pendidikan perlu berlandaskan inkuiri yang sistematik.

Carr (1989) pula berhujah bahawa kualiti pengajaran tidak boleh dipertingkatkan melainkan dengan mempertingkatkan keupayaan guru untuk merealisasikan nilai-nilai pendidikan mereka menerusi praktis amalan mereka. Beliau selanjutnya menegaskan bahawa ini mesti melibatkan proses penyelidikan di mana guru membuat refleksi tentang praktis mereka serta menggunakan hasil refleksi tersebut untuk membina semula secara sistematik praktis mereka. Proses ini akan menjadikan guru lebih memahami tugas dan tanggungjawab mereka supaya benar-benar dapat meningkatkan kualiti amalan mereka.

Page 5: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 145

Gagasan guru sebagai penyelidik ini perlu dikembangkan dengan penglibatan pakar-pakar penyelidik dalam membimbing guru untuk melakukan penyelidikan yang boleh membentuk budaya menyelidik dan reflektif. Budaya ini didapati telah dapat meningkatkan keberkesanan guru yang seterusnya dapat menyumbang kepada kualiti pendidikan.

Dalam era yang pantas berubah ini, para pendidik perlu sentiasa meneliti peranan mereka supaya dapat menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang berlaku. Para pendidik bukan sahaja perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang terkini tetapi juga perlu dapat menyesuaikan diri dengan budaya dan teknologi baru. Dengan itu perlulah seseorang pendidik itu sentiasa merenung, menyoal dan menyelidik peranan dan tugas mereka. Pendidik yang sedia membuat kritikan kendiri, menyelidik kesan-kesan aktiviti pengajaran-pembelajaran serta mengubahsuai perlakuan dengan sewajarnya. Amalan pengajaran perlu dijadikan sebagai amalan pendidikan yang lebih kritis terhadap perlakuan sendiri.

Kajian tindakan bertujuan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan amalan menerusi perkembangan peribadi dan professional seseorang guru dengan bertanggungjawab ke atas tindakan mereka dalam mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan dinamis. Oleh itu, kajian tindakan dan guru berkembang dalam aktiviti-aktiviti perkembangan kurikulum berasaskan sekolah dan perkembangan professional guru. Dalam konteks guru dan kajian tindakan, guru yang terlibat dalam kajian tindakan selalunya ingin mengkaji konteks di mana mereka berada dan bekerja sebab mereka ingin kajian yang dijalankan memberi satu perubahan dan perbezaan dalam persekitaran kerja mereka

Hubungan kajian tindakan dan perkembangan profesional guru mungkin berkembang dalam ruang pemikiran yang melihat guru sebagai seorang profesional yang mempunyai tanggungjawab dan jangkaan seperti berikut:

Profesional adalah dijangka melakukan kerja yang bukan rutin dan melakukannya secara kreatif.

Profesional adalah dijangka mempertimbangkan pelbagai prespektif semasa membuat keputusan

Profesional memainkan peranan signifikan dalam menghasilkan pengetahuan dan celik akal yang memacu profesionnya ke hadapan

Profesional adalah dipertanggungjawabkan menggunakan dan mengamal amalan-amalan yang terbaik (Sagor, 2000)

Page 6: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 146

Bagi guru yang professional, melalui kajian tindakan mereka akan dapat melihat bahawa kerja mengajar adalah bukan sesuatu yang rutin. Ini memandangkan bahawa setiap strategi yang digunakan adalah bergantung kepada situasi dan konteks. Tidak ada satu strategi yang sesuai digunakan untuk semua kelas, murid atau konteks. Oleh itu, melalui kajian tindakan guru dapat melihat strategi mana yang sesuai digunakan dalam situasi dan keadaan yang bagaimana. Ini menjadikan kerja mengajar itu bukan sesuatu yang rutin dan sama sahaja sepanjang masa.

Latar Sejarah dan Falsafah

Sebagai satu pendekatan kajian, terdapat beberapa asas disiplin dan epistemologi yang menjadi asas perkembangan kajian tindakan. Terdapat pelbagai asas pemikiran yang menyumbang kepada pembentukan beberapa jenis kajian tindakan. Bab ini akan cuba membentangkan latar sejarah perkembangan kajian tindakan dengan memaparkan tokoh-tokoh dan pemikirannya yang telah memberi sumbangan kepada kajian tindakan dalam pelbagai bidang disiplin terutama disiplin sains sosial. Kajian tindakan dalam bidang pendidikan juga memperlihatkan perkembangan yang seiring dengan konsep guru sebagai penyelidik dan pengamal reflektif. Asas teori dan konseptual kajian tindakan dibincangkan untuk melihat apakah andaian dan rasional kajian tindakan dijalankan dan apakah kepentingannya kepada penyelidikan terutama kepada guru.

Sejarah kajian tindakan telah banyak dibincang dan didokumenkan dengan baik. Penulis-penulis seperti Adelman (1993) dan Kemmis, (1982) misalnya banyak membicarakan tentang latar belakang perkembangan kajian tindakan mengikut sudut-sudut pandangan tertentu. Smith (2001) telah membahagikan perkembangan kajian tindakan mengikut kem-kem tertentu. Beliau merujuk kepada tradisi British yang khususnya berkait dengan pendidikan, yang lebih melihat kajian tindakan sebagai kajian yang berorientasi kearah peningkatan amalan secara langsung. Ini dapat dilihat dengan lebih jelas lagi sebagaimana pandangan yang diberikan oleh Carr dan Kemmis (1986) seperti berikut:

‘Action research is simply a form of self-reflective enquiry undertaken by participants in social situations in order to improve the rationality and justice of their own practices, their understanding of these practices, and the situations in which the practices are carried out.’

(1986, ms. 162)

Namun begitu, asal usul kajian tindakan selalu dikaitkan dengan kerja-kerja Kurt Lewin (1880-1947) di Amerika Syarikat. Beliau dikatakan sebagai orang yang mula-mula menggunakan perkataan ‘action research’ (kajian tindakan) kira-kira dalam tahun 1934. Pada pertengahan

Page 7: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 147

tahun-tahun 1940an, Kurt Lewin dikatakan telah membentuk teori kajian tindakan yang menjelaskan kajian tindakan sebagai, “….proceeding in a spiral of steps, each of which is composed of planning, action and the evaluation of the result of action” (Kemmis & McTaggert, 1990:8). Dan seterusnya Lewin menyarankan bahawa untuk memahami dan mengubah amalan-amalan sosial tertentu, ahli-ahli sains sosial perlu melibatkan pengamal daripada dunia sosial sebenar dalam semua fasa inkuiri (McKernan 1991:10)

Kajian tindakan telah berkembang di Amerika Syarikat dengan ramai peminat dan pengikutnya sejak awal abad ke 20 (Wallace, 1987). Bagi Bogdan & Biklen (1992) kajian tindakan pada masa itu difahamkan sebagai, “the systematic collection of information that is designed to bring about social change”, (ms. 223). Mengikut McKernan (1996), sejak itu kajian tindakan telah dipengaruhi oleh ramuan sejarah dan falsafah seperti berikut:

i. Gerakan Sains dalam Pendidikan di abad ke 19 dan awal abad ke 20 di mana metod saintifik telah digunakan dalam pendidikan. Bukti nya adalah melalui penulisan buku tentang penggunaan metod saintifik dalam pendidikan oleh penulis-penulis seperti Alexander Bain (Bain, 1879), Richard G. Boone, (Boone, 1904); dan yang paling menonjol adalah buku hasil tulisan Burdette Ross Buckingham yang bertajuk “Research for Teachers”, (Buckingham, 1926)

ii. Pemikiran pendidikan eksperimentalis dan progresif, terutama kerja-kerja John Dewey yang menggunakan metod induktif saintifik penyelesaian masalah sebagai logik untuk menyelesaikan masalah dalam bidang-bidang seperti estetika, falsafah, psikologi dan pendidikan.

iii. Gerakan Dinamika Kelompok dalam psikologi sosial dan latihan hubungan kemanusiaan yang bergerak dalam abad ke 19 untuk menangani masalah sosial era tersebut melalui inkuiri sosial kualitatif. Sekali lagi gerakan ini digunakan dalam tahun-tahun 1940an untuk menangani masalah berkait dengan hubungan antara kelompok, prasangka kaum dan pembangunan semula sosial, yang merupakan kesan bahang Perang Dunia Ke 2 pada masa itu. Penyelidik yang banyak terlibat pada masa ini adalah Kurt Lewin (1880-1947). Asal usul kajian tindakan selalu dikaitkan dengan kerja-kerja beliau di Amerika Syarikat. Bagi beliau penyelidikan yang diperlukan untuk mengkaji amalan sosial adalah lebih sesuai dicirikan sebagai penyelidikan untuk pengurusan sosial atau perekayasaan sosial (social engineering). Ia adalah merupakan satu jenis kajian tindakan yang meneliti keadaan dan kesan pelbagai bentuk tindakan sosial. Asas kepada model Lewin adalah penyelidikan mengandungi gelungan tindakan termasuk analisis, pengumpulan fakta, pengkonseptualan, perancangan, perlaksanaan dan penilaian tindakan.

Page 8: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 148

iv. Dalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik di Massachusetts Institute of Technology di Amerika, dan di Tavistock Institute, di United Kingdom.

v. Aktiviti perkembangan kurikulum rekonstruksionis pasca perang di Amerika Syarikat yang melibatkan penulis-penulis rekonstruksionis sosial pasca perang menerajui dan mempopularkan penggunaan kajian tindakan dalam pendidikan. Stephen Corey (Corey, 1953) adalah penulis yang menerajui gerakan ini dan beliau percaya kajian tindakan boleh mengubah dan meningkatkan amalan kurikulum secara signifikan sebab pengamal sendiri menggunakan hasil kajian dalam kajian dan amalan mereka.

Kajian tindakan seterusnya berkembang mengikut aliran pemikiran yang berbeza, termasuklah kumpulan kajian tindakan Amerika Syarikat yang asal-usul pemikiran mereka berasaskan gerakan pendidikan progresif yang banyak berkembang dalam kerja-kerja Dewey. Di United Kingdom pula kajian tindakan berkembang dalam pembaharuan-pembaharuan kurikulum serta perkembangan profesionalisme dalam pengajaran (Elliott, 1991), dan di Australia, kajian tindakan berkembang dalam gerakan-gerakan ke arah perancangan kurikulum secara kolaboratif (Kemmis, 1990).

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Kajian tindakan telah mendapat tempat yang baik di kalangan ahli-ahli pendidik terutama sekali dalam konteks perkembangan profesional dan pembuatan keputusan berasaskan data. Asas teoretikal kajian tindakan dalam pendidikan adalah banyak berkisar kepada kepentingan yang diberi oleh John Dewey kepada pengalaman manusia dalam penjanaan pengetahuan. Di samping itu, Schon dengan konsep pengamal reflektif nya juga telah menggunakan pengalaman guru dan lain-lain pengamal sebagai sumber pengetahuan tentang pengajaran.

Idea pengamal pendidikan menjalankan penyelidikan di sekolah telah berjalan seawal akhir abad ke sembilan belas dan awal abad ke dua puluh bersama gerakan kajian saintifik dalam pendidikan. Guru telah dilihat sebagai barisan hadapan dalam pengumpulan data yang bekerja secara saintifik dalam bilik darjah mereka. Selaras dengan gerakan saintifik dalam pendidikan ini adalah gerakan progresif yang dipelopori oleh Dewey.

Pada awal tahun 1950an, kajian tindakan telah dikembangkan dalam bidang pendidikan terutamanya oleh Corey (1949, 1953, 1954) di Columbia Teachers College yang percaya bahawa guru akan mendapati dapatan kajian mereka adalah lebih berguna daripada yang dijalankan oleh orang luar. Corey yang pada masa itu menjadi pegawai eksekutif Horace Mann-

Page 9: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 149

Lincoln Institute for School Experimentation, menggalakkan stafnya berkolaborasi dengan guru-guru dalam menjalankan penyelidikan.

Gerakan penyelidik-guru merupakan titik penghijrahan yang kritikal dari pandangan konvensional dalam penyelidikan kurikulum kepada pandangan guru sebagai penyelidik dan pengamal reflektif. Di Britain, kerja-kerja penyelidikan Lawrence Stenhouse dalam tahun-tahun 60an dan 70an melalui Humanities Curriculum Projects serta bukunya yang berpengaruh bertajuk “An Introduction to Curriculum Research and Development” yang diterbitkan pada tahun 1975, memaparkan tesis utama pemikiran beliau yang mengatakan bahawa pengajaran perlulah berlandaskan kepada penyelidikan dan penyelidikan dan perkembangan kurikulum adalah merupakan bidang tugas guru; oleh itu melalui penyelidikan kurikulum guru akan dapat meningkatkan kefahaman tentang kerja mereka dan seterusnya pengajaran mereka dapat dipertingkatkan.

Kerja-kerja Lawrence Stenhouse tersebut telah dikembangkan oleh beberapa penyelidik melalui projek-projek penyelidikan seperti Ford Teaching Project, yang diarahkan oleh John Elliott dan Clem Adelman, kerja-kerja oleh Nixon (1981), Hopkins (1985), Carr dan Kemmis (1986), Walker (1985) dan Winter (1989). Selain daripada itu, peranan yang dimainkan oleh persatuan seperti Classroom Action Research Network (CARN) dan the National Association for Race Relations, Teaching and Action Research (NARTAR) yang banyak menyebarluaskan hasil-hasil kajian tindakan. Pada tahun 1990, Kongres Dunia Pertama Kajian Tindakan telah diadakan di Australia.

Definisi Kajian Tindakan

Tidak dapat dinafikan bahawa memang banyak terdapat variasi dalam tradisi kajian tindakan seperti juga variasi di antara kajian tindakan dengan pendekatan penyelidikan konvensional. Sesetengah kajian tindakan berasaskan kumpulan dan sesetengahnya berasaskan individu; sesetengahnya dijalankan oleh penyelidik dalam konteksnya sendiri, dan sesetengahnya pula dijalankan oleh agen perubahan daripada luar organisasi dengan kerjasama dengan orang dalam; sesetengahnya menekankan penyertaan dan sesetengahnya pula tidak. Begitu juga dengan matlamat kajian tindakan yang bagi sesetengah orang melihatnya sebagai meningkatkan amalan atau membina individu-individu, manakala yang lain melihatnya sebagai mengubah amalan dan partisipan. Biasanya debat berkaitan kajian tindakan berkisar di sekitar isu-isu ini.

Definisi klasik tentang kajian tindakan yang pernah diutarakan oleh ahli-ahli kajian tindakan seperti berikut:

Page 10: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 150

Action Research is a three-step spiral process of (1) planning which involves reconnaissance; (2) taking actions; and (3) fact-finding about the results of the action.

(Kurt Lewin, 1947)

Action Research is the process by which practitioners attempt to study their problems scientifically in order to guide, correct, and evaluate their decisions and actions.

(Stephen Corey, 1953)

Dalam perkembangan kajian tindakan seterusnya, beberapa pandangan serta definisi yang lebih terkini telah dikemukakan. McKernan (1988) misalnya menjelaskan bahawa kajian tindakan sebagai

“a form of self-reflective problem solving, which enables practitioners to better understand and solve pressing problems in social settings” (ms.6)

Kemmis dan McTaggart (1990) pula mengatakan kajian tindakan adalah,

“a form of collective self-reflective inquiry undertaken by participants in social situations in order to improve the rationality and justice of their own social or educational practices, as well as their understanding of these practices and the situations in which these practices are carried out’ (ms. 5)

Bagi Rapoport (1970) pula,

‘action research aims to contribute both to the practical concerns of people in an immediate problematic situation and to the goals of social science by joint collaboration within a mutually acceptable ethical framework’ (ms. 499).

Manakala John Elliott pula mengatakan yang kajian tindakan,

“…concerned with the everyday practical problems experienced by teachers, rather than the ‘theoretical problems’ defined by pure researchers within a discipline of knowledge”

Walaupun terdapat perbezaan pendapat tentang istilah serta isu-isu dalam kajian tindakan, namun kebanyakannya bersetuju bahawa kajian tindakan adalah satu inkuiri yang dilakukan oleh atau bersama ‘orang dalam’ (insiders) di sesebuah organisasi atau komuniti, tetapi tidak kepada atau ke atas mereka. Ia merupakan satu proses reflektif yang dijalankan secara bertujuan dan sistematik, oleh individu atau kumpulan, yang biasa nya memerlukan satu bentuk bukti untuk menyokong sesuatu kenyataan, dan bermatlamat untuk mengubah atau

Page 11: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 151

meningkatkan amalan. Daripada definisi-definisi di atas terdapat empat tema asas yang timbul iaitu:

pengupayaan partisipan; kolaborasi melalui penyertaan; pemerolehan pengetahuan; dan perubahan sosial.

Model Kajian Tindakan

Untuk lebih jelas lagi, langkah-langkah di atas boleh dilihat melalui beberapa model yang telah dikemukakan seperti rajah 11.1.

Perancangan

Mereflek Bertindak

Memerhati

Rajah 11.1 Model Kajian Tindakan

Dalam perkembangan seterusnya, didapati beberapa model atau skema muncul yang dikemukakan oleh beberapa pengkaji seperti Stephen Kemmis, John Elliott, Dave Ebbutt Jack Whitehead dan lain-lain. Kemmis, Elliott dan Ebbutt dikatakan mengemukakan model yang lebih formal, preskriptif dan lari daripada konsep asal kajian tindakan yang dikemukakan oleh Lewin (McNiff, 2001). Bagi Kemmis, idea beliau tentang kajian tindakan berasaskan konsep asal Lewin, tetapi beliau telah mengembangkannya dengan membuat tambahan. Beliau mengembangkan modelnya dalam konteks pendidikan dan menggunakan istilah ‘educational action research’. Dalam buku beliau yang bertajuk “Action Research Planner’, beliau telah memperincikan penggunaan pendekatan kajian tindakan dalam pendidikan. Rajah 11.2 dapat menjelaskan sedikit sebanyak tentang model atau skema yang dikemukakan beliau.

Sumbangan Kemmis dalam meningkatkan penggunaan kajian tindakan terutamanya dalam pendidikan adalah banyak. Pengaruhnya telah memberi kesan secara langsung ke atas polisi pendidikan di Australia dalam usaha menggalakkan guru menjadi penyelidik reflektif ke atas amalan mereka sendiri.

Page 12: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 152

Elliott pula pada dasarnya bersetuju dengan langkah-langkah dan gelungan berurutan yang dikemukakan oleh Kemmis. Elliott telah mengembangkan lagi model Kemmis bagi membolehkan aliran yang lebih lancar berlaku antara tahap-tahap yang terdapat dalam proses kajian tindakan. Model yang dikemukakan oleh Elliott seperti yang terdapat dalam Rajah 11.3.

Rajah 11.2 Model Kajian Tindakan Kemmis

Page 13: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 153

Rajah 11.3 Model Kajian Tindakan Elliott

Mengenal pasti idea awal

Reconnaissance: mencari fakta dan analisis

Pelan Umum

Langkah tindakan 1

Langkah tindakan 2

Langkah tindakan 3

Pantau pelaksanaan dan kesannya

Reconnaissance: jelaskan sebarang kegagalan pelaksanaan dan kesan

Laksana langkah tindakan 1

Semak semula idea umum

Pelan diubah

Langkah tindakan 1

Langkah tindakan 2

Langkah tindakan 3

Pantau pelaksanaan dan kesannya

Reconnaissance: jelaskan sebarang kegagalan pelaksanaan dan kesan

Laksana langkah seterusnya

Page 14: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 154

Dalam perkembangan kajian tindakan selanjutnya, terdapat beberapa model kajian tindakan yang telah dikemukakan oleh beberapa penyelidik kajian tindakan yang lain yang lebih terkemudian yang berkembang di UK, Amerika Syarikat dan Australia. Di UK misalnya, Bridget Somekh (1989) telah mengembangkan lagi langkah-langkah kajian tindakan ini dengan lebih terperinci seperti yang terdapat dalam Rajah 11.4.

Model Somekh, (1989) 2. Mengumpul data 1. Mengenalpasti masalah @ 3. Menganalisis data/ Focus yang diminati Membentuk hipotesis 8. Putaran seterusnya 4. Merancang pelan Tindakan 7. Menganalisis dan 5. Melaksanakan pelan & menilai tindakan 6. Mengumpul data untuk mengesahkan perubahan

Rajah 11.4 Model Somekh

Di Australia juga, Stringer (2004) telah mencadangkan prosedur dan proses kajian tindakan seperti berikut:

Merekabentuk

Mengambil Tindakan Mengumpul Data

Menyampai Hasil Menganalisis Data

Rajah 11.5 Model Stringer

Page 15: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 155

Jack Whitehead pula mengemukakan konsep ‘a living educational theory’ (McNiff, 2001). Untuk menjalankan kajian tindakan yang lebih bermakna, beliau telah mengubah proses gelungan tindakan-refleksi kepada pola-pola pernyataan yang bertindak sebagai formula umum untuk mengurus masalah pendidikan yang praktikal secara sistematik. Cara nya adalah seperti berikut:

i. Saya mengalami masalah apabila sesetengah nilai-nilai pendidikan yang saya pegang dinafikan dalam amalan. (Contohnya, pelajar saya nampaknya tidak mengambil peranan yang aktif dalam pengajaran saya sebagaimana yang saya kehendaki)

ii. Saya menggambarkan cara penyelesaian kepada masalah tersebut. (Patutkah saya menyusun pengajaran saya supaya pelajar-pelajar boleh bertanya soalan? Patutkah saya mencuba kerja kumpulan atau latihan berstruktur?)

iii. Saya menjalankan cara penyelesaian yang digambarkan. (Saya mencuba verja kumpulan bermula pada pengajaran hari Selasa, dan saya memperkenalkan lembaran kerja berstruktur yang membawa kepada relajar-pelajar saya bertanya dan menjawab soalan-soalan tanpa pengawasan saya)

iv. Saya menilai hasil tindakan saya. (Ya, pelajar-pelajar saya telah lebih melibatkan diri, tetapi mereka membuat bising yang banyak. Juga, mereka masih bergantung kepada saya dalam mengerjakan lembaran kerja)

v. Saya membentuk semula masalah hasil daripada penilaian yang dibuat (Saya mesti cari cara untuk memujuk mereka terlibat dalam pengajaran tanpa membuat bising yang banyak. Saya mesti cari cara untuk menjadikan mereka lebih tidak bergantung kepada saya dalam perkembangan pendidikan dan pembelajaran mereka)

(Terjemahan: McNiff, 2001, ms. 38)

Berdasarkan beberapa model yang telah dibincangkan di atas, jelaslah bahawa prosedur dan proses kajian tindakan adalah mengikut proses satu gelungan langkah-langkah, dijalankan oleh satu kumpulan yang berusaha bersama-sama untuk membuat perubahan dan peningkatan amalan dalam situasi kerja sendiri. Sebagai rekabentuk yang menggunakan prosedur yang sistematik, kajian tindakan boleh dijalankan dengan langkah-langkah berikut:

i. Tinjauan (Reconnaissance)

Membentuk dan menentukan fokus kajian Mengenalpasti objektif kajian Memilih metod kajian Mengatur akses kajian Membina instrumen kajian Mengumpul data Mengurus dan menyusun data Analisis data

Page 16: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 156

ii. Perancangan

Merancang tindakan berdasarkan tinjauan awal serta maklumat yang berkaitan

iii. Pelaksanaan Tindakan

Menjalankan tindakan seperti yang telah dirancangkan

iv. Penilaian dan Refleksi

Menilai tindakan untuk melihat kesan tindakan yang telah dijalankan

Ilustrasi Proses Kajian Tindakan

Dalam bentuk dan proses yang paling ringkas, di bawah ini dikemukakan ilustrasi sinopsis proses kajian tindakan:

Sinopsis I

Keinginan untuk mengetahui apa yang berlaku

dalam kelas/pelajaran (dengan membuat rakaman

audio)

“Saya rasa seolah-olah saya agak cepat dalam

teknik penyoalan saya dan tidak memberi murid

masa yang cukup untuk membentuk jawapan

kepada soalan saya”.

Mengumpul data

Page 17: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 157

Keputusan:

“..meneroka lebih lanjut dan memastikan sama ada

hal ini merupakan amalan pengajaran saya atau

hanya dipengeruhi oleh keadaan masa itu”.

(membuat rakaman sekali lagi, disokong dengan

Pencerapan oleh rakan dan berbual-bual dengan

Murid selepas pelajaran)

“…saya dapati memang benar bahawa saya meminta

jawapan dengan cepat selepas mengemukakan soalan

dan agak kerap juga saya menjawab sendiri soalan

saya itu.”

Membuat rujukan

Saya merujuk kepada literatur yang membincangkan

perkaitan antara tempoh yang berlalu selepas guru

mengemukakan soalan dengan kualiti tindakbalas

murid.

Saya merasakan bahawa saya tidak memberi murid

cukup masa berfikir selepas mengemukakan sesuatu

soalan.

Ini menjejaskan proses berfikir mereka…..?

Tindakan

Mengesahkan andaian

Tafsiran

Page 18: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 158

Saya merangka satu rancangan bagi mengubah tingkah

Lakukan pengajaran saya dan menentukan untuk

memantau teknik penyoalan saya. Saya mengambil

masa yang agak panjang (lebih satu bulan) untuk

melaksanakan rancangan ini.

Saya mendapat bukti bahawa respons murid bertambah

baik – banyak jawapan aras tinggi. Dengan melibatkan

mereka dalam proses penilaian pengajaran saya, suasana

kelas menjadi bertambah baik. Murid nampaknya

bertambah komited untuk mengikuti pelajaran saya.

(Disesuaikan daripada laporan seorang guru: Hopkins: 1993)

Sinopsis II

Guru A : “…saya menghadapi masalah dengan salah sebuah kelas yang saya ajar. Kelas tersebut nampaknya tidak berminat terhadap pelajaran yang saya ajar…..”

Guru A & B : “..kami memutusakan untuk menyiasat dan mendapatkan maklumat tentang apa yang berlaku di kelas tersebut ketika guru A mengajar…”

Guru B : Saya mencerap beberapa pengajaran Guru A, serta membuat rakaman (audio) pengajaran tersebut. Kemudiannya kami berdua sama-sama meneliti catatan saya dan rakaman pengajaran serta berbincang.

Melaksanakan dan memantau

Page 19: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 159

Guru A : Kami membentuk beberapa hipotesis. Antaranya:

Kandungan pelajaran yang saya gunakan tidak merangsang murid Murid tidak dapat mengaitkan isi pelajaran dengan keperluan atau minat

mereka

Guru A : Saya mencari idea dan berusaha menggunakan isi pelajaran yang ada kaitan dengan minat atau pengalaman murid. Saya mengubahsuai jenis soalan, khususnya saya perbanyakkan soalan terbuka serta soalan yang saya sendiri tidak tahu jawapannya..

Guru A : Semasa saya mencuba perubahan-perubahan yang saya rancangkan itu, saya meminta Guru B memantau pengajaran saya selama satu minggu…

Guru A : Kami menonton rakaman tersebut dan berbincang. Kami dapati rakaman video menunjukkan interaksi yang lebih kompoloeks berlaku iaitu:

Penglibatan murid bertambah Murid lebih berminat Murid lebih kerap memberi cadangan Komunikasi lisan lebih natural

Guru A : “….saya telah diminta dan bersetuju untuk membuat pelaporan tentang apa yang telah saya buat kepada guru-guru lain….”

CADANGAN KAEDAH P&P, TEKNOLOGI, DAN PENAKSIRAN

Kuliah dan perbincangan, persembahan kumpulan menggunakan slaid PowerPoint, video klip pengajaran dan pembelajaran, dan laporan kajian tindakan.

Page 20: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 160

11.2 LANGKAH-LANGKAH MENJALANKAN KAJIAN TINDAKAN

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menghuraikan prosedur dan proses kajian tindakan2. Mengenalpasti masalah kajian 3. Merancang tindakan yang sesuai4. Menilai tindakan kajian yang dijalankan

ISI KANDUNGAN

IDEA UTAMA

Menjelaskan tentang prinsip pendekatan kajian tindakan, prosedur dan proses kajian tindakan yang biasanya digunakan oleh guru. Langkah-langkah umum seperti Tinjauan Awal, Merancang Tindakan, Menjalankan Tindakan, Memerhati dan Menilai, dan Refleksi akan dijelaskan dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.

Prinsip Pendekatan Kajian Tindakan

Pada umumnya prosedur dan proses kajian tindakan menggunakan kedua-dua pendekatan dan metod kuantitatif dan kualitatif. Sama ada menggunakan salah satu pendekatan atau menggunakan kedua-duanya sekali dalam satu kajian. Rekabentuk kajian tindakan merupakan prosedur yang sistematik dalam mengumpul dan menganalisis maklumat yang seterusnya mengambil tindakan yang sesuai untuk meningkatkan amalan serta pengurusan sesuatu tugasan pengajaran dan pembelajaran. Sebagai pendekatan penyelidikan yang berfokus dan praktikal, prosedur dan proses kajian tindakan berlaku dalam satu gelungan perancangan dan tindakan yang saling berkait yang pada umumnya merangkumi proses perancangan, tindakan dan penilaian hasil tindakan. Bergantung kepada latar belakang penyelidik, kajian tindakan boleh dijalankan di pelbagai tahap kompleksiti sosial dan pendidikan yang berbeza.

Mengikut McTaggart (1996) adalah bahaya kalau kita melihat kajian tindakan hanya sebagai satu prosedur yang mengikut gelung-gelung sahaja. Kajian tindakan bukan sahaja merupakan metod atau prosedur menjalankan kajian, tetapi yang lebih penting adalah merupakan komitmen untuk mengkaji dan menyelesaikan masalah melalui amalan berdasarkan beberapa prinsip menjalankan inkuiri sosial.

Kajian tindakan seperti yang dijelaskan pada awalnya oleh Lewin, bermula dengan langkah-langkah yang mengandungi perancangan, tindakan, pemerhatian dan penilaian hasil tindakan. Proses kajian tindakan bermula dengan idea umum yang menekankan bahawa

Page 21: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 161

peningkatan atau perubahan dalam kerja dan amalan adalah diperlukan. Kumpulan kemudiannya dibentuk untuk menjelas dan mengkaji keprihatinan bersama yang telah dikenalpasti. Kumpulan perlu membuat keputusan untuk bekerja bersama dan merancang strategi peningkatan terhadap keprihatinan yang telah dikenalpasti. (Kemmis & McTaggert, 1988, p.8-9).

Dalam prosedur kajian tindakan, ahli-ahli kumpulan akan:

i. membentuk perancangan yang mempunyai langkah-langkah tindakan yang bertujuan untuk meningkatkan amalan semasa. Perancangan perlulah lebih fleksibel bagi membolehkan ubahsuaian ke atas kesan atau kekangan yang tidak diduga

ii. menjalankan tindakan melaksanakan perancangan dalam situasi yang sistematik dan terkawal

iii. tindakan yang dijalankan direkodkan bagi memungut data untuk dibuat penilaian terperinci. Pemerhatian yang terancang perlu dilakukan sama ada secara individu mahupun secara berkumpulan

iv. refleksi ke atas tindakan yang dijalankan melalui pemerhatian yang telah dibuat menjadi panduan dalam perbincangan kumpulan. Refleksi kumpulan boleh membawa kepada pembinaan makna situasi sosial dan menyediakan asas untuk perancangan tindakan selanjutnya. Dengan itu, proses selanjutnya akan berterusan melalui gelungan selanjutnya. (Kemmis & McTaggert, 1988, pp.10-14; Zuber-Skerritt, 1992, p.16)

Proses Kajian Tindakan

Jelaslah bahawa terdapat pelbagai bentuk kajian tindakan yang boleh dijalankan. Walaupun bentuk kajian itu agak berbeza, namun setiap bentuk kajian mempunyai ciri am yang sama. Kajian tindakan dilaksanakan dalam bentuk gegelung yang merangkumi aktiviti: (i) mengenalpasti masalah, (ii) merancang tindakan, (iii) pelaksanaan tindakan, (iv) melakukan refleksi dan masuk ke gegelung kedua dengan merancang semula dan proses kajian berkenaan akan berulang sehingga ia mantap dan dapat mencari jalan penyelesaiannya

Langkah 1: Tinjauan Awal (Reconnaisance)

Mengenalpasti Masalah Kajian

Masalah merupakan satu perkara yang hendak dicari jalan penyelesaiannya. Sesuatu yang didapati tidak memuaskan, belum diselesaikan, terdapat kesukaran, sesuatu yang perlu diubah, sesuatu yang berjalan tidak seperti yang diharapkan. Melibatkan sesuatu yang menjadi perhatian, prihatin, minat penyelidik, keadaan yang hendak dipertingkatkan, kesukaran yang hendak dihapuskan, persoalan yang hendak dicari jawapannya. Oleh itu bukanlah satu perkara yang mudah bagi seseorang penyelidik untuk membina satu masalah yang mudah, ringkas, jelas dan lengkap.

Page 22: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 162

Masalah penyelidikan pada asasnya dimulakan dengan persoalan yang merupakan fokus atau tumpuan utama kepada penyiasatan penyelidik.

Contoh:

a. Adakah pengiraan menggunakan sampoa lebih cepat dan cekap daripada pengiraan menggunakan mesin kira ? (Penyelidikan Eksperimen)

b. Adakah penerangan tentang sifat-sifat orang Melayu pada masa dahulu dalam buku penulisan Munshi Abdulah mencerminkan ciri-ciri orang Melayu ketika itu? (Analisis Kandungan)

c. Apakah yang dilakukan oleh pelajar-pelajar luar bandar disetiap hujung minggu? (Kajian Ethnografi)

d. Adakah perlakuan guru berbeza apabila mengajar di kelas yang berbeza tahap pencapaiannya? (Kajian Perbandingan Bersebab – causal comparative research)

e. Bolehkah kita ramalkan pelajar yang manakah akan menghadapi masalah apabila mempelajari sains ? (Kajian Korelasi).

f. Apakah perspektif ibubapa terhadap penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan menengah? (Penyelidikan Tinjauan)

g. Bagaimanakah pengetua sekolah boleh meningkatkan motivasi guru-guru yang mengajar matematik? (Penyelidikan Temubual)

Memperkecilkan Topik Kajian

Keadaan ini membantu kita untuk mendapatkan data yang bertepatan dengan kajian-kajian yang hendak dilakukan. Katakan kita memilih tajuk Bahasa Inggeris. Tajuk ini amat luas. Kita harus memperkecilkan lagi kepada…mungkin penggunaan Bahasa Ingeris di peringkat sekolah. Mungkin juga diperingkat sekolah rendah atau menengah. Katakan kita berminat untuk mengkaji penggunaan Bahasa Inggeris di Tingkatan 1 sekolah menengah. Malahan ini juga boleh diperkecilkan lagi kepada Bahasa Inggeris komunikasi di Tingkatan 1. Ini juga masih boleh diperkecilkan lagi kalau kita hendak melihat penguasaan Bahasa Inggeris mereka sama ada dalam isu-isu semasa telah mempengaruhi penggunaan Bahasa Inggeris yang ada sekarang di Tingkatan 1. Kini kita telah memasuki ke satu peringkat di mana tajuk yang kita minati itu diperkecilkan kepada soalan yang boleh dikaji apabila kita boleh olah semula (rephrase) soalan kepada pertalian di antara dua pembolehubah, misalnya,

Adakah terdapat perbezaan penggunaan Bahasa Inggeris bagi pelajar bandar dengan pelajar luar bandar?

Dalam mengenalpasti masalah spesifik atau persoalan kajian, ia melibatkan soalan-soalan seperti berikut:

Apa yang kita hendak ketahui? Apakah soalan-soalan yang boleh ditanya untuk memahami masalah tersebut?

Apakah (individu, artifak, amalan dan lain-lain) yang hendak dikaji?

Page 23: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 163

Mengapakah masalah atau persoalan tersebut penting? Adakah ia merupakan persoalan yang signifikan dan akan menyumbang kepada bidang atau amalan?

Adakah masalah boleh dikaji berdasarkan sumber-sumber yang ada?

Oleh itu, pada umumnya sesuatu masalah atau persoalan kajian itu perlulah:

Ditulis dengan jelas dengan menggunakan bahasa yang tidak terlalu teknikal serta dapat merangsang minat pembaca

Skopnya cukup kecil supaya mudah diurus

Diletakkan dengan baik dalam konteks teori dan penyelidikan semasa

Langkah 2: Merancang Tindakan

Merancang tindakan bertujuan untuk menangani aspek terperinci dan tidak melibatkan perubahan kepada keseluruhan perancangan. Kita harus membuat perancangan yang baru sekiranya perancangan yang lama tidak boleh diteruskan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (1995) telah menggariskan beberapa pertimbangan dalam merancang tindakan dan telah menyarankan prosedur berikut: (i) tentukan matlamat cadangan tindakan, (ii) mengapa tindakan itu diambil dan (iii) senaraikan tindakan yang perlu diambil, dan nyatakan bentuknya seperti: aktiviti, bahan dan tanggung jawab dan tugas.

Setelah mendapat fokus yang jelas tentang perkara yang hendak dikaji melalui sorotan literatur dan ‘reconnaissance’ serta penyataan tujuan, soalan dan hipotesis kajian maka perancangan selanjutnya perlu dibuat bagi menjalankan tindakan yang sesuai. Perancangan kajian tindakan merupakan pemikiran tentang kajian tindakan yang akan memandu kerja-kerja kajian selanjutnya. Elliott (1991) dan Kemmis & McTaggart (1988) mencadangkan langkah-langkah berikut:

Menulis pernyataan fokus kajian Definisikan pembolehubah yang berkaitan Bentuk soalan kajian Jelaskan intervensi atau inovasi yang dicadangkan Jelaskan rakan-rakan penyelidikan yang akan terlibat Jelaskan perundingan yang perlu dijalankan Bina garis masa (timeline) kajian Nyatakan sumber-sumber yang boleh dan akan digunakan Nyatakan idea-idea tentang pengumpulan data

Sebaik-baiknya libatkan ramai rakan untuk membantu merancang kegiatan kajian tindakan. Di peringkat sekolah misalnya boleh dibentuk satu jawatankuasa khas bagi mencadang dan

Page 24: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 164

merancang kajian tindakan. Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini, kajian tindakan ini adalah lebih berkesan sekiranya dijalankan secara kolaboratif dengan rakan sekerja yang lain.

Semasa merancang kajian tindakan, perlu dipertimbangkan perkara-perkara berikut:

Menjelaskan matlamat cadangan tindakan yang berkait dengan masalah yang hendak diselesaikan atau amalan yang hendak dipertingkatkan atau sesuatu idea/strategi baru yang hendak dicuba uji dalam konteks bilik darjah. Contohnya, sekiranya masalah yang hendak dikaji adalah berkaitan dengan ‘pelajar tidak berminat belajar’, sudah tentu perkara-perkara yang hendak diketahui lebih lanjut adalah seperti berikut:

- Pelajar manakah yang tidak berminat?- Apakah yang mereka lakukan selain daripada belajar?- Adakah mereka tidak berminat membuat perkara yang sama atau yang

berbeza?- Adakah pada masa-masa yang tertentu, topik-topik tertentu atau

matapelajarantertentu sahaja yang menunjukkan mereka kurang berminat?

- Apakah bentuk-bentuk perlakuan yang menunjukkan mereka tidak berminat belajar?

Soalan-soalan ini boleh membantu menjelaskan lagi bentuk masalah yang dikaji. Pengumpulan maklumat berkaitan dengan soalan-soalan di atas akan menyediakan asas untuk mengklasifikasi fakta yang relevan serta membentuk kategori-kategori yang sesuai berkaitan dengan masalah ‘pelajar tidak berminat belajar’.

Menjelaskan sebab-sebab cadangan tindakan itu diambil dengan memberikan asas pemikiran atau teori-teori berkaitan yang dapat menerangkan dengan lebih lanjut tentang bentuk dan skop tindakan

Menyenaraikan tindakan-tindakan/aktiviti-aktiviti yang dicadangkan termasuklah: - tugas dan tanggungjawab:

- aktiviti-aktiviti, - bahan-bahan, - struktur organisasi, - falsafah dan konsep baru tentang perubahan, - bagaimana aktiviti dijalankan,- jumlah gelungan kajian dan tempoh pelaksanaan untuk semua gelungan, - cara-cara pemantauan perubahan, penilaian perubahan – formatif &

sumatif,- keperluan-keperluan lain seperti bahan rujukan, kewangan, kemudahan,

kelengkapan, tenaga, dan masa.

Langkah 3: Menjalankan Tindakan

Page 25: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 165

Apa yang telah dirancang perlu dijalankan untuk melihat keberkesanannya. Kumpulan akan mempastikan segala yang dirancang dilaksanakan. Ada yang terlibat dalam melaksanakan rancangan dan ada yang terlibat dalam mengumpul maklumat atau data untuk mengesan keberkesanan tindakan yang dibuat. Sekiranya apa yang dirancang adalah satu sesi pengajaran, maka perlu ada ahli kumpulan yang melaksanakan pengajaran dan ada yang memerhatikan pengajaran untuk mengumpul maklumat yang diperlukan. Terdapat pelbagai cara boleh digunakan untuk mengumpul data bergantung kepada keperluan kajian. Bahan-bahan berkenaan boleh didapati daripada:

bahan-bahan dokumentasi seperti kerja pelajar dalam bentuk projek atau kerja rumah, minit mesyuarat, rekod kedatangan pelajar, skor ujian bulanan, rekod keputusan peperiksaan dan sebagainya

rakaman video atau audio mengenai pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, luar kelas, pelaksanaan program kokurikulum

nota yang dibuat hasil dari temubual, misalnya temubual dengan pelajar foto dan gambar menunjukkan kegiatan yang dikaji. Catatan buku diari dan nota-nota kerja Ujian bertulis dan soalselidik kepada pelajar

Langkah 4: Melakukan Refleksi

Penilaian dan refleksi boleh dijalankan oleh pengkaji, atau bersama rakan pengkaji melalui perbincangan. Satu proses yang penting dalam tahap ini adalah refleksi yang melibatkan analisis, sintesis, interpretasi, menjelas dan membuat kesimpulan. Refleksi merupakan proses merenung, menganalisis masalah, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri (Hanipah, 2000). Selain refleksi dikatakan sebagai satu proses atau aktiviti kognitif (Boud et al., 1985; Langer, 1989; Loughran, 1996), refleksi juga melibatkan dimensi emosi (Boud et al., 1985). Sehubungan itu, Brookfield (1995) menjelaskan proses refleksi melibatkan seseorang itu aktif mengimbas kembali segala permasalahan yang dihadapi dan berusaha mempertimbangkan segala kemungkinan yang akan berlaku serta bertungkus lumus mencari jalan bagi menyelesaikan segala permasalahan tersebut. (dalam Nor Hasniza, 2005, ms. 13). Dengan ertikata lain, refleksi merupakan tindakan yang bertujuan dan berhati-hati melalui penilaian secara kritikal yang melibatkan pengujian strategi seseorang untuk memberi respons kepada sesuatu situasi atau tindakan.

Langkah memantau dan menilai juga melibatkan pengambilan keputusan tentang apa yang berlaku seperti melihat semula fokus kajian, peluang dan kekangan yang terdapat di situasi, pencapaian dan limitasi langkah tindakan pertama, mempertimbangkan kesannya (termasuk kesan yang tidak dijangka dan kesan sampingan), dan mula memikirkan implikasi nya untuk tindakan pada masa depan. Aktiviti pemantauan boleh dijalankan dengan beberapa cara. Antaranya pemantauan kendiri, pemantauan dengan rakan sejawat, pemantauan dengan pelajar-pelajar dan pemantauan bersama dengan kelompok-kelompok yang terlibat dalam kajian.

Page 26: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 166

Membuat refleksi bermaksud melihat sama ada terdapat perubahan dan adakah perubahan disokong oleh data yang diperolehi. Oleh itu, guru perlu mengkaji dan meneliti data berkenaan dengan cermat. Guru perlu membuat analisis dengan menyemak data untuk mencari perkara-perkara yang tidak terduga. Ini boleh dibuat melalui:

o temubual pelajaro perbincangan dengan rakan

Guru juga perlu membuat pemantauan kendiri tentang:

o apa yang telah dilakukano halangan yang wujudo masalah yang telah timbulo ambil pandangan orang lain terhadap masalah yang dihadapi dan cara kita

menangani masalah berkenaan

Guru juga harus menilai keberkesanan proses kajian yang dibuat. Ini boleh dibuat dengan:

o menilai bahagian yang perlu diperbaikio mengenalpasti panduan yang telah diikutio atau lain-lain perkara untuk pusingan yang selanjutnya

Gegelung Kedua

Dalam gegelung kedua, guru perlu membuat perancangan seterusnya berdasarkan penilaian gelung pertama. Proses ini boleh merupakan membuat perubahan kepada perkara yang telah kita lakukan atau rancangkan. Ini dibuat dengan mewujudkan rancangan baru untuk menangani:

o isu yang samao isu tambahano kesemua ini adalah hasil dari tindakan atau taksiran dalam gelung tindakan

pertama

Rumusan

Jelas menunjukkan bahawa kajian tindakan bermula dengan masalah atau prihatin yang dikenalpasti oleh pengamal sendiri dalam kerja-kerja seharian mereka. Masalah dan keprihatinan itu perlu dijelaskan dengan membuat refleksi ke atas apa yang telah dilakukan di samping mengumpulkan bukti-bukti yang relevan bagi menjelaskan lagi permasalahan yang ingin dikaji. Selaras dengan perkembangan tradisi kajian tindakan ini, proses dan prosedurnya juga berkembang dan berbeza mengikut bidang serta orientasi penyelidik yang terlibat dalam

Page 27: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 167

kajian tindakan. Dari proses dan prosedur awal kajian tindakan yang dikemukakan oleh Lewin, ianya terus berkembang dari segi pendekatan dan paradigmanya oleh penyelidik-penyelidik kemudiannya seperti Kemmis, Elliott, Ebbutt, Somekh, Stringer dan lain-lain. Faedah yang utama kajian tindakan adalah peningkatan amalan, peningkatan pemahaman ke atas amalan oleh pengamalnya serta peningkatan situasi di mana amalan berlaku. Ciri-ciri utama kajian tindakan adalah penglibatan dan kolaborasi, berorientasikan tindakan, kritikal serta proses gelungan yang melibatkan secara ringkasnya sebagai perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi.

CADANGAN KAEDAH P&P, TEKNOLOGI, PENAKSIRAN

Kuliah, menganalisis Laporan Kajian Tindakan. Gunakan persembahan Powerpoint, Video Pengajaran dan Pembelajaran. Dari segi pentaksiran, pelajar menganalisis video untuk mengenalpasti kelemahan dan kekuatan pengajaran guru dan menjawab soalan-soalan yang disediakan oleh pensyarah berasaskan video.

11.3 PENGUMPULAN DATA

HASIL PEMBELAJARAN

1. Meneliti beberapa strategi dan teknik pengumpulan data 2. Menghuraikan konsep asas analisis data kuantitatif serta alat statistik yang sesuai

terutamanya statistik huraian3. Menghuraikan proses dan prosedur analisis dan interpretasi data kualitatif

ISI KANDUNGAN

IDEA UTAMA

Menjelaskan tentang langkah-langkah pengumpulan data melalui beberapa teknik pengumpulan data seperti soal selidik, pemerhatian, temubual, analisis dokumen dan penulisan diari. Prosedur analisis data kuantitatif juga akan dijelaskan dengan menerangkan alat-alat statistik terutama statistik deskriptif. Di samping itu, prosedur analisis dan interpretasi data kualitatif juga akan dijelaskan.

Pengumpulan Data

Page 28: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 168

Keputusan tentang bentuk dan jenis data yang dikumpul untuk kajian tindakan adalah bergantung kepada masalah yang hendak dikaji. Pengkaji perlu menentukan apakah data yang dapat menyumbang kepada pemahaman mereka serta penyelesaian yang sesuai terhadap masalah yang dikaji. Oleh itu, sering dikatakan bahawa proses dan prosedur memulakan pengumpulan data serta bentuk dan jenis data yang hendak dikumpul adalah merupakan satu pendekatan khusus yang ada kaitannya dengan keperluan penyelidik untuk memahami masalah dan amalan mereka dengan lebih lanjut. Bahagian ini akan memberikan penekanan kepada pengumpulan data (kualitatif dan kuantitatif) dalam pelbagai metod dan teknik yang sesuai dengan keperluan dan permasalahan yang dikaji dalam kajian tindakan.

Apabila fokus kajian dan soalan kajian telah dikenalpasti, perlu ditentukan metod pengumpulan data yang sesuai. Pada asasnya dua set data akan dikumpulkan. Pertama, data yang dikumpul untuk membolehkan anda mula menjawab soalan yang dikemukakan. Kedua, data yang dikumpulkan untuk menentukan kesan amalan yang telah berubah. Set data pertama akan mengesahkan yang anda telah mengenalpasti soalan yang sebenar, menyediakan idea dan pemahaman tentang bentuk dan hakikat isu yang mendasari soalan anda, mencadangkan perubahan-perubahan kepada amalan anda. Sorotan literatur dan bahan-bahan berkaitan akan menyediakan maklumat lanjut yang akan memberikan petunjuk tentang keputusan untuk mengubah amalan anda. Pertimbangkan soalan-soalan berikut:

Apakah skop inkuiri yang boleh anda uruskan? Apakah yang anda jangka akan berlaku hasil daripada kajian tindakan anda?

Bagaimana? Bila? Dalam latar apakah anda akan mengumpul data? Siapakah yang terlibat? Apakah interaksi yang berlaku? Apakah bukti fizikal yang ada? Bagaimana anda merancang untuk mengurus pengumpulan data?

Lebih spesifik lagi, soalan-soalan berikut mungkin boleh membantu:

Apakah sebenarnya yang dikumpulkan?

Apakah pelbagai sumber data yang ada yang membolehkan kita memahami dengan lebih baik tentang topik?

Apakah data masa lalu yang boleh digunakan?

Berapa banyak data yang diperlukan untuk kita dapat betul-betul belajar dan memahami tentang topik?

Di manakah data akan dikumpul dan berapa lama diperlukan untuk mengumpulnya?

Adakah apa-apa limitasi untuk mengumpul data? Apakah sistem sokongan yang perlu disediakan bagi membolehkan pengumpulan data

dijalankan?

Page 29: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 169

Adakah cara yang sesuai untuk pengumpulan data dalam aktiviti bilik darjah?

Bilakah data akan dikumpul dan untuk berapa lama?

Adakah perancangan data berlaku dipelbagai poin dalam tempoh pengumpulan data? Adakah strategi yang digunakan memudahkan pemerhatian serta merekod data

semasa pengajaran berjalan?

Adakah masa sesuai dan mencukupi untuk mengumpul dan merekod data menggunakan strategi yang dipilih?

Siapakah yang akan mengumpul data?

Adakah data yang boleh dijana oleh pelajar? Adakah rakan sekerja yang boleh memerhati semasa pengajaran guru atau adakah

pelatih guru boleh membantu dalam pengumpulan data?

Bagaimanakah data akan dikumpul dan dipersembahkan?

Bagaimanakah data kualitatif dan kuantitatif akan dikumpul dan dipersembahkan? Apakah perancangan untuk menganalisis data?

Bertanyakan soalan yang betul adalah merupakan kemahiran penting dalam pengumpulan data yang efektif. Oleh itu, perlulah jelas mengapa sesuatu data itu dikumpul serta bagaimana data tersebut akan digunakan. Ini memerlukan satu kerangka pengumpulan data dibentuk yang menjelaskan tentang alat pengumpulan data serta alat analisis data yang sesuai. Perlu diputuskan berapa banyak data yang akan dikumpulkan. Ini sudah tentu berkait dengan saiz sampel yang sesuai serta jangkamasa data dikumpul. Data mestilah tepat, berguna, tidak memakan masa yang panjang untuk mengumpulnya serta mestilah boleh dipercayai bagi membolehkan hipotesis dan strategi perlaksanaan kajian dibentuk dengan yakin. Dengan ertikata lain, data yang dikumpul sepatutnya menjadikan kerja-kerja selanjutnya lebih mudah dikendalikan.

Taksonomi Pengumpulan Data

Kajian tindakan memerlukan pelbagai cara mengutip data bagi mendapatkan maklumat. Jenis-jenis data yang dikumpul biasanya boleh dikategorikan kepada dua iaitu data primer dan data sekunder ataupun bentuk-bentuk data yang dikumpul boleh berbentuk data kuantitatif atau data kualitatif. Pendekatan eklektik ini memerlukan pengetahuan dan kemahiran pengkaji serta rakan penyelidik yang sesuai. Di antara pendekatan dan teknik yang biasa digunakan adalah seperti yang dikemukakan oleh Hopkins (1985) melalui taksonomi pengumpulan data penyelidikan bilik darjah seperti jadual 11.1.

Page 30: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 170

Jadual 11.1 Taksonomi Pengumpulan Data

Teknik Faedah Kelemahan KegunaanNota Lapangan

Mudah; berterusan; personal

Subjektif; perlukan latihan

- isu-isu spesifik- kajian kes- impresi umum

Rakaman Pita Audio

Tepat; versatil; menyediakan data yang cukup

Sukar ditranskripsi; memakan masa;

- bukti terperinci- diagnostic

Diari Pelajar Menyediakan perspektif pelajar

Subjektif - diagnostik- triangulasi

Temubual dan perbincangan

Melibatkan pelbagai lapisan partisipan dan perspektif

Memakan masa - maklumat spesifik yang terperinci

Perakam Pita Video

Visual dan komprehensif

Mahal; boleh mengganggu

- bahan visual- diagnostik

Soal selidik Terlalu spesifik; mudah ditadbir; komparatif

Memakan masa untuk dianalisis; masalah untuk dapat jawapan ‘betul’

- maklumat dan maklumbalas spesifik

Sosiometri Mudah ditadbir; menyediakan panduan untuk tindakan

Boleh mengancam pelajar yg ‘terasing’

- analisis perhubungan sosial

Bukti dokumentari

Iluminatif Sukar diperolehi; memakan masa

- menyediakan konteks dan maklumat

Slaid Iluminatif; menggalakkan perbincangan

Sukar diperolehi; superficial

- menjelaskan insiden kritikal

Kajian Kes Tepat; representatif; menggunakan pelbagai teknik

Memakan masa - pandangan komprehensif tentang isu- format yang boleh diterbit

Page 31: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 171

Langkah Pengumpulan Data

Secara umumnya, pengumpulan data biasanya melibatkan langkah-langkah seperti berikut:

a. mengenalpasti dan menyediakan sempadan atau parameter kajian. Mungkin pengkaji boleh memberi pertimbangan kepada empat parameter yang dicadangkan oleh Miles dan Huberman (1984):

latar (setting) - tempat di mana kajian dijalankan individu/kumpulan (actors) - informan yang akan diperhati atau ditemubual peristiwa (events) - perkara-perkara yang dilakukan oleh informan yang diperhati

dan ditemubual proses - perkembangan perkara/peristiwa yang dilakukan oleh informan di

tempat kajian

b. mengumpul maklumat melalui pemerhatian, temubual, dokumen dan bahan-bahan visual - perlu dinyatakan data atau jenis data yang akan dikumpul dan menyediakan rasional untuk pengumpulan data.

CADANGAN KAEDAH P&P, TEKNOLOGI, DAN PENAKSIRAN

Kuliah, Praktikal (Pemerhatian dan temubual), Tayangan video dan analisis kandungan menggunakan video (temu bual) dan persembahan PowerPoint. Penilaian hasil laporan pemerhatian dan temu bual.

11.4 PENGURUSAN DAN ANALISIS DATA

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menghuraikan konsep asas analisis data kuantitatif serta alat statistik yang sesuai terutamanya statistik huraian

2. Menghuraikan proses dan prosedur analisis dan interpretasi data kualitatif

ISI KANDUNGAN

Page 32: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 172

IDEA UTAMA

Dalam kajian tindakan, penyelidik harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk menganalisis data sama ada dalam bentuk data kuantitatif atau data kualitatif. Pada umumnya, kajian tindakan akan mengintegrasikan kedua-dua bentuk data berkenaan untuk mendapatkan keputusan yang boleh dipercayai dan sah pada kajian berkenaan sahaja. Oleh yang demikian penyelidik kajian tindakan haruslah dapat memahami konsep statistik dengan baik Statistik boleh dibahagikan kepada statistik huraian, iaitu statistik yang menghuraikan ciri-ciri sampel, dan statistik inferen iaitu statistik yang membuat rujukan tentang populasi berdasarkan sampel. Memandangkan kajian tindakan yang dijalankan oleh guru kebanyakannya menggunakan statistik huraian dalam menganalisis dan menghuraikan dapatan kajian, maka modul ini akan memberi tumpuan kepada statistik huraian sahaja.

Data Penyelidikan

Bhasah (2007) menjelaskan bahwa data merupakan fakta, maklumat atau angka yang membolehkan kita membuat huraian atau ringkasan tentang sesuatu (perkara yang menjadi kajian). Ia boleh didapati dari guru sekolah, pelajar, ibubapa dan mereka yang terlibat dengan kajian yang bakal dibuat. Oleh itu data perlu disusun mengikut satu organisasi yang tertentu agar ia dapat memberikan satu gambaran khas tentang perkara berkenaan. Data yang tidak tersusun tidak akan memberi apa-apa makna hanya setakat maklumat yang terpisah-pisah dari satu dengan yang lain. Data mempengaruhi jenis statistik yang akan digunakan. Data parametrik atau data bukan parametrik boleh digunakan untuk sesuatu ujian tertentu sahaja dan begitu juga dengan data yang bukan parametrik. Sebagai contoh, data parametrik boleh diugnakan dengan ujian ANOVA atau ujian-t dan data bukan parametrik boleh digunakan dengan ujian Khi kuasa dua.

Kategori Data

Data boleh dikategorikan kepada data primari dan data sekunder. Data primari didapati hasil dari soal-jawab atau borang soalselidik yang diedarkan kepada partisipan untuk dijawab. Prosedur mendapatkan data primari adalah mahal dan mengambil masa yang panjang. Proses untuk mendapatkan data primari melibatkan: pertamanya ialah menentukan apakah masalah penyelidikan yang ingin dikaji diikuti pula dengan pembentukan soalan kajian supaya senang kita mengetahui apa sebenarnya yang hendak dikaji. Kemudian diikuti pula dengan pembentukan rekabentuk penyelidikan, pemungutan data, penyediaan data dan analisis dan akhir sekali penyediaan laporan dan pembentangannya di seminar atau di konferen yang berkaitan dengan hasil penyelidikan yang perlu dibentangkan. Data sekunder pula merupakan data yang telah terkumpul untuk satu-satu tujuan. Data ini boleh didapati dengan cepat, mudah dan murah. Data ini boleh didapati dari Jabatan Statistik Negara, Laporan Rancangan Malaysia

Page 33: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 173

atau dari Lembaga Peperiksaan Malaysia yang setiap tahunnya menyediakan laporan pencapaian pelajar dalam setiap mata pelajaran mengikut tahun, jenis peperiksaan, ras, jantina, kawasan dan sebagainya.

Jenis-jenis Data

Penjenisan data adalah bergantung kepada bagaimana data berkenaan didapati. Jika data didapati secara pengukuran maka data itu dinamakan sebagai data pengukuran dan seterusnya data bilangan, data pangkatan dan data klasifikasi. Data juga boleh diklasifikasikan sebagai data metrik atau bukan metrik. Data metrik adalah data yang unitnya adalah selanjar atau berterusan, manakala data bukan metrik adalah data yang berkategori. Contoh data metrik: markah bagi sesuatu ujian bulanan calon, berat bahan, skor sesuatu pertandingan dan sebagainya. Data bukan metrik pula seperti bangsa atau dalam bentuk kekerapan. Pelajar harus dapat membezakan data metrik dari data bukan metrik. Data yang digunakan akan menentukan jenis statistik yang boleh digunakan. Sebagai contoh: data metrik hanya boleh digunakan untuk pembolehubah bersandar dalam ujian-t, ANOVA dan Regresi. Manakala data bukan metrik kerap digunakan dalam ujian Khi kuasa dua. Data boleh didapati daripada berbagai cara. Data boleh diperoleh secara pemerhatian, temuduga dan secara soalselidik. Seperti yang dinyatakan tadi, data memainkan peranan dalam menentukan jenis ujian statistik yang bakal digunakan untuk menjawab sesuatu soalan penyelidikan.

Skala Pengukuran

Dalam pengukuran, kita mempunyai dua jenis pembolehubah yang asas iaitu: (a) Jenis kuantitatif dan (b) Jenis kategori. Kedua-dua jenis pembolehubah yang dinyatakan ini boleh diukur menggunakan skala nominal, ordinal, sela atau nisbah. Adalah penting bagi penyelidik mengetahui pengkelasan data yang mereka gunakan. Tidak semua jenis data boleh digunakan dengan ujian-t, ANOVA, khi kuasa dua, regresi dan sebagainya. Setiap data itu adalah sesuai digunakan dengan satu atau lebih jenis ujian statistik yang tertentu sahaja.

Skala Nominal. Skala nominal adalah skala pengukuran yang paling mudah dan merupakan bentuk pengukuran yang paling rendah boleh digunakan oleh ahli penyelidik. Skala nominal digunakan untuk pengenalan atau membentuk nombor bagi menunjukkan kategori yang berlainan. Skala nominal boleh digunakan untuk pembolehubah seperti: bangsa, agama, warna, jenis bangunan, jenis perkerjaan dan sebagainya. Sebagai contoh: Guru ingin membahagikan ras pelajar dalam kelasnya kepada beberapa kategori. Nombor 1 kategori Melayu, nombor 2 kategori Cina, nombor 3 kategori India dan nombor 4 lain-lain ras. Pemberian nombor 1, 2, 3

Page 34: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 174

atau 4 dan selanjutnya adalah untuk memudahkan pengklasan ras dalam analisis komputer. Ini tidak bermakna 1 lebih baik atau superior dari 2 dan 2 pula lebih baik dari 3 dan seterusnya. Ia hanya melambangkan kumpulan bagi sesuatu pembolehubah, seperti contoh yang diberikan ialah ras.

Skala Ordinal Pengukuran menggunakan skala ordinal menyusun data daripada yang rendah kepada yang tinggi atau daripada yang lemah kepada yang cemerlang atau satu susunan yang melambangkan satu bentuk hiraki.

Contoh

Guru mungkin menyusun skor yang didapati dalam Ujian Bahasa Melayu dari markah yang tertinggi kepada markah yang terendah sekali. Skala ordinal hanya menyusun mengikut hiraki. Susunan ini melambangkan perbezaan atau kedudukan sesuatu individu relatif kepada sesuatu individu yang lain.

Skala Sela. Pengukuran yang menggunakan sekala sela mempunyai semua ciri ordinal dan ditambah pula, di setiap titik dalam skala berkenaan mempunyai jarak yang sama. Skala sela memberikan sela sama daripada titik origin yang arbitrari. Ini bermakna skala sela mempunyai ciri-ciri nominal dan ordinal, terutamanya ciri-ciri pangkatan. Jarak numerik yang sama di atas skala sela menggambarkan jarak yang sama pada ciri yang diukur.

Contoh

Sekarang cuba kita lihat perbezaan IQ 60 dengan IQ 70, perbezaannya hanya 10 poin. Begitu juga IQ 120 dengan IQ 130, perbezaannya sama iaitu 10 poin juga. Seandainya kita percaya skor berkenaan adalah skala sela, kita mestilah mengandaikan juga perbezaan 10 poin mempunyai makna yang sama pada lokasi yang berbeza di atas skala tadi.

Skala Nisbah Aras tertinggi dalam pengukuran ialah pengukuran menggunakan skala nisbah. Skala nisbah mempunyai ciri-ciri nominal, ordinal dan sela serta mempunyai nilai mutlak sifar yang mempunyai makna empirikal. Nombor pada skala menunjukkan amaun atau ciri sebenar yang diukur. Seandainya skala nisbah untuk pencapaian wujud, maka bolehlah kita katakan pelajar yang mendapat markah 80 adalah dua kali lebih pencapaiannya dengan pelajar yang mendapat markah 40. Dalam keadaan sebenarnya, kedaan ini tidak wujud.

Taburan Kekerapan

Taburan kekerapan menggambarkan bilangan paratisipan bagi sesuatu skor. Kaedah ini amat berkesan sekiranya sebaran skor adalah kecil tidak melebihi 50 partisipan. Seandainya melebihi 50 partisipan, maka taburan kekerapan data berkumpulan adalah lebih baik digunakan.

Page 35: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 175

Latarbelakang Kajian:

Berikut diberikan satu contoh penyelidikan tindakan yang telah dijalankan oleh satu jawatan kuasa kajian Tindakan Sekolah Menengah Solok Pak Rimau (SMSPR). Melaka. Kajian Tindakan berkenaan adalah untuk mengenalpasti stres dikalangan pelajar Tingkatan 4 Sekolah berkenaan. SMSPR mengandungi 10 buah kelas Tingkatan 4 yang berjumlah 432 orang pelajar. Seramai 244 orang pelajar telah dipilih secara rawak untuk tujuan kajian berkenaan.

Dalam kajian ini kita hendak tahu pelajar mana yang lebih dalam keadaan stres. Sama ada pelajar perempuan atau pelajar lelaki. Anda mungkin telah didedahkan dengan konsep variabel. Di sini, kita perlu tahu bahawa variabel jantina adalah menjadi kajian kita. Dalam variabel jantina terdapat dua kategori: iaitu lelaki dan perempuan. Lelaki dan perempuan ini dipanggil sebagai aras atau kategori bagi variabel jantina. Variabel jantina dipanggil sebagai variabel tak bersandar. Variabel stres dipanggil sebagai variabel bersandar. Ini bermakna, variabel stres adalah bersandar kepada jantina. Ini bermakna lagi, stres adalah bergantung kepada jantina. Jantina tidak bergantung kepada stres, tetapi stres bergantung kepada jantina. Jantina yang mana ? Lelaki ? atau perempuan ? jadi jantina itulah dipanggil sebagai variabel tak bersandar (independent variable). Stres terletak pada jantina: sama ada lelaki atau perempuan.

Sekarang kita nak tahu, sama ada pelajar lelaki atau prempuan yang lebih stres. Sebelum kita nak tahu sama ada pelajar lelaki atau prempuan yang lebih stres kita perlu tahu dahulu bilangan pelajar lelaki dan perempuan dalam sampel kajian yang kita lakukan itu. Daripada data yang dikumpulkan kita dapati, bilangan pelajar lelaki adalah seramai 98 orang dan pelajar perempuan adalah seramai 146 orang. Bilangan pelajar lelaki seramai 98 orang itu juga dipanggil sebagai kekerapan pelajar lelaki dan begitu juga dengan bilangan pelajar perempuan itu sebagai kekerapan pelajar perempuan dalam persampelan kita. Dalam ilmu penyelidikan kita juga perlu menyatakan perkadaran bagi setiap kategori bagi setiap variabel. Ini bermakna kita perlu nyatakan peratusan bagi pelajar lelaki dan perempuan. Dalam sampel ini kita dapati pelajar lelaki adalah seramai 40.2% daripada jumlah sampel dan perempuan adalah seramai 59.8%. Peratusan menggambari perkadaran kandungan jantina dalam sampel berkenaan. Kalau bilangan atau perkadaran 98 orang diberikan, kita tidak tahu sama ada 98 iaitu satu angka yang besar atau kecil, kerana ia bergantung kepada jumlah pelajar dalam satu-satu sampel yang kita ambil. Bilangan 98 mungkin satu angka yang kecil sekiranya bilangan dalam sesuatu sampel itu adalah 1000 orang, tetap bilangan 98 itu adalah satu angka yang besar sekiranya bilangan dalam sampel itu hanya mengandungi 110 orang. Bilangan dalam sampel kerap disebut sebagai saiz sampel. Dalam kajian stres yang bakal kita lakukan mempunyai saiz sampel 244 partisipan. Ini jelas ditunjukkan seperti dalam jadual 11.2. Partisipan bermakna unit dalam kajian kita. Pada peringkat awalnya, unit kajian kita dipanggil sebagai subjek kajian, kemudian ia bertukar kepada responden kajian dan kini dipanggil sebagai partisipan kajian. Ini adalah selaras dengan kehendak American Education Research Association.(AERA). Begitu juga dengan penggunaan istilah negro kepada black dan kini dipanggil sebagai African-American.

Page 36: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 176

Jantina Kekerapan Peratusan (%)

Lelaki 98 40.2

Perempuan 146 59.8

Jumlah 244 100.0

Jadual 11.2 Kekerapan Jantina

Dalam kajian kita juga perlu memberikan maklumat tentang beberapa ciri latar belakang kajian kita: seperti yang telah dinyatakan, jantina, keturunan, tempat bapa bekerja, tempat tinggal pelajar, mod ke sekolah, bilangan adek beradek dan sebagainya. Maklumat ini disebut juga sebagai maklumat demografi yang juga sekali gus merupakan variable tak bersandar yang boleh kita kaitkan atau hubungkan dengan variabel bersandar iaitu stres yang bakal kita kaji nanti.

Sekarang mari kita lihat maklumat tentang komposisi sampel yang kita pilih terdiri daripada 116 orang partisipan Melayu dan 128 partisipan Bukan Melayu. Selalunya dalam laporan penyelidikan kita kerap menulis seperti: Sampel kajian terdiri dari 116 (47.5%) partisipan Melayu dan 128 (52.5%) partisipan Bukan Melayu. Di sini tuliskan sekali peratusannya dalam kurungan. Ini akan memberi lebih maklumat kepada pembaca bahawa terdapat lebihan 5% perkadaran Bukan Melayu dalam sampel kajian berkenaan. Kita juga boleh menulis seperti bilangan Bukan Melayu yang lebih ramai atau peratusan Bukan Melayu (52.5%) yang lebih tinggi berbanding dengan peratusan Melayu (47.5%)

Keturunan Kekerapan Peratusan (%)

Melayu 116 47.5

Bukan Melayu 128 52.5

Jumlah 244 100.0

Page 37: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 177

Jadual 11.3 Kekerapan Keturunan

Begitu juga seterusnya, anda bolehlah menggunakan jadual berikut dalam menjelaskan latarbelakang bagi sampel kajian anda berdasarkan maklumat (variable) berikut seperti: pekerjaan bapa, tempat tinggal pelajar, mod ke sekolah, bilangan adik beradik, anak ke berapa dalam keluarga, keadaan keluarga dan tahap stres.

Pekerjaan Keluarga Kekerapan Peratusan (%)

Kerajaan 99 40.6

Swasta 50 20.5

Bekerja Sendiri 95 38.9

Jumlah 244 100.0

Jadual 11.4 Kekerapan Pekerjaan Keluarga

Tahap Stres Kekerapan Peratusan (%)

Stres Rendah 112 45.9

Stress Sederhana 121 49.6

Stres Tinggi 11 4.5

Jumlah 244 100.0

Jadual 11.5 Kekerapan Kategori Stres

Selain mendapatkan maklumat tentang komposisi bagi sesuatu sampel, kita juga perlu mendapatkan statistik bagi menjelaskan ciri-ciri sampel berkenaan. Ini juga disebut sebagai ciri-ciri psikometrik bagi sampel berkenaan. Kadang kala ianya disebut sebagai statistik bagi

Page 38: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 178

sampel berkenaan. Statistik bagi sesuatu sampel merujuk kepada: min, julat, sisihan piawai dan varian bagi sampel berkenaan.

Statistik Huraian

Statistik huraian membolehkan penyelidik membuat satu organisasi data, merumuskan data dan menghuraiakan cerapan bagi sesuatu sampel atau populasi.

Min Merupakan satu pengukuran tentang kedudukan. Min pada asalnya disebut sebagai purata atau pukul rata. Simbol x (x bar). Min bagi satu set skor X1, X2, X3,……Xn ialah jumlah semua skor Xi dibahagikan dengan bilangan X

x = ∑ Xi ______

n

Nilai bagi setiap skor akan mempengaruhi min. Satu skor tertinggi atau satu skor terendah dalam set data akan memberi kesan kepada min, sama ada min akan menjadi lebih tinggi atau lebih rendah.

Dalam penyelidikan kita di atas, kita dikehendaki membuat kajian tentang stres yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 4. Stres tadi di ukur menggunakan skala 5 poin seperti dalam Jadual 11.6 bagi setiap item seperti yang terdapat dalam Jadual 11.7.

Skala

Maksud

1 SANGAT TIDAK KERAP BERLAKU

2 KURANG KERAP BERLAKU

3 KADANG-KADANG SAHAJA BERLAKU

4 KERAP BERLAKU

5 SANGAT KERAP BERLAKU

Page 39: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 179

Jadual 11.6 Skala Stres Pelajar

Bil Pernyataan Skala

1 2 3 4 5

1 Saya berasa sangat letih walaupun saya mempunyai masa tidur yang cukup

1 2 3 4 5

2 Saya tidak puas hati dengan tugasan yang dilakukan

1 2 3 4 5

3 Saya berasa sedih tanpa sebab 1 2 3 4 5

4 Saya seorang pelupa 1 2 3 4 5

5 Saya lekas marah dan menengking pada orang lain

1 2 3 4 5

Morse, R. Donald and Furst, Lawrence (1982), Stress for success. Van Nost Reinhold, New York.

Jadual 11.7 Item untuk mengukur Stres Pelajar

Item untuk mengukur stres ini menggunakan 25 item yang dibina oleh Morse dan Furst (1982). Dengan menggunakan instrumen yang ada, terdapat 3 cara yang boleh dilakukan untuk mengukur stres. Satu daripadanya ialah dengan mencampurkan semua skor dari setiap item bagi konstruk stres. Dengan kaedah ini, jumlah skor akan dikategorikan kepada 3 kategori dengan skor-skor tertentu bagi setiap kategori stres: tinggi, sederhana dan rendah. Keadaan ini bergantung kepada bilangan item yang digunakan untuk menentukan stres. Kaedah kedua ialah dengan menggunakan min bagi setiap variable stres. Bagi setiap variabel stres telah diskalakan kepada 5 poin seperti di atas dan kita hitungkan jumlah skor bagi setiap variabel dan hitungkan minnya. Min tadi akan menentukan tahap stres bagi setiap partisipan. Skor min bagi konstruk stres ini kan menentukan tahap stres bagi sampel berkenaan. Di sini bilangan item tidak memberi kesan kepada tahap stres.

Page 40: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 180

Median Median pula merupakan satu titik di tengah-tengah yang membahagikan semua skor kepada dua bahagian. Titik pembahagi pada 50% di panggil median. Ia ditentukan dengan menyusun skor dari tertinggi ke skor terendah. Median ditentukan dengan skor di tengah-tengah bagi set skor berkenaan. Seandainya set skor itu genap, mediannya ialah di tengah-tengah antara dua skor tengah. Bila set skor itu ganjil, median ialah skor di tengah-tengah set skor berkenaan. Skor yang ekstrim (terlalu tinggi atau terlalu rendah) tidak akan mempengaruhi median berkenaan.

Mod Ialah skor yang mempunyai kekerapan yang tertinggi. Ini boleh dipastikan melalui proses cerapan (pemerhatian data) sahaja. Mod ialah satu jenis statistik yang kurang boleh dipercayai tetapi kerap digunakan sebagai anggaran awalan bagi kecondongan memusat. Mod ialah bilangan partisipan yang teramai sekali mendapat sesuatu skor berkenaan.

Julat Satu pengukuran paling mudah dan paling kasar untuk mengukur serakan. Ia adalah perbezaan antara skor tertinggi dengan skor terendah bagi sesuatu taburan skor. Julat ialah perbezaan atau jarak antara dua skor yang ekstrim (paling tinggi dengan yang paling rendah) setelah data dalam set berkenaan disusun secara menaik atau menurun.

Sisihan Piawai Merupakan indeks serakan bagi sesuatu taburan skor. Merupakan jarak bagi setiap skor (sisihan) daripada min (x) yang telah dipiawaikan (standardkan); Iaitu setelah ditolak daripada min bagi setiap unit (Xi).

Skor sisihan = x - x

Digandakan dua (untuk mengelakkan nilai negatif).

(Skor sisihan)2 = ( x - x )2

Kemudian dicampurkan semua unit (Xi) dalam sampel berkenaan dan dibahagikan dengan jumlah unit (N - 1) (tujuannya ialah untuk mencari purata sisihan daripada min bagi setiap unit dalam sampel). Untuk sampel kita selalunya tolakkan dengan 1. Untuk populasi kita tidak perlu tolak dengan 1.

(Skor sisihan)2 = Σ ( x - x ) 2 N - 1

Akhirnya cari punca ganda dua (kerana pada awalnya kita telah menggandakan dua semua unit).

Page 41: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 181

Varian Varian ialah ganda dua sisihan piawai. Satu indeks pengukuran tentang keberubahan dalam satu-satu set data.

Pencongan

Merujuk kepada simetri bagi sesuatu taburan. Sesuatu taburan itu boleh menjadi pencong negatif atau pencong positif. Dalam sesuatu ujian yang senang ramai calon mendapat skor yang tinggi dan tidak ramai calon mendapat skor yang rendah, ekor bagi taburan berkenaan akan menghala ke kiri – pencong negatif seperti dalam Rajah 11.2. Seandainya ujian yang diberikan adalah terlalu sukar, ramai calon mendapat skor rendah dan amat kurang calon mendapat skor tinggi, maka ekor taburan berkenaan menghala ke kanan – pencong positif seperti dalam Rajah 11.3.

Rajah 11.6 Pencongan

Page 42: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 182

Rajah 11.7 Pencongan Negatif

Rajah 11.8 Pencongan Positif

Kurtosis

Menjelaskan tentang puncak sesuatu keluk, sama ada lebih tajam, lebih rata atau menghampiri normal. Taburan yang mendatar – disebut sebagai platikurtosis. Bagi keluk yang tajam dinamakan leptokurtosis dan bagi taburan yang normal dinamakan sebagai mesokurtik. Nilai kurtosis yang menghampiri 0 menunjukkan bentuk yang menghampiri normal. Nilai negatif menunjukkan satu taburan yang lebih tajam daripada normal. Manakala nilai positif menunjukkan satu taburan yang lebih mendatar daripada normal (Allyn & Bacon, 1999).

Taburan Normal

Keluk normal merupakan sebuah keluk yang berbentuk seperti loceng yang tertungkup. Antara ciri-ciri keluk normal dapat dijelaskan dengan melihat Rajah 11.4 berikut:

Page 43: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 183

Rajah 11.9 Keluk Normal

Keluknya mempunyai 1 mod, simetrik dan mesokurtik. Ketiga-tiga pengukuran kecondongan memusat ini mempunyai nilai yang sama iaitu min, mod dan median adalah terletak pada satu titik yang sama. Peratusan yang ditunjukkan dalam setiap kawasan menerangkan berapa banyak jumlah keluasan di bawah keluk berada dalam kawasan berkenaan. Dari segi taburan skor ujian pula, ini bermakna peratusan itu menunjukkan perkadaran bagi semua skor adalah diantara nilai-nilai yang ditunjukkan pada garisan dasar keluk berkenaan. Contoh: Lebih kurang 68% dari kesemua skor adalah terletak pada 1 sisihan piawai di atas dan 1 sisihan piawai di bawah min.

CADANGAN KAEDAH P&P, TEKNOLOGI, DAN PENAKSIRAN

Kuliah, Tunjuk cara penggunaan SPSS, Praktikal (Analisis Data Ujian dan Soal selidik). Perlu ada kemudahan komputer dan perisian SPSS. Pelajar dikehendaki menghasilkan laporan analisis berdasarkan output SPSS.

11.5 PENGURUSAN, ANALISIS, DAN INTERPRETASI DATA KUALITATIF

HASIL PEMBELAJARAN

1. Mengurus data temu bual dan pemerhatian2. Menganalisis data temu bual dan pemerhatian3. Menginterpretasi data kualitatif

ISI KANDUNGAN

Page 44: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 184

IDEA UTAMA

Data yang telah dikumpul melalui pelbagai kaedah dan teknik perlulah diuruskan dengan baik bagi membentuk satu kerangka analisis dan interpretasi yang sesuai. Proses analisis data adalah penting dalam proses kajian tindakan kerana ia melibatkan satu prosedur yang sistematik dan berterusan bagi menyediakan asas untuk memberi makna kepada data tersebut. Oleh itu proses analisis data merupakan satu proses meringkas, merumus dan mempersembahkan data yang telah dikumpul dalam cara yang tepat dan boleh dipercayai. Ini diikuti dengan proses menginterpretasi yang melibatkan cubaan mencari makna dan implikasi daripada data yang telah dianalisis. Bab ini akan cuba menjelaskan prosedur dan proses mengurus, menganalisis dan menginterpretasi data yang dikumpul melalui temubual, pemerhatian, tinjauan dan analisis dokumen yang lebih merupakan data kualitatif.

Menganalisis data adalah merupakan satu proses untuk memahami data. Pada asasnya kita cuba untuk menjawab soalan kajian melalui data yang dikumpul dan dianalisis. Sama ada data berbentuk numerik atau pun perkataan, tugas menganalisisnya adalah sama. Kita cuba untuk melihat trend, pola dan tema. Bagi Sagor (2000), terdapat dua soalan utama yang penyelidik kajian tindakan boleh gunakan sebagai panduan. Soalan-soalan tersebut adalah:

Apakah cerita yang terkandung dan tersirat dalam data?Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi cerita secara signifikan?

Faktor yang penting dalam analisis data kajian tindakan adalah ‘refleksiviti’ penyelidik iaitu kebolehan penyelidik berfikir dan mereflek secara kritikal tentang apa yang telah dikumpul dan apa yang masih diperlukan.

Proses Analisis Data

Analisis data penyelidikan mengandungi empat langkah umum:

1. Memproses bukti – melibatkan proses mengedit, mengkod, persampelan: konseptual dan teoretikal

2. Pemetaan data – menunjukkan kekerapan isu, tema dan unit3. Menginterpretasi bukti – menginterpretasi data; membina model4. Mempersembah/melapor keputusan – melapor bukti; membuat kesimpulan

Proses analisis data pada asasnya adalah merupakan proses yang berterusan dan non-linear. Ia merupakan prosedur analitik yang melibatkan pemeriksaan makna ke atas kata-kata dan tindakan manusia. Memberi makna kepada data melibatkan cantuman pelbagai data, pengkelasan data mengikut kategori atau tema yang sesuai dan tepat, dan interpretasi tentang apa yang manusia kata dan apa yang penyelidik lihat dan baca. Analisis data merupakan proses yang kompleks yang melibatkan pertimbangan antara data yang konkrit dengan konsep abstrak, antara penaakulan induktif dan deduktif, antara deskripsi dan interpretasi (Merriam, 2001) Dengan ertikata lain, analisis data adalah merupakan proses mengatur, menstruktur dan menginterpretasi data yang telah dikumpul. Mengikut Strauss & Corbin (1997), ia adalah merupakan proses yang bercelaru, kabur, memakan masa, kreatif dan menarik. Ia tidak

Page 45: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 185

berlaku dalam keadaan yang linear, tetapi sentiasa berlaku proses meneliti semula, mendefinisi dan mengkategori semula bagi mendapatkan analisis dan interpretasi yang tepat dan bermakna.

Analisis data biasanya meneroka perhubungan antara kategori-kategori yang signifikan berkaitan dengan sesuatu perkara, manusia atau peristiwa serta sifat-sifat dan nilai-nilai yang mencirikan mereka. Dapatan kajian boleh berbentuk pernyataan deskriptif yang tersusun, tema-tema atau kategori-kategori yang merentas data atau dalam bentuk model dan teori yang menerangkan data.

Peringkat dalam Analisis Data Kualitatif

Terdapat beberapa pendekatan atau tradisi teoretikal yang boleh dipilih dalam menganalisis data yang sesuai dengan tujuan dan persoalan kajian. Walaupun pelbagai cara boleh digunakan dalam menganalisis data kualitatif, namun terdapat proses yang umum yang boleh dijadikan panduan untuk menganalisis data kualitatif. Biasanya, analisis data kualitatif melalui sebahagian besar ataupun kesemua peringkat-peringkat berikut:

Mengenali dan memahami data melalui semakan, bacaan dan mendengar data-data yang telah dikumpul

Transkripsi bahan-bahan yang telah dirakam Menyusunatur dan membuat indeks ke atas data untuk memudahkan proses mencari

dan mengenalpasti data Melindungi data-data yang sensitif Pengkodan Pengenalpastian tema-tema Pengkodan semula Pembentukan kategori-kategori provisional/awalan Meneroka perhubungan di antara kategori Pembaikan tema dan kategori Pembentukan teori dan memasukkan pengetahuan yang ada Menulis laporan

(Othman, 2006)

Pengumpulan dan analisis data merupakan proses yang berterusan dan boleh dipanjangkan dalam jangkamasa yang tidak ada noktahnya. Selagi ada orang yang boleh ditemubual, selagi ada pemerhatian yang boleh dibuat dan selagi ada dokumen yang boleh diperiksa, maka pengumpulan dan analisis data akan berterusan. Apabila semua data telah dikumpul, ini akan diikuti biasanya dengan analisis yang intensif yang melibatkan dapatan tentatif di teliti semula, diinterpretasi semula bagi mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam. Data yang diperolehi daripada pelbagai sumber perlu

Page 46: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 186

dipindahkan ke dalam bentuk yang boleh dibaca untuk proses analisis dijalankan. Misalnya, nota kerja lapangan perlu ditaip. Data dalam pita rakaman temubual perlu dijadikan transkrip temubual. Kerja-kerja mengurus dan menyusunatur data memerlukan prosedur dan proses yang sistematik dan praktikal supaya data mudah diakses semula untuk analisis selanjutnya.

Pada umumnya, proses mengurus dan menganalisis data berbentuk kualitatif mengikut langkah-langkah seperti berikut:

a. Transkripsi

Proses mentranskripsi data temubual, rakaman video atau nota lapangan misalnya tidak memadai dengan menuliskan ringkasan daripada rakaman temubual yang diadakan. Ia boleh menyebabkan penyelidik bias terhadap perkara-perkara yang dikira relevan dan menarik sahaja. Perkara-perkara yang berbentuk petunjuk-petunjuk bukan lisan yang mungkin memberi tanda-tanda seperti tekanan perasaan atau malu; ketawa atau gerak badan mungkin dapat memberikan makna yang lebih kepada apa yang diperkatakan. Ini semua perlu dimasukkan ke dalam transkrip. Sekiranya diupah seseorang untuk mentranskripsikan data temubual, adalah penting diberitahu tentang perlunya dimasukkan petunjuk-petunjuk bukan lisan ini.

Tesch (1990) memberikan panduan umum tentang menganalisis data daripada transkrip temuduga seperti berikut:

i. Dapatkan gambaran keseluruhan. Baca semua transkrip dengan teliti. Tuliskan idea-idea yang timbul dari semasa ke semasa

ii. Pilih satu transkrip - mungkin yang paling menarik, yang terpendek atau yang teratas sekali. Baca keseluruhannya dan cuba dapatkan makna di sebalik apa yang diperkatakan. Melihat apa yang tersirat. Tuliskan nya di ruangan margin kiri atau kanan

iii. Selepas selesai meneliti beberapa transkrip, sediakan senarai semua topik-topik. Kelompokkan mengikut topik yang sama. Bentukkan lajur untuk meletakkan topik yang utama, atau yang unik dan yang selebihnya.

iv. Kemudian, kembali kepada data selanjutnya. Tukarkan topik kepada kod-kod tertentu dan tuliskan kod kepada segmen yang sesuai dalam transkrip. Cuba cara yang sama kepada data temubual selanjutnya untuk melihat kategori atau kod baru daripada data

v. Lihat topik yang mempunyai deskripsi yang jelas dan terbaik dan jadikannya kategori-kategori. Kurangkan jumlah kategori dengan mengelompokkan topik-topik yang berkaitan antara satu sama lain. Mungkin boleh dilukiskan garisan antara kategori-kategori untuk memperlihatkan hubungannya.

vi. Buat keputusan muktamad tentang abbreviasi untuk setiap kategori dan jadikan kod mengikut huruf-huruf tertentu.

Page 47: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 187

vii. Kumpulkan data mengikut kategori-kategori dan jalankan analisis, jika perlu, buat pengkodan semula keatas data yang sedia ada (ms. 142 - 145)

Langkah-langkah yang dicadangkan oleh Tesch di atas merupakan proses sistematik yang dijalankan oleh penyelidik dalam menganalisis data temubual. Sudah tentu terdapat variasi dalam proses tersebut. Misalnya, sesetengah penyelidik mungkin merasakan sangat berguna untuk mewarnakan kod-kod yang berbeza di atas transkrip. Juga menandakan kenyataan-kenyataan (quotes) yang menarik dan berguna yang boleh dimasukkan dalam naratif kemudiannya. Setengah penyelidik pula mungkin membentuk senarai kategori-kategori yang menggambarkan tema-tema major dan tema-tema minor dalam data. Satu senarai mungkin merupakan maklumat spesifik yang menunjukkan pertentangan dengan tema-tema yang timbul. Proses menyusunatur maklumat mungkin dijalankan dengan menggunakan fail, kad fail atau perisian komputer (Merriam, 1988).

b. Pengkodan dan Membentuk Sistem Kategori

Setelah transkrip dibaca dengan teliti, data perlu dibahagi-bahagikan kepada unit-unit analisis yang bermakna. Apabila sesuatu segmen data yang bermakna dikesan, ianya akan dikodkan. Proses ini terus dijalankan sehingga semua data telah disegmenkan dan pengkodan awalan telah lengkap. Semasa pengkodan, perlulah disimpan senarai kod utama yang mengandungi semua kod yang telah dibentuk dan digunakan dalam kajian. Kemudiannya, kod-kod tersebut digunakan sekali lagi ke atas segmen data baru setiap kali segmen yang sesuai ditemui. Oleh kerana kajian kualitatif adalah lebih merupakan proses interpretatif, maka ada kemungkinan penyelidik yang berlainan akan mendapat keputusan atau pengkodan yang berbeza terhadap data yang sama. Mengikut Bryman (2001), tidak ada satu cara khusus yang betul untuk mengkod data. Terdapat pelbagai cara yang berbeza. Misalnya, Strauss (1987) dalam pendekatan ‘grounded theory’ mempunyai jenis pengkodan yang berbeza jika dibandingkan dengan Coffey dan Atkinson (1996) yang merujuk kepada tahap-tahap pengkodan yang berbeza. Secara umumnya, Coffey dan Atkinson menyatakan tiga tahap pengkodan yang boleh dilakukan. Yang pertama merupakan tahap pengkodan paling asas. Kedua, merupakan tahap yang menekankan kesedaran tentang kandungan apa yang dicakapkan. Tema yang dibentuk lebih menggambarkan bahasa yang digunakan oleh partisipan. Manakala tahap ketiga pula cuba melihat perkaitan apa yang dikatakan oleh partisipan dengan tema-tema analitik yang lebih luas.

Bryman (2001) mencadangkan beberapa pertimbangan dan langkah yang perlu diambil perhatian semasa proses pengkodan. Antara cadangan beliau adalah:

Membentuk kod seberapa segera yang boleh selepas sesuatu data dikumpul. Ini bertujuan untuk mempertajamkan pemahaman ke atas data dan membantu dalam persampelan teoretikal. Ia juga boleh mengelakkan daripada perasaan tertekan apabila

Page 48: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 188

terlalu banyak data yang perlu dianalisis sekiranya analisis dilakukan setelah semua data dikumpul

Membaca transkrip temubual, nota kerja lapangan, dokumen awal yang diperolehi dan diakhirnya catatkan beberapa nota umum tentang perkara-perkara yang menarik, penting atau yang signifikan

Membaca data sekali lagi dan buat nota tentang kenyataan-kenyataan yang signifikan. Buat sebanyak mana yang boleh. Mungkin boleh ditulis perkataan-perkataan yang digunakan oleh partisipan sendiri, atau nama/label yang dicipta oleh penyelidik sendiri ke atas kategori atau tema yang dibentuk dari data. Proses ini merupakan proses pengkodan iaitu menjana indeks istilah yang boleh membantu penyelidik menginterpret data

Menyemak semula kod-kod yang dibentuk bagi menentukan kesesuaian dan kerelevanannya dengan data yang dikumpul dan mungkin juga dengan bahan-bahan literatur yang ada. Perlu dipertimbangkan idea-idea teoretikal umum berkaitan dengan kod dan data. Telitikan perhubungan antara konsep dan kategori yang dibentuk serta cuba kaitkan dengan literatur yang berkaitan. Bentuk hipotesis tentang perkaitan yang dibuat dan rujukkan semula kepada data untuk melihat sama ada ianya boleh disahkan.

Perlu diingat bahawa sebarang item atau cebisan data boleh dan selalu dikodkan lebih daripada satu cara. Jangan bimbang tentang menjana terlalu banyak kod, terutama di peringkat awal proses pengkodan. Ini memberi peluang kepada penyelidik untuk lebih bersikap seberapa inventif dan imaginatif yang mungkin. Soal kod yang terlalu banyak boleh diselesaikan kemudian.

Proses pengkodan tidak boleh disamakan dengan analisis. Ianya merupakan sebahagian daripada analisis. Ia adalah mekanisme untuk berfikir tentang makna yang terdapat pada data dan untuk mengurangkan jumlah data yang dihadapi oleh penyelidik. (Huberman dan Miles, 1994, dalam Bryman, ms. 399). Proses menginterpretasi data masih perlu dilakukan.

Secara ringkas, langkah-langkah menganalisis data kualitatif adalah seperti berikut:

Langkah 1 – Semak Sepintas Lalu

Semak sepintas lalu tindakbalas atau respons. Ambil nota terhadap tema-tema, isu-isu dan faktor-faktor yang muncul yang anda dengar. Lihat pada item yang timbul berulang-ulang atau yang nampaknya penting.

Langkah 2 – Bentuk tema/kategori

Pilih 3 atau 4 tema/kategori yang sangat ketara dan bentuk satu matrik. Cuba bentuk satu visual untuk melakar bukti-bukti yang berkait dengan tema-tema utama. Letakkan tema/kategori bersama-sama dengan senarai subjek yang ditemubual. Setiap tema mungkin boleh diwarnakan mengikut kesesuaian.

Langkah 3 – Baca, Semak dan Rekod

Page 49: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 189

Sekiranya perlu, bincang data dengan rakan sekerja. Baca data dan tandakan perkataan atau frasa utama yang berkait dengan setiap tema atau kategori yang telah dikenalpasti. Akhirnya rekod dapatan dalam kotak carta matrik yang telah dibentuk.

Langkah 4 – Soalan (Apa yang telah saya jumpa?)

1. Rekod pemerhatian yang dibuat ke atas pola-pola yang telah muncul semasa melihat matrik yang dibentuk: sama ada pola konseptual atau pola sikap

2. Rekod pemerhatian selari dengan matrik yang dibentuk di bawah kertas carta. Contohnya:

Perkataan ‘cemerlang’ telah disebut berulang-ulang Terdapat perasaan tidak puas hati di kalangan setiap peringkat subjek

Langkah 5 – Simpulkan

1. Apakah sesetengah kesimpulan yang boleh dibuat (secara tentatif)?2. Rekod kesimpulan anda sama ada di bawah matrik atau atas kertas yang

berasingan

Langkah 6 – Soalan (langkah selanjutnya?)

1. Apakah kemungkinan langkah selanjutnya yang boleh diambil? Tinjauan/temubual/pemerhatian lain Semak semula soalan kajian Bentuk perancangan mengajar/aktiviti

2. Rekod perkara 1 sama ada di bawah matrik atau di atas kertas berasingan. 3. Apakah maklumat yang saya masih perlukan? Tentang pelajar, tentang metod,

tentang maklumat latar berkait topik kajian

Interpretasi Data

Setelah data dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk-bentuk yang sesuai, data-data tersebut perlu diinterpret bagi menjelaskan makna serta menunjukkan implikasi dan kesannya. Interpretasi data berlaku apabila kita bergerak melangkaui deskripsi dan cuba membuat sesuatu kenyataan tentang makna pelbagai tindak balas dan mencadangkan perhubungan antara data. Proses interpretasi ini melibatkan penyelidik mengambil risiko dan membuat tekaan/ramalan yang mungkin kadang-kadang terbabas daripada makna atau maksud asalnya. Namun begitu sebagai penyelidik kita perlu melakukannya bagi menunjukkan kesignifikanan serta kesan kajian yang dilakukan. Terdapat beberapa teknik yang biasa digunakan untuk menjalankan interpretasi data, terutama data berbentuk kualitatif. Mills (2003) telah menjelaskannya seperti berikut:

i. Melanjutkan analisis

Page 50: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 190

Teknik yang cuba menimbulkan beberapa soalan tentang kajian. Soalan-soalan yang mungkin tidak ditanya dalam persoalan kajian awal, yang mungkin boleh menjadi asas dalam kajian tindakan seterusnya.

ii. Kaitkan dapatan dengan pengalaman peribadi

Pengalaman yang dilalui oleh penyelidik menjalankan kajian tindakan dalam kelasnya dapat membantunya memberikan interpretasi ke atas data. Interpretasi yang berasaskan kepada pemahaman dan pengetahuan penyelidik tentang sekolah, bilik darjah dan pengajaran dan pembelajaran.

iii. Dapatkan pandangan rakan kritikal

Kadang-kadang kita mungkin mengalami kesukaran untuk memfokuskan interpretasi yang ingin dilakukan atau kadang-kadang dalam membuat interpretasi kita terlepas pandang perkara-perkara tertentu yang mungkin penting, maka pandangan alternatif bolehlah didapati daripada rakan sekerja yang boleh memberikan pandangan dari sudut yang mungkin berbeza. Rakan sekerja atau rakan kritikal ini mungkin terdiri daripada mereka-mereka yang bekerja bersama dalam kajian, atau rakan sekerja atau mereka-mereka yang tidak pernah kita temui secara bersemuka tapi merupakan rakan yang kita sering berbual melalui internet. Juga mungkin kita boleh bertanyakan informan kajian seperti pelajar, ibubapa, guru-guru, pentadbir untuk mendapatkan pandangan mereka.

iv. Meletakkan dapatan dalam konteks literatur

Membincangkan dapatan kajian dengan mengaitkannya dengan bahan-bahan literatur yang relevan dengan topik kajian. Ini merupakan satu cara yang berguna bagi melihat kaitan dapatan kajian dengan asas pengetahuan yang telah berkembang dalam topik kajian. Membuat perkaitan dengan literatur yang ada juga merupakan satu cara penyelidik berkongsi dengan rakan-rakan sekerja yang lain tentang fokus kajian serta dalam masa yang sama menghargai sumbangan penyelidik guru dalam pemahaman ke atas topik yang dikaji.

v. Kaitkan dengan teori

Teori dalam definisinya yang mudah adalah “an analytical and interpretive framework that helps the researcher make sense of what is going on in the social setting being studied” (Mills, 1993, p.103). Dengan ertikata lain teori berfungsi dalam menyediakan cara untuk penyelidik mengaitkan kajiannya dengan isu-isu yang lebih luas. Teori juga membolehkan pengkaji mencari tahap abstraksi yang lebih tinggi, yang bergerak melampaui pernyataan deskriptif. Di samping itu, teori juga menyediakan rasional atau asas makna kepada kajian yang dilakukan. Maka adalah lebih bermakna sekiranya data yang dianalisis itu dapat diinterpretasikan dalam konteks teori yang berkaitan. Sebagai guru, kita sentiasa menggunakan dan dipengaruhi oleh teori-teori pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan. Maka pengkaji bolehlah menggunakan teori-teori tersebut dalam membuat interpretasi ke atas data yang dikumpul.

Page 51: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 191

Kesimpulannya, interpretasi data berlaku apabila kita bergerak melangkaui deskripsi dan cuba membuat sesuatu kenyataan tentang makna pelbagai tindak balas dan mencadangkan perhubungan antara data. Akhirnya kita membina model data kajian dengan cuba mendapatkan gambaran yang lebih luas dengan menggabungkan pelbagai indikator dan tema yang dapat melihat pertalian antara tema dengan lebih jelas.

Penggunaan Komputer Dalam Analisis Data Kualitatif

Terdapat beberapa pakej perisian komputer yang digunakan untuk mengurus dan menganalisis data kualitatif. Biasanya perisian komputer ini akan membantu penyelidik dalam mengenalpasti segmen teks, meletakkan label-label kategori kepada segmen dan menyusunatur semua segmen teks yang berkait dengan kategori-kategori spesifik. Pakej data analisis kualitatif yang popular adalah seperti NUD*IST, AtlasTi, NVivo, Ethnograph, WinMax. Ianya banyak membantu dalam menyimpan dan mengkod data, membentuk sistem klasifikasi, enumerasi, mencari perhubungan dan menghasilkan grafik. Pakej-pakej ini berbeza dari segi keupayaan dalam ‘theoretical modelling’ tetapi semua mempunyai keupayaan meneroka dan memaparkan perhubungan antara kod. Di samping itu, pakej-pakej perisian ini juga boleh menghasilkan laporan sebagaimana yang dikehendaki oleh penyelidik, sama ada keseluruhan set data dalam satu-satu kod ataupun mengeluarkan se bahagian daripada dokumen.

Namun begitu, adalah baik sekiranya dapat melawat ke laman web ketiga-tiga pakej yang dinyatakan di atas dan boleh dimuat turun versi demonstrasi secara percuma. Ini akan memberi peluang untuk mencuba tutorial dan mengenali pakej tersebut. Laman web bagi NVivo dan NUD*IST adalah www.qsr.com.au/software, dan bagi AtlasTi adalah www.atlasti.de/atlastineu. Diberikan juga laman web untuk Sage Publication di mana pakej-pakej tersebut boleh dibeli, www.sagepub.co.uk.

Rumusan

Analisis data sama ada data kuantitatif atau data kualitatif adalah merupakan proses yang kompleks dan memerlukan masa yang banyak. Soal menguruskan proses analisis data ini adalah penting diberi perhatian supaya penyelidik tidak lemas dalam lambakan data yang banyak. Sama ada analisis data dijalankan serentak dengan pengumpulan data atau analisis data dijalankan selepas semua data yang relevan telah dikumpulkan, kedua-duanya memerlukan organisasi data yang kemas dan sistematik. Transkrip temubual, nota lapangan, fotograf, video, dokumen serta lain-lain bahan sumber perlu diberi kod pengenalan yang memudahkannya diperolehi atau diakses semula. Semua data perlu diberikan tarikh perolehan, petunjuk tentang konteks, serta punca sumber (yang biasanya dirahsiakan) dengan menggunakan nama atau label samaran. Satu senarai data yang lengkap kemudiannya boleh disediakan dan digunakan sebagai rujukan sepanjang proses analisis. Proses pengkodan pula boleh dibuat dengan pelbagai cara mengikut tahap analisis yang perlu dilakukan. Biasa nya terdapat dua cara yang dilakukan iaitu cara potong dan tampal dan cara pengkodan warna.

Page 52: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 192

Dalam banyak hal, kedua-dua cara tersebut boleh digabungkan untuk memudahkan analisis dijalankan.

CADANGAN KAEDAH P&P, TEKNOLOGI, DAN PENAKSIRAN

Kuliah, Tunjuk cara penggunaan NVivo, Praktikal (Analisis Data Temu bual) menggunakan persembahan Powerpoint, makmal komputer. Pelajar perlu menghasilkan laporan analisis berdasarkan output NVivo.

11.6 PENULISAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menerangkan asas penulisan laporan kajian tindakan2. Menyatakan langkah-langkah yang perlu diperhatikan dalam menulis laporan3. Menyatakan langkah-langkah menulis proposal kajian tindakan yang sesuai

ISI KANDUNGAN

IDEA UTAMA

Membincangkan tentang langkah-langkah serta pertimbangan dalam menulis laporan kajian tindakan. Tumpuan diberikan kepada bentuk penulisan laporan mengikut format yang sesuai. Langkah-langkah menyediakan proposal kajian tindakan juga dijelaskan dalam modul ini. Di samping itu, panduan menilai laporan kajian tindakan berdasarkan kriteria penilaian yang sesuai dijelaskan bagi meneliti kualiti laporan kajian tindakan.

Pengenalan

Terdapat pelbagai cara, gaya dan pendekatan dalam menulis laporan kajian tindakan. Kepelbagaian ini banyak bergantung kepada orientasi disiplin penyelidik, audien yang disasarkan, pendekatan kajian yang digunakan serta tujuan kajian. Terdapat beberapa pertimbangan yang perlu diberi perhatian sebelum memulakan penulisan laporan. Bab ini juga akan menjelaskan tentang persediaan yang perlu dibuat semasa menulis laporan kajian serta format yang biasa digunakan dalam laporan kajian tindakan. Satu contoh laporan kajian tindakan disertakan sebagai panduan melaporkan kajian tindakan.

Persediaan Untuk Menulis

Page 53: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 193

Mengikut McNiff, Lomas dan Whitehead (1996), penulisan laporan kajian memerlukan penyampaian yang jelas dan tepat. Apa yang dimasukkan dalam laporan bergantung kepada tujuan kajian dan audien yang disasarkan. Kedua-dua faktor ini menentukan gaya dan kandungan yang paling sesuai. Mereka seterusnya membezakan jenis dan bentuk kandungan yang menjadi minat dan perhatian kepada:

Ketua jabatan – fokus kepada hasil organisasi Rakan sekerja – fokus kepada proses pengajaran dan pengurusan pembelajaran Rakan sekerja akademik – fokus kepada sumbangan yang dibuat terhadap

pengetahuan baru

Oleh kerana tumpuan utama kajian tindakan adalah untuk mengambil tindakan yang sesuai bagi meningkat amalan atau membuat perubahan yang memberi kesan positif kepada penyelidik, partisipan dan institusi, maka kebanyakan penyelidik kajian tindakan tidak begitu memberikan penekanan kepada menulis laporan kajian tindakan yang mereka jalankan. Adalah sukar bagi penyelidik guru misalnya untuk mencari masa serta membina kecenderongan untuk menulis hasil kajian tindakan mereka. Kebanyakan guru yang terlibat dalam kajian tindakan hanya melihat dan cuba memahami kesan apa yang mereka lakukan dalam bilik darjah serta apa yang pelajar mereka telah pelajari daripada intervensi atau tindakan yang telah dilakukan. Mereka tidak nampak perlunya berkongsi apa yang mereka telah pelajari daripada kajian tindakan yang mereka jalankan dengan orang lain.

Dalam hubungan ini, Mills (2003) berpendapat bahawa guru harus nampak dengan jelas kepentingan dan faedahnya melaporkan kajian tindakan yang mereka jalankan. Menulis dapat membantu pengkaji lebih memahami cerita yang cuba hendak disampaikan. Di samping itu laporan dapat menyediakan rekod yang kekal dan boleh diakses untuk kegunaan profesional dan personal. Menurut Mills lagi, terdapat nilai-nilai tertentu dalam menulis laporan kajian. Proses menulis memerlukan pengkaji menjelaskan makna-makna tertentu, dan ini memerlukan pengkaji memilih perkataan-perkataan dengan teliti, menjelaskan dengan teliti apa yang dialami atau yang diperhati, serta membuat refleksi terhadap pengalaman yang dilalui semasa menjalankan kajian. Secara lebih khusus lagi, dalam kerja-kerja menulis kajian, perkara-perkara berikut perlu diberi pehatian:

Kejelasan – menulis laporan kajian memerlukan kejelasan dan ketepatan bahan yang cuba hendak disampaikan.

Validasi – menerbitkan kajian serta maklumbalas yang diperolehi daripada penilai atau pembaca akan sedikit sebanyak mengesahkan apa yang kita buat dan cuba sampaikan

Empowermen – membuat refleksi ke atas amalan melalui penulisan akan mengupaya pengkaji mencabar tahap dan status amalan yang sedia ada

Generatif – penulisan merupakan aktiviti generatif yang terjelma dalam bentuk produk, iaitu sesuatu yang jelas nampak yang boleh dikongsi dengan rakan sekerja serta audien yang lebih luas

Page 54: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 194

Pencapaian – menulis laporan kajian boleh memberikan perasaan yang kita telah mencapai sesuatu. Kita merasa dihargai dan teruja apabila rakan sekerja membaca hasil kajian kita.

Terdapat beberapa faktor yang perlu diberikan perhatian berkaitan dengan proses menulis laporan, bergantung kepada pendekatan kajian yang digunakan. Menurut Walcott (1990), dalam kajian berbentuk kualitatif misalnya, pertamanya, pengumpulan dan analisis data adalah berterusan dan serentak, oleh itu tidak ada satu masa yang jelas bila pengumpulan dan analisis data perlu berhenti dan penulisan boleh dimulakan; keduanya berkaitan dengan jumlah data kualitatif yang banyak yang perlu di susunatur, dipilih dan diadun dalam bentuk naratif yang koheren; ketiganya, berkaitan dengan tidak adanya satu format yang piawai dalam melaporkan data kualitatif.

Sebagai persediaan untuk menulis laporan kajian tindakan, terdapat beberapa perkara yang perlu ditentukan terlebih dahulu. Perkara-perkara tersebut mengikut Merriam (2001) adalah:

i. menentukan audienii. memilih fokusiii. merangka susun atur laporan

Berkait dengan mengambil keputusan tentang kepada siapa laporan tersebut ditujukan, perlu ditentukan siapakah audien yang akan membaca dan meneliti laporan. Ini perlu kerana kelompok dan jenis audien akan memberikan gambaran tentang apakah kandungan yang akan dipaparkan, apa yang perlu ditekankan, tahap dan kompleksiti yang diperlukan untuk menyampaikan fakta dan idea penting dalam laporan. Apabila sudah jelas tentang siapa yang akan membaca laporan, kita boleh bertanya apakah yang audien hendak tahu tentang kajian yang dibuat. Jawapan kepada soalan itu akan dapat membantu menstruktur kandungan laporan dan seterusnya menentukan gaya persembahan laporan.

Audien yang biasanya berminat tentang hasil kajian mungkin terdiri daripada orang awam, pembuat dasar, agensi yang memberi geran, pengamal, masyarakat saintifik ataupun ahli di tempat kajian. Setiap audien mempunyai minat yang berbeza dalam kajian yang dijalankan dan memerlukan pendekatan laporan yang berbeza. Oleh itu, penentuan audien sepatutnya dapat membantu penyelidik mendefinisi penekanan pelbagai komponen dalam laporan penyelidikan.

McNiff, Lomas dan Whitehead (1996) menjelaskan bahawa tidak kira siapakah audien yang disasarkan laporan, penyelidik perlu membuat dua keputusan yang penting iaitu apakah kandungan yang akan dilaporkan? Dan bagaimanakah laporan akan disampaikan?

Penulisan dan Susunatur Kandungan Laporan Kajian Tindakan

Page 55: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 195

Dalam konteks kajian tindakan partisipatori, biasanya melibatkan penulisan secara kolaboratif. Mengikut Kemmis dan Wilkinson (1998), kajian tindakan partisipatori adalah merupakan aktiviti sosial. Oleh itu menulis dapatan kajian untuk dikongsi bersama dengan audien yang lebih luas adalah merupakan sebahagian daripada komitmen sosial penyelidik yang terlibat. Selain daripada itu, menulis dapatan kajian secara kolaboratif dapat membantu dalam perkembangan profesional ahli-ahli pasukan, terutama ahli-ahli yang kurang pengalaman dengan memberi mereka peluang membina kemahiran dan keyakinan menulis. Di samping itu juga dapat mempertajam dan memperjelaskan pemikiran dan pemahaman terhadap kajian yang dibuat. Selalunya proses menulis menyediakan ruang kepada pengkaji kajian tindakan membuat refleksi ke atas fokus utama projek, andaian-andaian yang mendasari kajian, masalah-masalah serta pembelajaran yang dilalui. Seterusnya, penulisan kolaboratif membantu dalam perkembangan visi bersama antara kolaborator, terutama bagi projek yang melibatkan ahli-ahli pasukan yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang.

Tidak ada satu format yang standard untuk melaporkan kajian tindakan. Kandungan laporan kajian kes misalnya bergantung kepada minat audien yang disasarkan laporan serta tujuan pengkaji menjalankan kajian. Pengamal atau orang awam misalnya tidak begitu berminat tentang maklumat berkaitan dengan metodologi kajian. Rakan sekerja penyelidik serta lain-lain penyelidik memandang maklumat tersebut sebagai penting dalam menilai sumbangan kajian tersebut kepada bidang yang dikaji.

Biasanya semua laporan membincangkan tentang bentuk permasalahan kajian, cara dan prosedur kajian dijalankan (metodologi) serta dapatan kajian. Bahagian permasalahan kajian termasuk rujukan kepada literatur, kerangka teoretikal kajian, pernyataan masalah, tujuan kajian serta soalan kajian. Bahagian metodologi pula termasuk bagaimana sampelan dipilih, bagaimana data dikumpul dan dianalisis serta apakah ukuran yang digunakan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan. Bahagian dapatan kajian biasanya menjelaskan tentang dapatan yang diperolehi daripada data yang dianalisis. Ia merupakan hasil kajian di mana pengkaji belajar serta memahami fenomena yang dikaji.

Rangka susun atur laporan biasanya akan memandu tugas menulis kepada unit-unit yang mudah diurus. Daripada rangka susun atur tersebut, boleh dimulakan menulis draf pertama laporan. Menulis draf pertama adalah merupakan fasa yang banyak memerlukan masa dan tenaga. Draf pertama laporan boleh diberikan kepada rakan sekerja, rakan atau pun partisipan kajian untuk mendapatkan komen. Berdasarkan komen mereka serta pembaikan yang dibuat melalui kerja-kerja mengedit oleh pengkaji, akan dapat diperbaiki lagi draf laporan.

Biasanya laporan bertulis mengandungi langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Fokus kajian anda

Langkah 2: Membentuk soalan

Langkah 3: Sorotan literatur

Langkah 4: Pengumpulan Data

Page 56: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 196

Langkah 5: Menganalisis dan menginterpret data

Langkah 6: Merancang Tindakan

Langkah 7: Menjalankan Tindakan

Langkah 8: Memantau dan Menilai Tindakan

Di bahagian akhir laporan, tuliskan refleksi penyelidik ke atas proses kajian tindakan, kesannya kepada amalan pengajaran, dan pandangan tentang pengajaran hasil daripada tindakan yang telah dijalankan. Bagaimanakah kajian tindakan telah mengubah pandangan penyelidik terhadap pengajaran, dan apakah yang telah pelajari daripada kajian. Yang jelasnya, langkah-langkah di atas merupakan satu kerangka umum yang boleh diikuti sebagai panduan dalam menulis laporan kajian tindakan. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat variasi serta keindividualan dalam penulisan kajian tindakan. Contoh-contoh laporan kajian tindakan terdapat dalam Bahagian 6.

Rumusan

Terdapat beberapa sebab mengapa penulisan laporan kajian tindakan perlu dibuat walaupun pada umumnya penyelidik guru tidak begitu mengambil berat tentang menulis pengalaman mereka ke atas tindakan serta perubahan-perubahan yang telah dibuat. Selain daripada dapat lebih mendalami apa yang telah dijalankan dalam proses kajian tindakan, ianya juga dapat meningkatkan pemahaman penyelidik tentang tindakan serta kesannya ke atas amalan penyelidik serta pelajar. Dengan ertikata lain, dengan cuba menulis apa yang telah dikaji, menjadikan penyelidik lebih sedar tentang apakah masalah yang cuba diselesaikan atau yang cuba dibaiki serta pentingnya berkongsi pengalaman tersebut dengan orang lain.

CADANGAN KAEDAH P&P, TEKNOLOGI, DAN PENAKSIRAN

Kuliah, Menganalisis Laporan Kajian Tindakan menggunakan persembahan Powerpoint, dan Laporan Kajian Tindakan. Penaksiran dan penilaian Laporan Kajian oleh pelajar.

11.7 PENULISAN PROPOSAL

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menghuraikan langkah-langkah dalam menulis proposal kajian tindakan2. Menghasilkan sebuah proposal kajian tindakan

Page 57: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 197

3. Menyatakan kriteria proposal kajian tindakan baik

ISI KANDUNGAN

IDEA UTAMA

Kualiti sesuatu penyelidikan banyak bergantung kepada kualiti perancangan kajian yang disediakan oleh penyelidik. Cadangan kajian biasanya menjadi panduan dan memandu perkembangan dan perlaksanaan penyelidikan. Cadangan disediakan untuk penyelidik mengemukakan pandangan, masalah dan fikiran tentang fokus kajian serta prosedur dan proses yang sesuai untuk melaksanakannya. Di samping itu, cadangan juga disediakan bagi tujuan untuk menjelaskan kepada pihak-pihak tertentu, kepada pengetua, misalnya tentang tujuan kajian serta kepentingan kajian dijalankan. Di peringkat yang lebih makro lagi, cadangan disediakan untuk mendapatkan sokongan kewangan dan sumber-sumber lain bagi membiayai perlaksanaan kajian. Bagi pihak yang menilai cdangan kajian, ianya dapat memberikan penilaian tentang pengetahuan dan kemahiran pengkaji untuk melaksanakan kajian dengan berkesan.

Panduan umum dalam menulis proposal kajian tindakan

1. Mulakan dengan menjelaskan isu atau masalah yang anda minat untuk mengkaji. Tulis satu paragraf yang menyatakan tentang isu atau masalah dalam istilah-istilah yang spesifik mungkin. Bagaimana isu-isu tersebut berkait dengan anda dan kerja anda? Bagaimana isu atau masalah tersebut memberi kesan kepada latar kajian (sekolah, bilik darjah dan lain-lain), pelajar yang terlibat, dan komuniti sekolah keseluruhannya? Mengapakah isu tesebut penting?

2. Apakah soalan (atau soalan-soalan) yang perlu dijawab untuk memahami masalah atau isu tersebut?

3. Buat sedikit sorotan literatur. Di manakah boleh diperolehi kajian-kajian lepas yang telah dijalankan tentang isu yang hendak dikaji? Apakah yang anda perlu baca sebelum memulakan kajian? (Namakan sekurang-kurangnya tiga sumber spesifik yang dikenalpasti)

4. Apakah instrumen yang boleh digunakan untuk mengumpul data yang boleh membantu dalam menjawab soalan atau isu? (ujian, soalselidik, pita video, pita audio dan lain-lain). Apakah data sebenar yang anda ingin kumpul? (kerja pelajar, gred, refleksi, pemerhatian, rubrik dan lain-lain). Terangkan apakah yang anda harap boleh diperolehi daripada setiap sumber data yang anda kenalpasti.

5. Bagaimanakah anda akan mengurus pengumpulan dan analisis data? Berapa kerapkah anda akan mengumpul data? Bagaimanakah anda akan menyusun atur data? Apakah yang anda patut lakukan dengan data mentah yang dikumpul untuk memahami maknanya?

6. Apakah yang anda akan lakukan dengan dapatan kajian?

Page 58: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 198

7. Akhirnya, reflek tentang kemungkinan yang anda akan menjalankan projek kajian tindakan tersebut. Apakah yang anda lihat sebagai tindakan dalam kajian tindakan anda? Apakah yang anda lihat sebagai kekangan dan halangan dalam menjalankan projek? Bagaimanakah anda rasa dan fikir tentang proses kajian tindakan sebagai alat untuk membentuk perubahan yang bermakna?

Kandungan dan organisasi cadangan kajian

Secara umumnya dipersetujui, kandungan dan organisasi cadangan kajian mengandungi bab-bab seperti berikut:

Bab 1: Pengenalan

PengenalanKeperluan menjalankan kajianPernyataan masalah

Tujuan (atau tujuan-tujuan) kajianSoalan (atau Soalan-soalan) KajianHipotesis (sekiranya sesuai)

Hipotesis NullHipotesis Kajian

Definisi IstilahKesignifikanan KajianRumusan

Bab 2: Kajian LiteraturPengenalan (termasuk menyatakan semula tujuan kajian dan soalan kajian, sekiranya tidak begitu panjang)Latar belakang SejarahLatar belakang teoretikalKajian berkaitan (disusun mengikut topik)Rumusan

Bab 3: Metodologi

Pengenalan (termasuk menyatakan semula tujuan kajian dan soalan kajian, sekiranya tidak begitu panjang)Rekabentuk kajianPartisipanInstrumenProsedur pengumpulan data

Page 59: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 199

Prosedur analisis data

Contoh Cadangan Kajian Tindakan

1. Tajuk kajian

Penggunaan Peta Konsep Dalam Meningkatkan Kemahiran Menghurai Fakta Sejarah Di Kalangan Pelajar Tingkatan Lima

2. Nama dan Ahli Jawatankuasa Pengkaji

Kertaskerja ini di kemukakan oleh Jawatankuasa Penyelidikan Sekolah Menengah Seri Tanjong, …..

Nama-nama guru dalam Jawatankuasa adalah:

1.

2.

3.

3. Latar Belakang Kajian

Mata pelajaran Sejarah di dalam KBSM merupakan mata pelajara teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar sekolah menengah. Tujuan pendidikan sejarah adalah untuk memupuk semangat setianegara dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia. Berdasarkan pengetahuan dan pemahaman aspek-aspek sejarah negara, para pelajar akan dibimbing untuk menganalisa dan menilai fakta-fakta sejarah secara rasional.

Merujuk kepada format menjawab soalan Sejarah Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia huraian fakta dan tema penting dalam memantapkan jawapan calon. Unutk mencapai matalamt ini, kemahiran menghurai fakta merupakan satu aspek yang penting. Oleh kitu melalui Peta Konsep kaedah ini dapat dipraktikkan dengan berkesan.

4. Pernyataan Masalah

Pelajaran Sejarah Menengah Atas adalah merupakan kesinambungan daripada pembelajaran di peringkat Menengah Rendah. Hal ini bermakna segala maklumat atau fakta Sejarah pada peringkat menengah rendah merupakan asas yang menghubungkaitkannya dengan perkembangan Sejarah yang lain.

Page 60: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 200

Hal ini menyukarkan kebanyakan pelajar kerana terpaksa mengingat banyak fakta. Pelajar juga menghadapi kesukaran untuk mengaitkan sesuatu fakta dengan perkembangan Sejarah yang lain. Oleh itu melalui Peta Konsep pelajar dapat mengembangkan idea-idea walaupun hanya berdasarkan satu idea asas. Keadaan ini dapat mengembangkan pemikiran pelajar untuk meluaskan lagi idea asas tersebut supaya ia terjalin menjadi satu cerita yang senang untuk diingati. Setiap satu aspek atau idea itu dikaitkan dengan idea lain yang berkaitan. Peta Konsep ini akan dapat memberikan gambaran yang menyeluruh antara satu fakta dengan fakta seterusnya.

Berdasarkan pemerhatian kami terdapat dua fenomena yang memberikan sumbangan kepada kesukaran pelajar mengingati fakta dan menghuraikan fakta atau idea asas. Pertama, tiadanya satu cara untuk pelajar mengingati fakta dan mengembangkan fakta itu dengan idea lain yang berkaitan. Kedua, disebabkan pengajaran guru yang kurang berkesan sehingga membosankan pelajar.

5. Objektif Kajian

a. Menggunakan Peta konsep dalam pengajaran sejarah supaya mudah maklumat diingati lebih lama dan berkesan

b. Meningkatkan pemahaman pelajar ke atas sesuatu topikc. Membantu pelajar dalam mengulangkaji pelajarand. Menggalakkan pelajar membaca merujuk dan membincange. Memperbaiki amalan pengajaran guru yang dapat disampaiakan dengan

berkesan dan menyeronokkan

6. Metodologi Kajian

6.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti model berikut:Langkah 1 - Pengenalpastian Isu dan MasalahLangkah 2 - Perancangan TindakanLangkah 3 - Pelaksanaan TindakanLangkah 4 - Pemerhatian dan Menganalisis DataLangkah 5 - Refleksi dan Penilaian

6.2 Sasaran KajianKumpulan sasaran yang akan terlibat dalam kajian in adalah terdiri daripada kumpulan pengkaji, guru-guru yang mengajar Sejarah tingkatan 5 (2 orang), dan sebuah kelas murid tingkatan 5, seramai 40 orang.

6.3 Instrumen KajianDalam kajian aakan digunakan 2 kaedah pengumpulan data iaitu:

Page 61: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 201

a. Soalan-soalan ujian – dua set soalan ujian iaitu Pra Ujian dan Pos Ujian akan diberikan kepada pelajar berkaitan dengan topik “Struktur Pentabiran Kerajaan Persekutuan Malaysia”. Tujuan pra ujian dan pos ujian dijalankan adalah untuk melihat pencapaian pelajar bagi kedua-dua ujian tersebut. Berdasarkan perbandingan yang dibuat, akan diketahui sama ada berkesan atau tidak penggunaan Peta Konsep dalam pengajaran Sejarah.

b. Pemerhatian - Pemerhatian akan dilakukan oleh guru-guru Sejarah terhadap tingkahlaku pembelajaran pelajar-pelajar di dalam kelas semasa pengajaran dilaksanakan. Tujuannya untuk mengenalpasti sikap belajar mereka, bagaimana mereka memberi tindakbalas terhadap pengajaran guru sama ada melalui latihan perbincangan, mengemukakan fakta dan pendapat, menjawab soalan objektif dan latihan menulis esei.

6.4 Metod Analisis

a. Ujian pra dan ujian pos: Analisis markah pencapaian pelajarb. Pemerhatian: Analisis secara perbincangan tentang tindakbalas pelajar semasa

pengajaran

7. Kesignifikanan Kajian

Dapatan kajian ini diharap dapat dikongsi bersama dengan Ahli Jawatankuasa KT SM Seri Tanjong, guru-guru sekolah melalui aktiviti perkembangan staf, dan juga guru-guru Sejarah

8. Anggaran Perbelanjaan

Pecahan Kepala Jumlah

21000 Perjalanan RM XXXX

27000 Bahan dan alatan bantuan mengajar RM XXXX

Percetakan soal selidik/ujian RM XXXX

Page 62: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 202

Percetakan modul/bahan pengajaran RM XXXX

Percetakan laporan kajian (5 jilid) RM XXXX

29000 Perbelanjaan mesyuarat RM XXXX

Bengkel penulisan laporan RM XXXX

Jumlah RM XXXX

9. Jadual Kerja

Perkara Tarikh

Mesyuarat Jawatankuasa XXXX

Penulisan kertas cadangan XXXX

Mesyuarat perancangan XXXX

Mesyuarat pembinaan ujian pra/pos XXXX

Pelaksanaan ujian pra XXXX

Memproses data ujian pra XXXX

Mesyuarat perancangan untuk pemerhatian XXXX

Analisis data ujian pra, dan pemerhatian XXXX

Pelaksanaan ujian pos XXXX

Refleksi dan Penilaian XXXX

Penulisan laporan kajian XXXX

Pemurnian laporan XXXX

CADANGAN KAEDAH P&P, TEKNOLOGI, DAN PENAKSIRAN

Kuliah, Menganalisis Proposal Kajian Tindakan menggunakan persembahan Powerpoint, Contoh Proposal Kajian Tindakan. Pentaksiran dan penilaian Proposal Kajian Tindakan pelajar.

Page 63: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 203

RUJUKAN

Ary. D., Jacobs. L.C dan Razavieh. A (2002). Introduction to research in education. (6th ed.).Wadsworth/Thompson Learning.Belmont: California.

Bhasah Abu Bakar (2007). Kaedah analisis data penyelidikan ilmiah. Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan. Utusan Publications & Distributors Sd. Bhd. Kuala Lumpur.

Bogdan, R.C. & Biklen, S.K., (1998) Qualitative Research for Education, An Introduction to Theory and Methods, 3rd Ed., Boston:Allyn & Bacon

Carr, W. & Kemmis, S. (1986). Becoming Critical: Education, Knowledge and Action Research, London:Falmer Press

Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2003). Research methods in education (5th ed.). New York: RoutledgeFalmer.

Creswell, J.W. (2003) Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods Approaches (2nd Ed.), Thousand Oaks:Sage

Elliot, J. (1991). Action Research for Educational Change, Buckingham: Open University Press.

Fontana, A., & Frey, J.H. (2003). The Interview: From Structured Questions to Negotiated Text, dalam Denzin & Lincoln, (Eds) Collecting and Interpreting Qualitative Materials, 2nd Ed., Thousand Oaks: Sage

Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The action research planner, 3rd ed. Victoria, Australia: Deakin University Press.

Miles, M.B., & Huberman, A.M. (1994) Qualitative Data Analysis: An Expanded Sourcebook (2nd

ed.) Thousand Oaks, CA.:Sage

Mills, G.E. (2003). Action research: A guide for the teacher researcher, 2nd Ed., Upper Saddle River NJ: Merrill.

Schensul, S.L., Schensul, J.J. & LeCompte, M.D. (1999). Essential Ethnographic Methods, Ethnographer’s Toolkit, New York:Altamira Press

Stringer, E., (2004) Action Research in Education, New Jersey: Pearson Prentice Hall

Page 64: Kajian Tindakan PROGRAM PEMULIHAN... · Web viewDalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik

Kajian Tindakan 204