prosiding kajian tindakan pemulihan khas 2m

31
Implementasi ‘Mutiara Reko’ Dalam Kelas Intervensi 2M (KI2M) Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Smk Jalan Reko, Kajang, Selangor FAUZIAH BT MAT SMK Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor H/P:019-2185088 [email protected] Pembentang peringkat antarabangsa kajian tindakan(ICIELD-2010) anjuran KUIS; Guru Inovatif Pendidikan Khas Daerah Hulu Langat 2011; Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010; Jurulatih Utama Kajian Tindakan Daerah Hulu Langat ABSTRAK Kajian intervensi 2M (membaca dan menulis) Bahasa Melayu menggunakan modul ‘Mutiara Reko’ dilakukan bagi membantu murid khas bermasalah pembelajaran PPKI SMK Jalan Reko menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan cara yang lebih pantas dan mudah. Pengesanan awal mendapati 80% murid khas bermasalah pembelajaran PPKI SMK Jalan Reko yang berpotensi untuk dibimbing sebagai individu yang berdikari dan berkerjaya, tidak menguasai kemahiran membaca dan menulis. Keperluan menguasai 2M adalah penting kepada murid khas ini sebagai syarat minimum untuk mereka menempatkan diri ke kursus-kursus kemahiran tajaan Giatmara dan seumpamanya. Seramai 13 orang murid khas bermasalah pembelajaran PPKI SMK Jalan Reko telah dipilih sebagai sampel kajian. Pendekatan individual approach, peer learning dan latih tubi telah digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan, 100% daripada murid yang terlibat dalam program tersebut boleh menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam tempoh masa yang sangat singkat iaitu antara 15 hingga 31 hari pelaksanaan tindakan kelas. Ini bermakna penggunaan modul ‘Mutiara Reko’ amat berkesan dilaksanakan bukan sahaja mampu mengatasi masalah celik huruf dan bijak membaca dalam kalangan murid khas bermasalah pembelajaran bahkan juga murid tipikal yang mengalami ketidakupayaan membaca di aliran perdana. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Pada tahun 2006 sehingga tahun 2009, saya diberi peluang untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di Kelas Amanah. Murid-murid di kelas Amanah terdiri daripada murid khas bermasalah pembelajaran yang dikategorikan sebagai bertahap tinggi yakni berpotensi untuk berdikari dan berkerjaya. 40% daripada murid di kelas tersebut tidak boleh membaca dan menulis dengan baik. Kekangan ini telah menyebabkan objektif pengajaran dan pembelajaran saya tidak tercapai. Sebagai akibatnya, murid tersebut gagal untuk menguasai apa yang disampaikan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran, terus terpinggir, kurang keyakinan, tidak memberikan komitmen dan berpersepsi negatif terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya dan subjek-subjek lain yang melibatkan arahan soalan berbentuk ayat yang agak panjang secara amnya. Selain itu penguasaan kemahiran 2M merupakan syarat minimum untuk melayakkan murid-murid khas bermasalah pembelajaran ini mengikuti kursus-kursus kemahiran di Giatmara dan seumpamanya. Oleh itu, saya menyuarakan keperluan dan kebimbangan tentang ketidakupayaan penguasaan 2M ini dalam mesyuarat akhir tahun PPKI SMK Jalan Reko pada November 2009. Saya menyarankan agar diadakan satu projek rintis kelas intervensi 2M (KI2M) secara bersistematik menjelang 2010 bagi mengatasi 80% masalah ketidakupayaan penguasaan 2M dalam kalangan murid khas bermasalah pembelajaran yang educable dan berpotensi dalam kemahiran vokasional agar mereka berpeluang meneruskan kehidupan berdikari, berkerjaya dan bermakna setelah tamat persekolahan. 2.0 FOKUS KAJIAN Refleksi daripada ketidakpuasan dalam pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran kendiri saya yang sekian lama (bermula dari tahun 2006 hingga 2009), menyebabkan saya merasakan satu program intervensi 2M perlu dilaksanakan dan diselaraskan secara sistematik mulai tahun 2010 demi memberi ruang dan peluang yang lebih baik kepada anak-anak didik PPKI SMK Jalan Reko yang berpotensi dan berkemahiran tinggi dalam kategorinya. Keperluan mencelik huruf dan menguasai kemahiran membaca dalam kalangan murid khas bermasalah pembelajaran yang educable dan berpotensi dalam kemahiran vokasional menjadi fokus utama kajian ini.

Upload: fauziah-mat

Post on 20-Jun-2015

5.572 views

Category:

Education


8 download

DESCRIPTION

oleh: Cikgu Fauziah Mat, SMK Jalan Reko, Kajang, Selangor website: http://cikgu-fauziah-mat.weebly.com e-mail: [email protected]

TRANSCRIPT

Page 1: prosiding kajian tindakan pemulihan khas 2m

Implementasi ‘Mutiara Reko’ Dalam Kelas Intervensi 2M (KI2M)

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

Smk Jalan Reko, Kajang, Selangor

FAUZIAH BT MAT

SMK Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor

H/P:019-2185088

[email protected]

Pembentang peringkat antarabangsa kajian tindakan(ICIELD-2010) anjuran KUIS; Guru Inovatif

Pendidikan Khas Daerah Hulu Langat 2011; Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010;

Jurulatih Utama Kajian Tindakan Daerah Hulu Langat

ABSTRAK Kajian intervensi 2M (membaca dan menulis) Bahasa Melayu menggunakan modul ‘Mutiara Reko’ dilakukan bagi

membantu murid khas bermasalah pembelajaran PPKI SMK Jalan Reko menguasai kemahiran membaca dan menulis

dengan cara yang lebih pantas dan mudah. Pengesanan awal mendapati 80% murid khas bermasalah pembelajaran

PPKI SMK Jalan Reko yang berpotensi untuk dibimbing sebagai individu yang berdikari dan berkerjaya, tidak

menguasai kemahiran membaca dan menulis. Keperluan menguasai 2M adalah penting kepada murid khas ini sebagai

syarat minimum untuk mereka menempatkan diri ke kursus-kursus kemahiran tajaan Giatmara dan seumpamanya.

Seramai 13 orang murid khas bermasalah pembelajaran PPKI SMK Jalan Reko telah dipilih sebagai sampel kajian.

Pendekatan individual approach, peer learning dan latih tubi telah digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian

menunjukkan, 100% daripada murid yang terlibat dalam program tersebut boleh menguasai kemahiran membaca dan

menulis dalam tempoh masa yang sangat singkat iaitu antara 15 hingga 31 hari pelaksanaan tindakan kelas. Ini

bermakna penggunaan modul ‘Mutiara Reko’ amat berkesan dilaksanakan bukan sahaja mampu mengatasi masalah

celik huruf dan bijak membaca dalam kalangan murid khas bermasalah pembelajaran bahkan juga murid tipikal yang

mengalami ketidakupayaan membaca di aliran perdana.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Pada tahun 2006 sehingga tahun 2009, saya diberi peluang untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu

di Kelas Amanah. Murid-murid di kelas Amanah terdiri daripada murid khas bermasalah pembelajaran yang

dikategorikan sebagai bertahap tinggi yakni berpotensi untuk berdikari dan berkerjaya. 40% daripada murid

di kelas tersebut tidak boleh membaca dan menulis dengan baik. Kekangan ini telah menyebabkan objektif

pengajaran dan pembelajaran saya tidak tercapai. Sebagai akibatnya, murid tersebut gagal untuk menguasai

apa yang disampaikan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran, terus terpinggir, kurang keyakinan,

tidak memberikan komitmen dan berpersepsi negatif terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya dan

subjek-subjek lain yang melibatkan arahan soalan berbentuk ayat yang agak panjang secara amnya.

Selain itu penguasaan kemahiran 2M merupakan syarat minimum untuk melayakkan murid-murid khas

bermasalah pembelajaran ini mengikuti kursus-kursus kemahiran di Giatmara dan seumpamanya. Oleh itu,

saya menyuarakan keperluan dan kebimbangan tentang ketidakupayaan penguasaan 2M ini dalam mesyuarat

akhir tahun PPKI SMK Jalan Reko pada November 2009. Saya menyarankan agar diadakan satu projek rintis

kelas intervensi 2M (KI2M) secara bersistematik menjelang 2010 bagi mengatasi 80% masalah

ketidakupayaan penguasaan 2M dalam kalangan murid khas bermasalah pembelajaran yang educable dan

berpotensi dalam kemahiran vokasional agar mereka berpeluang meneruskan kehidupan berdikari, berkerjaya

dan bermakna setelah tamat persekolahan.

2.0 FOKUS KAJIAN

Refleksi daripada ketidakpuasan dalam pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran kendiri saya yang

sekian lama (bermula dari tahun 2006 hingga 2009), menyebabkan saya merasakan satu program intervensi

2M perlu dilaksanakan dan diselaraskan secara sistematik mulai tahun 2010 demi memberi ruang dan peluang

yang lebih baik kepada anak-anak didik PPKI SMK Jalan Reko yang berpotensi dan berkemahiran tinggi

dalam kategorinya. Keperluan mencelik huruf dan menguasai kemahiran membaca dalam kalangan murid

khas bermasalah pembelajaran yang educable dan berpotensi dalam kemahiran vokasional menjadi fokus

utama kajian ini.

Page 2: prosiding kajian tindakan pemulihan khas 2m

2

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum

Murid khas bermasalah pembelajaran yang educable dan berkemahiran vokasional yang tinggi dalam

kategorinya dapat menguasai kemahiran 2M (membaca dan menulis).

3.2 Objektif Khusus

3.2.1 70% daripada murid yang terlibat dalam kelas intervensi 2M (KI2M) dapat dicelik huruf dan

boleh menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan baik.

3.2.2 Murid berupaya mengikuti pembelajaran di stesen-stesen kemahiran dengan lebih baik dan

berkeyakinan.

3.2.3 Murid berupaya memahami arahan secara bertulis dengan lebih baik atau dengan bantuan

minimum guru.

3.2.4 Menyuburkan minat murid untuk membaca pelbagai bahan sebagai sumber ilmu.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Implementasi modul ‘Mutiara Reko’ disasarkan kepada 13 orang murid khas bermasalah pembelajaran yang

educable dan berpotensi dalam kemahiran vokasional PPKI SMK Jalan Reko, Kajang, Selangor. 13 orang

murid yang terpilih adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai ciri-ciri berikut:

a) Tidak dapat berfungsi secara optimum dalam aspek-aspek akademik dan tingkah laku,

b) Mempunyai gangguan emosi yang mungkin mempengaruhi aspek-aspek lain seperti komunikasi

dan sebagainya yang menyebabkan pelajaran terjejas dan ketinggalan daripada kanak-kanak

tipikal (Bender, 1996),

c) Mempunyai kecelaruan dalam satu atau lebih dalam proses-proses psikologikal termasuk masalah

memahami dan menggunakan bahasa, bertutur, menulis dan mengira,

d) Mengalami ketidakupayaan persepsi, kerosakan dan ketidakfungsian otak, disleksia dan aphasia

(IDEA, 1990).

Kecacatan yang dialami oleh kumpulan sasaran ini telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar profesional

klinikal sebagai kekurangan yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran biasa. Mereka

memerlukan modifikasi strategi dan penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai

keupayaan yang maksimum khususnya dalam keupayaan membaca (Kementerian Pendidikan Malaysia,

1991).

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

Pelaksanaan kajian tindakan KI2M yang saya kendalikan, secara keseluruhannya mengambil masa selama

6 bulan. Perincian pelaksanaan kajian tersebut ditunjukkan dalam Carta Gantt (sila lihat Lampiran 1).

5.1 TINJAUAN MASALAH

Saya telah menyediakan satu set soalan ujian diagnostik yang bergred (sila lihat Lampiran 2). Ujian ini saya

kenali juga sebagai ujian pra. Ujian ini berfungsi sebagai penanda aras untuk mengukur tahap ketidakupayaan

mengenal huruf dan penguasaan kemahiran membaca murid. Berdasarkan set ujian ini saya boleh mengenal

pasti tahap dan jangkaan jenis rawatan yang bakal dilakukan terhadap murid terbabit dengan menggunakan

modul Mutiara Reko yang juga telah saya bina secara bergred (sila lihat Lampiran 3). Ujian Diagnostik ini

telah saya adakan pada 3 Februari 2010.

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

Jadual 1 berikut menunjukkan tahap kebolehupayaan membaca murid hasil daripada penganalisisan Ujian

Diagnostik yang telah dilaksanakan.

Page 3: prosiding kajian tindakan pemulihan khas 2m

3

Jadual 1: Keputusan Tahap Kebolehupayaan Membaca Murid Selepas Ujian Diagnostik

Bil Nama

Responden

Modul

dicadangkan

Peringkat Awal

Guru

Fasilitator

Tempat

P&P

Jenis Ketidakupayaan

Murid

1 2 3 4

1. Murid 1 / disleksia

2. Murid 2 / Pn. Fauziah bt Mat Dewan Ketidakupayaan

3. Murid 3 / (pengkaji) Burhanuddin intelek

4. Murid 4 /

Berdasarkan Jadual 1, murid dibahagikan mengikut tahap keupayaan celik huruf dan kebolehupayaan

membaca. Kempat-empat responden di atas telah dicadangkan menggunakan Modul 2 iaitu modul yang

mengkhususkan murid mengenali dan membaca perkataan bersuku kata terbuka KVKV. Ini bermakna murid

yang dirawat telah dikenal pasti hanya berupaya mengecam huruf dengan baik namun masih tidak berupaya

untuk membaca.

5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Pelaksanaan tindakan yang saya lakukan adalah mengikut model penyelidikan tindakan Kemmis dan

McTaggart (1982) yang telah diubah suai oleh McNiff (1988). Setiap gelungan tindakan mempunyai empat

fasa iaitu pertama, fasa perancangan; kedua, fasa pelaksanaan tindakan; ketiga, fasa pemerhatian; dan

keempat, fasa refleksi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 di bawah.

Pelaksanaan tindakan KI2M saya dilaksanakan dalam satu gelungan tindakan sahaja iaitu saya kenali

sebagai G1. Dalam G1 ini sebanyak empat tindakan kelas telah dilaksanakan. Carta alir pelaksanaan G1

ditunjukkan dalam Rajah 2 di bawah.

Rajah 1: Model Kemmis dan McTaggart (1988)

satu gelungan tindakan

perancangan

tinjauan awal

refleksi

pemerhatian

Page 4: prosiding kajian tindakan pemulihan khas 2m

4

Berdasarkan Rajah 2 di atas, Pelaksanaan tindakan kelas pada Gelungan Tindakan Pertama (G1), saya

membahagikannya kepada empat peringkat pelaksanaan iaitu;

(i) Peringkat pertama, pelaksanaan tindakan kelas bagi Modul 2. Saya mengidentifikasinya sebagai

intervensi Rancangan Pelajaran Pertama (RP1).

(ii) Peringkat kedua, pelaksanaan tindakan kelas bagi Modul 3. Saya mengidentifikasinya sebagai

intervensi Rancangan Pelajaran Kedua (RP2).

(iii) Peringkat ketiga, pelaksanaan tindakan kelas bagi Modul 4. Saya mengidentifikasinya sebagai

intervensi Rancangan Pelajaran Ketiga (RP3).

(iv) Peringkat keempat, pelaksanaan tindakan kelas bagi pengelompokan murid baru dan murid lama

yang belum melepasi penguasaan Modul 4 Mutiara Reko. Saya mengidentifikasikannya sebagai

Intervensi Rancangan Pelajaran Keempat (RP4). Pada peringkat RP4 ini saya membahagikannya

kepada lima tahap pelaksanaan iaitu:

(a) Tinjauan Awal RP4

(b) Pemerhatian dan Refleksi Awal RP4

(c) Fasa Perancangan RP4

(d) Fasa Tindakan RP4

(e) Fasa Pemerhatian dan Refleksi RP4

5.4.0 PELAKSANAAN TINDAKAN, PEMERHATIAN DAN PENILAIAN

Perancangan (1)

Tindakan (1)

Pemerhatian (1)

Refleksi (1)

Rajah 2: Carta Aliran Pelaksanaan Kajian Tindakan

Tinjauan Awal

Pemerhatian tingkah laku murid, tabiat belajar

dan tahap kebolehupayaan murid sepanjang P&P

(2006-2009)

Pemilihan Peserta/Responden

Pembinaan set Modul ‘Mutiara Reko’

Gelungan

Tindakan

(G1)

Ujian Diagnostik

Page 5: prosiding kajian tindakan pemulihan khas 2m

5

5.4.1 Gelungan Tindakan Pertama (G1)

5.4.1.1 Rancangan Pelajaran Pertama (RP1)

(A) Fasa Perancangan RP1

Pada Fasa Perancangan RP1, kelas intervensi 2M saya melibatkan seramai 4 orang murid. Keempat-

empatnya dirawat menggunakan Modul Bacaan Mutiara Reko Jilid 2 dan Modul Aktiviti Mutiara Reko

Jilid 2. Tempoh masa satu sesi pengajaran dan pembelajaran ialah selama 40 minit. Pelaksanaan kelas

intervensi diperuntukan dua kali seminggu iaitu pada hari Selasa, Rabu atau Khamis. Ini ditunjukkan dalam

Jadual 2 di bawah.

Jadual 2 Maklumat Murid dan Sesi Intervensi RP1

Bil Nama Murid Modul Tempoh masa

P&P

Kekerapan P&P

(seminggu) Masalah kecacatan

1. Murid 1 2 40 minit

2 kali

Selasa

Khamis

disleksia

2. Murid 2 2 40 minit

2 kali

Selasa

Rabu

3. Murid 3 2 40 minit

2 kali

Selasa

Rabu

Ketidakupayaan intelek

4. Murid 4 2 40 minit

2 kali

Selasa

Rabu

(B) Fasa Tindakan RP1

Pada Fasa Tindakan RP1, Saya menggunakan pendekatan secara terus dalam pengajaran dan pembelajaran

di dalam kelas. Berdasarkan pendekatan ini, saya menggunakan pengajaran secara berstruktur dan

pendekatan secara berulang-ulang dalam mengajar kemahiran membaca dan menulis kepada murid. Antara

kebaikan pendekatan ini ialah jelas, teratur, berfokuskan kemahiran tertentu sahaja, cepat dan sistematik serta

dapat memberi maklum balas yang baik kepada murid. Kaedah pengajaran yang saya gunakan semasa sesi

intervensi RP1 ialah pembelajaran individu dan latih tubi.

Pada peringkat modul 2, langkah-langkah intervensi yang dijalankan ialah:

(i) Membaca Carta Suku Kata Terbuka

Pada tahap memperkenalkan carta suku kata terbuka, saya menunjukkan cara dan merasionalkan murid

bagaimana satu-satu perkataan yang bermakna, terbina daripada cantuman dua atau tiga suku kata. Dalam

proses membaca suku kata terbuka, saya menggunakan teknik konvensional iaitu mengeja dan membatang

suku kata. Rasionalnya teknik pengajaran ini diaplikasikan adalah kerana penyebutan perkataan dalam Bahasa

Melayu adalah sama dengan ejaaan. Contoh:

/a/ + /da/ = [ada]

/ma/ + /ta/ = [mata]

/ke/ + /me/ + /ja/ = [kemeja]

(ii) Membaca Perkataan Bersuku Kata Terbuka

Pada tahap membaca perkataan, saya memperkenalkan perkataan berserta gambar. Rasionalnya ialah gambar

yang disertakan menjadi panduan kepada murid untuk menyebut dan memahami maksud perkataan secara

konseptual yang bersifat kekal dalam ingatan jangka panjang. Perkataan yang diperkenalkan juga dibina

khusus agar menepati skemata murid bagi membolehkan mereka membuat asimilasi dan akomodasi semasa

memprosesnya dalam ingatan jangka pendek sebelum menyimpan dalam ingatan jangka panjang. Dalam

Page 6: prosiding kajian tindakan pemulihan khas 2m

6

proses membaca perkataan bersuku kata terbuka, saya turut memberi peluang kepada murid untuk

menyatakan perkataan lain selain daripada yang tercatat dalam modul bacaan bagi tujuan pengayaan.

(iii) Membaca Rangkai Kata, Ayat Atau Petikan Mudah

Pada tahap membaca rangkai kata dan petikan mudah, perkataan-perkataan yang diperkenalkan dalam modul

bacaan diperluas kepada rangkai kata, ayat atau petikan mudah. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran

konsep rangkai kata, ayat atau petikan mudah, saya menggunakan kaedah pengulangan perkataan secara kerap

dan konsisten di samping memperkenalkan perkataan baru baik bersifat konkrit atau abstrak asalkan

menjangkau skemata murid. Implikasinya, teknik pembinaan struktur modul yang sebegini akan membantu

murid membaca sesuatu perkataan dengan lancar dan tanpa bantuan guru.

(iv) Latihan Pengukuhan

Murid diberi latihan pengukuhan yang terdapat dalam modul aktiviti setelah sesuatu topik pelajaran selesai

dipelajari. Latihan pengukuhan yang diberikan adalah bertujuan menerapkan kemahiran menulis dan

pengukuhan pemahaman murid terhadap topik yang dipelajari.

(v) Aktiviti Pemulihan atau Pengayaan

Pada akhir sesi pembelajaran, murid yang lemah atau gagal menguasai sesuatu perkataan yang dipelajari

akan diberi pemulihan segera pada Buku Jotter (sila lihat contoh pada Lampiran 4). Murid diminta menulis

semula perkataan dan membaca perkataan tersebut di hadapan guru.

(vi) Merekod Pencapai Murid Di Dalam RPI Murid

Setiap topik yang berjaya dikuasai oleh setiap murid akan direkodkan dalam Rekod Pendidikan Individu

(RPI) Murid yang saya bina sendiri (sila lihat contoh pada Lampiran 3). Tindakan ini bertujuan supaya saya

dapat mengesan topik-topik yang bakal disambung bagi sesi intervensi berikutnya, memudahkan tugas

menggantikan kelas oleh guru ganti atau sebagai rujukan kepada ibu bapa tentang status pencapaian anak

mereka.

Tempoh pelaksanaan tindakan kelas bagi RP1 adalah selama 8 hari iaitu dari tarikh 9/2/2010 hingga

1/4/2010. Ini ditunjukkan dalam Jadual 3 di bawah.

Jadual 3 Pelaksanaan Tindakan Kelas RP1

Bil

(minggu)

Tarikh Hari Masa Catatan

(sesi kelas murid)

09/2/10 Selasa 10.40-11.20 tgh Murid 2, Murid 3 dan Murid 4

Selasa 12.00-12.40 tgh *Murid 1

1 10/2/10 Rabu 12.00-12.40 tgh Murid 2, Murid 3 dan Murid 4

11/2/10 Khamis 12.00-12.40 tgh *Murid 1

2 13/2/10-

20/2/10

Sabtu- Sabtu Cuti perayaan Tahun Baru Cina dan

Cuti berganti sempena Tahun Baru Cina

23/2/10 Selasa 10.40-11.20 tgh Murid 2, Murid 3 dan Murid 4

Selasa 12.00-12.40 tgh *Murid 1

3 24/2/10 Rabu Kelas dibatalkan (kerja lapangan ke Hentian Kajang)

25/2/10 Khamis Kelas dibatalkan (Hari terbuka peringkat PPKI)

02/3/10 Selasa

4 03/3/10 Rabu Guru terlibat dalam pembinaan

04/3/10 Khamis Dokumen standard kurikulum

09/3/10 Selasa Pendidikan Khas kemahiran Hidup Perkebunan

5 10/3/10 Rabu (2-4/3/2010 & 9-10/3/2010)

11/3/10 Khamis (Kelas dibatalkan)

16/3/10 Selasa

6 17/3/10 Rabu Cuti persekolahan penggal pertama

18/3/10 Khamis

Page 7: prosiding kajian tindakan pemulihan khas 2m

7

23/3/10 Selasa 10.40-11.20 tgh Murid 2, Murid 3 dan Murid 4

Selasa 12.00-12.40 tgh *Murid 1

7 24/3/10 Rabu 12.00-12.40 tgh Murid 2, Murid 3 dan Murid 4

25/3/10 Khamis 12.00-12.40 tgh *Murid 1

Semakan pertama Pencapaian

Murid(KI2M)

30/3/10 Selasa 10.40-11.20 tgh Murid 2, Murid 3 dan Murid 4

Selasa 12.00-12.40 tgh *Murid 1

8

31/3/10

Rabu

Kelas dibatalkan

(kerja lapangan ke pasar raya TESCO, Kajang)

1/4/10

Khamis

Kelas dibatalkan

(Wacana Inventori PPKI- semua guru terlibat)

Berdasarkan Jadual 3, pelaksanaan tindakan kelas mengambil masa selama 8 minggu. Walau bagaimanapun

sesi intervensi bagi Murid 2, Murid 3, dan Murid 4 adalah selama 6 hari sahaja. Sesi intervensi murid-murid

ini terpaksa dibahagikan dengan sesi pembelajaran murid-murid sekelas yang telah menguasai 2M. Ini

bermakna sesi intervensi murid-murid ini kurang daripada 40 minit iaitu hanya 20 minit yang rata-rata mereka

ini secara puratanya menerima sesi intervensi lebih kurang 7 minit untuk setiap orang. Ini bermakna secara

puratanya sesi intervensi mereka ini masing-masing sebanyak 42 minit dalam tempoh 8 minggu.

Sebaliknya bagi Murid 1 sepenuh masa saya tumpukan untuk sesi intervensi. Murid 1 juga berpeluang

mengikuti sesi intervensi selama 6 hari iaitu lebih kurang 180 minit dalam tempoh pembelajaran selama 8

minggu.

(C) Fasa Pemerhatian Dan Refleksi RP1

Dalam sesi intervensi RP1, saya mendapati semua murid terlibat seronok apabila terpilih mengikuti kelas

Intervensi 2M. Walau bagaimanapun pada peringkat awalnya, mereka dilihat sangat malu, merasa rendah diri

atas ketidakupayaan membaca dan sangat kurang berkeyakinan apabila disuruh cuba membaca. Ada antara

mereka hampir tidak kedengaran suaranya apabila diminta cuba membaca. Tetapi, setelah beberapa kali

melalui sesi intervensi, murid mula menunjukkan perubahan yang positif. Murid mula bermotivasi untuk

membaca apabila mendapati diri mereka telah mula menguasai satu-satu topik pelajaran yang terdapat dalam

Modul 2 dengan mudah.

Bagi memupuk keinginan untuk membaca dalam kalangan murid ini, saya banyak menggunakan

pendekatan psikologi murid-murid berkeperluan khas dan teknik modifikasi pengurusan tingkah laku. Saya

juga mengambil sikap lebih bertoleransi dan mewujudkan unsur ‘kecindan berfokus’ dalam set induksi

sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran untuk menarik mereka supaya seronok dalam proses

pengajaran membaca.

Dari segi penggunaan bahan bacaan modul pula, saya mendapati, bahan Modul 2 yang digunakan

sangat berkesan dan disukai oleh murid. Ini bukan sahaja kerana bahan tersebut memaparkan gambar-gambar

yang menarik tetapi juga cara penstrukturan bahan yang bersifat bergred, ringkas dan banyak aspek

pengulangan perkataan memudahkan murid membaca dan memahami maksud perkataan atau keseluruhan

petikan dengan mudah. Demikian juga dengan bahan latihan pada Modul Aktiviti Jilid 2.

Sebaliknya, dari aspek penggunaan Buku Jotter, lebih berkesan jika saya terus memasukkan perkataan

atau ayat-ayat mudah yang difikirkan sesuai secara topikal bagi tujuan pengukuhan dan pengayaan. Hal ini

adalah supaya saya tidak kelihatan seperti berkeadaan kurang bersedia apabila banyak membuang masa dan

termangu-mangu ketika memikirkan perkataan yang sesuai atau semirip yang sukar dibaca oleh murid .

Secara keseluruhannya, fasa tindakan kelas RP1 banyak kekurangannya. Antara kekurangan tersebut ialah;

Petunjuk

Jumlah hari belajar

Jumlah hari tidak belajar

Page 8: prosiding kajian tindakan pemulihan khas 2m

8

(i) Kelas–kelas intervensi bawah bimbingan saya, secara puratanya dijalankan hanyalah 20 minit

pada satu-satu sesi. Ini adalah disebabkan saya, selaku penyelaras program KI2M harus

memastikan terlebih dahulu kelas-kelas KI2M guru-guru lain berjalan lancar seperti

membekalkan keperluan-keperluan fizikal untuk kemudahan bahan pengajaran semua murid

dan guru fasilitator yang terlibat. Saya juga perlu serta memastikan murid-murid berada

di kelas-kelas yang ditetapkan sebelum sesi intervensi berlangsung.

(ii) Murid-murid intervensi 2M yang ketetapan pelaksanaannya pada hari Selasa (10.40-11.20 pagi)

dan Rabu (12.00-12.40 tengah hari) kurang diberi tumpuan kerana saya terpaksa

membahagikan masa dalam tempoh 40 minit tersebut untuk juga mengajar murid-murid yang

berkeupayaan membaca kerana pelaksanaannya adalah dalam waktu pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu Tahap 1. Oleh itu masa yang diperuntukan untuk murid-murid

intervensi ini sangatlah sedikit dan kadang-kadang hampir tiada berlaku pengajaran dan

pembelajaran langsung. Inisiatif mewujudkan guru ganti juga tidak berkesan kerana murid

tidak berminat untuk belajar dengan guru terbabit. Untuk mengatasi masalah tersebut, saya

menetapkan bahawa pada setiap hari Rabu, murid yang berkeupayaan membaca ini akan

membuat bacaan Nilam bawah pemantauan minimum saya.

Meskipun terdapat beberapa kekangan sepanjang pelaksanaan kelas intervensi RP1, semua murid

di bawah bimbingan saya telah menunjukkan prestasi yang di luar jangka apabila mereka berjaya menguasai

kemahiran membaca bersuku kata terbuka dan menamatkan modul 2 dalam tempoh 6 hari pelaksanaan kelas.

Ini ditunjukkan dalam Jadual 4 di bawah.

Jadual 4: Pencapaian Murid Dari Segi Penggunaan Modul

Bil Nama Murid Modul Tarikh Tamat

1 2 3 4 Penggunaan Modul 2

1 Murid 1 - / x 23/2/2010

2 Murid 2 - / x 23/3/2010

3 Murid 3 - / x 23/2/2010

4 Murid 4 - / x 30/3/2010

Petunjuk : / = Modul dicadangkan pada peringkat awal x = Anjakan modul terkini

Berdasarkan Jadual 4, kebanyakan penguasaan kemahiran membaca Murid 1dan 3 adalah lebih pantas

berbanding Murid 2 dan 4 . Murid 1 dan 3 mengambil masa 3 hari atau masing-masing bersamaan 90 minit

dan 28 minit untuk menamatkan Modul 2. Manakala Murid 2 pula mengambil masa 4 hari atau 28 minit

untuk menamatkan modul yang sama. Manakala, Murid 4 pula mengambil masa selama 6 hari atau 42

minit untuk menamatkan Modul 2 Mutiara Reko.

5.4.1.2 Rancangan Pelajaran Kedua (RP2)

(A) Fasa Perancangan RP2

Pada Fasa Perancangan RP2, seramai 6 orang murid telah terlibat dalam kelas intervensi 2M. Pertambahan

murid ini adalah berikutan guru fasilitator yang mengendalikan kedua-dua murid ini cuti bersalin selama

dua bulan. Salah seorang murid ini (Murid 5) telah berada pada tahap rawatan Modul 4 dan seorang lagi

(Murid 6) sedang menjalani rawatan Modul 3. Sementara, murid yang di bawah bimbingan saya pula baru

hendak memulakan Modul 3. Kepelbagaian penggunaan modul dalam satu-satu sesi intervensi agak

menyukarkan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini, saya harus bijak merancang

strategi dari segi pengagihan masa pengajaran bagi membolehkan setiap murid dapat mengikuti sesi

intervensi RP2 secara adil. Maklumat terkini murid sesi intervensi kelas RP2 ditunjukkan dalam Jadual 5

di bawah.

Page 9: prosiding kajian tindakan pemulihan khas 2m

9

Jadual 5 Maklumat Murid Sesi Intervensi RP2

Bil Nama

Responden Modul

Tempoh

Masa P&P

Kekerapan P&P

(seminggu)

Catatan

(Masalah Kecacatan)

1. Murid 1 40 minit Selasa

Khamis

2 kali seminggu

disleksia

2. Murid 2

3. Murid 3 3 40 minit Selasa

Rabu

2 kali seminggu

Ketidakupayaan intelek

4. Murid 4

5. Murid 5 4

40 minit

Selasa

2 kali seminggu

6. Murid 6 3 Khamis Ketidakupayaan intelek

(B) Fasa Tindakan RP2

Pada Fasa Tindakan RP2, Saya telah menggunakan pendekatan pembelajaran individu dan peer learning

(bimbingan rakan sebaya). Teknik peer learning saya gunakan untuk sesi kelas pada hari Selasa dan

Khamis (12.00-12.40 tengah hari) dengan pemantauan yang minimum. Hal ini kerana masa yang

diperuntukan untuk mengajar semua murid dalam satu-satu sesi intervensi adalah sangat singkat dengan

purata 10 minit bagi setiap murid.

Pada peringkat pengajaran dan pembelajaran modul 3, murid diberikan intervensi kemahiran

membaca lima jenis bentuk suku kata tertutup KVK secara berperingkat dan topikal iaitu;

(i) Membaca suku kata tertutup KVK dengan satu suku kata

(ii) Membaca carta dan suku kata tertutup KVK dengan dua suku kata (KV + KVK)

(iii) Membaca suku kata tertutup KVK dengan dua suku kata (KVK + KV)

(iv) Membaca suku kata tertutup KVK dengan dua suku kata (KVK + KVK)

(v) Membaca suku kata tertutup KVK dengan lebih daripada dua suku kata seperti

(KVK + KV + KV) , (KV + KV + KVK) atau (KVK + KV + KVK)

(i) Membaca Suku Kata Tertutup KVK dengan Satu Suku Kata

Pada peringkat ini, murid terus diperkenalkan dengan perkataan berbentuk satu suku kata yang bermakna

berserta gambar. Konsep pemilihan perkataan bersuku kata KVK adalah bertumpukan variasi

penggunaan unsur bunyi konsonan tertutup di akhir kata. Misalnya /k/ , /t/, /s/ dan /m/. Contoh:

Murid seterusnya diajar tentang pembentukan rangkai kata dan ayat atau petikan mudah yang

diorganisasikan secara bergred. Contoh:

(a) Membaca Perkataan

Page 10: prosiding kajian tindakan pemulihan khas 2m

10

(b) Membaca Rangkai Kata

(c) Membaca Ayat atau Petikan Mudah

(ii) Membaca Carta dan Suku Kata Tertutup KVK dengan Dua Suku Kata (KV + KVK)

Dalam pengajaran topik (ii) di atas, saya terlebih dahulu memperkenalkan carta suku kata. Saya telah

memfokuskan vokal yang sama bagi satu-satu topik carta suku kata KVK. Pemilihan unsur konsonan pada

akhir suku kata tertutup pula dibina dengan mengambil kira peratus kebolehbinaan perkataan yang bersifat

konkrit dan kekerapan penggunaan perkataan tersebut dalam Bahasa Melayu. Lapan unsur konsonan akhir

yang difokuskan iaitu /n/, /m/, /h/, /s/, /t/, /l/, /k/ dan /r/. Contoh:

Teknik pembinaan carta suku kata begini adalah praktikal dan tidak membebankan murid dalam

proses menghafal atau mengingat . Hal ini adalah disebabkan murid khas mempunyai ciri-ciri klinikal iaitu

mempunyai daya tumpuan dan daya ingatan yang singkat, tahap keupayaan dan kefungsian akademik yang

amat rendah.

Dalam proses menghubungkaitkan fungsi carta suku kata tertutup KVK sebagai satu unsur yang

membentuk perkataan berstruktur KV + KVK, murid dipandu guru untuk menggabungkan suku kata

terbuka yang diberi dengan konsonan bersuku kata tertutup yang terdapat dalam carta. Contoh:

Page 11: prosiding kajian tindakan pemulihan khas 2m

11

Murid kemudian diminta membaca perkataan, rangkai kata, ayat atau petikan mudah Contoh:

(a) Membaca perkataan

(b)

(c)

(b) Membaca rangkai kata

(c)

(d) Membaca ayat atau petikan mudah

(iii) Membaca Suku Kata Tertutup KVK dengan Dua Suku Kata (KVK + KV)

Seperti pengajaran topik (ii), saya terus memperkenalkan murid dengan perkataan yang bersifat konkrit dalam

pengajaran topik (iii). Kemudiannya, diikuti dengan memperkenalkan rangkai kata, ayat atau petikan mudah.

Contoh:

(a) Membaca perkataan

(b) Membaca rangkai kata

Page 12: prosiding kajian tindakan pemulihan khas 2m

12

(c) Membaca ayat atau petikan mudah

(iv) Membaca Suku Kata Tertutup KVK dengan Dua Suku Kata (KVK + KVK)

Dalam mengajar membaca suku kata tertutup KVK + KVK, saya terus memperkenalkan perkataan konkrit,

kemudian diikuti dengan rangkai kata, ayat atau petikan mudah. Contoh:

(a) Membaca perkataan

(b) Membaca rangkai kata

(c) Membaca ayat atau petikan mudah

(v) Membaca Suku Kata Tertutup KVK dengan Lebih daripada Dua Suku Kata

(KVK + KV + KV), (KV + KV + KVK) atau (KVK + KV + KVK)

Sama seperti intervensi tindakan kelas sebelumnya, proses intervensi kelas RP2 topik (v) juga menggunakan

kaedah pengajaran pembelajaran individu dan peer learning. Saya memberi tumpuan dan pemantauan

menyeluruh kepada murid yang berpencapaian rendah. Manakala, bagi murid yang berpencapaian tinggi,

diberi kepercayaan membimbing rakan sebaya yang lemah. Walau bagaimanapun, saya tetap melakukan

pemantauan terhadap pelaksanaan kaedah peer learning. Bahan pengajaran topik (v) turut disediakan secara

bergred dan konsisten. Ini bertujuan untuk memantapkan pengamatan dan tahap tumpuan murid berkeperluan

khas. Ketidakselarasan dalam penyediaan bahan pengajaran boleh menimbulkan kecelaruan penumpuan dan

penerimaan input oleh murid. Contoh bahan pengajaran topik (v) ditunjukan di bawah.

Page 13: prosiding kajian tindakan pemulihan khas 2m

13

(a) Membaca perkataan

(b)

(b) Membaca rangkai kata

(c) Membaca ayat atau petikan mudah

Bagi murid yang mengikuti Modul 4, saya memberikan penekanan menyeluruh kepada topik diftong,

vokal berganding dan digraf /ng/, /ny/, /kh/, dan /sy/. Ini disebabkan topik-topik tersebut sukar untuk dikuasai.

Latihan berdasarkan modul aktiviti 4 dan pengayaan kosa kata berunsurkan topik-topik tersebut diberikan

secara intensif kepada murid dalam Buku Jotter.

Pada akhir sesi pembelajaran, murid diberikan latihan pengukuhan yang terdapat dalam Modul Aktiviti.

Murid yang berjaya menguasai topik yang dipelajari, prestasinya akan direkod dalam Rekod Pendidikan

Individu (RPI).

Tempoh pelaksanaan tindakan kelas RP2 mengambil masa selama 9 hari iaitu dari tarikh 6/4/2010

hingga 22/4/2010. Ini ditunjukkan dalam Jadual 6 berikut.

Jadual 6: Pelaksanaan Tindakan Kelas RP2

Bil

(minggu) Tarikh Hari Masa

Catatan

06/4/10

Selasa

Selasa

10.40-11.20 tgh

12-12.40 tgh

Murid 2, Murid 3, Murid 4

Murid 1, Murid 5, Murid 6

9 07/4/10 Rabu 12.00-12.40 tgh Murid 2, Murid 3, Murid 4

08/4/10 Khamis 12-1.00 tgh Murid 1, Murid 5, Murid 6

13/4/10

Selasa

Selasa

10.40-11.20 tgh

12-12.40 tgh

Murid 2, Murid 3, Murid 4

Murid 1, Murid 5, Murid 6

10 14/4/10 Rabu 12.00-12.40 tgh Murid 2, Murid 3, Murid 4

15/4/10 Khamis 12-1.0 tgh

*Murid 1 tamat Modul 3

*Murid 5 tamat Modul 4

Page 14: prosiding kajian tindakan pemulihan khas 2m

14

20/4/10

Selasa

Selasa

10.40-11.20 tgh

12-12.40 tgh

Murid 2, Murid 3, Murid 4

Murid 1, Murid 6

11 21/4/10 Rabu 12.00-12.40 tgh

* Murid 2 tamat Modul 3

* Murid 3 tamat Modul 3

22/4/10 Khamis 12-1.00 tgh Murid 1, Murid 6

Berdasarkan Jadual 6, hanya Murid 4 dan 6 yang masih belum menamatkan Modul 3 Mutiara Reko

Sementara Murid 1, Murid 2 dan Murid 3 tamat Modul 3 dalam tempoh masa intervensi 6 hari

(270 minit bagi murid 1 dan 42 minit bagi Murid 2 dan Murid 3) tindakan kelas. Demikian juga Murid 5 yang

diserap masuk ke dalam Kumpulan 1 Gelungan Tindakan Pertama (G1) turut berjaya menamatkan Modul 4

dalam tempoh masa intervensi 3 hari iaitu bersamaan 30 minit pelaksanaan kelas.

(C) Fasa Pemerhatian Dan Refleksi RP2

Hasil tinjauan awal saya terhadap dua orang murid baru yang diserap masuk dalam sesi kelas RP2, saya

mendapati mereka ini lebih banyak diberi latih tubi secara bertulis berbanding dengan latihan membaca. Oleh

itu, mereka agak kekok apabila pertama kali diperkenalkan cara saya mengajar. Dalam konteks pengajaran

dan pembelajaran intervensi 2M, saya lebih menekankan penguasaan kemahiran membaca. Sementara

kemahiran menulis pula diterapkan secara tidak langsung semasa murid membuat latihan dalam Modul

Aktiviti dan Buku Jotter.Walau bagaimanapun setelah beberapa kali sesi rawatan dijalankan, responden kajian

ini akhirnya terbiasa dengan cara saya.

Murid didapati semakin bermotivasi untuk membaca kerana mereka sudah boleh menguasai sebahagian

kemahiran membaca yang dirancang secara topikal. Mereka kelihatan gembira dan sentiasa bersedia untuk

mengikuti kelas intervensi. Faktor-faktor ini telah merangsang mereka untuk terus menguasai kemahiran

membaca dalam tempoh waktu yang singkat. Hal ini dibuktikan dalam Jadual 7 di bawah.

Jadual 7: Pencapaian Penguasaan Modul oleh Murid

Nama Murid Modul

Yang Dikuasai Tempoh Intervensi

Murid 1

Murid 2 3 6 hari

Murid 3

Murid 4 3 9 hari (*belum menguasai sepenuhnya)

Dalam pelaksanaan kelas RP2, saya boleh memberi sepenuh komitmen dan tumpuan kepada murid-

murid di bawah bimbingan saya kerana tidak lagi sibuk dengan aktiviti menyelaras Program Intervensi 2M

peringkat PPKI SMK Jalan Reko. Ini adalah disebabkan banyak keperluan murid dan guru fasilitator yang

lain telah saya sediakan. Saya tetap meneruskan kaedah pembelajaran individu dan peer learning kerana

mendapati kaedah tersebut berkesan diaplikasikan dalam situasi intervensi saya dan menepati keperluan

belajar murid berkeperluan khas.

Bahan modul 3 dan modul 4 berkesan diaplikasikan kerana bersifat mesra pengetahuan murid.

Pemerengganan sesuatu topik dalam satu-satu modul adalah bersesuaian dengan tempoh pengajaran guru

yang singkat serta daya tumpuan murid yang sangat terbatas.

Secara keseluruhannya, gabungan kaedah dan teknik pengajaran guru; komitmen dan sikap guru; serta

penyediaan bahan modul yang baik telah membantu merangsang daya tumpuan dan minat murid untuk

belajar, seterusnya memberi kesan positif terhadap pencapaian murid khas bermasalah pembelajaran yang

dibimbing.

Petunjuk

Jumlah hari belajar

Jumlah hari tidak belajar

Page 15: prosiding kajian tindakan pemulihan khas 2m

15

5.4.1.3 Rancangan Pelajaran Ketiga (RP3)

(A) Fasa Perancangan RP3

Pada Fasa Perancangan RP3, seramai 5 orang murid telah terlibat dalam tindakan kelas intervensi 2M. Dua

daripada lima orang murid masih menjalani rawatan Modul 3 manakala tiga orang murid lagi baru

memulakan rawatan menggunakan Modul 4. Ketidakseragaman rawatan modul intervensi 2M, ciri-ciri

klinikal murid yang kritikal dari segi ketidakfungsian keupayaan intelek , tempoh masa sesi pengajaran dan

pembelajaran yang sangat terhad menuntut saya supaya bijak mengatur strategi untuk merancang tindakan

kelas. Jadual 8 di bawah berikut menjelaskan maklumat terkini sesi intervensi kelas RP3.

Jadual 8: Maklumat Murid dan Sesi Intervensi RP3

Bil Nama

Responden Modul

Tempoh

Masa P&P

Kekerapan P&P

(Seminggu)

Catatan

(Masalah Kecacatan)

1. Murid 1 4 40 minit Selasa disleksia

2. Murid 6 3 Khamis Ketidakupayaan intelek

3. Murid 2 4

4. Murid 3 4 40 minit Selasa

Rabu Ketidakupayaan intelek

5. Murid 4 3

(B) Fasa Tindakan RP3

Pada Fasa Tindakan RP3, Saya masih mengekalkan pendekatan pengajaran peer learning (bimbingan

rakan sebaya). Murid yang melepasi Modul 4 akan bertindak sebagai rakan pembimbing kepada murid yang

masih menjalani rawatan Modul 3 dalam tindakan kelas pada hari Selasa dan Khamis. Manakala dalam

tindakan kelas pada hari Selasa dan Rabu, saya menggunakan kaedah pembelajaran individu sepenuhnya.

Saya mengekalkan teknik pengajaran latih tubi terutamanya bagi latihan pengukuhan berpandukan modul

aktiviti yang disediakan.

Pada peringkat RP3, bagi murid yang menjalani rawatan Modul 4, penekanan diberikan kepada

topik-topik yang sukar untuk dikuasai oleh murid iaitu diftong, vokal berganding dan digraf seperti /ng/, /ny/,

/kh/, dan /sy/. Walau bagaimanapun konsep pemetaan bahan pengajaran yang selaras memberikan kesan

positif kerana berupaya meminimumkan kekeliruan murid dan meningkatkan tahap kelancaran murid

membaca.

Sebagaimana lazim, pada akhir sesi pengajaran, murid diminta supaya membuat latihan secara topikal

dalam Modul Aktiviti. Pencapaian terbaik murid terhadap satu-satu topik pengajaran direkodkan dalam rekod

penilaian dan penaksiran individu (RPI).

Tempoh pelaksanaan tindakan kelas RP3 mengambil masa selama 7 hari iaitu dari tarikh 27/4/2010

hingga 12/5/2010. Ini ditunjukkan dalam Jadual 9 di bawah.

Jadual 9: Pelaksanaan Tindakan Kelas RP3

Bil

(Minggu)

Tarikh Hari Masa Catatan

27/4/10

Selasa

Selasa

10.40-11.20 tgh

12.00-12.40 tgh

Murid 2, Murid 3 dan Murid 4

Murid 1 dan Murid 6

12

28/4/10

Rabu Kelas dibatalkan

(kerja lapangan ke Tasik Cempaka, BB Bangi)

29/4/10 Khamis 12-12.40 tgh Murid 1 dan Murid 6

04/5/10 Selasa

Selasa

10.40-11.20 tgh

12.00-12.40 tgh

Murid 2, Murid 3, dan Murid 4

Murid 1 dan Murid 6

13 05/5/10 Rabu 12.00-12.40 tgh * Murid 2 tamat Modul 4

06/5/10 Khamis 12.00-12.40 tgh * Murid 1 tamat Modul 4

Page 16: prosiding kajian tindakan pemulihan khas 2m

16

11/5/10 Selasa

Selasa

10.40-11.20 tgh

12.00-12.40 tgh

* Murid 3 tamat Modul 4

*Murid 6 tamat Modul 3

14 12/5/10 Rabu 12.00-12.40 tgh *Murid 4 tamat Modul 3

13/5/10

Khamis

Kelas dibatalkan

(Lawatan kerjaya guru & ibu bapa PPKI ke Rumah Amal Cheshire

Home)

18/5/10 Selasa Kelas dibatalkan

15 19/5/10 Rabu (minggu peperiksaan pertengahan

20/5/10 Khamis Tahun bagi PPKI )

Berdasarkan Jadual 9, didapati beberapa orang murid telah berjaya menamatkan modul yang dipelajari.

Murid 1, Murid 2 dan Murid 3 berjaya menamatkan Modul 4 antara tempoh masa 3 ke 4 hari pelaksanaan

kelas. Manakala Murid 4 dan Murid 6 pula berjaya menamatkan Modul 3 setelah masing-masing melalui sesi

intervensi selama 14 dan 5 hari.

(C) Fasa Pemerhatian Dan Refleksi RP3

Topik-topik pelajaran berunsurkan vokal berganding adalah didapati paling sukar untuk dikuasai oleh murid.

Oleh sebab itu, masa yang agak lama diambil murid untuk menguasainya. Walau bagaimanapun semasa

proses pengajaran dan pembelajaran, saya terlebih dahulu menunjukkan cara pelafazan yang betul supaya

murid mudah membacanya. Selain itu, dalam pembinaan bahan pengajaran berunsurkan vokal berganding,

saya hanya memperkenalkan perkataan yang biasa digunakan oleh murid. Ini disebabkan perkataan

berunsurkan vokal berganding kebanyakannya bersifat abstrak dan kurang popular penggunaannya dalam

Bahasa Melayu.

Boleh dikatakan Modul 4 adalah kemuncak kesukaran membaca. Walau bagaimanapun sikap dan

motivasi murid yang positif menyebabkan sesetengah mereka mampu menguasai sepenuhnya modul 4 dalam

jangka waktu yang sangat singkat. Misalnya, Murid 2 berjaya menguasai Modul 4 setelah 3 hari

diperkenalkan sementara Murid 1 dan Murid 3 masing-masing mengambil masa selama 4 hari untuk

menamatkannya.

Murid 4 memang diakui agak lewat menguasai sesuatu modul yang dipelajari. Hal ini bukanlah kerana

kurang bermotivasi tetapi disebabkan ciri-ciri khas yang dimilikinya. Berdasarkan pemerhatian berterusan,

saya mendapati tahap ketidakupayaan intelek murid ini lebih terjejas berbanding rakan sekelas yang lain.

Namun saya bersyukur kerana akhirnya Murid 4 berjaya menguasai Modul 3 Mutiara Reko sepenuhnya

setelah 14 hari mengikuti kelas intervensi. Demikian juga Murid 6. Murid ini sepatutnya melepasi Modul 4

lebih awal kerana murid ini telah memulakan kelas intervensi 2Mnya dengan modul 3 serta mempunyai tahap

ketidakupayaan intelek yang lebih baik berbanding dengan Murid 4. Namun sebaliknya, Murid 6 hanya

mampu menghabiskan Modul 3nya setelah 21 hari (9/2/2010 hingga 11/5/2010).

Secara keseluruhan, apa yang dapat disimpulkan, sikap murid terhadap keperluan dan faedah

menguasai kemahiran membaca semakin positif. Mereka semakin seronok menghadiri kelas dan tidak sabar

untuk boleh membaca. Ini dapat dilihat melalui sikap mereka yang cuba membaca beberapa buah buku cerita

mudah yang diletakkan di sudut bacaan di Dewan Burhanuddin, tempat kelas intervensi mereka dijalankan.

5.4.1.4 Rancangan Pelajaran Keempat (RP4)

(A) Fasa Tinjauan Awal RP3

Pelaksanaan tindakan kelas RP4 bermula pada 27/5/ 2010. Pada tindakan kelas ini, saya telah menyenarai

pendek sebahagian responden yang dibimbing oleh guru-guru fasilitator lain untuk dibimbing. Inisiatif ini

diambil kerana pencapaian murid-murid ini saya dapati tidak selaras dengan tempoh dan masa pelaksanaan

kelas intervensi yang dijalani mereka. Pandangan peribadi ini adalah kerana semasa membuat pemantauan

secara tidak langsung, saya mendapati bahawa guru-guru fasilitator telah menggunakan bahan pengajaran

Petunjuk

Jumlah hari belajar

Jumlah hari tidak belajar

Page 17: prosiding kajian tindakan pemulihan khas 2m

17

yang berbeza selain banyak menokok tambah bahan sampingan luar daripada yang saya sarankan semasa sesi

taklimat pertama yang diadakan pada 4/2/2010.

Pada RP4 ini saya hanya mengambil responden yang baru hendak dirawat menggunakan Modul 4. Hal

ini adalah bertujuan untuk memudahkan saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana saya masih

lagi mempunyai dua orang responden yang belum menguasai Modul 4 Mutiara Reko. Jadual 10 di bawah

menunjukkan maklumat murid pada Gelungan Tindakan Kedua (G2).

Jadual 10: Maklumat Murid Dalam Tindakan Kelas Keempat (RP4)

Bil Nama Murid

Modul dicadangkan pada

peringkat awal ujian

diagnostik

Jumlah hari belajar/

(seminggu)

Jumlah Masa

P&P (seminggu)

Modul

rawatan

terkini

1. Murid 4 2 2 hari 80 minit

2. Murid 6 3

3. Murid 7 3

4. Murid 8 3

5. Murid 9 3 3 hari 120 minit 4

6. Murid 10 3

7. Murid 11 2

8. Murid 12 2

9. Murid 13 1

Berdasarkan Jadual 10, murid asal yang saya bimbing ialah Murid 4. Murid 6 adalah murid yang dibantu ajar

setelah guru fasilitatornya cuti bersalin. Sementara Murid 7 hingga Murid 13 ialah murid yang saya

senaraipendekkan untuk dibantu setelah melihat tahap pencapaian mereka sangat perlahan. Oleh itu,

keseluruhan murid yang akan saya bimbing pada Tindakan Kelas Keempat (RP4) adalah seramai 9 orang

dalam satu-satu masa.

(B) Pemerhatian Dan Refleksi Awal RP4

Pada 25/5/2010 saya membuat perjumpaan dengan semua murid yang bakal saya bimbing di kelas intervensi

(Dewan Burhanuddin). Tujuan perjumpaan awal ini adalah untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang corak

pembelajaran dan tahap pencapaian semasa murid. Berdasarkan perjumpaan ringkas tersebut, saya mendapati

bahawa setiap murid mempunyai cara bimbingan guru yang berbeza-beza. Saya juga menyemak tugasan

murid pada Modul Aktiviti dan Buku Jotter yang dibekalkan. Daripada dokumen tersebut, saya membuat

tanggapan bahawa guru fasilitator lebih cenderung melatih tubi penulisan perkataan berbanding mengajar

murid menguasai kemahiran membaca. Guru juga cenderung mengimplementasi bahan pengajaran luar

dalam kelas intervensi sehingga mencetuskan kekeliruan yang serius dalam kalangan murid. Oleh itu tidak

hairanlah ada dalam kalangan murid terbabit masih kurang keyakinan untuk membaca apabila disuruh berbuat

demikian. Pada hari tersebut juga saya telah menetapkan bahawa sesi intervensi kelas selanjutnya akan

diadakan di Dewan Burhanuddin pada setiap hari Selasa (12.00-12.40 tengah hari) dan Khamis (12.00-12.40

tengah hari).

(C) Fasa Perancangan RP4

Daripada maklumat awal yang diperoleh, saya membuat perancangan membimbing beberapa orang

fasilitator dari kalangan murid KI2M yang berjaya menguasai modul bacaan 4 untuk membantu saya

menangani masalah mengendalikan jumlah murid yang agak ramai dalam satu-satu sesi tindakan kelas RP4.

Oleh itu saya akan menggunakan kaedah peer learning dengan pemantauan minimum. Strategi ini akan

membantu saya membuat pengajaran secara individu kepada murid yang betul-betul lemah dan memerlukan

bimbingan khusus dan berterusan.

(D) Fasa Tindakan RP4

Saya memulakan sesi kelas pertama dengan membimbing semua murid serentak membaca perkataan,

rangkai kata, ayat atau petikan mudah yang mempunyai unsur diagraf /...ng/. Ini adalah untuk mengelak

murid terbiasa membaca sesuatu perkataan secara mengeja. Cara membaca sebegini akan mengganggu

kelancaran murid semasa proses membaca. Contoh:

Page 18: prosiding kajian tindakan pemulihan khas 2m

18

(a) Membaca Suku Kata

(b) Membaca Perkataan

(c) Membaca Rangkai Kata

(d) Membaca Ayat dan Petikan Mudah

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan topik berunsur diftong, vokal berganding

dan digraf /ng/, /ny/, /kh/ dan /sy/, saya akan menjadi fasilitator utama dengan dibantu oleh pembimbing

rakan sebaya. Ini kerana unsur-unsur tersebut sukar untuk dikuasai. Saya memodelkan cara penyebutan bagi

unsur-unsur tersebut dan murid akan mengikut saya menyebutnya secara beramai-ramai. Selepas itu saya

dan pembimbing rakan sebaya akan menguji kemahiran membaca murid.

Pada akhir pengajaran setiap topik tersebut, saya akan meminta murid membuat latihan pengukuhan

yang terdapat dalam Modul Aktiviti. Saya tidak menggunakan Buku Jotter pada intervensi kelas peringkat G2

kerana masa pengajaran dan pembelajaran yang sangat terhad. Saya seterusnya merekod setiap pencapaian

terbaik murid dalam satu-satu topik yang dipelajari dalam Rekod Pendidikan Individu murid.

Page 19: prosiding kajian tindakan pemulihan khas 2m

19

Tempoh pelaksanaan tindakan kelas RP4 mengambil masa selama 10 hari iaitu dari tarikh 27/5/2010

hingga 15/7/2010. Ini ditunjukkan dalam Jadual 11 di bawah.

Jadual 11: Pelaksanaan Tindakan Kelas G2

Bil

(minggu) Tarikh Hari Masa Catatan

25/5/10 Selasa 12.00-12.40 tgh Pertemuan pertama bersama responden

(RP4)

16 26/5/10 Rabu

Kelas dibatalkan

(Lawatan sambil belajar ke kawasan Penanaman dan

pemprosesan padi di Tanjung Karang, Selangor)

27/5/10 Khamis 12.00-12.40 tgh

17 01/6/10 Selasa 12.00-12.40 tgh kelas intervensi

03/6/10 Khamis 12.00-12.40 tgh

08/6/10 Selasa

18 08/6/10 Rabu

10/6/10 Khamis CUTI PERTENGAHAN TAHUN

15/6/10 Selasa

19 16/6/10 Rabu

17/6/10 Khamis

22/6/10 Selasa 12.00-12.40 tgh kelas intervensi

20 24/6/10 Khamis 12.00-12.40 tgh

*Murid 7 tamat Modul 4

*Murid 8 tamat Modul 4

*Murid 13 tamat Modul 4

29/6/10 Selasa 12.00-12.40 tgh kelas intervensi

21 01/7/10 Khamis 12.00-12.40 tgh

*Murid 9 tamat Modul 4

*Murid 10 tamat Modul 4

*Murid 12 tamat Modul 4

*Murid 6 tamat Modul 4

22 06/7/10 Selasa 12.00-12.40 tgh kelas intervensi

08/7/10 Khamis 12.00-12.40 tgh kelas intervensi

13/7/10 Selasa Kerja Lapangan ke Aquaria, KLCC

23 15/7/10 Khamis 12.00-12.40 tgh *Murid 11 tamat Modul 4

*Murid 4 tamat Modul 4

Berdasarkan Jadual 11, dalam tempoh pelaksanaan kelas intervensi selama 10 hari tersebut, tiga orang

murid (Murid 7,8 dan 13) berjaya menamatkan Modul 4 Mutiara Reko seawal 5 hari dengan tempoh

waktu pembelajaran yang sangat terhad. Murid 6,9,10 dan12 mengambil masa selama 7 hari untuk

menyelesaikan Modul 4. Manakala Murid 4 dan 11 mengambil masa selama 10 hari untuk

menyempurnakan Modul 4 Mutiara Reko.

(E) Fasa Pemerhatian Dan Refleksi RP4

Saya mendapati murid menunjukkan prestasi yang baik dan drastik dalam penguasaan kemahiran

membaca. Murid juga menunjukkan kemajuan dalam cara mereka membaca. Murid tidak lagi mengeja

sepanjang masa ketika membaca sesuatu perkataan, sebaliknya terus membaca tanpa mengeja dengan

yakin. Murid yang sebelum ini kurang yakin untuk membaca sebaliknya suka rela menawarkan diri untuk

membaca tanpa disuruh guru.

Secara keseluruhannya, murid-murid dalam tindakan kelas keempat (RP4) dapat melepasi

Modul 4 secara berperingkat-peringkat mengikut tahap keupayaan masing-masing. Ini ditunjukkan dalam

Jadual 12 di bawah.

Petunjuk

Jumlah hari belajar

Jumlah hari tidak belajar

Page 20: prosiding kajian tindakan pemulihan khas 2m

20

Jadual 12: Pencapaian Penguasaan Modul 4 oleh Murid

Bil Nama Murid Modul Tarikh

Tamat Modul 4 Catatan

1. Murid 7

2. Murid 8 24/06/2010 5 hari pelaksanaan kelas intervensi

3. Murid 13

4. Murid 9

5. Murid 10 Modul 01/07/2010 7 hari pelaksanaan kelas intervensi

6. Murid 12 4

7. Murid 6

8. Murid 11 15/07/2010 10 hari pelaksanaan kelas intervensi

9. Murid 4

5.5.0 REFLEKSI KAJIAN

5.5.1 Refleksi Kesan Tindakan Kelas Intervensi

Keseluruhan tindakan kelas intervensi 2M yang saya jalankan melibatkan seramai 13 orang murid. Empat

peringkat tindakan kelas telah dilaksanakan dalam Gelungan Tindakan Pertama (G1) ini. Pencapaian

pembelajaran murid melalui proses gelungan tindakan kelas intervensi keseluruhannya ditunjukkan dalam

Jadual 13 dan Jadual 14 di bawah.

Jadual 13: Pencapaian Responden Pada Tindakan Kelas RP1 hingga RP3

Tindakan Kelas Intervensi RP1 – RP3

Nama Murid G1 (Feb-Mei 2010)

Jenis Modul/ Tempoh Penguasaan Modul Dipelajari

(Jumlah Hari Belajar) Catatan

Modul 2 Modul 3 Modul 4

1 Murid 1 3 hari 6 hari 6 hari Menguasai keseluruhan Modul dalam

tempoh 15 hari

2 Murid 2 4 hari 8 hari 3 hari Menguasai keseluruhan Modul dalam

tempoh 15 hari

3 Murid 3 3 hari 9 hari 4 hari Menguasai keseluruhan Modul dalam

tempoh 16 hari

4 Murid 4 6 hari 14 hari belum menguasai -

5 Murid 5 20 hari Menguasai Modul 4 dalam tempoh 20

hari

6 Murid 6 5 hari belum menguasai -

Berdasarkan Jadual 13, Murid 1, Murid 2 dan Murid 3 berjaya menguasai semua Modul Mutiara Reko dalam

tempoh sesingkat 15 hingga 16 hari pelaksanaan kelas. Sebaliknya Murid 4 terpaksa dibawa ke tindakan

kelas RP4 bersama-sama Murid 6 yang baru menyertai gelungan tindakan pertama. Sementara Murid 5

berjaya ditamatkan Modul 4 setelah 4 hari mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan saya (pengkaji).

Petunjuk

G1 – Gelungan Tindakan Pertama

- telah sedia menguasai Modul berkenaan pada sesi ujian diagnostik

RP1- Rancangan Pelajaran 1

RP1- Rancangan Pelajaran 2

RP1- Rancangan Pelajaran 3

Page 21: prosiding kajian tindakan pemulihan khas 2m

21

Jadual 14: Pencapaian Responden Pada Tindakan Kelas RP4

Tindakan Kelas Intervensi RP4

RP4 (Mei-Julai 2010)

Nama Murid Jenis Modul/ Tempoh Penguasaan Modul Dipelajari

(Jumlah Hari Belajar)

Modul 4

1 Murid 4 10 hari

2 Murid 6 07 hari

3 Murid 7 05 hari

4 Murid 8 05 hari

5 Murid 9 07 hari

6 Murid 10 07 hari

7 Murid 11 07 hari

8 Murid 12 10 hari

9 Murid 13 05 hari

Merujuk kepada Jadual 14, penguasaan Modul 4 Mutiara Reko mengambil tempoh pelaksanaan kelas yang

sangat singkat iaitu antara 5 hingga 10 hari. Seramai tiga orang murid (Murid 7, 8 dan 13) berjaya

menamatkannya dalam tempoh 5 hari, Murid 6, 9, 10, dan 11 pula mengambil masa selama 7 hari. Murid 4

dan Murid 12 mengambil masa yang paling lama iaitu 10 hari. Hal ini adalah kerana kedua-duanya

mengalami tahap ketidakupayaan intelektual yang agak terjejas berbanding rakan-rakan lain.

Kesimpulannya, tindakan kelas intervensi menggunakan modul Mutiara Reko didapati berjaya

membuatkan murid-murid khas bermasalah pembelajaran ini menguasai kemahiran 2M secara berperingkat

iaitu dalam tempoh jangka masa pelaksanaan yang sangat singkat, antara 15 hingga 31 hari. Dengan

kejayaan ini, 100% murid yang mengikuti kelas intervensi 2M menggunakan modul Mutiara Reko telah

berjaya dipulihkan. Ini bermakna peratus pencapaian sebenar murid telah mengatasi sasaran objektif khusus

yang mensasarkan hanya 70% responden celik huruf dan berkemahiran membaca dan menulis.

5.5.2 Refleksi Perbandingan Peratus Pencapaian Murid

Graf Bar 1 di bawah menunjukkan secara perbandingan perubahan penguasaan kemahiran 2M murid sebelum

dan selepas sesi intervensi dijalankan.

Data yang ditunjukkan dalam Graf 1, adalah daripada analisa awal saya selepas menjalani ujian

diagnostik ke atas semua murid yang terlibat dalam KI2M bertarikh 4/2/2010. Data tersebut saya

klasifikasikan sebagai sebelum sesi intervensi. Manakala data yang saya analisis selepas tindakan kelas

intervensi dijalankan sehingga 15/7/2010 saya klasifikasikan sebagai data selepas sesi intervensi. Antara

konstruk pencapaian 2M yang diperhatikan terbahagi kepada empat item iaitu mengenal huruf, menguasai

suku kata terbuka, menguasai suku kata tertutup dan menguasai unsur diftong, vokal berganding dan digraf.

Berdasarkan data yang diperoleh, didapati 100% murid menguasai semua item tersebut selepas sesi kelas

intervensi. Ini bermakna pelaksanaan kelas intervensi menggunakan set modul dan teknik pengajaran dan

pembelajaran kaedah Mutiara Reko berjaya meningkatkan tahap penguasaan kemahiran 2M murid iaitu

daripada tidak berkeupayaan membaca dan menulis kepada berkeupayaan menguasai kemahiran 2M.

Petunjuk

RP4 – Tindakan Kelas RP4

Page 22: prosiding kajian tindakan pemulihan khas 2m

22

Satu ujian pos (sila lihat Lampiran 6) juga telah ditadbir bagi menguji tahap keupayaan membaca dan

menulis murid selepas kelas intervensi dilaksanakan. Ujian tersebut dijalankan secara berperingkat mengikut

selesainya tarikh penguasaan modul 4 oleh murid. Berdasarkan ujian tersebut, didapati murid dapat

menjawab soalan yang dikemukakan dengan baik, kesemuanya mendapat markah 80 % ke atas . Pencapaian

ini menunjukkan satu peningkatan yang ketara kerana sebelum ini murid tidak boleh membaca dan mereka

menjawab soalan ujian atau peperiksaan dengan 95% bantuan guru. Keputusan markah ujian pos murid

ditunjukkan oleh Jadual 15 di bawah.

Jadual 13: Keputusan Ujian Pos Murid

Bil Nama Murid Hasil Analisis Ujian Diagnostik

(Rawatan Modul)

Keputusan

Ujian Pos

(%)

1 Murid 1 Modul 2 90

2 Murid 2 Modul 2 88

3 Murid 3 Modul 2 96

4 Murid 4 Modul 2 96

5 Murid 5 Modul 3 88

6 Murid 6 Modul 3 80

7 Murid 7 Modul 3 82

8 Murid 8 Modul 3 82

9 Murid 9 Modul 3 94

10 Murid 10 Modul 3 86

11 Murid 11 Modul 2 80

12 Murid 12 Modul 2 86

13 Murid 13 Modul 1 88

5.5.3 Refleksi Keberkesanan Penggunaan Bahan Pengajaran

Marohini Yusuf (1989) menyatakan bahawa terdapat dua kategori besar yang mempengaruhi kebolehan

membaca seseorang murid iaitu faktor yang ada dalam diri murid dan faktor yang ada pada bahan bacaan atau

bahan pengajaran. Merujuk kepada faktor yang ada dalam diri murid, adalah suatu usaha yang agak sukar dan

mustahil untuk memulihkan murid-murid khas bermasalah pembelajaran PPKI SMK Jalan Reko menguasai

kemahiran 2M. Hal ini adalah disebabkan murid tersebut telah disahkan secara klinikal oleh pakar bahawa

menghadapi masalah khusus dalam satu atau lebih proses psikologi yang melibatkan kefahaman atau

penggunaan bahasa pertuturan dan penulisan yang mengakibatkan kurang kebolehan berfikir, bertutur,

membaca, menulis, mengeja dan mengira (IDEA, 1990).

Page 23: prosiding kajian tindakan pemulihan khas 2m

23

Dari aspek faktor yang ada bahan bacaan atau bahan pengajaran pula, Clymen dan Kearney (1967)

dalam Koh Boh Boon (1982) menyatakan bahawa bahan bacaan bergred amat perlu untuk membantu murid

yang tercicir penguasaan kemahiran bahasa di dalam kelas aliran perdana dan murid berkeperluan khas.

Menurut beliau, bahan bergred yang diperingkatkan mengikut kesediaan murid akan membantu murid

menguasai kemahiran membaca dari peringkat yang asas kepada peringkat yang lebih kompleks.

Dalam konteks kajian ini, set modul Mutiara Reko telah saya bina secara bergred. Pembinaan set

modul ini menekankan penggunaan perkataan yang bersifat konkrit dan bermakna. Kajian Gates (1928) dalam

William (1986), mendapati kanak-kanak dapat membaca dengan lebih cepat jika pengajaran dimulakan

dengan unsur yang konkrit dan bermakna. Ini dibuktikan dalam kajian oleh Tansley dan Gulliford (1977)

yang menunjukkan bahawa kebanyakan murid pemulihan mempunyai masalah dengan perkataan bersifat

abstrak dan perkataan ‘isolation’. Oleh itu adalah disarankan supaya murid pemulihan diberikan kesediaan

visual untuk membaca sebelum kesediaan audio.

Sehubungan itu hasil kajian saya dalam tindakan kelas terhadap murid-murid khas bermasalah

pembelajaran di PPKI SMK Jalan Reko, mendapati bahawa set modul bacaan Mutiara Reko telah

mempercepat proses penguasaan kemahiran 2M murid-murid tersebut. Ini terbukti apabila murid khas

bermasalah pembelajaran boleh menguasai modul 2 hingga Modul 4 dalam tempoh yang sangat singkat iaitu

antara 15 hingga 31 hari dalam keadaan pelaksanaan kelas yang tidak konsisten, kurang kerap dan tempoh

masa pengajaran dan pembelajaran yang sangat singkat iaitu antara purata 8 hingga 10 minit untuk satu-satu

sesi intervensi. Hal yang demikian adalah kerana set modul Mutiara Reko menepati kajian Blair (1968) iaitu

mempunyai ciri-ciri berikut;

(i) Memulakan pengajaran pada tahap kebolehan murid

(ii) Murid sentiasa diberitahu mengenai tahap kemajuan penguasaan kemahiran 2M mereka iaitu

murid dapat melihat sendiri perubahan ketara kemajuan kemahiran membaca mereka

berdasarkan anjakan modul pada kadar yang cepat dan pencapaian mereka juga direkod oleh

guru dalam rekod penilaian dan penaksiran individu (RPI).

(iii) Pelajaran yang diikuti oleh murid haruslah penting dan mirip kepada pengalaman murid dan

keadaan sekeliling iaitu pembinaan isu-isu dalam bahan bacaan modul Mutiara Reko mengambil

kira skemata murid dan pengalaman masa lalu mereka.

(iv) Latihan yang banyak dan pelbagai. Ini dapat dilihat melalui penstrukturan bahan latihan yang

berfokus melalui modul aktiviti dan Buku Jotter.

5.5.4 Refleksi Keberkesanan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

Pendekatan kaedah pembelajaran individu, peer learning dan latih tubi yang saya gunakan dalam

kebanyakan tindakan kelas intervensi adalah sangat sesuai dan efektif dalam situasi mengajar murid-murid

khas bermasalah pembelajaran. Ini adalah disebabkan ciri-ciri ketidakupayaan yang diimiliki oleh anak-anak

istimewa ini sehingga ada dalam kalangan mereka ini memerlukan bimbingan dan tumpuan secara individu

semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Secara keseluruhannya, pendekatan pengajaran dan teknik latih tubi yang saya gunakan telah berjaya

meningkatkan tahap keupayaan kemahiran membaca, menggalak dan memupuk minat murid untuk terus

membaca, memberi keyakinan yang tinggi kepada murid dalam proses berkomunikasi dan bersosialisasi serta

berpersepsi positif terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di stesen-stesen kemahiran pula, berdasarkan pemerhatian

saya, kebolehupayaan murid membaca, membolehkan guru meneruskan pengajaran dengan lebih baik tanpa

perlu mengambil masa yang lama atau terpaksa membaca sesuatu arahan bertulis bagi memahamkan mereka

kerana murid boleh membacanya sendiri. Selain itu murid juga dilihat lebih berkeyakinan dan berminat untuk

mengikuti pengajaran guru di dalam kelas.

Maklum balas yang diterima oleh ibu bapa yang anaknya terlibat dalam kelas intervensi ini, mendapati

mereka berpuas hati dengan pencapaian terkini anak-anak mereka dalam kebolehupayaan membaca.

Page 24: prosiding kajian tindakan pemulihan khas 2m

24

Pandangan atau pendapat murid, guru dan ibu bapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan

kelas intervensi PPKI SMK Jalan Reko dirangkumkan dalam Lampiran 5.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Penguasaan murid dalam Modul 4 bukanlah penanda aras yang tekal untuk kita mengukur tahap pemantapan

penguasaan kemahiran membaca mereka. Secara analoginya, mereka ini seperti anak benih yang belum boleh

tumbuh tegak dan tegap. Mereka perlu disiram, dibaja, dijagai dan diberikan sokongan bagi membolehkannya

hidup subur, tegap dan menghasilkan buah yang berkualiti. Demikian juga halnya murid-murid ini, mereka

harus terus dibimbing dengan beberapa bahan sokongan yang sesuai bagi membolehkan penguasaan dan

pemerolehan bahasa mereka terus mantap.

Atas pertimbangan inilah, saya berpendapat bahawa suatu kajian pelaksanaan program pemulihan

intervensi 2M yang sistematik, terancang dan holistik harus dijalankan bagi mengenal uji keberkesanan

empat fasa perancangan asas yang utama iaitu:

(i) Fasa kemahiran membaca asas (penggunaan modul 1 hingga modul 4)

(ii) Fasa kemahiran membaca dan memahami asas

(iii) Fasa kemahiran menulis (penulisan) asas

(iv) Fasa penguasaan sistem bahasa/tatabahasa/khazanah bahasa asas

Setiap fasa yang dirangka harus mengandungi modul-modul yang diolah khusus mengikut keperluan

murid-murid khas bermasalah pembelajaran khasnya ataupun murid-murid pemulihan secara amnya.

BIBLIOGRAFI

Bender, W.N.1996. Exceptional Children An Introduction to Special Education. Edition 5 New Jersey:

Perentice Hall.

Blair, G.M.1968. Diagnostic and Remedial Teaching. New York: The Macmillan Company

IDEA. Individual With Disabilities Education Act 1990. USA.

Kementerian Pendidikan Malaysia .1991. Jabatan Pendidikan Khas. Kuala Lumpur.

Koh Boh Boon. 1982. Pengajaran Pemulihan bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications &

Distribution.

Marohini Yusuf .1989. Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Kuala Lumpur: DBP.

McNiff, J. 1998. Action research : principles and practice. London : Routledge

Smith , F .1980. Reading. Cambridge: Cambridge University Press.

William, R. 1986.Top Ten Principle of Teaching Reading. ELT Journal 40(1): 42-45.

Tansley,A.E dan Gulliford, R. 1977. The Education of Slow Learning Children. London: Roulleedge &

Kegan.

Page 25: prosiding kajian tindakan pemulihan khas 2m

25

Aktiviti Bergambar Kelas Intervensi 2M (KI2M)

CARTA GANTT PELAKSANAAN KI2M

2010

Aktiviti/ Bulan 1 2 3 4 5 6 7 8 9

Keputusan pengurusan PPKI SMK Jalan

Reko mewujudkan Program Intervensi 2M X

Pemurnian Modul ‘Mutiara Reko’

(secara berperingkat) X X X

Penyediaan set Ujian Diagnostik X

Pelaksanaan Ujian Diagnostik X

Penganalisisan Ujian Diagnostik X

Pemilihan Murid KI2M X

Pelaksanaan KI2M

Gelungan Tindakan Pertama (G1) X X X

Gelungan Tindakan Kedua (G2) X X X

Analisis pencapaian murid KI2M X X X X X X

Pengumpulan Maklumat/ Data X X

Pelaporan lengkap Kajian Tindakan KI2M X X

Lampiran 1

Page 26: prosiding kajian tindakan pemulihan khas 2m

26

Lampiran 2

UJIAN DIAGNOSTIK

Page 27: prosiding kajian tindakan pemulihan khas 2m

27

Lampiran 3

Set Modul Modul Mutiara Reko

Rekod Pendidikan Individu Murid

Page 28: prosiding kajian tindakan pemulihan khas 2m

28

Lampiran 4

Beberapa contoh latihan penulisan dan pengayaan dalam Buku Jotter

Page 29: prosiding kajian tindakan pemulihan khas 2m

29

Pendapat Murid, Guru dan wakil ibu bapa tentang keberkesanan pengimplementasian modul Mutiara Reko

Murid 1

Guru 1

Lampiran 5

Page 30: prosiding kajian tindakan pemulihan khas 2m

30

Ibu bapa 1

Page 31: prosiding kajian tindakan pemulihan khas 2m

31

Lampiran 6

UJIAN POS