kajian tindakan pemulihan lengkap

35
JABATAN PENDIDIKAN PERAK PROGRAM SATU SEKOLAH SATU KAJIAN TINDAKAN (2004) Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Membaca Petikan Mudah Suku kata KVKVK OLEH: Sekolah Kebangsaan Seri Pangkor 32300 Pulau Pangkor Perak Darul Ridzuan 26 JUN 2004

Upload: rabiatul-adawiyah-abdul-rahman

Post on 03-Aug-2015

742 views

Category:

Documents


48 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Tindakan Pemulihan Lengkap

JABATAN PENDIDIKAN PERAK

PROGRAM SATU SEKOLAH SATU KAJIAN TINDAKAN(2004)

Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Membaca PetikanMudah Suku kata KVKVK

OLEH:

Sekolah Kebangsaan Seri Pangkor32300 Pulau PangkorPerak Darul Ridzuan

26 JUN 2004

Kelolaan:

UNIT KURIKULUM JABATAN PENDIDIKAN PERAK

Page 2: Kajian Tindakan Pemulihan Lengkap

MENINGKATKAN PENGUASAAN

KEMAHIRAN MEMBACA PETIKAN

MUDAH SUKU KATA KVKVK

1

Page 3: Kajian Tindakan Pemulihan Lengkap

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi penyayang. Segala pujian bagi

Allah S.W.T pencipta segala alam. Alhamdulillah bersyukur kami ke hadrat Allah kerana

dengan izinnya dapat kami menyiapkan dan menyempurnakan kajian ilmiah ini.

Program kajian tindakan merupakan satu program yang diperkenalkan untuk

memperbaiki dan meningkatkan prestasi pencapaian murid-murid. Memandangkan

membaca merupakan satu masalah besar di SK Seri Pangkor, kami telah memilih

fenomena ini untuk membuat kajian tindakan.

Dalam menyiapkan kajian tindakan ini, banyak pihak telah terlibat secara

langsung atau tidak langsung dalam memberi sumbangan. Setinggi-tinggi ucapan terima

kasih dengan iringan doa semoga Allah sentiasa memberi rahmat dan melindungi mereka.

Penghargaan pertama kami tujukan kepada Encik Ismail Bin Nayan iaitu Guru

Besar SK Seri Pangkor kerana telah menyerahkan tugas menyediakan kajian tindakan ini

kepada kami serta telah memberi taklimat sebagai tunjuk ajar bagi menjayakan program

kajian tindakan ini.

Akhir sekali penghargaan ini kami tujukan kepada pihak PPD yang telah memberi

taklimat tentang kajian tindakan ini dan kami berdoa agar semuanya diberkati Allah dan

memanjangkan usia kalian. Insyaallah.

2

Page 4: Kajian Tindakan Pemulihan Lengkap

ABSTRAK

Kajian ini difokuskan kepada meningkatkan penguasaan membaca petikan mudah suku

kata kvkvk bagi murid-murid Pemulihan Tahun 3. Seramai 30 0rang murid terlibat

dalam kajian ini. Berkisar daripada masalah buta 3M yang terlalu ramai bagi murid

Tahun 3, penyelidik telah melaksanakan tinjauan awal melalui senarai semak , temubual,

ujian dan soal selidik. Hasil daripada tinjauan tersebut didapati murid tidak mengenal

abjad, tidak boleh membaca sukukata terbuka dan tertutup apatah lagi membaca

perkataan. Bagi memudahkan kajian dilaksanakan, kelas telah dibahagikan kepada 2

kumpulan kecil. Teknik yang penyelidik gunakan ialah “TEKNIK NYANYIAN” iaitu

semua sukukata dieja dengan teknik nyanyian. Aplikasi “TEKNIK NYANYIAN”

sebagai alternatif dalam menghafal sukukata telah banyak membantu murid-murid

tersebut dalam mengatasi masalah buta 3M. Murid-murid menunjukkan peningkatan

yang lebih baik setelah diberi beberapa latihan bacaan cepat. Teknik belajar melalui

nyanyian dapat menarik minat murid serta mengukuhkan ingatan dan sebutan di kalangan

murid-murid Pemulihan. Lima sesi pengajaran dan pembelajaran (60 minit setiap sesi)

dalam tempoh 12 minggu dengan menggunakan “TEKNIK NYANYIAN” ini telah

membantu mengatasi masalah buta 3M di Sekolah Kebangsaan Seri Pangkor.

3

Page 5: Kajian Tindakan Pemulihan Lengkap

HALAMAN KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

TAJUK

PENGHARGAAN

ABSTRAK

HALAMAN KANDUNGAN

LATARBELAKANG KAJIAN/REFLEKSI P&P YANG LALU

ISU KEPRIHATINAN/FOKUS KAJIAN

OBJEKTIF KAJIAN

KUMPULAN SASARAN

PERANCANGAN TINDAKAN

PELAKSANAAN TINDAKAN

DAPATAN KAJIAN

REFLEKSI

LAMPIRAN

1

2

3

4

5-6

7

8

9

9-12

13

14

15

4

Page 6: Kajian Tindakan Pemulihan Lengkap

1. Latar belakang Kajian / Refleksi P&P yang lalu.

Bahasa Melayu adalah merupakan mata pelajaran teras dalam KBSR.

Untuk melaksanakan sesuatu P&P murid-murid perlu menguasai

kemahiran membaca. Malangnya seramai 24.6 peratus murid-murid

Tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Seri Pangkor adalah buta huruf. Hal ini

menyebabkan mereka tidak dapat mengikuti segala pembelajaran di dalam

kelas dalam jangkamasa yang ditetapkan.

Melalui kajian ini, penyelidik telah menganalisa data 30 orang

murid Pemulihan Tahun 3 yang telah dikenalpasti . Penyelidik

berpendapat bahawa masalah amat serius dan perlu dikaji supaya dapat

ditangani lebih awal seterusnya mengatasi masalah tersebut daripada

berulang. Masalah ini perlu di atasi kerana kemahiran membaca adalah

asas yang paling utama bukan sahaja dalam P&P di sekolah sebaliknya

dalam kehidupan seharian. Kegagalan murid menguasai kemahiran

membaca bukan sahaja menyebabkan mereka menghadapi kesukaran

dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tetapi juga dalam semua

matapelajaran yang lain.

Tinjauan secara menyeluruh telah dilakukan di awal tahun ini.

Analisa tinjauan seperti jadual berikut:

Jadual 1: Analisis ujian awal

Kemahiran Bilangan Menguasai

Mengenal abjad ( 26 abjad ) 15 orang

Suku kata Terbuka 15 orang

Membatangkan perkataan v + kv 6 orang

Membatangkan perkataan kv + kv 6 orang

Suku kata tertutup 3 orang

Membatangkan sukukata tertutup (KV +KVK) Tiada

5

Page 7: Kajian Tindakan Pemulihan Lengkap

Antara faktor-faktor yang mempengaruhi masalah tersebut ialah:

a) Latarbelakang keluarga yang tidak menekankan kepada pendidikan anak-anak.

Penglibatan keluarga dalam proses Pembelajaran anak-anak turut memberi kesan

dalam pencapaian akademik seperti menyediakan bahan bacaan, sudut belajar

yang selesa serta masa yang diperuntukkan untuk anak dengan memberi

bimbingan misalnya.

b) Faktor sosio ekonomi. Murid-murid dari keluarga yang kedudukan ekonomi

rendah pandangan mereka terhadap pendidikan tidak begitu tinggi maka dorongan

dan galakan pada anak-anak kurang.

c) Faktor minat dan sikap murid terhadap pelajaran adalah motivasi instrinsik yang

ada pada setiap kanak-kanak yang akan mempengaruhi pencapaian sesuatu bidang

yang diceburi. Motivasi instrinsik merupakan agen penggerak kepada seseorang

kanak-kanak untuk melakukan sesuatu . Daripada kajian yang dijalankan

membuktikan faktor minat dan sikap murid adalah faktor utama mempengaruhi

pemasalahan ini.

d) Masalah yang timbul dari pihak guru. Mengajar dengan bersandarkan buku teks

semata-mata adalah kelumrahan. Penyesuaian bahan ini dengan situasi kelas dan

keadaan murid serta pembinaan bahan sendiri jarang dilakukan oleh guru. Ini

menyebabkan murid itu terus tercicir dalam proses P&P.

Berdasarkan kajian yang telah penyelidik jalankan menunjukkan bahawa

pemasalahan yang timbul bukan sahaja berpunca daripada satu pihak sahaja

malah dari pihak lain juga. Dengan terbentangnya masalah berkenaan

memudahkan penyelidik mengkaji apakah tindakan sewajarnya dilakukan bagi

mengatasi masalah itu.

6

Page 8: Kajian Tindakan Pemulihan Lengkap

2. Isu Keperihatinan / Fokus kajian

Penyelidik memfokuskan kepada meningkatkan penguasaan kemahiran

membaca petikan mudah sukukata kvkvk. Sebagai tenaga pengajar,

penyelidik akan memberi penekanan kepada bunyi sukukata kv dan

sukukata kvk. Apabila murid dapat menguasai bunyi sukukata murid akan

diajar mencantumkan bunyi suku kata supaya menjadi perkataan

bermakna atau perkataan kv kvk. Kemudian murid akan diajar membaca

ayat dan petikan mudah. Sekiranya murid tidak menguasai perkataan

kvkvk masalah buta 3M akan bertambah serius.

7

Page 9: Kajian Tindakan Pemulihan Lengkap

3. OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum

3.1.1 Meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian

murid-murid.

3.1.2 Mempastikan sifar buta membaca dan menulis.

3.2 Objektif Khusus

3.2.1 Meningkatkan penguasaan murid terhadap bunyi vokal, sukukata kv dan

sukukata kvk.

3.2.2 Meningkatkan kemahiran murid dalam membaca ayat yang betul.

3.2.3 Meningkatkan kemahiran murid dalam membaca petikan mudah.

3.2.4 Mengubah amalan pengajaran guru ke arah pendekatan yang lebih baik.

3.2.5 Mengubah sikap murid ke arah yang lebih baik.

8

Page 10: Kajian Tindakan Pemulihan Lengkap

4. KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran adalah murid-murid Pemulihan Tahun 3 seramai 30 orang.

5. PERANCANGAN TINDAKAN

Sebagaimana yang dinyatakan, murid-murid yang dikenalpasti dibahagikan

kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Kumpulan A adalah

murid-murid yang telah menguasai abjad manakala Kumpulan B adalah murid yang tidak

mengenal abjad.

Suatu rancangan aktiviti mengikut kaedah yang ditetapkan berdasarkan Susunan

Isi Pelajaran yang dibina oleh penyelidik seperti di bawah dan mengikut kaedah serta

Pelan Bertindak seperti Jadual 2.

SUSUNAN ISI PELAJARAN

SET 1 : Mengenal dan membuntikan suku kata terbuka.

1A1 a ba ca da fa ga ha ja ka lama na pa ra sa ta wa ya za

i bi ci di fi gi hi ji ki limi ni pi ri si wi yi zi

u bu cu du fu gu hu ju ku lumu nu pu ru su wu yu zu

e be ce de fe ge he je ke leme ne pe re se te

o bo co do fo go ho jo ko lomo no po so to zo

1A2 Mengenal dan membunyikan perkataan dengan mencantumkan dua suku kata terbuka mengikut vokal yang sama. Contoh :

9

Page 11: Kajian Tindakan Pemulihan Lengkap

baca kala masa mana para rasa lama saya nama bapajasa cara sama mata kata jaya

cili ciri mini siti

buku bucu duku cucu bulu busu

1A3 Mengenal dan membunyikan perkataan dengan mencantumkan dua suku kata terbuka dari vokal yang tidak sama. Contoh :

abu ada apibaca baju batu bawa bola buku ciku gali gigi ibuini itu jaga jari kaki kayu kera lada laju lalulari lima mata meja muka pagi paku roda roti sakusatu saya siku sudu suka tali tepi tiga tipu topi

Nota 1. Set 1A2 hendaklah dijalankan selepas murid menguasai sukukata terbukaPada tiap-tiap vokal yang diperkenalkan.

2. Setelah selesai set 1A1, semua murid diharapkan dapat membina perkataan (dua suku kata terbuka) seperti contoh set 1A3.

SET 2 : Mengenal dan membunyikan suku kata tertutup.Contoh :

cam jam gam sam ramdah pan van das lon pasjah sut bom lam bin cinbot tin zip lem suh pinwan ker tas kun

Setelah selesai set 2 semua murid diharapkan dapat membina perkataan (suku kata terbuka + suku kata tertutup) Contoh :

tidur batik rajin putih merahbawah manis kecil besar kesat kemaskeras harum busuk gajah tebal

SET 3 : Menyusun dan menulis suku kata supaya menjadi perkataan yang betul. Contoh:

ca + wan ba + yam hi + tam ta + nam ba + suh le + pas

10

Page 12: Kajian Tindakan Pemulihan Lengkap

mi + num sa + yur si + rap ga + jah

SET 4 : Latih tubi ejaan secara lisan dan bertulis

SET 5 : Menyusun perkataan untuk membina ayat-ayat

SET 6 : Membaca petikan mudah yang disediakan.

Program ini telah dijalankan dalam masa 3 bulan iaitu 12 minggu iaitu dalam

bulan Februari hingga April. Matlamat program ini adalah untuk meningkatkan

penguasaan murid membaca petikan mudah sukukata KVKVK (Rujuk Lampiran 4).

Pelaksanaannya dijalankan secara latih tubi setiap hari agar murid-murid

benar-benar telah menghafal bunyi sukukata dalam masa yang singkat. Segala aktiviti

dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusat pada murid atau “Student

Centred” dan berfokus kepada dua aspek utama iaitu mengenali huruf abjad dan bunyi

suku kata.

KAEDAH

Kaedah yang digunakan ialah dengan “TEKNIK NYANYIAN” contoh :

Ba ba ba ba ba

Ca ca ca ca ca

Bot bot bot bot bot

Pam pam pam pam pam

Bom bom bom bom bom

11

Page 13: Kajian Tindakan Pemulihan Lengkap

Jadual 2 : Pelan Bertindak

BIL KEMAHIRAN FEB MAC APRIL1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4

1. Mengenal dan membunyikan sukukata terbuka ,vokal a

/ /

2. Membina perkataan – suku kata terbuka , vokal a

/

3. Mengenal dan membunyikan sukukata terbuka , vokal u

/

4. Membina perkataan- suku kata terbuka , vokal a dan u

/

5. Mengenal dan membunyikan sukukata terbuka , vokal i

/ /

6. Membina perkataan – suku kata terbuka vokal a,i dan u

/

7. Mengenal dan membunyikan suku kata terbuka, vokal o

/ /

8. Membina perkataan – suku kata terbuka terbuka, vokal a, o,u dan i

/

9. Mengenal dan membunyikan suku kata terbuka , vokal e

/ /

10. Membina perkataan – suku kata terbuka, vokal a,o, u, i dan e

/ /

11. Mengenal dan membunyikan suku kata tertutup

/ /

12. Membina perkataan campuran dari suku kata terbuka dan tertutup

/ /

13. Mengeja perkataan kv+ kvk / /14. Menyusun dan menulis sukukata kv

+ kvk supaya menjadi perkataan yang betul

/ /

15. Latih tubi mengeja perkataan kv + kvk

/ /

16. Menyusun perkataan untuk membina ayat-ayat

/ / /

17. Membaca petikan mudah yang disediakan.

/ / /

12

Page 14: Kajian Tindakan Pemulihan Lengkap

6. PERLAKSANAAN TINDAKAN

6.1 Tinjauan Masalah

6.1.1 Perkara-perkara Yang Ditinjau

i) Ingatan murid terhadap huruf abjad.

ii) Ingatan murid terhadap bunyi vokal.

iii) Ingatan murid terhadap bunyi sukukata

iv) Murid-murid pemulihan Tahun 3 mudah lupa bunyi sukukata yang

telah dipelajari.

v) Murid-murid Pemulihan bersikap negatif dan pasif terhadap proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas biasa mahupun di dalam

kelas Pemulihan.

vi) Kesesuaian bahan pengajaran dan pembelajaran.

6.1.2 Tindakan yang dijalankan

i) Menjalankan ujian sebelum dan selepas sesi pengajaran dan

pembelajaran untuk membuktikan keberkesanan kaedah yang

penyelidik gunakan.

ii) Penyelidik akan menjalankan pemerhatian terhadap tingkah laku

murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

iii) Kesesuaian bahan pengajaran dan pembelajaran (ABM) amat

dititikberatkan bagi memastikan segala aktiviti dapat dijalankan

dengan teratur dan lebih berkesan. Dalam P&P Pemulihan Khas ABM

adalah paling utama bagi setiap sesi pengajaran. Tanpa ABM murid

pemulihan sukar menerima pengajaran guru.

13

Page 15: Kajian Tindakan Pemulihan Lengkap

6.1.3 Pemerhatian

i) Pemerhatian terhadap aktiviti P&P di kelas Pemulihan Khas dibuat

sepanjang sesi pengajaran. Setiap perubahan murid dicatat bagi

memastikan setakat mana penguasaan mereka dalam sesuatu

kemahiran yang telah guru ajarkan. Masalah yang dihadapi oleh

murid diperhatikan melalui latihan di dalam kelas Pemulihan secara

lisan dan bertulis, semakan buku latihan dan instrumen penentuan

penguasaan suku kata kvkvk (LAMPIRAN 3).

7. DAPATAN KAJIAN

7.1.1 Analisis Data

i) Analisis ujian akhir.

Daripada ujian akhir yang dijalankan menunjukkan peningkatan murid dalam

sesuatu kemahiran. Dapatan analisis ujian adalah seperti berikut :

Jadual 2 : Analisis ujian akhir

Kemahiran Bil Menguasai

1. Menguasai abjad 25 orang

2. Sukukata kv 25 orang

3. Membatangkan perkataan vkv 25 orang

4. Membatangkan perkataan kv + kv 25 orang

5. Menguasai sukukata tertutup kvk 20 orang

6. Membatangkan sukukata kv+ kvk 20 orang

7. Membaca petikan mudah sukukata kvkvk 20 orang

Daripada 30 orang murid-murid Pemulihan Khas yang terlibat dalam

kajian ini seramai 10 orang murid telah dikenalpasti boleh membaca dengan

baik. 15 orang murid boleh membaca dengan mengeja bunyi sukukata. 5

14

Page 16: Kajian Tindakan Pemulihan Lengkap

orang murid lagi termasuk seorang murid istimewa boleh mengenal 80%

abjad.

Jadual 3 : Analisis Soal selidik dengan murid.

BilPERKARAYA%1.Saya selalu menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh

guru1033.32.Saya sering meminta bantuan rakan sebaya untuk membaca516.73.Ibu bapa

membantu saya membaca di rumah826.7

7.1.2 RUMUSANPerlaksanaan kaedah ini mengikut isi pelajaran yang telah ditetapkan dapat

memberi kebaikan kepada tiga pihak iaitu pihak murid, pihak guru dan pihak sekolah seperti berikut:

a) Kebaikan kepada muridMurid dapat membaca dengan lancar dalam masa yang singkat.Murid tidak membuang masa dengan aktiviti yang membazir.

b) Kebaikan kepada Guru

i) Kepuasan hati guru meningkat kerana pencapaian murid adalah maksimum. ii) Beban kerja guru berkurangan. iii) Amat mudah bagi guru menjalankan P & P di kelas.

c) Kebaikan Kepada Sekolah

Masalah Buta 3M dapat diatasi dengan segera.Kos menjalankan operasi adalah rendah.

REFLEKSIPenilaian dilakukan secara langsung dan tidak langsung .Daripada maklum balas yang diterima daripada murid-murid melalui latihan bertulis, lembaran kerja, pelbagai aktiviti lisan dan pengukuhan. Dari sini guru dapat merancang dan mengubah suai bahan pengajarannya sekiranya perlu berdasarkan kelemahan murid.

Pelaksanaan Program Buta Huruf bukanlah satu tugas yang mudah. Guru terpaksa berdepan dengan sebilangan besar murid yang langsung tidak berminat dalam pelajaran. Tidak kurang juga ada daripada mereka yang sentiasa tidak hadir ke sekolah

Kekurangan atau tiada langsung alat bantuan mengajar akan menyukarkan pengajaran guru. Guru yang mengajar murid-murid pemulihan perlu senantiasa inovatif dan kreatif. Amalan pengajaran guru yang bersandarkan kepada buku teks semata-mata

15

Page 17: Kajian Tindakan Pemulihan Lengkap

adalah faktor yang membuatkan murid-murid bosan dan tidak memberi tumpuan kepada pelajaran.

Bagi memahami masalah murid, guru perlu sentiasa peka terhadap perubahan perlakuan mereka dalam sesi pengajaran seperti mengantuk, berbual-bual ketika guru mengajar, bergaduh dan sebagainya. Perlakuan-perlakuan ini adalah petunjuk kepada keberkesanan pengajaran guru.

Secara keseluruhannya terdapat perubahan yang ketara daripada perlakuan guru dan murid. Guru lebih prihatin terhadap masalah pembelajaran murid serta berusaha meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran. Murid pula menunjukkan minat untuk memperbaiki diri. Bilangan murid yang buta huruf dapat dikurangkan sebanyak 50 % dalam masa tiga bulan.

CADANGAN

Saya bercadang untuk meneruskan program ini bagi semua murid-murid Pemulihan Khas di SK Seri Pangkor. Bilangan murid-murid di dalam sesebuah kelas biasa harus dikurangkan supaya guru dapat memberi perhatian kepada pelajar secara individu. Dengan demikian, guru dapat berinteraksi dengan pelajar secara rapat dan mudah memahami masalah mereka serta memupuk minat belajar di kalangan mereka. Ini seterusnya akan membantu mereka dalam proses pembelajaran.

16

Page 18: Kajian Tindakan Pemulihan Lengkap

KASUT

Kasut Bahar kotor.

Emak suruh basuh.

Bahar basuh guna sabun.

Bahar jirus kasut itu.

17

Page 19: Kajian Tindakan Pemulihan Lengkap

Bahar bubuh kapur.

Kasut jadi putih.

MULUT

Mulut Bedah besar.

Bedah rasa segan.

Bedah duduk dalam rumah.

Nenek suruh sabar.

BOTOL.

Botol itu putih.

Botol isi getah.

Getah nenek toreh.

Botol telah pecah

KETAM.

Tipah masak ketam.

Tipah masak masam manis.

Tipah suka makan ketam.

Rasa ketam sedap.

Rasa satu tidak cukup.

18

Page 20: Kajian Tindakan Pemulihan Lengkap

Tapi ketam mahal betul.

KITAB

Saleh baca kitab.

Kitab itu kitab adap.

Kitab itu tebal betul.

Kitab itu murah.

Saleh rajin baca kitab.

Sebab itu Saleh lekas dapat.

Saleh baca sedap.

CEREK.

Cerek emak hitam.

Emak masak sirap.

Emak suruh kakak basuh.

Kakak basuh guna sabun.

Sabun telah habis.

Kakak jadi malas.

19

Page 21: Kajian Tindakan Pemulihan Lengkap

GAYAH.

Gigi Goyah sakit.

Gayah jerit-jerit.

Gayah kata sakit.

Gayah tidak gosok gigi.

Gayah cabut gigi.

Gayah jerit sebab pedih.

KEBUN DATUK.

Datuk ada kebun.

Kebun Datuk dekat sawah.

Datuk tanam sayur.

Sayur itu macam-macam.

Datuk siram sayur.

Sayur itu lobak dan kubis.

Datuk juga tanam timun dan bayam.

NANAS.

20

Page 22: Kajian Tindakan Pemulihan Lengkap

Samad makan nanas.

Nanas itu manis.

Nanas Samad kupas.

Samad kata sedap.

Samad minum jus nanas.

SAYUR.

Saya beli sayur di pasar.

Sayur itu salad.

Sayur itu murah.

Sayur itu segar.

Saya suka makan sayur.

Saya suruh nenek masak sayur.

Nenek masak sedap.

MAWAR.

Kakak petik mawar.

21

Page 23: Kajian Tindakan Pemulihan Lengkap

Mawar itu merah.

Mawar jatuh ke tanah.

Adik pijak mawar itu.

Kakak jadi marah.

Adik kata sabar.

CAWAN.

Ini cawan.

Cawan ini hitam.

Dalam cawan ada kopi.

Sudah minum saya basuh cawan.

KAKAK.

Ini kakak.

Kakak masak ayam.

Kakak suka makan ayam.

GAJAH.

Hari ini panas.

22

Page 24: Kajian Tindakan Pemulihan Lengkap

Saya lihat gajah.

Gajah itu hitam.

Hobi adik lukis gajah.

Gajah duduk dalam kolam.

RUMAH.

Ini rumah.

Rumah ini mewah.

Rumah itu merah.

Kakak lukis rumah.

Tepi rumah ada taman.

NOVEL.

Zul duduk di tepi katil.

Zul baca novel.

Novel itu tebal betul.

23

Page 25: Kajian Tindakan Pemulihan Lengkap

Novel itu mahal.

Novel itu sudah koyak.

BAYAM.

Bayam itu nenek tanam.

Nenek tanam tepi kolam.

Nenek petik bayam.

Nenek basuh bayam.

Lepas basuh nenek masak sayur bayam.

MASAK SUP.

Emak masak sup.

Emak bubuh kicap.

Kicap itu masnis.

Sup jadi sedap.

Sup saya hirup.

Rasa satu tidak cukup.

SIRAP.

24

Page 26: Kajian Tindakan Pemulihan Lengkap

Datuk minum sirap.

Sirap itu manis.

Datuk kata sedap.

Datuk minum tujuh gelas.

TIKUS.

Harun lukis tikus.

Harun guna berus.

Tikus itu kurus.

Guru kata bagus.

KERIS.

Keris datuk tajam.

Datuk asah malam-malam.

Datuk sorok tepi tilam.

Datuk balut keris itu.

Sebab keris itu tajam.

KIPAS.

Kipas itu kotor.

Kipas ada habuk.

25

Page 27: Kajian Tindakan Pemulihan Lengkap

Emak suruh kakak basuh.

Kakak kata malas.

AYAH DOLAH.

Letih ayah Dolah.

Dolah bawa kopi panas.

Ayah minum panas-panas.

Tadi ayah Dolah di sawah.

Kini ayah Dolah di rumah.

Ayah Dolah rehat di katil

BETIK.

Betik itu keras.

Betik belum masak.

Lepas masak betik itu manis.

Rasa betik sedap.

26

Page 28: Kajian Tindakan Pemulihan Lengkap

27