contoh laporan inovasi

3
ABSTRAK Projek inovasi ini dilaksanakan bagi membantu pelajar untuk mengingati senarai formula ion serta meningkatkan kemahiran pelajar untuk menulis formula kimia. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan semasa proses PDP, didapati kesemua 17 orang pelajar 4 Sains sukar menguasai kemahiran menulis formula kimia dengan betul. Dengan itu, suatu inovasi telah dilaksanakan bagi mengenal pasti punca masalah yang dihadapi oleh para pelajar serta mencari kaedah terbaik dan berkesan bagi mengatasinya. Semua pelajar Tingkatan 4 Sains, iaitu seramai 17 orang terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian pertengahan penggal pertama dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar sukar untuk mengingati simbol-simbol ion dan cas-cas pada ion positif dan negatif yang menjadi punca utama kegagalan pelajar menulis formula kimia dengan betul. Pelajar juga tidak berminat untuk menghafal kerana bilangannya yang terlalu banyak. Perancangan tindakan difokuskan kepada 3 aktiviti. Aktiviti pertama ialah memperkenalkan dan membiasakan pelajar dengan simbol-simbol ion serta cas-cas pada ion dengan menggunakan Kad Mnemion. Aktiviti kedua ialah mengasingkan ion-ion positif dan negatif berdasarkan nilai cas pada ion dan menghafal setiap ion dengan menggunakan kaedah mnemonik. Aktiviti yang ketiga pula ialah menulis formula kimia dengan cara menggabungkan Kad Mnemion bagi ion positif dan kad imbas bagi ion negatif. Keputusan ujian pos menunjukkan 11 daripada 15 orang pelajar berjaya menyenaraikan semua formula ion dengan betul, iaitu peningkatan sebanyak 73% berbanding dengan ujian pra. Manakala 14 orang pelajar telah menunjukkan peningkatan yang mendadak bagi markah yang diperoleh melalui ujian pos. Dengan ini, dapat dirumuskan bahawa penggunaan kad imbas dan kaedah mnemonik telah berjaya meningkatkan ingatan pelajar terhadap formula ion seterusnya meningkatkan kemahiran pelajar menulis formula kimia dengan betul.

Upload: cik-gmah

Post on 02-Dec-2015

327 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ff

TRANSCRIPT

Page 1: contoh laporan inovasi

ABSTRAK 

Projek inovasi ini dilaksanakan bagi membantu pelajar untuk mengingati senarai formula

ion serta meningkatkan kemahiran pelajar untuk menulis formula kimia. Berdasarkan

pemerhatian yang dilakukan semasa proses PDP, didapati kesemua 17 orang pelajar 4

Sains sukar menguasai kemahiran menulis formula kimia dengan betul. Dengan itu,

suatu inovasi telah dilaksanakan bagi mengenal pasti punca masalah yang dihadapi

oleh para pelajar serta mencari kaedah terbaik dan berkesan bagi

mengatasinya. Semua pelajar Tingkatan 4 Sains, iaitu seramai 17 orang terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian pertengahan penggal pertama dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar sukar untuk mengingati simbol-simbol ion dan cas-cas pada ion positif dan negatif  yang menjadi punca utama kegagalan pelajar menulis formula kimia dengan betul. Pelajar juga tidak berminat untuk menghafal kerana bilangannya yang terlalu banyak. Perancangan tindakan difokuskan kepada 3 aktiviti. Aktiviti pertama ialah memperkenalkan dan membiasakan pelajar dengan simbol-simbol ion serta cas-cas pada ion dengan menggunakan Kad Mnemion. Aktiviti kedua ialah mengasingkan ion-ion positif dan negatif berdasarkan nilai cas pada ion dan menghafal setiap ion dengan menggunakan kaedah mnemonik. Aktiviti yang ketiga pula ialah menulis formula kimia dengan cara menggabungkan Kad Mnemion bagi ion positif dan kad imbas bagi ion negatif. Keputusan ujian pos menunjukkan 11 daripada 15 orang pelajar berjaya menyenaraikan semua formula ion dengan betul, iaitu peningkatan sebanyak 73% berbanding dengan ujian pra. Manakala 14 orang pelajar telah menunjukkan peningkatan yang mendadak bagi markah yang diperoleh melalui ujian pos. Dengan ini, dapat dirumuskan bahawa penggunaan kad imbas dan kaedah mnemonik telah berjaya meningkatkan ingatan pelajar terhadap formula ion seterusnya meningkatkan kemahiran pelajar menulis formula kimia dengan betul.  

Page 2: contoh laporan inovasi

Projek ToMeKer yang diadaptasikan daripada Walking Frame adalah ringkasan daripada Tongkat, Meja dan Kerusi dicipta untuk memberi kemudahan aksesbiliti dan keselesaan kepada golongan warga emas dan orang kurang upaya khususnya untuk memudahkan mereka menjalankan aktiviti harian. Melalui hasil inovasi, ToMeKer ini secara amnya mempunyai tiga fungsi utama iaitu : i) Walking Frame ii) Meja iii) Kerusi Ia dihasilkan dengan kos yang minima dan penggunaan peralatan yang sesuai. Ciri-ciri dan kefungsian kepelbagai ToMeKer juga telah mendapat khidmat nasihat daripada beberapa institusi latihan seperti Pusat Giat MARA Kepala Batas, Institut Kemahiran Belia Negara, Bukit Mertajam dan Sekolah Menengah Vokasional Butterworth. Inovasi ini telah memberikan impak yang besar kepada warga emas dan OKU dalam menjalankan aktiviti mereka dan mengurangkan pergantungan golongan ini dengan orang lain. Selain daripada itu juga ia dapat diselaraskan mengikut kesesuaian dan kehendak pengguna. Dengan adanya ToMeKer ini dapat memupuk individu untuk berdikari . Didapati juga, inovasi ini berpotensi untuk dijadikan produk komersil dan boleh mendatangkan hasil.

Page 3: contoh laporan inovasi