contoh 3 kerja kursus bmm 3110

45
1.0 PENGENALAN Sintaksis merupakan kata pinjaman Yunani iaitu “suntutein‟ yang bermaksud menyusun atau susunan. Dalam bidang linguistik, pengertian sintaksis membawa kepada pembentukan ayat. Menurut Asmah (1968) sintaksis adalah bahagian daripada linguistik deskriptif dan sinkronis yang mempelajari kombinasi kata-kata dalam rangkai kata dan ayat. Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) sintaksis didefinisikan sebagai bidang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan bagi membentuk ayat dalam bahasa. Manakala Abdullah Hassan (2006) menyatakan unsur-unsur yang dikaji dalam sintaksis adalah ayat, klausa dan frasa dalam bukunya yang bertajuk Sintaksis Bahasa Melayu. Menurut Abdullah Hassan (2006) lagi dalam buku Linguistik Am yang memerihal sintaksis melibatkan hubungan gramatis antara kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat bagi membina ayat. Pembinaan sesebuah ayat perlu mengalami proses tatatingkat tatabahasa dari peringkat yang paling rendah iaitu morfem sehingga peringkat paling tinggi ialah ayat Tatatingkat tatabahasa terdiri daripada lima peringkat iaitu ayat, klausa, frasa, kata dan morfem. Bidang sintaksis turut merungkakaikan susunan ayat, ragam ayat, jenis ayat, bentuk ayat serta proses penerbitan ayat. Secara amnya, sintaksis merupakan bidang ilmu 1

Upload: dalict

Post on 29-Oct-2015

2.776 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh 3 Kerja Kursus BMM 3110

1.0 PENGENALAN

Sintaksis merupakan kata pinjaman Yunani iaitu “suntutein‟ yang bermaksud

menyusun atau susunan. Dalam bidang linguistik, pengertian sintaksis membawa

kepada pembentukan ayat. Menurut Asmah (1968) sintaksis adalah bahagian

daripada linguistik deskriptif dan sinkronis yang mempelajari kombinasi kata-kata

dalam rangkai kata dan ayat.

Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) sintaksis didefinisikan sebagai bidang

ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat atau konstruksi ayat. Sintaksis

bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum atau rumus

tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau

kelompok perkataan bagi membentuk ayat dalam bahasa.

Manakala Abdullah Hassan (2006) menyatakan unsur-unsur yang dikaji dalam

sintaksis adalah ayat, klausa dan frasa dalam bukunya yang bertajuk Sintaksis

Bahasa Melayu. Menurut Abdullah Hassan (2006) lagi dalam buku Linguistik Am

yang memerihal sintaksis melibatkan hubungan gramatis antara kata dengan kata,

frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat bagi membina ayat.

Pembinaan sesebuah ayat perlu mengalami proses tatatingkat tatabahasa dari

peringkat yang paling rendah iaitu morfem sehingga peringkat paling tinggi ialah ayat

Tatatingkat tatabahasa terdiri daripada lima peringkat iaitu ayat, klausa, frasa, kata

dan morfem. Bidang sintaksis turut merungkakaikan susunan ayat, ragam ayat, jenis

ayat, bentuk ayat serta proses penerbitan ayat. Secara amnya, sintaksis merupakan

bidang ilmu linguistik yang mengkaji pembinaan ayat. Ayat pula terbina daripada

rentetan kata yang digabungkan dan disusun mengikut rumus atau hukum

tatabahasa tertentu.

1

Page 2: Contoh 3 Kerja Kursus BMM 3110

1.1 OBJEKTIF KAJIAN

Di akhir tugasan kerja kursus ini saya akan dapat:

i. Menghuraikan definisi ayat, klausa, frasa dan perkataan yang merupakan

tatatingkat pembinaan ayat.

ii. Membezakan antara ayat dasar dengan ayat tunggal serta jenis-jenis ayat

majmuk bahasa Melayu.

iii. Mengenalpasti jenis-jenis ayat, ayat majmuk dan susunan konstituen ayat

iv. Membina tutorial pembelajaran berdasarkan jenis-jenis ayat tunggal

bahasa Melayu.

1.2 KAEDAH KAJIAN

Semasa melaksanakan tugasan ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah bagi

hasil dapatan maklumat mengenai topik-topik tugasan. Antara kaedah yang telah

dilaksanakan oleh saya ialah:

i. Rujukan perpustakaan

- Membuat rujukan melalui pusat sumber, internet dan buku rujukan

mengenai sintaksis, ayat dasar dan ayat tunggal, jenis-jenis ayat, ayat

majmuk serta susunan konstituen ayat.

ii. Internet

- Saya telah mengakses maklumat mengenai tajuk tugasan di laman

sesawang.

iii. Perbincangan

- Saya melaksanakan beberapa perbincangan dengan pensyarah dan

rakan-rakan bagi mendapatkan gambaran keseluruhan mengenai

tugasan ini.

2

Page 3: Contoh 3 Kerja Kursus BMM 3110

1.3 BATASAN KAJIAN

Tugasan kerja kursus projek ini memfokuskan kepada maksud ayat bahasa Melayu,

menganalisis aspek ayat bahasa Melayu serta menghasilkan tutorial pembelajaran

mengenai jenis - jenis ayat tunggal.

Tugasan projek bermula pada Januari 30 Januari 2012 hingga 5 Mac 2012.

3

Page 4: Contoh 3 Kerja Kursus BMM 3110

2.0 MAKSUD AYAT, FRASA, KLAUSA DAN PERKATAAN

Maksud

Ayat Menurut Za’ba ayat bermakud susunan yang mempunyai

hujung dan pangkal ayat yang boleh difahami oleh

pembaca atau pendengar kerana ia merupakan

kumpulan perkataan yang telah sempurna maksud.

Manakala Asmah Haji Omar berpendapat ayat adalah

unit tertinggi dalam tatabahasa Melayu. Ia mestilah

dimulakan dengan perbuatan senyap dan juga diakhiri

dengan perbuatan senyap. Ayat juga mempunyai

intonasi bagi mengambarkan maksud ayat tersebut.

Merupakan unit pengucapan yang paling tinggi letaknya

dalam susunan tatabahasa dan mempunyai makna yang

lengkap.

Boleh terbentuk daripada satu patah kata atau susunan

beberapa patah kata. Pengucapan dimulakan dengan

kesenyapan, dan diakhiri dengan kesenyapan apabila

diucapkan dengan intonasi yang sempurna.

Terbina daripada unsur-unsur frasa, klausa dan kata.

Jumlah ayat dalam sesuatu bahasa tidak terhad tetapi dapat

digolongkan kepada ayat dasar (ayat inti) dan ayat terbitan

(ayat transformatif)

Frasa Menurut Abdullah Hassan Abdullah Hassan (2002)

menyatakan bahawa frasa sebagai sekumpulan ayat. Asraf

pula (1988) memerihal bahawa frasa boleh terdiri daripada

hanya sepatah kata saja dengan tugasnya sebagai subjek

atau predikat atau objek dan ada pula yang tidak boleh tidak

terdiri daripada dua patah kata sekurang-kurangnya.

Nik Safiah Karim et al (2008), frasa ialah unit yang boleh

berdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-

kurangnya dua perkataana taupun satu perkataan yang

4

Page 5: Contoh 3 Kerja Kursus BMM 3110

berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau

lebih.

Merupakan binaan yang boleh terdiri daripada satu patah

perkataan atau rentetan beberapa patah kata yang berfungsi

sebagai konstituen dalam ayat sama ada sebagai subjek,

predikat, objek atau keterangan.

Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan

predikat.

Terdapat empat jenis frasa iaitu Frasa Nama (FN),

Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) dan Frasa Sendi

Nama (FS)

Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada

dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik.

- Frasa endosentrik mempunyai satu unsur inti yang

menjadi wakil bagi frasa nama, frasa kerja dan frasa

adjektif. Contoh: frasa nama mempunyai kata nama

sebagai unsur inti.

- Frasa eksosentrik ialah frasa sendi nama iaitu tidak

mempunyai satu unsur inti yang dapat mewakili

keseluruhan frasa.

Klausa Klausa ialah satu unit rangkaian kata yang mengandungi

subjek dan predikat yang menjadi konstituen kepada ayat.

Dalam binaan ayat, klausa merupakan ayat yang

membentuk ayat majmuk.

Terbahagi kepada dua jenis iaitu klausa bebas dan klausa x

bebas.

- Klausa bebas ialah klausa yang dapat berdiri sendiri.

Apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna, ia

akan menjadi ayat yang lengkap.

- Klausa tak bebas ialah klausa yang tidak dapat berdiri

sendiri dan dalam ayat majmuk , ia dipancangkan ke

dalam klausa utama. Sebagai contoh:

5

Page 6: Contoh 3 Kerja Kursus BMM 3110

Khusairi berjaya kerana dia belajar dengan bersungguh-

sungguh.

Khusairi Berjaya Klausa bebas

(klausa utama)

kerana dia belajar dengan

bersungguh-sungguh.

Klausa tak bebas

Perkataan Ditakrifkan sebagai bentuk bebas yang terkecil yang

mengandung makna lengkap dan boleh berdiri sendiri.

Binaannya tidak boleh dibahagi atau dipisahkan kepada

bentuk tatabahasa yang lebih kecil lagi.

Dibentuk daripada kata dasar yang terdiri daripada kata akar

atau kata dasar tertentu.

- Kata akar ialah kadar yang terdiri daripada satu morfem

bebas iaitu bentuk dasar belum diberi sebarang imbuhan.

Kata akar dianggap sebagai kata inti sesuatu kata.

- Kata dasar ialah kata yang menjadi dasar bagi

membentuk kata. Kata dasar boleh terdiri daripada akar

kata, kata akar, kata terbitan, kata majmuk, kata ganda

dan frasa tertentu.

2.1 PERBEZAAN ANTARA AYAT DASAR DENGAN AYAT TUNGGAL

6

Page 7: Contoh 3 Kerja Kursus BMM 3110

Ayat Dasar Ayat Tunggal

Definisi Ayat yang menjadi dasar atau

sumber bagi pembentukan semua

ayat lain dalam sesuatu bahasa.

Ayat yang mengandungi satu

klausa sahaja, iaitu yang

mempunyai satu konstituen

subjek dan satu konstituen

predikat.

Binaan

konstituen

Konstituen subjek men-dahului

konstituen predikat

Tidak semuanya terdiri

daripada subjek yang diiikuti

oleh predikat.

Ada susunan yang

berbeza , iaitu keseluruhan

atau sebahagian daripada

pre-dikat mendahului subjek

(ayat sonsang).

Asas binaan

ayat

Semua ayat boleh dikesan

rangka dasarnya sebagai

berasal daripada beberapa

pola tertentu.

Mempunyai pola ayat dasar.

Daripada pola tersebut, terbit

ayat lain (ayat tunggal dan ayat

majmuk, ayat pendek atau ayat

panjang, ayat aktif atau pasif

dan sebagainya)

Pola ayat dasar terbahagi

kepada empat jenis pola ;

Boleh dikesan apabila ayat

tersebut terhasil daripada

ayat dasar.

Boleh dikesan apabila ayat

tersebut terhasil daripada

binaan ayat dasar.

7

Page 8: Contoh 3 Kerja Kursus BMM 3110

Pola Subjek Predikat

1 FN FN

2 FN FK

3 FN FA

4 FN FSN

*FN : Frasa Nama

FK : Frasa Kerja

FA : Frasa Adjektif

FSN : Frasa Sendi Nama

2.2 AYAT MAJMUK

8

Page 9: Contoh 3 Kerja Kursus BMM 3110

Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau

lebih dan percantuman ayat-ayat disusun itu disusun mengikut cara tertentu

sehingga menjadikannya ayat yang baharu. Ayat majmuk terbahagi kepada tiga

bahagian iaitu ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk

campuran.

2.2.1 Ayat Majmuk Gabungan

Ayat majmuk gabungan terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu

dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata

hubung seperti dan, atau, tetapi dan sebagainya seperti contoh yang berikut:

i. Murid-murid bernyanyi dan menari.

ii. Ahmad kurus tetapi adiknya gemuk.

iii. Encik hendak ke pejabat atau hendak ke sekolah?

Ayat – ayat yang disambungkan itu setara sifatnya iaitu ayat – ayat itu sama taraf

dan boleh berdiri sendiri. Hubungan antara satu ayat dengan ayat yang lain wujud

disebabkan disusun berturut-turut. Malah, ayat ini juga boleh disambungkan dtanpa

kata hunung; apabila berlaku, nada suara berfungsi sebagai penanda, iaitu

disuarakan sebagai deretan penyataan. Sebagai contoh:

Ali berdiri tegak, memerhatikan gerak-geri mereka.

Bagi pembentukkan ayat majmuk gabungan kata hubung seperti dan, lalu, lagi dan

serta digunakan dalam ayat. Sebagai contoh:

i. Mina minum kopi dan Amin minum teh.

ii. Mereka bangun lalu turun ke serambi.

iii. Datuknya banyak pengalaman lagi besar pengaruhnya.

iv. Dia bercakap dengan kuat serta menepu-nepuk dadanya.

9

Page 10: Contoh 3 Kerja Kursus BMM 3110

Perkaitan antara ayat antara ayat majmuk jenis ini dapat digambarkan secara

gambar rajah seperti berikut:

Rajah di atas menunjukkan ayat majmuk gabungan (Ayat 1) terdiri daripada

gabungan Ayat 2 dengan Ayat 3 melalui kata hubung. Dari segi teori ayat majmuk

jenis ini terdiri daripada cantuman beberapa ayat tunggal seperti gamabar rajah

yang berikut:

...........

Bagi menerangkan dengan lebih lanjut, sila perhatikan rajah di bawah.

Menerusi contoh di atas, kata hubung diletakkan di tengah-tengah ayat atau antara

dua ayat yang dihubungkan dan tidak berpihak kepada mana-mana ayat. Kata

10

Ayat

Kata Hubung Ayat 2Ayat 1

Ayat 2 Ayat 3Ayat 1

Ayat

Ayat 4

Kata Hubung Ayat 2Ayat 1

Ayat

Mina minum kopi dan Amin minum teh

Page 11: Contoh 3 Kerja Kursus BMM 3110

hubung berperanan untuk menghubungkan ayat-ayat dan menjadikannya ayat yang

lebih besar.

Dalam penyambungan ayat, terdapat beberapa perkara dapat berlaku pada

bahagian-bahagian ayat yang terlibat. Contoh di bawah menunjukkan kesemua

bahagian ayat yang digabungkan dikekalkan.

Kata Hubung Ayat 1 Ayat 2 Ayat Majmuk

dan Mina minum kopi Amin minum teh Mina minum kopi dan Amin

minum teh.

tetapi Aiman kurus Adiknya gemuk Aiman kurus tetapi adiknya

gemuk.

Jika, ayat-ayat yang digabungkan itu mempunyai unsur yang sama dan diulang,

maka bahagian yang sama itu boleh digugurkan. Misalnya, daripada ayat:

Kata Hubung Ayat 1 Ayat 2 Ayat Majmuk

Dan Ali pandai

bermain bola

Ali pandai

bermain hoki

Ali pandai bermain bola dan

hoki.

Lalu Tetamu

undangan itu tiba

Tetamu

undangan itu

naik ke pentas

Tetamu itu tiba lalu naik ke

pentas.

Ayat-ayat yang digabungkan adalah daripada jenis yang sama dan boleh terdiri

daripada ayat penyata, ayat perintah atau ayat tanya tetapi biasanya ayat-ayat

tersebut tidak boleh dicampuradukkan jenisnya.

Selain itu, ayat terbitan yang yang merupakan ayat-ayat yang digabungkan dengan

kata hubung dan perlu mempunyai hubungan makna bagi menjadikan ayat tersebut

gramatis seperti ayat berikut:

Ali bermain bola dan adiknya bermain guli.

11

Page 12: Contoh 3 Kerja Kursus BMM 3110

Proses penggabungan ayat boleh digunakan untuk deretan beberapa ayat. Lihat

contoh yang berikut:

Pada cuti sekolah yang lalu saya melawat datuk, nenek, pak cik, mak cik dan

saudara-mara di kampung.

Ayat di atas menunjukkan bahawa terdapat lima ayat tunggal yang telah dijadikan

satu ayat majmuk dengan menggugurkan empat frasa yang berulang-ulang iaitu

pada cuti sekolah yang lalu saya melawat. Malah kehadiran dan yang berulang-

ulang boleh dihilangkan kecuali yang akhir, seperti contoh berikut:

Ibu memasak, ayah membaca buku dan abang mendengar radio.

Asalnya ayat di atas adalah seperti di bawah:

Ibu memasak dan ayah membaca buku dan abang mendengar radio.

Kadangkala penggunaan kata hubung dihilangkan sama sekali misalnya dalam ayat

di bawah dan tidak menerima tekanan, maka dan boleh di gugurkan.

Adik ke sekolah dan ayah ke hospital.

Adik ke sekolah, ayah ke hospital.

Ayat gabungan dibentuk dengan menggunakan beberapa kata hubung,.

Penggunaan kata hubung yang berlainan dapat menghasilkan sekurang-kurangnya

tiga jenis gabungan utama, iaitu:

a) Gabungan yang susunan fakta-faktanya berurutan dengan menggunakan

kata hubung gabungan seperti dan, lalu, lagi, serta dan sambil. Contohnya:

i. Penduduk Taman Mewah rajin dan bersatu padu.

ii. Aiman berehat sambil berzikir.

12

Page 13: Contoh 3 Kerja Kursus BMM 3110

b) Gabungan yang susunannya yang memberikan maksud pertentangan fakta

dalam ayat-ayat yang digabungkan, contohnya:

i. Sungai itu cetek tetapi arusnya deras.

ii. Majalah itu mahal padahal kualitinya rendah

.

c) Gabungan yang susunannya yang menggabungkan dua ayat atau lebih,

menggunakan kata hubung yang berpasangan lebih seperti lebih

baik...daripada, apakah...ataupun, adakah...atau(pun), sama ada...atau,

dan sebagainya. Contohnya:

i. Daripada makan gaji lebih baik bekerja sendiri.

ii. Lebih baik mereka pergi dengan motosikal daripada memandu

kereta.

13

Page 14: Contoh 3 Kerja Kursus BMM 3110

2.2.2 Ayat Majmuk Pancangan.

Ayat majmuk pancangan merupakan gabungan ayat-ayat tunggal yang tidak setara

membentuk satu ayat baru. Dalam ayat majmuk pancangan terdapat satu ayat

utama atau induk (klausa utama) dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang

dipancangkan dalam ayat induk itu. Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan

dalam bahasa Melayu yang ditentukan melalui cara pembentukan dan jenis ayat

yang dipancangkan iaitu ayat relatif, ayat komplemen dan ayat keterangan.

2.2.2.1 Ayat Majmuk Pancangan Relatif

Ayat majmuk relatif ialah ayat-ayat yang menggunakan kata relatif yang dalam

binaannya. Contoh ayat yang ditandai dengan penggunaan perkataan yang, ialah :

i. Kucing Siam yang berwarna putih itu mengandung lagi.

ii. Mereka tersesat di dalam hutan yang didiami binatang buas.

2.2.2.2 Ayat Majmuk Pancangan Komplemen

Ayat majmuk pancangan komplemen ialah ayat yang menggunakan kata

komplemen bahawa dan untuk dalam binaannya. Ayat majmuk pancangan

komplemen terbahagi kepada empat jenis iaitu ayat komplemen frasa nama

subjek, ayat komplemen frasa nama objek tepat, ayat komplemen frasa kerja

dan ayat komplemen frasa adjektif. Berikut merupakan contoh bagi jenis-jenis ayat

majmuk pancangan komplemen:

i. Ayat komplemen frasa nama subjek, misalnya:

Sungguh sukar untuk saya untuk melupakan peristiwa tersebut.

Bahawa penyanyi itu telah menyalahgunakan dadah adalah benar.

ii. Ayat komplemen frasa nama objek tepat, misalnya:

Ketua Pengarah itu mengesahkan bahawa beliau akan bersara awal.

Suspek pertama menafikan bahawa dia telah merompak bank itu.

14

Page 15: Contoh 3 Kerja Kursus BMM 3110

iii. Ayat komplemen frasa kerja

Mereka berfahaman bahawa keuntungan syarikat semakin

meningkat.

Kenyataan itu bermaksud bahawa beliau akan berhjrah ke sektor

swasta.

iv. Ayat komplemen frasa adjektif

Jurulatih Malaysia begitu yakin bahawa kejohanan All England tahun

ini akan dikuasai oleh pemain Asia.

Jurulatih bola sepak Malaysia sedar benar bahawa para pemainnya

banyak melakukan kesilapan dalam perlawanan itu.

2.2.2.3 Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

Ayat majmuk pancangan keterangan ialah ayat majmuk yang terbit daripada satu

ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada

predikat ayat induk. Ayat majmuk pancangan keterangan terbahagi kepada sembilan

jenis.

i. Keterangan musabab

Ayat majmuk pancangan keterangan musabab merupakan unsur

yang menerangkan sebab berlakunya sesuatu kejadian atau

perbuatan. Kata hubung keterangan musabab adalah seperti kerana,

lantaran dan oleh sebab. Contohnya ialah :

Aceh musnah kerana ditimpa bencana Tsunami.

Oleh sebab salah faham mereka tidak bertegur sapa.

ii. Keterangan waktu

Ayat majmuk pancangan keterangan waktu ialah unsur yang

menerangkan masa sesuatu perbuatan atau kejadian. Kata hubung

pancangan keterangan ialah sejak, semenjak, setelah, sewaktu,

sementara, tatkala dan ketika. Contohnya ialah :

15

Page 16: Contoh 3 Kerja Kursus BMM 3110

Dia hidup senang setelah menjalankan perniagaan sendiri.

Ketika remaja lagi bakat kepimpinannya sudah terserlah.

iii. Keterangan syarat

Ayat majmuk pancangan keterangan syarat ialah unsur yang

menerangkan tuntutan yang mesti dipenuhi. Kata hubung keterangan

syarat adalah seperti sekiranya, andai kata, jikalau, jika dan kalau.

Contoh-contoh ayat ialah :

Sekiranya abang gagal dalam peperiksaan kali ini ayah akan

merampas permainan videonya.

Dia akan membotakkan kepala kalau mendapat anak lelaki.

iv. Keterangan cara

Ayat majmuk pancangan keterangan cara ialah unsur yang

menerangkan gaya atau kaedah sesuatu perbuatan atau kejadian

berlaku. Kata hubung keterangan cara ialah dengan. Contohnya ;

Adik pergi ke sekolah dengan menaiki bas sekolah.

Mereka mengira dengan menggunakan kalkulator.

v. Keterangan tujuan

Ayat majmuk pancangan keterangan tujuan pula ialah unsur yang

menerangkan maksud bagi sesuatu perbuatan atau kejadian. Kata

hubung keterangan tujuan adalah seperti untuk, demi dan bagi.

Contohnya ialah;

Pertandingan mereka cipta diadakan untuk mencungkil bakat

pelajar dalam menghasilkan ciptaan baharu.

Bagi menggalakkan perpaduan antara kaum, kerajaan

menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara.

16

Page 17: Contoh 3 Kerja Kursus BMM 3110

vi. Keterangan perbandingan

Ayat majmuk pancangan keterangan perbandingan ialah unsur yang

menerangkan sesuatu kejadian yang menjadi persamaan. Kata

hubung keterangan perbandingan adalah seperti, macam, seolah-

olah, seakan-akan, ibarat, bagaikan dan bak. Contohnya ialah ;

Amir dan Aiman merupakan rakan karib, hubungan mereka ibarat

isi dengan kuku.

Suasana kehidupan penduduk desa itu amat harmoni lantaran

mereka saling membantu bagaikan aur dengan tebing.

vii. Keterangan pertentangan

Ayat majmuk pancangan keterangan pertentangan ialah unsur yang

menerangkan perbuatan atau kejadian yang berlawanan. Kata hubung

keterangan pertentangan adalah seperti walaupun, meskipun,

kendatipun, biarpun, walaubagaimanapun, namun, sekalipun dan

sedangkan. Contohnya ;

Walaupun malam sudah larut, Faizal masih terus mengulang kaji

pelajarannya.

Dia belum berkahwin meskipun umurnya telah mencecah 40

tahun.

viii. Keterangan akibat

Ayat majmuk pancangan keterangan akibat ialah unsur yang

menerangkan kesan atau hasil sesuatu perbuatan. Kata hubung

pancangan akibat ialah hingga dan sehingga. Contoh-contoh ayat

ialah ;

Kanak-kanak itu menjerit terlalu kuat hingga hilang suaranya.

Angin bertiup kecang sehingga banyak pokok yang tumbang.

17

Page 18: Contoh 3 Kerja Kursus BMM 3110

xi. Keterangan harapan

Ayat majmuk pancangan keterangan harapan ialah unsur yang

menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang dihajati. Kata

hubung keterangan harapan ialah supaya, agar, semoga, moga-

moga dan kalau-kalau. Contohnya ialah ;

Amalan kitar semula perlu diamalkan agar alam tidak tercemar.

Ahmad berkerja dengan gigih supaya dapat meringankan beban

bapanya.

18

Page 19: Contoh 3 Kerja Kursus BMM 3110

2.2.3 Ayat Majmuk Campuran

Ayat majmuk campuran merupakan ayat yang mengandungi lebih daripada satu

jenis ayat, yakni yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk

atau deretan jenis ayat majmuk dengan menggunakan pelbagai kata hubung. Ayat

sedemikian biasanya panjang, contohnya adalah seperti :

Kawalan modal terpilih Malaysia selama ini telah menerima kritikan

pihak asing yang mengatakan bahawa Malaysia telah menutup

ekonominya daripada pemodal asing, tetapi tindakan mengenakan

cukai keluar ini membuktikan kita masih mengamalkan sistem pasaran

bebas dan menolak dakwaan mereka.

Berdasarkan penerangan di atas, jelaslah bahawa ayat bahasa Melayu sebenarnya

boleh terdiri daripada berbagai-bagai bentuk. Di samping ayat tunggal, ayat dalam

bahasa Melayu dibentuk melalui proses pemajmukan, mengikut cara yang

dibincangkan dalam bab ini. Sesuatu ayat itu boleh terdiri daripada satu ayat

tunggal, atau sederetan ayat yang dibina melalui proses gabungan, relatif,

komplemen atau keterangan.

19

Page 20: Contoh 3 Kerja Kursus BMM 3110

3.0 MENGANALISIS AYAT DALAM TEKS UCAPAN PERDANA MENTERI

Bagi menjawab soalan kerja kursus, satu analisis mengenai jenis ayat, susunan

konstituen ayat dan ayat majmuk telah dilakukan. Analisis tersebut dilakukan

berdasarkan teks ucapan Perdana Menteri mengenai Model Baru Ekonomi (MBE)

tahun 2010.

3.1 Jenis Ayat

Jenis Ayat Ayat

Ayat penyata i. Muka surat 2, Perenggan 7

IPO Maxis yang bernilai beberapa bilion ringgit merupakan

yang terbesar di Asia Tenggara dan ini mencerminkan visi

keusahawanan yang biasa saya lihat dalam setiap syarikat

tempatan.

ii. Muka surat 2, Perenggan 7

JCY Berhad juga merupakan satu contoh kebanggaan

aktiviti sektor swasta, di mana ia bermula sebagai syarikat

yang kecil dan kini, menghasilkan 25 peratus daripada

pengeluaran pemacu cakera keras dunia.

iii. Muka surat 2, Perenggan 8

Ekonomi global masih belum pulih sepenuhnya daripada

kejutan kemelesetan sejak dua tahun lepas.

iv. Muka surat 4, Perenggan 18

Model Ekonomi Baru (MEB) merupakan tunjang penting

kepada Malaysia yang sedang dibentuk, struktur yang akan

berkhidmat kepada masyarakat kita pada masa akan

datang.

v. Muka surat 5, Perenggan 26

Ekonomi yang berasaskan pengetahuan, pelaburan dalam

20

Page 21: Contoh 3 Kerja Kursus BMM 3110

teknologi baru, kemahiran yang pelbagai, innovasi dan

kreativiti, serta peningkatan kompetensi adalah pemacu

kepada prestasi sektor awam dan swasta.

vi. Muka surat 13, Perenggan 68

Dari segi institusi, Lembaga Kemajuan Industri Malaysia

(MIDA) merupakan agensi utama Kerajaan yang

bertanggungjawab untuk mempromosi serta memudahkan

pelaburan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan di

Malaysia.

Ayat tanya i. Muka surat 4, Perenggan 16

Adakah kita mempunyai semangat dan keberanian untuk

keluar dari perangkap ekonomi berpendapatan sederhana?

ii. Muka surat 5, Perenggan 25

Cabaran kita adalah bagaimana untuk melakukannya.

iii. Muka surat 5, Perenggan 25

Adakah MEB ini menjana pekerjaan berpendapatan tinggi

di mana rakyat mendapat manfaat daripada ekonomi yang

berdaya saing dan cara hidup yang lebih baik?

iv. Muka surat 6, Perenggan 29

Akhir sekali, adakah MEB melibatkan keterangkuman?

v. Muka surat 8, Perenggan 42

Bolehkah kita membina model baru yang berlandaskan

ekonomi berpendapatan tinggi, mapan dan penyertaan

menyeluruh di mana kita semua dapat menikmati

kemakmuran?

21

Page 22: Contoh 3 Kerja Kursus BMM 3110

vi. Muka surat 9, Perenggan 43

Persoalannya adalah bagaimana kita dapat menuju ke

sana?

vii. Muka surat 16, Perenggan 86

Sedang kita pulih dari kemelesetan ekonomi, adakah kita

akan mempunyai kekuatan dan wawasan untuk memburu

agenda perubahan yang hebat lagi mencabar, tetapi amat

perlu demi masa depan negara kita?

Ayat perintah Ayat Silaan (Muka surat 3, Perenggan 11)

i. Saya menjemput kesemua rakyat Malaysia yang telah

meninggalkan tanah air ini untuk kembali semula dan

bersama-sama mengembleng tenaga dalam proses

transformasi ini untuk mencapai potensi Malaysia yang

sepenuhnya.

Ayat Permintaan (Muka surat 12, Perenggan 60)

i. Oleh yang demikian, saya menyeru agar syarikat, pelabur

dan usahawan Malaysia untuk merebut peluang yang ada

serta menjadi juara serantau malah di peringkat global.

Ayat seruan -

22

Page 23: Contoh 3 Kerja Kursus BMM 3110

3.2 Susunan Konstituen Ayat

23

Page 24: Contoh 3 Kerja Kursus BMM 3110

24

Page 25: Contoh 3 Kerja Kursus BMM 3110

25

Page 26: Contoh 3 Kerja Kursus BMM 3110

26

Page 27: Contoh 3 Kerja Kursus BMM 3110

27

Page 28: Contoh 3 Kerja Kursus BMM 3110

3.3 Ayat Majmuk

Jenis Ayat Majmuk Ayat

Gabungan i. Muka surat 2, Perenggan 3

Dua belas bulan yang lalu, agenda tersebut mungkin

idealistik.

ii. Muka surat 2, Perenggan 3

Pengeluaran industri dan pelaburan modal jatuh

mendadak.

iii. Muka surat 4, Perenggan 20

Saya mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih

kepada pengerusi NEAC, Senator Tan Sri Amirsham A

Aziz, ahli jawatankuasa NEAC dan pasukan Sekretariat.

iv. Muka surat 5, Perenggan 25

Ini bermaksud, membangunkan sektor sedia ada dan

memaksimumkan potensi sektor baru melalui inovasi.

v. Muka surat 6, Perenggan 30

Keterangkuman atau penyertaan menyeluruh merupakan

pra-syarat utama bagi memupuk semangat kekitaan dan

pemuafakatan di dalam MEB.

Pancangan Relatif i. Muka surat 2, Perenggan 3

Pada masa itu, dunia berada dalam kemelut kemelesetan

ekonomi global yang pertama.

ii. Muka surat 2, Perenggan 7

Aktiviti sektor swasta yang positif juga amat

menggalakkan.

28

Page 29: Contoh 3 Kerja Kursus BMM 3110

iii. Muka surat 4, Perenggan 18

Sebagai metafora, fikirkan sebuah rumah yang disinari

mentari Malaysia.

iv. Muka surat 4, Perenggan 18

Tiang asas kedua ialah Pelan Transformasi Ekonomi

yang akan membangunkan MEB.

v. Muka surat 5, Perenggan 22

Kita perlu membangunkan pendekatan yang lebih

konsultatif dalam melibatkan pihak berkepentingan paling

utama.

Pancangan

Komplemen

i. Muka surat 3, Perenggan 11

Kita tidak boleh lagi bergantung hanya pada beberapa

sektor ekonomi untuk memacu pertumbuhan.

ii. Muka surat 4, Perenggan 16

Memandangkan pertumbuhan ekonomi semakin pulih,

sesetengah pihak mempersoalkan keperluan untuk

segera mengubah tabiat lama.

iii. Muka surat 4, Perenggan 16

Kini, terdapat seruan untuk melindungi status sedia ada.

iv. Muka surat 16, Perenggan 88

Ini adalah tentang membuka mata keluarga

berpendapatan rendah untuk membantu mereka keluar

dari kemelut kemiskinan.

29

Page 30: Contoh 3 Kerja Kursus BMM 3110

Keterangan

Waktu

i. (Muka surat 2, Perenggan 3)

Suasana ekonomi sangat berbeza ketika kita berhimpun

di sini pada tahun lepas.

Cara

ii. (Muka surat 2, Perenggan 6)

Indeks pengeluaran industri kembali kukuh dengan

pertumbuhan 12.7 peratus pada Januari 2010.

iii. (Muka surat 4, Perenggan 16)

Dengan pemulihan ekonomi, kita mesti bertindak segera

untuk memperkukuhkan kedudukan Malaysia.

Tujuan

i. Kita mengharapkan pelaburan dan persaingan untuk

bakat terbaik melalui pembayaran upah yang tinggi.

Akibat (Muka surat 6, Perenggan 27)

i. Antara penemuan lain, laporan NEAC turut memberi

penekanan bahawa sehingga hari ini seramai 80 peratus

daripada populasi tenaga kerja mempunyai taraf

pendidikan sehingga kelayakan SPM yang setaraf

dengan O-levels.

Pertentangan (Muka surat 6, Perenggan 30)

i. Walaupun dari segi realitinya, adalah mustahil untuk kita

mencapai kesaksamaan yang sempurna dalam ekonomi

global dan terbuka,

Campuran i. Muka surat 1, Perenggan 1

Saya ingin mengucapkan terima kasih atas usaha,

30

Page 31: Contoh 3 Kerja Kursus BMM 3110

sumbangan dan penglibatan anda dalam beberapa

perbincangan penting yang akan berlangsung sepanjang

beberapa hari yang akan datang.

ii. Muka surat 1, Perenggan 2

‘Menerajui Kecemerlangan Global’ tema bagi Invest

Malaysia 2010, adalah berpadanan dengan persekitaran

Bursa Malaysia yang berpandangan jauh serta aspirasi

yang dikongsi bersama bagi negara dan perniagaan.

iii. Muka surat 2, Perenggan 5

Kita telah memperkenalkan rangkuman insentif dan

inisiatif liberalisasi sektor perkhidmatan yang membuka

peluang kepada pelaburan yang berkualiti tinggi dalam

sektor utama ekonomi negara.

iv. Muka surat 3, Perenggan 11

Saya menjemput kesemua rakyat Malaysia yang telah

meninggalkan tanah air ini untuk kembali semula dan

bersama-sama mengembleng tenaga dalam proses

transformasi ini untuk mencapai potensi Malaysia yang

sepenuhnya.

v. Muka surat 4, Perenggan 16

Untuk keluar daripada perangkap pendapatan

sederhana iaitu satu kedudukan yang merbahaya

kepada mana-mana negara dalam ekonomi global baru;

atau untuk terus kekal dengan apa yang kita tahu dan

kita selesa serta terus berharap agar dunia beradaptasi

dengan kita.

31

Page 32: Contoh 3 Kerja Kursus BMM 3110

4.0 TUTORIAL PEMBELAJARAN

Tutorial pembelajaran merupakan salah satu alat bantu mengajar (abm) yang

digunakan dalam pembelajaran bahasa Melayu masa kini. Alat ini diaplikasikan

kepada para pelajar supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar

serta menarik perhatian. Tutorial pembelajaran tersebut mengandungi isi pelajaran,

video, audio dan juga grafik yang mampu membuatkan pelajar seronok dan tidak

bosan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Satu tutorial

pembelajaran mengenai jenis-jenis ayat telah disediakan bagi kerja kursus ini. Sila

rujuk bahagian lampiran bagi mendapatkan tutorial pembelajaran.

32

Page 33: Contoh 3 Kerja Kursus BMM 3110

5.0 RUMUSAN

Kesimpulannya sintaksis merupakan bidang ilmu linguistik yang mengkaji

pembinaan ayat. Ayat terbina daripada unsure-unsur klausa, frasa dan kata. Dalam

hal ini, kata membentuk frasa, frasa membentuk klausa dan klausa membentuk ayat.

Ayat dasar merupakan sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu

bahasa manakala ayat tunggal mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang

mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Ayat majmuk

tergolong dalam bentuk-bentuk ayat dan terbahagi kepada tiga iaitu ayat majmuk

gabungan, ayat majmuk pancangan serta ayat majmuk campuran. Ayat majmuk

pancangan dibahagikan kepada tiga iaitu ayat majmuk pancangan relatif, ayat

majmuk pancangan komplemen dan ayat majmuk pancangan keterangan. Terdapat

empat jenis ayat dalam bahasa Melayu iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah

dan ayat seruan. Susunan konstituen ayat ialah ayat yang dibina oleh subjek dan

predikat.

33

Page 34: Contoh 3 Kerja Kursus BMM 3110

REFLEKSI

Setelah saya mendapat soalan kerja kursus BMM 3110 Sintaksis Bahasa Melayu

saya melakukan pembahagian kerja secara berkala. Pembahagian kerja secara

berkala secara tidak langsung mengajar saya supaya lebih bertanggungjawab.

Selepas itu, satu jadual ringkas dilaksanakan untuk menyiapkan kerja kursus ini

tepat pada masanya dengan sempurna.

Saya dan rakan-rakan telah mencari bahan-bahan dan maklumat di perpustakaan

dan melalui internet. Bagi saya pencarian bahan kerja khusus ini adalah mudah

kerana bahan-bahan tersebut banyak di perpustakaan dan juga laman web. Melalui

pencarian bahan tersebut, ia dapat merangsang saya untuk membaca sekaligus

mempertingkatkan ingatan saya mengenai pembelajaran yang lepas. Selain itu kerja

khusus ini memerlukan pemahaman ilmiah mengenai definisi ayat, klausa, frasa dan

perkataan bahasa Melayu yang telah ditakrifkan oleh cendiakawan bahasa.

Pemahaman mengenai definisi tersebut merupakan kunci bagi memahami

tatatingkat serta proses pembinaan ayat secara tidak langsung.

Tambahan lagi, kerja kursus ini juga membantu saya bagi mengenalpasti perbezaan

antara ayat dasar dan ayat tunggal. Sedikit sebanyak saya dapat mengetahui

mengenai perbezaan kedua-duanya melalui definisi, susunan konstituen ayat serta

asas binaan ayat. Menerusi penulisan esei mengenai ayat majmuk saya dapat

mengklasifikasikan jenis-jenis ayat majmuk yang terdapat dalam bahasa Melayu.

Penulisan esei ini amat membantu saya sewaktu melakukan analisis ayat majmuk

yang terdapat dalam teks ucapan Perdana Menteri.

Kerja khusus ini juga melibatkan satu analisis mengenai jenis ayat, susunan

konstituen ayat dan juga ayat majmuk. Analisis yang dilakukan tersebut memerlukan

tahap pemahaman yang tinggi bagi menganalisis ayat yang terdapat dalam teks

ucapan kerana bahasa yang digunakan adalah standard dan tinggi bahasanya. Saya

perlu melakukan pembacaan berulang-ulang kali bagi memastikan ayat yang

dianalis tersebut mengikut preskripsi yang dikehendaki. Secara tidak langsung

memantapkan pengetahuan saya mengenai jenis ayat penyata, ayat tanya, ayat

perintah dan ayat seru. Bagi analisis susunan konstituen ayat, saya perlu

mengklasifikasikan ayat kepada subjek dan predikat. Di dalam subjek dan predikat

34

Page 35: Contoh 3 Kerja Kursus BMM 3110

tersebut saya perlu melabelkan perkataan yang terdapat di dalamnya seperti kata

tunjuk, kata nama dan kata adjektif. Dengan menyenaraikan ayat majmuk melalui

teks tersebut sekaigus membantu saya mengingat kata kunci bagi setiap jenis-jenis

ayat majmuk.

Malah kerja kursus ini juga membantu saya menerapkan cara pengelolaan dan

strategi pengajaran dalam bahan bantu mengajar (BBM) atau tutorial pembelajaran

yang disediakan. Unsur kreativiti dapat dilihat dengan pembinaan tutorial

pembelajaran melalui pengolahan isi pembelajaran serta penggunaan audio, video

serta grafik. Jadi melalui tugasan ini, pada masa akan datang saya dapat

menerapkan pengelolaan dan strategi pengajaran yang betul kepada murid-murid.

Melalui perbincangan dengan pensyarah dan rakan-rakan secara tidak langsung

dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara saya dengan rakan-rakan dan

pensyarah. Pensyarah telah memberi penerangan dengan baik dan jelas kepada

saya dan rakan-rakan bagi melaksanakan tugasan dengan betul. Masa yang

diberikan oleh pensyarah bagi menyiapkan tugasan ini digunakan dengan sebaik-

baiknya.

35

Page 36: Contoh 3 Kerja Kursus BMM 3110

BIBLIOGRAFI

BUKU

Goay Teck Chong et.al, (2008), Teks Pra-U STPM Bahasa Malaysia Kertas 1,

Petaling Jaya, Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Nik Safiah et al., (2008), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur, Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz (2011), Bahasa Melayu 1 Edisi Kedua, Shah Alam, Oxfor Fajar

Sdn. Bhd.

KAMUS

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

LAMAN SESAWANG

http://bmpmrspm.blogspot.com/2009/05/ayat-mudah-daan-ayat-majmuk.html

(Dilayari pada 10 Februari 2012)

http://tatabahasabm.tripod.com/tata/ragayat.htm

(Dilayari pada 10 Februari 2012)

http://www.tatabahasastpm.com/v2/index.php?

option=com_content&view=article&id=1160&Itemid=493

(Dilayari pada 15 Februari 2012)

http://www.tutor.com.my/stpm/klausa%20bebas_tak%20bebas/klausa%20beba_tak

%20bebas.htm

(Dilayari pada 11 Februari 2012)

36