chapter 1 lp

11
BAB 1 PENGENALAN PERNYATAAN MASALAH Guru merupakan komponen utama dalam proses pengajaran bilik darjah (Mohd Uzi, 2007). Menurut Nik Azis (2008a), diantara peranan guru matematik adalah untuk membantu murid menguasai kemahiran matematik, menguasai kebolehan penyelesaian masalah matematik, membina pengetahuan matematik yang sofistikated dan menghayati pengetahuan matematik. Beliau seterusnya menyatakan bahawa peranan guru tidaklah hanya setakat itu sahaja. Guru matematik perlu berperanan sebagai pembimbing teladan, agen perubahan, sumber aspirasi, pemudah cara atau sumber pengetahuan bergantung pada konteks pengajaran dan pembelajaran yang tertentu. Dewasa ini beberapa isu kritis yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran matematik telah dikenalpasti. Dalam laporan Trends in International Mathematics and Science Study (2003) diantara isu pengajaran dan pembelajaran yang dinyatakan adalah kesukaran menentukan kaedah pembelajaran yang betul, pertelingkahan tentang metodologi pengajaran matematik serta penentuan kandungan kurikulum. Disamping itu kesukaran dalam pengembangan nilai dalam pengajaran matematik juga merupakan sebahagian daripada isu

Upload: joshua-ak-abong

Post on 15-Nov-2015

228 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

v

TRANSCRIPT

NILAI KERJA RUMAH MATEMATIK MURID TAHUN DUA

BAB 1PENGENALANPERNYATAAN MASALAHGuru merupakan komponen utama dalam proses pengajaran bilik darjah (Mohd Uzi, 2007). Menurut Nik Azis (2008a), diantara peranan guru matematik adalah untuk membantu murid menguasai kemahiran matematik, menguasai kebolehan penyelesaian masalah matematik, membina pengetahuan matematik yang sofistikated dan menghayati pengetahuan matematik. Beliau seterusnya menyatakan bahawa peranan guru tidaklah hanya setakat itu sahaja. Guru matematik perlu berperanan sebagai pembimbing teladan, agen perubahan, sumber aspirasi, pemudah cara atau sumber pengetahuan bergantung pada konteks pengajaran dan pembelajaran yang tertentu. Dewasa ini beberapa isu kritis yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran matematik telah dikenalpasti. Dalam laporan Trends in International Mathematics and Science Study (2003) diantara isu pengajaran dan pembelajaran yang dinyatakan adalah kesukaran menentukan kaedah pembelajaran yang betul, pertelingkahan tentang metodologi pengajaran matematik serta penentuan kandungan kurikulum. Disamping itu kesukaran dalam pengembangan nilai dalam pengajaran matematik juga merupakan sebahagian daripada isu terkini dalam pendidikan (Nik Azis, 2008a). Sungguhpun konsep nilai telah lama menjadi tumpuan kajian dalam bidang falsafah, psikologi, sosiologi, antropologi, dan pendidikan namun dalam bidang pendidikan matematik konsep nilai merupakan satu fokus kajian yang agak baru (Nik Azis, 2009). Kajian mengenai penerapan nilai juga amat jarang dilaksanakan, khususnya yang membabitkan pengajaran matematik di sekolah menengah (Mohd Uzi, 2007). Kajian ini akan memberi tumpuan khusus terhadap pengembangan nilai dalam pengajaran matematik. Kepentingan aspek nilai dalam pendidikan di Malaysia jelas dinyatakan didalam Falsafah Pendidikan Negara iaitu diantara lain bermatlamat menghasilkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu supaya menghasilkan insan yang berahlak mulia, seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000). Sehubungan itu, bagi melaksanakan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara tersebut maka penekanan terhadap penerapan nilai-nilai murni menjadi salah satu agenda penting didalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Sungguhpun penerapan nilai merupakan satu daripada matlamat utama kurikulum matematik, namun terdapat pengkaji pendidikan mempersoalkan keberkesanan dalam amalan pengajaran dan pembelajaran matematik (Bishop, 1988; Clarkson, Bishop, FitzSimons & Seah, 2000b). Menurut Fatimah (2007) walaupun aspek nilai dijadikan keperluan dalam KBSM, namun dari sudut perlaksanaan pengajaran sebenar, domain ini tidak begitu diberi perhatian. Penerapan nilai dalam pendidikan matematik juga nampaknya berhadapan dengan beberapa masalah terutama dari sudut guru matematik itu sendiri. Kajian oleh Alan J. Bishop mendapati bahawa guru menghadapi kesukaran untuk membincangkan nilai dalam pengajaran matematik . Guru juga didapati lebih mudah untuk berfikir dan mengenalpasti tentang nilai dalam pengajaran mereka daripada melaksanakan nilai yang baru. Mohd Uzi (2007) mendapati bahawa guru matematik berhadapan dengan beberapa rintangan dan konflik yang menyukarkan pengajaran nilai. Menurut Nik Azis (2007), masih banyak perkara tentang nilai dalam pendidikan matematik yang memerlukan penjelasan dan pengubahsuaian. Tumpuan kajian dalam pendidikan matematik seharusnya diberikan kepada nilai dalam topik matematik yang khusus dan bukan sekadar nilai dalam pendidikan matematik sekolah rendah atau menengah secara umum. Beliau seterusnya menyatakan bahawa nilai dalam konteks yang spesifik seperti penggunaan teknologi, perwakilan, perkembangan sejarah, penyelesaian masalah, hubung kait, komunikasi, penaakulan, dan penyoalan perlu diberi penelitian. Satu aspek penting yang kurang mendapat perhatian yang sewajarnya ialah aspek pengembangan nilai dalam pendidikan matematik (Nik Azis, 2007). Setakat ini, tidak banyak yang diketahui tentang cara murid membina, mempertahankan, mengubah suai, dan mengembangkan nilai dalam pendidikan matematik.

Peranan guru juga adalah penting dalam membantu pelajar mengembangkan nilai murni melalui matapelajaran matematik. Dalam konteks pendidikan matematik sekolah rendah dan menengah, keupayaan guru untuk mengembangkan nilai dalam bilik darjah adalah antara lainnya bergantung pada pemahaman mereka tentang konsep nilai, sifat asas pengembangan nilai, dan proses pengembangan nilai (Bishop, 2001; Nik Azis, 2008a). Menurut Nik Azis (2008a) sebahagian guru didapati tidak mendapat latihan dan pengalaman yang khusus dan mencukupi untuk membolehkan mereka memahami dan membentuk pengetahuan yang relevan tentang cara menggunakan matematik sebagai mekanisme bagi membantu pelajar mengembangkan nilai murni. Justeru kajian ini dijalankan sebagai usaha menangani beberapa masalah dalam pendidikan nilai diatas. Kajian ini bertujuan membina modul pengajaran nilai bagi topik logaritma untuk murid tingkatan empat dan seterusnya mendapatkan penilaian guru tentang modul yang dibina . Modul pengajaran yang dibina adalah bagi membantu para guru dalam mengembangkan nilai dalam matapelajaran matematik bagi topik logaritma. Modul pengajaran dipilih memandangkan ianya merupakan salah satu komponen penting dalam pengajaran guru di sekolah. Walaupun terdapat pelbagai kajian yang dibuat tentang nilai dalam pendidikan matematik (Bishop, 1988; Ernest, 2001; Sharifah Norul Akmar, 2004), namun sehingga kini tidak ada kajian yang bertumpu secara khusus kepada pengembangan nilai dalam topik logarithma. FitzSimons, Bishop, Seah, dan Clarkson (2001) menjelaskan bahawa pada masa kini, ramai ahli pendidik dan penyelidik mempercayai bahawa kualiti pendidikan matematik dapat dipertingkatkan jikalau konsep dan pengaruh nilai difahami dengan lebih meluas dan mendalam. Maka dengan itu, kajian ini adalah perlu dan bertepatan dengan masa. Kajian ini akan dilakukan berlandaskan kepada Perspektif Bersepadu Sejagat iaitu teori yang membincangkan isu nilai sepertimana terkandung dalam matlamat dalam Falsafah Pendidikan Negara..RANGKA TEORI

Perspektif Bersepadu Sejagat (PBS) adalah merupakan falsafah dan psikologi yang berlandaskan ajaran agama dan membincangkan matlamat pendidikan matematik dengan berpusatkan Tuhan demi kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Menurut Perspektif Bersepadu Sejagat, matematik dan pendidikan matematik tidak boleh dipisahkan daripada dimensi kemanusiaan. Tujuan pendidikan matematik perlu dikaitkan dengan tujuan kehidupan manusia. Pendukung PBS menganggap ilmu sebagai satu faktor penting bagi pelaksanaan amalan yang baik, dan penentuan baik buruk sesuatu amalan dibuat berdasarkan ajaran Tuhan (Syed Muhammad Naquib, 1995). Pendukung Perspektif Bersepadu Sejagat menganggap ilmu, pengetahuan, maklumat, dan kemahiran sebagai empat konsep yang berbeza tetapi saling berkaitan antara satu sama lain (Nik Azis, 2007). Pendekatan Perspektif Bersepadu Sejagat juga menganjurkan beberapa andaian tentang hakikat pengetahuan matematik dan hakikat nilai. Diantara andaian tersebut adalah seperti yang berikut:

1. Pengetahuan matematik datang dari Tuhan dan matematik yang dimiliki oleh individu adalah matematik yang dibina sendiri olehnya. Oleh itu, matematik berkaitan dengan Tuhan dan manusia, atau ringkasnya matematik berpusatkan Pencipta. 2. Matematik dipelajari untuk membantu manusia melaksanakan tanggungjawab asas dengan berkesan, memberi penekanan kepada ciri seperti binaan, makna, berpusatkan Pencipta, penghayatan, peribadi, menyeluruh, dan bersepadu.3. Nilai wujud dalam jiwa insan, dibina melalui akal fikiran serta memperoleh makna dalam kalbu.4. Nilai adalah satu konstruk yang membabitkan empat komponen yang saling berkaitan antara satu sama lain, iaitu komponen rohaniah, kognitif, afektif, dan tingkah laku5. Nilai dapat dibentuk melalui sumber pengalaman empirikal, fikiran rasional, autoriti, intuisis atau ilhamPendekatan PBS merupakan teori yang paling sesuai bagi kajian ini. Ini memandangkan ianya merupakan satu-satunya pendekatan yang mengaitkan usur nilai yang secocok dengan soalan kajian iaitu bagaimana nilai boleh dikembangkan. Pendekatan Konstruktivisme Radikal misalnya hanya memberi tumpuan kepada bagaimana murid membina pengetahuan serta memisahkan aspek ketuhahan dalam asas pendekatannya.TUJUAN DAN SOALAN KAJIAN

Kajian ini mempunyai dua tujuan utama iaitu, membina modul pengajaran nilai bagi topik logaritma untuk murid Tingkatan Empat dan seterusnya memperoleh penilaian beberapa guru tentang kualiti modul pengajaran nilai yang dibina.

Secara khusus kajian ini akan cuba memberi jawapan kepada persoalan berikut:

1. Apakah unsur utama modul pengajaran nilai bagi topik logaritma untuk murid Tingkatan Empat?

2. Apakah kandungan bagi setiap unsur utama modul pengajaran nilai bagi topik logaritma untuk murid Tingkatan Empat Lima?

3. Apakah hasil pembelajaran bagi modul pengajaran tersebut?

4. Apakah nota pengajaran bagi modul pengajaran tersebut?

5. Apakah aktiviti pembelajaran bagi modul pengajaran tersebut?

6. Apakah penilaian formatif dan sumatif bagi modul pengajaran tersebut?

7. Apakah penilaian guru tentang hasil pembelajaran bagi modul yang dibina?

8. Apakah penilaian guru tentang organisasi modul yang dibina?

9. Apakah penilaian guru tentang kandungan modul yang dibina?

10. Apakah penilaian guru tentang kegunaan praktikal modul yang dibina?

11. Apakah penilaian guru tentang penilaian formatif dan sumatif yang disediakan?

12. Apakah penilaian guru tentang kualiti keseluruhan modul pengajaran yang dibina?

Kajian yang berlandaskan Perspektif Bersepadu Sejagat ini menggunakan reka bentuk kajian kes dimana data dikumpul melalui boring soal selidik dan teknik temu duga. DEFINISI ISTILAH

Terdapat beberapa istilah asas yang digunakan dalam kajian ini. Diantara istilah tersebut adalah nilai , pengembangan nilai, modul pengajaran, pembinaan dan logaritma. NilaiNilai ditakrifkan dari sudut Perspektif Bersepadu Sejagat sebagai satu konsep atau kepercayaan yang dimiliki oleh individu atau kumpulan individu tentang perkara dihajati, yang berbeza dari segi keutamaan, dalam mana konsep atau kepercayaan tersebut berperanan sebagai prinsip umum yang memandu penentuan tentang perkara yang akan dihargai, pertimbangan tentang baik buruk sesuatu perbuatan dan peristiwa, pemilihan atau penilaian tentang sesuatu matlamat, cara bertindak, dan cara menjalani kehidupan (Nik Azis, 2008a). Nilai dalam pendidikan matematik boleh dibahagi kepada tiga kategori iaitu nilai pendidikan umum (NPU), nilai pendidikan matematik (NPM), dan nilai matematik (NM).Seterusnya istilah pengembangan nilai merujuk usaha untuk menjadikan nilai yang dimiliki oleh seseorang individu lebih kukuh, signifikan, stabil, mendalam, lengkap, atau sempurna merentasi masa melalui proses pengubahsuaian, pembinaan, perluasan, perkembangan, pertumbuhan, penghalusan, dan penjernihan.(Nik Azis, Feb 2009).

Modul pengajaran

Modul pengajaran adalah satu unit pengajaran yang lengkap dan cukup kendiri. Ia merupakan satu pakej pembelajaran kendiri yang mengandungi komponen tertentu bagi mencapai objektif pembelajaran tentang perkara yang khusus (Nik Azis, 2009). Modul pengajaran mengandungi struktur yang tersusun dan banyak ciri pengajaran terancang yang dianggap bermanfaat, dengan usaha dibuat untuk mengetepikan beberapa kelemahan yang terkandung dalam aktiviti pemprograman

Istilah pembinaan atau pembentukan merujuk perbuatan membina atau membuat sehingga terhasil sesuatu mengikut bentuk yang tertentu. Dalam konteks ini, perkara yang hendak dihasilkan ialah satu modul pengajaran. Modul tersebut boleh berbentuk mudah atau kompleks, bergantung pada sasaran pengguna, kandungan matematik, tahap kekompleksan, jumlah belanjawan, kualiti bahan sokongan, kelengkapan teknologi, dan pertimbangan lain yang relevan (Nik Azis, Feb 2009)Logaritma

Menurut Sullivan(2008), fungsi logaritma pada asas a, dimana a lebih besar dari sifar dan a tidak boleh mengambil nilai satu, yang ditandakan sebagai (disebut sebagai y adalah logaritma x pada asas a ) ditakrfkan sebagai jika dan hanya jika . Domain fungsi logaritma ialah nilai positif .LIMITASI KAJIAN

Kajian ini mempunyai beberapa batasan tertentu. Misalnya, teknik soal selidik dalam reka bentuk kajian tinjauan yang digunakan untuk mengumpul data mempunyai kelemahan tersendiri. Walaupun teknik tersebut sesuai untuk mengumpul data dari sampel yang besar dan berselerak, tetapi maklumat yang dikumpulkan tidak mendalam atau terperinci. Ia hanya membolehkan kesimpulan yang membabitkan soalan yang terdapat didalam borang soal selidik tersebut sahaja

Untuk memperoleh gambaran atau pandangan yang mendalam dan terperinci tentang modul dibina , teknik temu duga klinikal yang dijalankan mempunyai beberapa kekurangan. Hasil kajian ini bergantung sepenuhnya dari maklumbalas yang diberikan oleh subjek kajian. Pengkaji mengandaikan subjek memberikan penilaian dengan ikhlas dan jujur. Seterusnya, pemilihan peserta kajian dengan menggunakan kaedah pensampelan bertujuan mengehadkan keupayaan untuk mengeneralisasikan dapatan kajian. Oleh kerana kekangan masa maka kajian ini hanya melibatkan dua orang guru matematik tambahan sahaja . Kajian ini juga hanya melibatkan topik logaritma tingkatan empat. Maka hasil kajian ini tidak dapat digeneralisasikan kepada semua topik dalam matematik. SIGNIFIKAN KAJIAN

Kajian ini adalah penting kerana hasil kajiannya dapat memberi panduan kepada guru dalam mengembangkan nilai dalam pengajaran topik logarithma Tingkatan Empat. Disamping itu, hasil kajian ini juga dapat menyediakan cadangan yang terperinci kepada penulis buku tentang cara untuk mengembangkan nilai bagi topik logaritma dalam kandungan buku teks matematik tambahan sekolah. Dengan ini murid akan mendapat lebih pendedahan kepada aspek nilai dan hubungannya dengan topik logaritma.

Dari perspektif ahli penyelidik, kajian ini menjadi pemangkin terhadap perkembangkan penyelidikan bagi pengembangan nilai dalam topik-topik matematik yang lain.

PAGE 8

_1299658614.unknown

_1299658370.unknown