nota chapter 1

23
NOTA AR201 (KOKURIKULUM) ASKAR WATANIAH POLITEKNIK MUKAH SARAWAK Disediakan oleh (6224083) Pbt. Mohamad Faiz Bin Jamaludin Disesuaikan dengan silibus terkini AR201 Politeknik Mukah Sarawak Bab 1 – Kemahiran Khusus (AR201 Askar Wataniah PMU) 1

Upload: faiz84

Post on 27-Nov-2015

190 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

NOTA Chapter 1

TRANSCRIPT

Page 1: NOTA Chapter 1

NOTA

AR201 (KOKURIKULUM)

ASKAR WATANIAH POLITEKNIK MUKAH SARAWAK

Disediakan oleh

(6224083) Pbt. Mohamad Faiz Bin Jamaludin

Disesuaikan dengan silibus terkini AR201

Politeknik Mukah Sarawak

Bab 1 – Kemahiran Khusus (AR201 Askar Wataniah PMU) 1

Page 2: NOTA Chapter 1

1.0 KEMAHIRAN KHUSUS

1.1 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN ASKAR WATANIAH

Askar Wataniah Malaysia (AW) adalah badan sukarela yang berlainan daripada badan-badan sukarela yang lain. AW merupakan Angkatan Simpanan Tentera Darat Malaysia sebagai benteng kedua dalam mempertahankan negara kita yang tercinta. Penyertaan rakyat dalam AW merupakan satu sumbangan murni bagi menyahut seruan pertiwi sesuai dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) yang ditetapkan dalam Dasar Pertahanan Negara. Sebagai sebuah negara yang pesat membangun dan berwawasan, penglibatan rakyat dan semua pihak adalah amat perlu bagi memainkan peranan dalam pembangunan serta pertahanan negara. HANRUH antaranya menetapkan bantuan nasional termasuk penggemblengan semua sumber negara di samping penglibatan Angkatan Tentera Malaysia.

Penyertaan rakyat dalam Angkatan Sukarela di Semenanjung Malaysia bermula semenjak 1902 lagi apabila Kerajaan Inggeris menubuhkan Pasukan Sukarela di Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang dipanggil Federated Malay States Volunteer Force (FMSVF), Pasukan Sukarela di Negeri Melayu Tidak Bersekutu pula dipanggil Unfederated Malay States Volunteer Force (UNFMSVF) dan di Negeri-Negeri Selat pula ialah The Straits Settlement Volunteer Force (SSVF).

Pasukan-pasukan Sukarela telah memainkan peranan yang begitu penting terutamanya semasa dalam Peperangan Dunia Kedua, darurat 1948-1960 dan konfrontasi. Semasa darurat ia dikenali sebagai 'Home Guard'. Pasukan ini telah disusun semula sebagai Pasukan Pertahanan Tempatan pada 1 Jun 1958 dan seterusnya dikenali sebagai Askar Wataniah Malaysia.

Tamatnya Darurat pada tahun 1958 (secara rasminya pada 31 Julai 1960), pasukan Home Guard telahpun diputuskan untuk pembubaran. Namun begitu, masih ramai di kalangan anggota-anggota Sukarela terutamanya daripada pasukan Home Guard masih ingin meneruskan aktiviti mereka dalam perkhidmatan Sukarela.

Walau bagaimanapun setelah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, kerajaan telah mula sedar tentang pentingnya penglibatan rakyat dalam menjaga keamanan negara. Kerajaan berpendapat amatlah perlu semangat berkhidmat secara sukarela dihidupkan dan dikekalkan. Justeru itu, pada tahun 1958 kerajaan telah mengambil keputusan untuk menyusun semula semua pasukan Sukarela supaya ia menjadi lebih tersusun dan berkesan. Sesuai dengan keputusan itu, satu undang-undang

Bab 1 – Kemahiran Khusus (AR201 Askar Wataniah PMU) 2

Page 3: NOTA Chapter 1

bagi tujuan penubuhan pasukan tersebut telah digubal. Undang-undang utama yang telah digubal ialah The Territorial Army Ordinance, 1958, The Territorial Army (Terms of Service) Regulation 1959, dan The Territorial Army (Pay and Allowances ) Rules, 1959.

Berpandukan kepada undang-undang ini, pada 1 Jun 1958, tertubuhlah pasukan Askar Wataniah Malaysia dan seorang Pengarah Askar Wataniah telah dilantik. Jabatanarah Askar Wataniah seterusnya diletakkan di bawah pengawasan dan kawalan Ketua Turus Tentera Darat. Tujuan utama penubuhan pasukan Askar Wataniah adalah untuk melatih belia-belia negara dengan latihan ketenteraan sepenuhnya supaya membolehkan mereka menjadi anggota simpanan tentera yang bersedia serta mampu membantu pasukan keselamatan mempertahankan negara apabila keadaan memerlukan.

Pada peringkat permulaan, ramai anggota bekas pasukan Home Guard, Volunteer Force, Pasukan Sukarelawan dan Pegawai Tentera yang telah bersara, menyertai Askar Wataniah dan merekalah yang menjadi pelopor kepada penubuhan pasukan Askar Wataniah ini.

Untuk peringkat awal, Askar Wataniah Malaysia telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu :

I. Pasukan TeknikalII. Pasukan Infantri

Bahagian Pertahanan Pertama

Ia terdiri daripada Pasukan Infantri dan Pasukan Teknikal. Pasukan Infantri mengandungi 4 batalion, iaitu:

i. 11 Bn Inf AW - diserap menjadi 23 RAMD.ii. 12 Bn Inf AW - diserap menjadi 24 RAMD.

iii. 13 Bn Inf AW - diserap menjadi 25 RAMD.iv. 14 Bn Inf AW - diserap menjadi 9 Renjer DiRaja.

Bab 1 – Kemahiran Khusus (AR201 Askar Wataniah PMU) 3

Page 4: NOTA Chapter 1

Pasukan Teknikal pula mengandungi pasukan seperti berikut:

i. Semboyan.ii. Jurutera.

iii. Pengangkutan dan Bekalan.iv. Jurutera Letrik dan Jentera.v. Kelengkapan.

vi. Probos.

Bahagian Pertahanan Kedua

Sebanyak dua belas Pasukan Pertahanan Tempatan (PPT) atau Local Defence Corps (LDC) telah ditubuhkan. Tiap-tiap sebuah negeri mempunyai satu pasukan ini, manakala Sabah menubuhkannya dalam tahun 1968 dan Sarawak pada tahun 1973. Pada masa ini sebilangan besar pegawai dan anggota Sukarela dari beberapa pasukan LDC telah dikerah berkhidmat sepenuh masa untuk membantu Angkatan Tetap menghadapi ancaman konfrontasi ini. Tugas utama yang telah diberikan kepada Askar Wataniah Malaysia ialah menjaga keselamatan semua lokasi sasaran penting dan ada di antara mereka telah dihantar ke Singapura, Sabah dan Sarawak.

Tragedi 13 Mei 1969 sekali lagi memperlihatkan keempat-empat batalion infantri (AW) yang wujud, dikerah semula dan pada 1 Mac 1978 mereka telah diserapkan ke dalam Angkatan Tetap bagi memenuhi keperluan pembesaran Tentera Darat. Sesuai dengan pembesaran Tentera Darat di bawah rancangan Pembangunan Istimewa Angkatan Tetap (PERISTA), Askar Wataniah Malaysia juga turut diperbesarkan. Ini telah menampakkan kepentingan Pasukan Tentera Simpanan dalam konteks keselamatan dan pembangunan negara. Pada awal tahun 80-an, pentadbiran Askar Wataniah Malaysia keseluruhannya telah diubahsuai dan disusun semula.

Bab 1 – Kemahiran Khusus (AR201 Askar Wataniah PMU) 4

Page 5: NOTA Chapter 1

1.2 AKTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA DAN PRINSIP- PRINSIP DAN KEPENTINGAN ASKAR WATANIAH.

1. KANUN KESIKSAAN (N.M.B Bab 45)

Seksyen 140. Memakai Pakaian Askar, Kelasi atau Penerbangan. Barang siapa, yang bukannya seorang askar, kelasi atau penerbang dalam perkhidmatan tentera darat, laut atau udara Yang di-Pertuan Agong, memakai apa-apa pakaian atau membawa apa-apa tanda yang menyerupai apa-apa pakaian atau tanda yang digunakan oleh seseorang askar, kelasi atau penerbang itu dengan niat supaya boleh dipercayai bahawa ia adalah seorang askar, kelasi atau penerbang itu, hendaklah disiksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga bulan, atau denda yang boleh sampai seribu ringgit, atau dengan kedua-duanya.

2. AKTA KESALAHAN KECIL 1955 (AKTA 336)

Seksyen 16. Memiliki Secara Haram Barang-Barang Kepunyaan Askar, Tentera Laut, Tentera Udara atau Polis. Sesiapa pun yang dengan sengaja mendapatkan, membeli, menukarkan atau menerima dari sesiapa pun yang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia atau pasukan pertahanan tempatan atau angkatan tentera pelawat atau mana-mana anggota Polis Diraja Malaysia atau Polis Singapura sebarang kegunaan, pakaian atau lain-lain barang atau peralatan askar, tentera laut, tentera udara atau polis atau sebarang harta benda kepunyaan Kerajaan Malaysia atau Singapura atau Kerajaan Negeri atau

Kerajaan Angkatan tentera pelawat, atau sebarang bintang-bintang kurniaan untuk jasa baik atau untuk perkhidmatan terpuji atau lain-lain atau sesiapa memiliki atau menyimpan sebarang kegunaan tersebut, pakaian atau lain-lain barang, kegunaan atau kepunyaan lain atau bintang-bintang kurniaan sepertidi atas dan tidak dapat memberikan penjelasan yang memuaskan bagaimana dia mendapatkannya boleh dikenakan denda yang tidak melebihi lima puluh ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam minggu atau kedua-duanya sekali.

Bab 1 – Kemahiran Khusus (AR201 Askar Wataniah PMU) 5

Page 6: NOTA Chapter 1

Seksyen 25. Memakai Pakaian Seragam Yang Tidak Dibenarkan. Sesiapa jua pun yang memakai tanpa kebenaran yang sewajarnya pakaian seragam yang ditetapkan bagi kegunaan mana-mana angkatan bersenjata Malaysia atau manamana angkatan tentera tempatan atau angkatan tentera pelawat atau pasukan polis Malaysia atau Singapura atau mana-mana Kerajaan atau Pihak Berkuasa Tempatan atau apaapa pakaian yang merupai atau mengandungi apa-apa lencana pasukan atau lain-lain lencana yang jelas bagi pakaian seragam itu atau apaapa tiruan warna terhadapnya jika disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ringgit, dan apa-apa pakaian seragam, pakaian, lencana atau tanda tersebut boleh dilucut hak. Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan pemakaian pakaian seragam tersebut bagi maksud apa-apa pertunjukan pentas.

3. AKTA RAHSIA RASMI 1972 (Akta 88)

Seksyen 9. (1) Menggunakan Uniform Tanpa Kuasa. Jika seseorang dapat masuk atau membantu seseorang lain supaya dapat masuk ke suatu tempat larangan melalui sesuatu yang lain daripada tempat masuk yang dibenarkan atau bagi maksud mendapat masuk, atau bagi membantu seseorang lain supaya dapat masuk, ke sesuatu tempat larangan, atau bagi apa-apa maksud lain yang mudarat kepada keselamatan atau kepentingan Malaysia:

(a) Menggunakan atau memakai, tanpa kuasa yang sah, apa-apa uniform tentera laut, tentera darat, tentera udara, polis atau apa-apa uniform rasmi yang lain atau apa-apa uniform yang hampir-hampir serupa dengannya hingga mungkin memperdayakan, atau dengan palsunya merupakan dirinya sebagai seorang yang berhak atau telah berhak menggunakan atau memakai mana-mana uniform itu, maka dia adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

Bab 1 – Kemahiran Khusus (AR201 Askar Wataniah PMU) 6

Page 7: NOTA Chapter 1

1.2.1 PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG

SEKSYEN 1 (AM)

Askar Wataniah (AW) telah ditubuhkan di bawah The Territorial Army Ordinance 1958. Apabila Akta AT 72 dikuatkuasakan pada 1 Jun 76, semua Angkatan Sukarela yang wujud sekarang (termasuk AW) adalah disifatkan sebagai telah ditubuhkan di bawah Akta AT 72, berlandaskan kepada peruntukan Seksyen 217 (1) (a) Akta tersebut. Walau bagaimanapun, Seksyen 217 (2) Akta AT 72 menerangkan bahawa, semua kaedah dan peruntukan (Rules and Regulations) yang dibuat di bawah enakmen dan ordinan sebelumnya adalah masih berkuatkuasa sehingga satu kaedah dan peraturan yang baru dikeluarkan.

Sesuai dengan panduan di atas, kebanyakan perkara tertentu yang berkaitan dengan syarat-syarat perkhidmatan dan syarat-syarat yang berkaitan dengan gaji, elaun, faedah-faedah tamat perkhidmatan serta pembayaran/pemberian pampasan masih lagi tertakluk kepada kaedah dan peraturan berikut:

The Territorial Army (Terms of Service) Regulations, 1958.

The Territorial Army (Pay and Allowances) Rules, 1959 amended where applicable by The Territorial Army (Pay and Allowances) (Amendment) Rules 1961, 1965 and 1967.

The Volunteer Force (Compensation) Rules, 1955 dan The Malay Regiment and Federation Regiment (Retired Pay, Pensions, Gratuities and Other Grants) Regulations, 1952 Part I, V dan VI.

Seksyen 207 Akta AT 72 memberikan kuasa kepada Majlis Angkatan Tentera (MAT) untuk membuat peraturan-peraturan perkhidmatan baru bagi pegawai dan anggota AW. Antara peraturan-peraturan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Angkatan Tentera adalah seperti berikut:

PMAT Bil 16 Tahun 1959 - Pegawai Pemilihan Rekrut Askar Wataniah.

PMAT Bil 98 Tahun 1959 - Kuasa Pegawai Memerintah unit Askar Wataniah

.PMAT Bil 122 Tahun 1959 - Penstrukturan Semula Askar Wataniah

Bab 1 – Kemahiran Khusus (AR201 Askar Wataniah PMU) 7

Page 8: NOTA Chapter 1

PMAT Bil 3 Tahun 1961- Lembaga Pemilihan Tentera Darat (Askar Wataniah)· PMAT Bil 45 Tahun 1961 - Pelantikan Pihak Berkuasa Yang Layak bagi maksud Seksyen 9 (5) Ordinan Askar Wataniah.

PMAT Bil 4 Tahun 1972 - Menentukan jangka masa perkhidmatan di dalam satu-satu pangkat yang dipenuhi oleh seseorang pegawai, sebelum seseorang pegawai itu dapat dipertimbangkan untuk dinaikkan pangkat dan kursus kerjaya Pegawai AW

PMAT Bil 2 Tahun 1986 - Pindaan kepada PMAT Bil 4 Tahun 1976. Menentukan syarat-syarat kelayakan untuk mengikuti kursus peralihan bagi pegawai dan anggota Kerahan.

PMAT Bil 11 Tahun 1991 - Syarat-syarat penyerapan Lain-Lain Pangkat Kerahan ke dalam Angkatan Tetap.

PMAT Bil 1 Tahun 1996 - Panduan penganugerahan tauliah kehormat dalam Angkatan Tentera Malaysia.

PMAT Bil 3 Tahun 2000 - Rancangan Kursus Peralihan.

PMAT Bil 5 Tahun 2000 - Cuti Menunaikan Fardu Haji.

PMAT Bil 20 Tahun 2002 – Jangka masa Perkhidmatan Pegawai dan Anggota Lain-lain Pangkat Sukarela AW

PMAT Bil 1 Tahun 2004 – Pentauliahan dan Syarat Perkhidmatan Pegawai Angkatan Tetap Angkatan Tentera Malaysia.

SEKSYEN 2 (PENTAULIAHAN)

Pentauliahan pegawai-pegawai AW adalah tertakluk di bawah Seksyen 198 Akta AT 72 di mana antara lain:

Seksyen 198 (1) Akta AT 1972 menerangkan bahawa pegawai-pegawai di dalam Angkatan Sukarela hendaklah ditauliahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Seksyen 198 (3) Akta AT 1972 membolehkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong melanjutkan sesuatu tauliah yang difikirkan mustahak.

Bab 1 – Kemahiran Khusus (AR201 Askar Wataniah PMU) 8

Page 9: NOTA Chapter 1

Seksyen 198 (4) Akta AT 1972 membolehkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tanpa menyiarkan apa-apa sebab membatalkan tauliah seseorang pegawai.

Seksyen 198 (5) Akta AT 1972 membolehkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengurniakan tauliah kehormat dalam Angkatan Sukarela kepada orang-orang yang difikirkan patut.

Seksyen 198 (6) Akta AT 1972 membolehkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menaikkan pangkat seseorang pegawai mengikut budi bicaranya.

SEKSYEN 3 (LATIHAN DAN PENUGASAN)

Seksyen 201 Akta AT 72 telah memberi peruntukan-peruntukan untuk latihan dan penugasan bagi pegawai dan anggota Sukarela. Peruntukan-peruntukan tersebut adalah:

Seksyen 201 (1) - Menjalani Latihan. Tiap-tiap ahli sesuatu Angkatan Sukarela hendaklah menjalani latihan sebagaimana yang ditetapkan di bawah peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh MAT di bawah Seksyen 207 Akta AT 1972.

Seksyen 201 (2) - Permohonan Untuk Ditugaskan. Tiap-tiap ahli sesuatu Angkatan Sukarela boleh, atas permintaannya dan kelulusan Pihak Berkuasa Yang Layak, ditugaskan kepada sesuatu unit atau pasukan Angkatan Tetap. Seksyen ini juga memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa yang Layak untuk menerima permohonan kerahan sepenuh masa pegawai atau anggota sukarela AW.

Seksyen 201 (3) - Tempoh Penugasan. Penugasan yang dibuat di bawah Seksyen 201 (2) hendaklah diteruskan dalam mana-mana tempoh yang dipersetujui oleh anggota itu dan dinyatakan dalam perintah penugasan anggota berkenaan. Tempoh penugasan atau Kerahan sepenuh masa di bawah seksyen ini hendaklah dipakai seolah-olah anggota berkenaan telah dikerah di bawah Seksyen 202 Akta AT 1972.

Seksyen 201B - Tiap-tiap majikan hendaklah, jika mana-mana orang yang bekerja dengannya yang merupakan seorang anggota sukarela dipanggil untuk latihan atau penugasan di bawah Akta ini,memberi orang itu cuti selama tempoh latihan atau penugasan itu bagi membolehkannya menjalani latihan atau penugasan itu. Mana-mana majikan yang enggan melepaskan

Bab 1 – Kemahiran Khusus (AR201 Askar Wataniah PMU) 9

Page 10: NOTA Chapter 1

pekerjanya mengikuti latihan atau penugasan adalah melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi enam ribu ringgit (RM 6000) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 201C - Tiap-tiap majikan yang menamatkan pekerjaan mana-mana orang yang bekerja dengannya, yang merupakan anggota sesuatu angkatan sukarela, tanpa keizinan orang itu semata-mata atau terutamanya kerana orang itu dipanggil untuk latihan dan pertugasan di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi enam ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.

SEKSYEN 4 (MENGERAH UNTUK BERKHIDMAT DENGAN PENGISYTIHARAN)

Di bawah Seksyen 202 (1) Akta AT 1972 Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong boleh melalui pengisytiharan mengerah untuk berkhidmat sepenuh masa kesemua atau mana-mana bahagian daripada mana-mana Angkatan Sukarela. Tiap-tiap pegawai dan anggota sesuatu Angkatan Sukarela yang dikerah hendaklah melapor diri untuk berkhidmat pada masa dan tempat yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Yang Layak dengan pemberitahuan melalui warta atau dengan cara lain. Pengistiharan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi mengerahkan untuk berkhidmat sepenuh masa anggota Angkatan Sukarela telah dilaksanakan.

SEKSYEN 5 (ANGGOTA-ANGGOTA ANGKATAN SUKARELA YANG TERTAKLUK KEPADA UNDANG-UNDANG PERKHIDMATAN)

Di bawah peruntukan Seksyen 209 (1) (f) Akta AT 72 seseorang pegawai dan anggota Angkatan Sukarela adalah tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan apabila:

Bertugas tetap atau menjalankan latihan terus menerus sebagaimana yang ditakrifkan dalam kaedah-kaedah atau peraturan yang dibuat di Bahagian IX Akta AT 1972; atau.

Dipertugaskan kepada Angkatan Tetap di bawah peraturan-peraturan Seksyen 201 (2) Akta AT 1972; atau.

Bab 1 – Kemahiran Khusus (AR201 Askar Wataniah PMU) 10

Page 11: NOTA Chapter 1

Dikerah untuk berkhidmat melalui pengisytiharan di bawah Seksyen 202 (1) Akta AT 1972.

SEKSYEN 6 (DISIPLIN)

Di bawah Seksyen 204 Akta AT 1972 Mana-mana anggota AW yang apabila tidak tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan, melakukan kesalahan berikut:

Gagal menghadiri latihan. eksesais atau arahan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Yang Layak.

Mabuk atau melakukan kesalahan berkelakuan ingkar perintah.

Melanggar perintah tetap atau engkar perintah pegawai atasannya.

Cuai untuk mematuhi arahan.

Melakukan apa-apa tindakan, kelakuan, kekacauan. dan kecuaian yang memudaratkan ketenteraman dan tatatertib perkhidmatan.

Apabila disabitkan kesalahan dihadapan Pegawai Memerintahnya dikenakan denda tidak lebih daripada RM100.00.Di bawah Seksyen 204 (2) (a) dan 204 (b) Akta AT 1972 mana-mana anggota sesuatu Angkatan Sukarela yang tidak tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan yang melakukan kesalahan berikut:

Tanpa kebenaran telah memberi, menjual, menggadai, meminjamkan, melepaskan, menghilangkan dengan cuai atau merosakkan senjata, peluru, kelengkapan, pakaian dan bekalan.

Menyebabkan kerugian, kecuaian atau kerosakan kepada harta awam.

Boleh apabila disabitkan di hadapan Pegawai Memerintahnya, dikenakan denda tidak lebih daripada RM 300.00.

Sebagai tambahan kepada mana-mana hukuman denda, mana-mana anggota sukarela boleh dikenakan bayaran pampasan, sejumlah wang yang tidak melebihi RM 500.00 atau kos mengganti atau membaiki barang-barang yang telah dihilangkan, dirosak atau diserahkan kembali.

Bab 1 – Kemahiran Khusus (AR201 Askar Wataniah PMU) 11

Page 12: NOTA Chapter 1

Seksyen 204 (5) Akta AT 1972 pula menjelaskan apa-apa bayaran atau denda yang dikenakan oleh Pegawai Memerintah hendaklah dimajukan kepada Mahkamah Majistret yang mempunyai bidang kuasa jenayah di tempat di mana denda itu dijatuhkan bagi mendapatkan semula denda tersebut seolah-olah denda itu telah diberikan oleh mahkamah berkenaan.

Sesiapa sahaja yang dituduh di bawah Seksyen 204 Akta AT 1972 boleh diletakkan di dalam tangkapan tangkapan terbuka atau tangkapan rapi.

The Territorial Army (Terms of Service) Regulations, 1958 juga memperuntukkan seseorang pegawai yang menjawat jawatan Ketua Kompeni atau setaraf dengannya boleh menjatuhkan hukuman di atas kesalahan kecil.

Seorang anggota dianggap melakukan kesalahan kecil apabila melakukan perkara-perkara berikut:

Lewat menghadiri perbarisan.

Bersikap tidak ambil berat semasa perbarisan.

Berpakaian tidak kemas semasa perbarisan.

Manakala, 1958, hukuman yang boleh dijatuhkan oleh seorang Ketua Kompeni adalah seperti berikut:

Teguran.

Amaran.

Amaran Keras.

Seorang Ketua Kompeni, jika tidak menjatuhkan apa-apa hukuman yang diperuntukkan di bawah Regulations 17 (1), The Territorial Army (Terms of Service) Regulations, 1958 boleh memberi hukuman tugas tambahan (fatique) kepada anggota berkenaan (`Regulations 17 (2) The Territorial Army (Terms of Service) Regulations’ 1958).

Bab 1 – Kemahiran Khusus (AR201 Askar Wataniah PMU) 12

Page 13: NOTA Chapter 1

SEKSYEN 8 (PEMBERHENTIAN)

Pemberhentian pegawai dan anggota Sukarela (termasuk anggota kerahan sepenuh masa) adalah tertakluk di bawah The Territorial Army (Terms of Service) Regulations, 1958. Secara khususnya, seseorang pegawai itu boleh diberhentikan dari perkhidmatan dan ditamatkan tauliahnya di bawah Seksyen 198 (4) Akta AT 72. Manakala seseorang anggota LLP Angkatan Sukarela boleh diberhentikan di bawah Seksyen 200 Akta AT 72 dan Peraturan 48 kepada Peraturan AW (Syarat-syarat Perkhidmatan) 1958

1.3 PAKAIAN DAN PANGKAT DALAM ASKAR WATANIAH.

1.3.1 PANGKAT DALAM ASKAR WATANIAH.

Bab 1 – Kemahiran Khusus (AR201 Askar Wataniah PMU) 13

Lambang Tentera Darat Malaysia Lambang Tentera Darat Malaysia

Page 14: NOTA Chapter 1

Pangkat dalam Askar Wataniah

Bab 1 – Kemahiran Khusus (AR201 Askar Wataniah PMU) 14

Page 15: NOTA Chapter 1

1.3.2 PAKAIAN DALAM ASKAR WATANIAH

Bab 1 – Kemahiran Khusus (AR201 Askar Wataniah PMU) 15

PAKAIAN ISTIADAT (N0 1)

Pakaian ini dipakai apabila terlibat di dalam sesuatu acara istiadat sama ada di peringkat Tentera Darat, Angkatan Tentera Malaysia, Negeri mahupun Persekutuan.

Songkok istiadat Jaket berwarna putih Seluar berwarna hijau tua dan mempunyai `piping’ berwarna kuning

diraja Kasut kawad dipakai semasa terlibat dalam perbarisan. Manakala kasut

`half wellinton’ dipakai apabila terlibat dalam lain-lain acara Sarung tangan Pedang & Paraphernalia Lencana kolar mengikut kor atau rejimen masing-masing Lencana pangkat terletak pada `apaulet’ berwarna kuning emas Butang berwarna kuning emas yang mempunyai lambang tentera darat. `aiguilette’ & Buah pingat bintang

BUSH JACKET (NO 2)

Pakaian ini dipakai apabila menjalankan tugas-tugas rasmi tentera atau di dalam keadaan tertentu di mana pakaian ini perlu dipakai.

Peak cap & Paraphernalia Baju dan seluar berwarna hijau tua Kasut jenis `brogue’ Tongkat dipakai bersama pakaian ini dan bagi anggota kor armor

diraja memakai whip Lencana pangkat terletak pada `apaulet’ jenis `slip on’ berwarna hijau

tua Lencana kolar mengikut kor atau rejimen masing-masing Lencana bahu dipakai dibelibir bahu baju dengan pelapik warna

pasukan (ia hanya dipakai oleh anggota ramd) Lanyard & Lambang formasi Butang td berwarna kuning emas Lencana nama berwarna hitam dan tulisan berwarna putih Pingat/bintang dalam bentuk riben

Page 16: NOTA Chapter 1

Bab 1 – Kemahiran Khusus (AR201 Askar Wataniah PMU) 16

PAKAIAN KERJA (N0 3)

Pakaian ini dipakai oleh semua pegawai lelaki Tentera Darat apabila menjalankan tugas-tugas di pejabat atau di dalam tugas seharian yang bukan berbentuk latihan atau operasi. Beret dan warnanya mengikut kor atau rejimen masing-masing. Bagi SMR

memakai peak cap Baju berwarna hijau muda & Seluar berwarna hijau tua Kasut dari jenis `brogue’ untuk pegawai manakala bagi pw ii kebawah

memakai kasut potong jenis kulit. Smr akan memakai kasut kawad Sam browne hanya dipakai oleh SMR Paraphernalia Lencana pangkat bagi pegawai jenis `slip on’ dipakai dibahu kiri dan kanan Lencana kolar mengikut kor atau rejimen masing-masing Lencana bahu dipakai dibelibir bahu baju dengan pelapik warna pasukan (ia

hanya dipakai oleh anggota RAMD) Lanyard berwarna merah dan dipakai di bahu sebelah kanan oleh pegawai Lencana nama berwarna hitam dan tulisan berwarna putih Pingat dalam bentuk riben & Tongkat dipakai oleh pegawai

PAKAIAN KAWAD (N0 4 A)

Beret dan warnanya mengikut kor atau rejimen masing-masing. Bagi smr memakai peak cap

Baju dan seluar berwarna hijau tua Kasut kawad Sam browne oleh pegawai dan SMR Tongkat dipakai oleh pegawai dan PW II Paraphernalia Lencana pangkat bagi pegawai jenis `slip on’ dipakai dibahu kiri dan kanan Lencana kolar mengikut kor atau rejimen masing-masing Lencana bahu dipakai dibelibir bahu baju dengan pelapik warna pasukan (ia

hanya dipakai oleh anggota ramd) Lanyard berwarna merah dan dipakai di bahu sebelah kanan Lambang formasi berpandu kepada formasi dimana pasukan tersebut berada Lencana nama berwarna hitam dan tulisan berwarna putih Pingat dalam bentuk riben

Page 17: NOTA Chapter 1

Bab 1 – Kemahiran Khusus (AR201 Askar Wataniah PMU) 17

PAKAIAN KAWAD (N0 4 B)

Beret dan warnanya mengikut kor atau rejimen masing-masing

Baju dan seluar berwarna hijau tua Kasut spike Paraphernalia Lencana pangkat bagi pegawai jenis `slip on’ dipakai

dibahu kiri dan kanan Lencana bahu dipakai dibelibir bahu baju dengan pelapik

warna pasukan (ia hanya dipakai oleh anggota ramd) Lanyard dipakai oleh peg dan llp berpangkat lkpl ke atas. Lambang formasi berpandu kepada formasi dimana

pasukan tersebut berada. Lencana kor jenis sulaman berwarna hijau tua Talipinggang jenis pattern 70

PAKAIAN CELORENG (N0 5)

Pakaian kepala bergantung kepada bentuk penugasan samada topi celoreng, helmet ballastik ataupun beret

Jacket dan seluar bercorak celoreng harimau belang Kasut spike Lencana pangkat bagi pegawai dibuat secara sulaman

keatas kain celoreng yang sama dipakai dibahu kiri dan kanan.

Lencana nama dibuat secara sulaman keatas kain celoreng yang diterbalikkan

Lencana kor dibuat secara sulaman ke atas kain celoreng yang diterbalikkan

Peralatan temporo `Pack’o `Pouches'o `Brasses’o Talipinggang pattern 70o Botol air

Page 18: NOTA Chapter 1

1.3.3 Sd1.3.4

1.4 sd

Bab 1 – Kemahiran Khusus (AR201 Askar Wataniah PMU) 18

Page 19: NOTA Chapter 1

2.0 ASA

Bab 1 – Kemahiran Khusus (AR201 Askar Wataniah PMU) 19