ceramah stress

6
CERAMAH STRESS APA ITU STRESS Mengikut Hans Selye iaitu pengasas teori stress menyatakan stress itu merupakan suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.Bebanan ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa2 perubahan dalam hidup seseorang. Stress adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan. Stress boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira umur, jantina, bangsa atau agama. Stress dibahagikan kepada dua iaitu eustress iaitu stress yang positif dan distress iaitu stress yang negative atau memudaratkan. Contohnya peristiwa stress iaitu putus cinta. Bagi pelajar yang eustress, mereka menganggap itu bukan jodoh terbaik untuk mereka, jadi mereka tak rasa kecewa yang mendalam. Bagi pelajar yang distress, apabila putus cinta mereka akan rasa sangat rendah diri, rasa tidak disayangi, rasa kecewa yang amat sangat sebabb ditinggalkan dan boleh menyebabkan kemurungan atau bunuh diri. TANDA2 @ SIMPTOM STRESS 1. Fizikal -> keletihan, pening kepala, susah tidur, sakit2 badan di kawasan bahu dan belakang, degupan jantung yang kuat, sakit dada, meloya ( rasa nak muntah ) ketar badan, sejuk tangan dan berpeluh.

Upload: hamidah-baharum

Post on 12-Dec-2015

20 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ceramah Stress

CERAMAH STRESS

APA ITU STRESS

Mengikut Hans Selye iaitu pengasas teori stress menyatakan stress itu merupakan suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.Bebanan ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa2 perubahan dalam hidup seseorang. Stress adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan. Stress boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira umur, jantina, bangsa atau agama.

Stress dibahagikan kepada dua iaitu eustress iaitu stress yang positif dan distress iaitu stress yang negative atau memudaratkan. Contohnya peristiwa stress iaitu putus cinta. Bagi pelajar yang eustress, mereka menganggap itu bukan jodoh terbaik untuk mereka, jadi mereka tak rasa kecewa yang mendalam. Bagi pelajar yang distress, apabila putus cinta mereka akan rasa sangat rendah diri, rasa tidak disayangi, rasa kecewa yang amat sangat sebabb ditinggalkan dan boleh menyebabkan kemurungan atau bunuh diri.

TANDA2 @ SIMPTOM STRESS

1. Fizikal -> keletihan, pening kepala, susah tidur, sakit2 badan di kawasan bahu dan belakang, degupan jantung yang kuat, sakit dada, meloya ( rasa nak muntah ) ketar badan, sejuk tangan dan berpeluh.

2. Mental -> Hilang tumpuan, mudah lupa, susah buat keputusan, tidak boleh berfikir, fikuran bercelaru dan tak boleh nak berjenaka.

3. Emosi -> Risau yang melampau, sentiasa bimbang, sugul , marah, mudah kecewa, sentiasa takut, sensitive, mudah hilang sabar dan panas baran.

4. Tingkahlaku -> Keluh kesah, suka gigit kuku, menggedik2 kaki, makan berlebihan, merokok, minum arak, menjerit2, maki hamun & bertindak agresif.

Page 2: Ceramah Stress

PUNCA STRESS

1. Diri sendiriCth : mempunyai cita-cita yang terlampau tinggi tapi tak mampu menggapai cita-cita, takut untuk gagal, harga diri yang rendah, kurang keyakinan diri.

2. PsikologiContohnya jenis personality, tragedi ( banjir, kena rogol, kena culik ), kehilangan orang yang tersayang.

3. Biologi Contoh mempunyai penyakit fizikal yang kronik, perubahan pada tubuh ( lahir sempurna, terlibat dengan kebakaran, seluruh badan terbakar ), kecederaan, tidak cukup rehat.

4. SosialContoh berpindah randah ( boleh menyebabkan sukar hadapi sesuatu iklim yang baru ), konflik penceraian, bermasalah dengan rakan atau guru kejiranan yang bermasalah atau kurang selamat (ketagihan dadah dan alcohol ), kekurangan dari sosio ekonomi ( rumah sempit, tidak selesa, tiada tempat bermain dll )

KESAN STRESS TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK

Bagi pelajar yang bermotivasi tinggi, stress yang berpunca daripada beban belajar yang tinggi menjadikan mereka pelajar yang cemerlang. Namun bagi pelajar yang lemah, mereka akan rasa cepat bosan dan tidak fokus kepada pdp dan merekalah akan tergolong dalam pelajar yang gagal.

KESAN STRESS KEPADA KESIHATAN

1. Sakit jantung, angina ahmar - Bila stress akan menambahkan asid lemak dalam darah dan ia bertukar menjadi lemak asli dan kolestrol. Bila keadaan ini berlaku, ia akan menutupi saluran pembuluh darah.

2. Imsomnia @ susah nak tidur – apabila pemikiran tidak tenteram, menyebabkan seseorang itu sukar untuk tidur.

Page 3: Ceramah Stress

3. Kencing manis – tekanan akan menambahkan kadar gula di dalm darah dan ini boleh menbawa kepada penyakit kencing manis

4. Gastrik dan Ulser - terjadi sebab peningkatan pengeluaran asid menganggu sistem penghadaman.

5. Infeksi atau jangkitan kuman - stress mampu menyebabkan pengeluaran ‘catecholamines’ epinephrine dan norepinephrine ke dalam darah. Bahan ini akan melemahkan sistem pertahanan badan dan memudahkan kuman menyerang dan menyebabkan penyakit.

6. Asma – apabila sistem pertahanan badan lemah, boleh menyebabkan lelah/asma.

7. Kemurungan – Kemurungan merupakan satu penyakit yang semakin melarat di Negara kita , Norhayati yaakob 2013 dalam kajian Faktor Kemurungan Pelajar Darjah 4, 5 dan 6 di 3 buah sekolah agama Johor Baharu. Antara ciri-ciri kemurungan dapat dilihat dalam 9 perkara iaitu :

a. Hilang minat kepada sesuatu perkara yang disukai.b. Rasa sedih dan kesunyian yang amat sangat.c. Mudah menangis tanpa sebab -- HISTERIAd. Hilang daya atau tenaga. Rasa sangat lemah. Hamper putus asa.e. Rasa bersalah sangatf. Hilang selera makan dan berlaku penurunan berat badan yang ketara.g. Rasa mati itu lebih baik dan sentiasa berfikir jalan untuk mati.h. Buntu untuk buat keputusan.i. Sukar untuk tidur.

8. HISTERIAa. Paling utama ia disebabkan oleh kurang perhatian dan kasih sayang.b. Kurang menerapkan ilmu agama sebagai amalan harian.c. Gangguan makhluk halus kepada perempuan/wanita yang sedang haid @

lemah semangat.

Page 4: Ceramah Stress

KESAN STRESS TERHADAP TINGKAH LAKU.

1. Ponteng kelas atau sekolah.2. Melawan cakap guru.3. Bergaduh atau cari pasal dengan guru atau pelajar lain.4. Mencuri5. Terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah

CARA TANGANI STRESS DENGAN SOLAT/ MEDITASI

melihat dari sudut islam , menyatakan stress ini merupakan satu penyakit jiwa yang perlu ditangani. Disini beliau melihat manusia dengan agama merupakan perkara yang tidak dapat dipisahkan. Tanpa agama jiwa manusia tidak dapat ketenangan dan kebahagian dalam hidup. Diunjurkan kepada pelajar islam agar tidak sesekali meninggalkan solat. Jika masih tidak tahu solat, carilah guru agama yang boleh membimbing anda untuk solat. Untuk belajar jangan ada rasa malu dan rasa sudah terlambat. Mengikut kajian Danial Zainal Abidin 2009, stress yang melanda manusia dapat diubat dengan solat, ini kerana solat mengandungi zikir dan zikir sekiranya dilakukan dengan khusyuk, ia mampu mendamaikan hati.

Bagi pelajar bukan muslim, boleh menggunakan kaedah meditasi yang dipercayai mampu mencapai ketenangan mental dan seterusnya mengubah tahap kesedaran seseorang. Antara teknik meditasi yang biasa diamalkan adalah yoga.

TANGANI STRESS DENGAN CORAK GAYA SIHAT.

Luangkan masa untuk bersenam, berjogging dan lain2 aktiviti riadah. Apabila badan sihat , automatic otak dan minda pon sihat.

Luangkan masa berkualiti dengan keluarga. Masukkan unsur-unsur jenaka dalam perbualan bersama keluarga atau rakan agar hubungan yang ada sentiasa ceria.

Tinggalkan aktiviti tidak berfaedah seperti merempit, tidur lewat malam, minum arak atau terlibat dengan penggunaan dadah.