ceramah guru dan perundangan

8
1.0 PENGENALAN Bengkel guru dan perundangan adalah satu topik yang menarik dijadikan bahan LADAP kerana isu guru dari pelbagai sudut termasuk perundangan, tindakan tatatertib dan sebagainya jarang diambil secara serius oleh seorang insan yang bergelar pendidik. Malah ramai di kalangan guru yang tidak tahu bagaimana cara untuk merujuk atau mencari bahan yang berkaitan perundangan . Pelbagai masalah yang berlaku dikalangan pendidik semasa ini di antaranya murid cedera sewaktu sesi pdp , murid dan guru terlibat dalam kemalangan sewaktu aktiviti di luar sekolah. Oleh itu, bengkel guru dan perundangan selama 2 jam di sekolah mampu memberi pengetahuan yang mendalam terhadap guru. 2.0 TUJUAN Kursus ini bermatlamat untuk melahirkan guru yang tahu mengenai hak mereka dan tahu cara untuk menguruskan sesuatu isu andainya meraka terlibat dengan sesuatu kes yang serius .Malah tujuan kursus ini juga adalah untuk memenuhi sukatan BIG semester 5 selama 2 jam. Selain itu,program seumpama ini boleh di masukkan sebagai LADAP dalaman sekolah. 3.0 LATAR BELAKANG Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua pelajar Program Pensiswazahan Guru kohort 2 fasa 4 semester 5 selama 2 jam wajib dilaksanakan oleh guru PPG. Perlaksanaan bengkel BIG ini mampu membantu guru memberi pengetahuan dan informasi semasa terhadap guru mengenai pelbagai masalah yang dihadapi oleh guru dalam kes yang melibatkan perundangan.

Upload: mizie-hj-ahmad

Post on 19-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ceramah Guru Dan Perundangan

1.0 PENGENALAN

Bengkel guru dan perundangan adalah satu topik yang menarik dijadikan bahan LADAP

kerana isu guru dari pelbagai sudut termasuk perundangan, tindakan tatatertib dan

sebagainya jarang diambil secara serius oleh seorang insan yang bergelar pendidik.

Malah ramai di kalangan guru yang tidak tahu bagaimana cara untuk merujuk atau

mencari bahan yang berkaitan perundangan . Pelbagai masalah yang berlaku

dikalangan pendidik semasa ini di antaranya murid cedera sewaktu sesi pdp , murid

dan guru terlibat dalam kemalangan sewaktu aktiviti di luar sekolah. Oleh itu, bengkel

guru dan perundangan selama 2 jam di sekolah mampu memberi pengetahuan yang

mendalam terhadap guru.

2.0 TUJUAN

Kursus ini bermatlamat untuk melahirkan guru yang tahu mengenai hak mereka

dan tahu cara untuk menguruskan sesuatu isu andainya meraka terlibat dengan

sesuatu kes yang serius .Malah tujuan kursus ini juga adalah untuk memenuhi sukatan

BIG semester 5 selama 2 jam. Selain itu,program seumpama ini boleh di masukkan

sebagai LADAP dalaman sekolah.

3.0 LATAR BELAKANG

Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua pelajar Program

Pensiswazahan Guru kohort 2 fasa 4 semester 5 selama 2 jam wajib dilaksanakan oleh

guru PPG. Perlaksanaan bengkel BIG ini mampu membantu guru memberi

pengetahuan dan informasi semasa terhadap guru mengenai pelbagai masalah yang

dihadapi oleh guru dalam kes yang melibatkan perundangan.

Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion

keguruan pada masa kini berisiko untuk diambil tindakan oleh ibu bapa atau penjaga.

Oleh itu, program ini sedikit sebanyak dapat memberi ilmu baharu dan pengetahuan

mengenai bagaimana seseorang guru itu boleh diambil tindakan.

Page 2: Ceramah Guru Dan Perundangan

Malah program seumpama ini mampu melahirkan seorang guru yang

bertanggungjawab dalam setiap langkah atau prosedur-prosedur tertentu sewaktu

mengendalikan sesuatu aktiviti. Baik di dalam sekolah mahupun di luar waktu

persekolahan.

4.0 OBJEKTIF:

Pengisian kurikulum BIG semester 5 ialah Bengkel Guru Dan Perundangan

yang bertujuan memberi pendedahan kepada guru mengenai perundangan

dalam bentuk pelbagai masalah seperti kemalangan yanmg melibatkan murid,

kes saman dari ibu bapa atau penjaga kepada guru serta pelbagai lagi isu

semasa yang membabaitkan guru .

Menyediakan guru yang lebih bersikap berhati hati dan megikut prosedur atau

langkah langkah yang sewajarnya sewaktu menjalankan sesuatu aktiviti di dalam

sekolah mahupun luar sekolah.

Memdedahkan dengan pelbagi kes dan isu terkini melibatkan guru.

5.0 PERLAKSANAAN PROGRAM

Bengkel ini akan diadakan pada hari Sabtu bertarikh 8 Mac 2015 bermula jam

9.00 pagi.hingga 11.00 pagi .(2 jam)

6.0 TEMPAT PERLAKSANAAN

Dewan Seri Melati IPG Ipoh, Hulu Kinta, 31150 Ipoh

7.0 KUMPULAN SASARAN

Semua perserta big seramai 14 orang

8.0 KELEBIHAN PROGRAM

Melalui program bengkel Bina Insan Guru Fasa V ini, banyak kelebihan dan

manfaat yang diperolehi. Antaranya ialah :

Page 3: Ceramah Guru Dan Perundangan

Dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif di kalangan peserta.

Dapat meningkatkan keyakinan diri para peserta.

Memupuk semangat berpasukan dan berkerjasama di kalangan pelajar.

Dapat menerapkan unsur-unsur positif berkaitan bidang perguruan di

kalangan pelajar.

Melahirkan insan guru yang bersedia dari segi fizikal dan mental.

Ativiti yang dijalankan sangat bersesuaian dengan objektif program.

Memberikan maklumat yang mendalam mengenai perundangan dalam

perguruan terhadap semua pelajar bakal guru.

9.0 KELEMAHAN PROGRAM

Namun begitu, program Bina Insan Guru ini juga mempunyai kekurangannya

yang tersendiri iaitu:

Ceramah yang dilakukan mengikut kumpulan kuliah menyebabkan pelajar

kurang berinteraksi antara satu sama lain.

Aktiviti yang dijalankan di dewan memberikan suasana yang biasa dan

membosankan pelajar.

Masa yang suntuk menyebabkan banyak perkara tidak dapat dikongsi oleh

penceramah dengan pelajar.

Antara perkara yang disampaikan oleh penceramah mengenai Guru dan

Perundangan ialah seperti berikut :-

Page 4: Ceramah Guru Dan Perundangan

Aspek perundangan dalam pengurusan murid (rujukan guru untuk lakukan

apa-apa tugas):

- Surat Pekeliling Ikhtisas

- Surat Pekeliling Perkhidmatan

- Surat Perintah Am

Surat Pekeliling: Minggu pertama/ minggu ketiga, atau minggu kedua/

minggu keempat (satu hari sahaja dalam cuti minggu boleh berkhidmat).

Jika guru dipaksa bertugas melebihi 6 hari seminggu berturut-turut, guru

boleh membuat surat tidak dapat hadir untuk berkhidmat. Dan Guru Besar

boleh dikenakan tindakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah.

Guru tiada hak untuk memukul murid.

Kesalahan guru yang melibatkan denda melebihi RM2000 dengan niat

akan dikenakan tindakan pecat.

Guru boleh didenda jika ibu bapa rasa terhina dengan tindakan guru

menghukum murid walaupun dengan hukuman yang ringan.

Guru hanya boleh memberi amaran bertulis sahaja kepada murid

maksima sebanyak 5 kali dan seterusnya menyerahkan murid kepada

Guru Disiplin untuk diambil tindakan.

Guru tidak boleh mengugut murid dan memotong markah merit murid

sesuka hati.

Murid mempunyai hak kebebasan berpakaian iaitu murid boleh memakai

serban jika tiada peraturan sekolah yang melarang.

Undang-Undang Tort dan Cuai (Negligence) /(saman sivil):

- Diwujudkan sebagai cara untuk ubati atau membayar ganti rugi

kepada individu yang mendapat kerugian.

- Undang-undang ini terbahagi kepada dua iaitu diniatkan dan

kecuaian.

- Prinsip Tort: setiap manusia adalah bertanggungjawab terhadap

apa-apa tindakan.

Page 5: Ceramah Guru Dan Perundangan

- Liabiliti Tort: kecederaan kepada individu, kemusnahan harta

benda dan kehilangan maruah atau harga diri.

Pelbagai perkara telah dibincangkan dalam ceramah tersebut memberikan

manfaat kepada para pelajar. Ceramah tersebut tamat pada jam 11.00 pagi.

Page 6: Ceramah Guru Dan Perundangan