badan perundangan

22
Badan perundangan Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah , gelintar Dewan Pertuanan di Istana Westminster merupakan salah satu daripada dua dewan di United Kingdom Badan perundangan ialah sejenis majlis perundingan perwakilan yang memiliki kuasa untuk menggubal , meminda dan meratifikasi undang-undang . Ia dikenali dengan banyak nama, dengan yang paling umum merupakan parlimen dan kongres , walaupun istilah-istilah itu juga membawa pengertian yang lebih khusus. Dalam sistem berparlimen , badan perundangan ialah badan yang tertinggi dan yang melantik cabang eksekutif . Sebaliknya, dalam sistem berpresiden , badan perundangan dianggap sebagai cabang tersendiri yang kuasanya sama sahaja dengan cabang eksekutif. Selain daripada menggubal undang-undang, badan perundangan biasanya mempunyai kuasa tersendiri untuk menaikkan cukai dan menerapkan belanjawan serta rang undang-undang wang yang lain. Kebenaran dewan perundangan juga biasanya diperlukan sebelum mengikat perjanjian perdamaian atau mengisytiharkan perang . Komponen utama badan perundangan merupakan satu atau lebih dewan yang mendebatkan dan menerima rang undang-undang melalui undi. Badan perundangan yang memiliki hanya satu dewan dikenali sebagai ekadewan . Badan perundangan dwidewan terdiri daripada dua dewan yang berasingan, biasanya diperihalkan sebagai Dewan Pertuanan dan Dewan Rakyat . Tugas, kuasa, dan kaedah yang digunakan untuk memilih anggota adalah tidak sama untuk kedua-dua dewan tersebut. Badan perundangan tridewan jarang ditemui, dengan yang paling terkini wujud semasa tahun-tahun kuasa berkurang pemerintahan minoriti orang kulit putih di Afrika Selatan . Dalam kebanyakan sistem berparlimen , Dewan Rakyat ialah dewan yang lebih berkuasa, manakala Dewan Pertuanan hanya merupakan dewan penasihat atau kajian semula. Bagaimanapun, dalam sistem berpresiden ,

Upload: pinkygurlnadia7387

Post on 15-Jun-2015

3.011 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Badan perundangan

Badan perundanganDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Dewan Pertuanan di Istana Westminster merupakan salah satu daripada dua dewan di United Kingdom

Badan perundangan ialah sejenis majlis perundingan perwakilan yang memiliki kuasa untuk menggubal, meminda dan meratifikasi undang-undang. Ia dikenali dengan banyak nama, dengan yang paling umum merupakan parlimen dan kongres, walaupun istilah-istilah itu juga membawa pengertian yang lebih khusus. Dalam sistem berparlimen, badan perundangan ialah badan yang tertinggi dan yang melantik cabang eksekutif. Sebaliknya, dalam sistem berpresiden, badan perundangan dianggap sebagai cabang tersendiri yang kuasanya sama sahaja dengan cabang eksekutif. Selain daripada menggubal undang-undang, badan perundangan biasanya mempunyai kuasa tersendiri untuk menaikkan cukai dan menerapkan belanjawan serta rang undang-undang wang yang lain. Kebenaran dewan perundangan juga biasanya diperlukan sebelum mengikat perjanjian perdamaian atau mengisytiharkan perang.

Komponen utama badan perundangan merupakan satu atau lebih dewan yang mendebatkan dan menerima rang undang-undang melalui undi. Badan perundangan yang memiliki hanya satu dewan dikenali sebagai ekadewan. Badan perundangan dwidewan terdiri daripada dua dewan yang berasingan, biasanya diperihalkan sebagai Dewan Pertuanan dan Dewan Rakyat. Tugas, kuasa, dan kaedah yang digunakan untuk memilih anggota adalah tidak sama untuk kedua-dua dewan tersebut. Badan perundangan tridewan jarang ditemui, dengan yang paling terkini wujud semasa tahun-tahun kuasa berkurang pemerintahan minoriti orang kulit putih di Afrika Selatan.

Dalam kebanyakan sistem berparlimen, Dewan Rakyat ialah dewan yang lebih berkuasa, manakala Dewan Pertuanan hanya merupakan dewan penasihat atau kajian semula. Bagaimanapun, dalam sistem berpresiden, kuasa kedua-dua dewan seringnya adalah serupa atau sama. Dalam persekutuan, Dewan Pertuanan biasanya mewakili negeri-negeri komponen,

Page 2: Badan perundangan

dengan keadaan yang sama diamalkan oleh dewan perundangan supranasional di Kesatuan Eropah. Bagi tujuan ini, anggota Dewan Pertuanan:

terdiri daripada wakil kerajaan negeri, sebagaimana dengan Kesatuan Eropah dan Jerman serta juga Amerika Syarikat sebelum tahun 1913; atau

dipilih menepati formula yang memberikan perwakilan yang sama kepada negeri-negeri yang kecil jumlah penduduknya, sebagaimana dengan Australia dan Amerika Syarikat moden.

Dewan Rakyat MalaysiaDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

(Dilencongkan dari Dewan Rakyat)Lompat ke: pandu arah, gelintar

Dewan Rakyat

Jenis Dewan Rendah

Yang di-PertuaDewan Rakyat

Tan Sri Pandikar Amin Mulia, BNsejak 29 April 2008

Anggota 222

Page 3: Badan perundangan

Parti politik Barisan Nasional (140)Pakatan Rakyat (81)Bebas (1)

Pilihanraya terakhir 8 Mac 2008

Tempat Persidangan Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur

Laman web http://www.parlimen.gov.my

Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:

Politik dan kerajaanMalaysia

Kerajaan[papar]

Eksekutif[papar]

Perundangan[papar]

Badan Kehakiman[papar]

Pilihan raya[papar]

Hubungan luar[papar]

Bahagian-bahagian[papar]

Negara-negara lain · Atlas

 Portal   Politik papar • bincang • sunting

Page 4: Badan perundangan

Dewan Rakyat ialah dewan rendah bagi Parlimen Malaysia. Semua rang undang-undang perlulah diluluskan oleh kedua-dua dewan parlimen - Dewan Rakyat dan Dewan Negara - sebelum dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan diraja.[1] Ahli-ahli Dewan Rakyat juga dikenali sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Yang Berhormat. Sepertimana Dewan Negara, Dewan Rakyat bersidang di Bangunan Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur.

Tugas

Status Dewan Rakyat diterangkan di dalam Perlembagaan Persekutuan seperti berikut: "Kuasa perundangan Persekutuan hendaklah terletak hak pada Parlimen yang hendaklah terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Negara dan Dewan Rakyat."[2] Kuasa memanggil dewan bersidang dijelaskan di dalam Perlembagaan sebagai hak dan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong. Baginda tidak boleh membiarkan enam bulan dari tarikh terakhir persidangan berlalu tanpa ada tarikh tetap untuk sesi bersidang seterusnya.[3]

[sunting] Pembubaran

Dewan Rakyat bersidang selama maksimum lima tahun dan kemudian terbubar sendiri melainkan jika dibubarkan lebih awal dari itu.[4] Kuasa pembubaran ini terletak di bawah budi bicara Yang di-Pertuan Agong.[5] Baginda boleh membubarkan parlimen walaupun sesi perkhidmatannya masih lagi awal ataupun jika Perdana Menteri tidak lagi memiliki keyakinan dan kepercayaan majoriti ahli-ahli dewan kerana tewas samada melalui undi percaya atau meluluskan belanjawan. Namun begitu, Yang di-Pertuan Agong juga boleh melantik seorang ahli parlimen lain yang menurut budi bicaranya boleh memiliki keyakinan dan kepercayaan ahli-ahli dewan lain.[6][7]

Perdana Menteri, yang lazimnya mengetuai parti politik atau kumpulan parlimen yang memiliki jumlah kerusi terbanyak bertanggungjawab mengetuai badan eksekutif yang mentadbir negara ini. Beliau turut berhak melantik ahli daripada kedua-dua dewan di parlimen untuk menganggotai Jemaah Menteri.[8] Badan eksekutif ini berperanan membawa atau mencadangkan satu-satu undang-undang untuk dibahas, dikaji dan diluluskan oleh parlimen.

[sunting] Hak istimewa

Ahli-ahli Parlimen diberi kebebasan dan keistimewaan untuk memperkatakan sesuatu perkara tanpa rasa gusar atau dikecam di luar dewan;[9] satu-satunya badan yang boleh mengecam seseorang ahli parlimen ialah Jawatankuasa Parlimen bagi Hak dan Kebebasan. Kekebalan parlimen ini berkuatkuasa serta-merta setelah seseorang itu mengangkat sumpah menjadi ahli parlimen dan hanya boleh digunapakai ketika ahli tersebut dibenarkan bersuara. Kekebalan ini tidak boleh dipakai ke atas kenyataan-kenyataan yang dibuat di luar dewan. Satu pindaan telah dibuat di bawah Perkara 63 Perlembagaan berikutan Peristiwa 13 Mei dengan penambahan Perenggan 4 yang menidakkan Fasal 2 Perlembagaan yang secara amnya memberikan hak-hak kebebasan asasi. Perenggan 4 itu menerangkan bahawa sesiapapun termasuk ahli Parlimen yang berucap di Dewan Rakyat boleh didakwa jika melakukan kesalahan di bawah Fasal 4 Perkara 10

Page 5: Badan perundangan

atau di bawah Akta Hasutan 1948.[10] Selain itu ahli-ahli Parlimen juga kehilangan hak-hak istimewanya jika menganjurkan penghapusan kedudukan Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja di negeri-negeri.[11]

[sunting] Proses menggubal undang-undang

Sesebuah undang-undang yang ingin dicadangkan mestilah disediakan rangkanya terlebih dahulu - kebiasaannya oleh Jemaah Menteri atau sesebuah kementerian dengan dibantu oleh Jabatan Peguam Negara. Rangka tersebut yang dikenali sebaga rang undang-undang kemudiannya dikaji dan dibincang bersama-sama oleh Jemaah Menteri. Jika diputuskan untuk dicadangkan ke parlimen, rang itu kemudiannya akan diagih-agihkan kepada semua ahli-ahli dewan rakyat.

Rang ini akan melalui tiga bacaan dalam persidangan Dewan Rakyat.

1. Bacaan pertama adalah untuk memperkenalkan rang undang-undang tersebut.2. Bacaan kedua untuk dibincang dan dibahas oleh ahli-ahli yang berhormat.3. Bacaan ketiga akan dicadangkan oleh menteri atau timbalannya untuk dibuat satu undian ke

atas rang undang-undang ini.

Kebanyakan undang-undang hanya memerlukan sokongan majoriti mudah untuk diluluskan. Namun, dalam beberapa keadaan, majorit dua pertiga adalah diperlukan, seperti dalam hal-hal berkaitan meminda perlembagaan. Setelah diluluskan oleh Dewan Rakyat rang undang-undang itu kemudiannya dihantar ke Dewan Negara dan tiga bacaan yang diterangkan sebelum ini akan dilakukan sekali lagi. Dewan Negara boleh bertindak untuk tidak meluluskan satu-satu rang undang-undang. Walaubagaimanapun, langkah ini hanya melambat-lambatkan kelulusan dibuat selalunya selama sebulan dan kadang-kadang setahun. Setelah tempoh ini tamat, rang undang-undang in dianggap telah diluluskan oleh Dewan Negara.

Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur yang menempatkan Dewan Rakyat.

Jika diluluskan, rang undang-undang itu akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk dipertimbangkan dalam tempoh 30 hari. Jika baginda tidak bersetuju, rang undang-undang itu akan dikembalikan ke parlimen bersama-sama dengan beberapa cadangan pindaan. Parlimen

Page 6: Badan perundangan

kemudiannya harus mengkaji semula rang undang-undang tersebut dan pindaanya dan mengembalikannya semula kepada Yang di-Pertuan Agong jika rang undang-undang itu diluluskan semula. Yang di-Pertuan Agong mempunyai 30 hari lagi untuk memberikan perkenan diraja. Setelah tempoh itu, rang undang-undang tersebut dianggap telah diluluskan sebagai undang-undang yang boleh berkuatkuasa. Undang-undang ini hanya akan berkuatkuasa setelah dimasyhurkan di dalam Warta Kerajaan.[12]

Kerajaan sering memelihara kerahsiaan sesebuah rang undang-undang yang akan dibahaskan. Ahli-ahli parlimen sering menerima salinan rang undang-undang beberapa hari sebelum dibahaskan dan akhbar-akhbar tempatan jarang menerima salinan tersebut. Dalam sesetengah kes, ahli-ahli dewan pernah diberikan salinan pada hari yang sama sesebuah rang undang-undang itu dibentang di parlimen. Contoh terbaik adalah sewaktu Pindaan Perlembagaan 1968 yang dilakukan tiga bacaan pada hari yang sama. Dalam kes yang agak jarang berlaku, kerajaan pernah mengeluarkan satu Kertas Putih yang mengandungi cadangan-cadangan kerajaan yang akhirnya diluluskan sebagai undang-undang. Kes ini merujuk kepada penggubalan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

[sunting] Rang Undang-undang Persendirian

Proses sebelum ini hanya menerangkan langkah-langkah sesebuah undang-undang itu dibawa oleh pihak kerajaan. Namun begitu, wujud satu lagi proses yang dipanggil Rang Undang-undang Persendirian yang memberi peluang kepada ahli-ahli dewan mencadangkan undang-undang baru untuk dibahas di parlimen. Walaupunbegitu, sebagaimana yang sering menjadi amalan di dalam sistem parlimen ala Westminster, hanya sedikit bilangan ahli parlimen yang pernah memperkenalkan rang undang-undang. Proses ini dimulakan dengan ahli yang terbabit memohon dewan untuk berhenti daripada meneruskan persidangan bagi membahaskan rang undang-undang yang ingin dibawanya sebelum diputuskan dalam undian. Senator dari Dewan Negara juga dibenarkan untuk mencadangkan rang undang-undang di parlimen. Tetapi hanya wakil kerajaan sahaja dibenarkan mencadangkan rang undang-undang berkaitan hal-ehwal kewangan dan ini perlu dilakukan di Dewan Rakyat terlebih dahulu.[13]

Seringkali sesebuah rang undang-undang yang dicadangkan oleh wakil pembangkang, yang harus menggunakan Rang undang-undang Persendirian, sering dipandang remeh oleh parlimen. Sesetengahnya sampai pernah mendakwa bahawa hak-hak ahli parlimen untuk mencadangkan rang undang-undang telah dihalang melalui pindaan terhadap Aturan Urusan Mesyuarat yang membenarkan Yang di-Pertua dewan meminda cetakan ucapan ahli parlimen sebelum ianya dapat diucapkan.

[sunting] Keahlian

Setiap ahli Dewan Rakyat dipilih untuk mewakili satu kawasan parlimen melalui pilihanraya pelbagai parti. Kawasan ini ditentukan melalui pensempadanan kawasan pilihanraya yang dijalankan setiap lapan tahun sekali setelah dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya.[14] Pensempadanan semula kawasan parlimen ini hanya boleh diluluskan di Dewan Rakyat dengan mendapat sokongan daripada sekurang-kurang dua pertiga ahli-ahli dewan.

Page 7: Badan perundangan

Kelayakan menjadi ahli adalah seperti berikut:

warga negara Malaysia[15]

tidak kurang dari 21 tahun[16]

waras fikiran[17]

bukan seorang muflis[18]

tidak memegang jawatan berpendapatan[19]

telah menyerahkan apa-apa penyata perbelanjaan pilihan raya sebelum ini, jika pernah bertanding[20]

tidak mempunyai rekod jenayah[21]

Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa.[22]

Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.[23] Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.[24]

[sunting] Yang di-Pertua

Rencana utama: Yang di-Pertua Dewan Rakyat

Dewan Rakyat dipengerusikan oleh seorang Yang di-Pertua dan dibantu oleh dua orang Timbalan Yang di-Pertua. Yang di-Pertua tidak semestinya dipilih di kalangan ahli-ahli parlimen tetapi timbalan-timbalannya haruslah dipilih di kalangan anggota-anggota Dewan Rakyat yang lain.[25] Mereka berperanan besar mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat. Selain itu, Yang di-Pertua turut bertanggungjawab memastikan keadaan tenteram di parlimen selain berusaha sebaik mungkin utuk melicinkan perjalanan persidangan.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat bagi Parlimen ke-12 ketika ini ialah Tan Sri Pandikar Amin Mulia dari Barisan Nasional. Beliau, yang merupakan Speaker Dewan Rakyat yang ke-8 dan tidak mempunyai kerusi di parlimen adalah penjawat pertama dari negeri Sabah. Timbalan-timbalannya ialah Yang Berhormat Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar (Santubong-BN) dan Yang Berhormat Datuk Ronald Kiandee (Beluran-BN).

[sunting] Pilihan rayaRencana utama: Pilihan Raya Umum Malaysia

Ahli-ahli Dewan Rakyat berkhidmat selama maksimum lima tahun bagi satu-satu sesi parlimen. Selepas itu pilihanraya mesti diadakan bagi memilih ahli-ahli baru. Pembubaran parlimen hanya boleh dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong setelah mendapat nasihat daripada Perdana Menteri.

Page 8: Badan perundangan

Pengundi-pengundi akan memilih seorang wakil rakyat daripada setiap 222 bahagian pilihan raya.[26][27] Pilihanraya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang keahliannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong setelah selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.[28] Pemenang pilihanraya selalunya ditentukan menggunakan prinsip majoriti tertinggi - calon yang mendapat undi terbanyak berbanding calon-calon lain - yang turut diamalkan di dalam sistem berparlimen ala Westminster.[29]

Pilihanraya umum terakhir yang telah diadakan di Malaysia ialah pada 8 Mac 2008.

[sunting] Pembentukan kerajaan

Jemaah Menteri Malaysia bagi tahun 2006.

Parti politik atau gabungan parti-parti politik yang memenangi kerusi terbanyak di Dewan Rakyat berhak untuk membentuk kerajaan yang baru. Kerajaan akan diketuai oleh seorang ahli parlimen yang memiliki sokongan majoriti dewan dan beliau dipanggil Perdana Menteri. Namun begitu, Perdana Menteri Malaysia tidak dilantik oleh ahli-ahli parlimen. Jawatan ini hanya boleh dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan mengikut budi bicara baginda unuk memilih seorang ahli Dewan Rakyat yang dirasakan mendapat sokongan terbanyak ahli-ahli di Dewan Rakyat. Perdana Menteri Malaysia ketika ini ialah Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (Kepala Batas-BN).

Lihat juga: Perdana Menteri Malaysia untuk senarai Perdana Menteri Malaysia.

Menngikut tradisi berparlimen Westminster, seorang ahli Dewan Rakyat yang memiliki sokongan terbanyak golongan minoriti di parlimen akan memain peranan sebagai Ketua Pembangkang. Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia Ke-12 ialah Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh-PKR). Beliau telah memenangi kerusi parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008. Beliau menggantikan Ketua Pembangkang terdahulu, Ahli Parlimen P44 Permatang Pauh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatannya pada 31 Julai 2008. Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail merupakan wanita pertama di Malaysia yang diberi penghormatan menjawat jawatan sebagai Ketua Pembangkang.[30]

[sunting] Pilihan raya kecil

Page 9: Badan perundangan

Peta kawasan pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri N11 Ijok. Pilihan raya kecil Ijok yang diadakan pada tahun 2007 menyaksikan pertandingan hebat di antara calon parti kerajaan dan pembangkang.

Mengikut Undang-undang Pilihanraya, jika seseorang Ahli Parlimen terpaksa mengosongkan kerusinya dengan apa jua sebab sekalipun sewaktu Dewan Rakyat berada di awal sesi perkhidmatannya dan tidak kurang daripada dua tahun sebelum dewan terbubar, satu pilihan raya kecil perlu diadakan bagi memenuhi kekosongan tersebut. Jika kekosongan itu berlaku kurang dari dua tahun sebelum dewan terbubar pula, pilihanraya kecil hanya boleh diadakan jika Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah memastikan bahawa sokongan majoriti terhadap parti kerajaan telah terjejas.[31] Proses dan penganjuran satu pilihan raya kecil adalah sama seperti pilihan raya umum dijalankan. Kebanyakan pilihan raya kecil adalah kurang penting kerana kerajaan seringkali memiliki majoriti stabil di Dewan Rakyat. Namun begitu, pilihan raya kecil boleh dijadikan kayu pengukur terhadap prestasi semasa kerajaan.

Dewan NegaraDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Ahli Dewan Negara bersidang di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.

Dewan Negara ialah senat bagi Persekutuan Malaysia. Ia bertindak sebagai dewan perwakilan rakyat yang tertinggi di Malaysia. Dewan Negara merupakan salah satu daripada dua dewan dalam Parlimen, satu laginya dikenali sebagai Dewan Rakyat. Seramai 69 ahli Dewan Negara

Page 10: Badan perundangan

atau senator dimana hanya 26 daripada 69 tidak dipilih melalui pengundian oleh negeri dengan 2 senator setiap negeri di Persekutuan and 43 lagi dilantik dan dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong. Tugas Dewan Negara ialah mengkaji semula dan meluluskan rang undang-undang yang dibawa naik oleh oleh Dewan Rakyat. Kedua-dua dewan perlu meluluskan rang undang-undang yang dibuat sebelum akhirnya dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan Baginda.

Keahlian

Individu yang dilantik mesti berjaya mencapai kepujian dalam kerjaya, perniagaan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau khidmat sosial atau wakil dalam kaum-kaum minoriti atau berkebolehan dalam mewakili kepentingan pribumi (Orang Asli)". [1]

Setiap daripada perhimpunan legislatif 13 negeri memilih 2 Senator. Tempoh jawatan adalah 3 tahun dan senator-senator hanya boleh dipilih sekali sahaja, berturut-turut atau pun tidak. Yang Di-Pertuan Agong melantik dua senator bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dansatu lagi pada Wilayah Persekutuan Labuan di bawah nasihat Perdana Menteri. 40 Senator yang lain, tidak merujuk kepada negeri, dilantik oleh Sultan, juga atas nasihat Perdana Menteri. [2]

Untuk kelayakan, calon mestilah seorang warganegara Malaysia yang tinggal di Persekutuan, mesti tidak muflis menurut perintah kepada sebarang negeri luar, mesti tidak menerima hukuman penjara selama setahun atau lebih, dan mesti tidak disaman RM2,000 atau lebih. Pemegang dari posisi pembuat-faedah masa penuh dalam khidmat awam juga tidak layak. Terdapat tiada keperluan untuk tergolong kepada parti politik. Parlimen dibenarkan untuk menambah bilangan Senator kepada tiga per negeri, mengurangi bilangan, atau menghapuskan jawatan Senator untuk khusus negeri keseluruhan. Proses perlantikan telah ditetapkan dalam Artikel 45 dari Perlembagaan. [2]

Ahli Senat tidak merasa sebarang kesan pilihanraya sepertimana rumah lebih rendah iaitu Dewan Rakyat, dan mereka akan terus memegang jawatan meskipun pembubaran Dewan Rakyat untuk suatu pilihanraya. [1]

Senat mengundi satu Presiden untuk mempengerusikan atas kedudukan Senat, memastikan pemerhatian dari peraturan rumah, dan mentafsir Arahan Berdiri dari rumah patut mereka dipertikaikan. [3] Patut Presiden tidak hadir, Timbalannya mengambilalih tempatnya. [4]

[sunting] Kekuasaan Dan Prosedur

Senat mungkin memulakan legislasi, kecuali bagi perkara-perkara fiskal dan kewangan. Ia mungkin juga meminda legislasi, yang mana tidak berkaitan dengan hal ehwal kewangan. Apa-apa cadangan legislasi mesti diluluskan oleh Dewan Rakyat. Kemudian, ia dihadapkan ke Dewan Negara dalam tiga bacaan. Pada permulaannya, pencadang legislasi akan menghadapkannya ke perhimpunan. Kali keduanya, rang undang-undang atau bill akan didebatkan. Kali ketiga, satu undian akan dibuat sama untuk meluluskan atau menolak rang undang-undang berkenaan. Dewan Negara mungkin tidak akan menolak rang undang-undang secara rasmi; ia hanya

Page 11: Badan perundangan

dibenarkan untuk melewatkan petikan mereka selama satu bulan, atau hingga ke satu tahun di bawah keadaan tertentu. Selepas rang undang0undang itu diluluskan atau tempoh keperluam itu tamat, ia akan dihadapkan ke Yang diPertuan Agong bagi persetujuan diraja. Sekiranya Raja bersetuju dengn tidak membantah atau 30 hari tanpa persetujuan diraja, rang undang0undang tadi dihantarkan kembali ke Parliament dengan satu senarai pemindaan yang dicadangkan. Rang undang-undang itu mesti diluluskan oleh kedua-dua dewan Parlimen. Sekiranya Agong masih lagi tidak memberikan persetujua baginda 30 hari selepas rang undang-undang itu dihadapkan kepada baginda, rang undang-undang itu tadi akan menjadi undang-undang secara automatik. Ia tidak memberikan kesan, walau bagaimanapun , sehingga ia diterbitkan dalam gazet kerajaan. [5]

Walaupun ahli-ahli Parliamen biasanya mempunyai kekebalan undang-undang, akan tetapi apabila bercakap mengenai kebebasan bersuara, di bawah Akta Hasutan perbincangan mengenai artikel Perlembagaan mengenai hak-hak keistimewaan Bumiputera seperti Artikel 153 adalah menyalahi undang-undang. [6]

Badan Perundangan

(Legislatif)

 A. A.      PERINGKAT PERSEKUTUAN

Y.D.P. Agung

Page 12: Badan perundangan

2 Majlis

B. B.         PERINGKAT NEGERI

DYMM. Raja/Y.D.P. Negeri

D. RAKYAT

D. NEGARA

Page 13: Badan perundangan

Dewan Negeri

Badan Perundangan

(Legislatif)

Bagi Persekutuan(Perkara 44- 68 Perlembagaan Persekutuan)

Kuasa perundangan Persekutuan terletak kepada Parlimen, yang mengandungi : 

Yang di-Pertuan AgongDua Majlis Dewan Negara

Dewan Rakyat

Page 14: Badan perundangan

Dewan Negara

Keahlian 40 orang dilantik Yang di-Pertuan Agong

2 bagi setiap Negeri yang dipilih oleh Negeri

2 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

dan seorang bagi Wilayah Persekutuan Labuan

dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong

Tempoh Setiap tempoh maksima 3 tahun, dan maksima boleh

Untuk 2 tempoh sahaja

Dewan Rakyat

Keahlian 193 orang :

20 dari Johor

15 dari Kedah

14 dari Kelantan

5 dari Melaka

7 dari Negeri Sembilan

11 dari Pahang

11 dari Pulau Pinang

23 dari Perak

3 dari Perlis

20 dari Sabah

28 dari Sarawak

Page 15: Badan perundangan

17 dari Selangor

8 dari Terengganu

11 dari Wilayah Persekutuan

(10 dari Kuala Lumpur & 1 dari Labuan)

Kelayakan & Hilang Kelayakan(Perkara 47 & 48 Perlembagaan)

Umur : 30 tahun ke atas (untuk Dewan Negara)21 tahun ke atas (untuk Dewan Rakyat)

  Hilang Kelayakan :

Tidak sempurna akalBangkrapMemegang jawatan berpendapatan(dalam perkhidmatan awam)Tidak hantar penyata belanja pilihanraya(setelah dia dinamakan untuk pilihanraya)Disabitkan kesalahan jenayah & dihukum penjaraTidak kurang 1 tahun atau didenda tidak kurangRM2,000.00Dengan sengaja menperolehi/guna hak

kewarganegaraan asing Tidak boleh menjadi ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara serentak 

Acara Perundangan(Perkara 66 - 68 Perlembagaan)

Page 16: Badan perundangan

Undang-undang dibuat dengan pembentangan Rang Undang-Undang dalam mana-mana Dewan (tetapi biasanya di Dewan Rakyat dahulu). Jika lulus, diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk tandatangan (tetapi tetap menjadi undang-undang jika selepas 30 hari Rang Undang-Undang diluluskan oleh kedua-dua Dewan).

Perundangan : Badan-badan Perundangan Persekutuan dan Negeri

1. Perundangan

Jenis undang-undang

Keterangan

1.      Akta     Undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen mulai 11 September 1959 hingga masa sekarang

2.      Ordinan     Undang-undang yang diluluskan oleh Badan Perundangan Persekutuan antara 1 Februari 1948 hingga 1959

3.      Enakmen     Undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri (kecuali bagi Sabah dan Sarawak)

4.      Perundangan subsidiari

    Peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah yang dibuat oleh seseorang Menteri atau badan di bawah kuasa yang diwakilkan atau diberikan oleh Akta Parlimen atau Enakmen Dewan Undangan Negeri

2. Parlimen 

Merupakan badan perundangan Persekutuan yang mempunyai tiga komponen iaitu :

Page 17: Badan perundangan

Fungsi utama Parlimen ialah membuat undang-undang bagi seluruh Persekutuan 

a)     Yang Di-Pertuan Agong

Parlimen akan bersidang apabila dibuka secara rasmi oleh Yang Di Pertuan Agong

Yang Di Pertuan Agong boleh menamatkan persidangan Parlimen atau membubarkan Parlimen

Rang Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara perlu mendapat persetujuan Yang Dipertuan Agong sebelum dijadikan undang-undang 

a) Dewan Negara c) Dewan Rakyat

Perbezaan Dewan Negara dan Dewan Rakyat Dewan Negara Dewan Rakyat

1. Keahlian 1. Keahlian

  69 orang ahli   193 orang ahli(berubah apabila tambahan kerusi dalam pilihanraya dibuat)

  26 – dipilih oleh Dewan Undangan Negeri tiga belas buah negeri

  134 – dipilih oleh rakyat di negeri-negeri Semenanjung

  2 orang ahli bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan 1 orang ahli Wilayah Persekutuan Labuan

  10 orang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan 1 orang di Wilayah Persekutuan Labuan

  40 orang ahli lagi dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong

  20 orang di Sabah

      28 orang di Sarawak

Page 18: Badan perundangan

2. Perlantikan 2. Perlantikan

  Dilantik   Melalui proses pilihanraya

3. Gelaran 3. Gelaran

Senator   Ahli parlimen / ahli Dewan Rakyat

4. Umur 4. Umur

  30 tahun ke atas   21 tahun ke atas

5. Tempoh jawatan 5. Tempoh jawatan

  3 tahun   5 tahun

6. Peranan Utama 6. Peranan Utama

  Membahaskan sesuatu Rang Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat

  Membuat undang-undang dengan cara membincangkan dan meluluskan Rang Undang-undang

3. Mesyuarat Parlimen

  Bersidang apabila dibuka oleh Yang Di Pertuan Agong   Tidak boleh dibiarkan jarak enam bulan antara mesyuarat akhir bagi satu

persidangan penggal lalu dengan mesyuarat pertama bagi persidangan yang akan datang

  Apabila parlimen dibubarkan, suatu pilihanraya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubarannya

  Parlimen hendaklah dipanggil bersidang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubaran itu

  2 mesyuarat Parlimen yang sangat penting ialah :   i. Membahaskan Titah Ucapan Diraja       titah ucapan dibuat semasa mesyuarat pertama parlimen     meliputi dasar-dasar kerajaan yang akan dilaksanakan dalam tahun

berkenan       semua ahli parlimen boleh membahaskan isi atau kandungan ucapan

tersebut   ii.

Mesyuarat Belanjawan       Mengambil masa lebih kurang 6 minggu untuk berakhir       Biasanya diadakan pada bulan Oktober       Menteri Kewangan akan membuat ucapan belanjawan yang merangkumi

anggaran hasil dan perbelanjaan bagi tahun hadapan / tahun baru

Page 19: Badan perundangan

4. Keistimewaan Parlimen

  Parlimen mempunyai beberapa keistimewaan tertentu yang adalah perlu bagi menjamin kebebasan bercakap dan berbahas

  Keistimewaan-keistimewaan Parlimen ialah :   i. Kesahan apa-apa prosiding dalam mana-mana Majlis Parlimen atau

jawatankuasanya tidak boleh dipersoalkan dalam mahkamah   ii. Seseorang tidak boleh didakwa dalam mahkamah mengenai apa-apa jua yang

dikatakannya semasa mengambil bahagian dalam prosiding mana-mana Majlis Parlimen atau jawatankuasa. Namun demikian, ahli-ahli Parlimen tidak boleh mempersoalkan kewujudan perkara-perkara sensitif seperti hak istimewa orang Melayu, kerakyatan, bahasa kebangsaan, dan kedaulatan raja-raja Melayu, serta

  iii. Seseorang tidak boleh didakwa dalam mahkamah mengenai apa-apa jua yang disiarkan dengan atau di bawah kuasa mana-mana Majlis Parlimen.

Rujukan

1. (dewan negara, 2010)http://ms.wikipedia.org/wiki/Dewan_Negara2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Dewan_Rakyat 3. http://www.angelfire.com/moon/pengajian_am/nota_6atas.htm 4. http://www.hbp.usm.my/aziz/Badan%20Pemerintah.htm (badan perundangan, 2010)