guru dan perundangan

22
1.0 Pengenalan Pembangunan dan kejayaan sesebuah negara adalah bergantung besar kepada sikap yang positif dan ketinggian moral dalam aspek pengurusan pekerjaan, pentadbiran dan seterusnya rakyat keseluruhannya. Dengan hakikat ini maka seharusnya kita harus menanamkan kesedaran di dalam jiwa para pegawai, baik di sektor awam mahupun di sektor swata dan juga rakyat jelata secara amnya supaya mereka memahami tugas san tanggungjawab masing –masing dan seterusnya menghayati dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cekap dan berkesan. Justeru itu, kita sebagai golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentias dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati. Oleh nyang demikian peraturan-peraturan pegawai awam (Kelakuan dan Tatatertib) telah diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kaki tangan kerajaan yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Guru perlu mempunyai sahsiah yang tinggi dan memberi komitmen yang tinggi dan member komitmen yang tinggi terhadap tugas sebagai pendidik yang baik. Media massa banyak melaporkan pelbagai kes dan isu seperti guru memukul murid, guru merima rasuah, guru pecah amanah, cikgu cabul murid dan sebagainya yang menarik perhatian umum serta menguji kredibiliti profesion perguruan. Namun kes-kes seperti ini semakin meningkat setahun demi setahun. Berdasarkan pelbagai isu yang berkaitan dengan guru dan keguruan ini, maka saya telah memilih isu ‘Guru dan Perundangan’.Saya berpendapat bahawa isu ini melibatkan guru dikategorikan sebagai melanggar etika prefesion perguruan. Fenomena masyarakat yang berkerja sambilan merupakan pekara asas yang jarang diperkatakan. Namun ia bukan sesuatu yang asing 1

Upload: ryanboolalayahoocom

Post on 02-Oct-2015

31 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

dg

TRANSCRIPT

1.0 PengenalanPembangunan dan kejayaan sesebuah negara adalah bergantung besar kepada sikap yang positif dan ketinggian moral dalam aspek pengurusan pekerjaan, pentadbiran dan seterusnya rakyat keseluruhannya. Dengan hakikat ini maka seharusnya kita harus menanamkan kesedaran di dalam jiwa para pegawai, baik di sektor awam mahupun di sektor swata dan juga rakyat jelata secara amnya supaya mereka memahami tugas san tanggungjawab masing masing dan seterusnya menghayati dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cekap dan berkesan. Justeru itu, kita sebagai golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentias dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati. Oleh nyang demikian peraturan-peraturan pegawai awam (Kelakuan dan Tatatertib) telah diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kaki tangan kerajaan yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Guru perlu mempunyai sahsiah yang tinggi dan memberi komitmen yang tinggi dan member komitmen yang tinggi terhadap tugas sebagai pendidik yang baik. Media massa banyak melaporkan pelbagai kes dan isu seperti guru memukul murid, guru merima rasuah, guru pecah amanah, cikgu cabul murid dan sebagainya yang menarik perhatian umum serta menguji kredibiliti profesion perguruan. Namun kes-kes seperti ini semakin meningkat setahun demi setahun. Berdasarkan pelbagai isu yang berkaitan dengan guru dan keguruan ini, maka saya telah memilih isu Guru dan Perundangan.Saya berpendapat bahawa isu ini melibatkan guru dikategorikan sebagai melanggar etika prefesion perguruan.Fenomena masyarakat yang berkerja sambilan merupakan pekara asas yang jarang diperkatakan. Namun ia bukan sesuatu yang asing dalam kalangan masyrakat termasuk dikalangan guru pada hari ini. Guru-guru di Malaysia umumnya tidak diketahui secara jelas sejauhmana seriusnya mereka terlibat dengan aktivit pekerjaan sampingan . Bahkan, untuk mengetahui statistik sebenar golongan yang berkerja sampingan, ia tidak mudah untuk diperolehi disebabkan kebnyakan mereka terlibat tidak bersedia untuk membuat pengakuan atas alasan-alasan yang tersendiri. Walaubagaimnapun, fenomena ini dapat dilihat di kebanyakan sekolah berdasarkan kepada pemerhatian yang dilakukan oleh guru-guru sendiri di sekolah masing-masing. Kerja sampingan merupakan istilah yang membawa maksud seseorang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang dapat menambahkan pendapatannya walaupun memilik kerjaya utama.2.0 Guru dan Perundangan

2.1 Latar belakang isuApa yang dimaksudkan dengan professional ? Menurut Ornstein dan Levine (1993), konsep professional merujuk kepada ciri-ciri yang terdapat dalam kalangan ahli suatu profesion. Antara ciri-ciri yang telah dinyatakan adalah cekap dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi dan adanya kod etika yang mengawal tingkah laku ahli. Jadi , guru merupakan seseorang yang professional. Ini juga bermakna guru adalah segolongan yang telah mendapat latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi serta mempunyai kod etika yang tesendiri. Namun , terdapat pelbagai isu yang timbul dan melanggar etika profesion keguruan pada hari ini dilihat semakin goyang kerana terdapat segelintir guru yang sanggup melanggar kod etika keguruan yang telah sedia termaktub. Ini terbukti apabila semakin banyak isu mengenai salah laku.Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Peraturan-peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan Tatatertib) telah diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kakitangan kerajaan yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Dalam konteks pendidikan ,setiap guru harus memahami sepenuhnya peraturan kelakuan Tatatertib 1993 dan telah pun di buat pindaannya pada 2002. Justeru itu, saya ingin mefokuskan projek saya ke atas peraturan 5 iaitu perkerjaan luar atau sambilan.Seperti jadual di atas kita dapat lihat di mana perturan ini mengariskan bahawa pekerjaan: Tidak boleh di lakukan dalam waktu pejabat dan semasa pegawai itu dikehendaki melaksanakan tugas rasmi.

Tidak dengan apa-apa cara cenderung menjejaskan kebergunaan pegawai itu sebagai pegawai perkhidmatan awam

Tidak akan dengan apa-apa cara cenderung bercanggah cengan kepentingan perkhidmatan awam atau menjadi tidak selaras dengan kedudukan pegawai itu sebagai seorang perkhidmat awam.

Ini disebabakan saya dapat lihat pelbagai jenis kerja sambilan yang dilakukan oleh guru pada masa kini. 3.0 Pernyataan masalah

Kegiatan melakukan kerja sewaktu berkerja akan menganggu prestasi kerja sesuatu pegawai kerajaan awam. Oleh itu, seorang penjawat awam tidak dibenarkan untuk melakukan kerja sambilan selain daripada pekerjaannya. Walaubagaimanapun, selepas bertemu-ramah dengan beberapa orang penjawat awam dalam konteks ini ialah seorang guru saya dapati mereka mempunyai masalah tersendiri. Sebagai contoh seorang guru ini terpaksa melakukan kerja tambahan untuk menampung kos sara hidup yang tinggi terutama di bandaraya Johor Bahru, penggunaan kad kredit yang tidak terkawal ekoran kesempitan kewangan bagi membantu membelikan ubat untuk ibunya yang kerap sekali sakit dan membantu kos pembelajaran adik-adiknya. Walaubagaimanapun, pekara tersebut tidak menganggu prestasi kerja menurutnya.Disebabkan taraf hidup yang sangat tinggi di Malaysia telah menyebabkan banyak pegawai-pegawai perkhidmatan awam melakukan perkerjaan luar. Ini adalah untuk menambahkan pendapatan bulanan mereka bagi meringankan beban perbelanjaan isi rumah berikutan kenaikan harga kerperluan dan perbelanjaan harian yang lain. Justeru itu, kegiatan melakukan kerja tambahan telah berleluasa bukan sahaja pada luar waktu perkerjaan tetapi juga semasa waktu perkerjaan. Ini dapat dilihat dengan perlbagai jualan yang dilakukan seperti menjual kerepek, kain, tudung, amway dan pelbagai lagi jenis perjualan yang mampu di lakukan. Suatu jadual analisis ringkas telah saya sediakan mengenai jenis-jenis kerja sambilan yang di lakukan oleh guru di salah sebuah sekolah, seperti di bawah:Jadual 3.0 : Jenis Pekerjaan Sambilan.Jenis perkerjaan luar/sambilanBilangan guru

Penjualan kuih5

Penjualan kain/ tudung6

Amway10

Herbalife2

Jumlah23

Disini kita dapat lihat bahawa ada seramai 23 orang guru yang melakukan perkerjaan luar yang saya ketahui. Jumlah guru di dalam sekolah kajian ialah seramai 172 orang, jadi 23 orang yang dikesan bermaksud seramai lebih kurang 13.37 % guru terlibat dengan kerja sampingan. Mungkin terdapat juga ramai lagi yang melakukan perkerjaan tersebut. Selain itu, guru perlu tahu bahawa seorang guru boleh di kenakan tindakan tatatertib seperti yang di gambarkan di dalam carta di bawah.

4.0 Objektif Penulisan.Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kefahaman guru-guru tentang kesalahan menjalankan kerja luar atau kerja sambilan di SK (P) Jalan Yahya Awal, Johor Bahru, Johor.5.0 Persoalan kajian.

5.1 Apakah faktor yang menyebabkan guru-guru menjalankan kerja sambilan?

5.2 Apakah perasaan melakukan kesalahan tersebut?

5.3 Apakah langkah yang dilakukan untuk mengekang masaalah ini?

6.0 Sasaran Kajian.

Kumpulan sasaran untuk kaedah tinjauan seramai 172 orang guru di terlibat. Makankala kumpulan Sasaran untuk kaedah temu bual terdiri daripada 6 orang guru, SK (P) Jalan Yahya Awal, Johor Bahru, Johor. Guru ini terdiri daripada 4 orang guru perempuan dan 2 orang guru lelaki. Kesemua guru dipilih mempunyai ciri-ciri mereka yang menjalanakan kerja luar atau kerja sambilan.7.0 Tindakan. 7.0.1 Kaedah Tinjauan

Suatu jadual analisis ringkas telah saya sediakan mengenai jenis-jenis kerja sambilan yang di lakukan oleh guru di salah sebuah sekolah, seperti di bawah:

Jadual 7.0 : Jenis Pekerjaan Sambilan.Jenis perkerjaan luar/sambilanBilangan guru

Penjualan kuih5

Penjualan kain/ tudung6

Amway10

Herbalife2

Jumlah23

Disini kita dapat lihat bahawa ada seramai 23 orang guru yang melakukan perkerjaan luar yang saya ketahui. Jumlah guru di dalam sekolah kajian ialah seramai 172 orang, jadi 23 orang yang dikesan bermaksud seramai lebih kurang 13.37 % guru terlibat dengan kerja sampingan. Mungkin terdapat juga ramai lagi yang melakukan perkerjaan tersebut. Selain itu, guru perlu tahu bahawa seorang guru boleh di kenakan tindakan tatatertib seperti yang di gambarkan di dalam carta di bawah.

7.0.2 Kaedah temu bual

Bagi mengenal pasti masalah yang timbul penulis telah menjalankan sesi temu bual dengan 6 orang guru. Guru-guru tersebut terdiri daripada guru yang ditelah dikenal pasti menjalankan kerja sambilan. Seorang guru lelaki En Razi bin Yusuf ( nama samaran) mempunyai masaalah kewangan, akibat hutang kad kredit dan terpaksa menyara keluarga serta ibu dan adik-adik yang masih bersekolah.

Pn Marina yang dikenal pasti menjalankan jualan makanan di sekolah untuk menampung perbelanjaan keluarga ekoran suaminya yang tiada pendapatan yang tetap. Seorang guru bujang iatu En Hanafi mengajar di pusat tuisyen dan memandu teksi sebelah malam untuk membantu keluarga dengan menyara hidup ibu serta 4 orang adik. Pihak pentadbiran iaitu Guru Besar juga di temu bual.

Bagi menjalankan kaedah temubual ini penulis telah menyediakan 4 soalan utama bagi mengenal pasti masaalah yang dihadapi oleh responden.

Rajah 7.2 Langkah Tindakan yang telah dijalankan.

8.0 Menganalisis Isu.

8.1 Kaedah temu bual

Bagi kaedah temubual ini, penulis telah memilih enam orang sample iaitu empat orang lelaki dan dua orang perempuan. Selepas temuramah diadakan dua sample menunujukkan peningkatan dan tiada sample menunujukkan penurunan dalam pemahaman peraturan 5.

Bagi instrument ini, penulis telah menyediakan empat soalan utama berkaitan dengan kajian yang dijalankan ke atas sample. Analisis soalan adalah seperti berikut:

8.1.1 Apakah masalah yang menyebabkan cikgu melakukan kerja sambilan?

Bagi soalan pertama ini, keenam-enam sample yang ditemu bual mengatakan bahawa mereka terpaksa melakukan kerja sambilan kerana menghadapi masalah kewangan. Keadaan ini berlaku akibat daripada menanggung kos sara hidup yang tinggi di bandaraya Johor Bahru.Mengapa keadaan ini berlaku?

Bagi keenam-enam sample, masaalah kewangan yang meruncing merupakan perkara yang utama. Empat orang sample menyatakan mereka terpaksa membantu keluarga. Dua orang lagi sample mengatakan untuk mendapat pendapatan yang lebih untuk kehidupan yang lebih selesa.

Rajah 8.1 Graf menunjukkan jawapan sample item 1.8.1.2 Apakah pendapat anda tentang kerja sambilan?

Untuk soalan kedua ini, kesemua sample yang ditemubual rata-rata memberi jawapan yang sama iaitu untuk menambah pendapatan.

Mengapakah anda menyatakan sedemikian?

Daripada enam sample , seorang daripadanya mengatakan mereka seronok menjalankan kerja sambilan kerana mudah untuk mendapat wang dengan permintaan yang banyak daripada pelanggan. lima daripada sample mengatakan mereka terpaksa melakukan untuk menampung pendapatan kerana menanggung hutang banyak. Kebergantungan sample kepada kerja sambilan ini sememangnya dapat membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih selesa dan baik.

Rajah 8.1 Graf menunjukkan jawapan sample item 2.8.1.3 Bagaimana kefahaman atau pandangan anda tentang kerja sambilan mengikut Peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan Tatatertib ) Peraturan 5 ( Pekerjaan Luar )?

Melalui sesi temu bual bagi soalan ketiga ini, empat daripada sample telah menyatakan bahawa kefahaman mereka telah meningkat setelah sesi motivasi dan LDP yang dijalankan. Dua sample menyatakan bahawa beliau perlu mendalami untuk memahami Peraturan 5. Kesemua sample faham setelah mengikuti program yang dijalankan mengenai Peraturan 5 ( Pekerjaan Luar ), dua sample sahaja perlu pembacaan yang teliti.Bagaimana pandangan anda?

Keenam-enam sample mengatakan mereka faham Peraturan 5 dan tindakan yang boleh diambil oleh pihak pentadbir keatas mereka. Melalui kursus dan Latihah Dalam Perkhidmatan ( LDP ) pendedahan yang diberikan memberikan mereka sentiasa menjaga satatus seorang guru yang telah disandang sekian lama. Mereka juga memahami terdapat tindakan tatatertib yang boleh dikenakan keatas mereka, namun masaalah yang mereka hadapi sangat meruncing dan mengganggu kehidupan seharian. Oleh itu jalan yang terbaik dipilih untuk mengatasi setiap masaalah mereka.

Rajah 8.1 Graf menunjukkan jawapan sample item 3.8.1.4 Adakah anda diberi nasihat oleh pihak pentadbir?

Untuk soalan ini empat daripada sample menyatakan bahawa mereka telah dipanggil dan diberi nasihat. Dua sample telah dinasihat secara tidak rasmi oleh pihak pentadbir. Namun kesemua mereka memahami maksud yang hendak disampaikan oleh pihak pentadbir. Jelaskan bagaimana anda mengatasi masaalah tersebut?

Sample-sample menyatakan terdapat peningkatan dalam pemahaman mereka mengenai Peraturan 5 setelah melalui proses perbincangan dengan Guru Besar, Latihan Dalam Perkhidmatan ( LDP ) dan program motivasi yang dijalankan oleh pihak sekolah. Mereka juga menyatakan hasil perbincangan dengan Guru Besar mereka berasa sangat gembira kerana Guru Besar sangat memahami masaalah mereka. Untuk itu mereka telah berubah dengan secara sedikit demi sedikit untuk mengurangkan aktiviti kerja sambilan. Hasil perbincangan dengan Guru Besar mereka berjanji untuk menjalankan kerja sambilan di luar waktu sesi persekolah. Begitu juga mereka sentiasa memastikan tugas hakiki mereka berjalan dengan sempurna. Oleh itu dapat dilihat kesemua sample memahami bahawa kerja sambilan ini mempunyai peraturan dan hendaklah dipatuhi.

Rajah 8.1 Graf menunjukkan jawapan sample item 4.9.0 Perbincangan dan RumusanGuru merupakan golongan professional yang diberi peranan penting sebagai agen perubahan dalam masyarakat. Menurut Noriati et. Al.(2010), guru yang komited diperlukan untuk menyediakan program pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berpegang teguh dengan strategi-strategi akauntabiliti yang berkesan. Guru sebagai kakitangan sekolah pula harus memberikan sepenuh komitmen kepada pihak pentadbiran bagi melancarkan urusan berkaitan pengurusan sekolah selain memberikan sokongan pada dalam merealisasikan visi dan misi sekolah yang telah digariskan (Abdullah Sani et.al.2007).

Komitmen guru menjadi salah satu faktor yang penting dalam menentukan kejayaan perubahan sesuatu dasar dan agen pendidikan yang dirancang. Malah ia bukan sekadar ketika berada dalam waktu bertugas di sekolah, malah pada bila-bila masa. Selain menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran, bidang tugas guru turut merangkumi pelbagai pekara yang berkaitan dengan bidang pengurusan akademik termasuk penglibatan dalam pengurusan kokurikulum, pengurusan kebajikan murid, terlibat dalam mesyuarat serta menghadiri kursus dan sebagainya (Burnham, 2011). Keadaan itu telah memperlihatkan kepelbagaian tugas seorang guru dalam dunia pendidikan yang sentiasa wujud perubahan seiring dengan keperluan semasa (Mohamad Najib, 2004).Kebanyakan sample mengatakan bahawa faktor ekonomi atau kewangan merupakan penyebab utama kepada seseorang itu melakukan kerja sampingan (Dickey et. al. 2009) termasuklah dari kalangan guru. Walaupun mempunyai pendapatan daripada pekerjaan utama sebagai guru secara sepenuh masa,terdapat juga dikalangan mereka yang melakukan perkerjaan sambilan bagi mengatasi masalah kewangan yang dihadapi.

Hipple (2010) berpendapat bahawa mereka yang memiliki kerjaya lain mendatangkan pendapat adalah berpunca daripada faktor kewangan sebagai sebab utama. Beliau turut menyebut keadaan ini adalah disebabkan mereka mempunyai beban tanggunggan hutang atau pinjaman yang perlu dijelaskan sama seperti mana yang dilaporkan oleh Verma (2008) dan Averett (2001). Laporan daripada Parham (2006) juga menyebutkan faktor penyebab guru menjalankan kerja sambilan adalah kerana masalah kewangan dan ianya sukar untuk dihentikan setelah terlibat dengan aktiviti berkerja sambilan walaupun mengetahui terdapat kesan disebaliknya.

Keinginan untuk meningkatkan taraf kehidupan yang lebih baik dengan memperolehi pendapatan tambahan telah menyebabkan ramai yang mengambil keputusan untuk berkerja sampingan. Kenyataan ini selari dengan Hyder&Ahmed (2009), Guanglia & Kim (2004), Kimmel & Conway (2002) dan Partridge (2002) yang mengemukakan alasan gaji atau pendapatan yang kecil daripada kerjaya utama menjadi punca kepada seseorang itu melakukan perkerjaan sampingan.

Golongan yang melakukan kerja sambilan ini memberi kesan tumpuan terhadap kerjaya utamanya sebagai pendidik. Guru berkenaan akan di lihat kurang memberikan komitmen terhadap tugas seterusnya organisasi mereka iaitu sekolah. Keadaan ini akan menyumbang kepada pelbagai masalah lain yang berhubungkait dengan bidang tugas yang dipertanggungjawabkan ke atasnya. Selain itu, kurangnya momitmen terhadap kerjayanya telah menyebabkna prestasi menjadi merosot disebabkan hilang daya tumpuan semasa melakukan tugas. Hyder & Ahmed (2009) menyatakan individu yang menjalankan perkerjaan sampingan memperuntukan masa selepas waktu berkerja utamanya hingga menjejaskkan produktiviti dan prestasi mereka sendiri.Pendapat ini turut disokong oleh Champion (2010) yang menyatakan mereka yang berkerja sambilan ini mengalami masalah kekurangan tenaga dan kurang daya keupayaan sehingga menjejaskan tumpuan untuk menjalankan tugas. Ini kerana guru terbabit biasanya menjalankan kegiatan tersebut pada waktu malam dan memerlukan tenaga untuk menjalankan pekerjaannya. Maka keadaan ini juga akan menyebabkna tahap produktiviti berkurangan yang dilihat sebagai satu liability kepada pihak sekolah.Kesan yang wujud hasil daripada perbuatan guru tersebut yang melakukan pekerjaan sambilan adalah berhubung dengan komitmen mereka terhadap sekolah sebagai guru dan kakitangan perlu dinilai adalah ia menjejaskan komitmenya sebagai guru di sekolah terhadap proses pengajaran dan pembelajaran ,organisasi dan juga profesion. Ini disebabkan kerjaya perguruan memerlukan agen yang membawa kepada perubahan bagi sesebuah negara melalui sistem pendidikan yang bersifat dinamik.Sungguhpun sedemikian hasil perbincangan dengan pihak pentadbiran, guru-guru yang terlibat menjalankan kerja sambilan telah menjaga status mereka sebagai seorang guru dengan menjalankan tugas hakiki dengan sebaik-baiknya. Hasil perbincangan dan nasihat yang diperolehi mereka menjalakan kerja sambilan ini diluar waktu persekolahan dan tidak mengganggu tugasan hakiki mereka. Sebagai seorang insan dimuka bumi ini kita tidak terlepas dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Oleh itu, jadilah seorang yang bijak dalam membuat keputusan. 3.0 Kesimpulan

Salah laku guru sering tersiar di internet ataupun dada-dada akhbar. Ini sudah tentu akan menggangu gugat martabat profesion keguruan sebagai suatu profesion yang mulia dan suci.Dalam konteks pendidikan , setiap guru harus memahami sepenuhnya peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 yang telah pun dibuat pindaannya pada 2002. Disamping itu Akta Pendidikan 1996 juga harus diperhalusi dengan teliti demi menjayakan matlamat pendidikan negara. Sebagai seorang penjawat awam, seorang guru hendaklah mematuhi peraturan-peraturan yang telah termaktub dan sebarang pelanggaran peraturan yang telah di tetapkan boleh dikenakan tindakan tatatertib. Jika di sabit kesalah, seseorang pegawai awam boleh dikenakan tindakan bergantung kepada kesalahan yang dilakukan.Pembangunan yang pesat di bandaraya telah menyebabkan kos sara hidup pun meningkat. Guru mengambil langkah yang sewajarnya untuk menambah pendapatan bagi menampung kehidupan mereka. Tambahan pula ada diantara guru yang menghadapi masalah yang tidak dapat dielakkan. Justeru itu sebagai seorang insan kita seharusnya berpikiran terbuka dalam menanggani masalah ini. Selain daripada menjalankan tugas didalam bilik darjah, guru juga perlu sedar akan peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya, guru diharapkan menjadi penganti ibu bapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukan sahsiah murid, menjadi kaunselor, pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang baik dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang terpuji kepada masyarakat. RujukanBakhtiar Mansor (1993), Perguruan:Satu Perspektif Perkembangan Kerjayadalam Jurnal

Pengurusan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.Burnham, L. (the 2,011th).101 List of Essential For Teacher Assistants.Terj.National Translation Berhad.Champion, S. (2010).Increased Accountability, Teacher's Effort, and Moonlighting.Thesis Dr.Falafah :Stamdford University.Dickey, H., Watson, V. & Zangelidis, A. (2009).What Triggers Multiple Job Holding?An Experimental Investigation.Munich Personal RePEc Archive.17 575.Mohamad Najib Abdul Ghafar.(2004).The development of the organization in Malaysia: Education Project.Skudai: University Teknologi Malaysia. Hyder, A & Ahmed, AM (2009).The Dynamics of Moonlighting in Pakistan.Pakistan Development Review, 48 (4), 497-509Noriati A. Rashid, Boon, P.Y, & Wong, K. W (2010).Siri Pendidikan Guru Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru. Selangor: OxfordFajar. Maszuria, Salina, Marina & Hjh Rosnah ,(2015).Guru dan Perundangan.Selangor: Pelangi

Professional Publishing Sdn.Bhd. Laman WebGuru kerja luar semakin serius kementerian perlu kaji.http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0902&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_18.htm

Electronic Ministry of Education (2010). Integriti dan Akauntabiliti DalamPerkhidmatan Awam. Retrieved August 2, 2010, from:http://apps.emoe.gov.my/bppk/nota/NOTA%20TK4/INTEGRITI%20DAN%20AKAUNTABILITI%20DALAM%20PERKHIDMATAN%20AWAM.pdf

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (2010).Nilai danEtika Dalam Perkhidmatan Awam.Diakses pada 28 Ogos 2012:

www.townplan.gov.my/.../nilai%20&%20etika%20dlm%20pkdmtn%20awam.pptKaedah Tinjauan

Membuat tinjauan keatas kerja sambilan guru dan merekod data.

Kaedah Temubual

Membuat sesi temubual keatas guru-guru yang menjalankan kerja sambilan dan Guru Besar.

Analisis Data.

1

_1488876988.xlsChart1

51

Terpaksa

Suka

Bilangan guru

Sheet1

TerpaksaSuka

item 251

To resize chart data range, drag lower right corner of range.

_1488877028.xlsChart1

24

Kurang faham

Faham

Bilangan guru

Sheet1

Kurang fahamFaham

item 324

To resize chart data range, drag lower right corner of range.

_1488877213.xlsChart1

06

Tiada perubahan

Mempunyai perubahan

Bilangan guru

Sheet1

Tiada perubahanMempunyai perubahan

item 406

To resize chart data range, drag lower right corner of range.

_1488876594.xlsChart1

42

Masalah kewangan

Tambah pendapatan

Bilangan gru

Sheet1

Masalah kewanganTambah pendapatan

item 142

To resize chart data range, drag lower right corner of range.