konsep ceramah

22
KONSEP CERAMAH KONSEP CERAMAH pengucapan tentang sesuatu bidang oleh orang yang pakar dalam bidang tersebut K om unikasi dua hala pelahiran idea-idea secara lisan dihadapan khlayak ram ai biasanya perbincangan um um atau topik baharu berbeza-beza m engikut kepada m ajlis perlukan kem ahiran dalam pertauturan dan ekspresi kepercakapan yang m engandungi isi untuk m elahirkan harapan dan perasaan kepada khalayak ram ai. disam paikan m elalui banyak cara. m elibatkan hadirin yang pelbagai kaum dan kedudukan.

Upload: psda

Post on 23-Jun-2015

571 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL. 3PPISMP

TRANSCRIPT

Page 1: KONSEP CERAMAH

KONSEP CERAMAH

KON

SEP

CERA

MAH

pengucapan tentang sesuatu bidang oleh orang yang pakar dalam bidang tersebut

Komunikasi dua hala

pelahiran idea-idea secara lisan dihadapan khlayak ramai

biasanya perbincangan umum atau topik baharu

berbeza-beza mengikut kepada majlis

perlukan kemahiran dalam pertauturan dan ekspresi

kepercakapan yang mengandungi isi untuk melahirkan harapan dan perasaan kepada

khalayak ramai.

disampaikan melalui banyak cara.

melibatkan hadirin yang pelbagai kaum dan kedudukan.

Page 2: KONSEP CERAMAH

CIRI-CIRI CERAMAH YANG BAIK

mudah difahami.haruslah padat, tegas, dan meyakinkan.sesuai dengan taraf hadirin dan mesej ceramah.pemilihan kata, laras bahasa dan struktur ayat mestilah sesuai.

Bahasa

sesuai dengan tajuk ceramah dan tahap keupayaan pendengar.pendengar kanak-kanak ; memerlukan isi yang ringkas dan tidak terlalu panjang.pendengar dewasa; lebih padat dan berstatus sosial.faktor taraf pendidikan pendengar juga perlu diambil kira.

Isi yang mempunyai

kesinambungan serta bermakna

terdapat kata-kata laluankemudian disambung terus dengan teks ceramah.isi penting lebih diutamakan dan didahulukan berbanding isi yang tidak penting.

Struktur ceramah

Page 3: KONSEP CERAMAH

haruslah jelas dan terang.gunakan nada suara yang berbeza-beza dalam setiap keadaan.

Suara yang jelas

mestilah memperlihatkan kesungguhan dan keyakinan.isi yang berkualiti tidak akan berkesan jika cara persembahan tidak berkualiti.

Cara penyampaian

sampaikan ceramah tanpa ragu-ragu atau gugup.perlu bertenang walaupun dalam apa-apa sahaja keadaan.perlu bersedia dengan pengetahuan berkenaan tajuk ceramah.elakkan daripada menunjukkan perasaan ragu-ragu.

Keyakinan diri

gerakan anggota badan termasuklah mimik muka dan senyuman.gaya penyampaian haruslah bertepatan dengan keadaan.gerakan ini akan membantu penceramah menegaskan lagi perkara-perkara dalam ceramahnya.

Gaya penyampaian

Page 4: KONSEP CERAMAH

STRATEGI BERCERAMAH

amat penting kerana ini melibatkan tanggapan daripada pendengar.berdasarkan teks ceramah ataupun daya ingatan penceramah.persediaan awal

gunakan pelbagai cara untuk menarik minat pendengar.contohnya : gambar, slaid, projekter, filem dan nota.cara penyampaian

perlu mengandungi isi yang penting serta berkait rapat dengan tajuk.

isi ceramah

tindak balas terhadap soalan yang ditanya penceramah.perlu menarik minat pendengar untuk mewujudkan komunikasi dua hala ini.komunikasi dua hala

gunakan mimik muka, nada suara dan gerakan badan yang seimbang dengan isi dengan baik.

bahasa badan

Page 5: KONSEP CERAMAH

FORMAT PENYEDIAAN CERAMAH

PENGENALAN

pembuka kata , kata aluan pengikut peringkat dan penghargaan.

TAJUK ATAU TEMA

mengelakkan daripada terkeluar daripada skop perbincangan.

PENGENALAN ISI CERAMAH

Tajuk utama perlu diberi penekanan.Perlu analisis tajuk bagi memudahkan kefahaman pendengar.Perlu memberi panduan tentang isi yang disampaikan.

PENGEMBANGAN HURAIAN SERTA CONTOH

contoh yang diambil haruslah jelas dan bersesuaian.huraian yang disampaikan pula perlu mencakupi isi-isi yang sedang diucapkan.

PENUTUP ATAU KESIMPULAN

Ungkapan untuk memberitahu ceramah akan berakhir tidak lama lagi.Rumuskan kembali isi atau idea utama.Tiada ucapan selepas mengucapkan ‘terima kasih’.

SOAL JAWAB

biasanya pengerusi akan menguruskan majlis ini.Perlu menjawab semua soalan daripada hadirin tetapi dalam ruang lingkup yang berpatutan kerana tujuannya untuk menjelaskan perkara yang berkaitan dengan tajuk dan hujah yang kurang difahami.

Page 6: KONSEP CERAMAH

ALAT BANTU MENGAJAR

ALAT BANTU MENGAJAR

Transperensi

Power-point

LCD

Page 7: KONSEP CERAMAH

TRANSPERENSI

KEBAIKANNYA :

Membantu penceramah mengingati sis-isi yang hendak disampaikan kerana semuanaya telah disediakan olehnya di atas transperansi

Membantu penceramah dengan gambaran yang jelas terhadap isu yang hendak disampaikan.

membantu penceramah menyampaikan ceramahnya dengan teratur.

dapat mengingatkan penceramah tentang masa untuk menyampaikan ceramahnya kerana semua isi berpandukan transparensi sahaja.

menarik minat pendengar dengan transparensi yang menarik, dan ringkas.

Page 8: KONSEP CERAMAH

LANGKAH-LANGKAH :

LANGKAH-LANGKAH

Ayat yang digunakan tidak terlalu panjang

Ayat dalam satu-satu transperansi

hendaklah tidak melebihi enam baris.

Pastikan tulisannya jelas dan boleh dibaca dengan

jelas.

sesuai dengan tajuk yang ingin disampaikan.

gunakan transperansi

berwarna tetapi mestilah berlainan

dengan latar belakang dan tulisan.

Page 9: KONSEP CERAMAH

KEBAIKKANNYA :

Menarik perhatian pendengar bagi

menumpukan perhatian pada penyampaian

ceramah kerana semuanya terpapar pada skrin.

Boleh menganimasikan persembahan berdasarkan

tema dan kesesuaian pendengar. Lagu dan muzik latar boleh dimasukkan jika

perlu.

Membantu mengingatkan penceramah terhadap isi

yang hendak disampaikan.

Mempamerkan tahap profesionalisme seseorang

penceramah pada satu tahap yang lebih tinggi.

Page 10: KONSEP CERAMAH

LANGKAH-LANGKAH :

MIKROFON

Ayat tidak terlalu panjang

pastikan tidak lebih enam barisan dalam

satu-satu slaid.

pastikan tulisannya jelas

dan boleh dibaca

penggunaan animasi tetapi jangan terlebih

ghairah

pastikan pendengar lebih

fokus kepada maklumat

Page 11: KONSEP CERAMAH

PEMBESAR SUARA

supaya pendengar dapat mendengar

apa yang diberitahu

boleh menggunakan

kepelbagian nada suara

menunjukkan professionalisme

seseorang penceramah

Page 12: KONSEP CERAMAH

VIDEO

letak di tempat yang boleh semua orang

dengar

sesuai dalam suara bernada

rendah

menununjukkan profesionalisme

seseorang penceramah

Page 13: KONSEP CERAMAH

menarik minat pendengar

pendengar akan lebih faham

menunjukkan professionalisme seseorang penceramah

Page 14: KONSEP CERAMAH

TEKS CERAMAH TRANSFORMASI PENDIDIKAN TUMPUAN KEPADA

PENDIDIKAN PRASEKOLAH.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang

Berbahagia Dr. Maznah Bt Abdul Samad, Pengarah Institut Pendidikan Guru

Kampus Sultan Mizan. Yang Berusaha Tuan Haji Zainuddin Bin Muhammad,

Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan. Ketua-ketua

jabatan, ketua-ketua unit, guru-guru pelatih yang saya hormati sekalian.

Alhamdullillah, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W. T.

kerana dengan izin dan kurniaNya, kita dapat berhimpun dalam satu majlis yang

indah ini. Sesungguhnya, ceramah pada pagi ini merupakan satu lagi inisiatif

kerajaan dalam merealisasikan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA)

Pendidikan iaitu Sub NKRA Prasekolah.Saya berasa gembira dalam tempoh empat

bulan pertama sahaja, dua daripada empat sub NKRA Pendidikan telah berjaya

dilancarkan. Ini menunjukkan komitmen Kerajaan dalam mengkotakan apa yang

telah dirancang dalam Program Transformasi Kerajaan, dengan penekanan kepada

Gagasan 1 Malaysia, Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan.

Pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan yang penting dalam

perkembangan dan pembangunan seseorang kanak-kanak. Sekiranya seorang

kanak-kanak mendapat pendidikan asas yang berkualiti, maka diyakini kanak-kanak

tersebut akan terus berjaya dalam pendidikan yang akan dilalui pada peringkat yang

lebih tinggi.

Menyedari kepentingan di peringkat awal kanak-kanak, maka Prasekolah

telah dijadikan salah satu sub NKRA dalam bidang pendidikan. Harus diingat, walau

pun Malaysia telah berjaya mencapai kadar enrolmen prasekolah yang boleh

dibanggakan berdasarkan laporan UNESCO 2008 : International Pre-school

Enrolment Rate, iaitu berada dikedudukkan ketujuh diperingkat antarabangsa namun

didapati taburan lokasi kanak-kanak yang mengikuti kelas prasekolah ini masih tidak

seimbang, contohnya di kawasan miskin bandar mahupun di kawasan pedalaman,

masih terdapat kanak-kanak yang belum mendapat pendidikan prasekolah. Dalam

sub NKRA ini, sasaran utamanya adalah untuk meningkatkan kadar enrolmen

Page 15: KONSEP CERAMAH

kanak-kanak prasekolah yang berumur 4+ dan 5+ tahun kepada 87 peratus

menjelang tahun 2012 dengan memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan miskin

bandar, luar bandar dan pedalaman.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum, terdapat empat agensi

utama yang menjalankan pendidikan prasekolah iaitu Kementerian Pelajaran sendiri,

pihak KEMAS di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah Jabatan Perdana

Menteri, serta pihak swasta. Dari segi statistik didapati sehingga kini, KPM telah

menyediakan sebanyak 7511 kelas prasekolah, KEMAS sebanyak 8,525, JPNIN

1643 dan prasekolah swasta yang berdaftar sebanyak 6378 Ini menunjukkan

bahawa terdapat peningkatan sebanyak lebih kurang 2.9 peratus (69.9%) daripada

kadar enrolmen pada tahun 2009 iaitu 67 peratus.

Saya berbangga dengan peningkatan kadar ini, namun pada masa yang

sama kita tidak boleh hanya berbangga dengan kuantiti, oleh itu dalam inisiatif

NKRA Pendidikan, KPM telah menegaskan semua agensi yang melaksanakan

pendidikan prasekolah perlulah memberikan pendidikan prasekolah yang berkualiti,

kerana kita tidak mahu masa depan kanak-kanak ini terjejas sekiranya pendidikan

prasekolah hanyalah dikatakan prasekolah makan sahaja...pergi sekolah untuk

makan, dan apabila melangkah ke Tahun 1, ...A, B, C pun masih belum kenal.

Dalam Sub NKRA Prasekolah, sebanyak tujuh strategi telahpun dirancang

bagi memastikan kualiti pendidikan prasekolah dapat ditingkatkan, bukan saja untuk

prasekolah KPM, tetapi juga prasekolah yang dilaksanakan oleh agensi-agensi lain.

Antaranya strategi utama yang telah diperkenalkan adalah penggunaan Kurikulum

Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).Dalam kurikulum ini, penekanan

diberikan kepada Bahasa Malaysia dan juga Bahasa Inggeris.

Page 16: KONSEP CERAMAH

Para hadirin sekalian,

Saya yakin dengan kualiti guru-guru prasekolah KPM disini yang terdiri

daripada guru-guru siswazah terlatih, namun di luar sana masih terdapat ramai guru

prasekolah yang tidak mendapat latihan yang sewajarnya. Maka di bawah NKRA ini,

pihak KPM memberi latihan kepada guru-guru prasekolah sama ada agensi

Kerajaan yang lain maupun swasta serta mencadangkan kelayakan minima guru

prasekolah pada masa akan datang supaya setara dengan kelayakan guru

prasekolah KPM.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Pihak kementerian telah pun berjaya menyediakan Sistem Maklumat

Prasekolah Kebangsaan, dengan satu klik saja, boleh akses kepada maklumat

prasekolah semua agensi kerajaan dan swasta di seluruh negara. Syabas kepada

semua pihak yang sama-sma telah membangunkan sistem ini, walaupun, masih

dalam peringkat ujian rintis tapi ini merupakan satu inovasi dalam pendidikan

prasekolah.Data yang tepat ini membolehkan kita merancang strategi yang lebih

berkesan terutamanya perancangan peluasan prasekolah kerana didapati

prasekolah masih diperlukan di kawasan luar bandar, pedalaman dan tidak

ketinggalan kawasan miskin bandar.

Selain itu, saya juga difahamkan bahawa satu Jawatankuasa Penyelarasan

Prasekolah Kebangsaan juga akan ditubuhkan bagi memantau dan menyelaras

semua dasar dan pelaksanaan prasekolah Kerajaan dan Swasta yang

dipengerusikan sendiri oleh Ketua Pengarah Pelajaran dan dianggotai oleh Ketua

Pengarah KEMAS dan JPNIN serta pihak swasta. Kalau selama ini, prasekolah

KPM, KEMAS dan JPNIN bergerak secara bersendirian, tetapi dengan adanya

jawatankuasa ini, maka semua dasar-dasar berkaitan prasekolah dapat

diselaraskan.

Page 17: KONSEP CERAMAH

Para hadirin sekalian,

Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti tidak seharusnya diletakkan di

atas pihak kerajaan sahaja. Strategi seterusnya, meningkatkan perkongsian pintar

kerajaan dan pihak swasta dalam pembangunan pendidikan pada semua peringkat

daripada prasekolah sehinggalah ke peringkat menengah.Strategi ini selaras dengan

Model Ekonomi Baru yang inginkan penglibatan pihak swasta untuk menerajui

pertumbuhan ekonomi negara. Dengan cara ini, akses kepada pendidikan

khususnya pendidikan prasekolah dapat diperluaskan.

Dalam usaha meningkatkan perkongsian pintar kerajaan dan swasta supaya

lebih banyak pendidikan prasekolah ditubuhkan, beberapa pendekatan baru telah

diwujudkan, antaranya mempercepatkan tempoh kelulusan daripada agensi-agensi

seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba dan

Penyelamat untuk penubuhan prasekolah swasta daripada 40 hari kepada 7 hari

sahaja. Dengan mempermudahkan proses ini, harapan kerajaan lebih banyak lagi

pihak swasta akan menubuhkan prasekolah khususnya di kawasan berkeperluan

tinggiTuan-tuan dan puan-puan,

Satu inisiatif baru yang Kerajaan perkenalkan sebagai galakan kepada

penubuhan prasekolah oleh pihak swasta adalah pemberian geran permulaan dalam

bentuk kewangan kepada pengusaha prasekolah yang mula beroperasi pada tahun

ini serta memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Geran permulaan ini diharap akan

membantu pengusaha baru prasekolah membuka lebih banyak prasekolah

terutamanya di kawasan-kawasan miskin bandar dan luar bandar yang mana

kawasan – kawasan ini tidak dicapai oleh pihak kerajaan.

Tidak ada jalan mudah untuk mencapai kejayaan. Kita mahu melihat agar

anak didik warga Malaysia akan terbela tak kira dari apa golongan sosio ekonomi.

Kerajaan akan sentiasa membantu namun pihak yang bertanggungjawab hendaklah

sentiasa berusaha untuk memajukan dirinya. Kepada penerima geran, anggaplah

pemberian geran permulaan merupakan satu tanggungjawab memberikan yang

terbaik kepada anak didik anda warga Malaysia.Berikanlah peluang kepada mereka

yang kurang berkemampuan untuk belajar dengan kualiti terbaik dengan yuran yang

berkemampuan.

Page 18: KONSEP CERAMAH

Akhir sekali, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan

setinggi-tinggi terima kasih kepada seluruh warga IPG Kampus Sultan Mizan yang

telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan dasar-dasar baru

kerajaan seiring dengan perkembangan terkini dalam dunia pendidikan hari ini. Saya

amat menghargai sokongan dan kerjasama seluruh warga IPG Kampus Sultan

Mizan dalam menjayakan wawasan dan gagasan kerajaan untuk meningkatakan

kecemerlangan dan mutu pendidikan negara. Marilah kita bersama-sama

memanjatkan doa ke hadrat Allah s.w.t. agar sentiasa diberikan kekuatan untuk

menjunjung amanah perjuangan memartabatkan pendidikan negara. Wabillahi

Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.