cabaran masyarakat pluralistik malaysia

9
Cabaran Masyarakat Pluralistik Malaysia Peningkatan masalah sosial Pembangunan yang pesat juga memberi impak negatif kepada negara. Pembangunan fizikal yang pesat seperti di Kuala Lumpur telah menyebabkan penghijrahan penduduk kampung ke bandar dengan ramai. Penghijarahan tersebut menyebabkan pendudukan Melayu lebih ramai daripada penduduk Cina selepas penghijrahan berlaku. Namun, kualiti hidup di bandar meningkat dan ada sebilangan yang tidak mampu menanganinya. Ini menyebabkan peratusan kemiskinan meningkat dan telah menyebabkan berlakunya gejala sosial yang teruk seperti kegiatan pelacuran, pengedaran dadah dan kecurian. Hal ini berlaku kerana untuk menampung taraf hidup yang sering meningkat dan telah mengubah norma-norma kehidupan bermasyarakat khususnya dalam komuniti masyarakat majmuk di Malaysia. Masalah sosial yang melibatkan golongan remaja bukan sahaja menimpa remaja kelas bawahan, malahan membabitkan kelompok remaja kelas menengah dan atasan. Dalam satu bandar yang membangun, kebanyakan ibu bapa sangat sibuk untuk bekerja. Mereka kurang masa untuk memerhati kanak-kanak mereka. Remaja adalah seorang manusia yang berusia 14-21 tahun. Pada usia tersebut mereka sangat naif terhadap apa-apa perkara. Mereka selalu ingin mencuba semua yang ada di dunia ini tanpa memikirkan akibatnya di masa yang akan datang. Bukan itu sahaja, kebanyakan remaja telah dipengaruhi oleh rakan sebaya dan kekurangan ilmu bagi menyesuaikan diri dengan kehidupan di bandar. Hal ini menyebabkan mereka melakukan perkara yang salah. Dengan kurangnya didikan agama dan kasih sayang dari ibu bapa, perasaan ingin mencuba, desakan atau pengaruh dari rakan sebaya ini semua sebab terjadinya masalah sosial yang kian sukar dibendung lagi. Selain itu, proses perbandaran ini juga telah melebarkan lagi jurang ekonomi dan pola tempat tinggal antara kaum . Contohnya,orang Melayu biasanya tinggal di kampung, orang Cina di bandar dan orang India di ladang-ladang. Imej ini tetap tidak berubah secara menyeluruh walaupun pelbagai langkah telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengatasinya. Buktinya, kerajaan telah mengadakan pelbagai kempen anti dadah dan juga kempen tak nak merokok secara besar-besaran di seluruh negara , namun dilihat tidak membuahkan hasil yang memberansangkan.

Upload: chiong-yew-tiong

Post on 05-Nov-2015

95 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

cabaran yang abakal di hadapi

TRANSCRIPT

Cabaran Masyarakat Pluralistik MalaysiaPeningkatan masalah sosialPembangunan yang pesat juga memberi impak negatif kepada negara. Pembangunan fizikal yang pesat seperti diKuala Lumpur telah menyebabkan penghijrahan penduduk kampung ke bandar dengan ramai. Penghijarahan tersebut menyebabkan pendudukan Melayu lebih ramai daripada penduduk Cina selepas penghijrahan berlaku. Namun, kualiti hidup di bandar meningkat dan ada sebilangan yang tidak mampu menanganinya. Ini menyebabkan peratusan kemiskinan meningkat dan telah menyebabkan berlakunya gejala sosial yang teruk seperti kegiatan pelacuran, pengedaran dadah dan kecurian.Hal ini berlaku kerana untuk menampung taraf hidup yang sering meningkat dantelah mengubah norma-norma kehidupan bermasyarakat khususnya dalam komuniti masyarakat majmuk diMalaysia.Masalah sosial yang melibatkan golongan remaja bukan sahaja menimpa remaja kelas bawahan, malahan membabitkan kelompok remaja kelas menengah dan atasan. Dalam satu bandar yang membangun, kebanyakan ibu bapa sangat sibuk untuk bekerja. Mereka kurang masa untuk memerhati kanak-kanak mereka. Remaja adalah seorang manusia yang berusia 14-21 tahun. Pada usia tersebut mereka sangat naif terhadap apa-apa perkara. Mereka selalu ingin mencuba semua yang ada di dunia ini tanpa memikirkan akibatnya di masa yang akan datang. Bukan itu sahaja, kebanyakan remaja telah dipengaruhi oleh rakan sebaya dan kekurangan ilmu bagi menyesuaikan diri dengan kehidupan di bandar. Hal ini menyebabkan mereka melakukan perkara yang salah. Dengan kurangnya didikan agama dan kasih sayang dari ibu bapa, perasaan ingin mencuba, desakan atau pengaruh dari rakan sebaya ini semua sebab terjadinya masalah sosial yang kian sukar dibendung lagi. Selain itu, proses perbandaran ini juga telah melebarkan lagi jurang ekonomi dan pola tempat tinggal antara kaum . Contohnya,orang Melayu biasanya tinggal di kampung, orang Cina di bandar dan orangIndiadi ladang-ladang. Imej ini tetap tidak berubah secara menyeluruh walaupun pelbagai langkah telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengatasinya. Buktinya, kerajaan telah mengadakan pelbagai kempen anti dadah dan juga kempen tak nak merokok secara besar-besaran di seluruh negara , namun dilihat tidak membuahkan hasil yang memberansangkan.

Pengekalan perpaduan rakyatPerpaduan bermaksud hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam konteks intra kaum dan inter kaum perlu memberi fokus utama bagi memupuk rasa saling faham-memahami aspirasi dan pandang dunia budaya. Perpaduan dalam konteks pembinaan negara bangsa ini memanglah memberi erti yang besar kepada negara dari segi menyediakan persekitaran yang harmorni, toleransi, aman damai, penyayang dan budaya kerja yang bersinergi ke arah membina Malaysia yang lebih maju dan berwibawa. Tahap perpaduan, toleransi dan sensitiviti yang mantap dan beriltizam di kalangan rakyatnya adalah prasyarat dan elemen asas untuk memastikan kewujudan berkekalan satu persekitaran yang stabil, makmur dan harmorni. Namun, terdapat banyak halangan-halangan untuk mewujudkan perpaduan. Hal ini kerana terdapat perbezaan dari segi petempatan atau tempat tinggal, perbezaan tumpuan sektor ekonomi, pengasingan sistem pendidikan, fahaman dan pengaruh politik yang berbeza, masalah ekonomi dan juga perbezaan dari aspek kebudayaan dan agama. Halangan-halangan ini secara tidak langsung membataskan pergaulan dan interaksi antara satu kaum dengan kaum yang lain yang seterusnya menyebabkan wujudnya pemisahan atau segregasi kaum di Malaysia. Untuk mengekalkan perpaduan suatu cabaran yang sangat mencabar dan memerlukan suatu tempoh yang lamapenubuhan Sekolah Kebangsaan (SK) telah diilhamkan oleh para pemimpin negara sebagai wahana untuk perpaduan rakyat pelbagai kaum. SK diharap dapat dijadikan tempat untuk generasi muda hidup bermasyarakat, saling bekerjasama antara satu sama lain serta melahirkan rakyat yang setia dan menyumbang kepada kesejahteraan negara. Hal ini demikian kerana setiap kaum dalam masyarakat mempunyai kepentingan tersendiri yang perlu dipertahankan dan diperjuangkan seperti hak dalam pendidikan .

Pelaksanaan sistem pendidikan negaraSistem pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkan masyarakat dan negara ke arah yang lebih baik. Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat majmuk di mana setiap dasar yang dilaksanakan perlu selari dengan keperluan masyarakat. Dasar pendidikan yang dilaksanakan bukan sahaja bertujuan untuk memberi pelajaran di sekolah semata-mata tetapi sebagai alat untuk merealisasikan perpaduan bangsa. Melalui sistem persekolahan, masyarakat dibentuk dengan memberi pelajaran kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, dan warna kulit. Walaubagaimanapun, setelah 53 tahun mengecapi kemerdekaan, masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa masih lagi tidak menunjukkan hubungan perpaduan yang kukuh. Memasuki tahun 2010 telah menjadikan sistem pendidikan di Malaysia bergerak seiring dengan keperluan semasa kerana masyarakat juga turut berubah disebabkan oleh arus permodenan dan globalisasi. Sehingga kini, Malaysia masih meneruskan kesinambungan sistem persekolahan lama dengan mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Seringkali isu-isu berkenaan dengan sistem persekolahan dibincangkan dan diperdebatkan yang akhirnya tiada jalan penyelesaian yang dilakukan bagi mengubah kepada sistem persekolahan yang baru. Isu-isu sistem persekolahan merupakan isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, kerana bukan sesuatu yang mudah untuk mendapat persetujuan daripada masyarakat yang mempunyai pandangan dan kepentingan yang berbeza. Idea menubuhkan satu aliran sistem persekolahan perlu dilaksanakan kerana melaluinya semangat perpaduan di kalangan rakyat dapat dipupuk. Pelaksanaan sekolah satu aliran tidak akan menyebabkan kehilangan identiti kaum tertentu, malah ia akan terus menyemai semangat perpaduan yang kukuh di kalangan masyarakat Malaysia. Oleh itu, pihak kerajaan perlu mengambil perhatian serius dalam memastikan isu-isu pendidikan dikawal dengan sebaiknya supaya hubungan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa sentiasa berada dalam keadaan yang harmorni atau malah menemui kegagalan sekiranya sistem pendidikan tidak dilaksanakan dengan baik dan telus.

Keselamatan negaraKeselamatan negara merujuk kepada tujuan dan cara bagaimana sesebuah negara mempertahankan dirinya daripada ancaman dan kemampuannya mengekalkan nilai teras negara tersebut. Keselamatan tidak lagi boleh didefinisikan hanya dalam bentuk tradisional yang mencakupi ancaman ketenteran dan isu-isu yang berkaitan. Kita menerima ancaman daripada puak-puak ekstrimis kaum dan penyimpang agama. Kelompok ini menjadi ancaman kepada negara kerana tindak-tanduk mereka yang sanggup melakukan sesuatu di luar batas kemanusiaan demi mencapai matlamat masing-masing. Selain itu, terdapat juga pihak yang sengaja mengeksploitasi isu-isu ekonomi dan sosial politik negara untuk mendapatkan sokongan terutama dari kalangan parti politik dan badan bukan kerajaan. Kehadiran pendatang sama ada mereka masuk ke negara ini secara sah atau haram juga boleh menjejaskan imej dan keharmonian negara. Hal ini kerana sebilangan daripada mereka suka menimbulkan masalah dan menghuru-harakan keselamatan negara. Isu kebanjiran pendatang asing di Malaysia bukanlah perkara baru dan ia bermula sejak lama lagi, tetapi begitu ketara sejak 1980-an apabila Malaysia mula menjadi tumpuan kepada rakyat Indonesia yang datang bekerja secara sah dan secara haram yang tertarik dengan kemakmuran ekonomi dan keamanan negara ini. Pada peringkat awal, kehadiran pendatang ini tidak menimbulkan sebarang masalah besar dari segi politik keselamatan, namun setelah beberapa tahun, kehadiran pekerja Indonesia di Malaysia menjadi isu politik dan keselamatan yang menganggu hubungan kedua negara. Kehadiran mereka yang ramai menimbulkan beberapa masalah keselamatan, terutama dari segi kesejahteraan masyarakat. Terdapat banyak kegiatan-kegiatan jenayah yang dilakukan oleh pedatang rakyat Indonesia. Walaupun tidak ada statistik yang lengkap menunjukkan perkaitan antara pedatang asing dan jenayah, namun terdapat kajian yang menunjukkan perkaitan antara pendatang asing dan jenayah, namun terdapat kajian yang menunjukkan kebanjiran pedatang asing menyebabkan peningkatan jenayah. Oleh itu, sebagai negara yang terletak di tengah-tengah Asia Tenggara dan mempunyai sempadan darat dan maritim dengan negara-negara berjiran, Malaysia memerlukan dasar luar dan keselamatan yang boleh menjaga kepentingannya dan di masa yang sama menjaga hubungan baik dengan jiran-jirannya. Untuk mencapai tujuan di Malaysia bukan sahaja memerlukan diplomasi yang cekap, tetapi juga perlu dimantapkan dengan kemampuan pertahanan dan keselamatan untuk mencegah ancaman terhadap negara.Pelancaran Program Latihan Khidmat NegaraProgram Latihan Khidmat Negara ( PLKN ) merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN seluruh Malaysia bagi sesetengah daripada mereka yang terpilih apabila menamatkan pendidikan sekolah menengah di Malaysia atau berumur 17 tahun ke atas. Ia bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamat membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Kerajaan telah membentuk dan membina Program Latihan Khidmat Negara bersesuaian dengankeperluan dan realiti masyarakat majmuk negara ini. Namun, terdapat masalah-masalah muncul di kalangan pelatih PLKN. Salah satu masalah yang sering timbul ialah pelatih tidak melapor diri bagi kursus PLKN. Terdapat juga beberapa kes di mana peserta program dipilih dari kalangan ibu muda serta remaja miskin yang terpaksa bekerja untuk menyara hidup, sebagaimana nasib yang ditimpa oleh seorang remaja miskin, Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dari Perlis. Tindakan kerajaan memilih bakal pelatih tanpa mengetahui latar belakang mereka disifatkan sesetengah pihak sebagai tidak berperikemanusiaan. Bagi pelatih yang sengaja tidak melaporkan diri, pihak berkuasa telah mengambil tindakan tegas bagi mereka. Mereka diminta menulis surat bagi mendapatkan penangguhan atau pengecualian daripada menghadiri PLKN. Satu masalah lagi yang agak serius ialah kematian pelatih PLKN. Keselamatan pelatih PLKN adalah penting kerana ianya melibatkan persoalan nyawa dan keselamatan golongan pelatih tersebut. Sejak PLKN diadakan pada tahun 2004 sehingga 2007, daripada 14 kematian pelatih yang dilaporkan, tujuh meninggal dunia kerana penyakit yang mereka hidapi termasuk sakit jantung, asma dan jangkitan kuman. Maka, dengan itu menjadi satu lagi cabaran kepada kerajaan untuk meyakinkan rakyat bahawa program ini membawa kebaikan kepada negara dari segala segi seperti memupuk perpaduan , pertahanan negara, dan juga sebagai salah satu proses menerapkan semangat patriotik dalam kalangan belia mendedahkan ilmu mempertahankan diri, dan juga sangat membantu negara.

Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan intergrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata. Hal ini adalh untuk mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Ia juga mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional(DPN) pada1991. DPN menekankan konsep liberalisasi ekonomi. Konsep yang mula ditekankan selepas tahun 1985, bilamana kerajaan mula mengurangkan penglibatannya dalam ekonomi dan juga mula menarik diri daripada menjadi pemain utama dalam ekonomi negara. Kerajaan menyerah kepada sektor swasta untuk memandu dan memimpin perjalanan ekonomi negara. Mengumumkan dasr mengecilkan saiz sektor awam, dan mula menyerahkan peranan membekalkan perkhidmatan kemudahan awam kepada sektor swasta. Berikutan itu, program penswastaan dilaksanakan secara meluas dan negara kini merupakan negara paling terkehadapan dalam usaha menswastakan kemudahan awam. Secara ringkasnya, Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan negara melalui proses pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat di dalam konteks keselamatan negara yang kukuh. Segala program pembangunan negara dan Dasar kerajaan semasa yang diperkenalkan adalah dirancnag dan dilaksanakan untuk mencapai tujuan-tujuan di atas. Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih dari kerajaan dan kakitangannya, malah ianya memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari sektor swasta.

Penafian agama Islam sebagai agama rasmiNegara Malaysia merupakan negara yang begitu unik dengan memiliki pelbaga bangsa dan agama. Kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara digugat oleh pelbagai kumpulan dan pertubuhan. Tuduhan tentang agama Islam tidak pernah dinyatakan secara jelas sebagai agama rasmi di dalam Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan ada dinyatakan bahawa Islam adalah agama negara dan ia boleh difahami sebagai agama rasmi bagi Malaysia bukannya agama rasmi yang dianuti oleh rakyat negara ini. Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang pengamalan agama-agama lain. WalaupunMalaysiasering dipuji dan digembar-gemburkan oleh dunia bahawa mempunyai kestabilan politik kerana dapat mentadbirmempunyai satu komuniti masyarakat majmuk yang pelbagai, tetapi akhir-akhir ini keutuhan kenyataan itu nampak goyah. Hal ini demikian kerana, sejak kebelakangan ini kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara bukan sahaja telah dipertikaikan tetapi digugat oleh pelbagai kumpulan dan pertubuhan bukan Islam yang membuat pelbagai tuntutan serta tafsiran yang tidak munasabah terhadap Perlembagaan Persekutuan. Di antara hujah yang digunakan untuk menyokong tuntutan mereka ialah bahawa Islam tidak pernah dinyatakan secara jelas sebagai agama rasmi di dalam Perlembagaan Persekutuan.Sebenarnya di dalam Perlembagaan ada dinyatakan bahawa Islam adalah agama negara atau'state religion'iaitu merujuk kepada negaraMalaysia. Apabila disebut tentang agama negara maka secara dasarnya ia boleh difahami sebagai agama rasmi bagiMalaysia bukannya agama rasmi yang dianuti oleh rakyat negara ini. Tambahan pula, Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang pengamalan agama-agama lain di mana rakyat negara ini mempunyai kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing.Pertikaian ini adalah tidak wajar sekali kerana majoriti pendudukMalaysiamenganuti Islam. Agama Islam sudah berakar umbi dalam masyarakat sudah ratusan tahun dahulu. Keadaan ini menunjukkan bahawa pelbagai komunitimasyarakat di Malaysia sudah berani untuk mempersoalkan perlembagaan negara seterusnya akan pasti mengugatkan keselamatan dan kedaulatannegara Sekiranya usaha untuk mempertikaikan dan tindakan mengubah status agama Islam tidak dihentikan segera ia dikhuatiri boleh menjejaskan keharmonian kaum di kalangan penduduk negara ini yang sudah terjalin buat sekian lamanya.

Memastikan pembangunan negara seimbangUntuk memastikan pembangunan negara dengan seimbang, Dasar Pembangunan Nasional ( DPN ) telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad, Pendana Menteri Malaysia pada Jun 1991. DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi negara. Matlamat DPN adalah untuk meningkatkan taraf sosial dan ekonomi masyarakat Bumiputera ke tahap yang lebih berdaya maju dan teguh. Kedudukan ini boleh dicapai dengan pelaksanaan strategi meningkatkan gunatenaga dan penyertaan Bumiputera dalam pengurusan sektor-sektor moden dan membentuk Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. Walaupun dasar dan program kerajaan akan terus menyediakan sokongan kepada usahawan Bumiputera, tetapi adalah menjadi harapan kerajaan usahawan Bumiputera akan memajukan perniagaan berasaskan daya usaha sendiri dan kurang bergantung kepada bantuan dan subsidi kerajaan. Sehubungan dengan ini latihan dalam bidang pengurusan harta dan etika perniagaan akan diutamakan. Sebagai langkah jangka panjang, program untuk memupuk usahawan muda juga akan diberi tumpuan. Kebelakangan ini, kerajaan telah mengisytiharkan usaha membangunkan semula sektor pertanian di negara kita. Usaha ini adalah wajar dalam memastikan pembangunan dan kemajuan negara secara seimbang memandangkan sektor pertanian dan sektor perindustrian adalah saling melengkapi. Kedua-dua sektor ekonomi tersebut adalah sama penting dan tidak boleh diabaikan mana-mananya. Seperti yang kita tahu, masyarakat Melayu lebih mendominasi sektor pertanian dan masyarakat Cina pula lebih banyak menguasai bidang perindustrian. Seperti DEB, DPN akan meneruskan usaha-usaha mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi bukan sahaja di kalangan kaum etnik tetapi juga di antara golongan kaya dan miskin dan antara wilayah. Ketidakseimbangan ekonomi ini akan dapat dikurangkan berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama untuk mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan negara.http://ibnusuhaili88.blogspot.com/2009/01/cabaran-masyarakat-majmuk-di-malaysia.htmlhttp://aplikasi.kpkt.gov.my/ucapan.nsf/6c7fcfbe486f405c48256e5a000bd038/298112d8f24ac92248256fdc00349db8?OpenDocumenthttp://www.sosiohumanika-jpssk.com/sh_files/File/4.mior.usm.mei.2011.pdfhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Program_Latihan_Khidmat_Negara