cabaran guru linus

16
37  Masalah Pendidikan, 34, 201 1  CABARAN GURU PROGRAM LINUS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA Abdul Jalil Othman Normarini Norzan Ghazali Darusalam Saedah Siraj Fakulti Pendidikan Universiti Malaya  Kajia n ini dilaksanakan untu k melih at hubun gkait pelak sanaa n  Pr og ra m LI NUS de ng an cabaran gu ru LI NUS da lam me r ea li sa sika n  pen gua saa n kemahi ran asas lit era si. Pen gka ji ing in men get ahu i apakah hubungkait LINUS dengan cabaran yang dihadapi oleh  gur u yang te rlibat se car a lang sun g di dala m pr ogr am ini . Seca ra ringkasnya objektif pengkaji menjalankan kajian ini adalah untuk mengenal pasti masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh guru-guru LINUS dalam memastikan murid LINUS berkeupayaan menguasai kemahiran asas membaca dan menulis berdasarkan program LINUS yang dilaksanakan. Pengkaji turut ingin mengenal pasti perbezaan pendekatan guru biasa yang dipertanggungjawabkan melaksanakan Program LINUS dengan  guru pemulihan. Berda sarkan objektif kajian yang dinyatakan dengan secara khusus, kajian ini adalah bertujuan untuk menjawab dua soalan kajian iaitu Sejauhmanakah persepsi murid terhadap  pen dek ata n pen gaj ara n dan p emb ela jar an gu ru LI NUS b ias a dan  gur u pem uli han dari seg i akt ivi ti pen gaj ara n dan pembe laj ara n,  suasana pembel aja ran d an mo tiv asi g uru d an ka eda h pen gaj aran dan pembelajaran guru dalam melaksanakan program LINUS? dan Apakah terdapat hubungkait antara program LINUS dengan  peran an guru dalam penga jaran dan pembe lajar an? Darip ada kajian yang dilakukan, didapati bahawa permasalahan yang wujud dalam kemahiran literasi dapat diperbaiki dengan strategi dan  per anc ang an pen gaj ara n dan pemb ela jar an yan g ber kua lit i ole h  gur u men jad i ber kes an dan b erm akn a kep ada mu rid be r das ark an  pel aksa naa n pr ogra m LIN US. T er dap at juga perhu bun gan yang  sig nif kan a nta ra pe ran an gu ru LINUS b ias a dan g uru p emu lihan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan  pr ogr am LIN US.

Upload: yuki-chia

Post on 14-Apr-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cabaran Guru LINUS

7/27/2019 Cabaran Guru LINUS

http://slidepdf.com/reader/full/cabaran-guru-linus 1/15

37

 Masalah Pendidikan, 34, 2011

CABARAN GURU PROGRAM LINUS DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA

Abdul Jalil OthmanNormarini Norzan

Ghazali Darusalam

Saedah Siraj

Fakulti Pendidikan

Universiti Malaya

 Kajian ini dilaksanakan untuk melihat hubungkait pelaksanaan

 Program LINUS dengan cabaran guru LINUS dalam merealisasikan penguasaan kemahiran asas literasi. Pengkaji ingin mengetahui

apakah hubungkait LINUS dengan cabaran yang dihadapi oleh

 guru yang terlibat secara langsung di dalam program ini. Secara

ringkasnya objektif pengkaji menjalankan kajian ini adalah untuk 

mengenal pasti masalah pengajaran dan pembelajaran yang 

dihadapi oleh guru-guru LINUS dalam memastikan murid LINUS 

berkeupayaan menguasai kemahiran asas membaca dan menulis

berdasarkan program LINUS yang dilaksanakan. Pengkaji turut 

ingin mengenal pasti perbezaan pendekatan guru biasa yang dipertanggungjawabkan melaksanakan Program LINUS dengan

 guru pemulihan. Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan

dengan secara khusus, kajian ini adalah bertujuan untuk menjawab

dua soalan kajian iaitu Sejauhmanakah persepsi murid terhadap

 pendekatan pengajaran dan pembelajaran guru LINUS biasa dan

 guru pemulihan dari segi aktiviti pengajaran dan pembelajaran,

 suasana pembelajaran dan motivasi guru dan kaedah pengajaran

dan pembelajaran guru dalam melaksanakan program LINUS?

dan Apakah terdapat hubungkait antara program LINUS dengan

 peranan guru dalam pengajaran dan pembelajaran? Daripada

kajian yang dilakukan, didapati bahawa permasalahan yang wujud 

dalam kemahiran literasi dapat diperbaiki dengan strategi dan

 perancangan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti oleh

 guru menjadi berkesan dan bermakna kepada murid berdasarkan

 pelaksanaan program LINUS. Terdapat juga perhubungan yang 

 signifkan antara peranan guru LINUS biasa dan guru pemulihan

dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan program LINUS.

Page 2: Cabaran Guru LINUS

7/27/2019 Cabaran Guru LINUS

http://slidepdf.com/reader/full/cabaran-guru-linus 2/15

38

 Masalah Pendidikan, 34, 2011

Pendidikan literasi Bahasa Melayu semakin dipandang sebagai satu mata

 pelajaran yang amat penting di sekolah, selaras dengan strategi kerajaan

dalam NKRA Negara adalah untuk melahirkan generasi yang celik huruf dan

maju ke hadapan. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif dalam memberi pendidikan literasi sejak dari peringkat awal kanak-kanak.

Keupayaan manusia dalam menuntut ilmu bakal mengubah corak kehidupan

masyarakat (Mahzan Arshad, 2008). Kesinambungan daripada lonjakan

 paradigma terhadap penguasaan keupayaan membaca dalam Bahasa Melayu

dapat membuka jalan dan peluang yang lebih luas kepada anak bangsa dalam

mendapatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang di peringkat sekolah.

Justeru itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil

insiatif bijak dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

dengan memastikan semua murid di Malaysia mendapat pendedahan awaluntuk menguasai kemahiran membaca dan menulis sejak dari peringkat awal

kanak-kanak lagi. Bermula dari Tahun 2010, bidang Keberhasilan Utama

 Nasional (NKRA) telah menyasarkan bahawa semua murid berkeupayaan

untuk menguasai aras literasi dan numerasi kecuali berkeperluan khas selepas

tiga tahun mengikuti pendidikan rendah sebelum berakhir tahun 2012.

Program Literasi dan Numerasi (LINUS) diwujudkan untuk menangani

masalah murid yang berkeupayaan tetapi masih belum menguasai literasi

dan numerasi.

Program LINUS

Program LINUS yang telah dijalankan sejak tahun 2010 merupakan sebuah

 program pendidikan di dalam bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA).

Ia telah memberi peluang yang lebih luas kepada murid-murid di sekolah

rendah yang agak ketinggalan dalam penguasaan 3M iaitu membaca, menulis

dan mengira. LINUS yang bermaksud Literacy and Numeracy Screening

merupakan sebuah program pemulihan yang direka bentuk untuk memastikan

murid yang mempunyai kesukaran untuk menguasai kemahiran asas literasidan numerasi dapat mencapai standard penguasaan kemahiran asas yang

kukuh pada tiga tahun awal persekolahan. Kajian ini hanya menumpukan

kepada kemahiran asas literasi iaitu keupayaan untuk membaca, menulis dan

memahami perkataan, ayat mudah dan sukar dalam Bahasa Melayu dan dapat

mengaplikasikan ilmu pengetahuan dalam pembelajaran dan komunikasi

harian.

Page 3: Cabaran Guru LINUS

7/27/2019 Cabaran Guru LINUS

http://slidepdf.com/reader/full/cabaran-guru-linus 3/15

39

 Masalah Pendidikan, 34, 2011

Justeru itu, matlamat LINUS adalah untuk mengenal pasti masalah dan

memulihkan kelemahan murid pada peringkat lebih awal agar murid yang

tidak berupaya membaca dan menulis ini tidak ketinggalan dalam menguasai

 pembelajaran secara keseluruhan. Menurut Mohd Zanal Dirin, TimbalanPengarah Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam The Star halaman 17

 pada 19 Oktober 2011, terdapat beberapa faktor biasa yang menyebabkan

murid ketinggalan dalam pembelajaran ialah latar belakang sosioekonomi,

status indigenous, lokasi geogra, sikap dan aspirasi. Oleh itu, guru sebagai

 penggerak utama program ini harus mempunyai sikap dan aspirasi yang

cemerlang, bersemangat dan kredibiliti yang tinggi sepanjang pengajaran

dan pembelajaran.

Bahagian Pembangunan Kurikulum telah berusaha menghasilkan

Modul Guru dan Modul Murid. Di antara prinsip-prinsip modul pengajarandalam LINUS adalah ansur maju, didik hibur, pengulangan kosa kata, latihan

dari mudah ke susah, latihan interaktif dan belajar sambil bermain. Manakala

senarai kemahiran literasi yang perlu dikuasai oleh murid ialah membaca

dan menulis huruf, membaca suku kata, membina dan menulis suku kata,

membaca perkataan, membaca dan menulis perkataan, membaca rangkai kata,

membina dan menulis rangkai kata, membaca ayat, membina dan menulis

ayat tunggal.

Selain daripada itu, proses pengajaran dan pembelajaran bukanlah hanya

menumpukan kepada kemahiran atau teknik bacaan semata-mata. Murid harusmelalui pembelajaran yang lebih kukuh dalam keupayaan membaca (Mahzan

Arshad, 2008). Oleh itu, demi merealisasikan matlamat, pelbagai aspek 

untuk memahami senario pembelajaran bacaan dalam Bahasa Melayu harus

dititikberatkan agar kanak-kanak yang lahir dari produk sistem pendidikan

Malaysia merupakan kanak-kanak yang celik bahasa dan seterusnya

menguasai ilmu lain secara optimum dan penuh kejayaan. Keupayaan murid

dalam proses pembelajaran melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

(KBSR) hendaklah dititikberatkan agar kemahiran yang dikuasai oleh murid

memberi impak yang besar kepada masa depan murid dalam menguasai ilmu

 pengetahuan secara keseluruhan. Kepentingan untuk melihat akan keupayaan

murid dalam mewujudkan sesebuah kurikulum pendidikan literasi Bahasa

Melayu adalah perlu diberi keutamaan (Mahzan Arshad, 2008). Merujuk 

kepada Rajah 1 masih ramai murid yang kurang berupaya di seluruh negeri di

Malaysia yang sangat memerlukan bimbingan daripada guru-guru di sekolah

agar mereka mendapat pendidikan yang sempurna dan bersesuaian dengan

tahap keupayaan murid secara individu.

 

Page 4: Cabaran Guru LINUS

7/27/2019 Cabaran Guru LINUS

http://slidepdf.com/reader/full/cabaran-guru-linus 4/15

40

 Masalah Pendidikan, 34, 2011

 Negeri Bilangan Peratus

Sarawak 668 17.10%

Perak 496 12.70%

Sabah 480 12.30%

Johor 411 10.50%

Selangor 340 8.70%

Kedah 301 7.70%

Pahang 286 7.30%

Kelantan 251 6.40%

Terengganu 179 4.60%

Pulau Pinang 155 4%

 Negeri Sembilan 126 3.20%

Melaka 117 3%

Kuala Lumpur 106 2.70%

Jumlah 3916 100%

 Rajah 1. Bilangan murid kurang upaya berdasarkan negeri.

Sumber: The Star (19 Oktober 2011)

 

Aspek Penilaian LINUS

Penilaian keupayaan penguasaan literasi murid dapat dinilai melalui tiga

ujian saringan yang dilaksanakan dalam setahun iaitu pada bulan Mac, Jun

dan September untuk melihat penguasaan literasi murid. Murid yang tidak 

dapat menguasai kemahiran asas literasi akan dimasukkan ke dalam kelas

 pemulihan jika mereka gagal menjalani ujian saringan kedua. Murid yang

masih di dalam proses pemulihan akan diasingkan kelas bagi mata pelajaran

 bahasa bagi memastikan perhatian yang istimewa dapat diberikan oleh

guru-guru LINUS dan guru pemulihan berdasarkan kemampuan mereka.Pengasingan murid LINUS ini bertujuan untuk memastikan murid dan guru

dapat menumpukan sepenuh perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran

kemahiran asas literasi yang lebih padu dan penggunaan teknik yang lebih

 berkesan berdasarkan modul LINUS dan keupayaan setiap murid. Bilangan

murid di dalam kelas pemulihan adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan

 bilangan murid dalam kelas aliran perdana; justeru itu, teknik dan pendekatan

 pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru LINUS dan

 pemulihan diharapkan akan menjadi lebih pelbagai, menarik, menyeronokkan

dan berkesan. Murid yang masih belum dapat menguasai kemahiran asas

Page 5: Cabaran Guru LINUS

7/27/2019 Cabaran Guru LINUS

http://slidepdf.com/reader/full/cabaran-guru-linus 5/15

41

 Masalah Pendidikan, 34, 2011

literasi selepas tahun ketiga tidak akan dibenarkan untuk menaiki kelas di

tahun 4.

Penilaian tahap penguasaan murid akan dilaksanakan oleh guru

dengan menggunakan soalan ujian saringan 1, 2 dan 3 yang dibekalkan olehKementerian Pelajaran Malaysia. Soalan ujian lisan dan bertulis ini adalah

untuk menguji keupayaan asas literasi membaca dan menulis semua murid

Tahun 1. Terdapat 12 konstruk kemahiran Murid LINUS biasa akan diajar 

oleh guru bahasa mereka manakala murid LINUS Tegar akan diajar oleh

guru pemulihan. Maka di sini pengkaji dapat melihat perbezaan pendekatan

 pengajaran dan pembelajaran murid LINUS yang diajar di dalam kelas

 biasa dan murid LINUS yang di ajar oleh guru pemulihan di bilik khas

 pemulihan di setiap sekolah di seluruh negara. Pelaksanaan pengajaran yang

dilaksanakan akan menggunakan modul LINUS selepas saringan kedua.Selain itu, ujian saringan bagi melihat pencapaian murid mempunyai had

tempoh masa dan dijalankan secara sistematik dan berulangan sehingga murid

 benar-benar menguasai setiap kemahiran membaca dan menulis bagi menilai

keberkesanan pencapaian pengajaran dan pembelajaran murid-murid lemah.

Strategi dalam Pelaksanaan Program LINUS

Pelaksanaan Program LINUS telah menggunakan beberapa strategi yang telah

ditetapkan oleh Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.Terdapat 6 strategi yang telah disenaraikan iaitu:

• Membuat penyaringan murid (Tahun 1, 2 dan 3).

• Perkembangan Bahan

• Meningkatkan kemahiran pedagogi untuk guru

• Program Kesedaran tentang LINUS untuk sekolah dan komuniti

• Pemantauan, penyeliaan dan penilaian

• Pengukuhan FasiLINUS (Pemilihan fasilitator yang

 berpengalaman)

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melatih seramai 1100

guru pemulihan dan menyediakan bilik khas pemulihan yang lebih kondusif 

 berbanding dengan kelas biasa. Guru - guru turut diberikan latihan dan kursus

yang boleh meningkatkan kualiti guru. Nisbah guru pemulihan bagi setiap

sekolah adalah 1:15 murid. Guru akan dilatih secara profesional dengan

menggunakan modul dan bahan pengajaran dan pembelajaran mesra kanak-

kanak yang baru dan berkesan. Mahasiswa yang bakal menjadi guru di

Institut Perguruan di seluruh Malaysia yang masih dalam pengajian juga turut

diberi persediaan awal agar mereka lebih bersedia dan berkelayakan untuk 

Page 6: Cabaran Guru LINUS

7/27/2019 Cabaran Guru LINUS

http://slidepdf.com/reader/full/cabaran-guru-linus 6/15

42

 Masalah Pendidikan, 34, 2011

mengajar murid LINUS ini. Manakala fasiLINUS pula telah diwujudkan

untuk membimbing komuniti yang terlibat dalam melaksanakan program

LINUS di sekolah. Mereka telah ditugaskan untuk memberi bimbingan

kepada guru dan pihak pentadbir di sekolah. Antara peranan fasiLINUS ialah:• Memberi nasihat kepada guru pemulihan sedia ada

• Membimbing dan mengetuai guru-guru

• Memberi tunjuk ajar dan menjadi mentor dalam melaksanakan

 program LINUS

• Membina kapasiti guru pemulihan, guru lain dan pentadbir 

• Membantu sekolah menyediakan pelan tindakan pembetulan

Manakala hasil kajian yang dilakukan oleh Che Zanariah dan Fadzillah

Abd Rahman (2011) di dalam jurnal bertajuk Pelaksanaan Pengajaran danPembelajaran Kemahiran Menulis di Sekolah Rendah telah mendapati guru

 bersetuju bahawa mengajar kemahiran menulis merupakan tanggungjawab

guru yang mencabar. Dari segi pengaplikasian strategi pengajaran pula,

guru bersetuju bahawa mereka mengajarkan murid kemahiran penulisan

yang mudah kepada sukar. Strategi sebegini patut dilaksanakan kerana dapat

membantu memudahkan pemahaman murid terhadap kemahiran menulis yang

dipelajari. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat permasalahan dalam

 pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu iaitu masalah pengetahuan dan

kemahiran guru serta masalah kelemahan murid dalam kemahiran menulis.

Cabaran Guru

Dalam usaha mempertingkat kemahiran bahasa murid-murid ini, guru

mempunyai peranan yang besar. Menurut Roselan (2003), kemahiran

 berbahasa merupakan kemahiran asas yang amat penting dan perlu

ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Guru sebagai pelaksana kurikulum perlu mengambil berat tentang objektif 

kurikulum yang digubal bagi membolehkan hasrat kerajaan tercapai. MenurutYahya (2004), membaca merupakan proses interaksi antara teks dengan

imaginasi pembaca. Justeru, guru perlu mempelbagaikan teknik pengajaran

membaca agar dapat menjadikan pengajaran lebih bervariasi, menarik serta

dapat menimbulkan minat murid untuk belajar dengan lebih bersungguh-

sungguh. Walau bagaimanapun, masalah ini bukanlah penghalang kepada

guru dan sekolah serta dijadikan alasan untuk tidak membantu murid yang

 bermasalah dalam pembelajaran. Pelbagai usaha serta bantuan daripada

kerajaan dan KPM seharusnya menjadi pemangkin serta dorongan bagi

guru dan sekolah agar terus berusaha membantu murid bermasalah dalam

Page 7: Cabaran Guru LINUS

7/27/2019 Cabaran Guru LINUS

http://slidepdf.com/reader/full/cabaran-guru-linus 7/15

43

 Masalah Pendidikan, 34, 2011

 pembelajaran. Hal ini dapat diperoleh melalui matlamat Misi Nasional dalam

tempoh 2006-2010, iaitu Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)

tertumpu kepada projek membangunkan prasarana sekolah di luar bandar,

meningkatkan kadar kehadiran murid di sekolah dan mengurangkan kadar keciciran, meningkatkan bilangan guru terlatih di sekolah luar bandar serta

mempertingkat sistem pengagihan bantuan kepada murid miskin dan murid

 berkeperluan khas.

Pengajaran merupakan profesion yang memerlukan ilmu pengetahuan

dan latihan dalam pengetahuan psikologi kerana kerjaya sebagai guru

 berhubungkait rapat dengan manusia. Keupayaan yang berbeza dalam

kalangan kanak-kanak menuntut guru-guru mendidik dan memotivasikan diri

dalam meningkatkan kemahiran pedagogi dalam pengajaran dan cuba untuk 

memahami pelbagai sifat murid yang lemah dan cemerlang. Kepelbagaianminat dan latar belakang murid akan memberi penanda aras kepada guru untuk 

mengenal pasti keperluan dan keupayaan murid khasnya dalam menguasai

kemahiran membaca.

Oleh kerana itu, adalah sangat penting agar guru dapat mengenal

 pasti pada peringkat awal dan mengambil langkah terbaik memperbaiki

ketidakupayaan membaca dalam kalangan murid ini. Guru harus peka dalam

mengenal pasti murid yang berada dalam kategori pendidikan khas. Ini

 bermakna murid dalam golongan ini berkemungkinan menghadapi masalah

kesihatan dan pembelajaran seperti disleksia, hiperaktif dan sebagainya yangmenghalang mereka untuk menumpukan perhatian atau lebih kritikal lagi

mereka memang tidak berupaya mempelajari bacaan. Pelbagai tanggungjawab

yang sangat berat harus dipikul oleh guru dalam melaksanakan program

LINUS dan ini amat memberi tekanan dan boleh menjejaskan prestasi kerja

dan menurunkan motivasi diri jika tidak dapat mengawal emosi dan tekanan.

Justeru itu, sebagai guru literasi Bahasa Melayu, tanggungjawab yang

digalas sangat besar dalam memastikan murid yang dilahirkan ini berjaya

menjadi insan yang berguna apabila mereka sudah dewasa kelak. Kajian yang

dilaksanakan amat berkait rapat dengan peranan guru dalam melaksanakan

 pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk memastikan murid

menguasai kemahiran asas literasi kerana hasil dapatan di dalam The Star 

halaman 17 pada 19 Oktober 2011 telah menunjukkan seramai 3,916 murid

yang bermasalah pembelajaran dalam Tahun 2 bagi Tahun 2011. Senario

ini menggambarkan betapa hebatnya cabaran yang terpaksa dihadapi oleh

guru dalam merealisasikan serta memastikan matlamat program LINUS

yang dilaksanakan oleh mereka tercapai dengan jayanya. Namun kita juga

harus sedar guru bukan sahaja dipertanggungjawabkan untuk mengajar murid LINUS semata-mata. Mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk 

Page 8: Cabaran Guru LINUS

7/27/2019 Cabaran Guru LINUS

http://slidepdf.com/reader/full/cabaran-guru-linus 8/15

44

 Masalah Pendidikan, 34, 2011

memastikan murid di aliran perdana turut diberi perhatian dan tidak terabai

kerana mereka juga memerlukan bimbingan oleh guru yang sesuai, kreatif,

 berpengalaman dan mempunyai kegigihan yang tinggi. Di samping itu, guru

 juga terpaksa menerima bebanan tugas sampingan di sekolah. Jika dilihat guruLINUS di dalam kelas biasa agak sukar kerana mereka harus menyediakan

dua rancangan pengajaran dan memastikan murid LINUS diajar mengikut

tahap penguasaan masing-masing. Ini kerana murid di dalam kelas LINUS

 biasa mempunyai tahap keupayaan membaca dan menulis yang berbeza-beza

 berbanding di kelas pemulihan di mana muridnya dalam kalangan murid yang

agak lemah dan pengajaran yang dirancang agak mudah untuk dilaksanakan.

Di samping itu juga, bilangan murid di kelas pemulihan adalah lebih

kecil jika dibandingkan dengan bilangan murid dikelas LINUS biasa; ini

memudahkan guru memberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran.Suasana di kelas pemulihan juga dilihat lebih kondusif dan selesa bagi murid

untuk menumpukan perhatian dalam pembelajaran bahasa. Kemudahan

 bahan bantuan mengajar yang mudah diperoleh serta banyak disediakan di

 bilik pemulihan juga turut membantu guru pemulihan dalam menjayakan

 pengajaran dan pembelajaran dengan lebih cemerlang. Oleh hal yang

demikian dapat dinyatakan di sini bahawa sememangnya terdapat perbezaan

yang ketara dari pengajaran dan pembelajaran guru LINUS biasa dan

guru pemulihan. Cabaran yang lebih berat dan tekanan yang lebih hebat

dirasakan oleh guru LINUS biasa berbanding guru pemulihan kerana terpaksamenyediakan pengajaran dan pembelajaran yang lebih pelbagai, terkawal dan

menepati tahap keupayaan setiap murid yang berbeza potensinya. Namun

tidak dinakan guru pemulihan harus mengajar murid yang jauh lebih lemah

 berbanding dengan guru LINUS biasa. Justeru itu, murid di kelas pemulihan

memerlukan lebih perhatian dan bimbingan untuk memastikan mereka dapat

menguasai kemhiran literasi seiring dengan murid yang lain.

Kesinambungan dengan itu, untuk memastikan matlamat program

LINUS ini tercapai, guru harus menanamkan prinsip seperti guru yang

 baik adalah guru yang boleh membawa perbezaan, perubahan yang ketara

kepada seseorang tidak kira di tahap mana dan kepada siapa yang diberi

 pengajaran dan didikan. Guru memainkan peranan yang sangat besar dalam

mempengaruhi orang-orang yang berjaya, memberi tunjuk ajar dan kesan

dalam kehidupan orang lain. Guru harus mempunyai daya usaha yang tinggi

dalam profesion pendidikan dan sentiasa meningkatkan kemampuan dan

kelebihan yang ada. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil

inisiatif yang baik dengan berusaha memberi keutamaan dan perhatian kepada

guru LINUS dengan memberi latihan dalam perkhidmatan kepada guru yang

Page 9: Cabaran Guru LINUS

7/27/2019 Cabaran Guru LINUS

http://slidepdf.com/reader/full/cabaran-guru-linus 9/15

45

 Masalah Pendidikan, 34, 2011

 berkualiti. Penerapan nilai-nilai profesionalisme yang tinggi adalah penting

untuk melahirkan guru yang terbaik.

Pengkaji telah melihat beberapa masalah yang telah timbul dalam

kalangan guru yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan pengajarandan pembelajaran program LINUS; di antaranya ialah:

• Tekanan yang dihadapi oleh guru LINUS dalam memastikan murid

dapat menguasai tahap penguasaan literasi yang ditetapkan di dalam

 program LINUS.

• Perbezaan latar belakang sosioekonomi, status indigenous, lokasi

geogra serta sikap dan aspirasi murid memberi cabaran kepada guru

untuk mengenal pasti pendekatan yang terbaik kerana murid LINUS

sering kurang minat, fokus dan keyakinan diri dalam mempelajari

kemahiran asas literasi dalam Bahasa Melayu seterusnya mengakibatkankelemahan dan ketidakupayaan membaca.

• Perbezaan cabaran dan tekanan yang dihadapi oleh guru yang mengajar 

murid LINUS biasa dan guru pemulihan yang mengajar murid LINUS

Tegar dari segi bilangan murid, suasana kelas, masa dan kemudahan

sedia ada dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

Faktor tekanan yang dihadapi oleh guru sudah menjadi satu permasalahan

 psikologi yang harus dapat dikawal oleh guru dalam memastikan mereka

dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik dan dapat mengawalemosi mereka. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Najeemah Mohd

Yusof (2011) di dalam jurnal EDUCARE untuk pengajian pendidikan terdapat

 perhubungan yang signikan antara tekanan yang dihadapi oleh guru dengan

tekanan di tempat kerja. Menurut beliau, untuk mengendalikan tekanan guru

sikap dan personaliti seseorang akan menentukan kemampuan seseorang itu

mengatasi tekanan. Walau bagaimanapun, untuk menghadapi dan mengawal

tekanan tidak dapat diatasi secara berkesan jika guru tidak mengetahui faktor 

yang menyebabkan masalah tekanan. Sebagai guru, mereka akan berhadapan

dengan tekanan dari pelajar yang ramai sepanjang hari. Antara penyebab

tekanan kepada guru ialah kejayaan diri sendiri, kurang emosi, bebanan

tugas yang melampau, hubungan rakan sekerja dan persekitaran tempat kerja.

Sebagai contoh, tekanan guru LINUS dalam memastikan murid mereka dapat

melepasi ujian saringan LINUS seterusnya mencapai kemahiran literasi secara

kekal. Mereka juga harus mahir dalam mengawal emosi sedih, gembira, dan

marah pada situasi yang tepat dan tidak berlebihan. Suasana di dalam kelas

turut memberi kesan kepada guru untuk menjalankan tugas dengan berjaya.

Page 10: Cabaran Guru LINUS

7/27/2019 Cabaran Guru LINUS

http://slidepdf.com/reader/full/cabaran-guru-linus 10/15

46

 Masalah Pendidikan, 34, 2011

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang baik amat penting dalam

memastikan kejayaan penguasaan kemahiran literasi murid dalam pelajaran

 bahasa. Ia juga turut memberi kesan kepada murid dalam meningkatkan

keupayaan membaca dan menulis jika guru dapat menggunakankemahiran pengajaran dan pembelajaran yang baik. Untuk menyokong dan

memperkukuhkan lagi kertas kerja ini, kajian yang telah dijalankan oleh

Abdul Rasid Jamian (2011) yang bertajuk Permasalahan Kemahiran Membaca

Dan Menulis Bahasa Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah di Luar Bandar,

 juga menunjukkan bahawa permasalahan yang wujud dalam kemahiran

membaca dapat diperbaiki dengan merancang aktiviti pengajaran yang

menarik dan kondusif oleh guru. Selain itu, suasana pembelajaran yang selesa

dan dorongan daripada guru dapat mewujudkan motivasi dan menanamkan

minat murid agar terus belajar. Hasil kajian ini mendapati bahawa latihan bacaan tambahan dapat meningkatkan kemahiran bacaan murid dengan M =

3.70, SP = 0.53 dan kaedah latih tubi yang dijalankan dengan kerap dalam

 bacaan dapat membantu sebutan serta kelancaran murid dalam bacaan M  =

3.70, SP = 0.66. Murid-murid ini percaya bahawa penguasaan kemahiran

membaca yang baik dapat menjadikan aktiviti membaca di dalam kelas

sebagai suatu aktiviti yang amat menarik  M =3.60, SP = 0.54. Selain itu,

faktor dorongan daripada guru, penggunaan bahan bantu mengajar (BBM)

yang bersesuaian dengan kebolehan dan penguasaan membaca murid dapat

menjadikan suasana aktiviti membaca lebih berkesan dan bermakna kepadamurid M = 3.54, SP = 0.72 (rujuk Jadual 1).

Jadual 1

 Persepsi Murid Terhadap Pengajaran Guru Kemahiran Membaca

Bil Pernyataan Min Sisihan piawai

1 Latihan bacaan tambahan 3.70 0.53

2 Kaedah latih tubi 3.70 0.66

3 Aktiviti pengajaran yang menarik 3.60 0.54

4 Dorongan guru dan situasi yang menarik 3.54 0.72

5 Penggunaan bahan bantu mengajar 3.54 0.72

Walau bagaimanapun, responden berpendapat bahawa permasalahan

dalam menguasai kemahiran menulis Bahasa Melayu dapat diperbaiki dengan

 bantuan guru yang kreatif dan inovatif serta berusaha membina persekitaran

yang kondusif dan memberikan motivasi agar murid terus belajar. Dapatan

kajian menunjukkan bahawa responden lebih seronok jika guru kreatif 

membina pelbagai aktiviti menulis yang menarik di dalam kelas M = 3.50, SP  = 0.68. dan responden boleh menulis dengan baik apabila guru menyediakan

Page 11: Cabaran Guru LINUS

7/27/2019 Cabaran Guru LINUS

http://slidepdf.com/reader/full/cabaran-guru-linus 11/15

47

 Masalah Pendidikan, 34, 2011

latihan yang dapat memperbaiki kemahiran menulis amat berguna kepada

murid M = 3.50, SP = 0.82. Responden juga berpendapat bahawa mereka

akan lebih mudah menulis jika guru menyebut perkataan dengan M = 3.41,

SP = 0.89, manakala penggunaan bahan bantu mengajar yang bersesuaiandengan aras kebolehan murid dapat merangsang dan menanam minat murid

agar terus belajar  M  = 3.24, SP  = 0.90. (Rujuk Jadual 2).

Jadual 2

 Persepsi Murid Terhadap Pengajaran Guru Kemahiran Menulis

Bil Pernyataan Min (M) Sisihan piawai (SP)

1 Pelbagai aktiviti menulis diadakan 3.50 0.68

2 Guru menyediakan latihan 3.50 0.82

3 Guru menyebut perkataan 3.41 0.89

4 Guru menggunakan bahan bantu

mengajar 

3.24 0.90

Secara keseluruhan, sebahagian besar responden yang bermasalah

kemahiran asas menulis berpunca daripada kelemahan menguasai kemahiran

asas, iaitu baca, tulis dan kira. Kelemahan tersebut menyebabkan murid

tidak berminat untuk terus belajar serta memperbaiki kelemahan kemahiran

walaupun mereka mempunyai potensi untuk berjaya setanding dengan

rakan-rakan mereka yang dianggap pintar cerdas dan berkebolehan. Walau bagaimanapun, faktor guru yang kreatif dan iklim bilik darjah yang kondusif 

dapat melahirkan suasana pembelajaran yang merangsangkan minat

murid. Selain itu, latihan yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid

menjadikan murid sentiasa bermotivasi, bercita-cita dan menyemai keinginan

untuk terus belajar sepanjang hayat.

Cadangan

Bagi meningkatkan prestasi pengajaran guru dan potensi pembelajaran muriduntuk meningkatkan kemahiran membaca dan menulis murid antaranya,

iaitu pengajaran asas kemahiran membaca dan menulis seharusnya diberikan

 penekanan yang serius agar murid dapat menguasainya. Pengajaran Bahasa

Melayu seharusnya disampaikan dalam pendekatan yang lebih menarik dengan

kepelbagaian bahan bantu mengajar serta kaedah pengajaran yang menarik 

dan mampu memperkembangkan lagi keupayaan kemahiran membaca dan

menulis murid. Kepelbagaian kaedah dapat membentuk murid tidak cepat

 bosan dan penat semasa proses pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah.

Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik, bersesuaian

Page 12: Cabaran Guru LINUS

7/27/2019 Cabaran Guru LINUS

http://slidepdf.com/reader/full/cabaran-guru-linus 12/15

48

 Masalah Pendidikan, 34, 2011

dengan tahap kebolehan perkembangan intelek murid semasa merencanakan

isi pelajaran dapat merangsangkan minat murid dan motivasi untuk terus

 belajar. Bahan bantu mengajar hendaklah digunakan secara optimum dalam

 pembelajaran agar menghasilkan pembelajaran bermakna dan meninggalkankesan positif dalam diri murid. Merujuk kepada Muhamad Hasan (2000),

 penggunaan media adalah alternatif yang baik untuk memberi kemudahan

kepada guru dan murid untuk berkomunikasi. Perhubungan dua hala dapat

menarik minat murid untuk bertindak balas seterusnya mewujudkan suasana

 pembelajaran yang lebih interaktif. Pihak pengurusan sekolah seharusnya

 berusaha secara lebih seimbang untuk mencapai matlamat membantu murid-

murid bermasalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran membaca dan

menulis dengan mengadakan kelas pemulihan. Seminar serta kursus yang

 bermanfaat seharusnya diberikan penekanan yang jelas kepada guru denganmemberi maklumat dan input tentang keperluan khas murid-murid lemah

untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis.

Persepsi guru tentang imej murid lemah yang memerlukan bantuan

 pemulihan seharusnya positif dan mempunyai kesedaran bahawa mereka

seharusnya dilayan secara saksama dan berpotensi untuk berjaya sama

seperti rakan mereka yang lebih pantas dalam penguasaan pembelajaran.

Tambahan lagi, kesabaran serta ketekunan guru amatlah penting bagi

membentuk amalan membantu murid yang lembam untuk berjaya. Akhirnya,

KPM perlu mengadakan lebih banyak kursus khas kepada guru-guru yangterlibat dalam permasalahan kemahiran membaca dan menulis. Selain itu,

 penerbitan teks panduan guru pemulihan bertujuan memberikan input tentang

kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan keperluan murid lembam bagi

meningkatkan kemahiran membaca dan menulis. Kajian ini mencadangkan

guru-guru perlu bersikap positif terhadap kemahiran membaca dan menulis

dan melaksanakan kedua-dua kemahiran dengan strategi yang lebih berkesan.

Selain itu, guru-guru juga patut berusaha mengatasi masalah-masalah yang

dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis melalui

 pengajaran yang kreatif dan berkualiti agar penguasaan murid dalam

kemahiran tersebut dapat ditingkatkan. Guru juga perlu melaksanakan

kemahiran menulis berdasarkan sukatan pelajaran terkini.

Cara Mengatasi

• Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang tepat dan berkualiti oleh

guru-guru sangat membantu murid dalam meningkatkan keupayaan

membaca.

Page 13: Cabaran Guru LINUS

7/27/2019 Cabaran Guru LINUS

http://slidepdf.com/reader/full/cabaran-guru-linus 13/15

49

 Masalah Pendidikan, 34, 2011

• Semua pihak yang berkaitan dengan pendidikan literasi bacaan Bahasa

Melayu murid Tahun 1 harus menyedari perbezaan status ekonomi sosial

SES, gender, kepelbagaian kaum, bahasa ibunda dan juga pendapatan

memerlukan pendedahan kemahiran literasi bacaan yang berbeza bagisetiap murid.

• Berdasarkan Buku Panduan Am Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

(KPM, 2003), bahawa setiap murid adalah berbeza antara satu sama

lain sama ada dari segi pengalaman, tingkah laku, amalan, bakat dan

kebolehan, oleh itu guru yang diamanahkan untuk mendidik harus

menyedari kelebihan dan kekurangan murid dari segi latar belakang

sosial dan kekuatan yang ada dalam diri murid untuk memastikan

 program LINUS berjaya.

• Penyediaan kemudahan bahan bantu mengajar yang menarik dan pelbagai dari pelbagai sumber.

 

Kesimpulan

Kelemahan murid menguasai kemahiran membaca dan menulis menjejaskan

 potensi serta motivasi dalam menguasai pelbagai kemahiran lain dalam

mata pelajaran Bahasa Melayu. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa

kesemua responden bersetuju bahawa faktor kebolehan dan kreativiti guru

dapat mengubah persepsi serta kesedaran bahawa mereka juga mempunyai potensi untuk berjaya dalam pembelajaran. Kerjasama yang melibatkan

 pihak pengurusan sekolah diharapkan dapat membina iklim persekolahan

yang kondusif, dan persekitaran sekolah yang selamat dapat merangsang

murid bermotivasi untuk terus belajar. Selain itu, faktor guru yang

 berketerampilan serta berkeupayaan menyerap kaedah, teknik dan aktiviti

serta menstrukturkan tahap pembelajaran supaya menjadi satu set binaan

 pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif dapat memberikan

kesan positif dan bermakna. Faktor ini sememangnya dapat membina

 pembelajaran yang menggalakkan hala tuju pengajaran yang hendak dicapai oleh guru. Dalam usaha memantapkan pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu dewasa ini memang perlu diberi perhatian yang lebih serius.

Seluruh warga pendidik Bahasa Melayu mesti mempunyai komitmen

serta kekuatan untuk menghadapi cabaran dan seterusnya memanfaatkan

 pengetahuan dan kemahiran pengajaran Bahasa Melayu sebaik mungkin.

Peningkatan profesionalisme guru Bahasa Melayu merupakan pemangkin

akauntabiliti bahasa dan bangsa Melayu. Kebanyakan guru-guru mempunyai

latar belakang dan sikap yang positif terhadap Bahasa Melayu, tetapi tidak 

mempunyai kemahiran dalam penguasaan isi kandungan mata pelajaran ini.

Page 14: Cabaran Guru LINUS

7/27/2019 Cabaran Guru LINUS

http://slidepdf.com/reader/full/cabaran-guru-linus 14/15

50

 Masalah Pendidikan, 34, 2011

Guru yang tidak mahir dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa

tidak semestinya dapat memberikan komitmen yang tinggi semasa mengajar.

Komitmen yang tinggi perlu seiring dengan penguasaan pedagogi yang

cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.Kesimpulannya, bagi mengatasi masalah ini, pengajaran dan

 pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru-guru bahasa harus mencapai

tahap kualiti profesion perguruan yang terbaik agar pendidikan pemulihan

 boleh menjadi satu wadah yang dapat membantu meningkatkan potensi

murid-murid yang mengalami masalah dalam kemahiran membaca dan

menulis. Program pemulihan peringkat awal akan memberi kesan yang lebih

efektif dalam usaha memperkasakan pendidikan di negara kita. Kajian ini

 jelas menunjukkan betapa pentingnya perancangan sebuah program yang

 baik dan bersesuaian untuk meningkatkan prestasi pencapaian murid dalammenguasai ilmu pengetahuan agar mereka yang keciciran dan lemah tidak 

terus diabaikan. Kepentingan pihak yang terlibat dalam mendidik murid yang

masih muda di mana guru harus menyedari kepelbagaian status ekonomi sosial

(SES) murid memerlukan pendekatan pembelajaran yang juga berbeza bagi

setiap murid. Pengkaji turut melihat murid yang lemah dalam pelajaran dan

lambat memahami pembelajaran adalah murid yang tidak berupaya membaca.

Kajian ini juga cuba mencungkil dari sudut perbezaan status ekonomi sosial

dalam aspek jantina, kaum, bahasa ibunda dan pendapatan yang pelbagai

yang mungkin memberi kesan ataupun tidak memberi kepada penguasaankemahiran membaca murid pada peringkat awal asas membaca. Abdul Jalil

Othman, Mahzan Arshad, dan Chew Fong Peng (2009) telah membuktikan

kepentingan kepelbagaian kaum dan bahasa di Malaysia dalam meningkatkan

keupayaan membaca dan kefahaman membaca sesebuah bahan penulisan;

minat murid adalah berbeza dan mereka lebih cenderung untuk membaca

 bahan penulisan yang terdiri daripada bahasa ibunda dan berlatarbelakangkan

kaum mereka sendiri berbanding membaca bahan penulisan daripada etnik 

lain. Bermula dari awal lagi, masalah ini berlarutan sehinggalah mereka

dewasa. Keadaan ini tentulah mempengaruhi keupayaan untuk bersaing dan

 berjaya dalam hidup. Bukan itu sahaja, ketidakupayaan membaca akan turut

mempengaruhi minat belajar.

Page 15: Cabaran Guru LINUS

7/27/2019 Cabaran Guru LINUS

http://slidepdf.com/reader/full/cabaran-guru-linus 15/15

51

 Masalah Pendidikan, 34, 2011

Rujukan

Abdul Jalil Othman, Mahzan Arshad, & Chew Fong Peng. (2009). Reading

comprehension of multiethnic literature in a multiethnic classroom:

A case study of Malaysia. Universitas Muhammadiyah Purwokerto,1(2) , hlm. 119-128.

Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis

Bahasa Melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar.  Jurnal 

 Pendidikan Bahasa Melayu, 1.

Che Zanariah Che Hassan, & Fadzillah Abd Rahman. (2011, Mei).

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis di

Sekolah Rendah.  Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 67.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003).  Kurikulum bersepadu sekolah

rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.Mahzan Arshad. (2008).  Pendidikan Literasi Bahasa Melayu: Strategi

 perancangan dan pelaksanaan. Kuala Lumpur: Utusan Publication &

Distributors.

Muhamad Hassan Abdul Rahman. (2000). Media pengajaran: Penghasilan

bahan pengajaran berkesan. Serdang: Penerbit Universiti Putra

Malaysia.

 Najeemah Mohd Yusof. (2011). Prinsip kepimpinan di sekolah dan tahap

tekanan guru sekolah rendah di Malaysia. EDUCARE: International 

 Journal for Educational Studies, 4(1).

Roselan Baki. (2003).  Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa

 Melayu. Shah Alam: Karisma.

Yahya Othman. (2004). Mengajar membaca: Teori dan aplikasi. Bentong:

PTS Publications & Distributors.