cabaran dan isu semasa dunia(gci1022)

12
CABARAN DAN ISU SEMASA DUNIA(GCI1022) PPISMP PENDIDIKAN JASMANI AMBILAN JUN 2015 BY:Eve Michellie Junius

Upload: pantherspefitness

Post on 18-Aug-2015

142 views

Category:

Education


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cabaran dan isu semasa dunia(gci1022)

CABARAN DAN ISU SEMASA

DUNIA(GCI1022)

PPISMP PENDIDIKAN JASMANI AMBILAN JUN

2015

BY:Eve Michellie Junius

Page 2: Cabaran dan isu semasa dunia(gci1022)

KRISIS EKONOMI DI LIBYA

1.Negara Libya merupakan salah sebuah negara Afrika yang berpengaruh di rantau itu. Ia juga merupakan di antara negara pengeluar minyak yang terbesar di dunia.

2.Seperti yang kita sudah sedia maklum, negara itu kini terjebak dalam satu krisis yang sangat besar. Ia bermula apabila rakyat Libya yang anti kepada kepimpinan Muammar Gaddafi mengambil peluang diatas sentimen anti-kerajaan yang berpunca dari Tunisia yang telah merebak ke negara-negara Arab yang lain untuk menjatuhkan Gaddafi.

Page 3: Cabaran dan isu semasa dunia(gci1022)

a.Kecelaruan pemimpin

i.Gaddafi mula meminta bantuan negara luar untuk membantunya menyelesaikan masalah rusuhan anti-kerajaan yang dikatakannya dicetuskan oleh Al-Qaeda. Kemudian apabila dia mula menggunakan tindakan kekerasan berupa ketenteraan yang telah membunuh rakyatnya sendiri, beliau mula menerima banyak kecaman dari seluruh dunia dan termasuk dari para diplomatnya sendiri.

ii.Pada ketika ini Amerika dan negara-negara Barat yang lain mula membekukan asetnya di luar negara dan mula mengenakan sekatan ke atas Libya. Negara-negara Barat juga mula mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berupa sokongan ke atas kumpulan penentang Gaddafi.

Page 4: Cabaran dan isu semasa dunia(gci1022)

iii.Sebenarnya apa yang difikirkan oleh Gaddafi ini? Dia seorang pemimpin yang kurang digemari oleh negara-negara Barat dan juga kurang disukai oleh kelompok-kelompok pro-Islam. Melihat kepada satu kenyataan yang dikeluarkannya ketika ditemuramah oleh satu media asing beberapa hari selepas rusuhan berlaku, beliau mendakwa tiada apa-apa rusuhan yang berlaku, rakyat masih sayangkannya. 

iv.ialah Gaddafi sebenarnya tidak dapat menerima hakikat sebenar yang ia memang tidak disukai rakyatnya ataupun teori kedua, dia mahu mempertahankan kuasanya sahaja dan tidak dapat menerima sebarang kejatuhan. Dia ingat kuasa itu miliknya saja, tidak boleh diberi kepada orang lain. Lalu dia nekad untuk mempertahankan kuasanya dengan sanggup membunuh rakyatnya sendiri.

Page 5: Cabaran dan isu semasa dunia(gci1022)

b.Campur tangan kuasa asing

i.Amerika memerhatikan krisis Libya ini adalah sesuatu yang boleh diambil peluang baginya untuk campur tangan ke dalam hal-ehwal politik Libya. Amerika menggunakan alasan hak-hak kemanusiaan dan mempertahankan kumpulan anti Gaddafi untuk masuk ke kancah krisis Libya ini. Ada beberapa sebab yang boleh kita andai mengenai campur tangan Amerika di Libya ini.

ii. Sebab yang pertama. Amerika mahu menguasai minyak. Mereka akan menguasai minyak Libya dengan menaikkan agen-agen mereka dikalangan kumpulan penentang Gaddafi. Mereka hanya memberi sokongan moral dan sokongan logistik yang difikirkan berpatutan dan tidak terlalu menarik perhatian antarabangsa kepada pasukan penentang.

Page 6: Cabaran dan isu semasa dunia(gci1022)

iii.Sebab yang kedua. Amerika mengambil peluang diatas keganasan Gaddafi yang menyerang rakyatnya sendiri untuk masuk campur hal-ehwal dalaman Libya adalah bertujuan menyekat kebangkitan Islam yang dipelopori oleh pelbagai gerakan pro-Islam di Libya sebelum mereka mengambil alih pemerintahan Gaddafi.

Page 7: Cabaran dan isu semasa dunia(gci1022)

c.Sisi penentang

i.Kebangkitan rakyat adalah kebangkitan untuk menentang penyelewengan dan segala macam bentuk penindasan yang diberi nama undang-undang oleh Gaddafi. Gaddafi menggunakan isu campur tangan Amerika ini untuk memburuk-burukkan rakyat yang menentangnya dan terus melabelkan mereka sebagai pengkhianat besar negara kerana bersekongkol dengan Amerika.

ii. Maka apa yang akan terjadi? Perang saudara yang sudah tersetus sudah tentu bertambah parah. Tentu pasukan penentang Gaddafi mahu tidak mahu, terpaksa menerima bantuan asing bagi memperkukuhkan kedudukan mereka, dan sudah tentu bantuan itu bersyarat! Malah campur tangan Amerika ini boleh menggagalkan usaha menjatuhkan Gaddafi

Page 8: Cabaran dan isu semasa dunia(gci1022)

KRISIS EKONOMI DI IRAN

Usaha Amerika Syarikat (AS)  dan sekutunya untuk melemahkan Iran telah bermula sejak kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979. Revolusi itu  telah berjaya meruntuhkan pemerintahan Shah Iran (Dinasti Pahlevi).  Sejak itu, Iran mula berdepan dengan tekanan yang berterusan dari negara-negara Eropah yang diketuai AS. Antara alasan yang digunakan AS dan sekutunya ialah kebebasan dan hak asasi manusia dan pembangunan tenaga nuklear Tehran. Isu nuklear merupakan  isu paling konsisten yang digunakan AS untuk menekankan negara bermazhab Syiah itu.

Walaupun Iran berkali-kali menyatakan bahawa tujuan pembangunan tenaga nuklearnya adalah untuk tujuan keamanan dan siasatan IAEA mendapati tidak ada bukti Iran menggunakannya untuk tujuan ketenteraan, namun AS dan sekutunya tetap mendakwa Tehran membangunkan program nuklear secara intensif untuk tujuan ketenteraan.

Page 9: Cabaran dan isu semasa dunia(gci1022)

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)  telah dijadikan platform untuk mengeluarkan pelbagai resolusi bagi memberi tekanan kepada negara yang dulunya dikenali sebagai Parsi itu.  Pada Jun 2010,  Majlis Keselamatan PBB meluluskan Resolusi 1929. Resolusi 1929 mengenakan sekatan ekonomi dan kewangan tambahan ke atas Iran. Walaupun Beijing dan Moscow menyokong resolusi itu, namun mereka menolak sekatan terhadap sektor gas dan minyak Iran dijadikan sebagai dagangan yang dilarang.

Resolusi itu juga menetapkan negara anggota PBB harus memantau aktiviti bank pusat Iran dan bank lain negara itu bagi memastikan ia  tidak terbabit dalam transaksi yang berkaitan  dengan aktiviti nuklear atau berkaitan pembangunan sistem senjata nuklear. Pada Feb lalu, AS dan Kesatuan Eropah (EU) melaksanakan sekatan kewangan paling ketat ke atas Iran. Sekatan  terbaru itu telah menajamkan lagi krisis AS-Iran.

Kesan daripada sekatan itu menyebabkan  puluhan bank Iran dihalang daripada menjalankan perniagaan dengan hampir seluruh dunia. Tindakan ini boleh menyebabkan industri minyak Iran terjejas serta menyukarkan transaksi  wang rakyat Iran yang berada di luar negara.

Page 10: Cabaran dan isu semasa dunia(gci1022)

KERUNCINGAN EKONOMI IRAN

Kuota pengangguran tinggi, inflasi meningkat, konsumsi terhenti. Perekonomian Iran terkapar. Penyebabnya bukan hanya kuasa Barat. Kerana banyak masalah memang salah sendiri.

Badan statistik Iran menyatakan secara rasmi, kenaikan inflasi selama setahun --mulai dari akhir tahun 2012-- mencapai 30%. Itu menjadi rekod dalam sejarah Iran. Menurut keterangan rasmi, dalam setahun harga baranagan naik 60%. Pakar ekonomi berpendapat, jumlah sesungguhnya jauh lebih tinggi.

Page 11: Cabaran dan isu semasa dunia(gci1022)

Sejak embargo minyak dari Uni Eropa mulai berlaku pertengahan 2012, mata wang Iran,Rial, kehilangan nilai. Nilai tukar satu Dolar kini 35.000, sementara sembilan bulan lalu masih 20.000 Rial. Para pedagang di ibukota Teheran melaporkan berkurang drastisnya kemampuan beli warga Iran. Seorang pedagang bercerita, krisis ekonomi ibaratnya bencana bagi tokonya. Ia memperkirakan, tahun ini, penjual buah-buahan kering dan kacang kemungkinan besar tidak akan beruntung.

Selain itu,Iran juga kekurangan ubat-ubatan. Jika ada, harganya terlalu mahal. Obat-obatan tiruan seperti dari Cina, Pakistan dan India kini berhasil menguasai pasaran Teheran. Tapi ubat tiruan kadang membahayakan jiwa. Akhir Desember 2012, menteri kesehatan Marzieh Vahid Dastjerdi dipecat, setelah menteri perempuan itu mengkritik pemerintah kerana tidak mampu menyediakan dana bagi import ubat-ubatan.

Page 12: Cabaran dan isu semasa dunia(gci1022)

Akibat krisis ekonomi, banyak pabrik, terutama di sektor industri mobil, tidak mempu membayar gaji. Ini menyebabkan aksi mogok. Negara memberikan sokongan bagi biaya hidup, tetapi orang beranggapan itu hanya

propaganda saja, karena jumlahnya sangat kecil.