cabaran dan isu semasa prt xedit

29
CABARAN DAN ISU SEMASA DUNIA Tugasan 1 Soalan a i.Konflik Palestine dan Israel Perjuangan rakyat Palestin dan pimpinan-pemimpinnya banyak memikir diri sendiri,gejala korupsi yang begitu hebat dan diplomasi yang tidak bertempat antara faktor utama pihak Fatah menerima kekalahan daripada Hamas pula sebaliknya yang menunjuk displinnya menentang penaklukan zionis dan memperjuangankan rakyat Palestin bukan sahaja dengan senjata tetapi dengan terbinanya sekolah-sekolah dan hospital-hospital di Palestin. 1.Semasa kempen pilihan raya, etnik Israel banyak membuktikan serta membangkitkan isu mengenai kegagalan Fatah dalam rundingan damai yang tidak konsisten, korupsi dan dakwaan berjaya mengundurkan Israel dari Gaza. Pada Disember 1987,Sekutu Ikhwan Muslimin Mesir di Gaza yang menubuhkan Hamas beberapa hari selepas kebangkitan Palestin menentang pendudukan Israel. Pergerakan ini ditubuhkan untuk memerangi askar dan orang awam bagi menubuhkan sebuah negara teokrasi di Israel, Tebing Barat dan Gaza. Khaled Meshaal yang dikenal pasti sebagai pemimpin Hamas berpangkalan di Damsyik. Khaled membuat keputusan mengenai dasar Hamas selepas berunding dengan para pemimpin di Tebing Barat dan Gaza serta Damsyik. Beliau mengekalkan pendirian tidak berkompromi dengan Israel. Khaled pernah terselamat daripada percubaan membunuh oleh Israel di Jordan pada 1997.Pada tahun 2004,pengasas dan pemimpin 1

Upload: muhammad-kamil

Post on 15-Dec-2015

118 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

isu semasa

TRANSCRIPT

Page 1: Cabaran Dan Isu Semasa Prt Xedit

CABARAN DAN ISU SEMASA DUNIA

Tugasan 1

Soalan a

i.Konflik Palestine dan Israel

Perjuangan rakyat Palestin dan pimpinan-pemimpinnya banyak memikir diri

sendiri,gejala korupsi yang begitu hebat dan diplomasi yang tidak bertempat antara

faktor utama pihak Fatah menerima kekalahan daripada Hamas pula sebaliknya yang

menunjuk displinnya menentang penaklukan zionis dan memperjuangankan rakyat

Palestin bukan sahaja dengan senjata tetapi dengan terbinanya sekolah-sekolah dan

hospital-hospital di Palestin.

1.Semasa kempen pilihan raya, etnik Israel banyak membuktikan serta

membangkitkan isu mengenai kegagalan Fatah dalam rundingan damai yang tidak

konsisten, korupsi dan dakwaan berjaya mengundurkan Israel dari Gaza.

Pada Disember 1987,Sekutu Ikhwan Muslimin Mesir di Gaza yang menubuhkan

Hamas beberapa hari selepas kebangkitan Palestin menentang pendudukan Israel.

Pergerakan ini ditubuhkan untuk memerangi askar dan orang awam bagi menubuhkan

sebuah negara teokrasi di Israel, Tebing Barat dan Gaza. Khaled Meshaal yang dikenal

pasti sebagai pemimpin Hamas berpangkalan di Damsyik. Khaled membuat keputusan

mengenai dasar Hamas selepas berunding dengan para pemimpin di Tebing Barat dan

Gaza serta Damsyik. Beliau mengekalkan pendirian tidak berkompromi dengan Israel.

Khaled pernah terselamat daripada percubaan membunuh oleh Israel di Jordan pada

1997.Pada tahun 2004,pengasas dan pemimpin rohaniah Hamas, Sheikh Ahmed

Yassin dibunuh dalam serangan peluru berpandu Israel pada lewat Mac. Penggantinya,

Abdel Aziz Rantisi dibunuh dengan cara yang sama empat minggu kemudian telah

memberi sokongan diatas sokongan politik rakyat Palestine. Ini menunjukkan bahawa

pergerakan hamas telah mendapat perhatian daripada rakyat Palestine yang sentiasa

memperlihatkan perjuangan yang jujur dan iklas dalam menegakan sebuah Negara

yang betul-betul bebas daripada cekaman Israel khususnya.

2. Kesan sejarah yang kukuh daripada kerajaan Israel adalah penentang yang

sebenarnya. Hamas adalah positif manakala Fatah adalah negatif. Fatah hanya

1

Page 2: Cabaran Dan Isu Semasa Prt Xedit

mementingkan kedudukan (pangkat) dan wang, bukannya rakyat. Pada tahun 1993-

1994: Hamas menolak perjanjian damai sementara antara Israel dan Palestin. Mahmoud

Zahar pemimpin politik tempatan Hamas dan merupakan salah seorang pengasas

pergerakan ini. Beliau merupakan doktor peribadi kepada Sheikh Ahmed Yassin, bekas

pemimpin Hamas yang dibunuh dalam serangan Israel di Gaza pada 2004. Mahmoud

mengamalkan pendirian tegas dan keras terhadap Israel dan berpegang kepada

ideologi menolak kewujudan negara Yahudi di Asia Barat.Manakala pada tahun 1994

Hamas memulakan kempen serangan berani mati di Israel bagi menggagalkan pelan

damai. Kesungguhan Ismail Haniyeh merupakan calon utama dalam senarai. 1Hamas

dan dianggap sederhana telah mendapat sokongan rakyat Palestine untuk

memenangani pilihanraya. Secara amnya, penyelesaian masalah rakyat ialah

merupakan kaedah dan pelbagai langkah atau cara yang akan lakukan apabila

menghadapinya oleh seseorang pemimpin Palestine. Keinginan untuk menyelesaikan

masalah ini timbul apabila pemimpin Palestine itu berdepan dengan sesuatu masalah

yang dipertanggungjawabkan melalui dasar-dasar kerajaan.dalam Parti Likud dan

mereka harus mengambil perhatian dalam hal itu.Beliau juga merupakan pemimpin Parti

Likud yang paling terdedah kepada khalayak serta selalu memberi ulasan kepada media

pada ketika para pemimpin lain tidak tampil di khalayak berikutan bimbang menjadi

mangsa pembunuhan Israel.Pada tahun 1996 Hamas meningkatkan serangan berani

mati selepas pembunuhan ketua pembuat bomnya oleh Israel. Empat serangan bom

pada musim bunga 1996 telah membunuh sekurang- kurangnya 60 penduduk Israel

dalam tempoh lapan hari.

3.Kumpulan Parti Likud terlalu taksub kepada pimpinan parti . Ini terbukti dengan

pergaduhan tercetus apabila penyokong Fatah bertindak menurunkan bendera Hamas

yang menyebabkan berlakunya insiden membaling batu sehingga menyebabkan

kerosakan pada tingkap bangunan Parlimen. Penyokong sentiasa menunjukkan

ketidakpatuhan terhadap senario politik mereka sendiri. Mereka telah berarak menuju

kediaman Presiden Palestin Mahmoud Abbas di Bandar Gaza dan menuntut peletakan

jawatan para pegawai parti yang rasuah serta membantah sebarang percubaan untuk

membentuk kerajaan campuran dengan Hamas. Pada tahun 2000 kebangkitan puka

1 Fadhlullah Jamil.Islam Zaman Moden: Palestine dan Konflik di Asia Barat .Bab1, Edisi

Kedua.Thinker’s Library Sdn.Bhd.,Batu Caves, K.L.,2005,hlm.3-30.

2

Page 3: Cabaran Dan Isu Semasa Prt Xedit

majority Israel kedua pada September selama empat tahun setengah telah

menyebabkan lebih 3,500 penduduk Palestin dan 1,000 orang rakyat Israel terbunuh.

Hamas melihat perkara ini sebagai satu kerugian kepada bangsa Palestine yang

bertanggungjawab melancarkan sebahagian besar daripada serangan berani mati. Oleh

itu kumpulan Hamas supaya anggota Kumpulan Fatah yang bersenjata mematuhi

peraturan pergerakan yang sentiasa dicabuli oleh mereka. Kemenangan Parti Likud pula

bukanlah suatu yang mengejutkan sebenarnya kerana pencapaian memberangsangkan

parti ini dalam pilihan raya perbandaran di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat yang

berlangsung dalam empat peringkat menunjukkan bahawa ia kuasa baru politik Palestin.

Sewajarnya Parti Likud diberikan peluang untuk membentuk kerajaan memandang

komplikasi masalah Palestin dan Israel juga memerlukan Hamas berdepan dengan

realiti. Pergerakan ini tidak boleh sepenuhnya bergerak dan mencapai cita-cita dengan

cara ketenteraan, tetapi malangnya nada lembut dan mesra pemimpin Barat tidak

kedengaran. Gerakan kumpulan Hamas merupakan satu gerakan yang mementingkan

seluruh anggota ahli tanpa mengiran fahaman dan penganut yang berbeza. Mereka

menumpu dahulu pasal corak sistem yang dibentuk dan mengkaji memperkenalkan

undang-undang syariah secara menyeluruh,undang-undang yang memberi keadilan dan

kesejahteraan kepada seluruh rakyat palestin tidak mengira Islam,kristian ataupun

yahudi.Oleh sebab itu rakyat mengarapkan perubahan Negara Palestin yang bakal

menyaksikan perubahan baru dalam landskap politik berikutan kemenangan besar

pergerakan Hamas dalam pilihan raya Parlimen dengan mengetepikan penguasaan

Fatah. Bagaimanapun berita kemenangan tersebut dicemari pergaduhan apabila kira-

kira 3,000 penyokong Hamas berarak di Ramallah dan mengibarkan bendera

pergerakan itu di Parlimen. Sejarah pihak Zionislah yang selalu mengagalkan semua

cara untuk pendamaian. Kemenangan Hamas yang memasuki arus perdana politik

Palestin selepas 10 tahun merupakan pengesahan kepada taktik ketenteraan yang

digunakannya dalam menentang Israel. Walau bagaimanapun sebelum pilihanraya

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas sebelum itu memperlihatkan tidak komited

mencapai perdamaian dengan Israel melalui rundingan dengan melaksanakan program

terdahulu.

Oleh itu tidak dimanfaatkan oleh masyarakat Barat bagi mengukuhkan lagi tamadun

mereka, malah mereka menggantikannya dengan nilai-nilai kebendaan semata-mata.

Justeru, lahirlah era penjajahan bagi mengejar harta kekayaan tanpa batas dan

3

52

Page 4: Cabaran Dan Isu Semasa Prt Xedit

sempadan. Sejarah juga telah membuktikan bahawa falsafah ini sebenarnya telah lahir

sebelum tamadun barat lagi.Cuma mereka banyak mengambil idea-idea itu dan diubah

suai mengikut falsafah barat dan menjadikan falsafah mereka telah menampakkan lebih

dominan dalam pengkajian sejarah. Oleh itu kepentingan ilmu sejarah rakyat Palestine

memang sangat penting dalam kehidupan mereka. Ilmu sejarah dapat berfungsi bukan

sahaja untuk memberi iktibar, pengajaran, semangat dan motivasi, bahkan kekuatan

seseorang, golongan, masyarakat, etnik, dan bangsa untuk bangun semula

memperbaiki kesilapan dan kemudian mengubah dan membina semula melalui program

yang baru. Ini menunjukkan bahawa kekuatan sejarah itu terletak pada hakikatnya iaitu

untuk menunjukkan kebenaran. Berdasarkan kepada kebenaran inilah yang menjadikan

ia sebagai objektif. Tetapi perlu diingat bahawa yang bersifat subjektif pula ialah

pensejarahan kerana para penulis, sarjana atau sejarawan selalunya tertakluk kepada

tafsiran. Sementara itu di sebalik tekanan antarabangsa, para pemimpin Hamas

menyatakan bahawa mereka tidak bercadang mengiktiraf negara Israel. Isu ini

mendapat sokongan padu dikalangan rakyat Palestine untuk mengiktiraf ia kerana

mereka percaya negara Israel telah merampas tanah dan menghalau bangsa mereka.

Ini persoalan penting, malah mewarnai senario politik di Asia Barat tatkala Hamas

membuat pengumuman untuk menyertai arus perdana sistem politik dan bertanding

dalam pilihan raya. Jika permusuhan dengan Israel yang dibayangkan daripada

keputusan ini, maka itu merupakan isyarat jelas daripada majoriti penduduk Palestin

yang telah melihat kegagalan dunia dan kuasa Barat menghentikan kekejaman Israel.

Pendirian ini menjelaskan perjuangan sebenar pergerakan ini terhadap rakyat Palestin

sehingga menjadikan ia sebagai satu pilihan terbaik.

Apabila Hamas menyertai sistem politik dan menyertai pilihan raya perbandaran

maka pemimpin kanan Hamas, Ismail Haniyeh menolak permintaan antarabangsa

supaya kumpulan itu menggugurkan senjata, peruntukkan dan menolak keganasan

untuk mengelak pemotongan bantuan antarabangsa kepada Pihak Berkuasa

Israel .Sebenarnya ia telah banyak membantu untuk memenangani pilihanraya di

Palestine. Ini adalah jangkaan awal yang mempengaruhi rakyat yang percaya

kemenangan Hamas bakal memberikan landskap politik baru. Rakyat Israel amat

membenci sekali sebuah negara seperti Amerika Syarikat yang sering melaungkan

perjuangan dan menjaja demokrasi membelakangkan prinsipnya. Sapatutnya Amerika

Syarikat tidak wajar membelakangkan pilihan dan aspirasi rakyat Palestin yang

4

Page 5: Cabaran Dan Isu Semasa Prt Xedit

diterjemahkan melalui peti-peti undi jika ia benar-benar ikhlas memperjuangkan

demokrasi, dan bukannya bermain topeng demokrasi.Ini juga merupakan kejayaan

proses demokrasi di bumi bergolak dan dunia menghormatinya. Tentunya menjadi suatu

perkara yang menyedihkan jika dunia gagal menghormati dan menyokong

terlaksananya proses demokrasi di Palestin. Amerika Syarikat tidak menyokong parti

politik yang mahu menghapuskan sekutu nya Israel dan tanpa melepaskan sebahagian

daripada platform perjuangan. Perasaan terkejut beberapa negara Barat sebenarnya

adalah kekecewaan mereka. Mereka kecewa apabila melihat Parti Likud menang besar

dan dalam situasi yang kurang mesra, kuasa-kuasa ini terpaksa berdepan secara

langsung dengan pergerakan ini. Terbukti bahawa dunia perlu menghormati keputusan

dan pilihan 1.34 juta pengundi. Kemenangan tersebut adalah aspirasi rakyat Palestin

yang dimanifestasikan dalam apa yang disifatkan sebagai ``tsunami demokrasi''. 2

Situasi ini menjadikan proses dan rundingan damai kelihatan tidak mempunyai

harapan apatah lagi pemangku Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert menyatakan, Tel

Aviv tidak akan berunding dengan kerajaan yang disertai oleh Hamas. Menyedari

kegelisahan sesetengah kuasa Barat, para pemimpin pergerakan ini memperlihatkan

sikap politik diplomasi. Maka pergerakan ini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam

membentuk kerajaan, terutama bagi memastikan bantuan kewangan antarabangsa tidak

terbantut. Walaupun boleh memerintah sendiri Hamas masih boleh membentuk kerajaan

campuran dengan Fatah dengan melantik seorang calon Perdana Menteri bebas bagi

mengetuai Kabinet. Hamas juga boleh terus mengekalkan prinsipnya untuk memegang

jawatan berprofil rendah yang berkaitan dengan perkhidmatan seperti pendidikan,

kebajikan dan kesihatan sementara jawatan penting, termasuk berunding dengan Israel

diserahkan kepada Fatah. Ketua calon Hamas dalam pilihan raya ini, Ismail Haniyeh

berkata, tidak ada sebab untuk semua pihak yang skeptik terhadap pergerakan ini

berasa takut. Sememangnya jelas jurang sunnah dan syiah merupakan salah satu

senjata yang sentiasa digunakan oleh Amerika dan sekutunya untuk melemahkan

kesatuan umat Islam. Bagi umat Islam sendiri jurang itu seperti sesuatu yang mustahil

untuk diruntuhkan. Meskipun ramai ulama termasuk Hassan al-Banna sendiri cuba

mewujudkan kesatuan Islam tetapi sehingga hari ini ia sukar dicapai. Lebih menyulitkan

terdapat pula golongan 'keras' dari kalangan sunnah dan syiah yang mahu jurang itu

2 Mazhar Siddique,The Challenge of Economic Palestine.The U.K.Mission,London page 45

5

Page 6: Cabaran Dan Isu Semasa Prt Xedit

terus kekal sehingga mereka memperuntukan sebahagian umurnya begitu giat mencari

perbezaan antara mazhab sunnah dan syiah.Walaupun usaha mendekatkan mazhab itu

begitu sukar tetapi ia tidak mustahil sebagaimana juga menjernihkan hubungan antara

Presiden Omar Basyir dan Dr Hassan al-Turabi (kedua-duanya sunnah) di Sudan selalu

disebut ramai sebagai ‘very difficult but not impossible’. Maka usaha berterusan perlu

diambil untuk mendekatkan semula mazhab sunnah dan syiah demi kesatuan umat

Islam. Pilihan yang lain ialah mereka terus berbalah antaranya tentang hal ehwal politik

di zaman Saiyidina Ali sehingga mungkin akan melihat sekali lagi jurang sunnah dan

syiah itu akan menguntungkan Israel.Keadaan ini telah di selesaikan oleh golongan ahli

Parti Likud yang telah memainkan peranan dalam bidang ini bagi memperjelaskan

dakyah yang dimainkan oleh anasir Barat bagi meruntuhkan kerjasama dan sokongan

dikalangan panganut dalam Negara Palestine yang terdiri daripada pelbagai

mahzab.Ketelusan ini telah memberi sokongan politik kepada Parti Likud . Kemenangan

ini juga sebenarnya membimbangkan kuasa Barat kerana dalam percaturan politik

antarabangsa, Hamas dilihat sebagai kebangkitan pengaruh Islam. Asal usulnya

daripada gerakan Ikhwam Muslimin di Mesir serta sokongan Syria dan Iran di belakang

pergerakan ini bakal mengubah skala politik. Pengaruh ini sebenarnya suatu

kebimbangan besar AS memandangkan menganggap kedua-dua negara sebagai

``negara paksi kejahatan''. Kebimbangan ini ditambah dengan semakin meluasnya

pengaruh Ikhwam Muslimin semasa pilihan raya Mesir . Sudah tentu perkembangan ini

juga akan menyekat pengaruh Amerika Syarikat di rantau Asia Barat dan dunia Arab.

Dalam persoalan ini masyarakat dunia, khususnya Barat perlu lebih berhati-hati dan

tidak membuat penghakiman awal.

Di sebalik pandangan negatif yang ditunjukkan oleh kuasa-kuasa Barat, para

penganalisis menjangkakan kemenangan semasa pilihan raya 25 Januari lalu, dan realiti

politik di Asia Barat akan melembutkan pendirian Hamas tatkala masih menegaskan

pembentukan sebuah kerajaan teokrasi. Pengaruh Hamas perlu diberikan peluang

untuk membuktikan bahawa ia berupaya membentuk sebuah kerajaan Palestin yang

berkesan untuk menangani permasalahan domestik. Pada masa yang sama pergerakan

ini juga perlu diberi peluang untuk memperlihatkan sikap pragmatik dan peka kepada

senario semasa dalam percaturan politik antarabangsa. Israel tidak memberikan apa-

apa kepada Fatah. Ia juga tidak memberikan apa-apa kepada Hamas. Menteri Luar

Israel, Tzipi Livni dan rakan sejawatannya dari Rusia, Sergei Lavrov bersetuju bahawa

6

Page 7: Cabaran Dan Isu Semasa Prt Xedit

tiada prospek negara Palestin melainkan Hamas menolak keganasan. Olmert

mengubah semua aspek berkaitan ekonomi, industri, pertanian, bantuan sosial,

kesihatan, pentadbiran dan pendidikan. Oleh sebab itu pada asasnya konflik ini tidak

mengubah keadaan.Tanggungjawab Hamas untuk membuktikan kepada penduduk

awam Palestin bahawa ia mampu melakukan tugas yang belum pernah dilakukannya

dan memerintah.. Pada masa yang sama Israel dan kuasa Barat, terutama kuartet

damai di Asia Barat; AS, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Rusia dan Kesatuan

Eropah memberikan peluang kepada Israel membentuk kerajaan terlebih dahulu. Realiti

senario politik dan proses damai yang kompleks memang menyukarkan keadaan,

ditambah lagi dengan kewujudan sayap tentera Israel. Disamping itu,Presiden perlu

melakukan dalam negara untuk mewujudkan hubungan yang baik dengan rakyat.

Fungsi ketiga adalah berhubung dengan kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan

iaitu melantik jawatan utama dalam politik,ketenteraan ,ketua tertinggi dalam

perkhidmatan awam dan kehakiman.Perlantikan yang paling penting ialah berkenaan

dengan pemilihan Perdana Menteri dan menteri-menteri.Perlantikan ini mengikut

peruntukkan perlembagaan yang dianggap begitu drastik dimana Perdana Menteri

bukan sahaja dilantik malah boleh dibuang.Begitu juga dengan perlantikan menteri yang

diputuskan menerusi persetujuan antara Presiden dan Perdana Menteri bermula tahun

1974 dimana menampakkan Presiden sering tidak mengendahkan nasihat dan

pandangan menteri.Fungsi seterusnya berbentuk politik sepenuhnya.Perlembagaan

1958 telah menyatakan Presiden tidak boleh campurtangan dalam hal ehwal politik dan

hanya boleh melibatkan dalam tiga bentuk iaitu pertamanya sebagai ketua kerajaan

yang berkesan dan keduanya hubungan beliau dengan para penyokongnya dan yang

seterusnya adalah dalam soal pengundian dan penentuan pembubaran dewan.3 Akhir

sekali fungsi Presiden ialah menggubal dasar. Kekuatannya sebagai ketua eksekutif

membolehkan Presiden sendiri menentukan bentuk undang-ubdang yang

dikehendakinya.Daripada keseluruhan huraiannya,perlembagaan ini telah mewujudkan

kekuatan dan kemantapan kuasa pemerintahan kepada presiden dan bukannya

Perdana Menteri walaupun ianya berperanan sebagai ketua kerajaan.

3 John C. Shea, American Government and Politics (edisi kedua), st. Martin’s Pess, New York, 1987, hlm

121.

7

Page 8: Cabaran Dan Isu Semasa Prt Xedit

Tanggungjawab Israel untuk membuktikan kepada penduduk awam Palestin

bahawa ia mampu melakukan tugas yang belum pernah dilakukannya; memerintah.

Pada masa yang sama Israel dan kuasa Barat, terutama kuartet damai di Asia Barat;

Amerika Syarikat, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Rusia dan Kesatuan Eropah

memberikan peluang kepada Hamas membentuk kerajaan terlebih dahulu. Realiti

senario politik dan proses damai yang kompleks memang menyukarkan keadaan,

ditambah lagi dengan kewujudan sayap tentera Hamas. Keganasan yang menjadi

momokan dan label kepada Hamas tidak akan menjadi masalah sekiranya Israel

bertindak dengan penuh kemanusiaan dalam berurusan dengan penduduk Palestin.

Kemenangan ini juga sebenarnya membimbangkan kuasa Barat kerana dalam

percaturan politik antarabangsa, Hamas dilihat sebagai kebangkitan pengaruh Islam.

Keganasan yang menjadi momokan dan label kepada Hamas tidak akan menjadi

masalah sekiranya Israel bertindak dengan penuh kemanusiaan dalam berurusan

dengan penduduk Palestin. Dalam persoalan ini masyarakat dunia, khususnya Barat

perlu lebih berhati-hati dan tidak membuat penghakiman awal. Kekuatannya sebagai

ketua eksekutif membolehkan Presiden sendiri menentukan bentuk undang-ubdang

yang dikehendakinya.Daripada keseluruhan huraiannya,perlembagaan ini telah

mewujudkan kekuatan dan kemantapan kuasa pemerintahan kepada presiden dan

bukannya Perdana Menteri walaupun ianya berperanan sebagai ketua kerajaan. Hamas

mahu Israel terlebih dahulu mengiktiraf negara Palestin sebagaimana peta 1967,

membebaskan banduan di penjara Israel, mengiktiraf hak pelarian untuk pulang ke

Palestin. Jika tidak mereka akan terus berjihad sehingga Baitulmuqaddis dibebaskan.

Soalan b.

i.Konflik Etnik Dan Ras di Myanmar

UMAT Islam Myanmar kini berhadapan masalah pembersihan etnik oleh kerajaan

tentera negara itu sehingga menyebabkan mereka menerima pelbagai ancaman

termasuklah dibunuh secara zalim, tragis dan tidak berperikemanusiaan.Walaupun baru-

baru ini dikejutkan dengan konflik pembersihan etnik di negeri Rakhine yang terletak di

barat Myanmar, namun kejadian itu bukan yang pertama kali berlaku terhadap umat

Islam negara itu. Tragedi berkenaan merupakan lanjutan daripada beberapa peristiwa

yang telah menimpa mereka sebelum ini.Hal ini dilihat dengan masjid dan surau dibakar.

8

Page 9: Cabaran Dan Isu Semasa Prt Xedit

Malah wanita digantung dan dibakar hidup-hidup. Hal itu menyebabkan ribuan umat

Islam terkorban akibat daripada tindakan tanpa belas kasihan.

Gambar:Konflik Etnik Dan Ras di Myanmar

Gambar dirakam pada Jun tahun lalu dan dikeluarkan Human Rights Watch (HRW)

semalam, menunjukkan sekumpulan penduduk Rakhine yang memegang senjata,

menyelamatkan diri dari kebakaran besar yang berlaku di sebuah kampung di negeri

Rakhine, Myanmar. Akhirnya umat Islam di Myanmar terpaksa hidup merempat persis

dalam buangan di negara sendiri. Ada juga segelintir yang teraniaya itu mengambil

keputusan nekad melarikan diri ke negara lain seperti Malaysia. Namun, tindakan itu

hanya dapat meredakan kerisauan terhadap ancaman nyawa, sebaliknya di negara baru

itu mereka terpaksa pula berhadapan dengan masalah kewangan, tempat tinggal dan

sebagainya.Polemik yang tiada kesudahan itu hanya dapat diselesaikan jika mereka

diberikan bantuan oleh negara-negara Islam lain selain memberi tekanan kepada

kerajaan Melalui pendidikan ujar beliau, perkara itu bakal membuka peluang dalam

sektor ekonomi, pekerjaan dan sebagainya lalu memberi kesan kepada kelangsungan

kehidupan umat Islam Myanmar.

Di Rakhine, lebih 125,000 etnik Rohingya dan penduduk Islam dihalau, dinafikan akses

kepada bantuan kemanusiaan dan tidak dibenarkan pulang ke rumah mereka,'' kata

badan hak asasi itu.Sekurang-kurangnya 180 orang maut dalam dua keganasan

melibatkan penganut Buddha dan Islam di Rakhine sejak Jun lalu, berdasarkan angka

kematian rasmi, namun HRW mempercayai jumlah tersebut lebih tinggi.

Dalam laporan berdasarkan temubual dengan lebih 100 orang, HRW berkata, pihaknya

menemui empat kubur besar di Rakhine dan menuduh pasukan keselamatan

memusnahkan bukti jenayah.Dalam satu contoh pada Jun lalu, sebuah trak kerajaan

9

Page 10: Cabaran Dan Isu Semasa Prt Xedit

membuang 18 mayat tanpa pakaian dan separuh bogel berdekatan kem pelarian

Rohingya, dilihat sebagai cubaan untuk menakut-nakutkan etnik Rohingya supaya terus

meninggalkan Myanmar. HRW menuduh pihak berkuasa memusnahkan masjid dan

melakukan penangkapan besar-besaran di Rakhine.'Pasukan keselamatan tidak

mempedulikan atau turut membantu penganut Buddha menyerang anggota masyarakat

Islam,'' kata badan hak asasi manusia itu.Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia,

Human Rights Watch (HRW), menuduh Myanmar melancarkan satu kempen

pembersihan etnik terhadap penduduk Rohingya yang beragama Islam berdasarkan

bukti penemuan kubur-kubur besar dan pengusiran etnik tersebut.Badan hak asasi

manusia yang beribu pejabat di New York itu berkata, etnik Rohingya yang dinafikan

kewarganegaraan di Myanmar menghadapi jenayah kemanusiaan termasuk

pembunuhan, didakwa dan diusir. HRW berkata, pemimpin masyarakat dan sami

Buddha menganjur dan menggalakkan orang ramai dengan sokongan pasukan

keselamatan melancarkan serangan terancang ke atas perkampungan Islam di Rakhine

pada Oktober lalu.Kerajaan Myanmar terlibat dalam kempen pembersihan etnik

terhadap (etnik) Rohingya dan ia berterusan sehingga hari ini melalui penafian bantuan

kemanusiaan dan mengehadkan pergerakan Kini tiba masanya untuk dibuka peluang

pendidikan kepada masyarakat Islam Myanmar agar mereka mendapat pelbagai

manfaat dan hasil daripada perkara tersebut.Terdahulu, beliau berkata walaupun

kerajaan Myanmar kini melakukan pelbagai perubahan daripada segi politik dan

ekonomi, namun mereka tetap mempunyai pemikiran rejim ala tentera setelah

mengamalkannya sejak sekian lama.Kerajaan Myanmar sebelum mengadakan pilihan

raya dengan membenarkan pemimpin pro-demokrasi, Aung San Suu Kyi dan lain-lain

perubahan namun mereka tetap mengamalkan pemikiran rejim ala tentera.

ii.Konflik Etnik Bosnia

Senario di negara-negara Balkan adalah amat berbeza dan kompleks. Kemelut di

negara-negara Balkan diselubungi oleh pelbagai faktor yang berkaitan dengan sejarah,

struktur etnik dan prasangka. Salah satu punca berlakunya konflik di bekas negara

Yugoslavia adalah kepelbagaian budaya (cultural diversity) yang ketara dan

kewujudan usaha pemeliharaan status quo di kalangan etnik.

Bayangkanlah dalam sebuah negara yang kecil, terdapat tiga jenis agama, empat jenis

bahasa ibunda dan saling terpengaruh dengan budaya dari tujuh buah negara

10

Page 11: Cabaran Dan Isu Semasa Prt Xedit

sempadan yang lain, tetapi malangnya mempunyai lima jenis kerakyatan dalam

pembahagian enam wilayah autonomi (Slovenia, Croatia, Bosnia-Herzegovina,

Montenegro, Macedonia dan Serbia) (Macionis, 1998:44)

Konflik etnik di Yugoslavia berlaku selepas kejatuhan regim komunis pada tahun 1980.

Kesempatan ini telah memperlihatkan tiga kelompok etnik utama iaitu Serb, Croat dan

Muslim terheret dalam kancah pertempuran pada awal 1990an. Kaum Serb merupakan

kaum dominan dari segi politik dan ketenteraan. Mereka wujud sebagai kaum majoriti di

Serbia dan Montenegro, tetapi juga wujud sebagai kaum minoriti di Croatia dan Bosnia.

Konflik di negara Balkan bermula pada 25 Jun 1991, apabila wilayah Slovenia dan

Croatia mengisytiharkan kemerdekaan. Walaupun mendapat pengikhtirafan

antarabangsa, tindakan Slovenia dan Croatia segera mendapat reaksi dari kaum Serb di

Serbia dengan penghantaran tentera bagi menyekat kemerdekaan di kedua-dua wilayah

tersebut. Kemerdekaan Slovenia berjalan lancar dan tidak mendapat tentangan hebat

dari pihak Serb kerana tidak mempunyai kaum minoriti Serb. Croatia sebaliknya

terpaksa mempertahankan wilayahnya dari tentangan kaum minoriti Serb di bumi

mereka dan juga tentera persekutuan Serbia. Pergerakan menuntut kemerdekaan di

wilayah jiran turut memaksa Bosnia-Herzegovina menuntut kemerdekaan pada 7 April,

1992 selepas suatu pungutan suara. Tindakan parlimen Bosnia ternyata gagal

mengambil kira tahap kepekaan di kalangan etniknya. Struktur etnik wilayah Bosnia

yang terdiri daripada gabungan kaum Muslim, Serb dan Croat telah terdedah kepada

bahaya pertumpahan darah yang bakal menanti (Fogelquist, 1995). Selain dari tidak

terkecuali dari tentangan pihak Serbia, kedudukan geografi turut menyebabkan Bosnia

secara tidak tidak langsung terheret dalam pertem ejarah penubuhan republik

Yugoslavia. Bermula dengan zaman penaklukan oleh Empayar Rom, zaman

kebangkitan Islam oleh Empayar Ottoman, dan kedua-dua Perang Dunia, kebencian

dan rasa tidak puas hati sememangnya tersemat di jiwa setiap etnik. Walau

bagaimanapun, cengkaman politik oleh diktator Josip Broz Tito semasa pemerintahan

komunis telah berjaya menangkis sebarang konflik etnik (Reidlmayer, 1993).

Konflik di Balkan ini juga berpunca dari pemimpin yang mementingkan

kekuasaan. Selepas kejatuhan fahaman Sosialis, muncul pemimpin radikal Serbia,

Slobodan Miloshevich yang melaung-laungkan agenda “nartional question“. Agenda

tersebut bercita-cita untuk menyatupadukan kaum Serb di Serbia dalam sebuah negara

yang bebas dari kaum bukan Serb (Reidlmayer, 1993). Akibatnya, kaum minoriti Albania

11

Page 12: Cabaran Dan Isu Semasa Prt Xedit

di wilayah Kosovo diusir dari bumi Serbia. Melalui kempen “pembersihan etnik” (ethnic

cleansing), kaum Bosnia telah dibunuh, dirompak, diusir dari kampung halaman,

wanita-wanita Bosnia dirogol, manakala lelaki pula ditahan serta diseksa di kem-kem

tahanan.Selain daripada itu, wujud juga ketidakadilan pembahagian sosio-ekonomi.

Miloshevich berusaha untuk memperluaskan pengaruh kaum Serb dari segi pendidikan,

ekonomi, ketenteraan dan politik di seluruh Yugoslavia. Akhir sekali, konflik Bosnia juga

memperlihatkan kegagalan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam misi

keamanan di Yugoslavia.Sekatan senjatan dan ekonomi yang dipengaruhi oleh kuasa-

kuasa Barat seperti Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU), ternyata berbelah bagi

dan memihak kepada Serbia serta mengeruhkan lagi konflik etnik di Yugoslavia

(Fogelquist, 1995).

iii.Konflik Etnik Di Afrika Selatan

Diskriminasi ras melalui Dasar Apartheid yang telah dimansuhkan pada tahun

1994 di Afrika Selatan, memperlihatkan bagaimana kaum kulit putih yang juga kaum

pemerintah melakukan berbagai-bagai jenis penindasan dan eksploitasi ke atas kaum

bukan kulit putih (Frederickson, 1981).Berbeza dari keadaan di kalangan masyarakat

lain seperti Amerika Syarikat dan Britain, di mana diskriminasi dan prasangka

diharamkan oleh pemerintah. Di Afrika Selatan, diskriminasi adalah disokong oleh pihak

pemerintah melalui undang-undangnya. Diskriminasi dan rasisme telah menjadi satu

amalan hidup.

Dalam Dasar Apartheid, kaum bukan kulit putih dianggap sebagai inferior atau

lebih rendah dan diberi layanan kelas kedua dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan

kebudayaan. Semua bentuk diskriminasi adalah sah dari segi undang-undang dan

undang-undang telah disalahgunakan oleh pihak pemerintah (kaum kulit putih) untuk

memastikan kekuasaan mereka ke atas kaum majoriti iaitu kaum kulit hitam.Konflik etnik

dan ras di Rwanda pula melibatkan kaum minoriti Tutsi dengan kaum majoriti Hutu.

Konflik di Rwanda adalah bersangkut-paut dengan faktor kolonialisme. Semasa zaman

penjajahan Jerman dan Belgium, kaum minoriti Tutsi telah diberikan peluang pendidikan

dan diserapkan dalam pentadbiran. Ketidakadilan pembahagian sosio ekonomi yang

dipraktikkan oleh penjajah telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hubungan

antara kelompok etnik. Kaum Hutu nyata ketinggalan jauh dari segi pembangunan dan

sentiasa diketepikan oleh penjajah.Pada tahun 1961, kaum minoriti Tutsi telah

12

Page 13: Cabaran Dan Isu Semasa Prt Xedit

memenangi pilihanraya dan memegang tunggak kepimpinan negara Rwanda. Keadaan

ini telah mendapat bantahan dari pihak kaum majoriti Hutu. Akbibatnya, konflik etnik

tercetus dan hampir sejuta rakyat tempatan terkorban (Neil Weiner, 1994). Seluruh

negara Rwanda berada dalam kancak peperangan dengan pembunuhan antara kaum

Tutsi dengan Hutu.

Dalam perbincangan ini kami cuba mengemukakan faktor-faktor yang boleh

menyebabkan berlakunya konflik etnik dan ras di negara-negara Balkan, USA dan Asia

Tenggara. Kesimpulan yang dapat kami perkatakan dalam berlakunya konflik etnik dan

ras ini terdapat persamaan satu negara dengan negara lain. Cuma ada negara-negara

tertentu mempunyai sejarah tersendiri yang boleh menyebabkan konflik ini berlaku.

Konflik etnik dan ras adalah masalah yang kompleks. Masalah ini muncul dari keadaan

sejarah masyarakat dan berkait rapat dengan aspek politik, ekonomi dan sosial

masyarakat. Dari segi politik, masalah ras tidak dapat dipisahkan dari keadaan majoriti

dan minoriti. Bagi ekonomi pula, apabila keadaan ekonomi tidak seimbang akan

memperhebatkan masalah ras atau perkauman. Perbezaan kebudayaan, bahasa,

agama dan nilai juga boleh merumitkan lagi masalah ras.Walaupun semua manusia

inginkan perpaduan tetapi masing-masing mempunyai tanggapan dan cara yang

berlainan. Oleh itu, perbezaan pendapat tentang cara dan pendekatan untuk mencapai

perpaduan itu sentiasa wujud. Perbezaan pandangan ini timbul kerana dipengaruhi oleh

keadaan realiti politik dan masyarakat itu sendiri. Sejarah telah banyak membuktikan

kepada kita bahawa konflik etnik dan ras cuma akan membawa lebih banyak kesan-

kesan negatifnya sahaja. Terpulanglah kepada rakyat di sesebuah negara untuk

membuat pilihan yang bijak agar peristiwa yang tidak diingini tidak berlaku.Oleh kerana

itu faktor-faktor yang bertanggungjawab bagi menyuburkan perasaan perkauman itu

mestilah dibendung dan dikawal demi menjamin keamanan sesebuah negara itu .

13

Page 14: Cabaran Dan Isu Semasa Prt Xedit

Tugasan 2

Sejauhmanakah kemampuan Malaysia menghadapi cabaran-cabaran isu global

seperti kemiskinan,pemakanan dan kesihatan terhadap peningkatan peluang

pendidikan untuk semua rakyatnya.

Pengenalan

Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh

kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat utamanya

ialah perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk menyusun semula

ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa

pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang

bersatu padu, serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum

untuk bersaing dengan kaum yang lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki

keadaan ini. Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah

berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak

menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu

masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun

Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu

program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970

hingga tahun 1990.

Dalam tempoh RRJP3, isu kemiskinan bukan lagi merupakan isu utama memandangkan

kemajuan besar telah dicapai dalam membasmi kemiskinan dalam tempoh rangka

rancangan terdahulu. Kadar kemiskinan akan dikurangkan lagi kepada 0.5 peratus

menjelang akhir tahun 2005. Usaha akan ditumpukan ke arah membasmi kemiskinan di

kalangan kelompok kecil miskin di kawasan terpencil dan di kalangan Orang Asli serta

kumpulan minoriti Bumiputera yang lain di Sabah dan Sarawak serta meningkatkan

pendapatan golongan yang berpendapatan rendah, khususnya mereka dalam kumpulan

pendapatan 30 peratus terendah. Kesemua program pembasmian kemiskinan akan

diperkemaskan di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat termasuk

mewujudkan projek yang dapat menjana pendapatan, meningkatkan peluang

memperolehi kemudahan asas dan memupuk sikap berdikari. Untuk mengurangkan

jurang pendapatan di kalangan isi rumah, peluang untuk golongan yang berpendapatan

14

Page 15: Cabaran Dan Isu Semasa Prt Xedit

rendah mengikuti program pendidikan dan latihan akan dipermudahkan lagi. Sektor

swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan digalak untuk menyokong dan

melengkapkan usaha ini.

Malaysia menghadapi cabaran-cabaran isu global seperti kemiskinan,pemakanan

dan kesihatan terhadap peningkatan peluang pendidikan

Malaysia juga akan dibangunkan sebagai sebuah pusat kecemerlangan pendidikan

serantau. Keupayaan institusi pendidikan tinggi awam akan dipertingkatkan dan

ditumpukan kepada program teknologi dan bidang yang baru. Di samping

menggalakkan institusi pendidikan swasta membangunkan bidang khusus yang mana

mereka mempunyai kelebihan bagi menarik pelajar asing, universiti awam pula akan

membangunkan pusat kecemerlangan dan bertindak sebagai tempat percambahan

inovasi dan pembangunan teknologi tempatan. Universiti akan digalak untuk

bekerjasama dengan industri bagi menjalankan penyelidikan yang mempunyai potensi

komersil. Untuk memastikan semua institusi pendidikan tinggi diiktiraf di peringkat

antarabangsa, satu sistem penarafan berasaskan norma sebanding dengan yang

digunakan oleh universiti ternama akan diwujudkan untuk menentukan tingkatan taraf

institusi tersebut. Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai,

strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan

kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3%

daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan

(pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada

jumlah itu berada di kawasan luar bandar. 

Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba

memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan pengenalan

kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada ketidakseimbangan antara

kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan

perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagi

menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini juga, beberapa strategi telah

dirancang, antaranya :

a.Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga

supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan

tenaga buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990;

15

Page 16: Cabaran Dan Isu Semasa Prt Xedit

b.Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan

perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat

menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat

kegiatan ekonomi.

c.Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor

produktif. Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak

ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain.

d.Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar

Pembangunan Nasional yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada

perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

Dalam meningkatkan Pembangunan Sumber Manusia Dalam tempoh

Rancangan, teras utama pembangunan sumber manusia ialah menyediakan asas

sumber manusia yang kukuh bagi membantu pembangunan ekonomi berasaskan

pengetahuan serta meningkatkan produktiviti dan daya saing. Sehubungan dengan ini,

usaha untuk membangunkan sistem pendidikan dan latihan yang cekap dan responsif

akan dilaksana bagi memenuhi permintaan terhadap tenaga buruh berpengetahuan dan

berkemahiran tinggi yang dilengkapi dengan nilai dan sikap positif. Di samping itu,

pengajaran mengenai nilai-nilai etika dan moral akan diperkukuh dengan memasukkan

nilai-nilai tersebut dalam kurikulum termasuk latihan guru.

Tumpuan khusus akan diberi untuk mengeluarkan lebih ramai tenaga manusia di

peringkat tinggi. Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menambah peluang

memperoleh pengetahuan, penekanan akan diberi untuk meningkatkan kefasihan dan

kemahiran berbahasa Inggeris di peringkat sekolah dan tertiari. Lebih banyak sekolah

berasrama akan dibina bagi meningkatkan prestasi pelajar terutamanya dalam mata

pelajaran Matematik dan Sains. Selaras dengan liberalisasi dalam pendidikan dan

latihan, penyertaan sektor swasta akan dipergiatkan terutamanya di peringkat tertiari.

Sektor swasta akan digalak menambahkan kapasiti dengan menubuhkan kampus dan

institusi baru dan mengendalikan lebih banyak program berkembar dengan universiti

awam tempatan dan institusi pengajian tinggi luar negara serta memperluaskan program

pengajian jarak jauh. Di samping itu, universiti awam dan swasta tempatan akan digalak

membangunkan pusat kecemerlangan setanding dengan universiti luar negara yang

bereputasi tinggi. Akses kepada pendidikan dan latihan berkualiti akan ditingkatkan

melalui penyediaan kemudahan pembelajaran dan pengajaran yang mencukupi

terutamanya di kawasan terpencil dan pedalaman. Peruntukan bantuan kewangan yang

16

Page 17: Cabaran Dan Isu Semasa Prt Xedit

mencukupi bagi meneruskan pendidikan dan latihan di peringkat tertiari di institusi awam

dan swasta akan menambah peluang pendidikan dan latihan, terutamanya di kalangan

pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.

Dalam ekonomi berasaskan pengetahuan, aktiviti perolehan, penggunaan dan

penyebaran pengetahuan menyediakan asas kepada pertumbuhan. Pembangunan

ekonomi berasaskan pengetahuan melibatkan peningkatan nilai ditambah semua aktiviti

produktif melalui penggunaan pengetahuan di samping mewujudkan industri baru

berintensifkan pengetahuan. Ia akan mengukuhkan daya saing Malaysia dan membuka

peluang baru untuk negara. Antara peluang yang wujud adalah meningkatnya

perdagangan dan pelaburan antarabangsa, perolehan teknologi yang lebih mudah,

memungkinkan negara melonjak untuk merapatkan jurang dengan negara maju,

wujudnya landasan bagi membentuk pakatan strategik dengan peserta utama dalam

industri terpilih serta mengembangkan pelaburan yang sedia ada dan menjana bidang

baru dalam pelaburan. Peningkatan penggunaan pengetahuan beserta tenaga kerja

yang lebih mahir akan menyumbang ke arah peningkatan tahap produktiviti dan

menganjak potensi kemungkinan pengeluaran ke tahap lebih tinggi.

Pembangunan dan penggunaan ICT dan e-dagang akan memudahkan pembentukan

sistem maklumat yang cekap dan terkini untuk menyokong perdagangan dan pelaburan.

Ini akan membolehkan rakyat Malaysia mencari pasaran dan rakan dagang baru untuk

eksport, mendapatkan input pada harga paling kompetitif, menubuhkan perusahaan di

luar negara untuk meningkatkan daya saing. Ekonomi berasaskan pengetahuan akan

menjana aktiviti baru untuk pelaburan dalam industri sedia ada dan industri baru hasil

daripada pengenalan teknologi tinggi dan proses pengeluaran yang berintensifkan

pengetahuan.

Melalui membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan, satu pelan induk

untuk melicinkan proses tersebut akan diperkenalkan. Antara bidang kritikal yang akan

diberi penekanan adalah pembangunan sumber manusia, S&T dan P&P, infrastruktur

maklumat dan pembiayaan. Di samping itu, usaha akan diambil untuk mengubah cara

pemikiran setiap lapisan masyarakat terutamanya sektor korporat agar lebih mengguna

pakai IT dalam urusan perniagaan dan operasi dalaman. Budaya menimba pengetahuan

secara berterusan akan digalak untuk membangunkan masyarakat yang sentiasa

belajar. Sementara usaha diambil untuk membangunkan ekonomi berasaskan

pengetahuan, langkah yang selari dengannya akan diperkenalkan untuk memastikan

perkembangan tersebut tidak mewujudkan jurang pengetahuan terutamanya di antara

17

Page 18: Cabaran Dan Isu Semasa Prt Xedit

masyarakat bandar dengan luar bandar serta di kalangan kumpulan pendapatan yang

berbeza. Untuk memenuhi keperluan ekonomi berasaskan pengetahuan, satu anjakan

paradigma dalam dasar dan strategi pembangunan sumber manusia perlu dilakukan.

Sistem pendidikan dan latihan akan diorientasi semula supaya menjadi lebih berkesan

dalam menyampaikan kemahiran serta menumpukan kepada bidang yang diperlukan

oleh ekonomi. Kerajaan akan memberi keutamaan kepada usaha meningkatkan

kemudahan dan infrastruktur serta mempergiatkan penggunaan ICT di semua sekolah

dan institusi. Penekanan yang lebih juga akan diberi kepada usaha meningkatkan mutu

pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran matematik, sains dan bahasa

asing.

Bagi Untuk menghadapi cabaran global yang muncul daripada pembangunan

ekonomi dan globalisasi yang pesat serta menyumbang secara berkesan kepada

pembinaan bangsa, golongan belia perlu dilengkapi dengan kemahiran dan

pengetahuan yang bersesuaian serta nilai yang baik. Peluang mereka bagi

mendapatkan pendidikan dan latihan akan diperbaiki dengan penekanan khusus kepada

mencapai tahap celik teknologi maklumat (IT) yang tinggi supaya mereka boleh merebut

peluang yang dijana dalam proses pembangunan. Usaha akan diambil untuk

meningkatkan kemahiran keusahawanan dan pengurusan di kalangan golongan belia

bagi memupuk minat mereka dalam bidang perniagaan di peringkat awal serta

meningkatkan bilangan belia yang terlibat dalam perdagangan dan industri. Penekanan

akan juga diberi untuk membentuk satu generasi pemimpin muda dan dinamik yang

mampu menggembleng belia untuk memberi sumbangan positif kepada negara. Pada

golongan belia akan diberi bimbingan sewajarnya untuk membangunkan nilai dan sikap

yang baik. Mereka akan dididik untuk menghormati ibubapa mereka, orang yang lebih

tua, guru, institusi dan undang-undang negara. Di samping usaha untuk memperbaiki

diri, mereka mesti ditanamkan dengan semangat sukarela dan berkeinginan untuk

menyumbang kepada masyarakat dan negara. Tahap kesedaran sivik juga mesti

dipertingkatkan. Keinginan untuk meningkatkan pengetahuan dan mencapai

kecemerlangan perlu dipupuk sebagai nilai utama. Golongan belia juga perlu disemai

dengan nilai moral dan etika yang kukuh dan menghindari daripada aktiviti yang

bertentangan dengan kesejahteraan peribadi mereka dan kebajikan negara. Usaha akan

dipergiat bagi memastikan mereka tidak terlibat dalam tabiat buruk seperti

penyalahgunaan dadah, perjudian, kegiatan samseng dan aktiviti jenayah yang lain.

18

Page 19: Cabaran Dan Isu Semasa Prt Xedit

Kesimpulan

Teras RMKe-8 adalah untuk mengekalkan pertumbuhan dan daya saing bagi

menghadapi perkembangan globalisasi dan liberalisasi. Pengurusan berhemat ekonomi

makro bagi memastikan penggunaan sumber yang optimum dan cekap serta usaha

memperkukuhkan daya tahan sistem kewangan diperlukan untuk mengekalkan

pertumbuhan. Strategi untuk menangani cabaran utama dalam tempoh Rancangan

termasuk meningkatkan produktiviti, menambah penawaran tenaga manusia yang

berkualiti, menggiatkan aktiviti Perancangan dan Pembangunan bagi meningkatkan

pelbagai pembangunan sektor yang menyumbang kepada pertumbuhan. Bagi

membolehkan Negara membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan, ekonomi

negara perlu beroperasi pada sempadan pengeluaran yang lebih tinggi dan

mempercepatkan peralihan daripada pertumbuhan yang didorong oleh input kepada

pertumbuhan didorong oleh produktiviti. Pada masa yang sama, tumpuan akan juga

diberi bagi meningkatkan kualiti hidup melalui penyediaan perkhidmatan sosial yang

lebih baik termasuk kemudahan pendidikan dan kesihatan, perumahan yang mencukupi

dan mampu dimiliki dan perkhidmatan lain yang berkaitan. Usaha juga akan dilaksana

bagi memastikan kehidupan sosial masyarakat diperkukuh dan mempunyai daya tahan

untuk menghadapi pengaruh negatif yang mungkin akan member kesan terhadap asas

toleransi dan keharmonian sosial serta pembinaan nusa bangsa.

19

Page 20: Cabaran Dan Isu Semasa Prt Xedit

Senarai Rujukan

1. Casserley,J.V.Longmead,Toward a Theology of History,New York:Holt,Rinehart &

Winston,1965.

2. Drs. Sidi Gazalba.1974. Sistematika Filsafat: Pengantar Kepada Dunia Filsfat,

Teori Pengetahuan, Metafika, Teori Nilai. Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu

Berhad.

3. Gardiner,Patrick,The Philosophy of History,Englewood Cliffs,New Jersey:Prentice-

Halk Inc.1964.

4. Mazhar Siddique,The Challenge of Economic Palestine ..The

U.K.Mission,London.2003

5.Mohd. Nasir Omar, 1986, Falsafah Etika Perbandingan Pendekatan Islam dan

Barat ; Universiti Kebangsaan Malaysia.

6.Pratima Asthana,The Palestine View History,Agra:M.G Publishers,1992.

7.Riedlmayer, A., 1993. A Brief History of Bosnia-Herzegonia, Harvard University.

8.Sanusi Osman, 1989. Ikatan Etnik Dan Kelas Di Malaysia, Universiti Kebangsaan

Malaysia: Bangi.

9.Ting Chew Peh, 1983. Konsep Asas Sosiologi, DBP: Kuala Lumpur.

10.Van den Berghe, 1967. Race and Racism, dalam Ting, C.P., 1983. Konsep Asas

Sosiologi, DBP: Kuala Lumpur.

20