cabaran bahasa melayu.docx

Upload: hzhafirah

Post on 03-Apr-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 CABARAN BAHASA MELAYU.docx

    1/13

    CABARAN BAHASA MELAYU

    CABARAN BAHASA MELAYU DALAM MENGHADAPI ABAD KE-21

    Rozali bin Rajab

    Abstrak

    Pada masa ini, Bahasa Melayu menghadapi cabaran yang sengit terutamanya dalam abad ke-

    21. Pada dasarnya bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan seperti

    yang termaktub dalam perlembagaan negara iaitu perkara 152 yang menyatakan bahawa

    Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu. Jadi, pada abad ke-21, bahasa Melayu yang

    diperkasakan dan dimartabatkan di negara ini terpaksa menghadapi saingan dengan

    penggunaan bahasa Inggeris yang merupakan bahasa global. Persaingan yang paling hebat dan

    mencabar kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini ialah pengajaran sains

    dan matematik dalam bahasa Inggeris. Oleh yang demikian, tumpuan kertas kerja ini ialah

    membincangkan cabaran pemerkasaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, cabaran bahasa

    Melayu dalam kemajuan teknologi maklumat, cabaran bahasa Melayu terhadap sikap

    penuturnya dan cabaran bahasa Melayu dalam penggunaan bahasa Melayu. Jadi, pelbagai

    seminar atau pembentangan telah dijalankan, kegusaran bahasa Melayu terus

    membimbangkan pada setiap insan yang mencintai bahasa Melayu. Melalui kertas kerja ini,

    perbincangan akan ditumpukan kepada cabaran-cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu

    dalam abad ke-21 supaya cabaran-cabaran tersebut tidak membantut perkembangan bahasa

    Melayu pada masa akan datang. Justeru, cabaran- cabaran ini tidak akan mengancam

    kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar pendidikan di Malaysia

    pada abad ke-21. Isu-isu akan dibincangkan secara satu persatu supaya jelas tentang cabaran-

    cabaran tersebut.

    PENDAHULUAN

    Sebelum mengorak melangkah untuk membicarakan cabaran-cabaran bahasa Melayu dalam

    abad ke-21, penulis ingin mengajak sekalian dahulu berkenaan bahasa Melayu. Menurut Prof.

    Dato Awang Had Salleh, dalam Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia

  • 7/28/2019 CABARAN BAHASA MELAYU.docx

    2/13

    menegaskan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa ibunda kepada orang-orang keturunan

    Melayu. Jadi, Perkara 152 Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan bahawa bahasa

    Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Kebangsaan ini hendaklah digunakan di dalam

    urusan rasmi dalam semua bidang. Walaupun terdapat pelbagai halangan, penggunaan Bahasa

    Kebangsaan tetap berjalan dengan lancar. Untuk memenuhi kehendak tersebut, pada peringkat

    awal, Bahasa Kebangsaan telah diperkenalkan sebagai satu mata pelajaran di sekolah rendah

    atau menengah, khususnya sekolah yang bahasa pengantarnya bukan bahasa Melayu.. Pada

    peringkat yang terkemudian, apabila kedudukan Bahasa Kebangsaan ini sudah cukup matang

    dan stabil, barulah wujud pula keperluan untuk memperkukuhkan perpaduan rakyat dan

    memupuk keperibadian Malaysia, maka istilah Bahasa Malaysia telah digunakan.

    Manakala cabaran pula ialah sesuatu iaitu unsur, atau faktor yang mencabar,menguji,

    kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi. (Kamus Dewan Edisi Ke-4,

    2005). Oleh itu cabaran bahasa Melayu dalam abad ke-21 bermaksud mencabar kemampuan

    bahasa Melayu dalam menuju abad ke-21 atau dipanggil era globalisasi. Jadi, abad ke-21 atau

    lebih dikenali sebagai era globalisasi merupakan satu zaman yang penuh dengan cabaran

    terutama kedudukan bahasa Melayu di negara ini.

    Persoalannya, apakah cabaran bahasa Melayu mempunyai kemampuan dalam abad ke-21.

    Adakah cabaran-cabaran itu menidakkan kedudukan bahasa Melayu di negara ini? Oleh yang

    demikian, harapan kita terhadap bahasa Melayu terlalu besar.

    Bahasa Melayu harus berupaya menggambarkan kelahiran fikiran, kreativiti dan aktiviti besar

    bangsa Malaysia. Cabaran-cabaran bahasa Melayu dalam abad ke-21, perlu ditangani dengan

    berhati-hati supaya bahasa Melayu terus hidup dan mampu bersaing di peringkat antara

    bangsa.

    Kajian ini akan membincangkan cabaran dalam memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa

    rasmi dengan perbincangan tertumpu kepada cabaran bahasa Melayu dalam kemajuan

    teknologi maklumat, cabaran bahasa Melayu terhadap sikap penutur cabaran bahasa Melayu

  • 7/28/2019 CABARAN BAHASA MELAYU.docx

    3/13

    dalam penggunaannya.

    Skop perbincangan kertas kerja ini menumpukan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh bahasa

    Melayu dalam abad ke-21. Oleh yang demikian, penulisan kertas kerja ini membataskan tentang

    cabaran bahasa Melayu dalam menghadapi abad ke-21.

    CABARAN BAHASA MELAYU DALAM MENGHADAPI ABAD KE-21

    Untuk memastikan kesinambungan kewujudannya dan kegemilangannya di persada dunia

    dalam abad ke-21 , bahasa Melayu terpaksa menghadapi pelbagai cabaran, sama ada dalam

    konteks nasional atau antarabangsa. Cabaran-cabaran ini memperlihatkan bahawa bahasa

    Melayu pada suatu ketika dahulu iaitu bahasa Melayu dalam sejarahnya telah membuktikan

    bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa antarabangsa sejak zaman Empayar Srivijaya

    pada abad ke-7 Masihi sehingga abad ke-19 Masihi. apabila bahasa Melayu menjadi lingua

    franca dirantau ini. Malahan bahasa Melayu telah menjadi bahasa perdagangan dan bahasa

    perhubungan antarabangsa. Kegemilangan bahasa Melayu telah menjadi kenyataan pada masa

    itu apabila bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan bahasa persuratan bagi pusat- pusat

    pemerintahan seluruh rantau berkenaan.

    Namun, permulaan abad ke-20 merupakan era penjajahan Barat ke atas Kepulauan-kepulauan

    Melayu iaitu Inggeris bagi Semenanjung Tanah Melayu dan utara Borneo,Belanda bagi

    kepulauan Sumatera, Jawa,selatan Borneo,Sulawesi ,Meluku, Madura dan Bali, dan Sepanyol

    bagi kepulauan Filipina.[Prof.Dr.Hashim Hj. Musa,2009].Keadaan yang sedemikian telah

    menyebabkan bahasa Melayu telah menghadapi cabaran iaitu bermulalah kemerosotan

    kedudukan bahasa Melayu sebagai lingua franca di rantau ini. Dalam konteks ini, pihak penjajah

    telah memaksa menggunakan bahasa mereka sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar

    pendidikan terhadap jajahan takluk mereka. Setelah sekian lama, kemerdekaan tercapai

    barulah bahasa Melayu telah dikembalikan statusnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi

    dan lingua franca di rantau ini.

  • 7/28/2019 CABARAN BAHASA MELAYU.docx

    4/13

    Setelah 52 tahun Malaysia merdeka dan 32 tahun pelaksanaan sepenuhnya dasar bahasa

    Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan, bahasa Melayu telah menghadapi cabaran yang

    tidak diduga apabila Akta Pendidikan 1996 dan Akta IPTS 1996 diluluskan, maka semua IPTS

    dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Keadaan belum reda, satu

    cabaran telah muncul iaitu pada tahun 2003, penggunaan bahasa Inggeris bagi semua

    matematik dan sains dalam semua peringkat. Namun, pejuang-pejuang bahasa bersatu tenaga

    untuk memastikan bahasa Melayu mendapat tempat di negara ini seperti termaktub dalam

    Perlembagaan Negara, Perkara 152. Akhirnya, tahun 2012 penggunaan bahasa Inggeris dalam

    sains dan matematik dihapuskan.

    Munculnya abad ke-21, telah menjadikan bahasa Melayu semakin mendapat persaingan sengit

    atau cabaran daripada bahasa Inggeris. Jadi, dalam kertas kerja ini membincangkan empat

    cabaran yang bahasa Melayu hadapi pada abad ke-21.

    Cabaran Pemerkasaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi

    Oleh yang demikian, pemerkasaan bermaksud menjadikan sesuatu itu berwibawa, dominan,

    kuat, hebat, terkenal, berdaulat, dominan, dan sebagainya.[Kamus Dewan Edisi Ke-4,2005]Justeru, pemerkasaan bahasa Melayu bermaksud menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa

    yang hebat, terkenal, berdaulat dan dominan di dunia ; hebat dari segi kandungan ilmunya,

    keintelektualannya, keluasan penggunaannya, nilai ekonominya dan keterbacaannya.[Prof,Dr,

    Hashim Hj.Musa,2009] Pada masa ini, sistem pendidikan negara berpengantarkan bahasa

    Melayu seperti yang tercatat dalam Perkara 152 Perlembagaan Negara iaitu bahasa rasmi dan

    bahasa kebangsaan. Dalam abad ke-21, bahasa Melayu telah menghadapi cabaran apabila pada

    tahun 2003, sains dan matematik dalam semua peringkat diajar dalam bahasa Inggeris. Senario

    ini telah memberi impak kepada kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di negara ini.

    Pejuang-pejuang bahasa telah bersatu hati untuk mendaulatkan dan memperkasakan bahasa

    Melayu, Seminar-seminar, pembentangan kertas kerja dan sebagainya telah diadakan bukan

    sahaja di dalam negara malahan di luar negara. Tidak cukup dengan itu, badan NGO dan bukan

  • 7/28/2019 CABARAN BAHASA MELAYU.docx

    5/13

    NGO turut bersama-sama untuk memastikan bahasa Melayu perlu dikembalikan dalam mata

    pelajaran sains dan matematik.

    Pada tahun 2010,, Tan Sri Muhiyidin Yasin,Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan

    bahawa pada tahun 2012, mata pelajaran Sains dan matematik akan diajar dalam bahasa

    Melayu. Langkah ini, telah menjadikan bahasa Melayu kembali dominan dan diperkasa.

    Kejayaan sesuatu bangsa bukanlah berdasarkan bahasa Inggeris, tetapi kefahaman sesuatu

    perkara dengan menggunakan bahasa ibunda. Justeru, ada yang menganggap bahawa orang

    Melayu atau negara ini tidak akan maju jikalau orang Melayu tidak menggunakan bahasa

    Inggeris sebagai

    bahasa ilmu dan bahasa kemajuan. Perlu diingati, negara Jepun, Korea Selatan dan banyak

    negara lain masih menggunakan bahasa ibunda dalam semua bidang. Pemerkasaan bahasa

    ibunda mereka, telah menjadikan negara mereka maju malah lebih maju daripada negara

    barat.

    Selain itu, masyarakat sudah mula menunjukkan pentingnya peneguhan dan penegasan

    bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Maksudnya, masyarakat

    sudah sedar betapa pentingnya bahasa Melayu dan kini wujudnya generasi yang mahumempelajari dan mahir menggunakan bahasa Melayu. Menurut Dr. Nik Safiah Karim[1993],

    Dasar Bahasa Kebangsaan di Malaysia telah berjaya, terutamanya jika dilihat dari perspektif

    penggunaannya dalam jentera pentadbiran, dalam sistem pendidikan, dan dalam beberapa

    domain utama kehidupan sehari-hari masyarakat Malaysia. Kita boleh berbangga dengan

    kejayaan tersebut. Namun cabaran yang lain timbul pula, iaitu dalam bentuk penggemblengan

    usaha daripada pelbagai pihak yang masih diperlukan untuk melestarikan (mengekalkan atau

    menetapkan) sekali gus mempertingkatkan mutu bahasa yang digunakan. Dalam kata lain,

    semua pihak perlu bekerjasama untuk memastikan bahasa Melayu terus diperkasakan agar

    cabaran abad ke-21 tidak meminggirkan bahasa Melayu sama ada dalam sistem pendidikan

    atau pentadbiran.

  • 7/28/2019 CABARAN BAHASA MELAYU.docx

    6/13

    Cabaran Bahasa Melayu Dalam Kemajuan Teknologi Maklumat

    Pada masa ini, bidang teknologi maklumat amat penting. Jadi, Malaysia telah mendapat impak

    yang besar terutama dari segi penggunaan bahasa teknologi maklumat. Sedia maklum, bahasa

    teknologi maklumat yang paling dominan di dunia ialah bahasa Inggeris. Keadaan ini sudah

    tentu memberi kesan kepada penggunaan bahasa Melayu dalam teknologi maklumat. Oleh itu,

    kita seharusnya mempelajari bahasa teknologi maklumat supaya perbendaharaan kata

    berkenaan teknologi maklumat dalam bahasa Melayu diperkaya. Jadi, bahasa Inggeris tetap

    dipelajari kerana ilmunya. Kita haruslah berfikiran positif dan memandang ke hadapan. Semua

    negara mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua selain bahasa ibunda. negara Korea

    Selatan, dan Jepun merupakan sebuah negara yang maju dalam bidang sains dan teknologi,

    namun mereka tetap mempertahankan bahasa ibunda dan bahasa Inggeris tetap dipelajari.

    Menurut Kamal Shukri Abdullah Sani,[2007;50] bahawa Jepun tidak berganjak daripada

    menggunakan bahasanya dari peringkat tadika sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi dalam

    semua bidang mata pelajaran. Bahasa Inggeris hanya dipelajari mulai di peringkat menengah

    dan bukan di peringkat rendah. Peluang mempelajari bahasa lain seperti Jerman, Sepanyol,Portugis, Rusia,Mandarin dan lain-lain turut disediakan sama ada di institusi pendidikan,

    rancangan televisyen dan lain-lain. Walau bagaimanapun bahasa Jepun tetap diutamakan dan

    dijunjung tinggi martabat dan maruahnya.

    Oleh yang demikian, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah diasaskan oleh

    perkembangan dan kemajuan yang pesat dalam bidang mikroelektronik sehingga menghasilkan

    pelbagai kemudahan teknologi maklumat seperti komputer peribadi, telekomunikasi

    multimedia dan sebagainya. Seterusnya kemunculan Internet telah meluaskan penggunaan ICT

    dengan jaringan informasi bersepadu sehingga membolehkan diaplikasikan sebagai media

    komunikasi yang melibatkan teks, bunyi, grafik dan video.

  • 7/28/2019 CABARAN BAHASA MELAYU.docx

    7/13

    Permasalahan ini secara langsung mempengaruhi dan mencabar kewibawaan dan kedudukan

    bahasa Melayu di rantau Nusantara ini. Apatah lagi, negara Malaysia yang menjadikan bahasa

    Melayu sebagai bahasa rasmi di negara ini. Adakah kita mampu menghadapi cabaran ini dan

    menidakkan penggunaan teknologi maklumat dalam arus pembangunan negara. Bagaimana

    dengan Jepun.? Negara mereka maju dalam teknologi maklumat, namun bahasa ibunda tetap

    terjaga dan terpelihara. Perkara ini perlu kita renung dan fikir bersama.

    Oleh yang demikian, penekanan terhadap ICT pada era globalisasi dan liberalisasi bermakna

    penggunaan bahasa Inggeris menjadi semakin penting dan tidak dapat dielakkan oleh

    masyarakat dunia. Era ICT telah menunjukkan bahasa Inggeris mengiringi kelahiran pertama

    Internet dunia di Amerika Syarikat dan seterusnya diikuti dengan pengeluar perisian dan

    perkakasan komputer seperti Microsoft, Dell dan Hewlett-Packard yang semuanya diasaskan

    oleh mereka yang berbahasa Inggeris. Perubahan persekitaran ini menimbulkan persoalan sama

    ada mampukan bahasa Melayu digunakan di dalam era ICT sebagai bahasa perantaraan

    alternatif untuk dimanfaatkan oleh masyarakat bahasanya? Mampukah penggiat-penggiat

    bahasa Melayu menggunakan ICT sebagai alat penyelidikan, perkakasan, perisian dan aplikasi

    untuk pembangunan bahasa Melayu?

    Sebagai satu pandangan umum, masyarakat perlu memperlihatkan sikap terbuka dan kesediaan

    untuk menghadapi cabaran perkembangan yang pesat dalam ICT dengan pengaruh bahasa

    asing khususnya bahasa Inggeris. Perlu diakui bahawa bahasa Melayu masih lagi muda atau

    setahun jagung dari sudut peristilahan sains dan teknologi berbanding dengan bahasa Inggeris.

    Usaha supaya bahasa Melayu diterima dalam era siber hanya akan terlaksana jika masyarakat

    bahasanya mempelajari pengalaman dan kejayaan yang telah dicapai oleh bahasa Inggeris.

    Dengan cara dan langkah ini, kita percaya perkembangan bahasa Melayu akan terus

    bersemarak seandainya kita bersikap terbuka. Dengan adanya ilmu sains dan teknologi

    maklumat dalam bahasa Inggeris, kita boleh menterjemahkan ke dalam bahasa ibunda iaitu

    bahasa Melayu.

  • 7/28/2019 CABARAN BAHASA MELAYU.docx

    8/13

    Secara langsung, bahasa Melayu dalam sains dan teknologi maklumat akan terus meningkat

    dan berkembang. Mengikut pendapat Prof. Dr. Hashim Hj. Musa, dalam buku Sosiolinguistik

    Lanjutan, [ 2009; 61]bahawa penguasaan ilmu, sains dan teknologi yang tinggi, kemahiran dan

    kepakaran secara meluas dalam kalangan rakyat jelata, merupakan faktor utama dalam

    pembangunan Sumber Daya Tenaga Manusia sesebuah negara secara menyeluruh, yang

    menjadi faktor utama pula kepada pembangunan dan kemajuan negara itu. Penyampaian dan

    pemahaman ilmu pengetahuan, sains, teknologi dan kepakaran serta kemahiran dengan cara

    yang paling berkesan adalah dengan perantaraan bahasa kebangsaan rakyat jelata itu sendiri.

    Oleh yang demikian, walaupun cabaran dalam teknologi maklumat begitu hebat, bahasa

    Melayu perlu seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. Hal ini disebabkan, pelbagai

    maklumat yang terkandung dalam pelbagai jenis teknologi maklumat yang sedia ada harus

    terdapat dalam bahasa Melayu ini, benar-benar sesuai dengan hasrat untuk menyejagatkan

    bahasa Melayu, dan teknologi maklumat itu sendiri merupakan saluran yang cukup penting

    canggih, cekap dan pantas untuk tujuan tersebut. Oleh itu, bahasa Melayu bukannya perlu

    bersaing dengan teknologi maklumat, sebaliknya ia patut bersepadunya dengannya. Dengan

    cara ini, bahasa Melayu mampu mengaplikasikan sumber ilmu itu untuk menjanakan maklumat

    pelbagai bidang dalam dunia serba teknikal ini.

    Cabaran Bahasa Melayu Terhadap Sikap Penuturnya

    Dalam abad ke-21, sikap penutur atau masyarakat amat penting dalam penggunaan bahasa

    ibunda. Sekiranya sikap penutur tiada kesungguhan atau perasaan malu menebal dalam diri

    penutur kerana menggunakan bahasa ibunda, sudah pasti bahasa ibunda akan terkubur. Oleh

    yang demikian, bagi bahasa Melayu, cabaran yang sebenarnya terletak pada sikap yang

    dipegang oleh penuturnya. Jadi , abad ke-21 telah memperlihatkan kelemahan terhadap sikap

    penutur yang tidak mengambil berat terhadap bahasa kebangsaan mereka. Hal ini disebabkan

    mereka sudah terdidik dalam bahasa Inggeris dan lebih selesa bercakap bahasa Inggeris.

    Akibatnya, mereka yang tidak mahu menggunakannya telah membentuk satu sikap tidak kisah

  • 7/28/2019 CABARAN BAHASA MELAYU.docx

    9/13

    terhadap bahasa ibunda. Peristilahan dan tutur kata tidak dilakukan kerana tidak mengikuti

    perkembangan bahasa Melayu. Apabila disuruh memberi pendapat dan idea, mereka lebih suka

    bertutur dalam bahasa Inggeris. Begitulah apabila ada seminar atau pembentangan walaupun

    di dalam dewan ada seorang bukan rakyat Malaysia, mereka lebih suka bertutur dalam bahasa

    Inggeris. Justeru, permasalahan ini iaitu sikap penutur merupakan satu cabaran yang perlu

    ditangani secara berhati-hati pada abad ke-21 agar bahasa Melayu tidak dipandang rendah oleh

    masyarakat sendiri. Nik Safiah Karim dalam buku Sumbangsih, Kumpulan Esei Mengenang Jasa

    Asraf, memperkatakan, bahawa bahasa Melayu, cabaran yang sebenarnya terletak pada sikap

    yang dipegang oleh penuturnya. Yang tidak dapat dinafikan ialah hakikat kepentingan dan

    kesesuaian bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa. Jadi, yang tidak dapat dinafikan ialah

    hakikat kepentingannya dan kesesuaian bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa.

    Abad ke-21 memang membawa cabaran kepada bahasa Melayu dari segi persaingan dengan

    bahasa Inggeris tetapi tidaklah keadaan ini menjadi satu cabaran besar sehingga menggugat

    kedudukan bahasa Melayu. Oleh yang demikian sikap rakyat Malaysia mesti yakin dengan

    keupayaan dan kemampuan bahasa kebangsaan. Kita seharusnya berasa bangga dengan

    bahasa Melayu kerana kekal sehingga sekarang dan bangga terhadap bahasa kebangsaan

    sebagai bahasa rasmi. Kemudian sesuaikan dengan keadaan apabila hendak menggunakanbahasa Inggeris. Ironisnya, langkah ini tidak akan timbul keadaan bahasa Melayu tergugat oleh

    bahasa Inggeris.

    Cabaran Bahasa Melayu Dalam Penggunaan Bahasa Melayu

    Belakangan ini, pada abad ke-21 beberapa gejala yang amat membimbangkan berkaitan dengan

    penggunaan bahasa Melayu. Pengaruh media elektronik telah merosakkan penggunaan bahasa

    Melayu dari segi pertuturan,ayat, istilah, bahasa rojak dan sebagainya. Kerosakan penggunaan

    bahasa Melayu yang paling teruk berlaku ialah golongan remaja. Pada abad ke-21, sudah

    menjadi satu trend atau ikutan kepada golongan remaja dalam penggunaan bahasa Melayu.

    Senario ini cukup membimbangkan dan jika tidak ditangani dengan segera, sudah pasti

  • 7/28/2019 CABARAN BAHASA MELAYU.docx

    10/13

    keindahan bahasa Melayu tidak kedengaran atau berkumandang lagi.

    Berbalik kepada penggunaan bahasa Melayu, kebanyakan pengacara majlis atau program di

    televisyen dan radio dalam pengendalian sesuatu program, sudah menjadi kewajiban untuk

    mencampuradukkan bahasa mereka. Dalam mengendalikan sesuatu program atau rancangan,

    pengacara pada peringkat awal menggunakan bahasa Melayu. Namun, perkara yang sebaliknya

    telah berlaku iaitu dalam pertengahan program hingga akhir, pengacara mencampuradukkan

    penyampaian bahasa Melayu dan bahasa Inggeris walaupun programnya lebih kepada

    berbahasa Melayu dan penontonnya majoritinya berbangsa Melayu.

    Memang tidak dapat dinafikan, rakyat di negara kita mahir dalam dua bahasa iaitu bahasa

    Melayu dan bahasa Inggeris. Terdapat pelbagai bentuk dan cara dalam pertuturan mereka.

    Mengikut Nik Safiah Karim, [2004], ada kalanya dua bahasa ini berselang-seli ,iaitu satu ayat

    dalam satu bahasa diikuti oleh ayat dalam bahasa kedua. Sebagai contoh ialah Saya

    mengambil keputusan untuk pergi, then I thought I should consult my father. Begitulah

    dengan penggunaan perkataan yang lain iaitu Dalam hal ini you paling best. How are you

    today..harap OKlah.Keadaan ini sudah menjadi kebiasaan mana-mana rancangan atau

    program televisyen pada abad ke-21. Sekiranya permasalahan ini tidak dibendung, sudah tentumemberi impak atau cabaran yang besar kepada kedudukan bahasa Melayu di negara ini.

    Manakala golongan remaja pula, penggunaan bahasa Melayu mereka cukup membahayakan

    dan boleh merosakkan nilai bahasa Melayu. Hal ini disebabkan kecanggihan teknologi

    maklumat pada abad ke-21 iaitu penggunaan telefon bimbit. Untuk menghantar sms kepada

    rakan-rakan, mereka menggunakan bahasa rojak dan berlakulah kerancuan bahasa. Menurut

    Prof Dr. Hashim Hj. Musa, kerancuan bahasa ialah penggunaan bahasa yang tidak mengikut

    peraturannya sama ada dari segi sintaksis, morfologi, fonologi, kosa kata, istilah dan

    sebagainya, yang mengakibatkan kekacauan dan ketidaktekalan dari segi pembentukan ayat,

    klausa, frasa, ejaan, sebutan, kosa kata dan istilah. Di sini , terdapat beberapa perkataan yang

    sering disalahgunakan semasa menghantar sms.

  • 7/28/2019 CABARAN BAHASA MELAYU.docx

    11/13

    Misalnya, perkataan-perkataan seperti kang (nanti), akum (assalamualaikum), wlam

    (waalaikumsalam), dowang (mereka), tipon (telefon) dan persal (mengapa). Pengubahsuaian

    juga telah dibuat kepada kata gantinama seperti sayer (saya), dier (dia) dan nko (engkau).

    Begitu juga dengan kata tanya telah diubah suai seperti biler (bila), camner (bagaimana) dan

    maner (mana). Kerancuan bahasa Melayu abad ke-21 merupakan satu cabaran yang boleh

    merosakkan keteraturan,kehalusan dan keintelektualan bahasa Melayu, kerana menjejas

    sistem dan peraturannya yang menyebabkan kecelaruan dan ketidaktekalannya. Hal ini akan

    merosakkan martabat dan kewibawaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa

    pendidikan dan bahasa ilmu tinggi, yang akhirnya akan menurunkan maruahnya dan disisihkan

    sedikit demi sedikit oleh pengguna bahasanya.

    KESIMPULAN

    Mampukah bahasa Melayu menghadapi cabaran pada abad ke-21? Daripada perbincangan di

    atas, kita telah membincangkan cabaran bahasa Melayu sebelum dan selepas kemerdekaan

    secara ringkas.. Pada peringkat ini, bahasa Melayu terus berkembang tanpa menghadapi

    masalah. Namun, semasa penjajahan Inggeris perkembangan bahasa Melayu terus malap dan

    tidak bermaya. Pejuang-pejuang bahasa yang mencintai bahasa, terus berjuang untukmemartabatkan bahasa Melayu. Selepas kemerdekaan, bahasa Melayu telah menjadi bahasa

    pengantar di sekolah-sekolah dan universiti.

    Walau bagaimanapun pada abad ke-21, bahasa Melayu mula dipersoalkan dan ada pihak-pihak

    tertentu ingin mengembalikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di negara ini. Oleh

    yang demikian, cabaran-cabaran seperti cabaran pemerkasaan bahasa Melayu sebagai bahasa

    rasmi, cabaran bahasa Melayu dalam kemajuan teknologi maklumat , cabaran bahasa Melayu

    terhadap sikap penuturnya dan cabaran bahasa Melayu dalam penggunaan bahasa Melayu

    menjadi isu perbincangan dalam abad ke-21. Cabaran-cabaran ini terpaksa dilalui secara

    berhati-hati agar permasalahan yang sedikit akan memberi impak yang besar terhadap bahasa

    Melayu. Pada masa ini, pengaruh bahasa Inggeris begitu kuat dan dikenali sebagai bahasa

  • 7/28/2019 CABARAN BAHASA MELAYU.docx

    12/13

    antarabangsa.Untuk berhubung pada peringkat antarabangsa, bahasa Inggeris menjadi

    keutamaan.

    Justeru, jalan terbaik untuk menghadapi cabaran ini ialah sikap kita terhadap bahasa Melayu.

    Walaupun kita menghadapi pelbagai cabaran, bahasa kedua perlu kita pelajari. Sebab saya

    berkata demikian, bahasa Inggeris amat diperlukan untuk kita berhubung di peringkat

    antarabangsa. Namun , tidaklah keadaan ini menjadi satu cabaran besar sehingga menggugat

    kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pengantar dan bahasa

    berdaulat seperti yang tercatat dalam Perlembagaan Negara. Paling penting rakyat Malaysia

    mempunyai sikap atau jati diri yang betul terhadap bahasa kebangsaan. Seandainya rakyat

    Malaysia mempunyai perasaan bangga terhadap bahasanya, jikalau rakyat Malaysia tahu bila

    hendak menggunakan bahasa Inggeris dan bilakah pula keadaan penggunaan bahasa

    kebangsaannya, maka tidak akan timbul persaingan dan tidak akan timbul keadaan bahasa

    Melayu dalam dilema itu, kita mesti mengetahui tempat penggunaannya supaya permasalahan

    tidak timbul.

    Dengan langkah yang sedemikian, nescaya permasalahan dan cabaran-cabaran bahasa Melayu

    dalam abad ke-21 dapat diatasi. Paling penting, masyarakat Malaysia perlu mempunyai sikapbangga diri terhadap bahasa ibunda kerana pada suatu masa dahulu bahasa Melayu merupakan

    bahasa yang telah diterima di peringkat antarabangsa iaitu zaman Empayar Srivijaya. Pada hari

    ini, bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang dianggarkan hampir 250 juta dan bahasa

    Melayu telah menjadi bahasa rasmi untuk empat buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei,

    dan Singapura. Hal ini ditambah lagi bahawa bahasa Melayu pernah berkumandang buat kali

    pertama di Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu [PBB].Oleh itu, semangat dan jiwa seumpama

    ini perlu diikuti,dicontohi dan diteladani oleh masyarakat Malaysia, pemimpin-pemimpin dan

    ilmuwan. Saya percaya dengan langkah yang sedemikian, membolehkan bahasa Melayu

    menongkah arus pada abad ke-21 dan martabat bahasa Melayu akan kembali di landasan yang

    kita ingini.

  • 7/28/2019 CABARAN BAHASA MELAYU.docx

    13/13

    BIBLIOGRAFI

    Awang Sariyan. [Penyelenggara]. (2004). Sumbangsih, Kumpulan Esei Mengenang Jasa Asraf.

    Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Darwis Harahap[ Penyelenggara] (2004) . Mutiara Budi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

    Pustaka.

    Siti Rosnah Haji Ahmad. (2001). Bahasa Melayu An Introduction To Malay Language And

    Culture, Kuala Lumpur: Golden Books Centre.

    Abdul Rashid Melebek & Amat Juhari Moain. (2006). Sejarah

    Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd

    Kamal Shukri Abdullah Sani. (2007). Bahasa Melayu, Apa Sudah Jadi?

    Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.

    David, Wade. (1999). Vanishing Culture dalam National Geographic

    Jil.196 , No.2 hlm 62-89,

    Nik Safiah Karim. (2004). Bahasa Melayu Sedekad Lalu: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

    Pustaka.

    Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain (1982). Pembinaan Bahasa Melayu Perancangan Bahasa Di

    Malaysia. Kuala Lumpur: Deawan Bahasa dan Pustaka.Awang Sariyan [Penyusun] (2002). Prosiding Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu IV. Kuala

    Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Awang Had Salleh. (1981). Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia. Kuala

    Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Hashim Hj. Musa. (2009). BBM 5203 Sosiolinguistik Lanjutan. Serdang: Universiti Putra

    Malaysia..