cabaran bahasa melayu terhadap gelombang kebangkitan bahasa inggeris

26
[CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBA NGKITAN BAHASA INGGERIS] EED3200 [1] 1.0. PENGENALAN Menurut Prof Dr. Awang Sariyan, tokoh bahasa yang tidak asing lagi dalam membicarakan kemelut Bahasa Melayu dalam satu wawancara dengan Bernama di kediamannya yang terletak di pinggir kota ( 2011 ) bahawa sejak abad ke-7 pada zaman Srivijaya ( di Sumatera ), Bahasa Melayu sudah menjadi bahasa yang bukan kecil peranannya. Bahasa Melayu telah diangkat dan dinobatkan sebagai bahasa pentadbiran bagi Srivijaya dan seluruh jajahan takluknya, wilayah kerajaan kuasa kelautan yang sangat besar pada waktu itu. Dan sebagai kuasa besar, Srivijaya bukan sahaja menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran malah sebagai bahasa perdagangan dan juga bahasa pengajian agama pada masa itu. Itulah saatnya peranan Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca atau bahasa perhubungan umum dari rantau Alam Melayu telah digunakan oleh semua bangsa tidak hanya oleh bangsa dalam kalangan Alam Melayu, bahkan oleh orang dari India dan China. Begitu tingginya kedudukan Bahasa Melayu ketika itu boleh disimpulkan juga bersaksikan pelbagai dokumen dan penulisan jika digarap dari sudut sejarah. Antaranya catatan pengembara Cina I-Ching yang juga seorang pendita Buddha mengenai pusat pengajian agama Buddha di Sumatera yang menggunakan Bahasa Melayu. I-Ching dalam misi penjajahannya telah bermastautin selama enam bulan di Sriwijaya pada sekitar abad ke-7. Ini jelas menunjukkan Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa ilmu meskipun untuk pengembangan agama Buddha di ibu negeri Sriwijaya kerana pada waktu itu syiar Islam belum sampai di Alam Melayu. Beliau turut berkongsi pengamatan yang dibuat oleh Van Linschotten, seorang pegawai Belanda yang bertugas di Indonesia antara 1586 hingga 1592 tentang kebesaran Bahasa Melayu sebagai teras bahasa tamadun tinggi. Van Linschotten menulis bahawa bahasa Melayu pada masa itu bukan sahaja amat harum namanya tetapi juga dianggap bahasa paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri Timur. Menurut Dr. Awang lagi seorang ahli sejarah Belanda Francois Valentijn yang banyak menulis mengenai Kepulauan Melayu menulis pada awal abad ke-18 bahawa Bahasa Melayu difahami di mana-mana sahaja oleh

Upload: cikgu-nazarinanawawi

Post on 01-Jul-2015

8.371 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS

[CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBA NGKITAN BAHASA INGGERIS] EED3200

[1]

1.0. PENGENALAN

Menurut Prof Dr. Awang Sariyan, tokoh bahasa yang tidak asing lagi

dalam membicarakan kemelut Bahasa Melayu dalam satu wawancara

dengan Bernama di kediamannya yang terletak di pinggir kota ( 2011 )

bahawa sejak abad ke-7 pada zaman Srivijaya ( di Sumatera ), Bahasa

Melayu sudah menjadi bahasa yang bukan kecil peranannya. Bahasa Melayu

telah diangkat dan dinobatkan sebagai bahasa pentadbiran bagi Srivijaya dan

seluruh jajahan takluknya, wilayah kerajaan kuasa kelautan yang sangat

besar pada waktu itu. Dan sebagai kuasa besar, Srivijaya bukan sahaja

menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran malah sebagai

bahasa perdagangan dan juga bahasa pengajian agama pada masa itu.

Itulah saatnya peranan Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca atau bahasa

perhubungan umum dari rantau Alam Melayu telah digunakan oleh semua

bangsa tidak hanya oleh bangsa dalam kalangan Alam Melayu, bahkan oleh

orang dari India dan China. Begitu tingginya kedudukan Bahasa Melayu

ketika itu boleh disimpulkan juga bersaksikan pelbagai dokumen dan

penulisan jika digarap dari sudut sejarah. Antaranya catatan pengembara

Cina I-Ching yang juga seorang pendita Buddha mengenai pusat pengajian

agama Buddha di Sumatera yang menggunakan Bahasa Melayu. I-Ching

dalam misi penjajahannya telah bermastautin selama enam bulan di Sriwijaya

pada sekitar abad ke-7. Ini jelas menunjukkan Bahasa Melayu telah

digunakan sebagai bahasa ilmu meskipun untuk pengembangan agama

Buddha di ibu negeri Sriwijaya kerana pada waktu itu syiar Islam belum

sampai di Alam Melayu. Beliau turut berkongsi pengamatan yang dibuat oleh

Van Linschotten, seorang pegawai Belanda yang bertugas di Indonesia

antara 1586 hingga 1592 tentang kebesaran Bahasa Melayu sebagai teras

bahasa tamadun tinggi. Van Linschotten menulis bahawa bahasa Melayu

pada masa itu bukan sahaja amat harum namanya tetapi juga dianggap

bahasa paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri Timur.

Menurut Dr. Awang lagi seorang ahli sejarah Belanda Francois

Valentijn yang banyak menulis mengenai Kepulauan Melayu menulis pada

awal abad ke-18 bahawa Bahasa Melayu difahami di mana-mana sahaja oleh

Page 2: CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS

[CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBA NGKITAN BAHASA INGGERIS] EED3200

[2]

setiap orang di seluruh Kepulauan Melayu seperti bahasa Perancis atau

bahasa Latin di Eropah. Kesimpulan menarik yang ditulis Valentijn ialah orang

yang datang ke Alam Melayu mahu tidak mahu perlu mempelajari Bahasa

Melayu, dimana sesiapa yang tidak dapat berkomunikasi dalam Bahasa

Melayu dianggap sebagai golongan yang tidak terpelajar.

1.1. KEGEMILANGAN BAHASA MELAYU

Zaman Kesultanan Melayu meliputi antaranya Melaka, Acheh,

Sumatera, Pasai sekitar abad 13 hingga 19 sesudahnya kedatangan agama

Islam menyaksikan bahasa Melayu menjangkau puncak kegemilangan

sebagai bahasa tamadun Melayu. Peranan Bahasa Melayu meliputi pelbagai

ranah atau bidang tamadun baik dari segi ilmu, pentadbiran, perdagangan,

undang-undang dan juga sebagai bahasa hubungan diplomatik. Bahasa

Melayu pada waktu itu sudah menjadi bahasa yang sangat luas penyebaran

dan penggunaannya, bukan sahaja oleh orang Melayu bahkan bangsa-

bangsa lain seperti Arab, India, China, Parsi dan Eropah. Kita tahu di Alam

Melayu terdapat pelbagai kelompok bangsa asing termasuk Eropah yang

datang baik untuk tujuan penjajahan, perdagangan dan tujuan penyebaran

agama, masing-masing menggunakan Bahasa Melayu. Jadi Bahasa Melayu

sudah merentas semua bidang tamadun ketika itu, apa sahaja termasuk

undang-undang, sudah ada hukum kanun dari kurun 15 ke atas seperti

Hukum Kanun Melaka yang terkenal itu, di samping Undang-Undang 99

Perak, Undang-Undang Johor, Undang-Undang Siak dan sebagainya. Malah

ulamak besar dari Gujerat, Nuruddin al-Raniri yang datang ke Alam Melayu

sekitar abad ke-16 dan dilantik sebagai mufti oleh Sultan Acheh. Menariknya,

Nuruddin al-Raniri ini menulis kitab-kitab agama dalam Bahasa Melayu

walaupun beliau bukan orang Melayu.

Ini menunjukkan kekuatan Bahasa Melayu, “Sesiapa sahaja yang

datang ke Alam Melayu perlu belajar dan menguasai Bahasa Melayu

walaupun dalam apa jua bidang iaitu pentadbiran, perdagangan, malah dalam

soal-soal agama pun mesti dalam Bahasa Melayu,” kata Dr. Awang lagi yang

Page 3: CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS

[CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBA NGKITAN BAHASA INGGERIS] EED3200

[3]

pernah menyandang Pengarah Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka

( 1999-2004 ).

Oleh itu, Bahasa Melayu sejak lebih daripada satu alaf telah memiliki

martabat sebagai bahasa dan tamadun besar. Sejak abad ke-7 Masihi,

bahasa Melayu telah menjadi bahasa kerajaan, bahasa perdagangan, bahasa

pengajian agama dan lingua franca bagi rantau Kepulauan Melayu di bawah

kerajaan Sriwijaya. Pada zaman Kesultanan Melayu dari sekitar abad ke 13

hingga abad 19 bahasa Melayu mencapai puncak kegemilangan sebagai

bahasa tamadun Melayu baharu dengan menjadi bahasa pentadbiran,

bahasa diplomasi, bahasa undang-undang, bahasa ilmu dan falsafah, bahasa

perdagangan, bahasa ketatanegaraan dan bahasa sastera tinggi ( Awang

Sariyan 2002 ). Maka tidaklah menghairankan apabila sarjana Belanda

Francois Valentijn mengungkapkan kebitaraan bahasa Melayu pada abad ke-

16 sebagai yang berikut :

‘ Bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan saja dituturkan di daerah

pinggir laut tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala

negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di amna-mana saja

oleh setiap orang, tidak ubah seperti Bahasa Perancis atau Latin di Eropah

atau sebagai bahasa Lingua Franca di Itali dan di Levant. Sungguh luas

tersebarnya bahasa Melayu itu sehingga kalau kita memahaminya tidaklah

mungkin kita kehilangan jejak, kerana bahasa itu bukan sahaja dimengerti di

Parsi bahkan lebih jauh dari negara itu dan disebelah timurnya sehingga

Kepulauan Filipina. ( Nik Satiah Karim, el.at, 2004 )

Kebitaraan bahasa Melayu pada abad 16 dan 17 dapat dirumuskan

dengan kenyataan bahawa bahasa tersebut telah mencapai taraf bahasa

antarabangsa terutama dengan kedudukannya sebagai bahasa diplomatik,

Lingua Franca, bahasa perdagangan sedunia, bahasa penyebaran agama

besar dunia dan bahasa sastera ( Collins, 1999 dan Awang Sariyan, 2000 ).

Page 4: CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS

[CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBA NGKITAN BAHASA INGGERIS] EED3200

[4]

2.0. KELUNTURAN MARTABAT BAHASA MELAYU

Martabat bahasa Melayu dilunturkan oleh penjajah ( Belanda di

Indonesia dan Inggeris di Malaysia ) dengan menurunkan darjat bahasa itu

daripada bahasa besar dan bahasa perhubungan luas menjadi bahasa

setempat atau bahasa vernakular yang disempitkan fungsinya hanya sebagai

bahasa perhubungan sehari-hari dan lebih untuk lingkungan masyarakat

Melayu. Dalam zaman penjajahan Inggeris, bahasa Melayu disetarafkan

dengan bahasa keturunan yang dibawa masuk oleh Inggeris untuk

kepentingan ekonomi iaitu keturunan Cina dan India dengan menjadikannya

sebagai bahasa pengantar di sekolah vernakular Melayu sama halnya

dengan bahasa Cina di sekolah vernakular Cina dan bahasa Tamil di sekoah

vernakular India. Inggeris benar-benar telah melaksanakan dasar pecah-

belah dan perintahnya dan pada waktu yang sama telah membenamkan

bahasa Melayu. Sistem pentadbiran dan undang-undang pada zaman

Kesultanan Melayu didasarkan pada asas kemelayuan ( dan Islam sebagai

tunjangnya ) telah dirobah oleh Inggeris dengan menggunakan sistem

sekularnya. Jawatankuasa Barnes ( 1951 ) memperlihatkan perubahan

pandangan sedikit tentang Bahasa Melayu, apabila mengakui betapa

pentingnya bahasa Melayu dalam membentuk sistem pendidikan yang

bersifat kebangsaan tetapi masih tetap mengutamakan pendidikan dalam

bahasa Inggeris kerana bahasa Melayu tetap setakat menjadi bahasa

pengantar di peringkat sekolah rendah sahaja. Usulnya agar sistem

pendidikan hanya berlandaskan dua bahasa penghantar iaitu bahasa Inggeris

dan bahasa Melayu ditentang kuat oleh masyarakat Cina dan India.

Menjelang kemerdekaan, usaha memartabatkan semula bahasa

Melayu telah diupayakan, khususnya oleh Jawatankuasa Pelajaran Razak

1956 yang menetapkan dasar pendidikan kebangsaan dengan berteraskan

penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama. Usul

Jawatankuasa tersebut yang dikenal sebagai Penyata Razak dan kemudian

diperkuat oleh usul Jawatankuasa Penyemakan Pelajaran Abdul Rahman

Talib 1960 yang dikenal sebagai Penyata Rahman Talib telah dijadikan asas

penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang selama 35 tahun menjadi asas sistem

Page 5: CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS

[CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBA NGKITAN BAHASA INGGERIS] EED3200

[5]

pendidikan kebangsaan sebelum diluluskan Akta Pendidikan 1996. Malah

akta pendidikan yang baharu itu pun, khususnya dalam Seksyen 17 masih

mempertahankan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar

utama sistem pendidikan negara. Setahun menjelang kemerdekaan juga

peristiwa penting yang berkaitan dengan usaha memartabatkan semula

bahasa Melayu ialah Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka, sebagai hasil

desakan rakyat melalui Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu, khususnya

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga ( 1956 ). Kesediaan kerajaan

pada waktu itu memenuhi tuntutan rakyat merupakan kebijaksanaan yang

tepat untuk mempersiapkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang berupaya

menjadi wahana bidang-bidang utama tamadun bangsa dan negara,

khususnya melalui perancangan korpus bahasa dalam bidang kosa kata (

umum dan khusus ), sistem ejaan, tatabahasa, sebutan dan laras bahasa.

Selama hampir setengah abad negara menikmati kemerdekaan, bahasa

Melayu telah menjadi salah satu asas pembinaan negara yang penting

melalui tiga fungsi utama iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi

dan bahasa ilmu.

Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu telah berhasil menjadi

asas terbentuknya konsep negara yang berdaulat dan telah menjadi faktor

pemersatuan rakyat yang ampuh sehingga terbentuk perpaduan kebangsaan.

Sebagai bahasa rasmi pula, bahasa Melayu telah menjadi wahana

komunikasi rasmi yang menggerakkan jentera pentadbiran kerajaan dalam

membangunkan negara dalam pelbagai sektor. Sektor utama negeri seperti

pentadbiran, pendidikan, undang-undang dan kehakiman serta media massa

telah mencapai tahap kemajuan dan kecekapan yang membanggakan melalui

bahasa Melayu sebagai wahana utamanya. Sebagai bahasa ilmu, bahasa

Melayu telah memungkinkan berlangsungnya pendemokrasian pendidikan

apabila sejumlah besar generasi muda mendapat peluang belajar dalam

bahasa kebangsaan tanpa kekangan faktor taraf sosioekonomi dan

pengasingan etnik serta keekslusifan bahasa penghantar ilmu yang

dahulunya didominasikan oleh bahasa Inggeris. Meskipun pada tahap

pengajian tinggi, khususnya yang melanjutkan pengajian di luar negara,

memperoleh ilmu dalam bahasa asing, kenyataan yang tidak dapat dinafikan

Page 6: CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS

[CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBA NGKITAN BAHASA INGGERIS] EED3200

[6]

ialah bahawa sehingga peringkat menengah atas sekurang-kurangnya iaitu

peringkat yang memberikan ilmu dan kemahiran asas kepada pelajar,

pendidikan disampaikan dalam bahasa kebangsaan.

Namun apabila ada tindakan berpatah kembali untuk menjadikan

bahasa lain sebagai wahana bidang-bidang utama kenegaraan itu, khususnya

melalui bidang pendidikan, maka martabat bahasa Melayu sudah mula

tergugat. Pengurangan fungsi dan peminggiran bahasa Melayu dalam bidang-

bidang yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa

Kebangsaan, Akta Pendidikan dan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka secara

langsung akan menjejaskan martabat bahasa Melayu sebagai salah satu

tunggak pembinaan Negara.

Walau bagaimanapun dengan tentangan-tentangan semasa, bahasa

Melayu mengalami kemerosotan dalam beberapa aspek iaitu kemerosotan

dalam aspek taraf bermaksud penyempitan penggunaan bahasa Melayu

dalam bidang-bidang yang telah ditetapkan penggunaannya oleh undang-

undang iaitu Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152, Akta Bahasa

Kebangsaan, Akta Pendidikan dan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sebagai contoh, penggunaan bahasa Melayu dalam bidang pentadbiran,

undang-undang, penyiaran dan pendidikan mutakhir ini ternyata bukan

semakin meluas tetapi kian mengecil. Apabila subjek-subjek yang

berteraskan Sains dan Matematik diputuskan diajarkan dalam bahasa

Inggeris ( sehingga unjurannya menunjukkan bahawa penggunaan bahasa

Inggeris sehingga akan mencapai 80% dalam sistem pendidikan negara),

misalnya pasti tidak dapat memenuhi aspirasi menjadikan bahasa Melayu

sebagai bahasa penghantar utama sistem pendidikan.

Kemerosotan dalam aspek mutu bahasa pula berkaitan dengan kurang

pekanya sebilangan anggota masyarakat terhadap bentuk bahasa Melayu

yang baku dan ragam bahasa Melayu rasmi, khususnya dalam konteks

bidang yang rasmi seperti pentadbiran, penyiaran dan pendidikan.

Percampuran ragam bahasa basahan ( yang ditandai oleh fenomena bahasa

rojak atau isltilah linguistiknya peralihan kod, bahasa sms, bahasa sembang

Page 7: CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS

[CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBA NGKITAN BAHASA INGGERIS] EED3200

[7]

di internet dan sebagainya ) dengan bahasa yang baku dalam situasi rasmi

menjadikan bahasa Melayu kehilangan darjat dan citra sebagai bahasa

budaya tinggi. Demikian juga, semakin tidak nyata semangat cinta dan

hormat kepada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan asas jati diri

negara apabila kian banyak terjadi fenomena penamaan tempat, bangunan

dan jalan, termasuk di kawasan yang menjadi pusat pentadbiran negara,

yang mengutamakan nama berdasarkan bahasa asing ( misalnya precint,

parcel dan boulevard ).

Senario kini tentang kedudukan bahasa Melayu menunjukkan kian

kurang terbudayanya bahasa Melayu dalam kalangan sejumlah anggota

masyarakat, khususnya dalam konteks yang fungsional, iaitu yang berkaitan

dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa

rasmi dan bahasa ilmu. Senario itu tergambar pada beberapa perkara berikut

:

Penghayatan penjawat awam yang kurang memuaskan dalam

pelaksanaan peruntukan Perkara 152 tentang peranan bahasa Melayu

sebagai bahasa rasmi sehingga masih banyak urusan rasmi seperti

mesyuarat, pekeliling, majlis rasmi dan sebagainya yang masih tidak

mengutamakan bahasa Melayu seperti yang ditafsirkan sebagai bahasa

rasmi dalam Perlembagaan.

Tidak tegasnya dan tidak selarasnya penguatkuasaan bahasa dalam

sektor tertentu seperti penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan di tempat awam ( melibatkan pihak berkuasa tempatan ),

penyiaran ( melibatkan Kementerian Penerangan dan Suruhanjaya

Komunikasi dan Multimedia ).

Pengurangan peranan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan sebagai

kesan pelaksanaan beberapa keputusan, seperti pengajaran subjek-

subjek berasaskan sains dan matematik dalam bahasa Inggeris di

sekolah, peningkatan dan peluasan bahasa Inggeris sebagai bahasa

penghantar kursus di IPTA dan juga pengecualian pengajaran di IPTS

Page 8: CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS

[CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBA NGKITAN BAHASA INGGERIS] EED3200

[8]

dalam bahasa asing serta pengecualian pengajaran bahasa Melayu

sebagai subjek wajib.

Globalisasi yang sebahagian besarnya melalui perantaraan bahasa asing,

khususnya bahasa Inggeris, sehingga timbul keghairahan yang kadang

kala berlebihan dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat ( pemimpin,

profesional dan orang awam ) untuk mengutamakan penguasaan bahasa

Inggeris dan mengurangkan perhatian kepada penggunaan bahasa

Melayu.

Budaya berbahasa Melayu dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat

Malaysia, termasuk dalam kalangan orang Melayu sendiri tidak cukup

mantap kerana adanya anggapan bahawa bahasa Melayu tidak

berkolerasi dengan taraf sosial dan pendidikan serta tidak mempunyai nilai

ekonomi yang tinggi, sementara bahasa Inggeris dianggap menjadi kayu

ukur taraf sosial dan pendidikan serta menjanjikan pulangan ekonomi,

misalnya dalam hal peluang pekerjaan. Jika bahasa Melayu digunakan

pula, masih besar jumlah anggota masyarakat, termasuk golongan yang

berpengaruh yang menggunakannya pada tahap mutu bahasa yang tidak

begitu mencerminkan budaya tinggi.

Kenyataan yang merendahkan taraf dan relevannya bahasa Melayu turut

mengurangkan perhatian dan keyakinan sebilangan anggota masyarakat

kepada bahasa Melayu. Sebagai contoh, dalam pada DBP mengusahakan

penglibatan sektor swasta menggunakan bahasa kebangsaan pada papan

perniagaan dan iklan mereka, Menteri Perumahan dan Kerajaan

Tempatan ( menurut laporan The Star pada 1 Januari 2004 ) membuat

kenyataan bahawa penggunaan bahasa kebangsaan tidak akan

diwajibkan lagi pada papan perniagaan dan iklan. Seorang menteri kanan

pula, melalui media juga, mengajak masyarakat mengabaikan pejuang

bahasa yang didakwanya berfikiran sempit, lalu menyeru agar digiatkan

usaha meluaskan penggunaan bahasa Inggeris untuk mencapai

kemajuan, dan dengan tidak segan-silu atau berasa hormat kepada salah

Page 9: CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS

[CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBA NGKITAN BAHASA INGGERIS] EED3200

[9]

satu asas kenegaraan, iaitu bahasa kebangsaan, mengisytiharkan

bahawa urusan di kementeriannya kebanyakannya dilaksanakan dengan

menggunakan bahasa Inggeris.

3.0. CABARAN DAN MASA HADAPAN BAHASA MELAYU ABAD KE 21

Cabaran ialah sesuatu iaitu unsur atau faktor yang mencabar, menguji

kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi ( Kamus

Dewan Edisi ke-4, 2005 ). Oleh itu cabaran bahasa Melayu dalam abad

ke-21 bermaksud mencabar kemampuan bahasa Melayu dalam menuju

abad ke-21 atau dipanggil era globalisasi. Jadi, abad ke-21 atau lebih

dikenai sebagai era globalisasi merupakan satu zaman yang penuh

dengan cabaran terutama kedudukan bahasa Melayu di negara ini.

Permulaan abad ke-20 merupakan era penjajah Barat ke atas Kepulauan-

kepulauan Melayu iaitu Inggeris bagi Semenanjung Tanah Melayu dan

Utara Borneo, Belanda bagi Kepulauan Sumatera,Jawa, Selatan Borneo,

Sulawesi, Maluku, Madura dan Bali dan Sepanyol bagi Kepulauan Filipina

( Prof. Dr. Hashim Haji Musa, 2009 ). Keadaan yang sedemikian telah

meyebabkan bahasa Melayu telah menghadapi cabaran iaitu bermulanya

kemerosotan kedudukan bahasa Melayu sebagai lingua franca di rantau

ini. Dalam konteks ini, pihak penjajah telah memaksa menggunakan

bahasa mereka sebagai bahasa rasmi dan bahasa penghantar pendidikan

terhadap jajahan takluk mereka. Setelah sekian lama, kemerdekaan

tercapai barulah bahasa Melayu telah dikembalikan statusnya sebagai

bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan lingua franca di rantau ini. Pada

masa ini juga bahasa Melayu menghadapi cabaran yang sengit

terutamanya dalam abad ke-21. Pada dasarnya bahasa Melayu telah

menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan seperti yang termaktub

dalam Perlembagaan Negara iaitu Perkara 152 yang menyatakan bahawa

Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu. Jadi, pada abad ke-21,

bahasa Melayu yang diperkasakan dan dimartabatkan di negara ini

terpaksa menghadapi saingan dengan penggunaan bahasa Inggeris yang

merupakan bahasa global. Persaingan yang paling hebat dan mencabar

Page 10: CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS

[CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBA NGKITAN BAHASA INGGERIS] EED3200

[10]

kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini ialah

pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Menurut Prof. Dato’ Awang Had Salleh, dalam Laporan Jawatankuasa

Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia menegaskan bahawa bahasa

Melayu ialah bahasa ibunda kepada orang-orang keturunan Melayu. Jadi,

Perkara 152 Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan bahawa

bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Kebangsaan ini

hendaklah digunakan di dalam urusan rasmi dalam semua bidang.

Walaupun terdapat pelbagai halangan, penggunaan Bahasa Kebangsaan

tetap berjalan lancar. Untuk memenuhi kehendak tersebut, pada peringkat

awal, Bahasa Kebangsaan telah diperkenalkan sebagai satu mata

pelajaran di sekolah rendah atau menengah, khususnya sekolah yang

bahasa pengantarnya bukan bahasa Melayu. Pada peringkat yang

terkemudian, apabila kedudukan Bahasa kebangsaan ini sudah cukup

matang dan stabil, barulah wujud pula keperluan untuk memperkukuhkan

perpaduan rakyat dan memupuk keperibadian Malaysia, maka istilah

Bahasa Malaysia telah digunakan.

Gelombang arus globalisasi tidak boleh dipisahkan dengan pengaruh

bahasa Inggeris itu sendiri. Fenomena ini memperlihatkan berlakunya

imperialisme bahasa. Yang dimaksudkan dengan imperialisme bahasa

ialah dasar meluaskan kuasa dan pengaruh negara ke dunia melalui

diplomasi dan kekuatan tentera, terutama sekali dengan mendapatkan

tanah jajahan ( Oxford Fajar Advanced Learner’s English-Malay, 2000).

Definisi imperialisme yang dimaksudkan ini harus diperluaskan lagi. Kini

bahasa juga boleh dianggap sebagai satu bentuk imperialisme.

Penggunaan bahasa dalam teknologi komunikasi kebanyakannya

menggunakan bahasa Inggeris. Kesan daripada penguasaan bahasa

Inggeris dalam teknologi komunikasi bukan sahaja akan menggugat

kedudukan bahasa Melayu malah budaya Melayu itu sendiri. Jelasnya

imperialisme bahasa yang didokong oleh laungan globalisasi menjadi satu

faktor penyebab kepada kemerosotan nilai bahasa Melayu.

Page 11: CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS

[CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBA NGKITAN BAHASA INGGERIS] EED3200

[11]

3.1 CABARAN BAHASA MELAYU DALAM BIDANG POLITIK

Syed Husin Ali ( 1996; 164-171 ) pernah mengulas kenapa berlakunya

fenomena peminggiran bahasa Melayu ini. Antara faktor yang ditekankan

adalah faktor politik seperti berikut :

Cita-cita untuk mencapai kemajuan melalui pemodenan. Ini menyebabkan

mereka menekankan perkembangan ekonomi serta kemajuan industri dan

menggalakkan sikap ’go global’ lebih daripada yang lain yang mempunyai

implikasi juga terhadap bahasa.

Golongan korporat peringkat tinggi dan pertengahan mempunyai

pengaruh yang besar dalam politik di peringkat pusat dan negeri.

Sekarang ini bukan guru-guru Melayu, tetapi golongan korporat inilah yang

berpengaruh dalam politik. Sikap mereka terhadap bahasa Inggeris

memang serius.

Akibat pengaruh globalisasi yang dominan sekarang, para pemimpin

politik lebih terpengaruh dengan dasar liberal. Mereka melihat bahawa

dasar ekonomi, budaya serta bahasa yang liberal adalah popular dan

dapat memperluas pengaruh politik mereka.

Dengan beralasan arus global ini, pihak berkuasa telah mengubah dasar

pendidikan dengan mengarahkan Sains dan Matematik diajar dalam bahasa

Inggeris. Alasannya agar rakyat Malaysia tidak terpinggir dengan kemajuan

pesat teknologi moden dewasa ini.

Payung terbesar dari segi perundangan ialah peruntukan yang terdapat di

dalam perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang mengkanun

kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi Persekutuan

Malaysia. Peruntukan ini menegaskan bahasa Melayu digunakan di semua

peringkat rasmi, khasnya di dalam pemerintahan dan pentadbiran bagi semua

negeri di dalam Persekutuan. Ini juga meliputi seluruh saluran komunikasi

serta penyiaran rasmi kerajaan, sama ada radio, televisyen dan apa jua

rangkaian yang sehubungan dengannya. Oleh kerana itu, setiap penyiaran

dan pengumuman rasmi oleh semua peringkat kepimpinan eksekutif dan

birokrasi mestilah di dalam bahasa Melayu.

Page 12: CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS

[CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBA NGKITAN BAHASA INGGERIS] EED3200

[12]

Sehubungan dengan peruntukan Perkara 152, terdapat juga Akta 32,

Akta Bahasa Kebangsaan 1963, yang disemak dalam 1971 kemudian dikenali

Akta A554, Akta Bahasa Kebangsaan ( Pindaan dan Perluasan 1983 ), yang

mengandungi undang-undang terpinda sebagaimana berkuat-kuasa pada 15

Julai 1983. Akta ini menegaskan bahasa kebangsaan digunakan bagi maksud

rasmi. Akta ini di dalam Perkara 9, memperuntukan tulisan bahasa

kebangsaan adalah tulisan rumi, tetapi tidak melarang penggunaan tulisan

Jawi. Melalui pindaan dan perluasan 1983, segala prosiding dalam

Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Tinggi atau mana Mahkamah Rendah

hendaklah dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris.

Di awal Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550 ) telah dicatatkan bahawa

dasar pendidikan kebangsaan memperuntukan bahasa kebangsaan sebagai

bahasa pengantar utama. Akta yang sama di dalam Perkara 17 menegaskan

bahawa bahasa kebangsaan sebagai bahasa-bahasa pengantar utama di

semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan kecuali

sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah Seksyen 18 atau mana-

mana institusi pendidikan yang dikecualikan oleh menteri daripada

subseksyen ini.

Sementara itu, bidang pengajian tinggi awam juga tidak boleh

bercanggah dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu,

setelah 52 tahun Malaysia merdeka dan 32 tahun pelaksanaan sepenuhnya

dasar bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan, bahasa Melayu

telah menghadapi cabaran yang tidak diduga apabila Akta Pendidikan 1996

dan Akta IPTS 1996 diluluskan, maka semua IPTS dibenarkan menggunakan

bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Keadaan belum reda, satu

cabaran telah muncul iaitu pada tahun 2003, penggunaan bahasa Inggeris

bagi semua matematik dan sains dalam semua peringkat. Namun, pejuang-

pejuang bahasa bersatu tenaga untuk memastikan bahasa Melayu mendapat

tempat di negara ini seperti termaktub dalam Perlembagaan negara, perkara

152. Akhirnya, tahun 2012 penggunaan bahasa Inggeris dalam sains dan

matematik dihapuskan.

Page 13: CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS

[CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBA NGKITAN BAHASA INGGERIS] EED3200

[13]

Munculnya abad ke-21, telah menjadikan bahasa Melayu semakin

mendapat persaingan sengit atau cabaran daripada bahasa Inggeris. Pada

tahun 2010, Tan Sri Muhyidin Yasin, Timbalan Perdana Menteri telah

mengumumkan bahawa pada tahun 2012, mata pelajaran Sains dan

Matematik akan diajar dalam bahasa Melayu. Langkah ini, telah menjadikan

bahasa Melayu kembali dominan dan diperkasa.

Kejayaan sesuatu bangsa bukanlah berdasarkan bahasa Inggeris,

tetapi kefahaman sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa ibunda.

Justeru, ada yang menganggap bahawa orang Melayu atau negara ini tidak

akan maju jikalau orang Melayu tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai

bahasa ilmu dan bahasa kemajuan. Perlu diingati, negara Jepun, Korea

Selatan dan banyak negara lain masih menggunakan bahasa ibunda dalam

semua bidang. Pemerkasaan bahasa ibunda mereka telah menjadikan

negara mereka maju malah lebih maju daripada negara barat. Selain itu,

masyarakat sudah mula menunjukkan pentingnya peneguhan dan penegasan

bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan.

Maksudnya, masyarakat sudah sedar betapa pentingnya bahasa Melayu dan

kini wujudnya generasi yang mahu mempelajari dan mahir menggunakan

bahasa Melayu. Menurut Dr. Nik Safiah Karim ( 1993 ), Dasar Bahasa

Kebangsaan di Malaysia telah berjaya, terutamanya jika dilihat dari perspektif

penggunaannya dalam jentera pentadbiran, dalam sistem pendidikan dan

dalam beberapa domain utama kehidupan sehari-hari masyarakat Malaysia.

Kita boleh berbangga dengan kejayaan tersebut. Namun cabaran yang lain

timbul pula, iaitu dalam bentuk penggemblengan usaha daripada pelbagai

pihak yang masih diperlukan untuk melestarikan ( mengekalkan atau

menetapkan ) sekali gus mempertingkatkan mutu bahasa yang digunakan.

Dalam kata lain, semua pihak perlu bekerjasama untuk memastikan bahasa

Melayu terus diperkasakan agar cabaran abad ke-21 tidak meminggirkan

bahasa Melayu sama ada dalam sistem pendidikan atau pentadbiran.

Page 14: CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS

[CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBA NGKITAN BAHASA INGGERIS] EED3200

[14]

3.2 CABARAN BAHASA MELAYU DALAM KEMAJUAN TEKNOLOGI

MAKLUMAT (ICT).

Pada masa ini bidang teknologi maklumat amat penting. Jadi, Malaysia

telah mendapat impak yang besar terutama dari segi penggunaan bahasa

teknologi maklumat. Bahasa teknologi maklumat yang paling dominan di

dunia ialah bahasa Inggeris. Keadaan ini sudah tentu memberi kesan kepada

penggunaan bahasa Melayu dalam teknologi maklumat. Oleh itu, kita

seharusnya mempelajari bahasa teknologi maklumat supaya perbendaharaan

kata berkenaan teknologi maklumat dalam bahasa Melayu diperkaya. Jadi,

bahasa Inggeris tetap dipelajari kerana ilmunya. Kita harus berfikiran positif

dan memandang ke hadapan. Semua negara mempelajari bahasa Inggeris

sebagai bahasa kedua selain bahasa ibunda. Negara Korea Selatan dan

Jepun merupakan sebuah negara yang maju dalam bidang sains dan

teknologi, namun mereka tetap mempertahankan bahasa ibunda dan bahasa

Inggeris tetap dipelajari. Menurut Kamal Shukri Abdullah Sani ( 2007;50 )

bahawa Jepun tidak berganjak daripada menggunakan bahasanya dari

peringkat tadika sehingga ke peringkat pengajian tinggi dalam semua bidang

mata pelajaran. Bahasa Inggeris hanya dipelajari mulai di peringkat

menengah dan bukan di peringkat rendah. Peluang mempelajari bahasa lain

seperti Jerman, Sepanyol, Portugi, Rusia, Mandarin dan lain-lain turut

disediakan sama ada di institusi pendidikan, rancangan televisyen dan lain-

lain. Walau bagaimanapun bahasa Jepun tetap diutamakan dan dijunjung

tinggi martabat dan maruahnya.

Teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ) adalah diasaskan oleh

perkembangan dan kemajuan yang pesat dalam bidang mikroelektronik

sehingga menghasilkan pelbagai kemudahan teknologi maklumat seperti

komputer peribadi, telekomunikasi media dan sebagainya. Seterusnya,

kemunculan internet telah meluaskan penggunaan ICT dengan jaringan

informasi bersepadu sehingga membolehkan diaplikasikan sebagai media

komunikasi yang melibatkan teks, bunyi, grafik dan video. Permasalahan ini

secara langsung mempengaruhi dan mencabar kewibawaan dan kedudukan

bahasa Melayu di rantau Nusantara ini. Lebih-lebih lagi negara Malaysia yang

menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di negara ini. Negara

Page 15: CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS

[CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBA NGKITAN BAHASA INGGERIS] EED3200

[15]

Jepun maju dalam teknologi maklumat namun bahasa ibunda tetap terjaga

dan terpelihara. Oleh yang demikian, penekanan terhadap ICT pada era

globalisasi dan liberalisasi bermakna penggunaan bahasa Inggeris menjadi

semakin penting dan tidak dapat dielakkan oleh masyarakat dunia. Era ICT

telah menunjukkan bahasa Inggeris mengiringi kelahiran pertama internet

dunia di Amerika Syarikat dan seterusnya diikuti dengan pengeluar perisian

dan perkakasan komputer seperti Microsoft, Dell, Hewlett-Pachard yang

semuanya diasaskan oleh mereka yang berbahasa tinggi.

Oleh itu, masyarakat perlu memperlihatkan sikap terbuka dan

kesediaan untuk menghadapi cabaran perkembangan yang pesat dalam ICT

dengan pengaruh bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris. Usaha supaya

bahasa Melayu diterima dalam era siber hanya akan terlaksana jika

masyarakat mempelajari pengalaman dan kejayaan yang telah dicapai oleh

bahasa Inggeris. Dengan cara dan langkah ini kita percaya perkembangan

bahasa Melayu dan terus bersemarak seandainya kita bersikap terbuka.

Dengan adanya ilmu sains dan teknologi maklumat dalam bahasa Inggeris,

kita boleh menterjemahkan ke dalam bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu.

Secara langsung bahasa Melayu dalam sains dan teknologi maklumat akan

terus meningkat dan berkembang. Mengikut pendapat Prof. Dr. Hashim Hj.

Musa dalam buku Sosiolinguistik Lanjutan. ( 2009;61 ) bahawa bahasa

penguasaan ilmu sains dan teknologi yang tinggi, kemahiran dan kepakaran

secara meluas dalam kalangan rakyat merupakan faktor utama dalam

pembangunan sumber Daya Tenaga Manusia sesebuah negara secara

menyeluruh, yang menjadi faktor utama pula kepada pembangunan dan

kemajuan negara itu. Penyampaian dan pemahaman ilmu pengetahuan

sains, teknologi dan kepakaran serta kemahiran dengan cara yang paling

berkesan adalah dengan perantaraan bahasa kebangsaan rakyat itu sendiri.

Oleh itu, walaupun cabaran dalam teknologi maklumat begitu hebat,

bahasa Melayu perlu seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. Hal

ini disebabkan pelbagai maklumat yang terkandung dalam pelbagai jenis

teknologi maklumat yang sedia ada harus terdapat dalam bahasa Melayu,

benar-benar sesuai dengan hasrat untuk menyejagatkan bahasa Melayu dan

teknologi maklumat itu sendiri merupakan saluran yang cukup penting,

Page 16: CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS

[CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBA NGKITAN BAHASA INGGERIS] EED3200

[16]

canggih, pantas serta cekap. Oleh itu, bahasa Melayu bukannya perlu

bersaing dengan teknologi maklumat, sebaliknya ia patut bersepadu dengan

jayanya. Dengan cara ini bahasa Melayu mampu mengaplikasikan sumber

ilmu itu untuk menjanakan maklumat pelbagai bidang dalam dunia serba

teknikal ini. Untuk melaksanakannya lebih banyak buku dan pengarang

diperlukan untuk menghasilkan lebih banyak bahan bacaan dan rujukan

dalam bidang Informasi Teknologi (IT). Sehubungan itu, portal www.

malaycivilization.com yang dibina khas di ATMA itu cumalah satu tapak kecil

dalam langkah besar kita untuk menyebarkan bahan berbahasa Melayu di

ruang siber. Pendek kata, pintu untuk memperkembangkan bahasa Melayu

sudah bertambah baik dan semakin menjadi lebih menarik.

3.3 CABARAN BAHASA MELAYU DALAM MEDIA.

Pada abad ke-21 terdapat beberapa gejala yang amat

membimbangkan berkaitan penggunaan bahasa Melayu. Pengaruh media

elektronik telah merosakkan penggunaan bahasa Melayu dari segi pertuturan

ayat, istilah, bahasa rojak dan sebagainya. Tidak dinafikan keaslian bahasa

ibunda tercemar akibat kemasukan dan percampuran istilah yang diguna

pakai oleh masyarakat di negara kita termasuk orang Melayu ketika bertutur

sesama rakan. Menurut sejarah, bahasa rojak sudah mula dapat dikesan

ketika Zaman Parameswara lagi iaitu pada Zaman Kesultanan Melayu

Melaka. Di Melaka ketika itu terdapat 84 bahasa yang digunakan oleh

penduduk tempatan maka tidak hairan bahasa rojak dijadikan bahasa

perantara untuk berurusan dalam pelbagai hal. Kerosakan penggunaan

bahasa Melayu yang paling teruk berlaku ialah golongan remaja. Pada abad

ke-21 sudah menjadi satu trend atau ikutan kepada golongan remaja dalam

penggunaan bahasa Melayu. Selain itu, kebanyakan pengacara majlis atau

program di televisyen dan radio dalam pengendalian sesuatu program, sudah

menjadi kewajiban untuk mencampuradukkan bahasa mereka. Dalam

mengendalikan sesuatu program atau rancangan pengacara pada peringkat

awal menggunakan bahasa Melayu tetapi sebaliknya berlaku dalam

pertengahan program hingga akhir, kemudian pengacara mencampuradukkan

penyampaian bahasa Melayu dan bahasa Inggeris walaupun programnya

lebih kepada berbahasa Melayu dan penonton majoritinya berbahasa Melayu.

Page 17: CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS

[CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBA NGKITAN BAHASA INGGERIS] EED3200

[17]

Memang tidak dinafikan bahawa rakyat di negara kita mahir dalam dua

bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris maka terdapat pelbagai

bentuk dan cara dalam pertuturan mereka. Menurut Nik Safiah Karim ( 2004 ),

ada kalanya dua bahasa ini berselang-seli iaitu satu ayat dalam satu bahasa

diikuti oleh ayat dalam bahasa kedua. Contohnya ialah ” Saya mengambil

keputusan untuk pergi, then I thought I should consult my father.” Keadaan ini

sudah menjadi kebiasaan mana-mana rancangan atau program televisyen

pada abad ke-21. Sekiranya permasalahan ini tidak dibendung, sudah tentu

memberi cabaran yang besar kepada kedudukan bahasa Melayu di negara

ini.

Manakala golongan remaja pula, penggunaan bahasa Melayu mereka

amat membimbangkan dan boleh merosakkan nilai bahasa Melayu. Hal ini

disebabkan kecanggihan teknologi maklumat pada abad ke-21 iaitu

penggunaan telefon bimbit. Untuk menghantar sms kepada rakan-rakan

mereka menggunakan bahasa rojak dan berlakunya kerancuan bahasa.

Menurut Prof. Dr. Hashim Hj. Musa kerancuan bahasa ialah penggunaan

bahasa yang tidak mengikut peraturannya sama ada dari segi sintaksis,

morfologi, kosa kata, istilah dan sebagainya yang menyebabkan kekacauan

dan ketidaktekalan dari segi pembentukan ayat, klausa, frasa, ejaan, sebutan,

kosa kata dan istilah. Di sini terdapat beberapa perkataan yang sering

disalahgunakan semasa menghantar sms. Misalnya perkataan-perkataan

seperti kang ( nanti ), a’kum ( assalamualaikum ), w’lam

( waalaikumussalam), dowang ( mereka ), tipon ( telefon ). Pengubahsuaian

juga telah dibuat kepada kata gantinama seperti sayer ( saya ), dier ( dia )

dan nko ( engkau ). Begitu juga dengan kata tanya telah diubah suai seperti

biler ( bila ). Keracunan bahasa Melayu abad ke-21 merupakan satu cabaran

yang boleh merosakkan keteraturan, kehalusan dan keintelektualan bahasa

Melayu kerana menjejas sistem dan peraturannya yang menyebabkan

kecelaruan dan ketidaktekalannya. Hal ini akan merosakkan martabat dan

kewibawaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pendidikan

dan bahasa ilmu tinggi yang akhirnya akan menurunkan maruahnya dan

disisihkan oleh pengguna bahasanya.

Page 18: CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS

[CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBA NGKITAN BAHASA INGGERIS] EED3200

[18]

3.4 CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP SIKAP MASYARAKAT.

Dalam abad ke-21 sikap masyarakat atau penutur amat penting dalam

penggunaan bahasa Melayu. Sekiranya sikap penutur tiada kesungguhan

atau perasaan malu menebal kerana menggunakan bahasa Melayu, maka

sudah pasti bahasa Melayu akan terkubur pada suatu hari nanti. Oleh itu,

sikap masyarakat atau penutur merupakan cabaran yang sebenarnya bagi

bahasa Melayu. Jadi pada abad ke-21 telah memperlihatkan kelemahan

terhadap sikap penutur yang tidak mengambil berat terhadap bahasa

kebangsaan mereka. Hal ini disebabkan mereka sudah terdidik dalam bahasa

Inggeris dan lebih selesa bertutur dalam bahasa Inggeris. Akibatnya mereka

tidak mahu menggunakannya dan tidak kisah terhadap bahasa sendiri.

Peristilahan dan tutur kata tidak dilakukan kerana tidak mengikuti

perkembangan bahasa Melayu. Apabila disuruh memberi pendapat dan idea,

mereka lebih suka bertutur dalam bahasa Inggeris. Begitu juga apabila

seminar atau pembentangan di dalam dewan walaupun hanya seorang bukan

rakyat Malaysia, mereka lebih suka bertutur dalam bahasa Inggeris. Oleh itu,

permasalahan ini iaitu sikap penutur merupakan satu cabaran yang perlu

ditangani secara berhati-hati pada abad ke-21 supaya bahasa Melayu tidak

dipandang rendah oleh masyarakat sendiri. Nik Safiah Karim dalam buku

Sumbangsih, Kumpulan Esei Mengenang Jasa Asraf, memperkatakan

bahawa bahasa Melayu, cabaran yang sebenarnya terletak pada sikap yang

dipegang oleh penuturnya itu sendiri.

Hakikatnya dalam abad ke-21 memang membawa cabaran kepada

bahasa Melayu dari segi saingan dengan bahasa Inggeris tetapi diharap

senario ini tidak menjadi satu cabaran besar hingga menggugat kedudukan

bahasa Melayu. Kita seharusnya berasa bangga dengan bahasa Melayu

kerana kekal sehingga sekarang dan bangga terhadap bahasa kebangsaan

sebagai bahasa.

3.5 CABARAN BAHASA MELAYU DALAM PENDIDIKAN.

Dunia era globalisasi kini memperlihatkan perkembangan ilmu yang

begitu pantas. Kemajuan dalam teknologi maklumat memberi kesan secara

langsung dan tidak secara langsung dalam kehidupan dan sistem pendidikan.

Page 19: CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS

[CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBA NGKITAN BAHASA INGGERIS] EED3200

[19]

Perubahan demi perubahan berlaku membawa bersama isu dan cabaran

terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Pelbagai

cabaran yang dihadapi oleh para guru Bahasa Melayu dalam usaha

mengembangkan potensi berbahasa seiring dengan perkembangan dunia

semasa. Masyarakat bandar kini semakin mementingkan bahasa Inggeris

telah menyebabkan pembelajaran bahasa Melayu kini semakin tercabar.

Tugas guru yang sedia ada dalam memberikan pengajaran dan bimbingan

pengetahuan tentang bahasa Melayu serta tugas pentadbiran lain, kini

menggalas satu lagi peranan baharu bagi menanamkan keyakinan terhadap

bahasa kebangsaan ini. Justeru, guru perlu kreatif dan inovatif dalam mencari

dan mengubah suai pendekatan agar selari dengan keperluan pelajar. Dalam

masa yang sama guru perlu bijak dalam memupuk sikap cintakan bahasa

kebangsaan kepada pelajar yang telah dimomokkan dengan kepentingan

bahasa Inggeris agar tidak menimbulkan konflik lain.

Cabaran yang paling hebat dan mencabar kedudukan bahasa Melayu

sebagai bahasa rasmi negara ini ialah penerapan dasar baru ( meskipun

menyalahi akta Dasar Pelajaran Kebangsaan ) menyaksikan penggunaan

bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik pada tahun

2003. Penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran

Sains dan Matematik bukanlah jalan penyelesaian bagi memperbaiki

kelemahan atau meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar. Langkah

itu bukan sahaja tidak dapat membantu mengatasi masalah kelemahan

penguasaan bahasa Inggeris pelajar malah dikhuatiri akan menjejaskan

penguasaan pelajar dalam kedua-dua mata pelajaran itu. Dengan masalah

kurangnya guru yang berupaya mengajarkan mata-mata pelajaran tersebut

dalam bahasa Inggeris kerana mereka terlatih dalam bahasa kebangsaan

sewaktu megikuti kursus pendidikan dan pada waktu yang sama pelajar

sendiri menghadapi masalah memahami ilmu dalam bahasa Inggeris. Dalam

hubungan dengan nasib dan masa hadapan bahasa Melayu yang diberi

fungsi sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu,

pengurangan peranannya sebagai bahasa pengungkap ilmu dan

pengetahuan dengan sendirinya akan melemahkan kekuatan bahasa itu

kerana keutuhan suatu bahasa banyak bergantung pada ilmu dan pemikiran

Page 20: CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS

[CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBA NGKITAN BAHASA INGGERIS] EED3200

[20]

yang didukungnya. Apabila fungsi suatu bahasa terhad pada fungsi sosialnya

semata-mata iaitu untuk komunikasi biasa, bahasa itu menjadi pincang

kerana tidak memenuhi fungsinya sebagai bahasa wahana pelbagai bidang

ilmu, pemikiran, teknologi, ekonomi, undang-undang dan sebagainya. Sejarah

bahasa Melayu sejak berabad-abad lalu menunjukkan bahawa keutuhannya

bukan sahaja berasaskan peranannya sebagai lingua franca tetapi juga pada

fungsinya dalam pelbagai bidang.

Munculnya abad ke-21 telah menjadikan bahasa Melayu semakin

mendapat saingan sengit atau cabaran daripada bahasa Inggeris. Setelah 52

tahun Malaysia merdeka dan 32 tahun pelaksanaan sepenuhnya dasar

bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan, bahasa Melayu telah

menghadapi cabaran yang tidak diduga apabila Akta Pendidikan 1996 dan

Akta IPTS 1996 diluluskan, maka semua IPTS dibenarkan menggunakan

bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Menurut Prof. Dr. Awang Sariyan tokoh bahasa yang tidak asing lagi

dalam membicarakan kemelut Bahasa Melayu dalam satu wawancara

dengan Bernama ( Jun;2011 ), Akta Pendidikan 1996, institusi pengajian

tinggi swasta masih tetap tertakluk kepada penggunaan Bahasa Melayu

sebagai bahasa penghantar utama. Menurut beliau lagi Universiti

Kebangsaan Malaysia yang cukup jelas dasar bahasanya sehingga tesis

peringkat doktor falsafah pun kebanyakannya ditulis dalam Bahasa Melayu

sebagai bukti kemampuan Bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu tinggi.

Ketetapan mengajarkan tiga mata kuliah teras IPTS iaitu Bahasa Melayu,

Kenegaraan Malaysia dan Agama atau Moral tampaknya menjadi dokumen

tersurat sahaja kerana kebanyakan IPTS mengabaikan ketetapan itu kecuali

IPTS milik kerajaan seperti Universiti Multimedia, Universiti Tenaga Nasional

dan Universiti Petronas.

Berdasarkan perkara-perkara di atas boleh dikatakan kesan jangka

pendek dan panjang ini bukan sahaja menimbulkan masalah kepada pelajar,

guru dan institusi pengajian tinggi malah jangka panjangnya boleh memberi

kesan kepada dasar pendidikan zaman penjajah sebenarnya mengundang

Page 21: CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS

[CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBA NGKITAN BAHASA INGGERIS] EED3200

[21]

masalah jurang kaum yang pernah berlaku satu ketika dulu iaitu ’Pengalaman

13 Mei’.

4.0 KESIMPULAN.

Dari alaf ke alaf bahasa memainkan peranan yang penting dalam

pembentukan tamadun dan juga dalam hubungan politik, diplomatik dan

perniagaan antara negara dan kumpulan di dunia. Dalam konteks ini kita lihat

bahawa bahasa merupakan faktor yang penting dalam persaingan kuasa

antarabangsa pada peringkat negara dan komuniti atau kumpulan.

Penaklukan sesuatu bangsa terhadap bangsa lain turut melibatkan

penggunaan bahasa penakluk dalam komuniti yang ditakluknya, baik secara

penguatkuasaan undang-undang atau secara resapan sosial. Walau apa pun

juga caranya, kemasukan bahasa asing terutama Bahasa Inggeris yang

berkuasa itu menimbulkan keadaan persaingan antara bahasa. Keadaan

yang seperti inilah yang menimbulkan kesedaran kepada tanah-tanah jajahan

atau taklukan bahawa sebahagian daripada identiti mereka yakni yang

diwujudkan melalui bahasa mereka mulai terpendam. Dari itu timbullah

perjuangan menegakkan kembali bahasa sebagai satu ideologi kerana dalam

bahasa terdapat pemaujudan kuasa dan juga ideologi [ Fairclough 1989:12 ].

Persaingan bahasa paling hebat dalam sejarah bangsa manusia terdapat

dalam alaf kedua Masihi, khususnya abad ke-20 kerana pada abad inilah

munculnya perjuangan kebangsaan yang menyeluruh dengan terbentuknya

negara-negara yang merdeka dari kuasa penjajahan. Tetapi dalam abad

inilah juga terdapatnya kecenderungan negara-negara dunia untuk menjadi

sepakat dalam pemilihan bahasa antarabangsa iaitu bahasa Inggeris.

Sebagai warganegara Malaysia kita perlu mempunyai wawasan yang

sama untuk membina dan membangunkan negara yang bersatu padu, penuh

toleransi dan jelas citranya sebagai satu bangsa Malaysia. Semua orang tahu

bahawa kita boleh bersatu melalui satu bahasa kebangsaan dan bahasa

rasmi yakni bahasa negara sendiri kerana melaluinya hubungan budaya

komunikasi dan nilai dapat dikongsi bersama. Dalam batas-batas ketentuan

Perlembagaan Negara, kita sudah memilih satu Dasar Bahasa Negara. Kita

Page 22: CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS

[CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBA NGKITAN BAHASA INGGERIS] EED3200

[22]

perlu memahami kebebasan buat mana-mana kaum dan suku bangsa kita

menggunakan bahasa sendiri atau dialek dalam konteks tempatan atau

persendirian. Kita memiliki bahasa Negara dan bahasa rasmi yang satu.

Di samping itu, telah banyak langkah diambil untuk memartabatkan

dan memperkasa bahasa Melayu terbukti dengan ucapan Mantan Perdana

Menteri yang ke-5 iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika

merasmikan Seminar Persahabatan Malaysia-China di Beijing Foreign

Studies University ( BFSU ), China pada 29 Mei 2009. ( Sumber:Berita Harian

(14.06.2009 ) mengejutkan pihak tertentu di Negara ini kerana menyampaikan

ucapannya dalam bahasa Melayu sepenuhnya.

Pada abad ke-21 ini patut dijadikan abad untuk mengembalikan

kegemilangan bahasa Melayu seperti yang pernah dialami oleh bahasa itu

pada abad ke-15. Untuk memastikan bahasa Melayu kembali gemilang

sebagai bahasa dunia dan setanding dengan bahasa-bahasa utama yang

lain, beberapa tindakan yang positif dan sedang diambil, khususnya oleh

pihak Malaysia dengan kerjasama pelbagai pihak, ialah Dewan Bahasa dan

Pustaka. DBP yang ditubuhkan pada 1956, melalui Ordinan No. 25, 1959,

dikenali Akta 213, Akta 930, Akta DBP ( Pindaan dan Perluasan 1995 ). DBP

ditubuhkan dengan tujuan untuk membangun bahasa kebangsaan dan

kesusasteraan kebangsaan serta penerbitan di dalam bahasa kebangsaan.

Bukan sahaja DBP bertujuan memperjuangkan tujuan berkenaan, Lembaga

Pengelola DBP juga mempunyai tugas atau tujuan yang sama; seperti yang

dicatat di dalam perkara 5,

Untuk memperkembang, memperkayakan bahasa kebangsaan dalam

semua bidang termasuk sains dan teknologi

Untuk memperkembangkan bakat sastera khasnya dalam bahasa

kebangsaan

Untuk mencetak dan menerbit buku-buku, majalah-majalah, dalam bahasa

kebangsaan

Menstandardisasikan ejaan dan sebutan

Page 23: CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS

[CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBA NGKITAN BAHASA INGGERIS] EED3200

[23]

Membentuk istilah-istilah akademik yang sesuai dalam bahasa

kebangsaan

Di samping DBP, terdapat satu lagi agensi kerajaan yang

melaksanakan dasar kebangsaan iaitu Pihak Kerajaan Tempatan atau Pihak

Berkuasa Tempatan ( PBT ). Bidang kuasa PBT tertakluk kepada Akta 171,

Akta Kerajaan Tempatan 1976, yang mengandungi segala pindaan hingga

Januari 2006. Perlaksanaan Akta ini berhubung bahasa kebangsaan tidak

boleh bercanggah dengan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan

dan Akta Bahasa Kebangsaan. Perlaksanaan bahasa kebangsaan meliputi

nama jalan, bangunan dan tamah perumahan serta lain-lain premis dan

papan tanda iklan.

Sebelum itu, sebuah dana penyelidikan tamadun Melayu-China yang

diletakkan di bawah dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP ) telah dilancarkan

pada 24 Mei lalu di Kuala Lumpur. Selain BFSU , DBP juga telah menjalinkan

hubungan dengan institusi lain seperti Radio Antarabangsa China ( CRI ),

Universiti Peking dan Institut Penyiaran Beijing. Pusat Bahasa Melayu ( PBM

) juga telah dirasmikan pada 20 Jun 1997 di Beijing.

Di Malaysia pula, Pameran Bahasa, Sastera dan Budaya Malaysia-

China dan Seminar Karya Agung Melayu-China telah diadakan. Pameran dan

seminar tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri

Najib Tun Razak di DBP pada 20 Mei lalu. Sempena majlis itu, buku

Tamadun China dan Kamus Pelajar Bahasa Melayu-Bahasa Cina-Bahasa

Inggeris telah dilancarkan. Pameran Bahasa, Sastera dan Budaya Melaysia-

China diadakan pada 18-31 Mei lalu di Galeri Keris Mas, DBP.

Perkembangan yang menakjubkan ini menggambarkan bahawa bahasa

Melayu berupaya menjadi salah satu bahasa yang penting di dunia, apalagi

semakin ramai pelajar antarabangsa seperti Amerika Syarikat dan rantau

Oceania berminat mengikuti pengajian bahasa itu. Bahasa Melayu diajarkan

di universiti Perancis, Britain, Belanda dan Australia. Berdasarkan

perangkaan Jabatan Pendidikan Victoria State, Australia terdapat lebih

100,000 orang pelajar yang mengikuti pengajian bahasa Melayu.

Page 24: CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS

[CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBA NGKITAN BAHASA INGGERIS] EED3200

[24]

Bukan itu sahaja, malahan bahasa Melayu dituturkan oleh lebih

daripada 250 juta orang penutur, yang menjadikannya bahasa keempat

terbesar di dunia, selepas bahasa Inggeris, Cina dan Hindi. Bahasa Melayu

digunakan bukan sahaja di Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam,

bahkan di selatan Thailand, selatan Kemboja, selatan Filipina, Laos dan

Vietnam. Di Sri Lanka misalnya, kira-kira 60,000 penduduknya menggunakan

bahasa Melayu. Pengarah The English Company ( UK ) Ltd, David Graddol

meramalkan bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa yang peling pesat

berkembang, selain bahasa Mandarin, Inggeris, Hindi dan Arab menjelang

2050.

Di samping itu, Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu ( MABM ) yang

ditunjangi oleh DBP sejak empat tahun lalu turut dianggotai 30 buah negara

dari Eropah, Amerika Utara, Asia Timur dan Oceania. MABM menggerakkan

empat bidang utama iaitu penerbitan, kegiatan kebahasaan, pengajaran

bahasa serta anugerah dan pengiktirafan. MABM juga sedang

membangunkan sebuah gerbang web antarabangsa mengenai pengajian

Melayu yang dijangka siap setahun lagi. Semua negara anggota Majlis

Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia ( MABBIM ) dalam sidang ke-

43 baru-baru ini pula bersetuju mendesak kerajaan negara-negara ASEAN

menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ASEAN. Pada masa ini

kira-kira 80 peratus penduduk ASEAN boleh bertutur bahasa Melayu.

Sesungguhnya Malaysia dan warga antarabangsa berkongsi pendirian

dalam hal globalisasi dan orde baru dunia yang harus diperkukuh melalui

kerjasama erat dalam bidang kebudayaan dan kebahasaan. Sokongan dan

iltizam daripada kerajaan mampu menjayakan usaha tersebut sekali gus

mencapai wawasan DBP untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai salah

satu bahasa utama dunia menjelang tahun 2020.

Page 25: CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS

[CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBA NGKITAN BAHASA INGGERIS] EED3200

[25]

Page 26: CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS

[CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBA NGKITAN BAHASA INGGERIS] EED3200

[26]

BIBLIOGRAFI.

Abdul Rashid Molebek & Amat Juhari Moain. ( 2006 ). Sejarah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Awing Sariyan. ( Penyelenggara ). ( 2004 ). Sumbangsih, Kumpulan Esei

Mengenang Jasa Asraf. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awing Sariyan. ( Penyusun ). ( 2002 ). Prosiding Kongres Bahasa dan Persuratan

Melayu IV. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Had Salleh. ( 1981 ). Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan

Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Darwis Harahap. ( Penyelenggara ). ( 2004 ). Mutiara Budi. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Hj. Musa. ( 2009 ) : BBM 5203. Sosiolinguistik Lanjutan. Serdang :

Universiti Putra Malaysia. Kamal Shukri Abdullah Sani. ( 2007 ). Bahasa Melayu, Apa Sudah Jadi ?. Kuala

Lumpur : PTS Proffesional Publishing. Nik Safiah Karim. ( 2004 ). Bahasa Melayu Sedekad Lalu. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain. ( 1982 ). Pembinaan Bahasa Melayu

Perancangan Bahasa Di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Rosnah Haji Ahmad. ( 2001 ). Bahasa Melayu An Introduction To Malay

Language And Culture. Kuala Lumpur : Golden Book Centre.