cabaran bahasa melayu menongkah zaman.docx

23
Cabaran Bahasa Melayu Menongkah Zaman Apabila kita membincangkan perihal bahasa Melayu, hala tuju bahasa Melayu, masa depan bahasa Melayu, kita tidak terlepas daripada membincangkan soal cabaran bahasa Melayu terutamanya dalam mengharungi arus perubahan globalisasi. Walaupun perbincangan demi perbincangan, seminar demi seminar dilaksanakan nasib bahasa Melayu masih berada ditakuk yang sama. Adakah perbincangan dan perbahasan-perbahasan selama ini gagal mencapai kata sepakat atau hanya perbincangan mencukupkan waktu atau sasaran kerja yang perlu dilaksanakan. Kadang kala kita harus dan perlu berbangga dengan sejarah bahasa Melayu yang megah terukir dan tidak akan berubah untuk sekian lamanya. Walaupun sesetengah pihak mendakwa bahawa sejarah yang berlaku jangan dilihat kembali. Namun, bagi penulis sejarah yang tercipta perlu dibanggakan dan perlu dilihat semula kerana dengan sejarah kita mampu melihat kekuatan dan kelemahan yang kita ada. Manifestasi ini jugalah penulis sandarkan terhadap perkembangan bahasa Melayu ketika ini. Kita boleh melihat kekuatan bahasa Melayu yang mampu menjadi bahasa lingua franca di persisiran Selat Melaka sejak kurun pertama Masihi lagi. Malah, bahasa Melayu juga dipercayai menjadi bahasa rasmi kerajaan Srivijaya pada abad ke-7 hingga abad ke-13. Menurut Allahyarham Hassan Ahmad dalam pidatonya Cabaran Dunia Bahasa Melayu 1995 telah menyatakan bahawa 84 bahasa digunakan di pelabuhan Melaka dan bahasa

Upload: georcey-eceybenz-cocey-gr

Post on 15-Nov-2015

45 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Cabaran Bahasa Melayu Menongkah Zaman

Apabila kita membincangkan perihal bahasa Melayu, hala tuju bahasa Melayu, masa depan bahasa Melayu, kita tidak terlepas daripada membincangkan soal cabaran bahasa Melayu terutamanya dalam mengharungi arus perubahan globalisasi. Walaupun perbincangan demi perbincangan, seminar demi seminar dilaksanakan nasib bahasa Melayu masih berada ditakuk yang sama. Adakah perbincangan dan perbahasan-perbahasan selama ini gagal mencapai kata sepakat atau hanya perbincangan mencukupkan waktu atau sasaran kerja yang perlu dilaksanakan.Kadang kala kita harus dan perlu berbangga dengan sejarah bahasa Melayu yang megah terukir dan tidak akan berubah untuk sekian lamanya. Walaupun sesetengah pihak mendakwa bahawa sejarah yang berlaku jangan dilihat kembali. Namun, bagi penulis sejarah yang tercipta perlu dibanggakan dan perlu dilihat semula kerana dengan sejarah kita mampu melihat kekuatan dan kelemahan yang kita ada. Manifestasi ini jugalah penulis sandarkan terhadap perkembangan bahasa Melayu ketika ini. Kita boleh melihat kekuatan bahasa Melayu yang mampu menjadi bahasalingua francadi persisiran Selat Melaka sejak kurun pertama Masihi lagi.Malah, bahasa Melayu juga dipercayai menjadi bahasa rasmi kerajaan Srivijaya pada abad ke-7 hingga abad ke-13. Menurut Allahyarham Hassan Ahmad dalam pidatonya Cabaran Dunia Bahasa Melayu 1995 telah menyatakan bahawa 84 bahasa digunakan di pelabuhan Melaka dan bahasa Melayu menjadi bahasalingua franca. Seiring itu juga bahasa Melayu turut menjadi wahana penyebaran pelbagai ilmu pengetahuan dan falsafah dengan wujudnya pusat-pusat intelektual terkemuka sepertidi Pasai, Melaka, Acheh, Patani,Palembang, Banjar, Betam dan Riau. Namun, kehadiran penjajah yang silih berganti bermula Portugis yang menakluki Melaka, seterusnya Belanda sehingga British telah mematikan sama sekali perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi serta bahasa persuratan Melayu. Bermodalkan kuasa politik yang ada bahasa Inggeris secara sinis telah diguna pakai untuk menggantikan fungsi bahasa Melayu daripada segenap sudut. Hal ini dilakukan oleh penjajah British adalah disebabkan tidak mahu menggalakkan orang Melayu menuntut ilmu bukan sahaja di dalam bahasa Melayu malah di dalam bahasa Inggeris sekalipun. Hal ini disebabkan, British bimbang sekiranya orang Melayu terlalu pandai dalam segenap ilmu pengetahuan dikhuatiri orang Melayu akan bangkit memberontak dan menentang penjajah British, seterusnya menggugat potensi British menguasai ekonomi Tanah Melayu dengan lebih lama. Penulis yakin kegemilangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa persuratan Melayu pasti akan kembali memihak kepada bahasa Melayu.Walaupun bahasa Melayu ketika ini menerima hambatan begitu hebat dalam bentuk nasional dan supernasional. Kita sebagai pengguna, penutur, dan pencinta bahasa Melayu perlu bersiap siaga dan berusaha lebih gigih untuk meletakan bahasa Melayu mampu duduk sama rendah, dan berdiri sama tinggi dengan bahasa-bahasa terutama dunia lebih-lebih lagi bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa.Kita tidak menafikan bahawa globalisasi adalah salah satu fenomena dunia tanpa sempadan yang menghambat negara-negara di dunia dan Malaysia tidak terkecuali daripada menerima hambatan yang begitu hebat ini. Hal ini, menyebabkan bahasa Melayu tutur mengharungi satu cabaran getir dalam bentuk dimensi baru yang memerlukan perhatian semua pihak terutamanya golongan pejuang-pejuang dan aktivis-aktivisbahasa. Cabaran dimensi baru ini menurut pandangan penulis bukanlah mudah untuk ditangkis, jika strategi berkesan tidak dilakukan sewajarnya.Ditambahkan lagi, saban waktu kita sering dihujani dengan pelbagai persoalan yang dikira menguji tahap kesabaran kita sebagai pencinta bahasa Melayu. Mampukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu? Jika dilihat kepada kegusaran ini bukanlah sesuatu yang baru. Ketidakyakinan ini berlaku disebabkan serangan-serangan dan momokan-momokan yang mana melihat bahasa Inggeris adalah satu-satunya bahasa yang mampu membawa kemodenan dan kemajuan sesuatu bangsa dan negara. Hal ini sangat sukar untuk diyakini kerana kemajuan yang dicapai bukan terletak secara mutlak kepada bahasa sesuatu bangsa tetapi terlatak kepada tahap kesungguhan dan strategi yang berkesan. Apabila kita melihat negara-negara yang sudah sememangnya maju dari segi sains dan teknologi seperti Jepun, Korea, dan Perancis. Mereka membangun dengan pesat berdasarkan keupayaan bahasa mereka sendiri sebagai bahasa ilmu. Malah negara-negara berkenaan tetap mempertahankan bahasa ibunda mereka dan menjadikan bahasa berkenaan sebagai bahasa wahana ilmu pengetahuan dan bahasa sains teknologi. Hal ini berlain pula apabila di Malaysia, yang mana ramai dalam kalangan kita tidak yakin dengan keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa sains teknologi.Menurut, Asiah Idris dalam makalahnya Bahasa Melayu sebagai Bahasa ilmu Pelita Bahasa 1995, petikan syarahan Prof.Dr.Abdul Hamid Mahmood menyatakan bahasa Inggeris bukanlah faktor yang menentukan sama ada sesebuah negara akan menjadi maju atau rakyatnya akan menjadi kaya. Yang menjadi faktor penentu dalam hal ini bukanlah bahasa tetapi orang yang menggunakan bahasa itu. Malah, beliau menambah lagi yang penting jika kita benar-benar mahu menjadikan bahas Melayu sebagai bahasa ilmu, kita perlu mengubah sikap negatif dan keraguan kita terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu termasuklahdalam bidang sains dan teknologi. Ternyata daripada pandangan yang diberikan oleh beliau mengenai keraguan segelintir pihak yang tidak yakin dengan keupayaanbahasa Melayu sebagai bahasa ilmu adalah sesuatu masalah besar kepada perkembangan bahasa Melayu ketika ini. Ramai melihat potensi bahasa Melayu sebagai bahasa peneraju dunia keilmuan, bahasa sains teknologi adalah masih lagi jauh. Menurut Hassan Ahmad masalah kita sebenarnya bukan cabaran bahasa Inggeris tetapi masalah orang kita yang tidak mengetahui ketidakupayaan kita setelah sekian lama kita merdeka untuk memajukan bangsa dengan menggunakan bahasa sendiri sebagai alatnya yang utama.Hal ini terbukti apabila, bahasa pengantar di institusi-institusi pengajian tinggi beransur-ansur ditukar daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Adakah kita perlu menyalahkan bahasa Inggeris yang membawa bencana kepada bahasa Melayu. Penulis melihat kita tidak perlu menyalahkan bahasa asing tersebut seperti yang dinyatakan oleh Hassan Ahmad kerana bahasa itutidak harus dipersalahkan, namun diri kita sendiri yang perlu dipersalahkan kerana mengangkat bahasa itu lebih tinggi sehingga bahasa Melayu tenggelam daripada kedudukan sebenarnya. Tindakan institusi-institusi pengajian tinggi yang meminggirkan bahasa Melayu secara tidak langsung telah menyekat kemajuan dan perkembangan bahasa Melayu itu sendiri. Bagaimana mungkin istilah-istilah yang sedia ada dapat digunakan secara meluas jika buku tidak ditulis di dalam bahasa Melayu dan penerbitan buku bahasa Melayu kian mengecil di sebab semua ilmu tersebut telah diajar di dalam bahasa Inggeris.

Kemuncak kepada keraguan bahasa Melayu ini direalisasikan dengan terlaksananya sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).Pelaksanaan dasar ini yang mula dilaksanakan pada 2003 adalah sesuatu peristiwa yang cukup mengguris hati-hati para pejuang bahasa. Pelaksanaan PPSMI adalahoutputdaripada polemik-polemik yang sekian lama membelenggu yang mana perasaan ketidakyakinan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa keilmuan dan bahasa sains teknologi tercerna melalui pelaksanaan PPSMI. Namun, pandangan ini lantasdisanggah oleh Prof. Dr James T. Collins dengan memberi penegasan bahawa kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang telah digunakan berpuluh tahun di Malaysia dan juga Indonesia tidak perlu dipersoalkan lagi. Malah beliau menambah, sejak 140 tahun bahasa Melayu sudah digunakan sebagai bahasa ilmu bukan sahaja orang Melayu malah orang asing. Jangan menganggap bahasa Inggeris itu sebagai mantera atau azimat yang dapat melindungi kejayaan yang telah dicapai selama ini, tetapi kemajuan itu lebih bergantung pada azam dan kesungguhan. Bagi menyatakan bahawa bahasa Melayu mampu atau tidakmampu bersaing dengan bahasa-bahasa lain dari sudut keilmuan penulis nyatakan bahawa bahasa Melayu lebih cukup mampu dan hebat untuk bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Ha ini terbukti dengan kelahiran beberapa tokoh ilmuwan seperti Syeikh Nuruddin al-Raniri, Hamzah Fansuri, Samsudin ai-Sumatrani, Tun Sri Lanang dan Raja Ali Haji, yang mana kesemua hasil karya mereka di jana melalui bahasa Melayu. Sekiranya Sejarah Melayu kitab yang tulisan oleh Tun Sri Lanang lahir di England dalam bahasa Inggeris, saya kira ia akan menjadi karya terkenal seluruh dunia (Hassan Ahmad, 1995).Dalam usaha kita untuk memperkasa bahasa Melayu sebagai ilmu pengetahuan, kita tidak menafikan bahawa cabaran bahasa Melayu pada masa kini tidak terhenti setakat di situ sahaja tetapi semakin mencabar terutama dalam usaha kita untuk membentes penggunaan bahasa Melayu bukan standard danbahasa Inggeris dalamurusan-urusan rasmi khasnya urusan melibatkan jabatan-jabatankerajaan. Kita tidak menolak bahawa sikap yang masih menebal dalam kalangan sebilangan kecil kitayang acuh tidak acuh dalam menggunakan bahasa Melayu standarddan lebih parah lagi menggunakanbahasa Inggeris. Mungkin berbangga bertutur dalam berbahasa Inggeris sepatah dua atau ingin menunjuk yang kita lebih pandai dalam bahasa tersebut perlulah dirujuk pada diri masing-masing. Kita bukan bersikap rasis terhadap bahasa Inggeris atau anti bahasa Inggeris.Namun bagi mendukung bahasa Melayu sebagai rasmi negara yang telah termaktub di dalam perlembagaan. Justeru, wajar untuk kita mengambil semangat ini dan meletakan bahasa Melayu pada kedudukan tertinggi.Usaha ini perlulah diterjemahkan di dalam urusan seharian kita. Kita tidak menghalang sesiapa pun untuk bertutur atau menggunakan bahasa tersebut, tetapi perlulah bijak untuk melihat kepada suasana atau situasi wajar atau tidak untuk kita menggunakannya.Bagi menterjemahkan hasrat negara, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) komiteddi bawah pimpinan Prof.Dr. Awang Sarian telah mengambil pendekatan untuk melaksanakan audit bahasa bagi kesuma agensi kerajaan.Pendekatan ini diambil oleh DBP adalah untuk memastikan agensi-agensi yang terlibat menggunakan bahasa Melayu dengan betul terutama dalam urusan rasmi. Langkah ini diambil oleh DBP disebabkan menyedari akan krisis serta cabaran bahasa Melayu yang kini semakin hebat dihambat dengan arus globalisasi. Jika elemen ini tidak dibendung dengan segara dengan langkah menyedarkan rakyat akan kepentingan penggunaan bahasa Melayu standard dengan baik dan betul. Hal ini, adalah seiring dalam usaha kita untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dalam kerangka 152 perlembagaan Malaysia.Ditambahkan lagi, menurut Rozali Rejab dalam makalahnya Cabaran Bahasa Melayu Dalam MenghadapiAbad 21, beliau telah menyenaraikan beberapa elemen yang membawa cabaran getir kepada bahasa Melayu. Salah satunya elemen tersebut ialah sikap penutur bahasa Melayu itu sendiri. Penulis amati tetarik dengan huraian yang diberikan oleh beliau yang mana kita tidak menafikan bahawa ramai dalam kalangan penutur bahasa Melayu sendiri tidak mahu bertutur di dalam bahasa Melayu dan berbangga pula apabila bertutur di dalam bahasa Inggeris, walaupun bahasa Inggeris yang dituturkan itu tidak sebaik yang diharapkan. Mungkin situasi menggunakan bahasa Inggeris ketika berkomunikasi ini sudah sebati di dalam kalangan penutur bahasa Melayu itu sendiri.Tidak hairan jika di dalam sesuatu majlis kalau terdapat seorangsekali pun warga asing kita sanggup menukar ucapan kita daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris, walhal lingkungan tetamu majlis tersebut majoritinya memahami bahasa Melayu. Persoalannya, di manakah ketegasan kita dalam berbahasa? Tiadanya sifat kasih, ambil kisah dan prihatin dengan bahasa ibunda (bahasa kebangsaan) adalah sikap yang harus dikikis dalam jiwa dalam setiap kalangan kita.Menurut Ibnu Khaldun (1332-1406), sarjana sosiologi dan falsafah Islam pernah menyatakan bahawa bangsa yang pernah ditakluki oleh sebuah kuasa lain lazimnya terus menjadi kagum terhadap penakluknya. Oleh sebab itu, mereka gemar meniru pakaian, simbol, kepercayaan, budaya dan amalan bangsa yang menakluki mereka. Mereka menyangka bangsa yang mengalahkan mereka ialah bangsa yang agung. Akibatnya mereka tidak percaya bahawa mereka mungkin dikalahkan oleh faktor-faktor yang biasa sahaja. Oleh sebab itu, kita tidak berasa hairan apabila ada dalam kalangan kita yang terus mengagumi kuasa Inggeris. Mereka terus terkesima dengan bahasa Inggeris. Mereka tidak dapat melihat kejayaan bahasa Melayu dalam memandaikan rakyat kerana minda mereka sudah terjajah oleh Inggeris. Bagi mereka, bahasa Inggeris dapat digunakan untuk menjayakan segala-galanya. Minda sudah lama terjajah. Itulah yang membelenggu masyarakat kita hari ini. Mengikis minda yang telah lama terpaku bak sekian lama bukanya sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan masa dan juga kerjasama semua pihak.Ditambahkan lagi, cabaran bahasa Melayu terus menerima persaingan dan hambatan daripada pelbagai sudut, kehadiran berpuluh-puluh universiti, kolej swasta sejajar dengan Akta InstitusiPengajian Tinggi swasta (IPTS) 1996 yang lebih cenderung menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar menghimpitkan lagi peranan bahasa Melayu. Mahu tidak mahu, suka atau tidak bahasa Melayu terpaksa bersaing dalam situasi sebegini. Persoalannya mampukan bahasa Melayu bersaing? Mampu atau tidak ia terletak di bahu kita semua sebagai pengguna bahasa Melayu itu sendiri. Kita sedar bahawa bahasa Melayu dijamin di dalam perlembagaan 152. Namun, status quo bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi bukanlah satu jamin yang kukuh. MenurutAbang Patdeli Abng Muhi dalam makalahnya Bahasa Melayu Menyongsong Era Cabaran menyatakan nilai sosialdan nilai ekonomi bahasa Melayu tidak dapat dielakkandengan bayangan dengan bahasa Inggeris.Hal ini disebabkan, suasana dan juga persepsi masyarakat Malaysia yang masih cenderung menanggap sesuatu yang berbau Inggeris dan barat itu lebihsuperior. Tidak mustahil tiba satu tahap lulusan bahasa Melayu juga dianggap sebagai lulusan kelas kedua berbanding mereka yang memperoleh lulusan berbahasa Inggeris. Fenomena ini bukan asing tatkala pasaran pekerjaan yang mana menekankan kepada penguasaanbahasa Inggeris sebagai ciriutama temu duga. Hal ini berlainan pula pendapat daripada Kamal Shukri Abdullah Sani yang mana berpendapat krisis siswazah tidak mendapat pekerjaan pada hari ini bukanlah disebabkan masalah penguasaan bahasa Inggeris secara mutlak, tetapi faktor lain yang memerlukan kajian fakta yang lebih jelas seperti masalah ekonomi negara, syarat khusus pekerjaan, dominasi syarikat tertentu, dan penutupan serta perpindahan industri tertentu ke negara lain. Di tambahan pulakebanyakan masyarakat korporat dan elit tidak begitu berminat dalam soal kebahasaan dan juga sastera kerana mereka lebih menumpukan kepada kemajuan ekonomi, sains, dan teknologi.Menurut A. Azizi Deraman dalam makalahnya Bahasa Melayu Dan Cabaran Globalisasi, Dewan Bahasa 2007 menegaskan bahawa cabaran utama bahasa Melayu sebagai bahasa nasional adalah lemahnya sokongan, jagaan, kawalan, peneguhan dan penegasan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Tambah beliau lagi, wujudnya keserongan persepsi terhadap keperluan atau cara sesebuah negara memilih bahasa dan bahasa Inggeris dianggap mampu membawa kemajuan negara telah memusnahkan kemajuan dan keupayaan bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu agung dengan sejarah yang dilakarnya bak sekian lama sehinggakan penjajah yang datang mengaut segala keuntungan tanah Melayu telah mematikan kagungan bahasa Melayu dengan membawa bahasanya. Untuk mengembalikan maruah bahasa Melayu yang kini semakin diheyak-henyak dari pelbagai penjuru. Justeru penulis tinggalkan sidangpembaca sekalian denganbeberapa persoalan berdasarkanpandangan Aziz Deraman:(1)Orang Melayu sendiri kurang yakin terhadap kemampuan bahasa Melayu.(2)Rakyat bukan Melayu belum semunya menjiwai bahasa Melayu.(3)Bahasa Inggeris terus dianggapsuperior.(4)Penekanan terhadap sains dan teknologi serta perindustrian yang mencetuskan tanggapan bahawa kemajuan hanya boleh dicapai melalui bahasa Inggeris yang dianggap bahasa sangat unggul itu.Justeru, hala tuju, nasib, dan masa depan bahasa Melayu terletak di tangan kita semua sebagaipenutur dan pencinta bahasa Melayu. Kita tidak boleh menyalahkan orang lain jika kita gagal memartabatkan bahasa kita, kerana kita sendiri menggagalkan usaha tersebut. Justeru bahasa Melayu milik kita semua wadah sendi pusaka bangsa.

Bibliografi :

CABARAN BAHASA MELAYUCABARAN BAHASA MELAYU DALAM MENGHADAPI ABAD KE-21Rozali bin RajabAbstrakPada masa ini, Bahasa Melayu menghadapi cabaran yang sengit terutamanya dalam abad ke-21. Pada dasarnya bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara iaitu perkara 152 yang menyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu. Jadi, pada abad ke-21, bahasa Melayu yang diperkasakan dan dimartabatkan di negara ini terpaksa menghadapi saingan dengan penggunaan bahasa Inggeris yang merupakan bahasa global. Persaingan yang paling hebat dan mencabar kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini ialah pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Oleh yang demikian, tumpuan kertas kerja ini ialah membincangkan cabaran pemerkasaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, cabaran bahasa Melayu dalam kemajuan teknologi maklumat, cabaran bahasa Melayu terhadap sikap penuturnya dan cabaran bahasa Melayu dalam penggunaan bahasa Melayu. Jadi, pelbagai seminar atau pembentangan telah dijalankan, kegusaran bahasa Melayu terus membimbangkan pada setiap insan yang mencintai bahasa Melayu. Melalui kertas kerja ini, perbincangan akan ditumpukan kepada cabaran-cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu dalam abad ke-21 supaya cabaran-cabaran tersebut tidak membantut perkembangan bahasa Melayu pada masa akan datang. Justeru, cabaran- cabaran ini tidak akan mengancam kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar pendidikan di Malaysia pada abad ke-21. Isu-isu akan dibincangkan secara satu persatu supaya jelas tentang cabaran-cabaran tersebut.

PENDAHULUAN

Sebelum mengorak melangkah untuk membicarakan cabaran-cabaran bahasa Melayu dalam abad ke-21, penulis ingin mengajak sekalian dahulu berkenaan bahasa Melayu. Menurut Prof. Dato Awang Had Salleh, dalam Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia menegaskan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa ibunda kepada orang-orang keturunan Melayu. Jadi, Perkara 152 Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan bahawa bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Kebangsaan ini hendaklah digunakan di dalam urusan rasmi dalam semua bidang. Walaupun terdapat pelbagai halangan, penggunaan Bahasa Kebangsaan tetap berjalan dengan lancar. Untuk memenuhi kehendak tersebut, pada peringkat awal, Bahasa Kebangsaan telah diperkenalkan sebagai satu mata pelajaran di sekolah rendah atau menengah, khususnya sekolah yang bahasa pengantarnya bukan bahasa Melayu.. Pada peringkat yang terkemudian, apabila kedudukan Bahasa Kebangsaan ini sudah cukup matang dan stabil, barulah wujud pula keperluan untuk memperkukuhkan perpaduan rakyat dan memupuk keperibadian Malaysia, maka istilah Bahasa Malaysia telah digunakan.

Manakala cabaran pula ialah sesuatu iaitu unsur, atau faktor yang mencabar,menguji, kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi. (Kamus Dewan Edisi Ke-4, 2005). Oleh itu cabaran bahasa Melayu dalam abad ke-21 bermaksud mencabar kemampuan bahasa Melayu dalam menuju abad ke-21 atau dipanggil era globalisasi. Jadi, abad ke-21 atau lebih dikenali sebagai era globalisasi merupakan satu zaman yang penuh dengan cabaran terutama kedudukan bahasa Melayu di negara ini.

Persoalannya, apakah cabaran bahasa Melayu mempunyai kemampuan dalam abad ke-21. Adakah cabaran-cabaran itu menidakkan kedudukan bahasa Melayu di negara ini? Oleh yang demikian, harapan kita terhadap bahasa Melayu terlalu besar.

Bahasa Melayu harus berupaya menggambarkan kelahiran fikiran, kreativiti dan aktiviti besar bangsa Malaysia. Cabaran-cabaran bahasa Melayu dalam abad ke-21, perlu ditangani dengan berhati-hati supaya bahasa Melayu terus hidup dan mampu bersaing di peringkat antara bangsa.Kajian ini akan membincangkan cabaran dalam memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dengan perbincangan tertumpu kepada cabaran bahasa Melayu dalam kemajuan teknologi maklumat, cabaran bahasa Melayu terhadap sikap penutur cabaran bahasa Melayu dalam penggunaannya.

Skop perbincangan kertas kerja ini menumpukan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu dalam abad ke-21. Oleh yang demikian, penulisan kertas kerja ini membataskan tentang cabaran bahasa Melayu dalam menghadapi abad ke-21.

CABARAN BAHASA MELAYU DALAM MENGHADAPI ABAD KE-21

Untuk memastikan kesinambungan kewujudannya dan kegemilangannya di persada dunia dalam abad ke-21 , bahasa Melayu terpaksa menghadapi pelbagai cabaran, sama ada dalam konteks nasional atau antarabangsa. Cabaran-cabaran ini memperlihatkan bahawa bahasa Melayu pada suatu ketika dahulu iaitu bahasa Melayu dalam sejarahnya telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa antarabangsa sejak zaman Empayar Srivijaya pada abad ke-7 Masihi sehingga abad ke-19 Masihi. apabila bahasa Melayu menjadi lingua franca dirantau ini. Malahan bahasa Melayu telah menjadi bahasa perdagangan dan bahasa perhubungan antarabangsa. Kegemilangan bahasa Melayu telah menjadi kenyataan pada masa itu apabila bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan bahasa persuratan bagi pusat- pusat pemerintahan seluruh rantau berkenaan.

Namun, permulaan abad ke-20 merupakan era penjajahan Barat ke atas Kepulauan-kepulauan Melayu iaitu Inggeris bagi Semenanjung Tanah Melayu dan utara Borneo,Belanda bagi kepulauan Sumatera, Jawa,selatan Borneo,Sulawesi ,Meluku, Madura dan Bali, dan Sepanyol bagi kepulauan Filipina.[Prof.Dr.Hashim Hj. Musa,2009].Keadaan yang sedemikian telah menyebabkan bahasa Melayu telah menghadapi cabaran iaitu bermulalah kemerosotan kedudukan bahasa Melayu sebagai lingua franca di rantau ini. Dalam konteks ini, pihak penjajah telah memaksa menggunakan bahasa mereka sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar pendidikan terhadap jajahan takluk mereka. Setelah sekian lama, kemerdekaan tercapai barulah bahasa Melayu telah dikembalikan statusnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan lingua franca di rantau ini.

Setelah 52 tahun Malaysia merdeka dan 32 tahun pelaksanaan sepenuhnya dasar bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan, bahasa Melayu telah menghadapi cabaran yang tidak diduga apabila Akta Pendidikan 1996 dan Akta IPTS 1996 diluluskan, maka semua IPTS dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Keadaan belum reda, satu cabaran telah muncul iaitu pada tahun 2003, penggunaan bahasa Inggeris bagi semua matematik dan sains dalam semua peringkat. Namun, pejuang-pejuang bahasa bersatu tenaga untuk memastikan bahasa Melayu mendapat tempat di negara ini seperti termaktub dalam Perlembagaan Negara, Perkara 152. Akhirnya, tahun 2012 penggunaan bahasa Inggeris dalam sains dan matematik dihapuskan.Munculnya abad ke-21, telah menjadikan bahasa Melayu semakin mendapat persaingan sengit atau cabaran daripada bahasa Inggeris. Jadi, dalam kertas kerja ini membincangkan empat cabaran yang bahasa Melayu hadapi pada abad ke-21.

Cabaran Pemerkasaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi

Oleh yang demikian, pemerkasaan bermaksud menjadikan sesuatu itu berwibawa, dominan, kuat, hebat, terkenal, berdaulat, dominan, dan sebagainya.[Kamus Dewan Edisi Ke-4,2005] Justeru, pemerkasaan bahasa Melayu bermaksud menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang hebat, terkenal, berdaulat dan dominan di dunia ; hebat dari segi kandungan ilmunya, keintelektualannya, keluasan penggunaannya, nilai ekonominya dan keterbacaannya.[Prof,Dr, Hashim Hj.Musa,2009] Pada masa ini, sistem pendidikan negara berpengantarkan bahasa Melayu seperti yang tercatat dalam Perkara 152 Perlembagaan Negara iaitu bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Dalam abad ke-21, bahasa Melayu telah menghadapi cabaran apabila pada tahun 2003, sains dan matematik dalam semua peringkat diajar dalam bahasa Inggeris. Senario ini telah memberi impak kepada kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di negara ini. Pejuang-pejuang bahasa telah bersatu hati untuk mendaulatkan dan memperkasakan bahasa Melayu, Seminar-seminar, pembentangan kertas kerja dan sebagainya telah diadakan bukan sahaja di dalam negara malahan di luar negara. Tidak cukup dengan itu, badan NGO dan bukan NGO turut bersama-sama untuk memastikan bahasa Melayu perlu dikembalikan dalam mata pelajaran sains dan matematik.

Pada tahun 2010,, Tan Sri Muhiyidin Yasin,Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa pada tahun 2012, mata pelajaran Sains dan matematik akan diajar dalam bahasa Melayu. Langkah ini, telah menjadikan bahasa Melayu kembali dominan dan diperkasa.

Kejayaan sesuatu bangsa bukanlah berdasarkan bahasa Inggeris, tetapi kefahaman sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa ibunda. Justeru, ada yang menganggap bahawa orang Melayu atau negara ini tidak akan maju jikalau orang Melayu tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagaibahasa ilmu dan bahasa kemajuan. Perlu diingati, negara Jepun, Korea Selatan dan banyak negara lain masih menggunakan bahasa ibunda dalam semua bidang. Pemerkasaan bahasa ibunda mereka, telah menjadikan negara mereka maju malah lebih maju daripada negara barat.Selain itu, masyarakat sudah mula menunjukkan pentingnya peneguhan dan penegasan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Maksudnya, masyarakat sudah sedar betapa pentingnya bahasa Melayu dan kini wujudnya generasi yang mahu mempelajari dan mahir menggunakan bahasa Melayu. Menurut Dr. Nik Safiah Karim[1993], Dasar Bahasa Kebangsaan di Malaysia telah berjaya, terutamanya jika dilihat dari perspektif penggunaannya dalam jentera pentadbiran, dalam sistem pendidikan, dan dalam beberapa domain utama kehidupan sehari-hari masyarakat Malaysia. Kita boleh berbangga dengan kejayaan tersebut. Namun cabaran yang lain timbul pula, iaitu dalam bentuk penggemblengan usaha daripada pelbagai pihak yang masih diperlukan untuk melestarikan (mengekalkan atau menetapkan) sekali gus mempertingkatkan mutu bahasa yang digunakan. Dalam kata lain, semua pihak perlu bekerjasama untuk memastikan bahasa Melayu terus diperkasakan agar cabaran abad ke-21 tidak meminggirkan bahasa Melayu sama ada dalam sistem pendidikan atau pentadbiran.

Cabaran Bahasa Melayu Dalam Kemajuan Teknologi Maklumat

Pada masa ini, bidang teknologi maklumat amat penting. Jadi, Malaysia telah mendapat impak yang besar terutama dari segi penggunaan bahasa teknologi maklumat. Sedia maklum, bahasa teknologi maklumat yang paling dominan di dunia ialah bahasa Inggeris. Keadaan ini sudah tentu memberi kesan kepada penggunaan bahasa Melayu dalam teknologi maklumat. Oleh itu, kita seharusnya mempelajari bahasa teknologi maklumat supaya perbendaharaan kata berkenaan teknologi maklumat dalam bahasa Melayu diperkaya. Jadi, bahasa Inggeris tetap dipelajari kerana ilmunya. Kita haruslah berfikiran positif dan memandang ke hadapan. Semua negara mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua selain bahasa ibunda. negara Korea Selatan, dan Jepun merupakan sebuah negara yang maju dalam bidang sains dan teknologi, namun mereka tetap mempertahankan bahasa ibunda dan bahasa Inggeris tetap dipelajari.

Menurut Kamal Shukri Abdullah Sani,[2007;50] bahawa Jepun tidak berganjak daripada menggunakan bahasanya dari peringkat tadika sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi dalam semua bidang mata pelajaran. Bahasa Inggeris hanya dipelajari mulai di peringkat menengah dan bukan di peringkat rendah. Peluang mempelajari bahasa lain seperti Jerman, Sepanyol, Portugis, Rusia,Mandarin dan lain-lain turut disediakan sama ada di institusi pendidikan, rancangan televisyen dan lain-lain. Walau bagaimanapun bahasa Jepun tetap diutamakan dan dijunjung tinggi martabat dan maruahnya.

Oleh yang demikian, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah diasaskan oleh perkembangan dan kemajuan yang pesat dalam bidang mikroelektronik sehingga menghasilkan pelbagai kemudahan teknologi maklumat seperti komputer peribadi, telekomunikasi multimedia dan sebagainya. Seterusnya kemunculan Internet telah meluaskan penggunaan ICT dengan jaringan informasi bersepadu sehingga membolehkan diaplikasikan sebagai media komunikasi yang melibatkan teks, bunyi, grafik dan video.

Permasalahan ini secara langsung mempengaruhi dan mencabar kewibawaan dan kedudukan bahasa Melayu di rantau Nusantara ini. Apatah lagi, negara Malaysia yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di negara ini. Adakah kita mampu menghadapi cabaran ini dan menidakkan penggunaan teknologi maklumat dalam arus pembangunan negara. Bagaimana dengan Jepun.? Negara mereka maju dalam teknologi maklumat, namun bahasa ibunda tetap terjaga dan terpelihara. Perkara ini perlu kita renung dan fikir bersama.

Oleh yang demikian, penekanan terhadap ICT pada era globalisasi dan liberalisasi bermakna penggunaan bahasa Inggeris menjadi semakin penting dan tidak dapat dielakkan oleh masyarakat dunia. Era ICT telah menunjukkan bahasa Inggeris mengiringi kelahiran pertama Internet dunia di Amerika Syarikat dan seterusnya diikuti dengan pengeluar perisian dan perkakasan komputer seperti Microsoft, Dell dan Hewlett-Packard yang semuanya diasaskan oleh mereka yang berbahasa Inggeris. Perubahan persekitaran ini menimbulkan persoalan sama ada mampukan bahasa Melayu digunakan di dalam era ICT sebagai bahasa perantaraan alternatif untuk dimanfaatkan oleh masyarakat bahasanya? Mampukah penggiat-penggiat bahasa Melayu menggunakan ICT sebagai alat penyelidikan, perkakasan, perisian dan aplikasi untuk pembangunan bahasa Melayu?

Sebagai satu pandangan umum, masyarakat perlu memperlihatkan sikap terbuka dan kesediaan untuk menghadapi cabaran perkembangan yang pesat dalam ICT dengan pengaruh bahasa asing khususnya bahasa Inggeris. Perlu diakui bahawa bahasa Melayu masih lagi muda atau setahun jagung dari sudut peristilahan sains dan teknologi berbanding dengan bahasa Inggeris. Usaha supaya bahasa Melayu diterima dalam era siber hanya akan terlaksana jika masyarakat bahasanya mempelajari pengalaman dan kejayaan yang telah dicapai oleh bahasa Inggeris. Dengan cara dan langkah ini, kita percaya perkembangan bahasa Melayu akan terus bersemarak seandainya kita bersikap terbuka. Dengan adanya ilmu sains dan teknologi maklumat dalam bahasa Inggeris, kita boleh menterjemahkan ke dalam bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu.

Secara langsung, bahasa Melayu dalam sains dan teknologi maklumat akan terus meningkat dan berkembang. Mengikut pendapat Prof. Dr. Hashim Hj. Musa, dalam buku Sosiolinguistik Lanjutan, [ 2009; 61]bahawa penguasaan ilmu, sains dan teknologi yang tinggi, kemahiran dan kepakaran secara meluas dalam kalangan rakyat jelata, merupakan faktor utama dalam pembangunan Sumber Daya Tenaga Manusia sesebuah negara secara menyeluruh, yang menjadi faktor utama pula kepada pembangunan dan kemajuan negara itu. Penyampaian dan pemahaman ilmu pengetahuan, sains, teknologi dan kepakaran serta kemahiran dengan cara yang paling berkesan adalah dengan perantaraan bahasa kebangsaan rakyat jelata itu sendiri.

Oleh yang demikian, walaupun cabaran dalam teknologi maklumat begitu hebat, bahasa Melayu perlu seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. Hal ini disebabkan, pelbagai maklumat yang terkandung dalam pelbagai jenis teknologi maklumat yang sedia ada harus terdapat dalam bahasa Melayu ini, benar-benar sesuai dengan hasrat untuk menyejagatkan bahasa Melayu, dan teknologi maklumat itu sendiri merupakan saluran yang cukup penting canggih, cekap dan pantas untuk tujuan tersebut. Oleh itu, bahasa Melayu bukannya perlu bersaing dengan teknologi maklumat, sebaliknya ia patut bersepadunya dengannya. Dengan cara ini, bahasa Melayu mampu mengaplikasikan sumber ilmu itu untuk menjanakan maklumat pelbagai bidang dalam dunia serba teknikal ini.

Cabaran Bahasa Melayu Terhadap Sikap Penuturnya

Dalam abad ke-21, sikap penutur atau masyarakat amat penting dalam penggunaan bahasa ibunda. Sekiranya sikap penutur tiada kesungguhan atau perasaan malu menebal dalam diri penutur kerana menggunakan bahasa ibunda, sudah pasti bahasa ibunda akan terkubur. Oleh yang demikian, bagi bahasa Melayu, cabaran yang sebenarnya terletak pada sikap yang dipegang oleh penuturnya. Jadi , abad ke-21 telah memperlihatkan kelemahan terhadap sikap penutur yang tidak mengambil berat terhadap bahasa kebangsaan mereka. Hal ini disebabkan mereka sudah terdidik dalam bahasa Inggeris dan lebih selesa bercakap bahasa Inggeris. Akibatnya, mereka yang tidak mahu menggunakannya telah membentuk satu sikap tidak kisah terhadap bahasa ibunda. Peristilahan dan tutur kata tidak dilakukan kerana tidak mengikuti perkembangan bahasa Melayu. Apabila disuruh memberi pendapat dan idea, mereka lebih suka bertutur dalam bahasa Inggeris. Begitulah apabila ada seminar atau pembentangan walaupun di dalam dewan ada seorang bukan rakyat Malaysia, mereka lebih suka bertutur dalam bahasa Inggeris. Justeru, permasalahan ini iaitu sikap penutur merupakan satu cabaran yang perlu ditangani secara berhati-hati pada abad ke-21 agar bahasa Melayu tidak dipandang rendah oleh masyarakat sendiri. Nik Safiah Karim dalam buku Sumbangsih, Kumpulan Esei Mengenang Jasa Asraf, memperkatakan, bahawa bahasa Melayu, cabaran yang sebenarnya terletak pada sikap yang dipegang oleh penuturnya. Yang tidak dapat dinafikan ialah hakikat kepentingan dan kesesuaian bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa. Jadi, yang tidak dapat dinafikan ialah hakikat kepentingannya dan kesesuaian bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa.

Abad ke-21 memang membawa cabaran kepada bahasa Melayu dari segi persaingan dengan bahasa Inggeris tetapi tidaklah keadaan ini menjadi satu cabaran besar sehingga menggugat kedudukan bahasa Melayu. Oleh yang demikian sikap rakyat Malaysia mesti yakin dengan keupayaan dan kemampuan bahasa kebangsaan. Kita seharusnya berasa bangga dengan bahasa Melayu kerana kekal sehingga sekarang dan bangga terhadap bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi. Kemudian sesuaikan dengan keadaan apabila hendak menggunakan bahasa Inggeris. Ironisnya, langkah ini tidak akan timbul keadaan bahasa Melayu tergugat oleh bahasa Inggeris.

Cabaran Bahasa Melayu Dalam Penggunaan Bahasa Melayu

Belakangan ini, pada abad ke-21 beberapa gejala yang amat membimbangkan berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu. Pengaruh media elektronik telah merosakkan penggunaan bahasa Melayu dari segi pertuturan,ayat, istilah, bahasa rojak dan sebagainya. Kerosakan penggunaan bahasa Melayu yang paling teruk berlaku ialah golongan remaja. Pada abad ke-21, sudah menjadi satu trend atau ikutan kepada golongan remaja dalam penggunaan bahasa Melayu. Senario ini cukup membimbangkan dan jika tidak ditangani dengan segera, sudah pasti keindahan bahasa Melayu tidak kedengaran atau berkumandang lagi.

Berbalik kepada penggunaan bahasa Melayu, kebanyakan pengacara majlis atau program di televisyen dan radio dalam pengendalian sesuatu program, sudah menjadi kewajiban untuk mencampuradukkan bahasa mereka. Dalam mengendalikan sesuatu program atau rancangan, pengacara pada peringkat awal menggunakan bahasa Melayu. Namun, perkara yang sebaliknya telah berlaku iaitu dalam pertengahan program hingga akhir, pengacara mencampuradukkan penyampaian bahasa Melayu dan bahasa Inggeris walaupun programnya lebih kepada berbahasa Melayu dan penontonnya majoritinya berbangsa Melayu.

Memang tidak dapat dinafikan, rakyat di negara kita mahir dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Terdapat pelbagai bentuk dan cara dalam pertuturan mereka. Mengikut Nik Safiah Karim, [2004], ada kalanya dua bahasa ini berselang-seli ,iaitu satu ayat dalam satu bahasa diikuti oleh ayat dalam bahasa kedua. Sebagai contoh ialah Saya mengambil keputusan untuk pergi, then I thought I should consult my father. Begitulah dengan penggunaan perkataan yang lain iaitu Dalam hal ini you paling best. How are you today..harap OKlah.Keadaan ini sudah menjadi kebiasaan mana-mana rancangan atau program televisyen pada abad ke-21. Sekiranya permasalahan ini tidak dibendung, sudah tentu memberi impak atau cabaran yang besar kepada kedudukan bahasa Melayu di negara ini.

Manakala golongan remaja pula, penggunaan bahasa Melayu mereka cukup membahayakan dan boleh merosakkan nilai bahasa Melayu. Hal ini disebabkan kecanggihan teknologi maklumat pada abad ke-21 iaitu penggunaan telefon bimbit. Untuk menghantar sms kepada rakan-rakan, mereka menggunakan bahasa rojak dan berlakulah kerancuan bahasa. Menurut Prof Dr. Hashim Hj. Musa, kerancuan bahasa ialah penggunaan bahasa yang tidak mengikut peraturannya sama ada dari segi sintaksis, morfologi, fonologi, kosa kata, istilah dan sebagainya, yang mengakibatkan kekacauan dan ketidaktekalan dari segi pembentukan ayat, klausa, frasa, ejaan, sebutan, kosa kata dan istilah. Di sini , terdapat beberapa perkataan yang sering disalahgunakan semasa menghantar sms.Misalnya, perkataan-perkataan seperti kang (nanti), akum (assalamualaikum), wlam (waalaikumsalam), dowang (mereka), tipon (telefon) dan persal (mengapa). Pengubahsuaian juga telah dibuat kepada kata gantinama seperti sayer (saya), dier (dia) dan nko (engkau). Begitu juga dengan kata tanya telah diubah suai seperti biler (bila), camner (bagaimana) dan maner (mana). Kerancuan bahasa Melayu abad ke-21 merupakan satu cabaran yang boleh merosakkan keteraturan,kehalusan dan keintelektualan bahasa Melayu, kerana menjejas sistem dan peraturannya yang menyebabkan kecelaruan dan ketidaktekalannya. Hal ini akan merosakkan martabat dan kewibawaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pendidikan dan bahasa ilmu tinggi, yang akhirnya akan menurunkan maruahnya dan disisihkan sedikit demi sedikit oleh pengguna bahasanya.

KESIMPULAN

Mampukah bahasa Melayu menghadapi cabaran pada abad ke-21? Daripada perbincangan di atas, kita telah membincangkan cabaran bahasa Melayu sebelum dan selepas kemerdekaan secara ringkas.. Pada peringkat ini, bahasa Melayu terus berkembang tanpa menghadapi masalah. Namun, semasa penjajahan Inggeris perkembangan bahasa Melayu terus malap dan tidak bermaya. Pejuang-pejuang bahasa yang mencintai bahasa, terus berjuang untuk memartabatkan bahasa Melayu. Selepas kemerdekaan, bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan universiti.

Walau bagaimanapun pada abad ke-21, bahasa Melayu mula dipersoalkan dan ada pihak-pihak tertentu ingin mengembalikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di negara ini. Oleh yang demikian, cabaran-cabaran seperti cabaran pemerkasaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, cabaran bahasa Melayu dalam kemajuan teknologi maklumat , cabaran bahasa Melayu terhadap sikap penuturnya dan cabaran bahasa Melayu dalam penggunaan bahasa Melayu menjadi isu perbincangan dalam abad ke-21. Cabaran-cabaran ini terpaksa dilalui secara berhati-hati agar permasalahan yang sedikit akan memberi impak yang besar terhadap bahasa Melayu. Pada masa ini, pengaruh bahasa Inggeris begitu kuat dan dikenali sebagai bahasa antarabangsa.Untuk berhubung pada peringkat antarabangsa, bahasa Inggeris menjadi keutamaan.

Justeru, jalan terbaik untuk menghadapi cabaran ini ialah sikap kita terhadap bahasa Melayu. Walaupun kita menghadapi pelbagai cabaran, bahasa kedua perlu kita pelajari. Sebab saya berkata demikian, bahasa Inggeris amat diperlukan untuk kita berhubung di peringkat antarabangsa. Namun , tidaklah keadaan ini menjadi satu cabaran besar sehingga menggugat kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pengantar dan bahasa berdaulat seperti yang tercatat dalam Perlembagaan Negara. Paling penting rakyat Malaysia mempunyai sikap atau jati diri yang betul terhadap bahasa kebangsaan. Seandainya rakyat Malaysia mempunyai perasaan bangga terhadap bahasanya, jikalau rakyat Malaysia tahu bila hendak menggunakan bahasa Inggeris dan bilakah pula keadaan penggunaan bahasa kebangsaannya, maka tidak akan timbul persaingan dan tidak akan timbul keadaan bahasa Melayu dalam dilema itu, kita mesti mengetahui tempat penggunaannya supaya permasalahan tidak timbul.

Dengan langkah yang sedemikian, nescaya permasalahan dan cabaran-cabaran bahasa Melayu dalam abad ke-21 dapat diatasi. Paling penting, masyarakat Malaysia perlu mempunyai sikap bangga diri terhadap bahasa ibunda kerana pada suatu masa dahulu bahasa Melayu merupakan bahasa yang telah diterima di peringkat antarabangsa iaitu zaman Empayar Srivijaya. Pada hari ini, bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang dianggarkan hampir 250 juta dan bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi untuk empat buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei, dan Singapura. Hal ini ditambah lagi bahawa bahasa Melayu pernah berkumandang buat kali pertama di Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu [PBB].Oleh itu, semangat dan jiwa seumpama ini perlu diikuti,dicontohi dan diteladani oleh masyarakat Malaysia, pemimpin-pemimpin dan ilmuwan. Saya percaya dengan langkah yang sedemikian, membolehkan bahasa Melayu menongkah arus pada abad ke-21 dan martabat bahasa Melayu akan kembali di landasan yang kita ingini.