kertas kerja minggu bahasa melayu.docx

31
KERTAS KERJA PROGRAM MINGGU BAHASA MELAYU TAHUN 2014 1.0 PENDAHULUAN Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu adalah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat. Selain itu juga, bahasa berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Selaras dengan matlamat kurikulum Bahasa Melayu untuk melengkapkan murid dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam urusan harian, pendidikan, dan pekerjaan, maka Panitia Bahasa Melayu, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chun Yin akan menganjurkan Minggu Bahasa Melayu buat kali pertama. 2.0 RASIONAL Sekolah menjadi wahana dalam usaha mendaulatkan dan memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Lantaran itu, pelbagai aktiviti mampu dijalankan bagi menarik penyertaan warga sekolah khasnya pelajar- pelajar agar lebih mahir berkomunikasi dan seterusnya melahirkan cinta akan bahasa kebangsaan. Selain itu, ini dapat menjadi medan awal dalam membuat pemilihan antara murid-murid bagi mewakili sekolah dalam pelbagai kategori pertandingan berkaitan bahasa Melayu. 3.0 MATLAMAT PROGRAM Membimbing dan meningkatkan pengetahuan tentang aspek budaya sesuatu bahasa terutamanya dari segi kesantunan dan kepersisan bahasa. 5.0 OBJEKTIF PROGRAM 5.1 Mendedahkan keunikan bahasa Melayu dari pelbagai aspek. 5.2 Meningkatkan penghayatan terhadap kehalusan budaya di sebalik kewujudan bahasa Melayu. 5.3 Menimbulkan minat dalam kalangan individu untuk menguasai bahasa Melayu. 5.4 Melahirkan individu yang menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, dan semangat patriotik bertunjangkan bahasa Melayu. 6.0 TEMPAT, TARIKH DAN MASA Tarikh : 2,3, 4, 5, dan 6 Mac 2015 Tempat : Dewan Sekolah dan Bilik Darjah Masa : 8.00 pagi 1.35 petang (mengikut jadual)

Upload: siti-husna-mohd-basir

Post on 05-Dec-2015

483 views

Category:

Documents


21 download

TRANSCRIPT

KERTAS KERJAPROGRAM MINGGU BAHASA MELAYUTAHUN 2014

1.0PENDAHULUAN Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu adalah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat. Selain itu juga, bahasa berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Selaras dengan matlamat kurikulum Bahasa Melayu untuk melengkapkan murid dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam urusan harian, pendidikan, dan pekerjaan, maka Panitia Bahasa Melayu, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chun Yin akan menganjurkan Minggu Bahasa Melayu buat kali pertama.

2.0RASIONAL Sekolah menjadi wahana dalam usaha mendaulatkan dan memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Lantaran itu, pelbagai aktiviti mampu dijalankan bagi menarik penyertaan warga sekolah khasnya pelajar-pelajar agar lebih mahir berkomunikasi dan seterusnya melahirkan cinta akan bahasa kebangsaan. Selain itu, ini dapat menjadi medan awal dalam membuat pemilihan antara murid-murid bagi mewakili sekolah dalam pelbagai kategori pertandingan berkaitan bahasa Melayu.

3.0MATLAMAT PROGRAM Membimbing dan meningkatkan pengetahuan tentang aspek budaya sesuatu bahasa terutamanya dari segi kesantunan dan kepersisan bahasa.

5.0 OBJEKTIF PROGRAM 5.1Mendedahkan keunikan bahasa Melayu dari pelbagai aspek. 5.2Meningkatkan penghayatan terhadap kehalusan budaya di sebalik kewujudan bahasa Melayu. 5.3 Menimbulkan minat dalam kalangan individu untuk menguasai bahasa Melayu. 5.4 Melahirkan individu yang menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, dan semangat patriotik bertunjangkan bahasa Melayu.

6.0TEMPAT, TARIKH DAN MASATarikh: 2,3, 4, 5, dan 6 Mac 2015Tempat: Dewan Sekolah dan Bilik Darjah Masa: 8.00 pagi 1.35 petang (mengikut jadual)

7.0KUMPULAN SASARAN Semua murid, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chun Yin

8.0 KEWANGAN Sila Lihat Lampiran 1

9.0 JAWATANKUASA KERJASila Lihat Lampiran 2

10.0 SENARAI TUGAS Sila Lihat Lampiran 3

11.0 SENARAI PERTANDINGAN Sila Lihat Lampiran 4

12.0 ATURCARA PERTANDINGANSila lihat Lampiran 5

13.0BORANG PENYERTAANSila lihat Lampiran 6

14.0BAHAN-BAHAN PERTANDINGANSila lihat Lampiran 7

15.0PENUTUP Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah digarisi. Semoga semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak tuan. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,Diluluskan oleh,

............................................................................................................... (GAN SHAI LEE)(BONG SIN CHOY)Setiausaha,Guru Besar,Program Minggu Bahasa,SJK (C) Chun Yin.SJK (C) Chun Yin.Lampiran 1

A. Anggaran Pendapatan

Bil.PerkaraJumlah (RM)

1.Peruntukan Panitia

150

B. Anggaran Perbelanjaan

Bil.Perkara Harga Per Unit (RM)KuantitiJumlah (RM)

1.Sijil Penghargaan :Tahun 1Tahun 2Tahun 3Tahun 4Tahun 5Tahun 60.900.900.900.900.900.9012151515181810.8013.5013.5013.5016.2016.20

2.Buku Tulis Garis Tiga0.8064.80

3.Kertas Kajang 11.001 (rim)11.00

4.Buku Program1.505 (set)7.50

3.Lain-lain :FotostatCetakan ----10.0010.00

Jumlah Besar107.00

Lampiran 2JAWATANKUASA KERJAPROGRAM MINGGU BAHASA MELAYU TAHUN 2015

Pengerusi: Encik Bong Sin Choy(Guru Besar)Naib Pengerusi: Puan Sin Yoke Koon(Guru Penolong Kanan 1)Penyelaras: Puan Siti Husna(Ketua Panitia Bahasa Melayu)Setiausaha: Cik Gan Shai LeeBendahari: Cik Low Kai XinAhli Jawatankuasa GuruPengurusan Peserta: (Guru Bahasa Melayu Setiap Kelas)Pengurusan Tempat : Pn. Siow Sin YeeSistem Audio: Cik Toon See YinDisiplin: Pn. Yap Kwan HoCenderamata & Cenderamata: Cik Low Kai XinBorang Penyertaan: Cik Gan Shai LeePenyediaan Bahan/ Tajuk: Bercerita Tahap 1 & 2(Cik Low Kai Xin): Syarahan(Pn. Siti Husna): Silang Kata(Pn. Siti Husna): Tulisan Tercantik(Pn. Siow Sin Yee): Permainan SAHIBBA(Cik Gan Shai Lee): Ujian Bertulis(Cik Gan Shai Lee)Jurugambar: En. Cha Nyien SinHakim Pertandingan: Bercerita Tahap 1(Pn. Siow Sin Yee, Cik Low Kai Xin): Bercerita Tahap 2(Pn. Yap Kwan Ho, Cik Gan Shai Lee): Syarahan(Pn. Yap Kwan Ho, Pn. Siti Husna): Pantun(Pn. Siow Sin Yee, Cik Gan Shai Lee): SAHIBBA(Cik Low Kai Xin, Pn. Siti Husna)

Lampiran 3

SENARAI TUGASPengurusan Peserta: Menyediakan peserta sebelum dan semasa pertandingan.Pengurusan Tempat : Menyediakan meja untuk hakim pertandingan.: Menyediakan tempat duduk para guru serta tetamu.Sistem Audio: Menyediakan pembesar suara serta kelengkapan yang berkaitan.Disiplin: Mengawal disiplin murid-murid.Hakim Pertandingan: Menilai kemampuan serta bakat peserta secara adil.Jurugambar: Mengambil gambar-gambar murid-murid yang menyertai pertandingan untuk dijadikan sebagai laporan.Cenderamata: Menyediakan cenderamata untuk hakim.Sijil Penyertaan: Menyediakan sijil penyertaan untuk para peserta.Penyediaan Bahan/ Tajuk:- Bercerita- Silang Kata Syarahan- Ujian Bertulis SAHIBBA Tulisan

Lampiran 4SENARAI PERTANDINGAN

Pertandingan Tulisan Tercantik: Tahap 1Pertandingan Syarahan: Tahap 2 (5,6)Pertandingan Ujian Bertulis: Tahap 2Pertandingan Silang Kata: Tahap 2 (4,5,6 Kuning)Pertandingan Bercerita : Tahap 1 (3) Tahap 2 (4)Pertandingan SAHIBBA: Tahap 1 (3) Tahap 2 (4,5,6 Merah)

PertandinganT1T2T3T4T5T6

Tulisan Tercantik

Pantun

Bercerita

Syarahan

Ujian BertulisMM

Silang KataKKK

SAHIBBAMMM

Lampiran 5ATURCARA PERTANDINGAN

HARITARIKHMASATAHUNTEMPATPERTANDINGAN

Isnin02-0310.45 pg 11.45 pg4, 5, 6 (Kuning)Bilik DarjahSilang Kata

10.45 pg 11.45 pg4,5,6 (Merah)Dewan BSahibba(murid yang terlibat sahaja)

Selasa03-0310.45 11.45 pg5, 6 (Merah)Bilik DarjahUjian Bertulis

8.30 pagi1,2,3Tulisan Tercantik

Rabu04-038.30 pg1, 2Dewan BPantun

Khamis05-038.30 pg3, 4Dewan BBercerita

Jumaat06-038.30 pagi5, 6Dewan BSyarahan

Lampiran 6BORANG PENYERTAAN

PERTANDINGAN : MELAFAZKAN PANTUNKELAS: TAHUN 1

BIL.NAMACATATAN

1

2

3

4

5

6

PERTANDINGAN : MELAFAZKAN PANTUNKELAS: TAHUN 2

BIL.NAMACATATAN

1

2

3

4

5

6

BORANG PENYERTAAN

PERTANDINGAN : BERCERITAKELAS: TAHUN 3

BIL.NAMACATATAN

1

2

3

4

5

6

PERTANDINGAN : BERCERITAKELAS: TAHUN 4

BIL.NAMACATATAN

1

2

3

4

5

6

BORANG PENYERTAAN

PERTANDINGAN : SYARAHANKELAS: TAHUN 5

BIL.NAMACATATAN

1

2

3

4

5

6

PERTANDINGAN : SYARAHANKELAS: TAHUN 6

BIL.NAMACATATAN

1

2

3

4

5

6

BORANG PENYERTAAN

PERTANDINGAN : SAHIBBAKELAS: TAHUN 4

BIL.NAMACATATAN

1

2

3

4

PERTANDINGAN : SAHIBBAKELAS: TAHUN 5

BIL.NAMACATATAN

1

2

3

4

PERTANDINGAN : SAHIBBAKELAS: TAHUN 6

BIL.NAMACATATAN

1

2

3

4

Lampiran 7Tahun 1Terang bulan di malam sepi,Cahya memancar ke pangkal kelapa,Hidup di dunia buatlah bakti,Kepada ibu dan juga bapa.

Selasih tumbuh di tepi telaga,Selasih dimakan si anak kuda,Kasih ibu membawa ke syurga,Kasih saudara masa berada.

Pergi mendaki Gunung Daik,Hendak menjerat kancil dan rusa,Bergotong-royong amalan yang baik,Elok diamalkan setiap masa.

Buah cempedak bentuknya bujur,Sangat disukai oleh semua,Jika kita bersikap jujur,Hidup kita dipandang mulia.

Cuaca gelap semakin redup, Masakan boleh kembali terang,Budi bahasa amalan hidup, Barulah kekal dihormati orang.

Adik ke kedai membeli halia,Emak memesan membeli laksa,Jadilah insan berhati mulia,Berhati baik berbudi bahasa.

Terang bulan di malam sepi,Cahya memancar kepangkal kelapa,Hidup di dunia buatlah bakti,Kepada ibu dan juga bapa.

Selasih tumbuh di tepi telaga,Selasih dimakan si anak kuda,Kasih ibu membawa ke syurga,Kasih saudara masa berada.

Pakai baju warna biru,Pergi ke sekolah pukul satu,Murid sentiasa hormatkan guru,Kerana guru pembekal ilmu.

Bintang tujuh sinar berseri, Bulan purnama datang menerpa,Ajaran guru hendak ditaati, Mana yang dapat jangan dilupa.

Air melurut ke tepian mandi,Kembang berseri bunga senduduk,Elok diturut resmi padi, Semakin berisi semakin tunduk.

Hendak belayar ke Teluk Betong,Sambil mencuba labuhkan pukat,Bulat air kerana pembetung,Bulat manusia kerana muafakat.

Tahun 2Air melurut ke tepian mandi,Kembang berseri bunga senduduk,Elok diturut resmi padi, Semakin berisi semakin tunduk.

Hendak belayar ke Teluk Betong,Sambil mencuba labuhkan pukat,Bulat air kerana pembetung,Bulat manusia kerana muafakat.

Bandar baru Seberang Perai,Gunung Daik bercabang tiga,Hancur badan tulang berkecai,Budi yang baik dikenang juga.Terang bulan di malam sepi,Cahya memancar kepangkal kelapa,Hidup di dunia buatlah bakti,Kepada ibu dan juga bapa.

Selasih tumbuh di tepi telaga,Selasih dimakan si anak kuda,Kasih ibu membawa ke syurga,Kasih saudara masa berada.

Adik ke kedai membeli halia,Emak memesan membeli laksa,Jadilah insan berhati mulia,Berhati baik berbudi bahasa.

Pakai baju warna biru,Pergi ke sekolah pukul satu,Murid sentiasa hormatkan guru,Kerana guru pembekal ilmu.

Bintang tujuh sinar berseri, Bulan purnama datang menerpa,Ajaran guru hendak ditaati, Mana yang dapat jangan dilupa.

Parang tajam tidak berhulu,Buat menetak si pokok Ru,Bila belajar tekun selalu,Jangan ingkar nasihat guru.Cuaca gelap semakin redup, Masakan boleh kembali terang,Budi bahasa amalan hidup, Barulah kekal dihormati orang.

Adik ke kedai membeli halia,Emak memesan membeli laksa,Jadilah insan berhati mulia,Berhati baik berbudi bahasa.

Buah cempedak bentuknya bujur,Sangat disukai oleh semua,Jika kita bersikap jujur,Hidup kita dipandang mulia.

Pergi ke kedai naik beca,Beca dinaik bersama tamu,Rajin-rajin adik membaca,Membaca baik menambah ilmu.

Budak-budak berkejar-kejar,Rasa gembira bermain di sana,Kalau kita rajin belajar,Tentu kita akan berjaya.

Tumbuh melata si pokok tebu,Pergi ke pasar membeli daging,Banyak harta tak ada ilmu,Ibarat rumah tidak berdinding.Pergi mendaki Gunung Daik,Hendak menjerat kancil dan rusa,Bergotong-royong amalan yang baik,Elok diamalkan setiap masa.

Buah cempedak bentuknya bujur,Sangat disukai oleh semua,Jika kita bersikap jujur,Hidup kita dipandang mulia.

Selasih tumbuh di tepi telaga,Selasih dimakan si anak kuda,Kasih ibu membawa ke syurga,Kasih saudara masa berada.

Tahun 3Rubah Yang Baik HatiSelamat sejahtera saya ucapkan kepada para hakim yang bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita saya pada hari ini ialah Rubah yang baik hati.Pada suatu hari, seorang pemburu tertembak mati seekor ibu robin. Tembakan itu telah mengakibatkan tiga ekor anak robin menjadi anak yatim. Mereka adalah anak0anak robin yang baru sahaja menetas. Mereka langsung tidak tahu apa-apa pun, apatah lagi mencari makan. Anak-anak robin itu amat merindui ibu mereka yang selalu menyuapkan mereka makanan. Anak-anak robin itu menggeletar kesejukkan sambil mencicit dengan sedih. Mereka tersangat ingin ibu mereka kembali. Siapakah yang tidak sedih akan keadaan anak-anak burung ini? kata seekor rubah yang berada betul-betul di bawah sarang robin itu. Rubah berkata kepada burung-burung yang lain, Oh, sahabat-sahabat yang baik hati, jangan awak semua biarkan anak-anak burung yang memerlukan bantuan ini begitu sahaja! Marilah kita tolong anak-anak burung ini! Mari kita berikhtiar menambahkan lagi jerami ke dalam sarang itu. Dengan apa-apa cara pun kita mesti selamatkan anak-anak burung robin ini. Bukankah ini lebih penting daripada perkara-perkara lain? marilah tekukur, cabutlah bulu pelepah awak itu dan buat satu lapisan cadar lembut untuk mereka. Awak pula, Lark! Cukuplah awak ternamg berlegar-legar di udara. Carilah makanan dan beri sebahagiannya kepada anak-anak burung robin ini. Awak, Merpati, bolehkah awak tinggalkan sarang lama awak dan menjadi ibu angkat kepada anak-anak burung robin ini? Awak, Burung Layang0layang, pergi tangkap beberapa ekor lalat untuk dijadikan makanan ketiga-tiga ekor anak burung robin ini. Awak pula, Burung Tukang yang baik hati, nyanyikanlah beberapa buah lagu yang merdu supaya anak-anak burung ini boleh tidur dengan lena. setelah kita jaga anak-anak burung ini dengan penuh kasih saying, saya percaya kita boleh tolong mereka melupakan kesedihan kerana kehilangan ibu mereka. Mari kitaBelum lagi rubah menghabiskan kata-katanya, ketiga=tiga ekor anak burung itu terjatuh dari dalam sarang kerana tidak tahan kelaparan. Anak-anak burung itu kebetulan terjatuh di sisi rubah. Air muka rubah yang baik hati it uterus hilang entah ke mana. Ia duduk sambil mengunyah anak-anak burung itu. Cerita ini telah menyampaikan nilai moral kepada kita, orang yang baik hati tidak akan berkata sahaja tetapi melakukannya. Sekian,Terima kasih.

Tahun 3Dua Ekor Keldai Dengan PerompakSelamat sejahtera saya ucapkan kepada para hakim yang bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita saya pada hari ini ialah Dua Ekor Keldai Dengan Perompak.Terdapat dua ekor keldai sedang berjalan mengekori tuan mereka dan pembantunya. Kedua-dua ekor keldai memikul barang yang dimuatkan di dalam beg. Salah seekor keldai memikul beg yang berisikan penuh dengan duit syiling emas. Seekor keldai lagi memikul beg yang berisikan penuh dengan biji-bijian.Keldai yang memikul duit syiling emas itu berjalan dengan penuh gaya, seolah-olah mengetahui barang yang dibawanya itu amat berharga. Keldai itu asyik menggoyang-goyanglan loceng yang tergantung pada lehernya. Loceng itu mengeluarkan bunyi yang nyaring. Keldai yang seekor lagi pula berjalan dengan langkah yang mantap. Ia mengikut tuannya tanpa sepatah kata.Tiba-tiba, tiga orang perompak yang bersembunyi di sebalik semak di tepi jalan meluru keluar. Perompak-perompak itu menerpa kea rah keldai-keldai untuk merompak barang yang dibawa mereka. Tuan punya keldai dan pembantunya bertarung hebat dengan perompak=perompak itu. Salah seorang perompak mengeluarkan sebilah pisau pendek lalu mencederakan keldai yang membawa duit syiling emas itu.Akhirnya perompak-perompak itu merampas semua duit syiling emas. Walau bagaimanapun, mereka langsung tidak member perhatian kepada keldai yang membawa biji-bijian itu. Setelah perompak-perompak itu pergi dari situ, keldai yang telah dirompak dan dicederakan itu pun terbaling di atas tanah. Keldai itu mengeluh kesakitan dan mengadu akan nasibnya yang malang, Inikah ganjaran yang saya peroleh daripada manusia? Sahabat saya yang baik tidak dianggap penting itu sebaliknya tidak mengalami apa-apa kecelakaan. Saya pula yang menerima nasib malang ini!Setelah mendengar kata-kata tersebut, barulah keldai yang seekor lagi itu bersuara, Wahai sahabatku, kita tidak semestinya dilayan dengan baik walaupun kita dipandang tinggi. Saya pula amat gembira jika orang lain memandang rendah terhadap saya. Oleh itu saya tidak mengalami sebarang kecederaan.Janganlah kita terlalu bermegah dengan harta kekayaan kita kerana perbuatan sedemikian hanya akan membawa bencana. Sekian, terima kasih.

Tahun 3Wanita Tua Dengan DoktorSelamat sejahtera saya ucapkan kepada para hakim yang bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita saya pada hari ini ialah Wanita Tua Dengan Doktor.Pada masa dahulu, terdapat seorang wanita tua yang amat kaya. Dia memiliki sebuah rumah yang besar. Di samping itu, terdapat pelbagai barang yang bernilai tinggi di dalam rumahnya. Malangnya wanita tua itu telah menghidapi penyakit mata dengan tiba-tiba. Dia Cuma dapat melihat secara samar-samar sahaja. Pada suatu hari, wanita tua itu menjemput seorang doktor merawat penyakit matanya. Dia bersetuju membayar ganjaran yang amat besar sebaik sahaja doktor itu Berjaya menyembuhkan penyakitnya. Doktor tersebut mengubati mata wanita tua setiap hari. Setiap hari pula dia melihat barang-barang yang amat cantik di dalam rumah wanita tua itu.Doktor bertanya kepada wanita tua, Adakah barang-barang di rumah ini amat berniali? wanita tua menjawab, Memanglah setiap barang ini amat bernilai! setelah mendengar kata-kata wanita tua itu, niat jahat mula timbil dalam lubuk hati doctor. Dia mahu mencuru satu barang wanita tua itu ketika wanita tua menutup matanya untuk dibubuh ubat.Dengan cara itu, setiap kali selepas mengubati mata wanita tua, doktor pasti mencuri satu barang dari rumah wanita tua itu. Apabila wanita tua sembuh daripada penyakit mata, barang-barang di dalam rumahnya itu juga hamper habis dicuri. Bagaimanapun doktor masih tidak mengenal erti malu atas perbuatannya. Dia tetap mahu meminta ganjaran daripada wanita tua tetapi wanita tua tidak mahu membayarnya.Doktor pun membawa wanita tua ke hadapan Tuan Hakim untuk diadili. Doktor menuduh atas kesalahan wanita tua itu bahawa dia enggan membayar ganjaran yang telah dijanjikan. Wanita tua tersebut terus membelakan diri dengan menceritakan atas kecurian yang dilakukan oleh doktor itu. Tuan Hakim sungguh hairan. Beliau pergi menyiasat dan cuba memahami keadaan yang sebenarnya. Setelah penyiasatan dijalankan, Tuan Hakim pun menjatuhkan hukuman. Doktor diwajibkan memulangkan kesemua barang yang dicurunya dari rumah wanita tua, kata Tuan Hakim. Di samping itu, wanita tua tidak perlu member sebarang ganjaran. Akibatnya, doktor tidak memperoleh apa-apa. Dia pergi dari situ dengan penuh kecewa.Jangan cuba mengambil kesempatan terhadap kesusahan seseorang. Sekian, terima kasih.

Tahun 4Si Tanggang Anak Derhaka.Selamat pagi kawan-kawan. Pada hari ini saya ingin menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk, Si Tanggang Anak Derhaka.Di dalam sebuah kampung, tinggallah sepasang suami isteri bernama Si Talang dan Si Deruma. Mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka amatlah miskin. Si Tanggang merupakan seorang kanak-kanak yang bercita-cita tinggi. Akan tetapi, hidupnya yang serba kekurangan menjadi penghalang cita-citanya.Pada suatu hari, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di muara sungai berhampiran rumahnya. Si Tanggang pergi mencuba nasib berjumpa nakhoda kapal tersebut meminta untuk dijadikan anak kapalnya. Walaupun ibu dan bapanya keberatan untuk melepaskan Si Tanggang belayar, tetapi mereka terpaksa mengalah. Si Tanggang berjanji akan pulang ke kampung semula setelah menjadi kaya.Nakhoda amat menyukai Si Tanggang yang rajin bekerja. Lalu, Si Tanggang diambil sebagai anak angkatnya. Apabila nakhoda menjadi uzur, Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda yang baru. Dia digelar Nakhoda Tanggang.Si Tanggang sangat cekap berniaga. Dia menjadi kaya raya dan namanya menjadi terkenal. Kehebatan Si Tanggang sampai ke telinga sultan. Tidak lama kemudian, sultan mengahwinkan puterinya dengan Si Tanggang. Si Tanggang membawa isterinya belayar ke merata tempat dan negeri.Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampung asal-usulnya. Kedua ibu bapanya berasa amat gembira. Mereka mendayung sampan menuju ke kapal Si Tanggang.Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang mereka naik. Si Tanggang malu melihat keadaan ibu bapanya yang daif. Ibu bapanya memanggil-manggil Si Tanggang tetapi Si Tanggang berpura-pura tidak mengenali mereka. Apabila isterinya bertanya, Si Tanggang mengatakan bahawa ibu bapanya sudah tiada.Si Tanggang menghalau ibu bapanya. Ibu bapanya berdayung ke tebing sungai dengan perasaan sedih dan kecewa. Apabila tiba di daratan, ibunya memandang ke langit dan berdoa : Oh, Tuhan tunjukkanlah kepada anak kandungku Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya.Tiba-tiba, angin bertiup kencang dan petir berdentum. Laut bergelora dan kapal Si Tanggang terumbang-ambing dipukul ombak. Ketika itulah Si Tanggang berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan menerima balasannya kerana telah menderhaka. Akhirnya, Si Tanggang berteriak meminta ampun kepada ibunya :Ibuampunkan Tanggang(2X).Akan tetapi, penyesalannya sudah tidak berguna lagi. Kapalnya pecah akibat dipukul ombak yang kuat. Apabila ribut reda Si Tanggang, isterinya, kapalnya,dan semua anak kapalnya telah bertukar menjadi batu. Oleh itu kawan-kawan, janganlah kita menderhaka kepada ibu dan bapa. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.Sekian, terima kasih.

Tahun 4Shiou PehTolong diam, Syajid menjerit di dalam kelas pada suatu pagi.Tolong senyap, sesiapa yang bising saya akan catat nama mereka dan berikan kepada Cikgu Haniza, kata Syajid lagi.Raju.Kamal.Ah Kaw, duduk di tempat kamu. Nanti saya adukan perbuatan kamu kepada cikgu! kata Syajid memberi amaran.Raju, Kamal, dan Ah Kaw tidak sudah-sudah mengusik Shiou Peh, seorang murid yang pendiam di kelas tersebut. Mereka cuba mengambil bungkusan yang terdapat dalam beg Shiou Peh.Jajangan ambil beg saya,kata Shiou Peh. Air matanya mula mengalir.Raju..Kamal..Ah Kaw, kenapa kamu bertiga suka mengusik Shiou Peh, kata Shikin yang duduk di sebelah Shiou Peh.Kami suka.kami seronokHa..HaHaHo. Ah Kaw ketawa terbahak-bahak.Syajid berasa kasihan melihat Shiou Peh diusik oleh kawan-kawannya. Setahunya, Shiou Peh seorang murid yang baik dan tidak pernah mengganggu sesiapa.Siapa yang bising tadi hingga saya terdengar di bilik mesyuarat? Cepat bangun, kalau tidak saya akan denda seluruh kelas, kata Cikgu Haniza apabila masuk ke kelas.Raju.Kamal dan Ah Kaw mengusik Shiou Pei cikgu, beritahu Syajid.Kamu bertiga, pergi minta maaf kepada Shiou Peh. Saya tidak suka kamu berbalah sesama sendiri. Kita hidup mestilah hormat-menghormati bukannya mengusik perasaan orang lain, nasihat Cikgu Haniza.Kami minta maaf, Shiou Peh. Kami berjanji tidak akan mengusik kamu lagi, kata mereka bertiga.Saya maafkan, kata Shiou Peh sambil mengesat air matanya.RinggRingRing.Loceng rehat berbunyi. Semua murid keluar kelas untuk ke kantin. Seperti biasa Shiou Peh akan berjalan ke belakang penjuru blok sekolah. Di tangannya terpegang satu bungkusan.Apa yang hendak dibuat Shiou Peh? Apakah dalam bungkusan itu? kata Syajid dalam hati.Syajid mengekori Shiou Peh dari belakang. Tiba di belakang penjuru blok sekolah, Shiou Peh pun mengeluarkan batang-batang straw dan manik-manik kecil daripada bungkusan yang dibawanya.Dengan pantas Shiou Peh menganyam batang-batang straw dan manik-manik kecil tadi menjadi kuntuman bunga yang kecil dan menarik. Dengan perasaan ingin tahu, Syajid menghampiri Shiou Peh perlahan-lahan.Apa yang kamu buat ni, Shiou Peh? tanya Syajid.Ti..tidak ada apa-apa, jawab Shiou Peh gugup kerana terkejut.Shiou Peh tergesa-gesa bangun dan cuba beredar.Eh, nanti dulu, Shiou Peh, kata Syajid.Kenapa kamu buat semua ini? Jika kamu ada masalah, beritahulah kepada saya. Sebagai seorang sahabat, saya akan cuba menolong kamu, jika kamu dalam kesusahan.Tak mengapalah, biar semua ini menjadi rahsia diri saya, jawab Shiou Peh menundukkan kepala.Cakaplah, kenapa? pujuk Syajid.Akhirnya Shiou Peh mengalah.Saya terpaksa melakukan semua ini untuk menampung perbelanjaan harian di rumah. Keluarga saya miskin. Ayah saya sedang terlantar sakit di hospital. Adik-adik saya ramai yang bersekolah. Emak saya bekerja mencuci kain di rumah orang. Sebagai anak sulung saya berasa bertanggungjawab membantu emak mencari duit, terang Shiou Peh panjang lebar.Kamu buat bunga-bunga straw ini untuk dijual? tanya Syajid.Ya, kata Shiou Peh.Ayah kamu sakit apa? tanya Syajid lagi.Dia sakit jantung. Penyakitnya sudah mencapai tahap kritikal, jawab Shiou Peh sedih.Air matanya mula mengalir.Ringgring.ringg.Loceng tamat waktu rehat berbunyi.Tak apalah, Shiou Peh. Kita balik ke kelas dahulu. Saya akan cuba untuk membantu awak nanti, kata Syajid dengan lembut.Malam itu Syajid memikirkan cara untuk membantu Shiou Peh. Syajid mengeluarkan wang dari tabung ayamnya. Dia bercadang untuk mendermakan wang itu kepada Shiou Peh. Keesokan harinya, Syajid berjumpa dengan Cikgu Haniza. Dia menceritakan penderitaan keluarga Shiou Peh kepada cikgunya.Saya cadangkan kita mengadakan kutipan derma untuk membantu Shiou Peh, Cikgu,kata Syajid.Ini wang simpanan hasil lebihan wang belanja saya untuk didermakan kepada Shiou Peh, kata Syajid lagi.Terima kasih Syajid. Cikgu bangga dengan kamu. Cikgu akan kemukakan cadangan kamu itu kepada pihak atasan. Kita juga mungkin meminta kerjasama pihak akhbar supaya membantu memungut derma untuk Shiou Peh, kata Cikgu Haniza.Syahid berjalan pulang ke keluarga. Hatinya berasa lega kerana dapat menolong sesama insan.Semasa melangkah masuk ke dalam kelasnya Syajid memandang Shiou Peh dan tersenyum. Shiou Peh membalas senyuman itu tanpa mengerti apa-apa.Semoga hari-hari akan mendatang, persahabatan kita erat seperti eratnya kuntuman bunga straw awak, Shiou Peh, kata Syajid dalam hatinya.

Tahun 4KERANA SEPASANG KASUTTerima kasih tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana serta para hadirin sekalian. Assalamualaikum wtb dan salam satu Malaysia. Pada hari ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang memberi banyak pengajaran untuk renungan kita bersama. Kerana Sepasang Kasut. Dengar dan hayatilah cerita ini.Kring.. loceng sekolah berbunyi menandakan waktu persekolahan sesi petang baru sahaja bermula. Kelihatan seorang budak lelaki berpakaian lusuh memikul sebuah beg berlari pantas menuju ke pintu pagar sekolah. Budak lelaki itu telah ditahan oleh guru disiplin. Guru disiplin yang berbadan tegap dan bersuara kuat itu bernama Cikgu Azman. Setiap murid di sekolah itu pasti gerun apabila berhadapan dengan Cikgu Azman. Kenapa kamu lambat lagi hari ini? tanya Cikgu Azman. Mamamaafkan saya, cikgu, kata Hafiz.Belum sempat Hafiz memberikan alasan, satu libasan rotan hinggap dikakinya. Aduh! Hafiz mengerang kesakitan. Termasuk hari ini, sudah sepuluh hari kamu datang lewat ke sekolah. Cikgu tidak mahu mendengar alasan kamu lagi. Pastikan esok kamu datang lebih awal, bentak Cikgu Azman bagaikan halilintar itu. Selalu lewat datang ke sekolah. Berlari laju sehingga lelahTiada siapa ingin membantu. Seorang diri menanggung malu Hafiz merupakan seorang pelajar yang datang daripada sebuah keluarga miskin yang tinggal di ceruk kampung. Dia mempunyai seorang adik perempuan bernama Hafizah. Ibunya bekerja sendiri seperti menjual sayur-sayuran yang ditanam untuk menyara hidup mereka. Ayahnya sudah lama meninggal dunia. Kehidupan mereka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Wang yang diperolehi hasil menjual sayur-sayuran itu cukup-cukup digunakan untuk makan dan menghantar Hafiz dan Hafizah ke sekolah.Pada suatu hari, kasut yang dipakai oleh Hafizah rosak teruk dan tidak boleh dipakai lagi. Hafiz berasa kasihan kepada adiknya tetapi dia tidak mampu melakukan apa-apa. Hafiz mendapat idea, dia memberi cadangan kepada adiknya. Adik, adik gunakanlah kasut abang , biarkan abang tidak bersekolah, kata Hafiz. Tidak mengapa, biarlah adik duduk di rumah, abang pergiiah ke sekolah, kata Hafizah pula.Hafiz berasa serba salah lalu berkata, baiklah, kita bergilir-gilir memakainya. Mula-mula adik pakai dahulu, selepas adik balik dari sekolah, abang pula yang memakainya.Hafizah pun bersetuju dengan cadangan itu. Semenjak hari itu, setelah Hafizah pulang ke rumah, Hafiz pula menyarung kasut sekolahnya dan berlari sekuat hati pergi ke sekolah. Oleh sebab itulah dia selalu lewat sampai ke sekolah dan selalu dimarahi oleh gurunya. Pada suatu hari, sekolah Hafiz mengadakan pertandingan marathon. Hadiah utama pertandingan itu ialah sebuah basikal, namun Hafiz tidak teruja dengan hadiah pertama, dia teruja dengan hadiah tempat ketiga iaitu sepasang kasut sekolah. Hafiz mengambil keputusan untuk menyertai acara tersebut dan dia merancang untuk mendapat tempat ketiga supaya dia menerima sepasang kasut sekolah untuk adiknya.Hadirin sekalian,Sungguh mulia hati si abang yang ingin membantu adiknya. Hafiz memasuki pertandingan berlari. Tempat ketiga ingin dimiliki. Hari pertandingan telah tiba. Hafiz berlari sekuat hatinya meninggalkan peserta yang lain. Hafiz mendapat tempat pertama. Hafiz menangis teresak-esak. Dia menangis bukan kerana dia gembira tetapi kerana dia sedih tidak mendapat apa yang diinginkannya. Apa yang diinginkannya hanyalah sepasang kasut untuk adiknya. Kisah Hafiz ini sampai ke pengetahuan Cikgu Azman. Cikgu Azman menitiskan air mata. Dia menyesali perbuatannya yang telah menghukum tanpa mengetahui kisah sebenar. Sejak hari itu, Cikgu Azman berusaha mengutip sumbangan untuk diberikan kepada keluarga Hafiz. Hafiz berterima kasih kepada Cikgu Azman dan pihak sekolah atas bantuan yang diberikan. Dia sangat bersyukur kerana kini dia dan adiknya sudah memiliki sepasang kasut sekolah yang cantik, putih dan selesa dipakai. Hadirin sekalian, Begitulah cerita tentang Hafiz dan Hafizah, semoga cerita ini akan menjadi pengajaran dan teladan kepada kita semua. Hayatilah puisi ini,Hari ini kita mendongak langitKita mengharapkan matahari terus menyinari bumi,Tetapi Tuhan turunkan hujanKita bersedih dan tertanya-tanyaKe manakah perginya matahari?Rupa-rupanya Tuhan telah memberikan pelangiSetelah hujan turun membasahi bumi.Janganlah kita berputus asa, usaha dan terus berusaha, Pasti kejayaan menjadi milik kita. Andai kita gagal di pertengahan, pasti ada sinar harapan. Sekian, terima kasih.

Tahun 5 & Tahun 6MUHIBAH DAN PERPADUANYang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang bijaksana, guru-guru besar, guru-guru dan para hadirin yang dihormati sekalian. Salam perpaduan dan salam Satu Malaysia saya ucapkan.Muhibah dan Perpaduan begitulah tersusun tajuk bicara saya pada pagi yang mulia ini. Menurut Kamus Dewan, muhibah bererti percintaan, perasaan persahabatan dan kemesraan. Manakala perpaduan pula membawa maksud kerjasama dan persefahaman. Dengan kata lain, tajuk syarahan ini boleh diertikan sebagai semangat kerjasama, saling bantu-membantu tanpa mengira bangsa, agama dan kebudayaan. Hadirin yang dihormati sekalian,Umum mengetahui, cabaran pertama Wawasan 2020 ialah mewujudkan rakyat Malaysia yang bersatu padu serta mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Ini jelas membuktikan bahawa perpaduan merupakan unsur terpenting dalam usaha kerajaan memajukan negara. Manakala, gagasan Satu Malaysia pula merupakan penerus penyatuan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini. Gagasan ini mengukuhkan lagi perpaduan yang sedia terjalin bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur. Perpaduan adalah senjata yang paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan.

Para hadirin,Selepas peristiwa 13 Mei 1969, Malaysia telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1970, di mana objektif dan strategi yang telah dilaksanakan adalah untuk mencapai perpaduan di kalangan rakyat Malaysia ke arah pembangunan negara. Antara langkah-langkah yang telah diambil ialah menyusun semula masyarakat dari segi politik, ekonomi dan sosial serta mengadakan peraturan dan undang-undang untuk memelihara keharmonian antara kaum. Kempen-kempen untuk mengukuhkan perpaduan kaum dipergiatkan lagi. Kerajaan telah menzahirkannya dengan menggalakkan sambutan perayaan seperti Rumah Terbuka Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas secara besar-besaran untuk mewujudkan semangat muhibah dan perpaduan.

Para hadirin yang dihormati,Sering kali kita lihat peristiwa-peristiwa seperti peperangan, rusuhan dan pembunuhan menghiasi dada akhbar-akhbar. Ini jelas menunjukkan tiada perasaan kerjasama dan toleransi di antara satu sama lain. Peristiwa 13 Mei, seharusnya kita jadikan iktibar. Mempertahankan negara dari musuh dan ancaman luar adalah tanggungjawab kita bersama. Kita perlu sedar dan sentiasa berpegang kepada nilai-nilai patriotik seperti kesetiaan, keberanian, rela berkorban, kesukarelaan,dan cintakan bangsa dan negara. Setiap rakyat harus menyemai roh perpaduan sejak kecil lagi. Bak kata pepatah Melentur buluh, biar dari rebungnya. Oleh itu, ibu bapa berperanan penting di samping institusi pendidikan negara. Bermula dengan Laporan Razak, diikuti dengan Penyata Rahman Talib, kini termaktubnya Akta dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan , pelaksanaanya berteraskan perpaduan rakyat.

Hadirin yang budiman,Tajuk telah saya bentangkan, isi telah saya kupaskan dan saya pasti, hadirin sekalian bersetuju jika saya katakan nilai muhibah dan perpaduan menjadi tunjang keamanan, kemakmuran dan pembangunan negara. Jatuh bangunnya negara kita adalah di tangan kita. Justeru itu, kita sebagai generasi dan pewaris bangsa Malaysia perlu mengekalkan dan memantapkan perpaduan yang sedia terjalin demi menjamin keunggulan bangsa kita iaitu bangsa Malaysia. Sebelum mengundurkan diri, saya ingin memetik untaian kata perdana menteri kita iaitu "Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia yang merentasi tembok dan kepompong etnik". Saya percaya muhibah dan perpaduan mampu meruntuhkan tembok perkauman ini.Sekian, terima kasih.

Tahun 5 & Tahun 6SATU MALAYSIA PEMANGKIN PERPADUAN

Cincin suasa cincin pusaka,Disimpan rapi dalam peti;Cintai negara sayangi bangsa,kekalkan perpaduan tanpa sangsi.

Pantun empat kerat ini membuka tirai syarahan saya pada pagi ini.Salam bahagia dan sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Pengetua, barisan hakim yang arif dan berdiri di atas paksi keadilan, guru-guru dan tidak dilupakan hadirin sekalian yang saya muliakan. SATUMALAYSIAPEMANGKIN PERPADUAN, demikianlah bunyinya tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada pagi yang mulia ini.

Hadirin sekalian,Kalau kita dapat menyatukan masyarakat menjadi satu rakyat dengan satu impian, kita akan jadikanMalaysiasebuah negara lebih kuat, gagah perkasa dan Berjaya. Begitulah kata Dato seri najib tun razak selaku perdana menteriMalaysiakeenam negara kita yang faham akan secara realitinya masyarakat berbilang keturunan dan agama di negara ini perlu bersatu bagi menjadikanMalaysiasebuah negara yang kukuh.Konsep 1Malaysia merupakan konsep yang berpaksikan bumi nyata dan realiti sebenar rakyat pelbagai kaum di negara ini. 1Malaysia diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai satu bangsa. Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan.Sebanyak lapan nilai yang tidak saling eksklusif telah diperkenalkan dalam konsep satuMalaysiaini. Budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetian, meritokrasi, pendidikan dan integriti, kelapan-lapan nilai ini telah menjadi asas kepada satu Negara satu bangsa.

Para hadirin,Kesetiaanadalah penting kerana ia adalah asas kepada kepercayaan. Contohnya sebagai kawan, anda setia kepada kawan anda tak kisah dari segi keturunan dan keagamaan, kerana kesetiaan tersebut akan membina kepercayaan. Satu ikatan peribadi antara anda dengan seorang yang lain. Dengan adanya kepercayaan antara kawan, maka wujudlah keharmonian di antara jiran memandangkan jiran kita kawan kita. Semangat kejiranan yang kukuh penyumbang kepada keamanan masyarakat. Tambahan pula, KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA begitulah bunyinya prinsip kedua rukun Negara kita. Semua rakyat dituntut setia kepada raja dan negara. Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara yang menyimbolkan penyatuan rakyat.

Perbezaan yang agak ketara di antara toleransi danpenerimaan. Apabila kita menyebut toleransi, mungkin kita tidak berapa suka akannnya, tetapi tetap menerimanya kerana kita tiada pilihan. Tetapi jika kita bercakap dari segi penerimaan, ia memperlihatkan keadaan pemikiran bahawa kita menerima sepenuhnya sesuatu secara positif. Penerimaan dari segi kita bersedia untuk menerima sebarang perkara. Jika kita sanggup menerima sebarang perkara, kita mengambil perkara tersebut dengan kerelaan, maka dengan kepastian kita akan dapat melihat kepada semua perkara secara lebih positif. Oleh hal yang sedemikian, dengan nilai penerimaan ini, kita sebagai rakyatMalaysiapatut menerima konsep satuMalaysiasecara positif.

Pendidikandan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan dan disepanjang sejarah kita telah melihat hanya empayar yang berteraskan akal yang terus wujud, khususnya dalam konteks semasa. Sebuah empayar yang terbina daripada kekuatan tentera tidak bertahan dan tidak mampu bertahan.Pendidikan yang disepadukan dengan nilai, kita akan memiliki sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat menempatkan pendidikan dan pengetahuan di mercu segala yang lain malah dapat menghayati erti perpaduan yang dikecapi selama ini.

Saudara-saudari,'SatuMalaysia' - bukanlah suatu 'nyanyian perang' (battle cry). Ia juga bukannya suatu pernyataan slogan yang kosong. Kita mesti sama-sama menghayati kepentingan 'SatuMalaysia' dalam keadaan dan perkaitannya dengan suasana sedia ada. Tidak ada satu bangsa hebat di dunia ini yang mampu mencapai klimaks kehebatan dengan bangsanya yang berpecah-belah dan tidak ampuh. Ini fakta sejarah yang tidak mungkin mampu dinafikan. Susur sahaja kehebatan tamadun dunia apa sekalipun, ia bermula dengan 'cita-cita kebernegaraan' yang dikongsi bersama.

Perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi dengan menganggap kita adalah rakyatMalaysiadan bangsaMalaysia. Keadaan ini akan dapat mewujudkan suasana negara yang aman, harmoni, selesa, keselamatan yang terjamin dan memberi kemakmuran kepada negara. Rakyat perlu memahami bahawa negara yang mempunyai kestabilan dan keselamatan yang terjamin akan memberi perkembangan ekonomi yang pesat. Oleh itu rakyat akan dapat menikmati limpahan daripada kerancakan ekonomi negara.

Para hadirin yang saya hormati,Sebagai rumusan, setelah 58 tahun kita Merdeka, kita sebagai rakyatMalaysiayang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya dan adat resam memerlukan satu misi bagi memajukan negara secara bersama. Konsep SatuMalaysiayang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri adalah langkah yang amat bertepatan dengan suasana untuk menyatakan impian satu bangsa satu Negara.

Sekian, terima kasih.

Tahun 4Nama:Kelas:Lengkapkan silangkata dibawah berdasarkan gambar yang diberi.

Tahun 5Nama :Kelas:Warnakan perkataan yang tersembunyi menggunakan pensel warna.

PETOLASEKOLAHLEMBUJAMBU

HIJAUMALAYSIAKUNCISUMBU

RUMAHTELEFONLAKSAMERDU

TENTERASUDIPPINTUPANDU

PERIUKGAJAHBENDIBAJU

SEMUTMANDIKERJAKERUSI

KELAPABALDILAMPUKEPALA

Tahun 6Nama:Kelas:Anda dikehendaki mencari 7 perkataan yang tersembunyi dengan menjawab soalan-soalan dibawah.