buletin anjakan ke-16 (julai 2014)

4
ISU BULAN INI: 1. Pendidikan Khas 2. Maklumbalas Pelan Penataran PPPM Dari Meja Pengarang Dalam usaha menyokong aspirasi PPPM, Kementerian tidak mengenepikan murid- murid yang kurang bernasib baik. Anjakan keluaran kali ini menyentuh tentang pendidikan bagi murid-murid berkeperluan khusus. PPPM telah menyatakan isu dan pelan tindakan berkaitan Pendidikan Khas hasil daripada perundingan dengan pihak berkepentingan untuk mencari pendekatan terbaik bagi meningkatkan kualiti Pendidikan Khas. Tumpuan utama bagi pendidikan khas adalah meningkatkan kualiti infrastruktur dan memastikan guru atau pakar terlatih ditempatkan di sekolah pendidikan khas. Turut dimuatkan dalam Anjakan pada kali ini adalah maklum balas daripada para guru tentang dua aktiviti di bawah Jawatan kuasa Penataran Maklumat dan Pengurusan Perubahan iaitu Info 5 Minit dan Sudut PPPM yang telah dilaksanakan mulai Julai 2014 sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman warga pendidikan tentang PPPM. Ketua Editor PPPM dalam Gelombang 1 memberi tumpuan kepada elemen berikut: 1. Mengenal pasti dan menjalankan intervensi murid berkeperluan khas lebih awal 2. Meningkatkan kualiti kurikulum dengan memasukkan pelbagai kemahiran vokasional seperti refleksologi dan grafik komputer 3. Memastikan guru dilengkapkan dengan kemahiran asas bagi menjadikan pendidikan khas sebagai mata pelajaran teras 4. Menggandakan usaha untuk menaik taraf sekolah sedia ada mengikut keperluan asas pendidikan khas 5. Meningkatkan kesedaran mengenai murid berkeperluan khas melalui pembangunan laman portal bersepadu dan melaksanakan kempen Anjakan Ke-16 Julai 2014 SK Pendidikan Khas Kuala Terengganu Giat Menyertai Sukan dan Kokurikulum SM Pendidikan Khas, Kuala Terengganu merupakan sekolah yang menawarkan pendidikan kepada murid berkeperluan khusus dan kurang upaya di Terengganu. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sekolah ini mengintip peluang mengembangkan potensi murid dalam pelbagai jenis sukan dan kokurikulum. Murid- murid tidak ketinggalan menyertai setiap aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan oleh Kementerian seperti Tilawah Al-Quran, Tulisan Khat, Nasyid Kod Tangan dan Bercerita Kod Tangan. Beberapa pencapaian telah diraih baik di peringkat negeri mahupun kebangsaan. Sejak 2012 murid sekolah ini telah memenangi tempat petama dalam pertandingan Tulisan Khat. Pencapaian cemerlang pada 2014 termasuklah Naib Johan peringkat Daerah dalam Olahraga dan Balapan Pendidikan Khas, tempat ketiga dalam pertandingan Tilawah Al-Quran dan Azan Subuh peringkat kebangsaan. Mendekati komuniti merupakan satu daripada usaha untuk meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan khas

Upload: gpbsmkjk

Post on 24-May-2015

630 views

Category:

Education


3 download

DESCRIPTION

Buletin Anjakan Ke-16 (Julai 2014)

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)

K

ISU BULAN INI:

1. Pendidikan Khas

2. Maklumbalas Pelan

Penataran PPPM

Dari Meja Pengarang

Dalam usaha menyokong aspirasi PPPM, Kementerian tidak mengenepikan murid-murid yang kurang bernasib baik. Anjakan keluaran kali ini menyentuh tentang pendidikan bagi murid-murid berkeperluan khusus. PPPM telah menyatakan isu dan pelan tindakan berkaitan Pendidikan Khas hasil daripada perundingan dengan pihak berkepentingan untuk mencari pendekatan terbaik bagi meningkatkan kualiti Pendidikan Khas. Tumpuan utama bagi pendidikan khas adalah meningkatkan kualiti infrastruktur dan memastikan guru atau pakar terlatih ditempatkan di sekolah pendidikan khas. Turut dimuatkan dalam Anjakan pada kali ini adalah maklum balas daripada para guru tentang dua aktiviti di bawah Jawatan kuasa Penataran Maklumat dan Pengurusan Perubahan iaitu Info 5 Minit dan Sudut PPPM yang telah dilaksanakan mulai Julai 2014 sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman warga pendidikan tentang PPPM.

Ketua Editor

PPPM dalam Gelombang 1 memberi tumpuan kepada elemen berikut: 1. Mengenal pasti dan

menjalankan intervensi murid berkeperluan khas lebih awal

2. Meningkatkan kualiti

kurikulum dengan memasukkan pelbagai kemahiran vokasional seperti refleksologi dan grafik komputer

3. Memastikan guru

dilengkapkan dengan kemahiran asas bagi menjadikan pendidikan khas sebagai mata pelajaran teras

4. Menggandakan usaha untuk

menaik taraf sekolah sedia ada mengikut keperluan asas pendidikan khas

5. Meningkatkan kesedaran

mengenai murid berkeperluan khas melalui pembangunan laman portal bersepadu dan melaksanakan kempen

Anjakan Ke-16 Julai 2014

SK Pendidikan Khas Kuala Terengganu Giat Menyertai Sukan dan

Kokurikulum

SM Pendidikan Khas, Kuala Terengganu merupakan sekolah yang menawarkan

pendidikan kepada murid berkeperluan khusus dan kurang upaya di Terengganu.

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sekolah ini mengintip peluang

mengembangkan potensi murid dalam pelbagai jenis sukan dan kokurikulum. Murid-

murid tidak ketinggalan menyertai setiap aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan

oleh Kementerian seperti Tilawah Al-Quran, Tulisan Khat, Nasyid Kod Tangan dan

Bercerita Kod Tangan.

Beberapa pencapaian telah diraih baik di peringkat negeri mahupun

kebangsaan. Sejak 2012 murid sekolah ini telah memenangi tempat petama dalam

pertandingan Tulisan Khat. Pencapaian cemerlang pada 2014 termasuklah Naib

Johan peringkat Daerah dalam Olahraga dan Balapan Pendidikan Khas, tempat ketiga

dalam pertandingan Tilawah Al-Quran dan Azan Subuh peringkat kebangsaan.

Mendekati komuniti merupakan satu

daripada usaha untuk meningkatkan

kesedaran terhadap pendidikan khas

Page 2: Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)

MEMAHAMI KANDUNGAN PPPM: PENDIDIKAN KHAS

Kira-kira 1 peratus daripada jumlah pelajar di Malaysia merupakan murid berkeperluan khusus. Mereka terdiri daripada murid yang mengalami kecacatan mental, bermasalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah laku, gangguan komunikasi (pertuturan dan bahasa), hilang pendengaran, hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas. Menurut Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan

Pendidikan (Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3(2), Kementerian menyediakan pendidikan khas dan kemudahan untuk murid bermasalah penglihatan dan pendengaran, manakala pendidikan khas integrasi pula adalah untuk yang bermasalah pembelajaran, penglihatan, dan pendengaran. Terdapat beberapa cabaran dalam menyediakan pendidikan yang berkualiti. Antaranya ialah pengenaan awal murid berkeperluan khas, kelewasan kurikulum, guru dan tenaga pakar, infrastruktur dan kesedaran serta pelibatan awam mengenai isu keperluan murid berkeperluan khas.

Anjakan Ke-16 Julai 2014

Program Buying Seats Murid Berkeperluan Khas

Kerajaan tidak pernah menganaktirikan murid berkeperluan khas seperti anak-anak yang lain. Malah Kementerian akan memastikan pendidikan khas bergerak seiring dengan pendidikan aliran perdana. Namun begitu, persoalan utama yang kerap ditimbulkan oleh ibubapa ialah “ke mana anak-anak saya akan pergi selepas tamat persekolaan pendidikan khas”. Di bawah inisiatif NKRA, Program Buying Seats Murid Berkeperluan Khas diwujudkan untuk menyediakan pendidikan dan seterusnya peluang pekerjaan kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Tujuan Program Buying Seats Murid Berkeperluan Khas:

Memberi peluang kepada MBPK untuk menimba ilmu kemahiran dan pengetahuan serta memperolehi pengalaman belajar di institusi awam dan swasta.

MBPK juga dapat mengisi ruang kemahiran yang tidak diperolehi di sekolah dan menamatkan pangajian dengan kelayakan kemahiran yang diiktiraf dalam bidang kemahiran yang diminati.

Pendidikan Khas memerlukan tumpuan dan perhatian khusus para guru

Perundangan berkait dengan pendidikan khas DEKLARASI HAK-HAK KEMANUSIAAN SEJAGAT (1948) Menyebutkan langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan. AKTA PELAJARAN 1961 Menyatakan sekolah khas menyediakan layanan yang khas untuk kanak-kanak kurang upaya. LAPORAN JAWATANKUASA KABINET (1978) Memberi tumpuan yang jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia.

Tanggungjawab kementerian:

Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak kanak yang bermasalah penglihatan, pendengaran, pembelajaran (terencat akal ) yang boleh didik.

Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik.

Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti di peringkat awal dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan yang berisiko.

AKTA PENDIDIKAN 1996.

Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1) (b) atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah yang di fikirkan oleh Menteri

Page 3: Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)

27 TAHUN DALAM PENDIDIKAN KHAS Cikgu Chuah Beng Ean telah melalui pengalaman selama 27 sebagai seorang guru pendidikan khas. Berkhidmat di SMK Presint 11(1), Putrajaya, beliau telah melihat perubahan yang ketara bagi Pendidikan Khas sepanjang kerjayanya. “Semasa dilantik pertama kali sebagai guru Kurikulum Pendidikan Khas masih belum mantap. Guru terpaksa menyediakan peralatan sendiri, malah kelas khas untuk pendidikan khas tidak disediakan. Bagaimanapun selepas tahun 2000, dengan sokongan daripada Kementerian Pendidikan serta Kementerian lain seperti Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sumber Manusia, kurikulum telah ditambah baik. Dengan adanya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang mempunyai hala tuju yang jelas terutama mengenai pendidikan inklusif, guru-guru arus perdana juga bersedia untuk menerima murid Pendidikan Khas”.

Anjakan Ke-16 Julai 2014

Chuah Beng Ean

Eazie Ezry bin Saufi

GURU SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS Cikgu Syamilah Shamsudin, guru Sekolah Pendidikan Khas, Kuala Terengganu pernah melalui pengalaman mencabar mengajar murid berkeperluan khusus. Ini kerana pada peringkat awal beliau telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar murid masalah penglihatan meskipun latihan yang diterima adalah dalam bidang masalah pembelajaran. Beliau telah belajar sendiri khususnya tulisan braille. Menurutnya pengajaran murid di pendidikan khas memerlukan pemerhatian khusus. Sebaiknya seorang guru hanya boleh memberi perhatian kepada enam orang murid dalam sesi pengajaran pembelajaran.

Syamilah Shamsudin

MENGAJAR PENDIDIKAN KHAS DI LUAR BANDAR

Pengalaman mengajar murid pendidikan khas di luar bandar kira-kira 7 tahun yang lalu, menjadikan Cikgu Eazie Ezry bin Saufi lebih kreatif dalam menyedikan keperluan belajar untuk murid-murid. Kelengkapan sekolah yang serba kekurangan menyebabkan En Eazie mengambil inisiatif membina sendiri kelengkapan kerusi meja untuk murid-muridnya. Pihak sekolah hanya mampu menyediakan sebuah bilik darjah yang berhampiran dengan tandas. Menurutnya keadaan sekolah pendidikan khas di luar bandar amat jauh berbeza begitu juga dengan tahap kesedaran dalam kalangan ibu bapa. “Kebanyakan ibu bapa masih kurang faham tentang pendidikan khas. Jadi menjadi tugas utama guru untuk meningkatkan keyakinan ibu bapa menghantar anak mereka yang bermasalah untuk mendapatkan pendidikan khas di sekolah.”

Page 4: Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)

Jika ada sebarang cadangan dan maklumat berkaitan PPPM, hantarkan kepada kami.

Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 3, Blok E9,Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya. [email protected] +03 8872 1605

Kesedaran dan kefahaman masyarakat khususnya dalam kalangan warga pendidik merupakan elemen terpenting ke arah memastikan PPPM terlaksana dengan jayanya. PADU melalui Jawatankuasa Penataran Maklumat dan Pengurusan Perubahan telah menggerakkan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan lagi kesedaran dan kefahaman tentang PPPM. Antara yang telah dilaksanakan ialah Info 5 minit dan mengadakan Sudut PPPM di semua sekolah, institusi pendidikan, PPD dan JPN. Berikut adalah antara maklum balas yang diterima daripada warga pendidik.

“PPPM memang perlu untuk menyediakan modal insan yang boleh bersaing di peringkat global. Warga pendidik perlu faham, sedar dan bersedia untuk menjayakannya. Di sekolah kami, saya telah menyampaikan maklumat PPPM ini kepada semua guru. Apa yang diperoleh daripada PPD atau JPN saya bincangkan bersama di sekolah. Poster-poster PPPM kami cetak sendiri dan diletakkan di papan kenyataan supaya dapat dikongsi bersama oleh para guru”

Pengetua SMK Tg Intan Zaharah,Terengganu “Saya berpendapat PPPM adalah satu pelan yang akan meningkatkan pencapaian akademik para pelajar dan mengubah arus pendidikan yang sekarang ini kurang memberangsangkan. Bila ada PPPM ini, macam inisiatif guru kita lebih fokus. Contohnya kesamarataan, dahulu guru kurang memberi tumpuan kepada sesetengah murid. Sekarang lebih sedar dan perlu pendidikan yang sama rata. Dengan Info 5 minit yang telah kita laksanakan diharap dapat memberi maklumat kepada kami. Tapi sudut PPPM baru nak dimulakan.

Guru SK Kg Gemuroh, Terengganu “Saya sebagai Pengetua memang bercakap tentang PPPM dalam mesyuarat atau perhimpunan. JPN telah mengarahkan PPD dan sekolah untuk melaksanakan Info 5 minit. Saya setuju sebab cikgu-cikgu ni tak banyak bertanya. Kita perlu ulang…ulang beberapa kali. Guru juga banyak bergantung kepada Pengetua. Nak cari sendiri maklumat memang kurang sikit”.

Pengetua SMK Jenagor, K. Berang

“Maklumat PPPM penting untuk menjadi panduan tugas warga pendidik yang memancu pendidikan negara”.

Timbalan Ketua JNJK Terengganu “Saya baru dilantik sebagai SISC+. Rasa amat mencabar. Contohnya untuk mengubah minda persepsi guru. Macam saya ada guru lelaki di kelas yang hujung memang susah nak dengar pandangan kita. Kalau berkaitan dengan PPPM ni kebanyakan guru besar sahaja yang bertanya dekat kami. Guru-guru jarang”.

Guru SISC+ “Di sekolah kami setiap hari sebelum masuk kelas maklumat ringkas berkaitan PPPM diadakan melalui pembesar suara”.

Guru SK Seri Nilam, kuala Terengganu

Anjakan Ke-16 Julai 2014