pinan blanan kppkmpb.gov.my/mpb/images/penerbitan/buletin/2011/buletin bil... · 2011. 11. 14. ·...

12
PB BIL. 3/2011 Buletin MPB LEMBAGA LADA MALAYSIA Board Malaysian Pepper LEMBAGA LADA MALAYSIA KANDUNGAN UTAMA Y.B. Menteri (duduk lima dari kiri) merakamkan gambar kenangan bersama pegawai dan kakitangan MPB. Perhimpunan Bulanan KPPK Oleh: Samziah Man T ANGGAL 15 Julai 2011 yang lalu, Lembaga Lada Malaysia (MPB) julung-julung kalinya diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah bagi Perhimpunan Bulanan KPPK Bil. 2/2011. Semasa perhimpunan. Y.B. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok menyampaikan ucapan beliau meminta semua kakitangan kementeriannya agar menumpukan perhatian kepada tugas yang diamanahkan kerajaan dan tidak terlibat dalam sebarang agenda yang tidak sihat. Semua pegawai dan kakitangan perlu sentiasa mematuhi etika sebagai penjawat awam. Tambah beliau lagi, jika terdapat sebarang isu berbangkit, langkah penyelesaian harus diambil melalui proses rundingan dan perundangan yang dikuatkuasakan dalam sistem demokrasi negara kita. Turut hadir dalam perhimpunan tersebut adalah Ketua Setiausaha Kementerian, Datin Paduka Nurmala Abdul Rahim, Ketua-Ketua Pengarah agensi, Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha, Ketua-ketua Pegawai Eksekutif Majlis dan kakitangan- kakitangan kementerian. Dalam ucapan Y.B. Menteri, beliau menyeru semua kakitangan melakukan satu transformasi minda, memurnikan etika kerja dan memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan bagi mendukung dan merealisasikan “Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” selaras dengan tanggungjawab kakitangan awam sebagai pelaksana dasar-dasar kerajaan dan penjawat awam. Ujar Y.B. lagi, kerajaan telah menggariskan satu pendekatan yang berbeza dan baru untuk memperbaharui, membentuk dan membina semula struktur kerajaan dan prosedur pentadbiran agar menepati keperluan sebuah negara berpendapatan tinggi. Langkah-langkah dasar bagi mentransformasi sektor awam ialah memperkukuhkan peranan kerajaan sebagai pemudah cara, termasuk memperluaskan perkhidmatan perlesenan secara elektronik, mewujudkan perkhidmatan yang berpusatkan rakyat atau people centric dan mengukuhkan kawalan perbelanjaan dengan melaksanakan pengurusan nilai atau value management. Sebagai mengakhiri ucapan, Y.B. Menteri melancarkan Kempen Senyum di peringkat kementerian. Beliau yakin jika semua warga kerja KPPK sentiasa ikhlas dan ceria dalam menjalankan tugas, sudah pasti kualiti, produktiviti dan tahap penyampaian perkhidmatan kepada golongan sasar akan lebih cemerlang. Kesedaran dan Pengurusan Keselamatan Makmal Lada Putih bakar lemak M5 Malam Majlis Penyampaian Anugerah Album Hari Inovasi M6 - 7 Anugerah Khas Lembaga Lada Malaysia Aktiviti nilai murni KESUDA M8 Anugerah Kebersihan dan Keceriaan Pejabat Balasungkawa kepada mendiang Rigos ak Daun Quotes M9 Kumpulan Jingga juara sukan KESUDA M10 Perlaksanaan 5S Bahagian Khidmat Pengurusan M11 The impact of cell phone radiation to humans M12 Produk tambah nilai jana RM350 juta M2 Majlis Ngiling Tikai Kumpulan Cyclone meraih tempat ketiga Pesta Benak M3 Pembentangan Kumpulan KIK semasa Hari Inovasi M4 Perhimpunan Bulanan KPPK

Upload: others

Post on 10-Dec-2020

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pinan Blanan KPPKmpb.gov.my/mpb/images/penerbitan/Buletin/2011/Buletin Bil... · 2011. 11. 14. · SALAM SEJAHTERA, Walaupun pada era ini, anjakan . pembaca ke arah pembacaan blog

MPBLEMBAGA LADA MALAYSIA

B i l . 3 / 2 0 1 1

BuletinMPBLEMBAGA LADA MALAYSIA

BoardMalaysian Pepper

L e m B a g a L a d a m a L a y s i a

kandungan utama

Y.B. Menteri (duduk lima dari kiri) merakamkan gambar kenangan bersama pegawai dan kakitangan MPB.

Perhimpunan Bulanan KPPKOleh: samziah man

TanggaL 15 Julai 2011 yang lalu, Lembaga Lada malaysia (mPB) julung-julung kalinya

diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah bagi Perhimpunan Bulanan KPPK Bil. 2/2011.

semasa perhimpunan. y.B. menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan sri Bernard dompok menyampaikan ucapan beliau meminta semua kakitangan kementeriannya agar menumpukan perhatian kepada tugas yang diamanahkan kerajaan dan tidak terlibat dalam sebarang agenda yang tidak sihat. semua pegawai dan kakitangan perlu sentiasa mematuhi etika sebagai penjawat awam. Tambah beliau lagi, jika terdapat sebarang isu berbangkit, langkah penyelesaian harus diambil melalui proses rundingan dan perundangan yang dikuatkuasakan dalam sistem demokrasi negara kita.

Turut hadir dalam perhimpunan tersebut adalah Ketua setiausaha Kementerian, datin Paduka nurmala abdul Rahim, Ketua-Ketua Pengarah agensi, Timbalan-timbalan Ketua setiausaha, Ketua-ketua Pegawai eksekutif majlis dan kakitangan-kakitangan kementerian.

dalam ucapan y.B. menteri, beliau menyeru semua kakitangan

melakukan satu transformasi minda, memurnikan etika kerja dan memperbaiki sistem

penyampaian perkhidmatan bagi mendukung dan merealisasikan “gagasan 1malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan” selaras dengan tanggungjawab kakitangan awam sebagai pelaksana dasar-dasar kerajaan dan penjawat awam.

Ujar y.B. lagi, kerajaan telah menggariskan satu pendekatan yang berbeza dan baru untuk memperbaharui, membentuk dan membina semula struktur kerajaan dan prosedur pentadbiran agar menepati keperluan sebuah negara berpendapatan tinggi. Langkah-langkah

dasar bagi mentransformasi sektor awam ialah memperkukuhkan peranan kerajaan

sebagai pemudah cara, termasuk memperluaskan perkhidmatan perlesenan secara elektronik, mewujudkan

perkhidmatan yang berpusatkan rakyat atau people centric dan mengukuhkan kawalan perbelanjaan dengan melaksanakan pengurusan nilai atau value management.

sebagai mengakhiri ucapan, y.B. menteri melancarkan Kempen senyum di peringkat kementerian. Beliau yakin jika semua warga kerja KPPK sentiasa ikhlas dan ceria dalam menjalankan tugas, sudah pasti kualiti, produktiviti dan tahap penyampaian perkhidmatan kepada golongan sasar akan lebih cemerlang.

Kesedaran dan Pengurusan Keselamatan makmal Lada Putih bakar lemak m5

malam majlis Penyampaian anugerahalbum Hari inovasi m6 - 7

anugerah Khas Lembaga Lada malaysia aktiviti nilai murni KesUda m8

anugerah Kebersihan dan Keceriaan Pejabat Balasungkawa kepada mendiang Rigos ak daunQuotes m9

Kumpulan Jingga juara sukan KesUda m10

Perlaksanaan 5s Bahagian Khidmat Pengurusan m11

The impact of cell phone radiation to humans m12

Produk tambah nilai jana Rm350 juta m2

majlis ngiling Tikai Kumpulan Cyclone meraih tempat ketigaPesta Benak m3

Pembentangan Kumpulan KiK semasa Hari inovasi m4

Perhimpunan Bulanan KPPK

Page 2: Pinan Blanan KPPKmpb.gov.my/mpb/images/penerbitan/Buletin/2011/Buletin Bil... · 2011. 11. 14. · SALAM SEJAHTERA, Walaupun pada era ini, anjakan . pembaca ke arah pembacaan blog

2

Bulet in

MPBLEMBAGA LADA MALAYSIA

• Buletin ini adalah hakmilik sepenuhnya Lembaga Lada malaysia. sebarang cetakan semula atau membuat salinan fotokopi semula adalah dilarang sama sekali. Fotokopi atau cetakan semula untuk maksud edaran kepada orang ramai hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari mPB. Buletin mPB ini hanya untuk edaran dalaman.

Sidang Redaksi

MPBLEMBAGA LADA MALAYSIA

SALAM SEJAHTERA,Walaupun pada era ini, anjakan pembaca ke arah pembacaan blog telah mengikis sikap mereka untuk menatap buletin ini, namun kesetiaan dan tanggungjawab pengarang tetap menjadi agenda utama. Barisan pengarang yang berpotensi untuk menyampaikan maklumat terkini dan semasa melalui Buletin mPB. sidang pengarang akan sentiasa melakukan pengisian yang menarik dengan mempelbagaikan intisari buletin yang akan dijanakan oleh barisan pengarang. sidang pengarang juga amat mengalu-alukan sumbangan berbentuk picisan, cerita humor, cerita rakyat, coretan kartun dan sebagainya, yang barangkali nanti akan dianugerah dengan penghargaan daripada sidang pengarang.

Penaung : grunsin ayom Ketua PengarahPenasihat : Philip gawengKetua Editor : doris melia Ranggau Editor : Roland LeKetua Sub-Editor : Jong Chian LaiPengarang : nurasyikin abd Rahman : gura Langgong : Valarie Loly : garai entinggie : alisa Jastina mohd Bakire : angela Lisus : augustine Hacks abol : samziah man : Laura marida : george nichol : Rawlin RinggitGrafik : drahman JaieFotografi : Hubert sidok manan

Produk tambah nilai jana

RM350 jutaOleh: garai entinggie

di majlis Penyampaian anugerah pada 26 Jun 2011 sempena Hari

inovasi tersebut, yB. datuk alexander nanta Linggi, Pengerusi Lembaga Lada malaysia telah menyatakan rasa bangga kerana mPB memperolehi pengiktirafan dan pensijilan seperti isO 9001:2008 untuk Perkhidmatan Penggredan dan Pensijilan serta aktiviti Pembelian Lada setempat, akreditasi makmal samm/isO/ieC 17025:2005 dan sijil HaCCP.

Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak pengurusan mPB di atas kejayaan memperkasakan industri lada dari satu industri yang terlalu bergantung kepada lada dalam bentuk bahan mentah di pasaran dunia kepada satu industri yang giat meningkatkan aktiviti tambah nilai. Pada tahun 2010, selain, memperolehi pendapatan eksport sebanyak Rm197 juta, industri lada malaysia juga menjana Rm350 juta melalui aktiviti tambah nilai hasil daripada penggunaan lada dalam negara yang mencecah 7,000 tan.

Usaha pembangunan pengeluaran dan pengembangan tanaman lada juga mendapat pujian daripada beliau di mana pengeluaran lada malaysia mencecah 24,227 tan pada tahun 2010 iaitu peningkatan sebanyak 2,312 tan. Keluasan kawasan tanaman lada juga meningkat sebanyak 560 hektar untuk mencecah 14,170 hektar pada tahun 2010.

y.B. datuk alexander nanta Linggi mengingatkan semua warga kerja mPB agar lebih “accountable” dan peka dalam memenuhi tuntutan pelanggan.

“Jika dahulu, economics of scale adalah merupakan asas penting bagi industri menurunkan kos pengeluaran, pada masa ini economics of speed adalah antara prinsip utama bagi memastikan kita tidak ketinggalan serta sentiasa maju dan berdaya saing,” kata yB. datuk alexander nanta Linggi.

“inovasi Cemerlang, Budaya Kerja Warga mPB” adalah tema Hari inovasi Lembaga Lada malaysia. majlis tersebut dihadiri oleh seramai 300 orang kakitangan dari ibu pejabat, dan pejabat-pejabat cawangan seluruh sarawak dan

Johor Bahru.Pelbagai acara telah diadakan seperti

program ceramah inovasi yang disampaikan oleh Dr. Shafie Hj. Lugom, Taklimat Pepper Quality & grading awareness dan persembahan Kumpulan inovatif Kreatif. Pertandingan tersebut telah disertai oleh 4 Kumpulan invotif Kreatif (KiK) mPB. Pemenang anugerah inovasi mPB 2011 adalah Kumpulan e-Transformasi dari Cawangan Kewangan, mPB Kuching.

yang Berhormat juga menyampaikan anugerah Pengerusi, anugerah Perkhidmatan Cemerlang, anugerah Perkhidmatan setia dan anugerah Khas untuk tahun 2010. anugerah Pengerusi mPB diberikan kepada encik Philip Kon siong nyet dan encik Ken Paran matu. mereka mendapat plak khas dan wang tunai Rm2,000. selain itu, seramai 27 orang warga kerja mPB menerima anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan mendapat sijil Perkhidmatan Cemerlang beserta dengan wang tunai Rm1,000. manakala, 10 orang telah menerima anugerah Perkhidmatan setia. Penerima anugerah ini mendapat sijil Perkhidmatan setia dan sebuah cenderamata sebagai pengiktirafan kepada jasa, sumbangan dan kesetiaan kepada mPB.

mulai tahun ini juga, mPB telah mewujudkan anugerah Khas sebagai penghargaan kepada warga mPB yang mengangkatkan imej mPB dan industri lada samaada melalui kerja di pejabat mahupun kerja amal di luar pejabat. anugerah ini terbahagi kepada 4 kategori iaitu anugerah Khas – amalan Loji, anugerah Khas – Warga Kerja mesra, anugerah Jiwa murni – sukarelawan, dan anugerah Jiwa murni – derma darah.

Penerima anugerah Khas mendapat sijil Pengiktirafan beserta wang tunai Rm500.00 kecuali anugerah Khas - amalan Loji tidak menerima wang tunai tersebut.

Ketua Pengarah menyampaikan penerangan kepada YB. Datuk Alexander mengenai kejayaan dan pengiktirafan yang diperolehi MPB.

Ahli Jawatankuasa Hari Inovasi 2011 bersama Ketua Pengarah.

Page 3: Pinan Blanan KPPKmpb.gov.my/mpb/images/penerbitan/Buletin/2011/Buletin Bil... · 2011. 11. 14. · SALAM SEJAHTERA, Walaupun pada era ini, anjakan . pembaca ke arah pembacaan blog

3MPBLEMBAGA LADA MALAYSIA

Bulet in

Oleh: george nichol

KUmPULan Cyclone – mPB Cawangan sarikei telah meraih tempat ketiga dalam kategori pengurusan Konvensyen Kumpulan inovatif dan Kreatif (iCC)

Peringkat Kementerian dan agensi 2011. Pertandingan itu telah diadakan pada 28 & 29 Julai 2011 bertempat di dewan sawit Pejabat mPOB Bangi selangor.

mPB telah diwakili dua kumpulan iaitu, Kumpulan Cyclone yang bertanding dalam kategori Pengurusan dengan tajuk projek ‘Masalah Lambakan Sisa Buangan Lada’ dan Kumpulan microclean yang bertanding dalam kategori Teknikal dengan tajuk projek ‘Masalah Susut Berat Lada (Weight Loss) Yang Tinggi Pada Produk Utama Di Loji Rawatan Stim’.

seramai 15 kumpulan bertanding dalam konvensyen kali ini dengan 9 kumpulan bersaing dalam kategori pengurusan dan 6 kumpulan dalam kategori Teknikal.

Oleh: Bayang Ringkat

maJLis ngiling Tikai anjuran Lembaga Lada malaysia telah diadakan pada 14 Julai 2011, bertempat di dewan asajaya Hotel grand magherita Kuching. majlis ngiling Tikai ini dirasmikan oleh yB. Tan

sri Bernard giluk dompok menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi malaysia dan turut dihadiri oleh tetamu kehormat yang lain iaitu yB. Tan sri dr. James Jemut masing menteri Kemajuan Tanah sarawak, yB. alexander nanta Linggi Pegerusi mPB dan beberapa orang kenamaan yang lain.

majlis tersebut bertujuan untuk menghormati sambutan perayaan gawai dikalangan masyarakat dayak dan seterusnya untuk mengeratkan hubungan silaturahim warga kerja dibawah KPPK bagi merealisasikan gagasan konsep 1malaysia. majlis ini turut diserikan dengan persembahan kebudayaan dari suku kaum dayak iaitu Tarian iban, Bidayuh, Orang Ulu dan persembahan 1malaysia oleh Tun Jugah Cultural Foundation Kuching. majlis itu juga diselitkan dengan upacara istiadat Perayaan gawai seperti “ngetas Ranyai”, "ngirup ai Pengayu” dan ngiling Tikai.

Kumpulan Cyclone meraih tempat ketiga

Kumpulan KIK, MPB, Kumpulan Cyclone dan Kumpulan Microclean.

Majlis Ngiling TikaiMajlis Ngiling Tikai

Oleh: aurelia Ligap

yang di-Pertua negeri, Tun datuk Patinggi Haji abang mohammad salahuddin telah

merasmikan acara regatta pada 2 Julai 2011 jam 2:30 petang. y.a.B. Ketua menteri, Pehin sri Haji abdul Taib mahmud pula telah merasmikan Pesta Benak sebelah pagi. Bandar sri aman sekali lagi menjadi tumpuan orang ramai yang berkunjung untuk memeriahkan Pesta Benak 2011 yang telah diadakan pada 1/7/2011 sehingga 4/7/2011.

Pesta Benak ini diadakan sempena berlakunya fenomena air pasang raya atau

lebih dikenali orang tempatan dengan panggilan Benak sepanjang sungai Batang Lupar.

Lembaga Lada malaysia sri aman menyertai program pameran dan menjual produk hasil lada yang berlangsung selama 4 hari di tebingan Batang Lupar. datuk Hajjah Rohani binti Haji abdul Karim, Timbalan menteri Perdagangan dalam negeri, Koperasi dan Kepenggunaan adalah di antara tetamu kehormat

yang berkunjung ke gerai Lembaga Lada malaysia. Pelbagai agensi kerajaan, badan-badan korporat, usahawan, persatuan dan penduduk sri aman menyertai pameran bertujuan mempromosi dan menjual produk tempatan seperti makanan dan minuman, kraftangan, pakej pelancongan dan produk yang lain.

Ramai pengunjung dari segenap lapisan masyarakat datang untuk membeli produk lada dan pekebun lada yang hadir begitu teruja sekali apabila mereka mencuba minyak wangi amiLa.

Pesta ini dapat membantu mempromosikan dan menonjolkan Lembaga Lada malaysia kepada orang ramai agar mereka lebih mengenali serta dapat memajukan lagi industri lada sarawak.

Datuk Hajjah Rohani menerima cenderamata dari MPB.

(Tiga dari kiri) YB. Menteri menangguhkan majlis Ngiling Tikai.

Page 4: Pinan Blanan KPPKmpb.gov.my/mpb/images/penerbitan/Buletin/2011/Buletin Bil... · 2011. 11. 14. · SALAM SEJAHTERA, Walaupun pada era ini, anjakan . pembaca ke arah pembacaan blog

4

Bulet in

MPBLEMBAGA LADA MALAYSIA

Oleh: nurasyikin abdul Rahman

anUgeRaH inovasi mPB 2011 ialah pengiktirafan berprestij daripada pihak pengurusan mPB kepada warga kerja mPB yang telah menghasilkan,membangunkan dan

mengembangkan idea-idea baru atau penambahbaikan yang terbukti dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja. melalui kriteria ini, sebanyak empat Kumpulan inovatif Kreatif (KiK) mPB telah terpilih ke peringkat akhir. setiap kumpulan ini telah membentangkan projek masing-masing pada Hari inovasi mPB tahun 2011 di Hotel Penview, Kuching pada 25 Jun yang lalu.

Kumpulan CyCLOne iaitu peserta tunggal daripada cawangan mPB telah mempersembahkan inovasi yang bertajuk “mengurangkan Lambakan sisa-sisa Buangan Lada”. menurut Cik Rema Jalil iaitu ketua Kumpulan Cyclone, inovasi yang dihasilkan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan lambakan sisa-sisa lada yang tersimpan di gudang sarikei melalui sistem pengurusan sisa-sisa buangan lada yang sistematik dan teratur. sistem pengurusan yang dilaksanakan adalah melalui amalan 5s di dalam gudang dan sistem Penjadualan yang terancang untuk kerja-kerja pembuangan, pelupusan/pereputan organik dan pengagihan sisa lada reput kepada para pekebun. sisa-sisa buangan lada yang telah reput ini terbukti berpotensi untuk menjadikan tanaman lebih subur.

“eco-friendly magical pepper crystals (mPC®)” atau karbon teraktif lada merupakan projek inovasi Kumpulan nOURa yang bertemakan “from waste to wealth”. mPC dihasilkan daripada sisa lada seperti pinhead, tangkai lada, lada ringan dan debu lada melalui tindak balas kimia pada suhu yang tinggi. Peralatan scanning electron microscope (sem) telah menunjukkan mPC mempunyai keporosan yang tinggi. Kadar keporosan yang tinggi adalah penting bagi mempelbagaikan aplikasi mPC. di antara potensi MPC yang telah dibuktikan secara saintifik adalah sebagai penjerap warna dalam industri tekstil dan sebagai penggalak pertumbuhan tanaman. mPC mudah dihasilkan dan tidak memerlukan kos yang tinggi.

Pada tahun ini, dua kumpulan daripada Bahagian Kewangan telah mengambil bahagian. dua kumpulan tersebut adalah Kumpulan HOT Finance dan Kumpulan e-Transformasi. Kumpulan Hot Finance memperkenalkan “Finance share Folder” yang merupakan satu pangkalan data yang menempatkan data-data berkaitan dengan urusan Cawangan Kewangan di mana kesemua kakitangan cawangan ini boleh mengakses data daripadanya. Bertemakan satu Klik seribu maklumat, inovasi ini telah dapat menyelesaikan masalah kesukaran untuk mendapatkan data-data

kewangan. sebelum inovasi dilaksanakan, penyediaan laporan, surat dan penyimpanan dokumen penting kewangan dilaksanakan oleh individu tertentu dan sekiranya individu tersebut bercuti, menyukarkan pegawai lain untuk mendapatkan maklumat. melalui perkongsian maklumat ini, kesemua kakitangan Cawangan Kewangan semakin cekap dalam melaksanakan tugas masing-masing dan ini juga menyumbang ke arah zero defect.

Projek inovasi e-gaji yang diciptakan oleh Kumpulan e-Transformasi ini menggunakan perisian excel yang telah diubahsuai formatnya mengikut kehendak dan keperluan pihak pengguna terutama untuk menentukan bajet gaji setiap warga kerja mPB dengan pantas dan tepat. Terdahulu, pegawai gaji yang bertanggungjawab akan menyediakan bajet gaji bagi setiap warga kerja secara manual dan ini telah membazirkan banyak masa dan tenaga selain menyebabkan banyak kesilapan berlaku. namun dengan terciptanya inovasi e-gaji, kini tugasan kakitangan pengurusan kewangan telah dapat diuruskan dengan cepat dan sempurna kerana tiada kesilapan kiraan berlaku. inovasi e-gaji ini turut diaplikasikan oleh Cawangan Pengurusan sumber manusia (Psm) untuk mengeluarkan surat pemberitahuan pergerakan gaji manakala format formula aplikasi ini telah digunakan oleh Unit stor bagi tujuan pengiraan stok. Keberkesanan aplikasi e-gaji ini juga telah mendapat banyak pujian dan salah satu daripadanya adalah daripada pihak Kementerian Kewangan untuk “Budget screening” pada bulan mei 2011 yang lalu. Keberkesanan inovasi e-gaji telah terbukti dapat meningkatkan kualiti kerja dan produktiviti aktiviti pengurusan kewangan dan urusan lain di mPB ini telah melayakkan Kumpulan e-Transformasi dinobatkan sebagai johan keseluruhan untuk pertandingan anugerah inovasi Lembaga Lada malaysia 2011. Johan menerima sijil penyertaan, wang tunai berjumlah Rm 2000.00 dan plak manakala peserta dari kumpulan yang lain menerima sijil penyertaan setiap seorang.

inovasi bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah kerja seharian malah dapat menambahbaik mutu perkhidmatan yang merupakan satu ciri penting dalam memastikan perkhidmatan yang diberikan terutama kepada pelanggan sentiasa berada pada tahap terbaik dan dalam masa yang sama memenuhi kepuasan pengguna. Melihat, berfikir dan bertindak merupakan kunci terbentuknya kreativiti dan inovasi.

“innovation must be woven into the country’s culture, governance and leadership vision. malaysian has much to do in building an innovation-led economy. We need more innovators to generate more creative ideas. We should think out-of-the-box from time to time.” Petikan kata daripada yBhg. Tan sri dato’ sri dr. Lim Kok Wing, Bapa inovasi malaysia 2010.

Pembentangan kumpulan

kIk semasa

Kumpulan CYCLONE – (Dari kiri: Adzhar, Adam, Joannes, Rema & Razali). Kumpulan NOURA – (Dari kiri: Norashikin,

Nizam, Nurasyikin, Sang, Andriana & Muni)

Kumpulan HOT FINANCE - (Depan: Levia, Fauzi,

Patricia) (Belakang: Saadatul & Lilixnyah).

Hari Inovasi

Kumpulan e-TRANSFORMASI - (Dari kiri: Hamdan, Christina, Chang & Connie)

(Dua dari kiri: Pegawai MPC, Izaini b. Ishak

dan Mohd Norjaidi b. Tamam yang mengadili

KIK peringkat MPB).

Page 5: Pinan Blanan KPPKmpb.gov.my/mpb/images/penerbitan/Buletin/2011/Buletin Bil... · 2011. 11. 14. · SALAM SEJAHTERA, Walaupun pada era ini, anjakan . pembaca ke arah pembacaan blog

5MPBLEMBAGA LADA MALAYSIA

Bulet in

Petikan daripada majalah Harmoni

menamBaH lada putih dalam masakan selain menyedapkan, dapat meningkatkan pembakaran kalori tubuh menerusi rasa

panas yang dimilikinya. Penelitian University Of California, amerika syarikat, menjelaskan kandungan dihydrocapsiate (dCT) dalam lada putih mampu mengoptimumkan pembakaran lemak tubuh sama seperti capsaicin yang terdapat di dalam cili.

dr. david Heber yang membentangkan tentang penemuan dalam konferensi tahunan experimental Biology, menjelaskan ia bukan sekadar sebuah penemuan. namun telah

dibuktikan menerusi kajian yang dilakukan ke atas 34 lelaki dan wanita obesiti.

dijalankan selama sebulan, responden kajian itu diminta menggantikan makanan harian mereka dengan menu rendah kalori. selain itu, sebahagian

daripada mereka turut dibekalkan dengan pil dihydrocapsiate, placebo atau pil kosong.

Hasilnya, responden yang mendapat dihydrocapsiate mengalami pembakaran lemak di tubuh lebih banyak daripada mereka yang memakan

plasebo. dengan penemuan itu, lada putih dilihat berpotensi untuk menjadi

sebahagian daripada menu pelangsingan tubuh yang efektif.

Oleh: norashikin irdawaty abdul Rahman

KemUdaHan bangunan dan persekitaran yang bersih

dan berfungsi sepenuhnya adalah salah satu piagam

pelanggan mPB yang amat dititikberatkan dalam

mencapai persekitaran kerja yang selamat khususnya di

bahagian makmal Penyelidikan dan Pembangunan.

selaras dengan kepentingan tersebut, satu Kursus

Pengurusan dan Pengendalian Bahan Kimia di makmal telah

diadakan pada 25-26 Julai 2011 di PenLada, mPB. seramai 15

orang peserta yang terdiri daripada kakitangan gred Q dan C

telah menghadiri kursus.Pendekatan secara teori dan amali yang diambil oleh para

penceramah telah meningkatkan pemahaman para peserta

dalam aktiviti pengendalian makmal serta sistem pengurusan

makmal yang lebih teratur. Para peserta juga mendapat pendedahan mengenai

peraturan pengurusan, mengenalpasti bahaya yang berkaitan

makmal, menilai risiko serta mengambil langkah-langkah

pengawasan di makmal. Pelbagai keperluan asas serta teknik baru turut dipelajari

daripada kursus ini. secara keseluruhannya, kursus ini banyak

memberi pengetahuan serta panduan yang amat bersesuaian

dengan keperluan semasa khususnya kakitangan makmal di

mPB. Kesedaran mengenai keselamatan diri serta tempat kerja

dalam menggendalikan bahan kimia berbahaya turut dapat

diterapkan. segala peraturan dan garis panduan yang betul

seharusnya diamalkan demi menjamin kualiti kerja. Ketekunan para peserta mencuba pelbagai teknik makmal.

Kesedaran dan Pengurusan Keselamatan Makmal

(Hadapan tiga dari kiri: Prof. Madya Dr. Zainab Ngaini dan empat dari kanan: Dr. Tan Meng Guan dijemput sebagai penceramah kursus tersebut)

bakar lemak

Lada Putih yang

mengandungi

dihydrocapsiate

(DCT) membantu

dalam pelangsingan

badan.

Lada Putih

Page 6: Pinan Blanan KPPKmpb.gov.my/mpb/images/penerbitan/Buletin/2011/Buletin Bil... · 2011. 11. 14. · SALAM SEJAHTERA, Walaupun pada era ini, anjakan . pembaca ke arah pembacaan blog

6

Bulet in

MPBLEMBAGA LADA MALAYSIA

Philip Kon Siong Nyet Ken Paran Matu

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2010

PENERIMA ANUGERAH KEBERSIHAN DAN KECERIAAN PEJABAT

MPB Sibu bangga dengan piala pusingan tersebut. MPB Sarikei – Naib Juara. MPB Johor – Ketiga.

ANUGERAH PENGERUSI 2010

(Barisan hadapan dari kiri: Norseman Sharkawi, Paul Dubie, Anyi Wan Luhat, YBhg. Ketua Pengarah, Ng Yee Choo, Joyce Anne, Nyabong Rayang, Christina James)

(Barisan tengah dari kiri: John Liban, Tom Sindon, Tandin Anjut, Lunan Naong, Normadiah Johari, Hady Sharizal)(Barisan belakang dari kiri: Angela Lisus, Dicken Randig, Mohd. Arif Abu Bakar, Abd. Rahman Bigik, Neru Tunjai,

Nali Gara, Tn. Hj. Ramlee Amin, Abd. Mutalib Idris, Lee Hock Chin, Ibrahim Kauli, Danchi Tajal)(Tiadadalamgambar:GriffinBrundang,Abd.HalimJikem)

Page 7: Pinan Blanan KPPKmpb.gov.my/mpb/images/penerbitan/Buletin/2011/Buletin Bil... · 2011. 11. 14. · SALAM SEJAHTERA, Walaupun pada era ini, anjakan . pembaca ke arah pembacaan blog

7MPBLEMBAGA LADA MALAYSIA

Bulet in

ALBUM HARI INOVASI

ANUGERAH PERKHIDMATAN SETIA

(Barisan hadapan dari kiri: Catherine Umbit, YBhg. Ketua Pengarah, Jeslie George, Joyce Anne)(Barisan belakang dari kiri: Fu Siang Lee, Liew Jiu Shin, Junaidie Udin, Usin Ugat, Kunyong Baya)

(Tiada dalam gambar: Othman Sajili, Teo Peng Eng)

Page 8: Pinan Blanan KPPKmpb.gov.my/mpb/images/penerbitan/Buletin/2011/Buletin Bil... · 2011. 11. 14. · SALAM SEJAHTERA, Walaupun pada era ini, anjakan . pembaca ke arah pembacaan blog

8

Bulet in

MPBLEMBAGA LADA MALAYSIA

Oleh: Wan Ahmad Rafiq

KesUda telah menyertai Program derma darah anjuran Unit Tabung darah Hospital Umum sarawak pada 30 Jun 2011 (Khamis)

yang bertempat di Kuching specialist Hospital (KPJ), Jalan stutong Baru, Kuching. Program tersebut telah disertai seramai 15 orang ahli dan aJK KesUda.Program yang bertemakan “more Blood, more Life” tersebut telah diadakan dari jam 10 pagi hingga 1 petang.

Program tersebut menjadi lebih bermakna dengan kehadiran Pengerusi KesUda, en. Roland Le. Beliau sendiri turut menderma darah pada pagi tersebut. Program tersebut akan diadakan lagi pada setiap tiga bulan di tempat yang sama.

KesUda turut memberikan komitmen untuk menyertai lagi program tersebut pada anjuran yang akan datang.

sementara itu, seramai 22 orang ahli KesUda bertandang ke Klinik nur sejahtera, satok,

sempena Hari Penduduk sedunia 2011 untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling dan saringan kesihatan reproduktif percuma oleh Lembaga Pendudukdan Pembangunan Keluarga negara (LPPKn) negeri sarawak pada 18 Julai 2011.

Pemeriksaan saringan Kesihatan meliputi pemeriksaan tekanan darah, indeks Jisim Badan (Bmi) dan Ujian glukosa dan Kolesterol. melalui ujian ini peserta dapat mengetahui tahap

kesihatan sebenar mereka di samping nasihat mengenai amalan pemakanan yang baik untuk mencapai tahap kesihatan yang ideal.

Pemeriksaan Payu dara dan Pap smear pula adalah untuk golongan wanita yang mana berguna untuk pencegahan awal Kanser Payu dara dan Kanser servik.

ahli lelaki juga walau bagaimanapun selepas itu diberi sedikit penerangan ringkas mengenai Kanser Prostat dan cara pencegahannya.

Oleh: Jong Chian Lai

PengURUsan Lembaga Lada malaysia telah mengiktiraf dan menghargai sumbangan warga kerja yang telah

mengorbankan masa, tenaga untuk menabur bakti dalam kerja amal melalui pertubuhan sukarelawan dan derma darah, warga kerja yang komited, mesra, bersemangat, berdisiplin dalam melaksanakan perkhidmatannya. di samping itu, pihak pengurusan juga memfokus kepada loji yang dapat memenuhi kehendak-kehendak standard antarbangsa melalui pengurusan, amalan peraturan dan kualiti produk.

Objektif anugerah Khas adalah:◆ memberi pengiktirafan dan penghargaan

kepada warga kerja mPB yang telah menyumbang jasa dan bakti dalam kerja amal melalui pertubuhan sukarelawan dan sebagainya.

◆ memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada warga kerja mPB yang telah menyumbang jasa secara sukarela dalam kerja amal melalui derma darah.

◆ memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada warga kerja mPB yang telah membuktikan dan mempamerkan komitmen yang tinggi, berdedikasi dan komited semasa melaksanakan tugas rasmi.

◆ memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada warga kerja yang telah mengikut peraturan-peraturan dan komited semasa melaksanakan tugas di loji mPB.

kategori anugerah khas

Anugerah Khas – Amalan Loji

dianugerahkan kepada pihak pengurusan loji yang telah member komitmen yang tinggi terhadap kepentingan mengamal cara-

cara bekerja yang memenuhi keselamatan, kebersihan, kekemasan loji dan sebagainya.

Anugerah Khas – Warga Kerja Mesra

Penganugerahan ini diberi kepada kakitangan yang dapat menjalinkan hubungan mesra pelanggan dan telah member perkhidmatan mesra pelanggan kepada kumpulan sasaran. memiliki sikap-sikap bertanggungjawab, nilai murni dan sentiasa berupaya menjalankan tugas walaupun dalam keadaan sukar.

Anugerah Jiwa Murni – Derma Darah

Penganugerahan ini diberi kepada warga kerja yang telah memberi komitmen yang tinggi terhadap tanggungjawab sosial melalui derma darah dan tanggungjawab ini telah menaikkan imej mPB di khalayak umum.

Anugerah Jiwa Murni – Sukarelawan

Penganugerahan ini diberi kepada warga kerja yang telah memberi komitmen yang tinggi terhadap tanggungjawab social melalui

kerja-kerja amal dan telah menunjukkan sikap-sikap dan nilai murni yang tinggi dalam pelaksanaan kerja-kerja amal tersebut dan usaha ini telah dapat menaikkan imej organisasi di khalayak umum.

Ketua Pengarah Lembaga Lada malaysia telah menyampaikan anugerah tersebut pada 26 Jun 2011 sempena Hari inovasi tersebut.

Loji Rawatan stim mPB Kuching telah dianugerahkan sebagai anugerah Khas – amalan Loji.

anugerah Khas – Warga Kerja mesra telah dimenangi oleh encik Wee Ching ngiam.

encik Bahawa majali telah dianugerah sebagai anugerah Jiwa murni – derma darah dan encik awangku aharruddin telah memenangi anugerah Jiwa murni – sukarelawan.

Penerima Anugerah Khas – Amalan LojiLoji Rawatan Stim MPB Kuching.

Wee Ching Ngiam, Ketua Pengarah, Bahawi Majali dan Awgku Aharrudin.

aktiviti nilai murni

Pengerusi KESUDA menderma darah.

Anugerah Khas Lembaga Lada Malaysia

KESUDA

Page 9: Pinan Blanan KPPKmpb.gov.my/mpb/images/penerbitan/Buletin/2011/Buletin Bil... · 2011. 11. 14. · SALAM SEJAHTERA, Walaupun pada era ini, anjakan . pembaca ke arah pembacaan blog

9MPBLEMBAGA LADA MALAYSIA

Bulet in

"Don't worry about bad times because sometimes the most beautiful things we have in life are changes and mistakes. Live with no regrets because

everthing happens for a reason." By Jacks Kuhn

"The path we travel is laden with peaks and valleys. The secret is to not dwell upon the depth of the canyon, nor the steepness of the ascent, but

to reflect upon the view from the top, once we arrive." By Chris Gizinski

Quotes

Oleh: george nichol

LemBaga Lada malaysia telah menjadikan anugerah Kebersihan dan Keceriaan Pejabat (aKKP) sebagai acara tahunan untuk menggalakkan penyertaan

berterusan warga kerja dalam aspek kebersihan dan keceriaan di tempat kerja.

anugerah aKKP bertujuan memberi pengiktirafan terhadap inisiatif warga kerja yang telah menghasilkan idea-idea baru atau sesuatu perubahan serta penambahbaikan berterusan dalam usaha-usaha menjadikan persekitaran luar dan dalam pejabat sentiasa bersih dan konduksif untuk warga kerja berkerja.

Penyertaan untuk anugerah aKKP 2012 terbuka untuk semua pejabat mPB.

Penilaian & Pemarkahan

Pencalonan anugerah aKKP dinilai berdasarkan dua peringkat iaitu:

Peringkat Pertamai) Penilaian dibuat oleh Panel Penilai yang dilantik oleh Jawatankuasa aKKP. Para pegawai ini akan membentuk Panel Penilaian yang diketuai oleh seorang (1) ketua dan dua (2) orang ahli penilai.ii) Proses penilaian ini mengenal pasti kelemahan, ketidak pematuhan kriteria-kriteria yang digariskan dan memberi syor kepada pejabat-pejabat yang berkenaan.

Peringkat Keduai) Penilaian akan berpandukan kepada kriteria-kriteria yang digariskan dan usaha-usaha penambahbaikan yang dilakukan dan temubual dengan pegawai dan kakitangan.ii) Panel penilaian mencadangkan 3 pemenang untuk di kemukakan kepada panel hakim.

Cawangan Sibu

Salah satu amalan Kebersihan dan Keceriaan Pejabat di Cawangan Sibu.

Cawangan Sarikei

Suasana kerja yang lebih kondusif di pejabat Cawangan Sarikei.

Cawangan Johor Bahru

Amalan 5S yang sentiasa diamalkan di pejabat Cawangan Johor Bahru.

PenyeRaHan cek insurans TaKaFUL dan gCR (gantian Cuti Rehat) kepada Puan Bibit ak Kaum, isteri

mendiang Rigos ak daun oleh Ketua Pengarah mPB dan disaksikan oleh pegawai-pegawai kanan mPB pada 26 september 2011.

mendiang Rigos ak daun mula berkhidmat pada 05 november 1983 sebagai

pekerja am dan disahkan dalam jawatan pada 05 mei 1987.

sepanjang perkhidmatan mendiang, beliau telah dianugerahkan anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2007 dan anugerah Perkhidmatan setia pada tahun 2010.

Beliau telah meninggal dunia pada 07 april 2011.

Balasungkawa kepada

mendiang Rigos ak Daun

Anugerah Kebersihan dan Keceriaan Pejabat

Page 10: Pinan Blanan KPPKmpb.gov.my/mpb/images/penerbitan/Buletin/2011/Buletin Bil... · 2011. 11. 14. · SALAM SEJAHTERA, Walaupun pada era ini, anjakan . pembaca ke arah pembacaan blog

10

Bulet in

MPBLEMBAGA LADA MALAYSIA

Oleh: asmah morshidi

PeRTandingan sukan sempena Hari inovasi Lembaga Lada malaysia (mPB) 2011 telah diadakan pada 24 hingga 27 Jun 2011. Program sukan tersebut telah diadakan di dua lokasi berlainan iaitu di Hotel Penview,

Kuching untuk acara ‘in-door games’ manakala acara ‘out-door games’ telah diadakan di Kompleks sukan sesCO, Kuching.

Temasya sukan tahunan mPB tersebut telah mendapat sambutan meriah daripada pegawai dan kakitangan mPB sekaligus mencapai objektif penganjuran iaitu memupuk semangat kekitaan dan mengeratkan hubungan di antara staf mPB.

sebanyak 15 acara telah dipertandingkan untuk program sukan tersebut. Berikut adalah senarai acara sukan yang telah dipertandingkan serta kumpulan yang memenangi acara-acara tersebut.

Kumpulan Jingga juara sukanKesuda

Kumpulan Markah KedudukanJingga 35 1Ungu 27 2

Kuning 24 3Biru 22 4Hijau 14 5merah 13 6

Juara Keseluruhan bagi pertandingan sukan sempena Hari inovasi mPB 2011 dimenangi oleh Kumpulan Jingga dengan pungutan mata sebanyak 35 markah (6 emas, 1 perak dan 2 gangsa).

Keputusan markah keseluruhan pertandingan sukan Hari inovasi mPB 2011 adalah seperti berikut;

Bil. Acara/permainan Pertama Kedua Ketiga1. Karom Ungu merah Hijau2. dam Kuning Hijau merah3. dart Biru Kuning Jingga4. Teka Kata Jingga Kuning Ungu5. musical Chair Jingga Biru Ungu6. Badminton Kuning Biru Ungu7. Lari Berhalangan Jingga Biru Hijau8. Tarik Tali Ungu Kuning Hijau9. Lari Berganti Jingga Ungu Hijau

10. Tallest Tower merah Ungu Hijau11. Batu Bata Ungu Hijau Jingga12. Bola Tampar Jingga Biru merah13. Ping Pong Biru Hijau merah14. Bola sepak Kuning Jingga merah15. Poco-poco Jingga Ungu merah

Page 11: Pinan Blanan KPPKmpb.gov.my/mpb/images/penerbitan/Buletin/2011/Buletin Bil... · 2011. 11. 14. · SALAM SEJAHTERA, Walaupun pada era ini, anjakan . pembaca ke arah pembacaan blog

11MPBLEMBAGA LADA MALAYSIA

Bulet in

Oleh: Bayang Ringkat

amaLan 5s merupakan satu kaedah pengurusan yang dipelopori oleh pihak industri Jepun bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang

selesa, kemas dan selamat. amalan 5s bermatlamat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal. Perlaksanaan amalan 5s yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja

sehubungan itu, Bahagian Khidmat Pengurusan yang merangkumi Cawangan Pengurusan sumber manusia, Pentadbiran am Cawangan Kewangan dan Cawangan Teknologi maklumat & Komunikasi diarah untuk melaksanakan amalan 5s peringkat ibu Pejabat mPB.

sesi taklimat amalan 5s telah diadakan pada 4 Julai 2011, bertempat di Bilik mesyuarat Lembaga, ibu Pejabat mPB. Taklimat tersebut telah dihadiri oleh 20 orang pegawai dan staf dari Bahagian Khidmat Pengurusan. amalan 5s bermaksud :

SEIRI (SISIH) – menyisih barang-barang yang tidak perlu: mengasingkan dan melupuskan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja secara sistematik.

SEITON (SUSUN) – menyusun barang-barang yang diperlukan secara kemas dan sistematik supaya mudah diambil dan dikembalikan di tempat asal selepas digunakan.

SEISO (SAPU) – membersihkan dan memeriksa tempat kerja secara terperinci supaya

tiada debu atau kotoran di atas lantai, peralatan dan persekitaran

tempat kerja.

SEIKETSU (SERAGAM) – mewujudkan piawaian

amalan terbaik di tempat kerja dan memastikan piawaian tersebut dipatuhi di samping memastikan tempat kerja itu bersih dan teratur sepanjang masa.

SHITSUKE (SENTIASA AMAL) – melatih pekerja untuk mengamal system

amalan 5s secara berterusan supaya

menjadi tabiat dan budaya kerja organisasi.

amalan 5s akan membudayakan disiplin dan etika kerja yang baik

bagi menghasilkan prestasi kerja yang berkualiti.

di samping itu, amalan 5s juga memupuk semangat kerja berpasukan dan kerjasama yang tinggi serta dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti penyampaian agensi kepada para pelanggan dan seterusnya membawa kepada peningkatan imej agensi.

5SSEIRI

(SISIH)

SEITON(SUSUN)

SEISO(SA

PU)

SEIKETSU(SERAGAM)

SHITSU

KE

(SENTIA

SA AM

AL)

Pelaksanaan Bahagian Khidmat Pengurusan5S

Amalan seiri di cawangan Pentadbiran Am.

Cawangan Pengurusan Sumber manusia menyahut cabaran 5S.

Kesuda

Page 12: Pinan Blanan KPPKmpb.gov.my/mpb/images/penerbitan/Buletin/2011/Buletin Bil... · 2011. 11. 14. · SALAM SEJAHTERA, Walaupun pada era ini, anjakan . pembaca ke arah pembacaan blog

12

Bulet in

MPBLEMBAGA LADA MALAYSIA

Communication connection between two mobile

1. When the caller start the call the electro magnetic field transmit frim his mobile antenna which received by the closest base station “BS”.2. Then the signal transmit from the BS to the switching center “SC” in order to check the authentication of the caller and receiver.3. After that the SC will transmit the signal to the closest BS in the receiver side.4. Next the BS is going to transmit electro magnet waive which should be received by the receiver mobile antenna.5. Finally after the receiver open the line the two communication connection establish between two persons.

Caller (1)

Base Station (1) Switching Center Base Station (2)

Receiver (2)

How the radiation is produced by a cell phone?

Cell phone radiation is transmitted be cell phone antenna in all directions

Most of the energy lost in the space Part of the energy received by base station Part of the energy is incident on human head

Electro magnetic signal transmit from cell phone antenna

Note: The increased use of cell phones has brought about serious concerns regarding the probable health hazards. This is because mobile phones use electromagnetic radiation in the microwave range.

Maximum Power Transmit

1. The Federal Communications Commission sets specific absorption rate“SAR” standard which is acceptable power radiation for cell phones must not exceed 1.6W/KG.2. The lower the SAR the better the phone, from a potential health hazard.

Thermal Effects

Heat generated on the face by 15 minutes of cell phone use due to their electromagnetic radiation.

Before using mobile phone After using 15 minute mobile phone

Use a handsfree set

The further away from your body the phone is, the less radiation you are exposed to. Using a hands-free set is the easiest way to radically reduce the amount of radiation you are exposed to if you use a mobile phone.

Hold it at the bottom

By covering large areas of the phone with your hand, you reduce its ability to send and receive signals. The phone then increases its power and transmits stronger radiation to compensate this. So hold the phone as far down as possible, so it can operate at low power.

Get in the best position

You can see the signal reception strength in the display. When reception is good, the phone reduces power and radiation. If reception is poor, the phone uses maximum power and radiation. Don’t talk too long

and use regular phone if possible

The radiation you are exposed to is directly to the time you spend talking on your phone. For linger calls it is safer “and cheaper” to call from a regular phone.

Hazardous areas of use

Don’t use a mobile phone while driving a car. Stop at a safe place and talk.

Don’t use your mobile phone in places where there is a lot of electrical equipment, such as hospitals and aircraft.

Don’t bathe with your mobile phone. Don’t let small children talk on your

mobile phone for long periods. They are more susceptible than adults.

Base Station

There are three way to found SAR

1. From the user manual of your mobile phone.2. Visit mobile manufacturers forum web site and select your mobile phone model http://www. mmfai.info/public/sar.cfm3. Enter Federal Communications Commission website and write your mobile FCC ID number in the FCC ID http://www.fcc.gov/oet/ ea/fccid/

THE IMPACT OF CELL PH NE RADIATION TO HUMANS