anjakan mac 2015

4
KANDUNGAN: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 -2025 merupakan satu pelan strategik jangka panjang yang mensasarkan kualiti pendidikan Negara dipertingkatkan dalam tempoh 13 tahun dengan pelaksanaan tranformasi pendidikan secara menyeluruh. Lima (5) aspirasi sistem dan enam (6) aspirasi murid telah dikenalpasti sebagai pemangkin untuk memacu kecemerlangan pendidikan Negara di masa hadapan. Antara keberhasilan daripada pelaksanaan transformasi pendidikan ialah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat untuk meletakkan Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Pelaksanaan KBAT di Sekolah Bagi mencapai hasrat tersebut, semua pihak perlu saling menyokong serta memainkan peranan masing-masing. Guru-guru khususnya perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran serta amalan-amalan baru pengajaran dan pembelajaran yang relevan dengan perkembangan dan keperluan abad ke-21, kemahiran berfikir yang merentas semua disiplin ilmu dalam kalangan murid perlu diberi keutamaan. Kemahiran berfikir guru dan murid terutama dalam konteks Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan perkara keperluan atau keutamaan dalam menentukan kejayaan transformasi pendidikan seperti yang digariskan dalam PPPM 2013-2025. Di bawah PPPM, guru-guru diberi sokongan dalam bentuk Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD), Latihan dalam Perkhidmatan (LDP) dan bantuan daripada SISC+ untuk mengaplikasi KBAT dalam PdP. Perkongsian dalam Professional Learning Community (PLC) juga merupakan salah satu cara bagaimana guru boleh meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tentang KBAT, selain pembelajaran akses kendiri. Pentadbir sekolah dan ibu bapa juga diberi sokongan untuk membantu mengaplikasi KBAT melalui hebahan media dan sesi interaksi dasar-dasar Kementerian Contoh aktiviti KBAT yang dilaksanakan di dalam bilik darjah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Pelaksanaan KBAT di Sekolah Persekitaran Pembelajaran KBAT Ciri-ciri Murid KBAT Ciri-ciri Guru Yang Menggalakkan KBAT Cadangan Bilik Darjah KBAT Perkongsian Amalan Terbaik Pelaksanaan KBAT: Peranan SISC+ Pelaksanaan KBAT di dalam Bilik Darjah: SMK Putrajaya Presint 8(1)

Upload: fazudli

Post on 13-Dec-2015

50 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Buletin Anjakan KPM

TRANSCRIPT

Page 1: Anjakan Mac 2015

KANDUNGAN:

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 -2025

merupakan satu pelan strategik jangka panjang yang mensasarkan

kualiti pendidikan Negara dipertingkatkan dalam tempoh 13 tahun

dengan pelaksanaan tranformasi pendidikan secara menyeluruh.

Lima (5) aspirasi sistem dan enam (6) aspirasi murid telah

dikenalpasti sebagai pemangkin untuk memacu kecemerlangan

pendidikan Negara di masa hadapan. Antara keberhasilan daripada

pelaksanaan transformasi pendidikan ialah Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM) berhasrat untuk meletakkan Negara dalam

kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti

TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan

Pelaksanaan KBAT di Sekolah

Bagi mencapai hasrat tersebut, semua pihak perlu saling

menyokong serta memainkan peranan masing-masing. Guru-guru

khususnya perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan

kemahiran serta amalan-amalan baru pengajaran dan

pembelajaran yang relevan dengan perkembangan dan keperluan

abad ke-21, kemahiran berfikir yang merentas semua disiplin ilmu

dalam kalangan murid perlu diberi keutamaan. Kemahiran berfikir

guru dan murid terutama dalam konteks Kemahiran Berfikir Aras

Tinggi (KBAT) merupakan perkara keperluan atau keutamaan

dalam menentukan kejayaan transformasi pendidikan seperti yang

digariskan dalam PPPM 2013-2025.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

(KBAT) dan Pelaksanaan KBAT di

Sekolah

Persekitaran Pembelajaran KBAT

Ciri-ciri Murid KBAT

Ciri-ciri Guru Yang Menggalakkan

KBAT

Cadangan Bilik Darjah KBAT

Perkongsian Amalan Terbaik

Pelaksanaan KBAT: Peranan

SISC+

Pelaksanaan KBAT di dalam Bilik

Darjah: SMK Putrajaya Presint 8(1)

Di bawah PPPM, guru-guru diberi sokongan dalam bentuk Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD), Latihan

dalam Perkhidmatan (LDP) dan bantuan daripada SISC+ untuk mengaplikasi KBAT dalam PdP. Perkongsian dalam

Professional Learning Community (PLC) juga merupakan salah satu cara bagaimana guru boleh meningkatkan

pengetahuan dan kemahiran tentang KBAT, selain pembelajaran akses kendiri. Pentadbir sekolah dan ibu bapa juga

diberi sokongan untuk membantu mengaplikasi KBAT melalui hebahan media dan sesi interaksi dasar-dasar

Kementerian

Contoh aktiviti KBAT yang dilaksanakan di dalam bilik

darjah

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

(KBAT) dan Pelaksanaan KBAT di

Sekolah

Persekitaran Pembelajaran KBAT

Ciri-ciri Murid KBAT

Ciri-ciri Guru Yang Menggalakkan

KBAT

Cadangan Bilik Darjah KBAT

Perkongsian Amalan Terbaik

Pelaksanaan KBAT: Peranan

SISC+

Pelaksanaan KBAT di dalam Bilik

Darjah: SMK Putrajaya Presint 8(1)

Page 2: Anjakan Mac 2015

Definisi KBAT

Keupayaan untuk mengaplikasi

pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam

membuat penaakulan dan refleksi bagi

menyelesaikan masalah, membuat

keputusan, berinovasi dan berupaya

mencipta sesuatu

Pelaksanaan KBAT dalam bilik darjah

melalui perubahan dalam kurikulum,

pedagogi dan pentaksiran

Kurikulum

Ditulis secara eksplisit dalam dokumen kurikulum

Pedagogi

Pelbagai strategi PdP yang menerapkan KBAT seperti alat berfikir, soalan aras tinggi dan inkuiri

Pentaksiran

Soalan berbentuk aras tinggi dalam peperiksaan pusat

Persekitaran Pembelajaran KBAT

1. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk inkuiri, penyelesaian masalah, penyelidikan dan berasaskan projek

2. Pelbagai pendekatan dan aktiviti dalam bilik darjah. Guru dan murid menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran dan penyoalan aras tinggi semasa PdP

3. Pengajaran dan Pembelajaran akan berubah menjadi

Pembelajaran dan Pemudahcaraan:

Guru berperanan mengajar dan murid belajar semasa melaksanakan aktiviti aras pemikiran rendah; dan

Apabila aras pemikiran meningkat ke aras yang lebih tinggi,

guru berperanan sebagai pemudah cara semasa murid belajar

Ciri-ciri Murid KBAT

Murid yang suka bertanya dan boleh memberi cadangan penyelesaian berdasarkan pengetahuan yang sedia ada. Penggunaan bahan rangsangan seperti soalan aras tinggi dapat menggalakkan murid berfikir dengan lebih mendalam, membuat kesimpulan dan refleksi, seterusnya mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam situasi sebenar.

Ciri-ciri Guru Yang Menggalakkan KBAT

Guru sebagai pemudah cara yang melaksanakan pelbagai aktiviti berpusatkan murid, menyediakan aktiviti yang dapat mencabar minda murid dan penyoalan aras tinggi secara berperingkat bagi mendorong murid memberi pandangan serta membuat penyelidikan dan membuat penerokaan secara terancang dan berstruktur.

Cadangan Bilik Darjah KBAT

Bilik Darjah merujuk kepada di mana berlakunya pengajaran dan pembelajaran. Murid juga boleh dipupuk dengan KBAT dalam situasi sebenar seperti samasa lawatan dan projek atau kerja lapangan. Suasana bilik darjah mestilah ceria dengan paparan hasil murid di dalam bilik darjah dan aktif dalam pembelajaran. Susun atur bilik darjah berpusatkan murid di mana murid duduk dalam kumpulan yang membolehkan murid mudah berinteraksi dan berkolaborasi. Guru menggunakan bahan sokongan yang dapat meningkatkan pemikiran murid.

Anjakan Mac 2015

Sumber: Buku KBAT, Bahagian Pembangunan Kurikulum

Page 3: Anjakan Mac 2015

Guru SK Bukit Beringin Masjid

Tanah Melaka membimbing

murid untuk memberi respon

kepada stimulus yang

memerlukan jawapan KBAT

Perkongsian Amalan Terbaik Pelaksanaan KBAT Dalam PdP Di Sekolah-sekolah:

Peranan SISC+

Kumpulan Pembimbing Pakar Peningkatan

Sekolah atau SISC+ memainkan peranan

penting dalam mengukuhkan pengetahuan dan

kemahiran guru-guru bagi memupuk Kemahiran

Berfikir Aras Tinggi. SISC+ secara berterusan

membimbing guru-guru meningkatkan

kemahiran pedagogi untuk melaksanakan aktiviti

yang menarik dan berkesan bagi murid mereka.

Menurut Pn Zurain Bakri, SISC+ subjek Bahasa

Malaysia dari PPD Alor Gajah, Melaka, SISC+

bertanggungjawab memastikan guru-guru diberi

pendedahan secukupnya mengenai pedagogi

abad ke-21 demi merealisasikan aspirasi

pendidikan Negara.

Sesi latihan peningkatan pedagogi oleh SISC+ PPD Alor

Gajah kepada guru-guru

Aktiviti Bahasa Malaysia Tahun 2

di SJKT Ladang Kemuning Kru,

Alor Gajah, Melaka. Aktiviti

berkumpulan dengan bimbingan

dan teknik interaksi yang sesuai

daripada guru dapat mencetuskan

KBAT dalam kalangan murid

Anjakan Mac 2015

Aktiviti

pembentangan

murid di dalam

bilik darjah

dapat

membantu

meningkatkan

murid dalam

KBAT

Semangat

kerjasama dalam

menyiapkan tugas

secara berkumpulan

dapat memupuk nilai

toleransi dan

semangat kekitaan

Aktiviti KBAT

dalam kelas

Matematik-

membina

segiempat

sama dalam

segiempat

Page 4: Anjakan Mac 2015

Jika ada sebarang cadangan dan maklumat berkaitan PPPM, hantarkan kepada kami.

Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 3, Blok E9,Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya. [email protected] +03 8872 1605

Jika ada sebarang cadangan dan maklumat berkaitan PPPM, hantarkan kepada kami.

Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 3, Blok E9,Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya. [email protected] +03 8872 1605

Murid diberi peluang untuk

mempamerkan nota kumpulan di

papan putih

Pelaksanaan KBAT Didalam Bilik Darjah: SMK Putrajaya Presint 8(1)

Perbincangan antara guru dan

murid sentiasa berlaku di dalam

kelas, selaras dengan Aspirasi Murid

untuk meningkatkan kemahiran

dwibahasa

Pentaksiran rakan sebaya

menggunakan kad visual

memudahkan guru mengenal pasti

tahap pemahaman murid dlam

suatu topik

Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang diamalkan dapat menjadikan proses pengajaran

dan pembelajaran satu pengalaman yang menyeronokkan untuk murid. Aktiviti seperti perbincangan

kumpulan, pembentangan dan pentaksiran rakan sebaya dapat memupuk KBAT dalam kalangan murid

dengan peranan guru lebih sebagai fasilitator di dalam bilik darjah. Buletin Anjakan meninjau aktiviti yang

dijalankan untuk subjek Sejarah Tingkatan 4 di SMK Putrajaya Presint 8 (1) baru-baru ini.

Anjakan Mac 2015

“Dengan adanya penekanan kepada KBAT ini, guru-guru akan lebih kreatif dalam merancang dan

melaksanakan aktiviti pedagogi yang lebih menarik untuk mencetuskan semangat inkuiri dalam diri

murid. Apabila murid berkongsi maklumat yang mereka perolehi daripada sumber di luar bilik

darjah, mereka dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi. Pelbagai nilai

dapat diterapkan melalui aktiviti yang dijalankan di dalam kelas sesuai dengan Anjakan ke 3 PPPM

2013-2025. Di sekolah ini kami memastikan guru-guru diberi latihan berterusan untuk

melaksanakan aktiviti KBAT melalui sesi Latihan Dalam Perkhidmatan yang dijalankan selepas

sekolah atau pada hujung minggu”

Pn Nor Hayati Ishak Penolong Kanan 1

SMK Putrajaya Presint 8(1)

Semasa saya di sekolah rendah belum ada penekanan kepada aktiviti Kemahiran Berfikir Aras

Tinggi. Di dalam kelas, kami lebih banyak diberi latihan kerana ketika itu saya menduduki

peperiksaan UPSR. Selepas waktu sekolah kami diberi kelas tambahan di mana kami

menjawab soalan-soalan peperiksaan. Tetapi pengalaman di Tingkatan Satu dan Dua di

sekolah menengah ini agak berbeza. Di kelas kami duduk secara berkumpulan dan kami

diberikan tugasan untuk dikongsi dan dibentangkan. Saya rasa lebih seronok sebab dalam

kelas kita aktif, boleh bergerak dan buat pembentangan, jadi kalau kelas petang kita tidak

mengantuk atau rasa bosan. Dulu saya rasa malu bercakap di hadapan kelas tapi sekarang

lebih yakin. Soalan yang diberikan sekarang agak ‘tricky’, kita perlu fikir betul-betul, guna

imajinasi dan pengetahuan daripada subjek-subjek lain juga. Saya suka sebab kita dapat lebih

banyak peluang untuk berbincang dan ada ruang juga untuk menilai kerja rakan-rakan kita.

Ahmad Farhan, Tingkatan 2, SMK Putrajaya Presint 8(1)