anjakan 11

4
Buletin Bulanan Tranformasi Kementerian Pendidikan Malaysia Februari 2014 Dari Meja Pengarang Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU) adalah sebuah unit yang bertanggungjawab kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memantau pelaksanaan PPPM 2013-2025. Dalam usaha menyebar luas maklumat berkaitan PPPM, PADU telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan buletin bulanan dengan nama ANJAKAN. Ia memuatkan petikan amanat penting daripada pengurusan tertinggi, aktiviti PADU dalam pelaksanaan PPPM serta memaparkan pandangan para pendidik berkaitan PPPM. Semoga buletin ini dapat dimanfaatkan oleh para pembaca. Ketua Editor Sarana Ibu Bapa Cerita Kejayaan Sarana Ibu Bapa ISU BULAN INI: 9 BERKERJASAMA DENGAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA SECARA MELUAS Melengkapi ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak mereka melalui sarana penglibatan ibu bapa dan akses atas talian kepada kemajuan anak di sekolah. Mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG mengenai pelaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai 2016. Menambah bilangan Sekolah Amanah kepada 500 buah sekolah menjelang 2025 dengan melibatkan kumpulan alumni dan NGO yang berpotensi sebagai penganjur. Anjakan 9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025 menyentuh tentang sokongan penting bagi pendidikan murid iaitu kerjasama ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. ANJAKAN Anjakan ke-11 Februari 2014 “Dalam dunia globalisasi masa kini, ibu bapa tidak boleh melepaskan tanggungjawab kerana setiap sumbangan akan memberi nilai tambah kepada kecemerlangan sekolah dan pelajarnya” Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pendidikan “Ibu bapa tidak seharusnya melepaskan tanggungjawab mendidik kepada Kementerian semata-mata tetapi melaksanakan peranan mereka membantu kejayaan dasar Kementerian” YB Datuk Mary Yap Kain Ching Timbalan Menteri Pendidikan “Persepsi bahawa tugas mendidik anak-anak ini hanya terletak di bahu guru harus dikikis kerana hakikatnya masa murid hanya terbatas di sekolah dan sebahagian besar masa mereka dihabiskan di luar sekolah atau di rumah. PIBG merupakan mekanisma paling utama untuk menggerakkan usaha melahirkan murid yang berkualiti serta memiliki sahsiah tinggi seterusnya mewujudkan pendidikan berkualiti di sekolah” Dato’ Haji Sufa’at Bin Tumin Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Upload: hyslst

Post on 29-Dec-2015

133 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

11

TRANSCRIPT

Page 1: anjakan 11

Buletin Bulanan Tranformasi Kementerian Pendidikan Malaysia Februari 2014

Dari Meja Pengarang Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU) adalah sebuah unit yang bertanggungjawab kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memantau pelaksanaan PPPM 2013-2025. Dalam usaha menyebar luas maklumat berkaitan PPPM, PADU telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan buletin bulanan dengan nama ANJAKAN. Ia memuatkan petikan amanat penting daripada pengurusan tertinggi, aktiviti PADU dalam pelaksanaan PPPM serta memaparkan pandangan para pendidik berkaitan PPPM. Semoga buletin ini dapat dimanfaatkan oleh para pembaca.

Ketua Editor

Sarana Ibu Bapa

Cerita Kejayaan

Sarana Ibu Bapa

ISU BULAN INI:

9 BERKERJASAMA

DENGAN IBU BAPA,

KOMUNITI DAN

SEKTOR SWASTA

SECARA MELUAS

Melengkapi ibu bapa bagi

membantu pembelajaran

anak mereka melalui

sarana penglibatan ibu

bapa dan akses atas talian

kepada kemajuan anak di

sekolah.

Mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG mengenai pelaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai 2016.

Menambah bilangan

Sekolah Amanah kepada

500 buah sekolah

menjelang 2025 dengan

melibatkan kumpulan

alumni dan NGO yang

berpotensi sebagai

penganjur.

Anjakan 9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menyentuh tentang sokongan penting bagi pendidikan murid iaitu kerjasama ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

ANJAKAN

Anjakan ke-11 Februari 2014

“Dalam dunia globalisasi masa kini, ibu bapa tidak boleh melepaskan

tanggungjawab kerana setiap sumbangan akan memberi nilai tambah

kepada kecemerlangan sekolah dan pelajarnya”

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pendidikan

“Ibu bapa tidak seharusnya melepaskan tanggungjawab mendidik kepada

Kementerian semata-mata tetapi melaksanakan peranan mereka

membantu kejayaan dasar Kementerian”

YB Datuk Mary Yap Kain Ching Timbalan Menteri Pendidikan

“Persepsi bahawa tugas mendidik anak-anak ini hanya terletak di bahu

guru harus dikikis kerana hakikatnya masa murid hanya terbatas di

sekolah dan sebahagian besar masa mereka dihabiskan di luar sekolah

atau di rumah. PIBG merupakan mekanisma paling utama untuk

menggerakkan usaha melahirkan murid yang berkualiti serta memiliki

sahsiah tinggi seterusnya mewujudkan pendidikan berkualiti di sekolah”

Dato’ Haji Sufa’at Bin Tumin Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Page 2: anjakan 11

Teach for Malaysia dan Sekolah Amanah Dua program melibatkan pihak swasta

dalam pendidikan ialah Teach For

Malaysia dan Sekolah Amanah. Kedua-

dua program ini memberi impak yang

besar kepada peningkatan kualiti

pengajaran dan pembelajaran.

Teach for Malaysia Mula diperkenalkan pada 24 Disember

2010 dengan melibatkan kerjasama

KPM dan Yayasan Teach for Malaysia

(YTFM). Teach for Malaysia

bermatlamat untuk mengatasi

ketidaksamaan ekuiti dalam pendidikan.

Peserta Program TFM (Fellows TFM)

terdiri daripada golongan muda

berwibawa dalam kalangan graduan

baru dan professional muda dari

pelbagai latar belakang. Fellow TFM

akan berkhidmat selama dua tahun

sebagai guru. Dalam tempoh berkenaan

fello memperoleh pengalaman untuk

membangunkan kompetensi dari diri

sebagai pemimpin di bilik darjah dan

pemimpin dalam komuniti. Selepas

berkhidmat selama dua tahun sebagai

guru, rangkaian fellow TFM akan terus

menyumbang kepada penambahbaikan

pendidikan negara.

KPM dan Yayasan AMIR

telah berkerjasama dalam pelaksanaan

Sekolah Amanah yang yelah dimulakan

di Johor dan Sarawak. Sebanyak 10

buah sekolah telah dirintis dengan

penekanan diberikan kepada

pembelajaran berasaskan murid.

Melalui pendekatan ini, penglibatan

murid dalam proses pengajaran dan

pembelajaran semakin aktif serta dapat

memupuk keyakinan diri. Dalam kajian

persepsi yang dijalankan, 85% murid

didapati gembira datang ke sekolah,

manakala 95% murid menyatakan

setuju pembelajaran mencabar mereka

mengaplikasi pengetahuan dan

kemahiran berfikir aras tinggi.

Jika ada sebarang cadangan dan maklumat berkaitan PPPM, hantarkan

kepada kami.

Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan Malaysia (PADU)

Aras 3, Block E9,Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604

Putrajaya

[email protected] [email protected]

Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak sangatlah penting. Terdapat

banyak bukti yang menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa dan komuniti

dalam pendidikan anak membawa perubahan yang ketara kepada

kejayaannya. Berbanding 52% masa yang dihabiskan di rumah dan di dalam

komuniti hanya 15% masa seseorang anak dihabiskan di sekolah. Istilah ibu

bapa yang digunakan dalam konteks ini merujuk kepada sesiapa sahaja yang

bertanggungjawab terhadap kebajikan anak dan terlibat secara aktif dengan

pendidikannya.

Kenapa ibu bapa patut terlibat dalam pembelajaran anak?

Faedah Kepada Anak Faedah Kepada Ibu Bapa

Mendapat markah dan gred ujian yang lebih baik

Mempunyai nilai kendiri dan

motivasi yang lebih tinggi

Kehadiran ke sekolah lebih bagus

Kadar pelanggaran disiplin

sekolah berkurangan

Keciciran persekolahan dapat dielakan

Boleh belajar bagaimana untuk membantu anak menyelesaikan kerja rumah

Ibu bapa dapat mengetahui prosedur dan kaedah membantu anak di sekolah

Dapat berkongsi ilmu

keibubapaan bersama ahli PIBG yang lain

Lebih mudah untuk

menyediakan suasana rumah yang sihat

14%

33% 53%

Penggunaan Masa Murid

Sekolah Tidur Rumah dan Komuniti

Anjakan ke-11 Februari 2014

Penglibatan Sektor Swasta

Sekolah Amanah

Teach For Malaysia

Kegunaan masa murid

berumur 7-16 tahun,

berdasarkan 42 minggu

di sekolah dan purata

5.5 jam di sekolah setiap

hari (sekolah rendah

dan menegah), 2 jam

masa kokurikulum wajib

seminggu dan masa

tidur 8 jam sehari.

Sumber: KPM, sampel jadual waktu

murid 2013

Page 3: anjakan 11

Meraikan kejayaan sekolah bersama Guru Besar & YDP PIBG SK Lelaki Jalan Batu setelah mendapat Anugerah Lonjakan Saujana UPSR 2013 Ketegori Sekolah Kebangsaan, PPW Sentul Kuala Lumpur

Ahli Jawatankuasa PIBG SK Lelaki Jalan Batu Sesi 2013-2014

Kejayaan Sarana Ibu Bapa di SK Lelaki Jalan Batu Kuala Lumpur

En. Rashdan Bin Abd Rashid, YDP PIBG

SK (L) Jalan Batu

Kerjasama dari pihak luar membantu kejayaan sekolah

Pihak sekolah dan PIBG turut meminta kerjasama dari pihak luar yang

bekepentingan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Penerangan

WPKL, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, Starbucks Malaysia Sdn Bhd, The

Big Education Group Sdn Bhd, VADS Sdn Bhd, Astro dan Shangri-La Hotel

untuk memberi sumbangan bagi penganjuran program khas sekolah seperti

Larian Amal Antarabangsa Ice Run, Kempen Hijau CCAM, English Summer

Camp serta Majlis Kurban.

SK Lelaki Jalan Batu telah berjaya meningkatkan prestasi pelajar melalui pelaksanaan Sarana Ibu Bapa.

Selepas pelancaran Sarana Ibu Bapa dan Sekolah di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 24 Februari 2013. Pihak PIBG dan Pengurusan SK Lelaki Jalan Batu saling berkerjasama mengatur strategi bagi menjayakan inisiatif tersebut.

Hasil kerjasama yang erat dan komitmen yang tinggi antara ibu bapa dan sekolah, SK Lelaki Jalan Batu telah dianugerahkan Anjakan Saujana pada tahun 2013 di peringkat Pejabat Pelanjaran Wilayah Sentul dan Gred Purata Sekolah meningkat sebanyak 12 peratus.

Menurut En. Rashdan Bin Abd Rashid, YDP

PIBG Sekolah, faktor utama yang

menyumbang kepada kejayaan Sarana Ibu

Bapa ialah melalui strategi komunikasi

yang berkesan. Ini terbukti apabila beliau

menggunakan media sosial dan khidmat

pesanan ringkas (SMS) dalam usaha

menarik ibu bapa untuk hadir bersama-

sama untuk turut serta bagi menjayakan

lagi temasya sukan, aktiviti yang

dianjurkan sekolah.

Sumber : Utusan Malaysia

Para peserta English Summer Camp

Majlis Korban – Sambutan Hari Raya Aidil-Adha

Anjakan ke-11 Februari 2014

Anjakan ke-11 Februari 2014

Contoh SMS yang dihantar kepada ibu bapa

Page 4: anjakan 11

Apa Kata Mereka?

Majlis Perjumpaan Menteri Pendidikan Bersama Warga Pendidikan dan Komuniti Parlimen Pagoh, Johor

Pada 8 Februari 2014, satu majlis perjumpaan antara Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin bersama warga pendidik dan komuniti parlimen Pagoh 2014 telah diadakan di Dewan Seri Pekembar, Pagoh, Johor. PADU telah melakukan temubual serta kajian maklumbalas bersama lebih 200 orang yang terdiri dari warga pendidik serta peduduk Pagoh. Hasilnya didapati 96% telah memberikan komen dan ulasan yang positif terhadap pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

En Kow Yee Long SJKC Pei Chan, Gambang, Pagoh 2 tahun pengalaman mengajar

Pn Rosniza Abdullah (Sains & Matematik) & Pn Nora Separi (Perdagangan) SMK Sultan Alauddin Riayat Shah Pagoh, 17 tahun pengalaman mengajar

0 20 40 60

1

2

3

4

5

6

Pada pendapat anda, apakah amalan semasa yang menjejaskan perlaksanaan PPPM?

TEMURAMAH BERSAMA GURU-GURU

Anjakan ke-11 Februari 2014

Anjakan ke-11 Februari 2014

1. Penyampaian Dasar

2. Perjawatan

3. Keupayaan Sumber Manusia

4. Prosedur dan Pengurusan

Kewangan

5. Kerjasama Antara Bahagian dan

Jabatan

6. Perubahan Dasar

Peratus

Implikasi Kajian: Keupayaan sumber manusia perlu dipertingkatkan bagi melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan.