2015 buletin anjakan bil_5-2015_(final)

5
Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru Kesinambungan PPPM : Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah (2013-2025) ke Pengajian Tinggi (2015-2025) Guru Abad Ke-21 Keberhasilan pendidikan yang diterjemahkan dengan pembangunan modal insan yang berkualiti masih merupakan sandaran negara ke arah negara maju. Amanah ini merupakan tanggungjawab besar yang perlu dihayati oleh semua warga pendidikan terutama guru-guru di bilik darjah. Peranan dan komitmen mereka amat diperlukan dan malah tugas menjadi sangat mencabar dengan keperluan pembelajaran Abad ke-21. Guru yang berkualiti dan bersedia menghadapi cabaran menjadi sandaran Kementerian Pendidikan untuk merealisasikan transformasi pendidikan negara seperti dihasrat melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025. “Guru: Kementerian akan memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid dan terbeza dilaksanakan secara berkesan di dalam bilik darjah(PPPM 5-2) Kualiti guru merupakan faktor penentu di peringkat sekolah yang paling penting bagi keberhasilan murid. Salah satu kajian yang menarik pada pertengahan 1990-an menunjukkan bahawa dua orang murid sebaya dengan prestasi sederhana yang diajar oleh dua orang guru yang berbeza berbeza prestasi telah menunjukkan prestasi pencapaian akademik yang juga beza dalam tempoh tiga tahun. (PPPM 5-2) KANDUNGAN

Upload: nurul-huda-kasim

Post on 12-Apr-2017

120 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 2015 buletin anjakan bil_5-2015_(final)

Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21

Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

Kesinambungan PPPM : Pendidikan Prasekolah hingga

Lepas Menengah (2013-2025) ke Pengajian Tinggi

(2015-2025)

Guru Abad Ke-21

Keberhasilan pendidikan yang diterjemahkan dengan pembangunan modal insan yang berkualiti masih merupakan sandaran negara ke arah negara maju. Amanah ini merupakan tanggungjawab besar yang perlu dihayati oleh semua warga pendidikan terutama guru-guru di bilik darjah. Peranan dan komitmen mereka amat diperlukan dan malah tugas menjadi sangat mencabar dengan keperluan pembelajaran Abad ke-21. Guru yang berkualiti dan bersedia menghadapi cabaran menjadi sandaran Kementerian Pendidikan untuk merealisasikan transformasi pendidikan negara seperti dihasrat melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.

“Guru: Kementerian akan memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid dan terbeza

dilaksanakan secara berkesan di dalam bilik darjah”

(PPPM 5-2)

Kualiti guru merupakan faktor penentu di peringkat

sekolah yang paling penting bagi keberhasilan murid.

Salah satu kajian yang menarik pada pertengahan

1990-an menunjukkan bahawa dua orang murid sebaya

dengan prestasi sederhana yang diajar oleh dua orang

guru yang berbeza berbeza prestasi telah menunjukkan

prestasi pencapaian akademik yang juga beza dalam

tempoh tiga tahun.

(PPPM 5-2)

KANDUNGAN

Page 2: 2015 buletin anjakan bil_5-2015_(final)

0

Dapatan kajian mengenai kualiti guru sememangnya sudah dijangka dan membuktikan bahawa peranan dan

kualiti guru amat besar kesannya terhadap keberhasilan murid. Malah pernah dinyatakan oleh Barber dan

Mourshed (2007) dalam bukunya How the World’s Best Performing Systems Come Out on Top “bahawa kualiti

sesuatu sistem sekolah (pendidikan) tidak boleh melebihi kualiti gurunya”. Hakikat bahawa sebaik mana kualiti

sesuatu sistem pendidikan itu dirangka dan dibangunkan tidak memberi sebarang makna jika kualiti individu

guru itu sendiri tidak terlebih dahulu dipertingkatkan dari aspek komitmen dan kompetensi. Menyedari

peranan penting dan perlunya semangat kebersamaan dalam kalangan warga guru untuk menjayakan agenda

transformasi pendidikan negara, ANJAKAN Bil. 5/2015 akan berkongsi maklumat ciri-ciri guru yang cemerlang

dengan ciri-ciri unggul bagi mendepani cabaran pembelajaran Abad ke-21.

Cabaran Guru Abad ke-21

Pengajaran dan pembelajaran Abad Ke-21 mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan pendidikan masa lampau. Tujuan pembelajaran Abad Ke-21 adalah untuk melahirkan murid yang produktif tinggi, mahir dalam komunikasi, mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi serta mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Oleh yang demikian bagi memastikan objektif pengajaran dapat dicapai, guru-guru perlu terlebih dahulu melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran tersebut sebelum dalam melaksanakan pengajaran dengan berkesan.

Guru-guru juga berhadapan dengan murid-murid yang jauh berbeza dengan murid-murid masa lalu. Murid-murid kini lebih terdedah dengan maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber dan mempunyai kecenderungan untuk mengetahui dan bertanya dengan lebih mendalam. Murid pada alaf baharu ini lebih mempunyai akses kepada maklumat kerana lebih terdedah kepada kepesatan teknologi. Justeru, sebagai guru yang berwibawa, guru-guru perlu melengkapkan diri kemahiran tertentu bagi memudahkan mereka menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21. Usaha-usaha ini memerlukan pengorbanan dan komitmen yang tidak sedikit dan sebagai bagi guru yang komited, segala kepayahan dan cabaran akan terbayar jika anak didiknya mampu dibentuk dan berjaya dalam pelajaran dan kehidupannya.

Memahami psikologi pembelajaran

Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi

Menguasai subjek iaitu kandungan kurikulum

Memiliki kemahiran kaunseling

Menggunakan teknologi terkini

Memahami

perkembangan murid dan menyayangi

mereka

Ciri-ciri Guru Abad 21

Anjakan Bilangan 5/2015

Page 3: 2015 buletin anjakan bil_5-2015_(final)

Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

Guru-guru Abad Ke-21 perlu menguasai kepakaran berikut dalam menguruskan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah

Menguasai ilmu / Subjek / Isi Kandungan Pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman guru perlu

diintegrasikan bagi membina satu pengajaran yang mantap dalam proses P&P yang lebih berkesan

Menguasai Pedagogi Abad ke-21 Berkemahiran menggunakan teknologi maklumat dan media dalam PdP dan mengaplikasikan serta menyesuaikan dengan pedagogi serta konsep/ teknik pembelajaran Abad Ke-21

Menguasai Kemahiran Mengesan Perkembangan Murid dan Pencapaian Serta Menyokong Mereka

Mempunyai kemahiran merancang program bagi menyokong dan membantu perkembangan murid melalui strategi

Sharply focused, Deep Dive, analisis data, mempelbagaikan kaedah/ aktiviti untuk murid mencari ilmu di luar bilik darjah.

Menguasai Kemahiran Psikologi Pembelajaran Guru berkebolehan memahami bertingkah laku setiap murid bagi memahami ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan murid-murid seperti meramal tingkah laku, memberi motivasi dan lain-lain serta menghubungkaitkan dengan proses PdP dalam bilik darjah.

Memiliki Kemahiran Kaunseling Mempunyai kemahiran asasdalam bidang kaunseling dalam

PdP untuk menggalakkan dan dan meningkatkan potensi murid serta mendorong murid supaya lebih yakin dengan

keupayaan sendiri

Kemahiran Penggunaan Media dan Teknologi Maklumat Terkini Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti PdP di bilik darjah

Anjakan Bilangan 5/2015

Page 4: 2015 buletin anjakan bil_5-2015_(final)

“Saya seronok ke sekolah!” – SK Kebakat

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) - Pengajian Tinggi

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 10 April 2015. PPPM (PT) merupakan kesinambungan dari segi matlamat, aspirasi dan penyampaian pendidikan dari peringkat pra-sekolah hinggalah ke peringkat pendidikan tinggi dan seterusnya. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) daripada Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah diikuti PPPM (Pengajian Tinggi) terus mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk pendidikan seimbang sebagai asas aspirasi setiap murid. Kedua-dua pelan ini berfokus untuk membangunkan kemahiran khusus dan atribut yang boleh diterapkan kepada murid dan mahasiswa bagi membolehkan mereka menerajui pembangunan ekonomi dan dunia global masa hadapan.

“Kami diberi penerangan tentang PPPM 2013-2025 secara berterusan oleh Guru

Besar dalam setiap mesyuarat, dan maklumat ini diperkukuh dalam Sudut PPPM dan

Buletin Anjakan KPM. Sebagai guru kami sedar bahawa untuk menyediakan murid

menghadapi cabaran masa hadapan, kita perlu memberi lebih ruang dan peluang

untuk murid memperkembang bakat dan potensi mereka melalui aktiviti di dalam bilik

darjah. Dalam subjek Matematik, saya memberi peluang kepada murid untuk

melakukan pelbagai aktiviti berkumpulan di mana mereka akan membuat

pembentangan secara kumpulan dan melakukan sendiri tugasan yang diberi. Sebagai

contoh, satu aktiviti Matematik akan melibatkan murid seramai enam orang satu

kumpulan yang terdiri daripada pelbagai tahap. Saya tetapkan salah seorang daripada

mereka sudahpun dapat menguasai topik tersebut supaya dapat membantu rakan

yang lain. Dengan cara ini murid dapat bekerjasama dan saling membantu untuk

menjayakan aktiviti tersebut. Cara ini juga akan memudahkan guru membuat

pentaksiran untuk menentukan Band pencapaian murid”.

Pn Wan Asmah Wan Hassan, Guru Matematik

Anjakan Bilangan 5/2015

Kementerian telah mengenal pasti kemahiran dan kompetensi yang selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang membolehkan murid Malaysia bersaing pada peringkat antarabangsa. Bagi merealisasikan

Aspirasi Murid yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, proses

pengajaran dan pembelajaran perlulah disesuaikan dengan keperluan masa hadapan, justeru pedagogi guru-

guru ditingkatkan untuk mengamalkan pembelajaran abad ke 21. Buletin Anjakan berkesempatan meninjau

pendapat murid, guru dan ibu bapa dari beberapa sekolah di negeri Kelantan baru-baru ini.

“Pembelajaran Aktif di Bilik Darjah” SK Kebakat, Kota Bharu

Page 5: 2015 buletin anjakan bil_5-2015_(final)

“Saya suka belajar Matematik kerana ada banyak aktiviti kumpulan yang kami boleh

buat. Contohnya semasa belajar pecahan, kami bawa bahan dari rumah dan bila belajar

bahagi, saya bawa roti dan rakan-rakan pula bawa bahan lain; jadi seronok sebab kami

buat sendiri. Kami juga bincang dalam kumpulan dan buat pembentangan; contohnya

bagaimana nak tukarkan pecahan kepada perpuluhan menggunakan peta titi seperti

dalam i-Think. Sekarang saya rasa tak sabar nak ke sekolah sebab suka belajar dalam

kumpulan, boleh bincang – belajar lebih seronok!

Nordini Safarini, Tahun 5

“Saya Seronok ke Sekolah!” – SK Kebakat, Kota Bharu

Program Guru Muda: SMK Sultanah Zainab 1

“Di dalam kelas sekarang kami belajar lebih seronok kerana kami boleh menjalankan aktiviti berkumpulan, bertukar fikiran, berbincang dan ada masanya berpeluang menilai kerja rakan-rakan. Proses pembelajaran seperti ini dapat menghasilkan murid yang berkualiti kerana terdapat perubahan dari segi guru mengajar. Di dalam kelas saya, beberapa orang murid telah dipilih untuk menjadi Guru Muda mengikut subjek bagi memberi bimbingan kepada rakan-rakan sekelas. Saya sendiri terpilih untuk menjadi Guru Muda subjek Matematik, maka saya berpeluang untuk menerangkan kepada rakan-rakan sekelas tentang langkah-langkah penyelesaian dalam algebra, contohnya. Saya rasa gembira dan bangga kerana dapat membantu rakan-rakan, dan saya juga dapat belajar daripada mereka”. Wan Naili Najihah, Murid Tingkatan 3

“Pada mulanya kami ibu bapa diberi penerangan tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan PT3, saya dan ramai lagi ibu bapa kurang faham tentang perlaksanaannya. Tetapi apabila saya mendapatkan lebih banyak maklumat, saya mula faham yang pentaksiran ini lebih baik kerana murid ditaksir secara berterusan dan menyeluruh. Sebagai ibu kepada Wan Naili, saya selalu berinteraksi bersama-sama anak saya tentang apa yang berlaku di sekolah. Saya dapati untuk subjek Sains, saya boleh berkongsi pengetahuan dan pengalaman saya sebagai jururawat; dan ilmu yang saya kongsikan dengan dia dapat digunakan dalam aktiviti di dalam kelas. Peranan ibu bapa penting untuk mengukuhkan apa yang dipelajari di sekolah. Saya sangat menyokong usaha Kementerian untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara”. Pn Wan Mahani, Ibu

Anjakan Bilangan 5/2015