borang pengesahan status tesis - fp.utm.my razi bin sidek.tp.pdf · iii penyeliaan pengajaran di...

43
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG SESI PENGAJIAN : 2012/13 Saya FAKHRUL RAZI BIN SIDEK (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana /Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan oleh _____________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : 4504 KG. JERAM , MANIR, 21200 KUALA TERENGGANU Tarikh :21 MEI 2013 _____________________________________ (TANDATANGAN PENYELIA) DR. M. AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN NAMA PENYELIA Tarikh : 21 MEI 2013

Upload: others

Post on 03-Sep-2019

44 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Razi Bin Sidek.TP.pdf · iii PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG FAKHRUL RAZI BIN SIDEK Laporan Tesis

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH

MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG

SESI PENGAJIAN : 2012/13 Saya FAKHRUL RAZI BIN SIDEK (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

_____________________________________

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap : 4504 KG. JERAM , MANIR, 21200 KUALA TERENGGANU Tarikh :21 MEI 2013

_____________________________________

(TANDATANGAN PENYELIA)

DR. M. AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN

NAMA PENYELIA

Tarikh : 21 MEI 2013

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Razi Bin Sidek.TP.pdf · iii PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG FAKHRUL RAZI BIN SIDEK Laporan Tesis

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PSZ 19:16 (PIND. 1/97)

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Razi Bin Sidek.TP.pdf · iii PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG FAKHRUL RAZI BIN SIDEK Laporan Tesis

ii

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan

(Pengurusan dan Pentadbiran)

Tandatangan : ………………………………….

Nama Penyelia : DR. M. AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN

Tarikh : ………………………………….

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Razi Bin Sidek.TP.pdf · iii PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG FAKHRUL RAZI BIN SIDEK Laporan Tesis

iii

PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH

DAERAH PASIR GUDANG

FAKHRUL RAZI BIN SIDEK

Laporan Tesis Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2013

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Razi Bin Sidek.TP.pdf · iii PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG FAKHRUL RAZI BIN SIDEK Laporan Tesis

iv

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………………………….

Nama Penulis : FAKHRUL RAZI BIN SIDEK

Tarikh : 21 MEI 2013

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Razi Bin Sidek.TP.pdf · iii PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG FAKHRUL RAZI BIN SIDEK Laporan Tesis

v

DEDIKASI

Ku tujukan khas sekalung budi buat keluarga tersayang,

Isteriku yang dikasihi, HALIMATUSA’DIAH BINTI MOHD ABDUL WAHID

Ayahnda yang disayangi, SIDEK BIN MUDA

Bonda yang diingati, NIK BINTI ABDUL RAHMAN

Segala jasa, pengorbanan, pandangan dan doa kalian akan kukenang dalam

lipatan kenangan hidupku

serta

Buat anak-anak yang disayangi,

FAWWAZ HAKIMIE,

AMEERA TASNEEM, AMEERA SOFEA, KHAWLA AL-KHALESA,

yang sentiasa sabar ditinggalkan

ketika ayahmu berada di dalam keadaan yang sukar

Tidak lupa

buat anak didik yang meringan tangan membantu, AINAA ATHIRAH AILY TEY BINTI MOHD AIZOL IKHWAN TEY,

NUR RASYIDAH BINTI MOHD ALI, NURUL AIN NAZIHAH BINTI MOHD IKBAL segala budi bakti yang tak ternilai buat gurumu ini

akan dikenang buat selamanya.

Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat kejayaan dariNya.

InsyaAllah dan Terima Kasih

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Razi Bin Sidek.TP.pdf · iii PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG FAKHRUL RAZI BIN SIDEK Laporan Tesis

vi

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan dengan inayah dan kasih

sayangNya, maka projek ini dapat disiapkan bagi memenuhi penganugerahan Ijazah

Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran), Universiti Teknologi Malaysia.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

kepada penyelia saya, Dr M. al- Muz-zammil Bin Yasin atas segala jasa baik beliau

membimbing dan meluangkan masa yang berharga untuk saya sepanjang tempoh

menyiapkan penulisan ini. Segala teguran dan nasihat yang dicurahkan menjadi

panduan yang sangat bernilai dalam meneruskan penulisan ini bagi menghasilkan

sebuah karya yang terbaik. Tidak lupa juga kepada ahli keluarga terutama ibu bapa

dan isteri saya serta teman-teman seperjuangan yang tidak putus memberi sokongan.

Segala sokongan dan dorongan kalian amat saya hargai.

Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada para pengetua yang sudi

ditemubual dan memberi kerjasama yang sangat bermakna. Begitu juga kepada para

guru SMK Taman Daya 2, SMK Agama Johor Bahru, SMK Pasir Puteh, SMK

Permas Jaya, SMK Seri Kota Puteri kerana sudi menyumbangkan masa untuk

mengisi borang soal selidik yang diedarkan. Tanpa bantuan yang dihulurkan daripada

mereka belum tentu saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Semoga

Allah s.w.t membalas jasa baik kalian dengan sebaik-baik balasan.

Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada semua pihak yang terlibat

sama ada secara langsung atau tidak dalam membantu menyempurnakan Projek

Sarjana ini. Segala sokongan dan kerjasama yang dihulurkan sangat bermakna buat

saya yang akan saya kenang sentiasa.

Sekian terima kasih. Wassalam.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Razi Bin Sidek.TP.pdf · iii PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG FAKHRUL RAZI BIN SIDEK Laporan Tesis

vii

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji mengenai penyeliaan pengajaran di

sekolah menengah. Khususnya kajian ini (i) mengenalpasti punca-punca pengetua

kurang melakukan penyeliaan, (ii) mengenalpasti tahap amalan (sebeleum/semasa

dan selepas) penyeliaan pengajaran, (iii) mengenalpasti faktor yang menyebabkan

guru berpersepsi negatif terhadap penyeliaan pengajaran, dan (iv) mengenalpasti

cadangan langkah penambahbaikan terhadap amalan penyeliaan pengajaran.

Responden kajian ini terdiri daripada 334 orang guru daripada lima buah sekolah

dalam daerah Pasir Gudang dan tiga orang pengetua sekolah. Pengumpulan data

daripada responden guru dibuat dengan menggunakan borang soal selidik. Manakala

data daripada tiga orang pengetua diperolehi melalui temubual. Kajian rintis

dijalankan menggunakan kaedah alpha cronbach bagi menentukan kebolehpercayaan

instrumen kajian. Hasil kajian mendapati (i) punca pengetua dilihat kurang

melakukan penyeliaan disebabkan penurunan kuasa yang dilakukan bagi

mengimbangi tugas yang pelbagai, (ii) tahap amalan sebelum, semasa dan selepas

penyeliaan berada di tahap sederhana, (iii) terdapat tiga persepsi negatif guru

dikenalpasti, dan (iv) empat cadangan langkah penambahbaikan amalan penyeliaan

pengajaran dikenalpasti. Berdasarkan kepada keputusan kajian, beberapa cadangan

turut dikemukakan untuk membaiki situasi ini.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Razi Bin Sidek.TP.pdf · iii PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG FAKHRUL RAZI BIN SIDEK Laporan Tesis

viii

ABSTRACT

The main purpose of this study is to examine the instructional supervisions in

secondary schools. Other than that, this study also specifically focuses (i) to identify

the factors that the principals hardly supervise, (ii) to identify the practice of

instructional supervision (before, while and after supervision), (iii) to identify the

factors that influence the teachers’ perceptions toward the practice of supervision,

and (iv) to identify several recommendations for further improvement toward the

practice of supervision. The respondents for the study comprised of 334 teachers

from five secondary schools, while the other three principals were all from Pasir

Gudang district. A set of questionnaires was used to collect the data from the

teachers, while the data from three the principals were taken through the interview. A

pilot study was carried out and alpha cronbach method was used to see the reliability

of the research instrument. The findings showed, (i) the lack of supervision among

the principals was empowerment, (ii) the level of practice of supervision was

moderate, (iii) there were three negative perceptions among teachers toward the

practice of supervisions, and (iv) this study identifies four recommendations for the

further improvement in supervising teaching practice among teachers.

Recommendations for future research are also proposed.

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Razi Bin Sidek.TP.pdf · iii PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG FAKHRUL RAZI BIN SIDEK Laporan Tesis

ix

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Razi Bin Sidek.TP.pdf · iii PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG FAKHRUL RAZI BIN SIDEK Laporan Tesis

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

HALAMAN PENGAKUAN PENYELIA ii

HALAMAN PENGAKUAN PELAJAR iv

HALAMAN DEDIKASI v

HALAMAN PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xvi

SENARAI SIMBOL xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 12

1.4 Objektif Kajian 14

1.5 Persoalan Kajian 14

1.6 Rational Kajian 15

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Razi Bin Sidek.TP.pdf · iii PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG FAKHRUL RAZI BIN SIDEK Laporan Tesis

x

1.7 Kepentingan Kajian 16

1.8 Skop Dan Batasan Kajian 19

1.9 Definisi Konsep 20

1.9.1 Penyeliaan 20

1.9.2 Pengajaran 20

1.9.3 Penyeliaan Pengajaran 20

1.10 Rumusan 22

2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 23

2.2 Penyeliaan Pengajaran 24

2.3 Kepentingan Penyeliaan Pengajaran 26

2.4 Model Penyeliaan Pengajaran 26

2.4.1. Model Penyeliaan Kolaborasi 27

2.4.2. Model Penyeliaan Berterusan 28

2.4.3. Model Penyeliaan Klinikal 29

2.5 Kajian-Kajian Lepas 35

2.5.1. Persepsi Guru 35

2.5.2. Tahap Kekerapan Penyeliaan Pengetua 38

2.5.3. Isu-Isu Dalam Penyeliaan Pengajaran 39

2.6 Kesimpulan 43

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 45

3.2 Rekabentuk Kajian 46

3.3 Lokasi Kajian 47

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 48

3.5 Instrumen Kajian 51

3.5.1. Pembentukan Item Kajian Rintis 54

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Razi Bin Sidek.TP.pdf · iii PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG FAKHRUL RAZI BIN SIDEK Laporan Tesis

xi

3.5.2. Soal Selidik Kajian Sebenar 58

3.6 Kajian Rintis 63

3.6.1. Kajian Rintis Pertama 64

3.6.2. Kajian Rintis Kedua 71

3.7 Prosedur Kajian 72

3.8 Analisis Data 73

3.9 Kesimpulan 75

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 76

4.2 Analisis Demografi Responden 77

4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 77

4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan Umur 77

4.2.3 Taburan Pengalaman Guru Mengajar 78

4.2.4 Taburan Diselia Sepanjang Tempoh Mengajar 78

4.2.5 Taburan Diselia Pengetua Tahun 2012 80

4.2.6 Taburan Penyelia Kerap Menyelia 81

4.3 Analisis Persoalan Kajian 82

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian Pertama 83

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian Kedua 86

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian Ketiga 89

4.3.4 Analisis Persoalan Kajian Keempat 90

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 93

5.2 Perbincangan Hasil Kajian 94

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Razi Bin Sidek.TP.pdf · iii PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG FAKHRUL RAZI BIN SIDEK Laporan Tesis

xii

5.2.1 Keputusan Perbincangan Persoalan Kajian Pertama

Iaitu Apakah Punca-Punca Pengetua Kurang

Melakukan Penyeliaan? 95

5.2.2 Keputusan Perbincangan Persoalan Kajian

Kedua Iaitu Sejauhmanakah Tahap Amalan

Penyeliaan (Sebelum/Semasa dan Selepas

Penyeliaan) Yang Dilaksanakan Di Sekolah? 97

5.2.3 Keputusan Perbincangan Persoalan Kajian Ketiga

Iaitu Mengapa guru mempunyai persepsi yang

negatif terhadap amalan penyeliaan? 101

5.2.4 Keputusan Perbincangan Persoalan Kajian Keempat

Iaitu Apakah langkah-langkah penambahbaikan

kepada amalan penyeliaan di sekolah yang

dicadangkan oleh responden? 104

5.3 Rumusan Kajian 107

5.4 Cadangan Kajian 109

5.5 Penutup 110

SENARAI RUJUKAN 111

LAMPIRAN 119

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Razi Bin Sidek.TP.pdf · iii PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG FAKHRUL RAZI BIN SIDEK Laporan Tesis

xiii

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Razi Bin Sidek.TP.pdf · iii PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG FAKHRUL RAZI BIN SIDEK Laporan Tesis

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Bilangan Sampel Guru Di Sek. Men. Daerah Pasir Gudang 50

3.2 Bilangan Pulangan Daripada Responden Mengikut Sekolah 51

3.3 Item-Item Soal Selidik Yang Diteliti Dari Kajian-Kajian Lepas 52

3.4 Nama Sekolah Dan Bilangan Guru Yang Ditemubual 53

3.5 Item Untuk Mengukur Amalan Sebelum/Semasa Penyeliaan 55

3.6 Item Untuk Mengukur Amalan Selepas Penyeliaan 56

3.7 Item Persepsi Negatif Guru Terhadap Amalan Penyeliaan 56

3.8 Item Langkah Penambahbaikan Amalan Penyeliaan 57

3.9 Item Amalan Sebelum/Semasa dan Selepas Penyeliaan 59

3.10 Pengkelasan Skala Likert Dan Markah Skor Bahagian B 60

3.11 Item Persepsi Negatif Guru Terhadap Amalan Penyeliaan 61

3.12 Pengkelasan Skala Likert Dan Markah Skor Bagi Persepsi

Negatif Guru Terhadap Amalan Penyeliaan 61

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Razi Bin Sidek.TP.pdf · iii PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG FAKHRUL RAZI BIN SIDEK Laporan Tesis

xiv

3.13 Item Langkah Penambahbaikan Amalan Penyeliaan 62

3.14 Penkelasan Skala Likert Dan Markah Skor Bagi Bahagian D 63

3.15 Nilai Alpha Cronbach Bagi Item Kajian Rintis 64

3.16 Kebolehpercayaan Item Soal Selidik Kajian Rintis Pertama 64

3.17 Penambahbaikan Item Amalan (sebelum/semasa dan selepas)

Penyeliaan Pengajaran Untuk Soal Selidik Bahagian B 65

3.18 Penambahbaikan Item Persepsi Negatif Guru Terhadap Amalan

Penyeliaan Pengajaran Untuk Soal Selidik Bahagian C 67

3.19 Penambahbaikan Item Cadangan Langkah Penambahbaikan

Terhadap Amalan Penyeliaan Pengajaran Bahagian D 69

3.20 Pecahan Bahagian Soal Selidik Penyeliaan Pengajaran Setelah

Perubahan dan Rombakan Item Soal Selidik Dilakukan 71

3.21 Kebolehpercayaan Item Dalam Soal Selidik Kajian Rintis Kedua 72

3.17 Pemarkatan Min Untuk Setiap Dimensi 73

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 77

4.2 Taburan Umur Responden 78

4.3 Taburan Jumlah Tahun Pengalaman Guru Mengajar 79

4.4 Taburan Jumlah Guru Diselia Pengetua 80

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Razi Bin Sidek.TP.pdf · iii PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG FAKHRUL RAZI BIN SIDEK Laporan Tesis

xv

4.5 Taburan Jumlah Guru Diselia Pengetua Dalam Tahun 2012 81

4.6 Taburan kekerapan Penyelia Dalaman menyelia 82

4.7 Amalan (Sebelum/Semasa) Penyeliaan Pengajaran di Sekolah 87

4.8 Amalan (Selepas) Penyeliaan Pengajaran di Sekolah 88

4.9 Persepsi Guru Terhadap Penyeliaan Pengetua Di Sekolah 90

4.10 Cadangan Langkah Penambahbaikan Terhadap Penyeliaan 92

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Razi Bin Sidek.TP.pdf · iii PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG FAKHRUL RAZI BIN SIDEK Laporan Tesis

xvi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Unsur-Unsur Utama Penyeliaan Pengajaran 24

2.2 Model Penyeliaan Klinikal Lima Fasa 30

2.3 Model Penyeliaan Klinikal Tiga Fasa 31

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Razi Bin Sidek.TP.pdf · iii PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG FAKHRUL RAZI BIN SIDEK Laporan Tesis

xvii

SENARAI SIMBOL

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

PDP Pengajaran Dan Pembelajaran

SPI Surat Pekeliling Ikhtisas

SPSS Statistical Packages for Social Sciences

UTM Universiti Teknologi Malaysia

f’ Nilai Frekuensi

% Nilai Peratus

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Razi Bin Sidek.TP.pdf · iii PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG FAKHRUL RAZI BIN SIDEK Laporan Tesis

xviii

SENARAI LAMPIRAN

NO.LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 120

B Jadual populasi dan sampel Krejcie

& Morgan, (1970) 126

C Salinan surat pengesahan status

pelajar UTM dan Surat Kebenaran 129

D Transkip Temubual Pengetua 133

E Salinan Analisis Alpha Cronbach 137

F Salinan Analisis Keseluruhan Data 148

G Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987 164

H Contoh Borang Penyeliaan Pengajaran 169

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Razi Bin Sidek.TP.pdf · iii PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG FAKHRUL RAZI BIN SIDEK Laporan Tesis

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Hasil-hasil penyelidikan dan tulisan mengenai sekolah efektif menunjukkan bahawa

penentu yang paling utama bagi kejayaan sesebuah sekolah adalah faktor kepimpinan yang

ditunjukkan oleh pengetua dalam bidang pengajaran (Hussein, 2008). Kepimpinan ini

berkait rapat dengan usaha yang ditumpukan oleh pengetua terhadap kurikulum dan

pengajaran (Abdul Rahman, 2010) serta usaha ke arah memajukan proses pengajaran dan

pembelajaran di sekolah (Hussein, 2008). Ia menjadi tanggungjawab utama pengetua

kerana sebagai pemimpin profesionalisme di sekolah, pengetua perlu memastikan kejayaan

pelaksanaan kurikulum di sekolahnya (Nurahimah & Rafisah, 2010) dan menentukan

bahawa pengajaran yang diberikan kepada pelajar adalah bermutu dan membuahkan hasil

(Omardin, 2007). Justeru pengetua yang berkesan amat mengetahui selok belok

persekolahan, seperti kurikulum, teknik mengajar yang berkesan, penilaian guru,

pertumbuhan pelajar, pengurusan dan pengajaran, falsafah serta undang-undang

persekolahan (Hussein, 2008). Pengetua juga patut menjadi pendorong utama kepada guru-

guru supaya menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan giat lagi serta menggalakkan

mereka agar melaksanakan tugas secara berkesan terutamanya memberi galakan ke arah

mengkaji kaedah-kaedah baru untuk memperbaiki pengajaran (Omardin, 2007).

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Razi Bin Sidek.TP.pdf · iii PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG FAKHRUL RAZI BIN SIDEK Laporan Tesis

2

Penyeliaan pengajaran adalah salah satu aspek utama pengurusan kurikulum yang

menuntut perhatian serius daripada pengetua. Ia merupakan fungsi kritikal dan tugasan

penting pengetua dalam kepimpinan pengajaran (Mohd Salleh, 2000). Oleh itu, pengetua

perlu menjalankan penyeliaan pengajaran demi memastikan matlamat sekolah dapat

diterjemahkan oleh guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah

(Yahya, 2005). Penyeliaan pengajaran yang berkualiti dan sistematik akan memberi kesan

yang positif kepada pertumbuhan pelajar dan dapat meningkatkan prestasi pengajaran dan

pembelajaran dengan membangun kebolehan guru dan membentuk serta menyelaraskan

amalan kerja mereka (Kamarudin, 1989). Maka ia merupakan salah satu ciri penting kepada

keberkesanan sekolah di mana ia berfungsi untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran

berjalan sebagaimana yang dirancang. Selain itu ia turut berfungsi membaiki dan

mempertingkatkan mutu pengajaran guru dalam bilik darjah supaya pendidikan yang diberi

membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam semua aspek iaitu rohani, jasmani,

emosi dan intelek (Abdullah Sani, 2003).

Justeru sebagaimana menurut Azali (2003) penyeliaan pengajaran memerlukan

wujudnya kesinambungan perhubungan atau interaksi antara pengetua dan guru yang

diselia demi menghasilkan perubahan positif dalam perlakuan guru dan seterusnya

perubahan terhadap pembelajaran pelajar. Ini bermakna penyeliaan pengajaran menjadi

mekanisme perbincangan profesional antara pengetua dan guru yang diselia. Hal ini juga

memberi maksud bahawa penyeliaan pengajaran memerlukan kewujudan hubungan yang

disengajakan dan saling berhubung antara satu sama lain agar berlaku peningkatan

pengajaran. Melalui hubungan dan perbincangan ia mampu merungkai sebarang

permasalahan dan membolehkan guru memberi tumpuan dan perhatian sepenuhnya kepada

amanah yang diberikan (Shamsudin & Kamarul, 20111). Ia juga menunjukkan wujudnya

kebersamaan antara pengetua dan guru dalam memikul tanggungjawab untuk

meningkatkan prestasi akademik pelajar (Hussein, 2008). Justeru itu, penyeliaan pengajaran

dari semasa ke semasa sangat diperlukan sebagai saluran pengawasan, pembaikan dan

pemantapan supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan di atas landasan yang

betul dan bermutu tinggi.

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Razi Bin Sidek.TP.pdf · iii PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG FAKHRUL RAZI BIN SIDEK Laporan Tesis

3

Melihat kepada keutamaan dan kepentingan penyeliaan pengajaran ini, Kementerian

Pelajaran Malaysia telah menggariskan amalan penyeliaan pengajaran sebagai amalan teras

dalam pengurusan pendidikan. Ini berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987 yang

mengarahkan pengetua melakukan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran yang rapi dan

sistematis terhadap guru-guru mereka (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1987). Dengan itu,

pengetua perlu melaksanakannya dengan memerhati dan mengawasi proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas agar dapat menentukan tujuan pengajaran guru telah tercapai

dan dilakukan dengan sempurna serta tidak tersimpang daripada apa yang telah

dirancangkan (Omardin, 2007). Pengetua perlu memastikan isi pelajaran guru adalah

berpandukan perancangan yang dibuat melibatkan langkah-langkah atau proses pengajaran

dari permulaan, perkembangan pengajaran dan penutup (Abdullah Sani, 2003). Dalam erti

kata yang lain, pengetua perlu melibatkan diri secara langsung dalam semua aspek

pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di sekolah. Tanggungjawab ini bukanlah suatu

yang mudah kerana ianya memerlukan kepakaran dan kemahiran pengetua demi

menghasilkan akauntabiliti guru dalam pendidikan (Mohd Salleh, 2000).

Untuk itu pengetua perlu terlebih dahulu menjadi pakar dan mahir dalam pengajaran

sebagaimana ditegaskan oleh Hussein (2008) yang membolehkan mereka memberi

bimbingan dan tunjuk ajar kepada guru tentang pengajaran yang berkesan. Kepakaran dan

kemahiran pengetua dalam melakukan penyeliaan juga membolehkannya mengenalpasti

kelemahan dalam pengajaran dan memberi bantuan diagnosis kepada guru sekaligus dapat

membantu guru meningkatkan kualiti dan kemahiran dalam pengajaran. Kepakaran dan

kemahiran dalam penyeliaan pengajaran tersebut perlu merangkumi pelbagai aspek

kepimpinan, pengesanan, penyeliaan, kecekapan guru, prestasi murid, taraf sekolah,

kemahiran teknikal dan sebagainya (Mohd Salleh, 2000). Justeru, kepakaran dan kemahiran

yang dimiliki mampu meningkatkan kredibiliti pengetua atau penyelia dan keyakinan guru

terhadap mereka. Ia juga dapat mengelakkan sebagaimana disebut oleh Azali (2003)

kredibiliti pengetua atau penyelia khususnya dari segi pengetahuan dan kemahiran dalam

penyeliaan pengajaran dipertikai atau dipersoalkan sekaligus boleh menyebabkan imej

mereka pada pandangan guru-guru tergugat.

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Razi Bin Sidek.TP.pdf · iii PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG FAKHRUL RAZI BIN SIDEK Laporan Tesis

4

Bagi memastikan pengetua menguasai kepakaran dan kemahiran yang

memungkinkannya dapat menjalankan tugas penyeliaan dengan sempurna, pengetua perlu

menitiberatkan beberapa keperluan asas yang mampu dan boleh meningkatkan pengajaran

guru. Suseela (2005) menyatakan terdapat tiga keperluan asas yang perlu dikuasai oleh

setiap pengetua iaitu (1) asas ilmu (2) kemahiran perhubungan antara manusia, dan (3)

kemahiran teknikal untuk diaplikasikan dalam proses penyeliaan. Seterusnya pengetua

dituntut memberi lebih banyak tumpuan terhadap program pengajaran, kerja-kerja guru dan

perancangan pengajaran berkesan (Hussein, 2008). Mereka perlu bertanggungjawab dan

berperanan sebaik mungkin dalam membimbing guru-guru bagi meningkatkan kualiti

pengajaran dan pembelajaran serta mewujudkan suasana yang kondusif untuk proses

tersebut.

1.2 Latar Belakang Masalah

Banyak kajian yang dijalankan sama ada mengfokuskan amalan penyeliaan

pengajaran secara khusus mahupun melalui dimensi penyeliaan pengajaran yang menjadi

salah satu dimensi-dimensi dalam kepimpinan pengajaran secara umumnya, mendapati

amalan penyeliaan kurikulum berada di tahap rendah dan kurang diberi perhatian

sewajarnya oleh pengetua. Suryati (2007) dalam kajiannya mengenai hubungan antara

kepuasan guru dengan amalan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan

140 responden dari kalangan guru melaporkan bahawa pengetua kurang melakukan aktiviti

penyeliaan dan hanya segelintir guru sahaja yang diselia oleh pengetua. Hal ini disokong

oleh kajian Radi (2007) yang mengkaji amalan penyeliaan pengajaran terhadap guru-guru

sains, di mana hasil kajiannya turut mendapati pengetua kurang menjalankan penyeliaan

pengajaran. Hanya 16.9 peratus sahaja daripada 89 responden yang dikaji diselia oleh

pengetua. Selebihnya diserahkan kepada guru-guru berjawatan seperti Guru Kanan Mata

Pelajaran, Guru Penolong Kanan Kurikulum. Guru Penolong Kanan HEM dan lain-lain.

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Razi Bin Sidek.TP.pdf · iii PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG FAKHRUL RAZI BIN SIDEK Laporan Tesis

5

Hasil kajian Rohani (1998) mengenai keberkesanan kepimpinan pengajaran

pengetua terhadap 144 responden guru turut mendapati bahawa pengetua jarang melakukan

penyeliaan dan menilai pengajaran guru di dalam kelas. Hal ini sudah pasti memberi impak

yang negatif serta mempengaruhi prestasi akademik dan pencapaian pelajar. Justeru kajian

beliau mencadangkan agar pengetua memberi tumpuan kepada aspek teknik dan penyeliaan

pengajaran di bilik darjah yang merupakan salah satu aspek utama kepimpinan pengajaran.

Untuk itu, beliau juga mencadangkan agar pengetua harus bijak mengurus masa kerana

bidang tugasnya amat luas, rencam dan kompleks. Selain kajian Rohani (1998), dapatan

beberapa kajian lain turut mendapati pengetua jarang melakukan penyeliaan di dalam kelas.

Bahkan lebih kritikal lagi Rafisah (2000) mengatakan bahawa penyeliaan pengajaran di

bilik darjah tidak sepenuhnya dilaksanakan seperti mana yang diarahkan oleh Kementerian

Pelajaran. Melalui kajiannya yang melibatkan 217 responden mengenai persepsi guru

sekolah menengah terhadap proses penyeliaan pengajaran dan pembelajaran, beliau

melaporkan bahawa terdapat 5.1 peratus guru yang tidak pernah mendapat penyeliaan di

bilik darjah daripada pengetua. Justeru dapatan daripada kajian beliau berdasarkan persepsi

guru-guru menegaskan bahawa tahap penyeliaan pengajaran yang dilaksanakan masih tidak

memuaskan.

Azlin dan Roselan (2007) lebih mengejutkan lagi melalui laporan kajian mereka

mengenai amalan pengurusan pengetua di mana mereka hanya mendapati 0.3 peratus sahaja

aktiviti penyeliaan pengajaran dijalankan daripada keseluruhan aktiviti pengurusan oleh

pengetua-pengetua sepanjang tempoh kajian mereka selama lapan bulan secara berterusan.

Kajian tersebut menggunakan pendekatan kualitatif melalui pemerhatian, temubual dan

dokumen dengan bilangan responden seramai enam orang pengetua turut mendapati dalam

tempoh kajian dilakukan tidak ada seorang pengetua pun yang membuat penyeliaan ke atas

proses pengajaran guru terlatih di sekolah masing-masing. Semua pengetua menjelaskan

bahawa tugas menyelia pengajaran guru sebenarnya diserahkan sepenuhnya kepada guru

penolong kanan akademik dan guru-guru kanan ketua bidang. Hal ini menggambarkan

pengetua tidak dapat memberi keutamaan kepada aktiviti penyeliaan pengajaran kerana

sibuk melakukan tugas-tugas lain yang mereka rasakan lebih penting dan mendesak. Justeru

mereka didapati mempunyai pandangan yang tersendiri terhadap aktiviti penyeliaan

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Razi Bin Sidek.TP.pdf · iii PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG FAKHRUL RAZI BIN SIDEK Laporan Tesis

6 pengajaran ini walaupun kebanyakan mereka faham dan jelas akan kepentingannya.

Bahkan kajian itu turut melaporkan terdapat dua orang pengetua berpendapat mereka

sebenarnya tidak perlu melakukan aktiviti penyeliaan pengajaran di bilik darjah. Manakala

angka 0.3 peratus yang diperolehi adalah berdasarkan aktiviti pencerapan oleh hanya

seorang pengetua terhadap seorang guru pelatih daripada sebuah maktab perguruan yang

sedang menjalani latihan praktikum di sekolah terbabit.

Justeru, tidak hairanlah satu ketika dulu melalui sorotan kajian-kajian lampau yang

dilakukan turut mendapati bahawa terdapat kalangan guru tidak pernah diselia

pengajarannya di bilik darjah memandangkan ia terus wujud walhal saban tahun perubahan

demi perubahan ke arah penambahbaikan dan transformasi dunia pendidikan berlaku.

Perkara ini menjadi salah satu isu dalam penyeliaan sehingga kini di mana sepatutnya tugas

pengetua sekolah adalah memberi bimbingan kepada guru-guru supaya mereka mampu

melaksanakan tugas pengajaran dengan baik, bukannya tidak menjalankan penyeliaan

pengajaran dan pembelajaran ( Razianna, 2009).

Kajian-kajian yang telah dilakukan turut mendapati kebanyakkan pengetua tidak

melaksanakan konsep dan tatacara penyeliaan sebenar dan menyeluruh. Mereka hanya

melakukan penyeliaan dengan cara menyemak buku tugasan atau latihan pelajar dan

rancangan pengajaran guru. Situasi ini memberi gambaran yang sangat negatif terhadap

tahap pelaksanaan penyeliaan klinikal. Mohd. Suhaimi, Sharifah dan Zaidatol (2007) yang

mengkaji amalan kepimpinan pengajaran pengetua di negeri Perak mendapati isu ini masih

berterusan. Pengetua didapati tidak serius terhadap kepentingan penyeliaan. Pengetua

didapati mengambil jalan singkat dengan hanya memeriksa kuantiti latihan murid yang

diberikan oleh guru. Situasi ini menggambarkan satu amalan yang tidak tepat dalam

penyeliaan pengajaran apatah lagi digunakan bagi menggantikan aktiviti penyeliaan

pengajaran. Ia juga memberi makna sebahagian besar aspek penyeliaan klinikal diabaikan

walaupun jelas berdasarkan hasil-hasil kajian yang dijalankan menyatakan bahawa

penyeliaan klinikal sangat diperlukan kerana membantu meningkatkan kualiti guru

sekaligus meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.

Page 28: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Razi Bin Sidek.TP.pdf · iii PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG FAKHRUL RAZI BIN SIDEK Laporan Tesis

7

Bahkan Razianna (2009) menyatakan bahawa terdapat guru yang tidak pernah

mendapat maklum balas dan bimbingan yang konstruktif daripada pengetua sekolah mereka

berkaitan status dan kualiti pengajaran mereka. Situasi ini secara tidak langsung

menggambarkan proses penyeliaan klinikal yang melibatkan sekurang-kurangnya tiga fasa

penyeliaan tidak dijalankan dengan betul atau sepenuhnya. Justeru beliau menyenaraikan

isu-isu dalam penyeliaan yang masih berlaku dan perlu difahamai serta ditangani oleh

pengetua sekolah. Isu-isu dalam penyeliaan yang disenaraikan adalah (1) pengetua tidak

menjalankan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran (2) masih terdapat pengetua sekolah

yang mempunyai tanggapan salah dengan beranggapan bahawa berjalan di sekeliling blok

bangunan bilik darjah bagi memastikan guru dan murid berada di kelas sebagai sebahagian

daripada penyeliaan (3) sesetengah pengetua sekolah berpendapat adalah memadai berada

di kelas selama 10 minit atau kurang bagi mendapatkan gambaran status pengajaran dan

pembelajaran (4) pengetua tidak mendapatkan maklum balas dan laporan penyeliaan

pengajaran daripada barisan guru penolong kanan yang diturunkan kuasa menyelia kepada

mereka (5) pengetua menjalankan penyeliaan pengajaran tanpa garis panduan atau tidak

memberi maklum balas kepada guru bagi tujuan membimbing dan penambahbaikan (6)

pengetua hanya bergantung semata-mata kepada senarai semak borang penyeliaan

pengajaran dalam menentukan cirri-ciri pengajaran dan pembelajaran berkesan tanpa

membuat penilaian secara kualitatif (7) sebahagian pengetua berpendapat guru yang

berpengalaman tidak perlu diselia (8) pengetua tidak bersifat professional semasa

penyeliaan pengajaran dan pembelajaran kerana kurang memiliku kemahiran bimbingan

dan mentoring, dan (9) pengetua hanya menumpukan pengajaran guru semata-mata dalam

penyeliaan pengajaran yang dijalankan tanpa menghiraukan aspek pembelajaran murid

kerana berpendapat pembelajaran berlaku dengan sendirinya sekiranya pengajaran berjalan

dengan baik dan berkesan.

Sekiranya diteliti secara mendalam pendekatan penyeliaan secara klinikal perlu

dilaksanakan kerana ianya dilihat selaras dengan kehendak Pekililing Ikhtisas Bil 3/ 1987

dan tujuan utama penyeliaan iaitu membantu guru-guru dalam meningkatkan keberkesanan

pengajaran (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1987). Namun apa yang berlaku sebaliknya

sebagaimana dibuktikan melalui kajian Mohd. Suhaimi et. al (2007) yang mengkaji amalan

Page 29: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Razi Bin Sidek.TP.pdf · iii PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG FAKHRUL RAZI BIN SIDEK Laporan Tesis

8 kepimpinan pengajaran pengetua secara jelas mendapati aspek penyeliaan guru secara

klinikal paling kurang dilaksanakan. Hasil kajian tersebut serta kajian-kajian sebelum ini

sekiranya dilihat berasaskan teori dan model penyeliaan klinikal tidaklah melampau jika

dikatakan bahawa penyeliaan klinikal sebenarnya tidak dijalankan dengan berkesan

memandang sebahagian aspek daripadanya sahaja dilaksanakan. Dalam erti kata yang lain,

sekiranya terdapat guru-guru yang diselia, mereka tidak melalui proses menyeluruh dan

sebenar penyeliaan klinikal memandangkan ia melibatkan fasal-fasal tertentu sahaja dalam

amalan penyeliaan klinikal yang dilaksanakan oleh pengetua sekolah. Mohd. Suhaimi et. al

(2007) juga turut mendapati walaupun setiap sekolah yang dikaji mempunyai jadual

penyeliaan pengajaran yang membahagikan tugas penyeliaan pengajaran antara pengetua

dan ketiga-tiga guru kanan, namun ia setakat dokumen sahaja. Justeru, tahap kekerapan

pelaksanaan penyeliaan pengajaran amat rendah dan pelaksanaannya tidak memenuhi

aspek-aspek penyelian sebenar.

Norlin (2006) melalui kajiannya mengenai persepsi guru bahasa melayu terhadap

penyeliaan pengajaran dan pembelajaran mengatakan bahawa penyeliaan klinikal tidak

dilaksanakan dengan baik dalam fasa tertentu walaupun dapatan keseluruhan amalan

penyeliaan klinikal adalah pada tahap sederhana tinggi. Beliau mendapati aspek

perkongsian maklumat dan pengetahuan antara penyelia dan guru yang diselia yang

merupakan salah satu aspek penting dan ditekankan di dalam penyeliaan klinikal secara

keseluruhannya kurang berkesan atau kurang berfungsi di sekolah yang dikaji. Oleh itu

tidak hairanlah terdapat kalangan guru tidak bersetuju terhadap penyeliaan pengajaran

boleh membantu mereka memperolehi kaedah baru pengajaran serta maklumat baru yang

dapat membantu mereka membuat perancangan pengajaran yang lebih berkesan untuk

pengajaran berikutnya, memandangkan fungsi ini kurang dilaksanakan.

Hasil kajian Rafisah (2009) yang dijalankan terhadap 856 guru di Kedah melalui

tinjauan menggunakan set soal selidik dan kaedah temubual turut mendapati majoriti guru-

guru bersetuju bahawa amalan penyeliaan yang dijalankan berlaku tanpa mengikut kaedah

penyeliaan klinikal yang sebenar. Beliau mendapati 59.1 peratus penyeliaan pengajaran

Page 30: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Razi Bin Sidek.TP.pdf · iii PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG FAKHRUL RAZI BIN SIDEK Laporan Tesis

9 yang dijalankan tanpa sesi perbincangan sebelum dan selepas penyeliaan. Manakala Haliza

(2005) pula menguatkan bahawa tidak berlaku pertemuaan formal selepas penyeliaan

dilakukan sebagaimana yang dituntut di dalam penyeliaan klinikal. Proses memaklumkan

hasil penyeliaan kepada guru-guru juga kurang berlaku. Hal ini turut memberi gambaran

bahawa segala kelemahan yang didapati semasa penyeliaan dilakukan tidak dijelaskan

untuk diperbaiki oleh guru dari semasa ke semasa walhal ia merupakan sebahagian dari

aspek penting penyeliaan klinikal yang perlu dijalankan. Oleh itu menurut dapatan beliau

juga penyeliaan yang dijalankan di sekolah yang dikaji kurang berkesan di dalam mencapai

tujuan meningkatkan kualiti pengajaran seperti yang diharapkan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia.

Hasil kajian Rohani (1998) turut mendapati perkara yang sama di mana pengetua

jarang berbincang mengenai isu-isu pengajaran dan pembelajaran dengan guru-guru.

Perkara ini diperkuatkan lagi oleh kajian Kedah (2008) di mana beliau mendapati

penyeliaan lebih tertumpu pada semasa penyeliaan dijalankan sahaja akan tetapi masa

sebelum dan selepas penyeliaan tidak dititiberatkan. Justeru beliau mendapati tahap

penyeliaan klinikal tidak mengikut kaedah sebenar dan berada pada tahap sederhana. Chia

Lai (2005) mengukuhkan lagi melalui kajiannya mengenai penyeliaan pengajaran terhadap

guru ekonomi asas di 21 buah sekolah di mana beliau mendapati tahap pengaplikasian

konsep dan amalan penyeliaan klinikal di dapati perlu dibuat perubahan serta dibaiki dan

tindakan susulan selepas penyeliaan masih kurang memuaskan. Justeru beliau melaporkan

penyelian pengajaran yang dijalankan di sekolah-sekolah terbabit secara keseluruhannya

berada pada tahap sederhana sahaja. Beliau turut melihat keperluan kajian terhadap

kemahiran dan kesediaan penyelia untuk menyelia dilakukan untuk mempertingkatkan lagi

keberkesanan penyeliaan pengajaran. Shaikhah (2005) turut melaporkan perkara yang sama

dalam kajiannya mengenai pelaksanaan penyeliaan pengajaran terhadap guru-guru

kemahiran hidup bersepadu di 23 buah sekolah di daerah Batu Pahat, Johor yang

melibatkan 150 orang responden dari kalangan guru. Beliau mendapati kaedah penyeliaan

pengajaran dilaksanakan secara tidak sempurna dan tertumpu kepada beberapa aspek sahaja

dan tidak menyeluruh dan dapatan beliau melaporkan tahap penyeliaan pengajaran yang

dijalankan hanya berada pada tahap sederhana sahaja.

Page 31: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Razi Bin Sidek.TP.pdf · iii PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG FAKHRUL RAZI BIN SIDEK Laporan Tesis

10

Kajian Arbain (1998) terhadap tingkah laku kepimpinan pengajaran pengetua turut

menyokong dan mendapati fungsi penyeliaan dan penilaian pengajaran berada di tahap

fungsi yang relatif sederhana diamalkan berbanding fungsi-fungsi lain dalam kepimpinan

pengajaran pengetua. Latip (2007) yang turut mengkaji fungsi penyeliaan pengajaran dalam

kepimpinan pengajaran pengetua di 46 buah sekolah menengah negeri Selangor mendapati

aktiviti penyeliaan merupakan fungsi kedua terendah di antara fungsi-fungsi lain

kepimpinan pengajaran pengetua. Menurut beliau pengetua didapati selalu menghadapi

kekangan dan kesempitan waktu untuk melakukan penyeliaan pengajaran dan kebanyakkan

masa dihabiskan untuk menyelesaikan urusan di sekolah atau di luar sekolah yang

dikatakan lebih mustahak dan memerlukan penyelesaian segera. Perkara ini sebenarnya

memberi gambaran bahawa pengetua tidak mampu membuat pertimbangan yang tepat dan

baik terhadap perkara-perkara yang perlu diutamakan sehingga fungsi penyeliaan yang

merupakan salah satu tugas utama mereka terabai dan tidak diberi perhatian sewajarnya.

Selain itu, kajian-kajian yang dilakukan turut mendapati amalan penyeliaan

pengetua dipersepsikan negatif di kalangan guru. Guru-guru melahirkan perasaan kurang

selesa dan terbeban dengan proses penyeliaan yang dijalankan ke atas mereka. Kajian Radi

(2007) mendapati sebanyak 52.6 peratus daripada responden beliau seramai 89 orang dari

kalangan guru merasa kesempitan dan tidak enak dengan kewujudan penyelia di dalam

kelas mereka bagi melakukan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna

majoriti guru-guru yang menjadi responden kajian beliau tersebut bersetuju bahawa

kehadiran penyelia menimbulkan perasaan kurang selesa. Bahkan beliau turut mendapati

sebahagian guru-guru terlalu memandang serong dan negatif terhadap amalan penyeliaan

pengajaran walaupun bilangan tersebut tidak terlalu besar di mana di mana 7.9 peratus

guru-guru yang dikaji merasakan penyeliaan membebankan mereka. Manakala 12.4 peratus

pula menganggap penyeliaan bertujuan mencari kelemahan dan kesalahan mereka dan 15.7

peratus responden tidak bersetuju penyeliaan membolehkan mereka memperolehi kaedah

pengajaran yang baru. Bahkan seramai 10.1 peratus responden tidak bersetuju bahawa

penyelia adalah pembimbing pengajaran yang berkesan. Perkara ini menggambarkan

wujudnya dua keadaan di mana yang pertama dilihat kepada penyelia iaitu orang yang

menjalankan penyeliaan. Sejauh mana proses dan amalan penyeliaan yang dijalankan

Page 32: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Razi Bin Sidek.TP.pdf · iii PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG FAKHRUL RAZI BIN SIDEK Laporan Tesis

11 mereka menepati tatacara penyeliaan sebenar. Ini kerana, telah banyak kajian yang

dijalankan menegaskan bahawa proses penyeliaan yang berkesan akan membantu

meningkatkan kualiti pengajaran guru serta pencapaian akademik pelajar. Manakala yang

keduanya dilihat kepada guru iaitu individu yang diselia. Berkemungkinan mereka tidak

atau kurang memahami tujuan penyeliaan pengajaran yang dijalankan. Hasilnya mereka

membina persepsi negatif terhadap kepentingan penyeliaan pengajaran dijalankan.

Berkemungkinan juga mereka lebih suka berada dalam zon selesa tanpa penyeliaan yang

dianggap gangguan. Kedua-dua perkara ini berlaku dan dilaporkan di dalam kajian Radi

(2007).

Rafisah (2000) melalui kajiannya yang mengambil kira persepsi 217 responden dari

kalangan guru turut mengukuhkan lagi di mana beliau mendapati kebanyakkan guru-guru

merasa proses pengajaran mereka terganggu dengan kehadiran penyelia yang menyelia

pengajaran mereka. Justeru hasil dapatan kajian beliau melaporkan guru-guru mempunyai

persepsi bahawa penyeliaan pengajaran masih berada pada tahap tidak memuaskan.

Persepsi tidak memuaskan atau negatif ini menurut dapatan beliau mempunyai hubungan

yang rapat dengan sikap penyelia dan gaya penyeliaan yang dijalankan. Secara tidak

langsungnya memberi gambaran tahap kemampuan dan pengetahuan penyelia untuk

menjalankan penyeliaan turut berada di tahap tidak memuaskan.

Fenomena persepsi negatif turut dilaporkan di dalam kajian Salmi (2004) mengenai

persepsi guru terhadap aspek penyeliaan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan

secara temubual dan berbentuk kualitatif di mana beliau mendapati guru-guru merasa tidak

selesa apabila diselia. Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan mereka terganggu

dengan kewujudan penyelia. Subaidah (2001) melaporkan dalam kajiannya bahawa kajian-

kajian lepas mendapati guru-guru di sekolah rendah dan menengah mempunyai persepsi

terlalu negatif iaitu penyeliaan pengajaran tidak wajar dilakukan di mana guru-guru

terutama guru-guru yang pasif dan tidak berinisiatif sememangnya tidak suka diselia.

Justeru, kemungkinan pengalaman diselia tidak menepati objektif penyeliaan atau tatacara

perlaksanaan penyeliaan yang salah oleh pengetua menyebabkan mereka berpersepsi

Page 33: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Razi Bin Sidek.TP.pdf · iii PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG FAKHRUL RAZI BIN SIDEK Laporan Tesis

12 sebegitu. Ini turut diakui oleh Rafisah (2009) di mana beliau mendapati guru-guru turut

meragui keupayaan pengetua kerana mereka memandang pengetua mereka kurang

memahami konsep subjek yang diajar dan perkara ini sudah tentu tidak membawa kepada

penambahbaikan terhadap kualiti pengajaran yang merupakan tujuan utama penyeliaan.

Azali (2003) turut melihat perkara yang sama dan mengatakan bahawa isu yang agak

serius disebabkan ramai yang tidak memiliki pengalaman dan pengetahuan yang sesuai dan

cukup dalam menjalankan penyeliaan pengajaran terhadap guru yang menyebabkan

kredibiliti mereka khususnya dari segi pengetahuan dan kemahiran dipersoalkan dan imej

mereka sebagai penyelia tergugat.

1.3 Penyataan Masalah

Penyeliaan pengajaran merupakan salah satu mekanisme penting dalam Standard

Kualiti Pelajaran Malaysia (SKPM) ke arah melahirkan pendidikan negara bertaraf dunia

melalui usaha mendiagnosis kelemahan dan melakukan penambahbaikan pengajaran dan

pembelajaran di bilik darjah. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987 menyatakan dengan jelas

bahawa tanggungjawab penyeliaan pengajaran perlu dijalankan secara sistematis oleh

pengetua di sekolah dan ia merupakan tugas terpenting yang perlu dititikberatkan oleh

pengetua (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1987). Justeru pengetua perlu meluangkan

masa menjalankan tugas penyeliaan sebagaimana yang diarahkan. Namun maklumat yang

didapati melalui kajian-kajian yang telah dijalankan, pengetua jarang melakukan penyeliaan

pengajaran terhadap gurunya di bilik darjah atau kelas. Pengetua seolah-olah tidak serius

terhadap kepentingan penyeliaan pengajaran yang merupakan salah satu faktor utama

keberkesanan sekolah terutama dalam peningkatan prestasi akademik. Bahkan terdapat

kalangan guru yang tidak pernah mendapat seliaan oleh pengetua mereka sepanjang

bertugas sebagai guru. Maka sewajarnya kajian perlu dilakukan untuk mengenalpasti

punca-punca pengetua jarang melakukan penyeliaan kerana masih terlalu sedikit kajian

dilakukan mengenainya.

Page 34: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Razi Bin Sidek.TP.pdf · iii PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG FAKHRUL RAZI BIN SIDEK Laporan Tesis

13

Selain itu kajian-kajian turut mendapati tatacara dan konsep penyeliaan sebenar atau

secara klinikal amat jarang diamalkan. Bahkan terdapat di kalangan pengetua gagal

melaksanakan proses penyeliaan klinikal yang melibatkan sekurang-kurangnnya tiga fasa

penyeliaan dengan berkesan. Walhal amalan penyeliaan klinikal bukanlah suatu amalan

baru dalam penyeliaan kerana ianya dilihat selaras dengan amalan penyeliaan pengajaran

yang diarahkan Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap pengetua. Akan tetapi,

sebahagian mereka masih mengambil jalan mudah dengan melakukan penyeliaan secara

semakan terhadap buku latihan pelajar dan rekod pengajaran harian guru. Mereka juga

dilihat kurang memberi tumpuan terhadap aspek perbincangan sebelum dan selepas

penyeliaan pengajaran dijalankan. Amalan penyeliaan yang tidak menepati kehendak

sebenar ini sudah pasti memberi kesan dan impak yang buruk kepada pembangunan

profesional guru. Kualiti pengajaran guru di kelas tidak mampu dipertingkatkan dan

kelemahan mereka tidak dapat diperbaiki. Bahkan kesannya juga terhadap pengetua sendiri

di mana dia tidak akan mampu merangka strategi penyeliaan yang lebih baik dan berkesan

bagi meningkatkan kualiti pengajaran guru dan tahap pembelajaran murid.

Guru-guru turut berpandangan negatif terhadap amalan penyeliaan dan mereka

kurang senang atau tidak selesa setiap kali penyeliaan dijalankan. Mereka merasa terganggu

dengan kwujudan penyelia di dalam kelas. Namun begitu kebanyakkan mereka didapati

mengetahui dan memahami kepentingan penyeliaan pengajaran dijalankan. Akan tetapi

menjadi tanda tanya di mana mereka sebaliknya melihat amalan penyeliaan pengajaran

yang dijalankan ke atas mereka tidak memberi apa-apa faedah atau impak positif terhadap

peningkatan mutu dan proses pengajaran dan pembelajaran di kelas. Justeru, jelas kepada

kita sekiranya permasalahan ini tidak diberi perhatian serius dan ditanggapi dengan segera,

usaha ke arah melahirkan sekolah berkesan apatah lagi bertaraf dunia tidak mungkin dapat

direalisasikan. Ini kerana, masih terlalu kurang kajian dilakukan untuk mengetahui sebab

atau punca mereka berpersepsi negatif terhadap penyeliaan pengajaran pengetua walhal

mereka mengetahui dan sedar akan kepentingannya. Untuk itu kajian ini dijalankan bagi

merungkaikan beberapa permasalahan yang wujud dan berusaha mengenalpasti langkah-

langkah yang sesuai ke arah penambahbaikan amalan penyeliaan pengajaran di sekolah.

Page 35: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Razi Bin Sidek.TP.pdf · iii PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG FAKHRUL RAZI BIN SIDEK Laporan Tesis

14 1.4 Objektif Kajian

Kajian ini diharap dapat mencapai objektif berikut:

1.4.1 Mengenalpasti punca-punca pengetua kurang melakukan penyeliaan.

1.4.2 Mengenalpasti tahap amalan penyeliaan (sebelum/semasa dan selepas penyeliaan)

yang dilaksanakan di sekolah.

1.4.3 Mengenalpasti faktor yang menyebabkan guru berpersepsi negatif terhadap amalan

penyeliaan.

1.4.4 Mengenalpasti langkah-langkah penambaikan terhadap amalan penyeliaan

pengajaran di sekolah.

1.5 Persoalan Kajian

Untuk memenuhi objektif kajian yang dinyatakan, beberapa persoalan telah

dikemukakan bagi menjawab persoalan yang dikemukakan di dalam kajian ini.

1.5.1 Apakah punca-punca pengetua kurang melakukan penyeliaan?

1.5.2 Sejauhmanakah tahap amalan penyeliaan (sebelum/semasa dan selepas penyeliaan)

yang dilaksanakan di sekolah?

1.5.3 Mengapa guru mempunyai persepsi yang negatif terhadap amalan penyeliaan?

1.5.3 Apakah langkah-langkah penambahbaikan kepada amalan penyeliaan di sekolah

yang dicadangkan oleh responden?

Page 36: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Razi Bin Sidek.TP.pdf · iii PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG FAKHRUL RAZI BIN SIDEK Laporan Tesis

15 1.6 Rational Kajian

Penyeliaan pengajaran memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan

melahirkan guru yang berkualiti. Ia menjadi penyokong ke arah kecemerlangan prestasi

akademik sesebuah sekolah. Ini kerana guru-guru yang berkualiti sudah semestinya akan

melahirkan pelajar yang berkualiti. Justeru kecemerlangan dan prestasi mereka

sememangnya bergantung kuat kepada kualiti guru-guru. Perkara ini jelas berasaskan

kajian-kajian yang telah dilakukan mengatakan bahawa kejayaan para pelajar dalam

pembelajaran dan motivasi serta minat mereka terhadap sesuatu mata pelajaran yang

dipelajari mempunyai hubungan rapat dengan kebolehan dan kekesanan guru yang

mengajar. Manakala guru-guru pula akan semakin berkualiti dan mantap sekiranya proses

penyeliaan yang menepati dijalankan ke atas mereka. Proses penyeliaan pengajaran ini pula

perlu dilakukan secara berterusan, cekap, mahir, berjadual dan tersusun supaya matlamat

daripadanya tercapai. Kekerapan penyeliaan pengajaran yang dijalankan akan melahirkan

guru-guru yang sentiasa bersedia melaksanakan pengajaran yang terbaik dan sentiasa

melakukan penambahbaikan. Ia juga perlu dilaksanakan dengan serius dan penuh

komitmen agar perkembangan professional guru dan penambahbaikan amalan pengajaran

dan pembelajaran di dalam kelas terus berlaku.

Justeru matlamat akhir daripada proses penyeliaan pengajaran ini tidak mungkin

akan tercapai sekiranya tahap komitmen, kemampuan, pengalaman dan pengetahuan

penyelia terbatas dan diragui. Penyelia dilihat gagal menjalankan tugas penyeliaan dengan

berkesan dan berimpak positif. Situasi inilah yang masih berlaku di kebanyakan sekolah di

Malaysia. Komitmen menjalankan tugas penyeliaan masih berada di tahap sederhana dan

tidak memuaskan sekalipun ia merupakan arahan Kementerian Pelajaran Malaysia yang

cukup jelas kepada pengetua dan guru besar melalui Surat Pekeliling Bil.3/1987 yang

menegaskan bahawa penyeliaan pengajaran dan pembelajaran merupakan tugas terpenting

yang perlu dititikberatkan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1987). Bahkan penyelian

pengajaran yang dijalankan pula masih tidak menepati kaedah dan proses penyeliaan yang

sebenar dan tepat. Sebahagiaan mereka dilihat mengambil jalan mudah atau singkat dengan

Page 37: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Razi Bin Sidek.TP.pdf · iii PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG FAKHRUL RAZI BIN SIDEK Laporan Tesis

16 sekadar melihat dari jauh proses pengajaran berlaku atau hasil-hasil latihan pelajar dan

sebagainya. Hal ini memperlihatkan ketidakseriusan terhadap objektif dan matlamat yang

ingin dihasilkan melalui penyeliaan pengajaran. Oleh itu, wujudnya persepsi negatif pada

kebanyakan guru sekalipun tidak dinafikan mereka mengetahui dan memahami matlamat

dari pelaksanaan penyeliaan pengajaraan.

Maka sewajarnya suatu usaha perlu digemblengkan bagi mengukuh dan menambaik

amalan penyeliaan pengajaran agar perkembangan professional guru, peningkatan prestasi

murid dan sekolah dapat dilonjakkan sekaligus hasrat murni yang dikemukakan di dalam

falsafah pendidikan tercapai dengan jayanya.

1.7 Kepentingan Kajian

Pembelajaran dan perkembangan guru secara berterusan merupakan satu kriteria

yang penting ke arah penambahbaikan pengajaran dan dalam mencapai taraf

profesionalisme perguruan (Suseela, 2005). Salah satu pendekatan yang memain peranan

penting dan boleh membawa kepada pembelajaran secara berterusan di kalangan guru

adalah penyeliaan pengajaran. Ini kerana penyeliaan pengajaran menyumbang kepada

kompetensi dan ketrampilan guru dalam bidang kurikulum dan pengajaran. Guru-guru akan

sentiasa berusaha meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam kelas

berpandukan hasil penyeliaan yang dilakukan. Perkembangan potensi guru dan peningkatan

profesionalisme mereka akan berlaku secara berterusan. Perkara ini sekaligus memberi

impak yang positif kepada hasil pembelajaran pelajar kerana kualiti pengajaran guru

mempunyai hubungan yang signifikan dan pengaruh yang cukup besar terhadap

peningkatan prestasi akademik pelajar. Azali (2003) menegaskan bahawa penyeliaan

pengajaran mengakibatkan perubahan positif dalam perlakuan guru untuk memperbaiki

status quo pengajarannya dan seterusnya pembelajaran pelajar.

Page 38: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Razi Bin Sidek.TP.pdf · iii PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG FAKHRUL RAZI BIN SIDEK Laporan Tesis

17

Justeru, kepentingan penyeliaan pengajaran tidak dapat dinafikan lagi. Namun yang

sering dipersoalkan di kalangan guru-guru adalah tahap kemampuan pengetua melakukan

penyeliaan pengajaran yang sistematis dan menepati falsafah dan konsepnya. Permasalahan

ini telah dibuktikan melalui beberapa kajian yang mendapati guru-guru berasa ragu

terhadap kebolehan, kemahiran dan kepakaran pengetua melakukan penyeliaan pengajaran

(Radi, 2007). Sekiranya masalah atau kelemahan ini tidak ditanggapi dengan baik dan

masih berterusan, sudah tentu kerugian akan melibatkan ramai pihak terutama di pihak

pelajar dan guru. Kemahiran penyeliaan pengetua perlu dibentuk dan digilap sepenuhnya

agar memungkinkan mereka menjadi penyelia yang efektif bagi memastikan system

perjalanan sekolah berkesan. Suatu pendekatan terbaik dan memenuhi situasi pendidikan

semasa perlu dikaji dan dikemukakan agar mampu menjadi pemangkin ke arah keberkesan

sekolah. Sehubungan dengan itu, kajian penyeliaan pengajaran ini amat penting dilakukan

kerana beberapa sebab berikut:

1.7.1 Segala maklumat kajian mengenai penyeliaan pengajaran ini amat penting dan

berguna kepada para penyelia sama ada pengetua, guru-guru penolong kanan, penyelia

petang, guru kanan mata pelajaran, ketua bidang dan sesiapa sahaja yang memainkan

peranan penyeliaan. Ini kerana maklumat kajian ini memungkinkan mereka melakukan

anjakan paradigma kepada tingkah laku penyeliaan yang lebih berkesan, sesuai dan

mengikut tatacara sebenar penyeliaan pengajaran bagi meningkatkan kualiti dan mutu

pengajaran guru di sekolah masing-masing. Ini kerana, kajian ini mengemukakan

pendekatan penyelian pengajaran terbaik perlu dilakukan dan dalam masa yang sama

mendedahkan kelemahan-kelemahan penyeliaan yang telah dijalankan sebelum ini supaya

diberi perhatian dan diperbaiki.

1.7.2 Data dan maklumat kajian ini juga amat berguna kepada pegawai-pegawai

Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Jabatan Pelajaran Daerah dan

Jemaah Nazir Sekolah kerana memaparkan maklumat tentang kualiti penyeliaan pengajaran

dan proses penyeliaan yang dijalankan di sekolah-sekolah. Justeru, langkah

penambahbaikan dengan memanfaatkan kajian ini boleh dirancangkan agar sistem

Page 39: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Razi Bin Sidek.TP.pdf · iii PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG FAKHRUL RAZI BIN SIDEK Laporan Tesis

18 pengurusan penyeliaan ke arah kemenjadian guru dapat dipertingkatan dan memberi

keutamaan terhadap kursus atau latihan berkaitan penyeliaan pengajaran dalam usaha

meningkatkan kafahaman dan kualiti penyeliaan.

1.7.3 Menimbulkan kesedaran kepada pengetua serta mereka yang menjalankan amanah

penyeliaan bahawa faktor penyeliaan pengajaran merupakan salah satu faktor penting

dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah kerana ia berperanan membaiki mutu

pengajaran guru. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab terhadap aktiviti penyeliaan perlu

sedar dan memahami sebaik mungkin falsafah dan konsep penyeliaan pengajaran bagi

meningkatkan prestasi sekolah mereka serta membaiki kelemahan-kelemahan pengajaran

yang didapati dalam proses penyeliaan yang dijalankan.

1.7.4 Memberi kesedaran kepada guru-guru tentang keperluan amalan penyeliaan

dijalankan ke atas mereka. Kesedaran ini penting kerana matlamat penyeliaan pangajaran

adalah untuk membangun potensi dan meningkatkan profesionalisme keguruan mereka.

Selain dari itu, ia mampu mengikis tanggapan negatif terhadap amalan penyeliaan

pengajaran yang dijalankan oleh pengetua.

Kesimpulannya, dapatan kajian yang dijalankan ini diharap dapat dimanfaatkan

sebaik mungkin oleh semua pihak dalam usaha mengangkat martabat profesion perguruan

serta meningkatkan keberkesanan institusi pendidikan. Ini kerana faktor kecemerlangan

guru merupakan unsur yang penting dalam dunia pendidikan dan mempunyai pengaruh

yang besar terhadap keberkesanan sekolah. Faktor ini seharusnya diusahakan oleh banyak

pihak terutama pengetua sekolah yang berhubung secara lansung melalui amalan

penyeliaan pengajaran.

Page 40: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Razi Bin Sidek.TP.pdf · iii PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG FAKHRUL RAZI BIN SIDEK Laporan Tesis

19 1.8 Skop dan Batasan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap dan amalan penyeliaan pengajaran

di sekolah-sekolah menengah daerah Pasir Gudang sahaja. Sekolah menengah yang dipilih

pula hanya sekolah menengah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Manakala

sekolah agama negeri atau pun sekolah swasta tidak dilibatkan. Oleh itu dapatan kajian ini

tidak menggambarkan secara keseluruhan amalan penyeliaan pengajaran di semua jenis

sekolah menengah. Ia juga tidak menggambarkan amalan penyeliaan pengajaran di daerah

lain atau negeri lain termasuk Johor sendiri.

Populasi guru sekolah menengah daerah Pasir Gudang adalah seramai 3029 (Jabatan

Pelajaran Negeri Johor, 2011). Jumlah populasi ini bukanlah statik, sebaliknya sentiasa

berubah. Namun saiz perubahan tersebut tidak terlalu besar serta tidak akan mempengaruhi

atau memberi apa-apa kesan terhadap saiz sampel. Untuk kajian ini, pemilihan sampel

dilakukan berasaskan kaedah persampelan kelompok dan sekolah-sekolah yang terbabit

berdasarkan cabutan secara rawak. Sampel yang ditetapkan adalah sebanyak 341 orang

berasaskan jadual persempelan Krejcie dan Morgan (1970). Menurut Krejcie dan Morgan

(1970) sekiranya bilangan populasi berjumlah 3000 maka saiz sampel mewakili populasi

tersebut adalah 341.

Justeru itu, sebanyak lima buah sekolah terpilih secara rawak bagi kajian ini.

Sekolah-sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya 2 dengan

jumlah gurunya seramai 94 orang, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru

dengan jumlah gurunya seramai 53 orang, Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Puteh

dengan jumlah gurunya seramai 93 orang, Sekolah Menengah Kebangsaan Permas Jaya

dengan jumlah gurunya seramai 115 orang, dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota

Puteri 2 dengan jumlah gurunya seramai 51 orang. Jumlah keseluruhan bilangan guru bagi

sekolah-sekolah terbabit seramai 406 orang guru.

Page 41: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Razi Bin Sidek.TP.pdf · iii PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG FAKHRUL RAZI BIN SIDEK Laporan Tesis

20 1.9 Definisi Konsep

Untuk memahami maksud sebenar penyeliaan pengajaran, kita perlu merujuk

dahulu maksud bagi istilah-istilah tersebut.

1.9.1 Penyeliaan

Menurut Kamus Dewan (2007), penyeliaan bermaksud perbuatan menyelia dan

mengawas. Manakala penyelia adalah orang yang menjalankan tugas menyelia dan

mengawas. Ibrahim (1998) pula menyatakan penyeliaan merupakan perhubungan antara

seseorang yang mempunyai kuasa dengan seseorang yang tidak mempunyai kuasa,

biasanya perhubungan ketua dan orang bawahan. Menurut Al. Ramaiah (1992), penyeliaan

merupakan satu alat pentadbiran atau satu alat kawalan dan koordinasi. Ia juga boleh

disifatkan sebagai satu strategi untuk mendorong pihak lain ke arah tahap keberkesanan dan

produktiviti yang lebih tinggi.

1.9.2 Pengajaran

Pengajaran pula mempunyai beberapa maksud. Kamus Dewan (2007),

menyenaraikan sebanyak tiga maksud mengenai pengajaran. Pertama, pengajaran

membawa maksud perihal mengajar atau segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar

seperti cara atau sistem mengajar, aspek yang dipentingkan dan lain-lain. Kedua ia

memberi maksud segala sesuatu seperti cara, perbuatan dan lain-lain yang diajarkan. Juga

disebut sebagai ajaran. Manakala yang terakhir pengajaran memberi maksud peringatan

atau pedoman. Maksud yang pertama lebih menepati kehendak dan fokus kajian ini.

1.9.3 Penyeliaan Pengajaran

Sergiovanni dan Starratt (2002) menyatakan penyeliaan pengajaran adalah untuk

membantu meningkatkan peluang dan keupayaan sekolah untuk menyumbang dengan lebih

Page 42: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Razi Bin Sidek.TP.pdf · iii PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG FAKHRUL RAZI BIN SIDEK Laporan Tesis

21 berkesan terhadap kejayaan akademik pelajar. Abdul Rahman (2010) pula mengemukakan

definasi dengan menyatakan bahawa penyeliaan pengajaran merupakan satu proses untuk

menambahbaik amalan-amalan di kelas dan sekolah dengan bekerjasama secara lansung

dengan guru-guru. Harris (1975) pula mendefinasikan penyeliaan pengajaran sebagai segala

apa yang dilakukan ke atas guru atau benda-benda lain (things) untuk mengekal dan

mengubah pengoperasian sekolah melalui cara yang secara lansung mempengaruhi proses

pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Lovell dan Wiles (1983) pula menyatakan

penyeliaan pengajaran sebagai penambahbaikan proses pembelajaran dengan mengekal,

mengubah dan menambah baik rekabentuk serta pemurniaan peluang-peluang

pembelajaran. Justeru dapat disimpulkan di sini bahawa penyeliaan pengajaran merupakan

satu aktiviti yang dinamik dalam proses pendidikan yang bertujuan meningkatkan kualiti

pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Namun dalam konteks kajian ini, penyeliaan pengajaran merupakan aktiviti yang

dipertanggungjawabkan ke atas pengetua untuk menyelia pengajaran setiap guru sekurang-

kurangnnya dua kali seorang dalam setahun. Jumlah penyeliaan sebanyak dua kali ini

sebenarnya tidak dinyatakan di dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1987 (Kementerian

Pelajaran Malaysia, 1987), yang merupakan arahan rasmi terhadap pengetua agar

menjalankan tugas penyeliaan terhadap semua guru di sekolah yang dipimpinnya. Tetapi

jumlah yang ditetapkan ini berdasarkan amalan di kebanyakkan sekolah Negeri Johor dan

berasaskan jadual penyeliaan pengajaran yang dikeluarkan oleh pihak sekolah. Ketetapan

yang dibuat menperihalkan penyeliaan pengajaran perlu dijalankan satu kali pada guru

dalam setiap semester atau penggal persekolahan. Chia Peggie (2012), turut mengukuhkan

lagi amalan sebanyak dua kali setahun dalam kajiannya di sekolah-sekolah menengah

Teknik di Malaysia di mana beliau mendapati hampir 80% guru mengakui mendapat dua

kali penyeliaan pengajaran dalam setahun.

Page 43: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Razi Bin Sidek.TP.pdf · iii PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG FAKHRUL RAZI BIN SIDEK Laporan Tesis

22 1.10 Rumusan

Amalan penyeliaan pengajaran bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengajaran

dan profesionalisme guru. Amalan ini perlu difahami sebaik mungkin oleh seluruh warga

pendidik sama ada yang berperanan melakukan penyeliaan mahupun guru-guru yang

diselia. Pengetua perlu memiliki pengetahuan yang baik serta kemahiran teknikal seperti

kemahiran mengajar, menyelia, membimbing, runding cara dan sebagainya yang

memungkinkan mereka memberi panduan ke arah peningkatan dan keberkesanan

pengajaran guru. Pengetua juga perlu melaksanakan penyeliaan dengan penuh profesional

dan berkesan supaya didapati kesannya sebagaimana diketahui amat positif kerana

menyebabkan guru-guru merasa dihormati dan dihargai oleh pengetua.

Guru-guru juga perlu memahami objektif dan kepentingan penyeliaan pengajaran

dijalankan ke atas mereka. Tanggapan negatif yang wujud terhadap amalan ini perlu dikikis

selaras dengan tuntutan pendidikan semasa bahkan pelaksanaannya merupakan salah satu

tuntutan dan keperluan dalam profesion keguruan. Kementerian Pelajaran Malaysia (1987),

melalui surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987 telah mengarahkan agar pengetua

melaksanakan penyeliaan pengajaran ke atas setiap orang guru. Selain itu juga, guru-guru

perlu memberi kerjasama secara profesional terhadap amalan penyeliaan dan saling

berinteraksi supaya hasil ke arah kemenjadiaan murid dan keberkesanan sekolah benar-

benar berlaku atau dapat direalisasikan.