borang pengesahan status tesis - fp.utm.my€¦orang guru dari sekolah menengah teknik negeri kedah....

24
UTPSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: KOMITMEN ORGANISASI DI KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH MENEGAH TEKNIK, KEDAH SESI PENGAJIAN: 2003/2004 _________________BEH FOON CHOO________________________ (HURUF BESAR) Saya mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD __________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: 32-L TAMAN MAKMUR, DR. TAN SOO YIN 08000 SUNGAI PETANI, Nama Penyelia. KEDAH

Upload: phamque

Post on 24-Aug-2019

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦orang guru dari Sekolah Menengah Teknik Negeri Kedah. Satu set soal selidik yang Satu set soal selidik yang mengandungi bahagian I dan

UTPSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ◆ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan

Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ◆

JUDUL: KOMITMEN ORGANISASI DI KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH MENEGAH TEKNIK, KEDAH

SESI PENGAJIAN: 2003/2004

_________________BEH FOON CHOO________________________ (HURUF BESAR) Saya mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

__________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: 32-L TAMAN MAKMUR, DR. TAN SOO YIN 08000 SUNGAI PETANI, Nama Penyelia. KEDAH

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦orang guru dari Sekolah Menengah Teknik Negeri Kedah. Satu set soal selidik yang Satu set soal selidik yang mengandungi bahagian I dan

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kejuruteraan Awam ). ”

Tandatangan : _________________ Nama Penyelia : DR. TAN SOO YIN Tarikh : 27 FEB 2004

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦orang guru dari Sekolah Menengah Teknik Negeri Kedah. Satu set soal selidik yang Satu set soal selidik yang mengandungi bahagian I dan

KOMITMEN ORGANISASI DI KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH

MENENGAH TEKNIK, KEDAH

BEH FOON CHOO

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Awam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEB, 2004

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦orang guru dari Sekolah Menengah Teknik Negeri Kedah. Satu set soal selidik yang Satu set soal selidik yang mengandungi bahagian I dan

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ……………………

Nama Penulis : BEH FOON CHOO

Tarikh : 27 FEB 2004

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦orang guru dari Sekolah Menengah Teknik Negeri Kedah. Satu set soal selidik yang Satu set soal selidik yang mengandungi bahagian I dan

DEDIKASI

Buatmu ibu ( LOO NYAK SING ) yang dikasihi,

Doamu, nasihatmu dan pengorbananmu menjadi pelita

serta panduan perjuangku dalam kehidupan ini ….

Buatmu adik dan abang ( BEH SEONG SENG DAN BEH SEONG PEK ) yang

disayangi,

Mu amat bermakna dalam diri ini,

Kejayaanku, kejayaanmu jua ….

Buatmu pembimbing yang disanjungi,

Bimbingan, tunjuk ajar, dan jasamu yang diberikan

tidak akan kulupai ….

Buat teman-teman yang dirindui,

Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini

akan kukenangi selamanya ….

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦orang guru dari Sekolah Menengah Teknik Negeri Kedah. Satu set soal selidik yang Satu set soal selidik yang mengandungi bahagian I dan

PENGHARGAAN

Penyelidik ingin merakamkan penghargaan ikhlas yang setinggi-tingginya

kepada penyelia projek sarjana muda, Dr. Tan Soo Yin atas bimbingan dan dorongan

yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan Projek Sarjana Muda ini. Beliau telah

banyak memberi tunjuk ajar tanpa mengira pengorbanan masa dan rasa jemu dalam

proses menyiapkan Projek Sarjana Muda ( PSM ) ini.

Ucapan jutaan terima kasih juga ditunjukkan kepada guru besar, guru-guru

Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani II, Sekolah Menengah Teknik Kulim dan

Sekolah Menengah Teknik Stadium, Negeri Kedah. Kerjasama daripada mereka dalam

penyelidikan Projek Sarjana Muda ini amatlah dihargai.

Kerjasama, tunjukajar dan maklumat serta dorongan daripada semua pihak di

atas amat penyelidik hargai. Tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak di

atas, Projek Sarjana Muda ini tidak akan dapat disiapkan dengan begitu lancar.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦orang guru dari Sekolah Menengah Teknik Negeri Kedah. Satu set soal selidik yang Satu set soal selidik yang mengandungi bahagian I dan

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengkaji tahap komitmen organisasi di kalangan guru-guru

Sekolah Menengah Teknik Negeri Kedah. Responden kajian ini terdiri daripada 164

orang guru dari Sekolah Menengah Teknik Negeri Kedah. Satu set soal selidik yang

mengandungi bahagian I dan bahagian II dengan jumlah 29 item berhubung dengan

persoalan kajian telah diedarkan kepada responden. Bahagian I merupakan latar

belakang responden yang terdiri daripada jantina, umur dan pengalaman mengajar.

Bahagian II pula meliputi item-item yang berhubung kait dengan empat komponen

komitmen iaitu komitmen terhadap sekolah, tugas mengajar, kerjaya mengajar dan rakan

sekerja. Data-data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (

Statistical Package For Social Science Version 11.0 ) untuk mendapatkan kekerapan,

peratusan, min dan sisihan piawai bagi analisis deskriptif. Bagi analisis inferensi,

analisis ujian-t dan ANOVA dijalankan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap

komitmen guru secara keseluruhan adalah tinggi ( 82.9% ), tahap komitmen guru

terhadap sekolah adalah sederhana ( 66.5% ), tahap komitmen guru terhadap tugas

mengajar adalah agak tinggi . Manakala tahap komitmen guru terhadap kerjaya

mengajar adalah tinggi ( 65.9% ). Walau bagaimanapun, terdapat juga sebilangan

kecil ( 3.7% ) yang mempunyai tahap rendah terhadap kerjaya mengajarnya. Selain itu,

tahap komitmen guru terhadap rakan sekerjanya adalah tinggi ( 87.2% ). Secara

keseluruhan, ketiga-tiga hipotesis kajian ini ditolak iaitu terdapat perbezaan komitmen

organisasi yang signifikan di antara guru-guru SMT Kedah berasaskan fakor demografi.

Rumusan dan implikasi kajian dibincangkan. Beberapa cadangan tindakan dan kajian

lanjutan turut disarankan.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦orang guru dari Sekolah Menengah Teknik Negeri Kedah. Satu set soal selidik yang Satu set soal selidik yang mengandungi bahagian I dan

ABSTRACT

The main purpose of this research was to identify the level of organization

commitment of teachers in Sekolah Menengah Teknik Negeri Kedah. Respondents were

164 teachers selected randomly from Sekolah Menengah Teknik, Kedah. One set of

questionnaire comprising of section I and section II with the total of 29 items that were

related to the survey was distributed to respondents. Section I aimed to collect

respondent’s background such as gender, age and teaching experience. Section II

comprising of items that were related to the four components of commitment, namely

commitment to school, job function, teaching value and colleagues. Data obtained was

analyzed by SPSS ( Statistical Package For Social Science Version 11.0 ) software to

obtain frequencies, percentage, mean and standard deviation for the descriptive analyses.

For the inferential analyses, T-test and ANOVA were conducted. The findings showed

that as a whole the teachers’ commitment level was high (82.9%), teachers’ commitment

to school was moderate (66.5%), teachers’ commitment to teaching job function was

slightly high . Meanwhile teachers’ commitment to teaching value was high (65.9%)

although there was a small number (3.7%) of teachers’ commitment to teaching value

was low. Finally teacher’s commitment to colleague was high (87.2%). As a whole,

three of the hipotesis was decline namely got distinguishing commitment among

teachers’ was grounded by factor demografi. The summary and implication of the study

were discussed. Recommendation for actions to be taken and future research were

made.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦orang guru dari Sekolah Menengah Teknik Negeri Kedah. Satu set soal selidik yang Satu set soal selidik yang mengandungi bahagian I dan

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Penilaian Skala Likert Lima Point 27

3.2 Pembahagian soalan dalam Soal Selidik 28

3.3 Pengelasan tahap Komitmen Organisasi secara

keseluruhan

29

3.4 Pengelasan tahap komitmen terhadap sekolah 29

3.5 Pengelasan tahap komitmen terhadap tugas mengajar 29

3.6 Pengelasan tahap komitmen terhadap kerjaya mengajar 30

3.7 Pengelasan tahap komitmen terhadap rakan sekerja 30

3.8 Pengelasan Min Komitmen terhadap Empat Komponen 30

4.1 Analisis taburan responden mengikut jantina 34

4.2 Analisis taburan responden mengikut umur 35

4.3 Analisis taburan responden mengikut pengalaman

mengajar

35

4.4 Tahap komitmen guru terhadap sekolah 36

4.5 Tahap komitmen guru terhadap tugas mengajar 37

4.6 Tahap komitmen guru terhadap kerjaya mengajar 37

4.7 Tahap komitmen guru terhadap rakan sekerja 38

4.8 Tahap komitmen guru secarra keseluruhan 38

4.9 Perbandingan min komitmen guru terhadap sekolah

mengikut jantina

39

4.10 Perbandingan min komitmen guru terhadap sekolah

mengikut umur

39

4.11 Perbandingan min komitmen guru terhadap sekolah

mengikut pengalaman mengajar

40

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦orang guru dari Sekolah Menengah Teknik Negeri Kedah. Satu set soal selidik yang Satu set soal selidik yang mengandungi bahagian I dan

4.12

Perbandingan min komitmen guru terhadap tugas

mengajar mengikut jantina

41

4.13 Perbandingan min komitmen guru terhadap tugas

mengajar mengikut umur

41

4.14 Perbandingan min komitmen guru terhadap tugas

mengajar mengikut pengalaman mengajar

42

4.15 Perbandingan min komitmen guru terhadap kerjaya

mengajar mengikut jantina

43

4.16 Perbandingan min komitmen guru terhadap kerjaya

mengajar mengikut umur

43

4.17 Perbandingan min komitmen guru terhadap kerjaya

mengajar mengikut pengalaman mengajar

44

4.18 Perbandingan min komitmen guru terhadap rakan sekerja

mengikut jantina

45

4.19 Perbandingan min komitmen guru terhadap rakan sekerja

mengikut umur

45

4.20 Perbandingan min komitmen guru terhadap rakan sekerja

mengikut pengalaman mengajar

46

4.21 Analisis ujian-t terhadap komitmen organisasi guru-guru

yang berlainan jantina

47

4.22 Analisis ANOVA terhadap komitmen organisasi guru

yang berbeza faktor umur

48

4.23 Analisis ANOVA terhadap komitmen organisasi guru

yang berbeza faktor pengalaman mengajar

49

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦orang guru dari Sekolah Menengah Teknik Negeri Kedah. Satu set soal selidik yang Satu set soal selidik yang mengandungi bahagian I dan

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka model komitmen organisasi 8

2.1 Penentu-penentu penting bagi komitmen pekerja

terhadap organisasi bagi peringkat awal

17

2.2 Peramal dan Hasil Komitmen Pekerja Terhadap

Organisasi

18

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦orang guru dari Sekolah Menengah Teknik Negeri Kedah. Satu set soal selidik yang Satu set soal selidik yang mengandungi bahagian I dan

SENARAI SINGKATAN

SMT Sekolah Menengah Teknik

SPSS Statistical Packages For Social Scienses

% Peratusan

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦orang guru dari Sekolah Menengah Teknik Negeri Kedah. Satu set soal selidik yang Satu set soal selidik yang mengandungi bahagian I dan

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK

A Soal Selidik untuk Responden

B Nilai kebolehpercayaan Cronbach’s alpha kajian rintis

C Surat Kebenaran Untuk Menjalankan Kajian Di Sekolah-

Sekolah Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

D Surat Kebenaran Untuk Menjalankan Kajian Di Sekolah-

Sekolah Oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦orang guru dari Sekolah Menengah Teknik Negeri Kedah. Satu set soal selidik yang Satu set soal selidik yang mengandungi bahagian I dan

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAHAGIAN SATU

BAB I

BAB I PENDAHULUAN 1

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 2

1.2 Pernyataan Masalah 4

1.3 Objektif Kajian 5

1.4 Persoalan Kajian 6

1.5 Hipotesis Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦orang guru dari Sekolah Menengah Teknik Negeri Kedah. Satu set soal selidik yang Satu set soal selidik yang mengandungi bahagian I dan

1.7 Kerangka Kajian 8

1.8 Batasan Kajian 8

1.9 Definisi Konsep dan Operasional Kajian 9

1.10 Kesimpulan 10

BAHAGIAN II

BAB II

BAB II KAJIAN LITERATUR 11

2.0 Pengenalan 11

2.1 Kajian Lepas Tempatan 11

2.2 Kajian Lepas Luar Negeri 13

2.3 Teori-teori Komitmen 15

2.3.1 Konsep Komitmen Pekerja Terhadap

Organisasi 15

2.3.2 Model Peramal dan Hasil Komitmen

Pekerja Terhadap Organisasi 20

2.4 Kepentingan Komitmen Organisasional 21

2.5 Masalah Dalam Organisasi 22

2.6 Kesimpulan 24

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦orang guru dari Sekolah Menengah Teknik Negeri Kedah. Satu set soal selidik yang Satu set soal selidik yang mengandungi bahagian I dan

BAHAGIAN TIGA

BAB III

BAB III METODOLOGI KAJIAN 25

3.0 Pengenalan 25

3.1 Reka Bentuk Kajian 25

3.2 Populasi dan Persampelan Kajian 26

3.3 Instrumen Kajian 27

3.4 Kajian Rintis 31

3.5 Prosedur Pengumpulan Data Kajian 31

3.6 Penganalisisan Data Kajian 32 3.7

Kesimpulan 32

BAHAGIAN EMPAT

BAB IV

BAB IV PENGANALISISAN DATA KAJIAN 33

4.0 Pengenalan 33

4.1 Analisis Taburan Responden Mengikut

Ciri-ciri Demografi 34

4.1.1 Analisis Taburan Responden

Mengikut Jantina 34

4.1.2 Analisis Taburan Responden

Mengikut Umur 35

4.1.3 Analisis Taburan Responden

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦orang guru dari Sekolah Menengah Teknik Negeri Kedah. Satu set soal selidik yang Satu set soal selidik yang mengandungi bahagian I dan

Mengikut Pengalaman Mengajar 35

4.2 Analisis Deskriptif Tahap Komitmen Guru 36

4.2.1 Analisis Persoalan Kajian 1:

Tahap Komitmen Terhadap Sekolah 36

4.2.2 Analisis Persoalan Kajian 2 :

Tahap Komitmen Terhadap Tugas Mengajar 37

4.2.3 Analisis Persoalan Kajian 3:

Tahap Komitmen Terhadap Kerjaya Mengajar 37

4.2.4 Analisis Persoalan Kajian 4 :

Tahap Komitmen Terhadap Rakan Sekerja 38

4.2.5 Analisis Persoalan Kajian 5:

Tahap Komitmen Secara Keseluruhan 38

4.3 Analisis Deskriptif Perbandingan Min

Komitmen Guru Mengikut Faktor Demografi 39

4.3.1 Analisis Perbandingan Min Komitmen

Terhadap Sekolah 39

4.3.2 Analisis Perbandingan Min Komitmen

Terhadap Tugas Mengajar 41

4.3.3 Analisis Perbandingan Min Komitmen

Terhadap Kerjaya Mengajar 42

4.3.4 Analisis Perbandingan Min Komitmen

Terhadap Rakan Sekerja 44

4.4 Pengujian Hipotesis 46

4.4.1 Pengujian Hipotesis 1 47

4.4.2 Pengujian Hipotesis 2 48

4.4.3 Pengujian Hipotesis 3 49

4.5 Kesimpulan 50

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦orang guru dari Sekolah Menengah Teknik Negeri Kedah. Satu set soal selidik yang Satu set soal selidik yang mengandungi bahagian I dan

BAHAGIAN LIMA

BAB V

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.0 Pengenalan 51

5.1 Rumusan dan Implikasi Kajian 51

5.2 Perbincangan 53

5.2.1 Profile Responden Mengikut

Ciri-ciri Demografi 53

5.2.2 Tahap Komitmen Guru 54

5.2.3 Hasil Perbandingan Min Tahap

Komitmen Guru 56

5.2.4 Hasil Hipotesis 58

5.3 Cadangan 59

5.3.1 Cadangan Tindakan 59

5.3.2 Cadangan Kajian Lanjutan 60

5.4 Kesimpulan 61

BAHAGIANENAM

RUJUKAN

RUJUKAN

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN

LAMPIRAN A-E

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦orang guru dari Sekolah Menengah Teknik Negeri Kedah. Satu set soal selidik yang Satu set soal selidik yang mengandungi bahagian I dan

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Menurut Nik Azis Nik Pa (1996 ), negara kita sedang bergerak pantas menuju ke

arah negara maju menjelang tahun 2020. Dalam usaha mencapai hasrat ini, pendidikan

merupakan komponen utama untuk membentuk masyarakat dan merupakan alat

terpenting untuk menjayakan wawasan negara. Di Malaysia, pendidikan bertujuan

untuk membina masyarakat yang berilmu pengetahuan, memperoleh kemahiran dan

menghayati nilai murni yang diperlukan bagi merealisasikan wawasan negara untuk

menjadi negara maju mengikut budaya tempatan (Nik Azis Nik Pa, 1996).

Menurut Hussein Ahmad ( 1993 ), sekolah memerlukan guru-guru yang

berdedikasi bagi merealisasikan hasrat Wawasan 2020. Kualiti dan semangat seseorang

guru perlu dipupuk dan dipertingkatkan pada setiap masa. Pencapaian objektif sesuatu

organisasi adalah bergantung kepada kualiti dan semangat personelnya (Wan Azmi

Ramli, 1990). Setiap guru pada asasnya mempunyai kualiti, perasaan, persepsi,

motivasi, kebolehan dan cita-cita yang berbeza daripada guru lain (Hussein Ahmad,

1993).

Tahap keberkesanan sesebuah organisasi dinilai dari segi strukturnya,

kelengkapan maklumat, polisi yang konsisten yang berdasarkan sainstifik dan

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦orang guru dari Sekolah Menengah Teknik Negeri Kedah. Satu set soal selidik yang Satu set soal selidik yang mengandungi bahagian I dan

perkembangan teknologi dan juga pekerja yang sah berserta dengan suasana kerja yang

sihat dan akhirnya ialah seiras dengan keperluan masyarakat (Cevat Celap, 1993 ).

Diketahui bahawa manusia merupakan input yang paling penting dalam sesebuah

organisasi. Walaupun sesebuah organisasi itu mempunyai fizikal dan ekonomi yang

baik, tetapi tahap yang kreatif tidak akan tercapai kecuali orang yang bertanggungjawab

dalam organisasi tersebut meletakkan keperluan dan matlamat sendiri semasa

menjalankan organisasi itu ( Cevat Celap, 1993 ).

Dalam kata lain, ganjaran luaran (gaji, pangkat, gred dan sebagainya) yang

diberikan oleh organisasi dan ganjaran dalaman yang diberikan daripada persekitaran

kerja merupakan hadiah yang paling penting untuk mendorong pekerja bekerja dengan

cara professional ( Cevat Celap, 1993 ).

Ringkasnya, konsep komitmen organisasi boleh dikatakan sebagai kualiti

persekitaran sesebuah sekolah yang terhasil kesan daripada ( a ) interaksi di antara guru-

guru dalam sekolah, ( b) komunikasi di antara guru dengan pelajar, ( c ) prosedur yang

berkualiti dan tahap kebimbangan guru tentang kepakaran diri sendiri dan ( d ) gaya

kepimpinan pengetua ( Cevat Celap, 1993 ).

1.1 Latar Belakang Masalah

Menurut Cevat Celap ( 1993 ), organisasi pendidikan merupakan salah satu

institusi sosial yang paling penting dalam masyarakat kita. Keberkesanan dan tujuan

positif sesebuah organisasi pendidikan dalam sosial adalah bergantung kepada

pertubuhannya yang baik dan bersesuaian dengan keperluan masyarakat.

Menurut Nik Azis Nik Pa ( 1996 ), institusi pendidikan amat penting bagi

penerusan, kesinambungan dan penentuan ke arah mencapai tujuan sesebuah negara.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦orang guru dari Sekolah Menengah Teknik Negeri Kedah. Satu set soal selidik yang Satu set soal selidik yang mengandungi bahagian I dan

Dengan kata lain, institusi pendidikan merupakan tulang belakang kepada hasrat negara

untuk mencapai wawasan pembangunan. Bagi melaksanakan tanggungjawab ini, maka

institusi pendidikan harus lebih mantap dan bersedia untuk menangani arus perubahan

yang deras yang boleh menyumbangkan masyarakat dan melumpuhkan negara (Nik

Azis Nik Pa, 1996).

Menurut Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan ( 1992 ), pengetua merupakan

orang yang paling penting dan berpengaruh dalam sesebuah sekolah kerana mereka

bertanggungjawab kepada segala aktiviti yang berlaku di sekolahnya. Kepimpinan

pengetua memberi kesan kepada iklim sekolah, suasana pembelajaran, tahap

profesionalisme dan kepuasan kerja di kalangan guru-guru. Kawalan kehidupan harian

di sekolah terletak di atas bahu pengetua (Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan, 1992).

Menurut Cevat Celap ( 1993 ), manusia adalah lebih penting dalam organisasi

pendidikan jika dibanding dengan organisasi lain. Ini berlaku kerana ia akan mengambil

bahagian dalam mana-mana rantai input-proses-output tugas dalam organisasi

pendidikan. ‘Input’ adalah pelajar, ‘proses’ adalah guru manakala ‘output’ adalah kerja

yang berkualiti. Selain itu, mengubah sikap pelajar adalah tujuan utama bagi guru. Oleh

sebab itu, perkara yang perlu ditekankan di sini adalah elemen yang paling penting

adalah input manusia dan output adalah sikap dalam organisasi pendidikan.

Keberkesanan satu organisasi pendidikan bergantung kepada banyak faktor.

Salah satu faktor yang paling penting adalah interaksi di antara pengetua, guru dan

pelajar yang merupakan objek yang sentiasa berada dalam proses belajar dan mengajar.

Melalui interaksi ini, pengetua sekolah adalah ketua sekolah dan guru adalah ketua

dalam bilik darjah. Dengan itu, guru adalah bertanggungjawab terhadap sekolah,

pelajar, aktiviti mengajar, tugas dan rakan sekerja; dengan perkataan lain, sikap guru

akan memberi kesan positif terhadap keberkesanan sekolah ( Cevat Celap, 1993 ).

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦orang guru dari Sekolah Menengah Teknik Negeri Kedah. Satu set soal selidik yang Satu set soal selidik yang mengandungi bahagian I dan

Dalam konteks ini, institusi pendidikan mesti lebih bersedia ke arah pemantapan,

melalui peningkatan dan keberkesanan organisasi. Adalah menjadi tanggungjawab

pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan pentadbir

institusi pendidikan untuk memastikan kejayaan institusi berkenaan dengan

mengintegrasikan sumber manusia yang terdiri daripada kalangan guru dan kakitangan

pentadbiran dan tenaga ekonominya secara optimum dan cekap.

Menurut Yusof Hanifah ( 1994 ), komitmen adalah satu ciri yang unggul yang

harus ada pada setiap guru. Guru yang mempunyai komitmen akan sedar betapa

pentingnya peranan yang dimainkan olehnya bagi menghasilkan prestasi yang tinggi di

kalangan pelajar-pelajarnya. Guru yang komited adalah guru yang mendapat kepuasan

yang tinggi dari kerjayanya serta dapat menyesuaikan dirinya dengan sistem sekolah.

Mereka mempunyai nilai yang tinggi terhadap sekolah dan terdapat perasaan ingin kekal

dalam organisasi sekolah serta ingin berjaya dalam tugasnya.

1.2 Pernyataan Masalah Menurut Yusof Hanifah ( 1994 ), dalam konteks menghasilkan pelajar-pelajar

yang berkualiti dan cemerlang, komitmen yang ada pada guru-guru amat penting.

Namun begitu, dengan adanya beban kerja yang semakin berat, pelajar yang semakin

bertambah, masa kerja yang tidak menentu, kekurangan insentif dan peluang kenaikan

pangkat yang terhad dan lain-lain lagi berupaya memberi kesan dan sedikit sebanyak

boleh menjejaskan komitmen guru-guru ke arah mencapai matlamat pendidikan guru.

Oleh yang demikian, adalah wajar beban guru-guru diberi perhatian bagi

membolehkan mereka melaksanakan tugas-tugas seharian yang dipertanggungjawabkan

dengan lebih komitmen. Di samping itu, dapat mengelakkan daripada berlakunya

pembaziran masa dan kemahiran serta pengetahuan yang berpunca daripada

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦orang guru dari Sekolah Menengah Teknik Negeri Kedah. Satu set soal selidik yang Satu set soal selidik yang mengandungi bahagian I dan

permasalahan yang timbul akibat daripada fenomena kepuasan kerja yang berkaitan

dengan komitmen guru.

Petikan dari Utusan Malaysia yang dihasilkan oleh Yunita Maria ( 1999 )

menyatakan bahawa tahap komitmen guru-guru semakin menurun adalah disebabkan

oleh faktor-faktor seperti berikut: dari isu semasa semakin ramai guru menjalankan

aktiviti jual beli di sekolah. Adakah aktiviti jual beli lebih penting daripada mengajar?

Menurut beliau, sesetengah guru memberi pengajaran yang lebih komitmen di kelas

tuisyen jika berbanding dengan kelas di sekolah. Pelajar-pelajar yang hadir ke pusat

tuisyennya akan diberi layanan yang baik dalam sekolah. Adakah wajarnya guru

bersikap begini terhadap pelajar yang tidak menghadir ke kelas tuisyennya?

Menurut Rohani Abdul Aziz ( 2001 ), sejak kebelakangan ini prestasi pelajar

sekolah menengah teknik semakin menurun iaitu kejadian ponteng sekolah semakin

meningkat. Adakah ini berkaitan dengan komitmen guru-guru di sekolah menengah

teknik?

Menurut YB. Tan Sri Dato Seri Musa Bin Mohamad ( 2002 ) dalam ucapan

majlis perutusan tahun baru 2002 prestasi keputusan PMR dan SPM semakin meningkat

terutamanya sekolah menengah teknik yang lurus hampir 100%. Oleh itu, sejauh

manakah komitmen guru-guru Sekolah Menengah Teknik terhadap organisasi pada masa

kini?

1.3 Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini adalah untuk meninjau komitmen organisasi guru-guru

Sekolah Menengah Teknik ( SMT ) di Negeri Kedah. Khususnya kajian ini bertujuan :

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦orang guru dari Sekolah Menengah Teknik Negeri Kedah. Satu set soal selidik yang Satu set soal selidik yang mengandungi bahagian I dan

1. Mengenalpasti tahap komitmen guru-guru Sekolah Menengah Teknik terhadap

sekolah.

2. Mengenalpasti tahap komitmen guru-guru Sekolah Menengah Teknik terhadap

tugas-tugas mengajar.

3. Mengenalpasti tahap komitmen guru-guru Sekolah Menengah Teknik terhadap

kerjaya mengajar

4. Mengenalpasti tahap komitmen guru-guru Sekolah Menengah Teknik terhadap

rakan sekerja.

5. Mengenalpasti tahap komitmen organisasi guru-guru Sekolah Menengah Teknik

secara keseluruhan.

1.4 Persoalan Kajian

Daripada perbincangan masalah di atas, kajian ini cuba untuk menjawab soalan-

soalan di bawah ini :

1. Apakah tahap komitmen guru-guru Sekolah Menengah Teknik terhadap

sekolah?

2. Apakah tahap komitmen guru-guru Sekolah Menengah Teknik terhadap

tugas-tugas mengajar?

3. Apakah tahap komitmen guru-guru Sekolah Menengah Teknik terhadap

kerjaya mengajar?

4. Apakah tahap komitmen guru-guru Sekolah Menengah Teknik terhadap

rakan sekerja?

5. Apakah tahap komitmen organisasi guru-guru Sekolah Menengah Teknik

secara keseluruhan?