contoh soal selidik thesis

26
TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DEFINISI Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang- mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti. Teknik-teknik Pengajaran Bahasa 1. Teknik main peranan 2. Teknik permainan bahasa 3. Teknik latih tubi 4. Teknik bercerita 5. Teknik inkuiri 6. Teknik perbahasan 7. Teknik kuiz 8. Teknik sumbangsaran 9. Teknik soal jawab 10. Teknik simulasi 11. Teknik drama 12. Teknik perbincangan 13. Teknik forum 14. Teknik dialog

Upload: falonalbert

Post on 24-Jun-2015

23.199 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Soal Selidik Thesis

TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

  DEFINISI

Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.

Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.

Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

 

Teknik-teknik Pengajaran Bahasa

1. Teknik main peranan2. Teknik permainan bahasa3. Teknik latih tubi4. Teknik bercerita5. Teknik inkuiri6. Teknik perbahasan7. Teknik kuiz8. Teknik sumbangsaran9. Teknik soal jawab10. Teknik simulasi11. Teknik drama12. Teknik perbincangan13. Teknik forum14. Teknik dialog

 

TUJUAN TEKNIK

1. Menarik Minat murid2. Mengekalkan perhatian3. Membangkitkan ras ingin tahu

 

TEKNIK LATIH - TUBI

Page 2: Contoh Soal Selidik Thesis

Teknik latih tubu adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.

Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya.

Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut

perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan

maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu.

Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.

Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu :

I. Sebutan (accent)

-menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.

II. Tatabahasa (grammer)

-penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek.

III. Perbendaharaan kata (vocabulary)

-meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu.

IV. Kefasihan (fluency)

-menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya.

V. Kefahaman (comprehension)

-latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.

Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz. Antara kelemahan tekni ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan

daya kreativiti murid. Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran

yang memerlukan ikutan dan ulangan.

 

TEKNIK SIMULASI

Page 3: Contoh Soal Selidik Thesis

Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.

Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.

Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.

Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.

Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

 

TEKNIK MAIN PERANAN

Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting.

Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan.

Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan.

Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.

 

TEKNIK SUMBANGSARAN

Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.

Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.

Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis.

 

Tujuan Sumbangsaran

Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid

Page 4: Contoh Soal Selidik Thesis

Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan

dalam sesi umum. Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan. Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? ) Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan

 

 

TEKNIK PERMAINAN BAHASA

Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan.

Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.

Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu :

merangsang interaksi verbal pelajar menambah kefasihan dan keyakinan menyediakan konteks pembelajaran bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan

 

 

TEKNIK SOAL – JAWAB

Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan

Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.

Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.

Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar.

Tujuan utama teknik soal jawab ialah :

Page 5: Contoh Soal Selidik Thesis

1. Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid2. Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis.3. Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.

Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

 

TEKNIK BERCERITA

Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.

Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.

Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar.

Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.

Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah : Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian,

sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting. Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya

sekali sebelum menggunakan teknik ini. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-

aspek bahasa yang hendak disampaikan.

 

TEKNIK DRAMA

Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.

Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.

Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.

Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.

Page 6: Contoh Soal Selidik Thesis

Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran.

Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.

 

TEKNIK INKUIRI

Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat. Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan

yang berorientasikan masalah. Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar. Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk menimbulkan minat

dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan ‘bagaimana’. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan.

Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah memberi latihan yang sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

Pengendalian teknik inkuiri ialah :

1. Proses mengenali masalah2. Mengkaji ramalan3. Mengumpul maklumat4. Menganalisis5. Membuat rumusa

 

TEKNIK PERBINCANGAN

1. Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85).

2. Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru.

3. Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat.

4. Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat.

5. Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri.6. Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut :7. Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan.8. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih

seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai.

Page 7: Contoh Soal Selidik Thesis

9. Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan.

10. Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara yang betul.

11. Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut mana-mana yang penting. Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya.

 

TEKNIK FORUM

1. Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukan pendapat tentang sesuatu tajuk, dimana ia dijalankan secara formal.

2. Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, di mana pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.

3. Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.

4. Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti.

TEKNIK PERBAHASAN

1. Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.

2. Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah menengah.

3. Antara manfaat teknik ini ialah :4. Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan5. Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan teratur6. Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan

laras bahasa yang sesuai.7. Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif.8. Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas.9. Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas di

kalangan pelajar.10. Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada

perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatan ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan.

TEKNIK KUIZ

Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C).

Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu.

Tujuannya ialah :

Page 8: Contoh Soal Selidik Thesis

Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu.

Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira. Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan

secara teka-teki. Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru. Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk,

makna dan penggunaan bahasa yang tepat. Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu : Ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup.

Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuhan.

Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar.

Borang Soal Selidik  ABD. SHUKOR BIN MOHD. ALI

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Berasaskan Masjid.

Satu Kajian  Di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang

Bandar Tasik Puteri Rawang Selangor.

 

Borang Soal Selidik Ini Adalah Untuk Melengkapkan Kertas Projek Program Sarjana Pendidikan

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Fakulti Pendidikan

Universiti Kebangsaan Malaysia

Mei 2008

PANDUAN MENJAWAB BORANG SOAL SELIDIK PELAJAR

1. Tujuan kajian ini ialah untuk mendapat maklumat mengenai sikap dan pandangan pelajar terhadap modul pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam berasaskan masjid. Maklumat yang diberikan membantu untuk mempertingkatkan lagi tahap pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah sekolah.

Page 9: Contoh Soal Selidik Thesis

2. Borang soal selidik ini bukan satu ujian dan tidak ada jawapan salah atau betul serta bukan bertujuan untuk menguji pelajar.

3. Sebarang maklumat yang diberikan dalam borang soal selidik ini akan dianggap rahsia dan digunakan untuk tujuan penyelidikan sahaja.

4. Borang soal selidik ini mengandungi empat bahagian iaitu bahagian A, B, C dan D.

5. Sila tandakan dengan jujur dan ikhlas berdasarkan pandangan anda yang sebenar kerana maklumat yang anda berikan adalah amat berguna untuk kajian ini.

6. Atas kerjasama semua pelajar pelajar saya dahului dengan ucapan terimakasih.

 

BAHAGIAN A

Profil Maklumat Diri Pelajar

Sila lengkapkan ruangan ini dengan maklumat maklumat berkenaan :

A1 . Nama sekolah : ____________________________________________

A2 . Jantina : Lelaki [ ]

Perempuan [ ]

A3 . Bangsa :

Melayu [ ]

Cina [ ]

India [ ]

Lain lain (sila nyatakan)___________________________

A4 . Pencapaian mata pelajaran Pendidikan Islam dalam Peperiksaan Akhir Tahun

tingkatan 1 :

80-100 [ ]

60- 79 [ ]

40- 59 [ ]

Page 10: Contoh Soal Selidik Thesis

0 -39 [ ]

A5 . Apakah tingkat pelajaran ibu/bapa/penjaga yang tertinggi

Bapa Ibu

Tamat Sekolah Rendah/ tidak sekolah [ ] [ ]

Tamat Tingkatan 3/SRP/PMR [ ] [ ]

Tamat Tingkatan 5/SPM [ ] [ ]

Diploma/STPM [ ] [ ]

Ijazah [ ] [ ]

A6 . Pekerjaan ibu bapa _____________________________

ARAHAN : Bagi setiap kenyataan di bahagian B, C dan D di bawah, sila tandakan sejauhmanakah anda bersetuju berdasarkan perasaan dan pendapat anda sendiri tanpa terpengaruh atau disuruh oleh orang lain. Dengan menggunakan skala dari 1 hingga 5 , sila tandakan / pada satu jawapan sahaja. Sila pastikan anda menanda pada setiap pernyataan.

1 Sangat Tidak Setuju

2 Tidak Setuju 3 Kurang Setuju 4 Setuju 5 Sangat Setuju BAHAGIAN B

Sikap Pelajar Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran dan Guru Pendidikan Islam Secara Umum

Bil. Pernyataan 1 2 3 4

B1. Saya sangat meminati matapelajaran Pendidikan Islam B2. Pembelajaran matapelajaran Pendidikan Islam menggalakkan saya

berfikir B3. Pembelajaran matapelajaran Pendidikan Islam memberi kesan

dalam kehidupan saya B4. Matapelajaran Pendidikan Islam sepatutnya diberikan masa yang

lebih panjang lagi B5. Saya yakin bahawa pengetahuan Pendidikan Islam dapat membantu

manusia dalam kehidupan seharian B6. Saya sentiasa menunggu nunggu masa untuk matapelajaran

Pendidikan Islam

Page 11: Contoh Soal Selidik Thesis

Bil. Pernyataan 1 2 3 4 B7. Adalah lebih menyeronokan jika Pendidikan Islam tidak diajar di

sekolah B8. Saya sangat sukar untuk memahami konsep konsep dalam

matapelajaran Pendidikan Islam B9. Saya dapat mengaitkan matapelajaran Pendidikan Islam yang

dipelajari dalam kehidupan seharian saya. B10. Pengajaran Pendidikan Islam di sekolah sangat berguna kepada

saya. B11. Matapelajaran Pendidikan Islam telah menyedarkan saya bahawa

belajar adalah satu tuntutan ibadah dalam Islam B12. Mata pelajaran Pendidikan Islam menambah pengetahuan saya

tentang ilmu ilmu agama Islam B13. Matapelajaran Pendidikan Islam dapat menghalang saya daripada

melakukan perkara perkara yang dilarang oleh Allah swt. B14. Mata pelajaran Pendisikan Islam telah meningkatkan keyakinan

saya kepada Islam B15. Mata pelajaran Pendidikan Islam membantu saya melaksanakan

ibadah dengan lebih sempurna. B16. Mata pelajaran Pendidikan Islam tidak membantu saya

mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar B17. Pelajar pelajar Islam TIDAK sepatutnya diwajibkan belajar mata

pelajaran Pendidikan Islam di sekolah BAHAGIAN C

Sikap Pelajar Terhadap Pendekatan Modul Pengajaran dan Pembelajaran

Pendidikan Islam Berasaskan Masjid

Bil Pernyataan 1 2 3 4

C1. Pendidikan Islam memerlukan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajarannya

C2. Tempat yang selesa adalah penting bagi mempelajari Pendidikan Islam

C3. Penghayatan adalah perkara paling penting dalam Pendidikan Islam C4. Saya merasa selesa mengikuti modul pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Islam berasaskan masjid C5. Saya rasa seronok belajar dengan pendekatan modul ini C6. Saya mendapat banyak maklumat tentang Islam dengan

menggunakan pendekatan modul ini C7. Saya lebih faham belajar Pendidikan Ialam melalui kaedah ini C8. Saya lebih bersemangat belajar Pendidikan Islam dengan kaedah

ini C9. Tahap pemikiran saya meningkat semasa belajar Pendidikan Islam

melalui kaedah ini C10. Suasana pembelajaran lebih ceria dengan menggunakan kaedah ini

Page 12: Contoh Soal Selidik Thesis

C11. Saya lebih menghayati Pendidikan Islam hasil pendekatan kaedah ini

C12. Saya mampu mengaplikasi apa yang dipelajari dari modul ini ke dalam kehidupan harian saya

C13. Saya sentiasa terlibat dalam aktiviti yang dilaksanakan dalam modul ini.

Bil. Pernyataan 1 2 3 4 C14. Mengambil bahagian di dalam aktiviti modul ini adalah lebih

menyeronokkan C15. Saya sentiasa diberi peluang untuk membuat penilaian tentang hasil

kerja yang telah saya lakukan sendiri. C16. Kaedah ini mampu memberi kesan positif terhadap perkembangan

akademik, sahsiah dan akhlak pelajar C17. Saya diberi peluang untuk memberi pendapat semasa proses

pengajaran dan pembelajaran dalam modul ini C18. Kaedah ini mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih

terbuka. C19. Kaedah ini mampu melahirkan pelajar yang kreatif dalam mencari

ilmu C20. Kaedah ini sesuai dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Islam C21. Saya merasa sangat seronok sekiranya mata pelajaran Pendidikan

Islam diadakan di luar bilik darjah C22. Situasi sebenar dalam masjid memudahkan saya memahami isi

pengajaran Pendidikan Islam BAHAGIAN D

Penglibatan guru dan pelajar dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran

Pendidikan Islam Berasaskan Masjid

Bil Pernyataan 1 2 3

D1. Saya sentiasa bekerjasama dalam kumpulan untuk menyelesaikan masalah.

D2. Pelajar digalakkan berinteraksi sesama mereka dalam mencari maklumat Bil. Pernyataan 1 2 3 D3. Saya suka mengambil bahagian dalam aktiviti perbincangan D4. Saya sentiasa diberi sokongan oleh rakan dalam menyiapkan kerja kerja

dalam kumpulan D5. Kadang kadang saya merasa bosan mendengar penerangan dari guru D6. Guru Pendidikan Islam saya memberi lebih banyak panduan daripada

memberikan jawapan D7. Guru Pendidikan Islam saya berjaya membangkitkan minat saya

terhadap matapelajaran Pendidikan Islam melalui modul ini. D8. Guru Pendidikan Islam saya selalu menggalakkan saya memberi

pendapat sendiri.

Page 13: Contoh Soal Selidik Thesis

D9. Guru Pendidikan Islam saya mempengaruhi pembentukan sikap saya terhadap Pendidikan Islam

D10. Guru Pendidikan Islam saya berjaya menghidupkan suasana pembelajaran melalui modul ini

D11. Guru Pendidikan Islam saya memberikan peluang berfikir dan melakukan sesuatu pekerjaan dengan daya usaha saya sendiri

D12. Pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah modul ini lebih banyak melibatkan pelajar secara langsung

D13. Penglibatan guru adalah sangat berkurangan D14. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator atau pembimbing sahaja D15. Guru hanya memberi idea untuk dikembangkan oleh pelajar D16. Guru Pendidikan Islam sering mengadakan aktiviti perbincangan

kumpulan D17. Guru sering memberi peluang kepada saya mempraktikkan cara cara

melaksanakan ibadah yang betul D18. Saya selalu diminta oleh guru melakukan latihan, amali dan bacaan

berulangkali D19. Guru sering mengemukakan pelbagai persoalan

 

Mereka berminat dalam mata pelajaran Seni Visual kerana guru yang mengajar.100%

Lebih menyukai aktiviti/gerakerja berkumpulan daripada individu.90%

Cepat merasa bosan jika sesuatu gerakerja/aktiviti mengambil masa yang terlalu lama.80%

Berasa lapar dan dahaga menjadi faktor kurang berminat untuk belajar. Mereka tiba ke sekolah pada awal pagi, bila tengahari mula berasa tidak selesa.70%

Aktiviti/gerakerja perlu segera selesai tanpa perlu tangguh dan disambung semula pada hari berikutnya, justeru kerja dilakukan tidak kemas. (cincai)70%

Tidak suka paksaan guru yang kerap menyuruh menyiapkan tugasan/gerakerja yang diberi.80%

Lebih berminat jika guru berbual-bual dengan mereka, terutama bercerita, mereka tahan beberapa jam jika dibandingkan belajar walaupun satu waktu.90%

Tidak suka mewarna atau melukis kerana menganggap tidak pandai sebaliknya suka kepada aktiviti kraf.80%

Page 14: Contoh Soal Selidik Thesis

Suka aktiviti/gerakerja santai tanpa mematuhi disiplin ilmu mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.70%

KAEDAH PEMBELAJARAN YANG LEBIH BERKESAN 

Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam usaha kita menghadapi pelajaran yang terbaik sebagai langkah untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam bidang pembelajaran. Pelajar perlu memahami bahawa tidak ada satu 'formula' yang mesti dan tepat bagi merumuskan satu kaedah yang paling baik untuk menghadapi pelajaran melainkan ia banyak bergantung kepada diri pelajar itu sendiri. Apa yang penting untuk dijelaskan ialah beberapa garis panduan yang besar sahaja dikenalpasti untuk dijadikan landasan bagi seseorang pelajar bergerak menghadapi peperiksaan.  

FAKTOR-FAKTOR DORONGAN DALAM PEMBELAJARAN

Mengenal pasti wujudnya 'motivasi dalaman' atau faktor-faktor pendorong di dalam diri maing-masing, misalnya kemiskinan.

Menginsafi akan kepentingan ilmu, tujuan ilmu dipelajari, untuk apa dan hendak ke mana ilmu yang dikumpulkan itu.

Dorongan dari rasa tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Menginsafi peranannya terhadap masyarakat pada masa hadapan.

 

LANGKAH-LANGKAH PERSEDIAAN

Kesempurnaan kesediaan seseorang dari segi mental, fizikal dan rohani yang mampu mengahadapi peringkat pembelajaran yang baik.

Persediaan mental yang baik ialah persediaan tumpuan fikiran yang sepenuhnya terhadap pelajaran. Pemikiran yang masih bercampur-aduk dengan perkara-perkara lain akan mengakibatkan kebuntuan untuk memberi perhatian yang serius kepada pelajaran. Seseorang pelajar hendaklah menghilangkan ingatannya kepada perkara yang lain, sebaliknya ingatan hendaklah ditumpukan kepada pelajaran sahaja.

Berkhayal kepada perkara lain ialah penyakit yang paling besar bagi seseorang pelajar yang sedang menghadapi pelajarannya. Oleh itu, pelajar hendaklah mengelakkan diri daripada berkhayal semasa belajar.

 

TEKNIK-TEKNIK PEMBELAJARAN  

Suasana / Tempat Belajar

Elakkan suasana yang bising, banyak gangguan, tidak selesa dan sebagainya

Page 15: Contoh Soal Selidik Thesis

Memilih Masa Yang Sesuai

Tidak semua waktu di dalam sehari boleh digunakan untuk menumpukan fikiran pada pelajaran.

Setiap hari persekolahan, peruntukan sekurang-kurangnya 2 jam untuk menelaah/mengulangkaji pelajaran di samping menyelesaikan kerja-kerja yang diberikan oleh guru. Pada waktu cuti, 4 hingga 5 jam adalah memadai untuk menelaah pada waktu yang sesuai, iaitu pada waktu pagi dan malam.(ingat ! waktu belajar yang sesuai tidak sama antara semua individu)

Menyediakan satu jadual kerja harian walaupun begitu, mungkin jadual tersebut tidak mampu diikuti sepenuhnya oleh pelajar.

Pembaziran masa dengan perkara-perkara yang tidak ada hubungan dengan memperkukuhkan mutu pembelajaran baik secara formal atau informal haruslah dielakkan.

Pembelajaran Di Sekolah

Pembelajaran di sekolah merupakan sumber yang penting serta yang paling baik untuk seseorang pelajar menghadapi pelajarannya, dan segala penumpuan yang maksimun haruslah diberikan serta tidak patut berlaku kecuaian, leka, nakal ketika berada di sekolah.

Membaca, Memahami dan Menghafal

Teknik pembacaan yang baik ialah pembacaan yang menyeluruh bagi pusingan yang pertama. Isi dan istilah-istilah yang penting digariskan. Kalau perlu isi yang digariskan itu dicatat sebagai nota pendek atau ringkas.

Ambil perhatian kepada isi-isi yang penting dan hendaklah dibaca selalu. Kalau perlu setiap isi-isi itu hendaklah dihafal sedaya mungkin terutama apabila hampirnya waktu peperiksaan. (ingat ! hafalan tanpa pemahaman yang kukuh adalah sia-sia).

Menyusun nota dengan teratur dan berkesan dan mempunyai ciri-ciri seperti :-

Mengandungi semua maklumat penting

Bersih dan mudah dibacaTerkumpul (di dalam fail/Buku

Khas)Ringkas dan padat

 

Kesungguhan Belajar

Elakkan diri dari faktor-faktor yang boleh membosankan ketika membaca. Jangan sesekali membebankan diri dengan kerja-kerja sekolah yang terlampau banyak pada masa tertentu dan berehat panjang selepasnya.

Kesungguhan belajar mestilah berterusan dari segi semangat belajar dan usaha dari awal hinggalah ke masa peperiksaan.

Sentiasa meningkatkan semangat belajar dari masa ke semasa. Semakin hampir dengan tarikh peperiksaan semakin bersungguh-sungguh untuk belajar dan semakin berkeyakinan dalam menghadapi peperiksaan.

Page 16: Contoh Soal Selidik Thesis

Kesungguhan belajar mungkin boleh dibina melalui kerja-kerja secara berkumpulan. Yang pentingnya carilah teman/rakan belajar yang boleh anda manfaatkan pengetahuan dan kefahaman anda kepadanya dan sebaliknya.

Yakinlah dengan kebolehan yang ada pada diri anda dan kesungguhan anda untuk belajar dan yakinlah dengan pertolongan Allah S.W.T.

 

LUPAAN DAN INGATAN

Apakah sebabnya kita sering lupa ?

Kerana Gangguan Membaca perkara-perkara lain selepas buku pelajaran menyebabkan soal peperiksaan luput dari ingatan.

Tumpuan Perhatian Tanpa perhatain yang sepenuhnya ketika membaca menyebabkan perkara tersebut tidak dapat kekal lama.

Faktor Masa Masa yang terlalu lama mungkin menyebabkan anda lupa akan apa yang telah dipelajari.    

INGATAN

Manusia lebih senang mengingati sesuatu jika :-

Minat Tinggikan minat terhadap perkara yang dipelajari.

Pilihan Memilih isi-isi penting untuk diingati bagi peperiksaan.

Ulangan Sentiasa mengulangkaji, boleh dibuat melalui perbincangan secara berkumpulan, penulisan semula atau pembacaan yang kerap.

Assasiasi Membuat perkaitan dengan sesuatu perkara lain untuk ingatan.

Tubi Belajar Di dalam proses pembelajaran terdapat peringkat seperti :- 1. Mendengar untuk pertama kali 2. Memahami 3. Menggunakannya 4. Mencipta yang baru

Page 17: Contoh Soal Selidik Thesis

Jika anda membaca berulang kali, tentunya perkara tersebut akan dapat diingati di dalam satu jangkamasa yang lama.

 

PERSEDIAAN DALAM LANGKAH-LANGKAH MENGHADAPI PEPERIKSAAN

PERSEDIAAN ASAS 1. Semangat Yang Tinggi 2. Pembacaan Yang Banyak 3. Kefahaman Yang Jelas 4. Ulangkaji Berterusan 5. Keyakinan Diri

Di dalam menghadapi peperiksaan UPSR/PMR/SPM/STPM, satu perkara yang tidak boleh dilupakan ialah persediaan di peringkat awal secara berterusan sehingga tiba masa yang ditetapkan dan akan menjadi lebih berkesan sekiranya kaedah pembelajaran yang betul diamalkan. Namun, ramai juga pelajar yang tidak dapat menghadapi peperiksaan dengan baik walaupun telah menumpukan banyak masa di saat awal hinggalah ke akhirnya. Malahan ramai juga yang pada saat-saat akhirnya menjadi putus asa. Untuk menjawab pertanyaan ini cubalah bertanya kepada diri anda tentang :- 1. Adakah anda telah menghabiskan topik-topik penting ? 2. Adakah anda telah memahami apa yang diajar oleh guru atau dibaca sendiri ? 3. Adakah anda menhadapi pelajaran dengan semangat yang tinggi ? 4. Adakah anda berterusan belajar dan meneliti soalan-soalan lepas ? 5. Adakah anda mempunyai keyakinan diri untuk menjawab soalan nanti ?    

UJIAN BULANAN DAN PEPERIKSAAN PENGGAL

Ramai pelajar bersikap acuh tak acuh di dalam menghadapi ujian bulanan dan peperiksaan penggal dan ada yang menganggapnya tidak penting. Pada hal ujian dan peperiksaan ini boleh mempengaruhi keputusan peperiksaan  nanti. Akibatnya ramai pelajar yang gagal dan mendapat markah yang rendah di dalam setiap ujian /peperiksaan. Sikap seperti ini hendaklah dikikiskan. Walaupun demikian, seandainya anda gagal di dalam ujian, jadikanlah ia suatu pengajaran untuk lebih memahami dan bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran. Kegagalan di dalam ujian mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti :- a) Kurang memahami apa yang diajar b) Tidak mengambil perhatian yang serius terhadap pelajaran. c) Tidak mengulangkaji pelajaran selepas waktu persekolahan.    

KEARAH MEMBENTUK KEYAKINAN

Keyakinan menghadapi peperiksaan hanya boleh diperolehi oleh pelajar yang sudah betul-betul membuat persiapan yang rapi. Antara persiapan yang perlu diberi perhatian ialah :- a) Habis mengulangkaji topik-topik yang disoal. b) Mengingati dengan baik nota-nota yang penting.

Page 18: Contoh Soal Selidik Thesis

c) Mengetahui bentuk-bentuk soalan yang akan disoal. d) Bertawakkal kepada Allah S.W.T.

 

BEBERAPA PERINGATAN KEPADA PELAJAR

Tidak keterlaluan membaca sehingga kurang tidur. Belajar dengan hati yang tenang dan lapang. Pastikan semua kerja atau masalah

diselesaikan terlebih dahulu sebelum anda memulakan pembelajaran/study. Disiplinkan diri anda. Pastikan anda tidak membuang masa dengan kerja-kerja yang

sia-sia. Tepatilah masa belajar yang anda telah tetapkan dan pastikan anda ada masa untuk merehatkan otak secukupnya. Elakkan daripada memaksa diri anda untuk belajar sekiranya anda letih dan mengantuk.

Elakkan diri anda daripada membaca dan menghafal matematik. Sebaliknya cubalah memperbanyakkan latihan mengira dan memahami formula dan konsepnya.

Berbincang dengan rakan yang lebih memahami dan elakkan daripada sifat malu bertanya.

Elakkan daripada sifat menangguhkan sesuatu kerja yang diberi oleh guru serta jauhkan sikap mengambil jalan mudah dengan meniru kerja kawan tanpa memahami akan maksud dan konsepnya.

Elakkan mengumpulkan nota yang diberikan oleh guru sehingga bertimbun barulah hendak mengulangkajinya.

Sesungguhnya seseorang pelajar akan mencapai tahap penguasaan yang maksimun jika dia mampu mengaplikasikan teknik dan kaedah belajar yang betul. Setiap pelajar mempunyai cara belajar yang berbeza, janganlah meniru gaya belajar orang lain yang  tidak sesuai dengan kita. Nota ini sebagai panduan sahaja, ubahlah ia agar sesuai dengan teknik dan cara anda sendiri. InsyaAllah kejayaan itu milik semua.  

SIRI TEKNIK PEMBELAJARAN BERKESAN Kemahiran: "Kaedah mengingat"

Proses pembelajaran memerlukan daya usaha untuk mengingati apa yang hendakdipelajari. Topik ini akan memberikan kaedah khusus untuk memudahkan andamengingati apa yang telah dibaca di dalam buku teks ataupun buku rujukan. Teknik inidinamakan SQ3R. Ia diterangkan seperti berikut:

• SURVEY Mendapatkan gambaran awal keseluruhan topik yang hendak dipelajari dengan membaca perenggan pertama dan juga terakhir. • QUESTION

Mengenalpasti isu atau perkara pokok yang hendak disampaikan di dalam topik tersebut. Sebagai contoh, apakah mesej yang ingin disampaikan di dalam kisah ini?.

Page 19: Contoh Soal Selidik Thesis

READ Membaca secara proaktif dengan menghayati keseluruhan bahan yang dibaca, perenggan demi perenggan sehingga habis topik tersebut. •

RECALL

Mengingat, dan cuba terangkan kembali dengan perkataan atau ayatsendiri tentang isi kandungan yang telah dipelajari dan difahami daripadatopik yang telah dibaca itu.

• REVIEW Membaca sekali lagi bagi memastikan apa yang telah dipelajari dan difahami tadi terus tersimpan di dalam otak.