soal selidik kajian pembinaan instrumen

Click here to load reader

Post on 16-May-2017

253 views

Category:

Documents

3 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Sabri Kajian

Assalamualaikum,Bersama in disertakan dua fail soalan kajian dan templat excel untuk tindakan tuan/ puan/ sdr/ sdri seterusnya.

Kajian pembinaan instrumenTahniah kerana telah tamat menjalani peperiksaan akhir pada Hari Rabu 13 Jun 2012. Semoga anda beroleh kejayaan dan berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Tujuan kajian ini adalah untuk membina instrumen yang boleh meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia. Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian anda membantu saya membina instrumen ini. Saya amat berharap anda menjawab dengan jujur. Terdapat 30 pasang pernyataan yang kontra disebarkan merata-rata di instrumen ini. Jika anda menjawab positif untuk satu item, anda sepatutnya menjawab negatif untuk pernyataan pasangannya. Jika anda jujur, tidak akan berlaku tersalah pilih. Tersalah pilih hanya akan berlaku jika anda jawab secara sambil lewa. Jika anda keletihan, berehat sebentar. Saya amat berharap anda menjawab dengan jujur. Ganjaran kerjasama anda yang jujur adalah seperti mana telah di terangkan semasa kuliah. Untuk memperolehi ganjaran berkenaan sila email respon anda (dalam fail excel) selewat-lewatnya jam 2.00 petang Hari Khamis 14 Jun 2012 ke alamat email berikut: [email protected] ; no talipon: 012-6136084. Key in nombor persetujuan anda terhadap item-item berkenaan pada templat fail excel yang disertakan. Pastikan nombor item soalan adalah sama dengan nombor di templat excel.Ingat kembali pengalaman anda semasa mengajar di sekolah-sekolah yang anda ajar. Baca pernyataan di bawah dan key in nombor respon anda (contoh anda key in 3 bermakna anda tidak bersetuju dengan pernyataan berkenaan) pada templat excel yg disertakan. Pastikan nama, no matrik dan kumpulan kuliah tercatat pada respon excel anda. Satu contoh diberikan di bawah dan di templat excel. Gantinama saya merujuk kepada diri anda sebagai guru yang pernah mengajar di sekolah.1 teramat tidak bersetuju2 sangat tidak bersetuju

3 tidak bersetuju

4 bersetuju

5 sangat bersetuju

6 teramat bersetuju

Item No 0. Saya berasa yakin guru berupaya menjadikan masa depan para pelajar lebih cerah.

[jika anda sangat bersetuju, key in 5 pada templat.

No pernyataanHuraian item pernyataan

1Saya mengajar idea-idea baru dengan mengaitkan idea-idea berkenaan kepada idea-idea yang serupa.

2Semasa saya menerangkan kepada murid, penerangan saya agak terlalu laju.

3Saya tidak cuba membantu membuat inferensi.

4Sebelum mula mengajar, saya sediakan nota-nota yang diintegrasikan dari pelbagai punca.

5Bagi tujuan peperiksaan, saya tidak mengharapkan murid menghafaz bahan yg diajar kerana semua nya telah diberikan dalam nota.

6Semasa saya mengajar, saya ajar murid bagaimana boleh mengingat kembali apa yang telah pelajari pada masa depan.

7Saya mudah bosan dengan kebanyakan bahan yang saya ajar.

8Walaupun saya sedar (tahu) yang murid-murid saya telah menguasai sesuatu isi pelajaran itu, saya tetap akan mengajar isi pelajaran berkenaan.

9Jarang sekali saya minta murid berhenti sekejap untuk fikirkan isipelajaran yang mereka baru pelajari.

10Saya ingin menjadi guru yang baik.

11Saya berasa agak sukar untuk menjawab soalan-soalan murid saya yang memerlukan penilaian kritis berkenaan sesuatu topik itu.

12Tugas saya hanya mengajar murid-murid saya apa yang mereka perlu tahu untuk peperiksaan sahaja.

13Bila saya mengajar konsep-konsep baru, saya selalunya tidak mengajar mereka bagaimana mengaplikasikan konsep berkenaan.

14Saya amat fasih bila mengajar isipelajaran yang berbentuk formula, nama, tarikh dsbnya.

15Saya tidak menyediakan latihan-latihan untuk murid saya praktis.

16Dihujung pengajaran, saya sampaikan rumusan atau overview yang saya telah sediakan kepada murid-murid.

17Saya amat fasih menangani soalan-soalan murid yang memerlukan dibandingkan pelbagai jenis konsep.

18Saya amat bermotivasi untuk mengajar dengan baik.

19Jarang sekali saya merujuk pelbagai sumber supaya murid saya boleh memahami sesuatu konsep itu.

20Saya merupakan guru yang paling bermotivasi dikalangan semua guru-guru di sekolah dimana saya mengajar.

21Saya menyediakan bahan pengajaran dengan cepat agar saya boleh tumpukan perhatian saya kepada tugas-tugas lain.

22Kebanyakan murid-murid saya kerap dapat markah yang rendah di dalam peperiksaan dimana itemnya berformat melengkapkan.

23Bila merancang sesuatu pengajaran, biasanya saya sediakan satu senarai soalan-soalan yang boleh digunakan dalam ujian yang akan datang.

24Saya mengajar murid saya perkataan atau kosakata baru dengan membimbing mereka membayangkan situasi yang sesuai.

25Kerja saya sentiasa sempurna.

26Walaupun saya yakin yang saya telah mengajar dengan sebaik mungkin, namun masih ada murid-murid saya bermasalah untuk mengingatinya untuk peperiksaan.

27Jarang sekali saya memikirkan kembali apa yang saya sudah ajar.

28Membuat persediaan untuk mengajar adalah sesuatu saya rasa agak sukar.

29Saya mengajar murid saya meneka walaupun mereka tidak tahu akan jawapannya.

30Saya meletakkan keutamaan yang tinggi untuk tugasan bertulis.

31Semasa mengajar, jika murid saya mengemukakan soalan, saya akan cuba mencari jawapannya.

32Jarang sekali saya mengajar lebih daripada apa yang dikehendaki oleh sukatan pelajaran.

33Saya lebih sukar rehat daripada mengajar.

34Saya kurang cenderung untuk merancang kurikulum bagi sesi persekolahan yang akan datang.

35Saya mengajar semua topik dalam persekitaran.

36Saya belum pernah lagi lupa sebarang temujanji.

37Jarang sekali saya berikan murid-murid saya kerangka penyampaian sebelum saya menyampaikan isi bahan pengajaran yang baru.

38Saya mengajar murid-murid saya supaya mereka boleh membaca dengan kritis.

39Soalan-soalan ujian yang saya sediakan memerlukan murid-murid menilai secara kritis bahan-bahan yang mereka pelajari.

40Saya menghadapi masalah mengajar definisi istilah dan konsep.

41Jarang sekali saya mengajar konsep-konsep baru dengan menerangkan konsep-konsep berkenaan menggunakan ayat-ayat saya sendiri.

42Pada saya, kerja bermaksud mengajar perkara-perkara yang menyeronokkan.

43Berbanding dengan guru-guru lain di sekolah saya, saya peruntukkan masa yang sedikit untuk membuat persediaan mengajar.

44Saya berasa sukar untuk menguruskan maklumat-maklumat yang saya akan ajar.

45Saya mempunyai murid-murid yang nampak sangat teruja mengenai perkara-perkara yang saya ajar.

46Saya sangat teruja mengajar perkara-perkara baru.

47Saya sentiasa berusaha untuk menyediakan perincian tambahan berkaitan topik-topik yang saya ajar.

48Saya tidak berusaha untuk mengajar murid-murid saya membina prinsip-prinsip daripada fakta-fakta yang saya ajar.

49Semasa mengajar, saya kerap menghadapi masalah untuk memilih perkataan yang sesuai untuk menyampaikan apa yang saya ajar.

50Saya tidak berfikir sepantas yang diperlukan semasa saya mengajar.

51Saya tidak berapa suka meluangkan masa untuk membaca terlebih dahulu isi pelajaran yang akan saya ajar.

52Saya mengajar murid-murid saya kosakata dan idea baru dengan mengaitkan kosakata berkenaan dengan apa yang saya telah ajarkan pada mereka.

53Saya menguji murid-murid saya dengan ujian-ujian yang memerlukan mereka mendefiniskan istilah dan konsep.

54Saya sering menghadapi masalah mengesan lokasi petikan isi pelajaran tertentu dalam buku teks.

55Saya adalah seorang guru yang serba sempurna.

56Bila menghadapi peperiksaan, saya sarankan kepada murid-murid saya agar cram kan pembelajaran mereka

57Saya mempunyai sikap yang baik mengenai mengajar.

58Saya ajar murid-murid saya untuk berusaha mencari jawapan kepada soalan-soalan yang mereka ingin tahu.

59Saya mempunyai murid-murid yang menyediakan nota yang diintegrasikan maklumat daripada semua sumber.

60Saya jarang mengajar murid-murid saya bagaimana merekabentuk prosedur-prosedur untuk menyelesaikan masalah.

61Semasa mengajar topik-topik baru, saya terlebih dahulu merumuskan topik tersebut dengan menggunakan ayat-ayat saya sendiri

62Saya mempunyai murid-murid yang berusaha menyelesaikan konflik antara maklumat-maklumat yang mereka perolehi daripada pelbagai sumber.

63Saya mengalami masalah untuk menerangkan kepada murid-murid saya bagaimana mempelajari matapelajaran yang saya ajar.

64Saya mempunyai murid yang hanya membaca rumusan sesuatu artikel itu dan bukannya keseluruhan artikel tersebut.

65Saya mengamalkan membuat rumusan pada setiap minggu apa yang saya telah ajar.

66Saya bersungguh-sungguh berusaha keras untuk mencapai matlamat-matlamat yang saya telah tetapkan.

67Ujian dan peperiksaan yang saya sediakan memerlukan murid-murid mempunyai maklumat-maklumat dan fakta.

68Saya kerap ulangkaji isipelajaran yang saya ajar.

69Saya tidak ada masalah mengajar perbezaan-perbezaan antara konsep-konsep yang hampir serupa.

70Saya beritahu murid-murid saya untuk menghafaz saja isipelajaran yang mereka tidak faham.

71Saya yakin berusaha bersungguh-sungguh adalah kunci kepada kejayaan dalam pengajaran.

72Jarang sekali murid-murid saya mencari sebab bagi fakta-fakta yang mereka pelajari

73Saya berusaha untuk meningkatkan kosakata murid-murid saya dengan meninta mereka membina senarai istilah-istilah baru yang mereka pelajari.

74Bila mengajar konsep baru, saya jarang mengajar murid-murid saya untuk memikirkan konsep-konsep yang serupa.

75Saya tidak berasa teruja bila saya nak memulakan pengajaran saya

76Saya gunakan carta dan rajah yang mudah untuk membantu saya mengajar sesuatu isipelajaran.

77Bila mengajar konsep-konsep baru, saya minta murid-murid saya menerangkan konsep berkenaan dengan menggunakan ayat-ayat mereka sendiri.

78Berbanding dengan guru-guru lain di sekolah saya, saya antara yang mempunyai jumlah waktu mengajar paling sedikit.

79Saya berkebolehan menyatakan makna tersirat mesej yang terkandung dalam mana-mana video, filem dan bahan yang saya tonton dan baca.

80Saya jarang menggunakan perpustakaan

81Saya mempunyai masalah merancang pengajaran bila saya diberikan tugasan lain.

82Saya menilai, mengkerangkakan dan menyusun serta membanding beza maklumat-maklumat yang saya pelajari atau yang saya kaji.

83Bila berinteraksi dengan maklumat-maklumat baru, saya akan fahami dan terangkan kepada orang lain dalam ayat saya sendiri dan istilah saya sendiri, mengaplikasikan kedalam kehidupan saya dan menggunakan imageri visual untuk mengkodkan maklumat berkenaan.

84Saya memproses maklumat dengan terpinci walaupun saya menggunakan pelbagai strategi lain.

85Berbandingkan dengan orang lain, saya lebih banyak belajar dan mengkaji serta menggunakan teknik-teknik yang sistematik yang dicadangkan oleh manual-manual pembelajaran.

86Kehidupan yang saya jalani sekarang adalah ideal untuk saya.

87Saya berada dalam keadaan yang amat baik.

88Saya berpuas hati dengan kehidupan yang saya jalani.

89Sehingga hari ini, saya telah dapat apa yang saya hajati dari kehidupan ini.

90Kalau diberi peluang memulakan semula kehidupan ini, saya tidak akan pilih yang lain.

91Saya amat berpuas hati dengan pengajaran dalam bidang kurikulum.

92Saya amat berpuas hati dengan penglibatan saya dalam bidang kokurikulum di sekolah.

93Saya amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang saya berikan kepada sekolah dimana saya ditempatkan.

94Kekurangan staf perkeranian yang boleh membantu guru menjalankan tugasnya membimbangkan saya.

95Samada murid akan menghormati saya membimbangkan saya.

96Terlalu banyak tugas sampingan dan tanggung jawab tambahan membimbangkan saya.

97Mengajar dengan baik semasa saya diselia membimbangkan saya.

98Membantu murid menghargai pembelajaran membimbangkan saya.

99Kekurang masa untuk rehat dan menyediakan apa yang hendak diajar membimbangkan saya.

100Tidak cukup pertolongan dari guru-guru khas membimbangkan saya.

101Menguruskan masa saya dengan cekap membimbangkan saya.

102Rakan sekerja tidak menghormati saya membimbangkan saya.

103Tidak cukup masa untuk menyemak dan menguji apa yang murid-murid telah belajar membimbangkan saya.

104Kurikulum yang tidak fleksibel membimbangkan saya.

105Terlalu banyak piawai dan peraturan yang perlu saya patuhi membimbangkan saya.

106Keupayaan saya untuk meyediakan rancangan mengajar yang sesuai membimbangkan saya.

107Guru-guru lain yang tahu kelemahan dan kekurangan saya membimbangkan saya.

108Nak meningkatkan perasaan sudah berjaya dikalangan murid-murid membimbangkan saya.

109Rutin pengajaran yang terlalu ketat membimbangkan saya.

110Mendiagnosa masalah murid-murid membimbangkan saya.

111Apa yang akan dikatakan oleh pengetua/ guru besar jika kelas saya terlalu bising membimbangkan saya.

112Samada setiap murid telah mencapai sepenuhnya potensi mereka membimbangkan saya.

113Mendapatkan satu penilaian yang baik berkenaan pengajaran saya membimbangkan saya.

114Bilangan murid yang terlalu ramai dalam kelas membimbangkan saya.

115Mengenal pasti keperluan sosial dan emosi murid-murid saya membimbangkan saya.

116Mencabar muridmurid yang tidak bermotivasi membimbangkan saya.

117Murid tidak lagi menghormati saya membimbangkan saya.

118Orang ramai kurang memberi sokongan kepada sekolah membimbangkan saya.

119Keupayaan saya untuk mengawal kelas membimbangkan saya.

120Tidak mempunyai masa yang cukup untuk merancang membimbangkan saya.

121Menjadikan tingkah laku murid-murid kepada yang lebih baik membimbangkan saya.

122Faham kenapa murid-murid tertentu lambat dalam memahami sesuatu pelajaran membimbangkan saya.

123Mengalami satu insiden yang memalukan dalam bilik darjah dimana saya yang akan dipertanggungjawabkan membimbangkan saya.

124Tidak berupaya menangani murid-murid yang suka membuat kacau dalam kelas membimbangkan saya.

125Guru-guru lain mungkin merasakan yang saya tidak menjalankan tugas saya dengan baik membimbangkan saya.

126Kebolehan saya untuk mengajar murid yang sering mengganggu kelas membimbangkan saya.

127Memahami bagaimana kesihatan dan pemakanan murid boleh memberi kesan terhadap pembelajaran murid membimbangkan saya.

128Kelihatan kompeten (berkebolehan menjalankan tugas sebagai guru) di hadapan para ibubapa membimbangkan saya.

129Memenuhi keperluan pelbagai jenis murid membimbangkan saya.

130Mencari alternatif-alternatif untuk memastikan yang murid dapat memahami sesuatu isipelajaran itu membimbangkan saya.

131Memahami bahawa perbezaan psikologi dan budaya boleh memberi kesan kepada tingkah laku murid saya membimbangkan saya.

132Menyesuaikan diri saya kepada keperluan pelbagai jenis murid-murid membimbangkan saya.

133Jumlah gangguan dari pihak pentadbiran yang terlalu banyak membimbangkan saya.

134Membimbing murid untuk berkembang secara intelektual dan emosi membimbangkan saya.

135Mengajar murid-murid saya setiap hari membimbangkan saya.

136Samada murid-murid boleh mengaplikasikan apa yang mereka pelajari membimbangkan saya.

137Mengajar dengan berkesan bila ada guru lain bersama membimbangkan saya.

138Memahami faktor-faktor yang memotivasikan murid-murid untuk belajar membimbangkan saya.

139Saya lebih suka jawapan yang terpeinci berbanding jawapan yang ringkas.

140Saya kurang suka bila pembentang hanya bentangkan idea utama saja tanpa perinciannya.

141Saya suka mendengar muzik bila saya sedang belajar.

142Saya seorang yang terator dalam kerja saya.

143Saya lebih suka situasi yang berstruktur.

144Kerja kita seharusnya mengikut satu pelan yang jelas.

145Saya suka berada ditengah-tengah orang ramai.

146Saya mempunyai ramai kawan dan kenalan.

147Adalah mudah bagi saya untuk memparafrasa (paraphrase).

148Bila saya baca hati, bibir saya bergerak-bergerak.

149Saya seronok mengumpul setem, wang syiling dsbnya.

150Bila berada dalam kumpulan besar, saya lebih banyak mendiamkan diri.

151Saya lebih suka menyiapkan projek secara berseorangan.

152Prosedur yang memerlukan kita ikut langkah demi langkah (satu per satu) membosankan saya.

153Saya seronok belajar dengan melakukan eksperimen.

154Saya percaya tarikh akhir hantar (atau deadlines) adalah suatu yang sia-sia.

155Saya bentuk imej gambar, nombor atau perkataan dalam minda saya.

156Saya lebih selesa jika dinding bilik dimana saya belajar mempunyai poster dan gambar.

157Biasanya kerangka yang saya sediakan mengandungi banyak perincian.

158Muzik latar belakang membantu saya untuk berfikir.

159Saya cepat buat keputusan.

160Tarikh akhir hantar (deadlines) memudahkan saya menyusun atur kerja saya.

161Bila diterangkan sesuatu kepada saya, saya lebih suka ia disampaikan secara langkah demi langkah.

162Saya mudah ingat nama-nama orang yang saya temui.

163Saya mudah membuat kawan baru.

164Mudah bagi saya merumuskan maklumat.

165Semasa belajar, saya perlukan rehat sekejap-sekejap.

166Saya suka aktiviti fizikal yang banyak.

167Orang melihat saya sebagai seorang yang tidak bercampur dengan orang lain.

168Dalam kelas, saya dapat menghasilkan kerja yang lebih baik jika saya buat berseorangan.

169Saya suka memikirkan peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang.

170Bila saya buat sendiri, saya lebih cepat belajar.

171Orang kata bilik atau meja tulis saya tidak kemas.

172Saya banyak mengambil nota.

173Saya perlu lihat wajah orang yang bercakap untuk memahami apa yang dikatakannya.

174Saya gunakan analisis logik untuk menyelesaikan masalah.

175Bila diminta melaksanakan sesuatu, saya lebih suka arahan berbentuk lisan.

176Bila saya menonton tv, tumpuan saya lebih kepada apa yang saya dengar berbanding dengan apa yang saya lihat.

177Bila ingin kemana-mana, saya biasanya tempat pada masanya.

178Saya lebih selesa dengan sesuatu (idea, barangan dsbnya) yang telah diuji dan dibuktikan, bukan sesuatu yang baru.

179Saya lebih suka belajar dalam kumpulan .

180Interaksi dengan orang-orang yang baru saya kenal seolah-olah memberikan saya tenaga baru.

181Adalah mudah bagi saya untuk melihat gambaran keseluruhan.

182Bila diminta melaksanakan sesuatu, saya akan terus mulakan tanpa terlalu memberi tumpuan kepada arahan.

183Saya seronok membina apa saja.

184Agar sukar bagi orang lain untuk mengenali saya.

185Saya lebih mudah ingat bila saya belajar berseorangan.

186Saya suka situasi bila ada banyak kemungkinan dan banyak pilihan.

187Saya lebih suka belajar dengan melakukan sesuatu.

188Sebolehnya saya hanya akan membuat keputusan disaat-saat akhir.

189Saya akan lebih ingat sesuatu jika saya tulis.

190Tumpuan saya boleh terganggu jika ada bunyi dilatar belakang.

191Saya lebih sukar mencari perbezaan berbanding mencari persamaan.

192Saya boleh kenali seseorang dengan hanya mendengar suaranya.

193Saya lebih suka belajar dengan mendengar kuliah atau rakaman berbanding membaca.

194Bagi setiap tugasan saya antara yang mula-mula sekali mulakan.

195Saya tertarik pada orang-orang yang bersikap wajar (sensible people).

196Pada saya, tidak guna kita terlalu fikirkan peristiwa-peristiwa masa akan datang.

197Bila ada keramaian, saya suka tinggal lebih lama.

198Bila saya sediakan kerangka, saya tuliskan poin utama sahaja.

199Saya abaikan perincian yang tidak kelihatan relevan.

200Saya mudah ingat jika saya dapat manipulasi (main-main) dengan objek.

201Saya lebih suka hobi atau sukan individu.

202Adalah sukar bagi saya mengingati nama-nama orang yang saya temui.

203Bagi sesuatu masalah, saya boleh fikirkan banyak penyelesaiannya.

204Saya tiada masalah jika guru atau boss menukar pelan yang telah dipersetujui.

205Saya rasa tidak selesa jika situasi (tugasan adalah terlalu berstruktur).

206Saya tidak rasa salah jika saya mengubah fikiran.

207Bila dikehendaki melaksanakan sesuatu, saya lebih suka arahan dalam bentuk bertulis.

208Saya seronok sekali memecahkan idea-idea am kepada idea-idea yang lebih kecil.

209Saya lebih mudah ingat jika saya jika saya lisankan persekitaran itu.

210Saya mudah ingat lawak jenaka yang saya dengar.

211Persekitaran yang bersepah dan tidak teratur menjadikan saya tidak selesa.

212Saya sentiasa berpijak dibumi nyata.

213Seboleh-bolehnya saya elakkan tugasan yang ada banyak pilihan.

214Saya mengikuti perkembangan berita mengenai orang-orang lain.

215Saya keliru bila ada terlalu banyak perincian.

216Mudah bagi saya mensintesiskan sesuatu .

217Saya lebih mudah berfikir jika saya mundar mandir dalam bilik.

218Saya seorang yang pemalu.

219Seboleh-bolehnya saya akan elakan menghadiri keramaian.

220Saya suka memikirkan pelbagai idea.

221Saya seorang yang boleh mendapatkan penyelesaian yang mudah bagi sesuatu masalah.

222Senarai tugasan boleh menjadikan saya cepat letih.

223Saya lebih suka sesuatu itu berlaku dengan sendiri, bukan dirancang-rancang.

224Untuk bantu saya belajar, saya gunakan kod-kod warna.

225Saya fokus kepada fakta dan maklumat yang spesifik.

226Bila bercerita atau menerangkan sesuatu, biasanya saya mengambil masa yang lama.

227Saya lebih mudah ingat apa yang dikatakan oleh seseorang itu berbanding wajah orang yang berkata itu.

228Untuk melaksanakan sesuatu, saya terlebih dahulu rujuk apa yang saya telah senaraikan.

229Saya bangga saya adalah seorang yang praktikal.

230Mencari maksud yang tersirat adalah suatu yang saya anggap tidak relevan.

231Mudah bagi saya untuk bercakap dengan orang yang tidak saya kenali (contoh untuk bertanya panduan).

232Saya lebih suka bila jawapan itu mudah dan tidak memerlukan banyak penerangan.

233Saya berpuas hati jika saya tahu idea-idea utama tanpa perlu tahu perinciannya.

234Dalam kelas, saya rasa tidak selesa jika saya duduk terlalu lama.

235Saya bimbang bila berurusan dengan orang yang baru saya kenali.

236Imaginasi saya (apa saya lihat dalam minda) biasanya jelas dan terang.

237Saya anggap diri saya seorang yang original.

238Saya melakukan sesuatu secara spontan bukan melalui perancangan.

239Saya percaya bahawa saya sepatutnya rasa seronok semasa melakukan tugasan.

240Bila saya baca, saya gariskan (atau saya guna highlighter) apa yang saya baca.

241Adalah sukar bagi saya untuk merumuskan maklumat.

242Saya lebih berfokus kepada perincian berbanding gambaran besarnya.

243Walau pun tidak nampak wajah orang yang berkata-kata, saya faham apa yang dikatakannya.

244Saya buat satu senarai apa yang saya perlukan.

245Saya selalunya melaksanakan sesuatu itu seperti yang telah saya rancang.

246Saya suka fakta dan bukan hanya spekulasi.

247Saya suka menjadi perhatian ramai.

248Kemana saja saya pergi, saya bentuk persahabatan baru.

249Kalau boleh saya ingin terus ke poin utama.

250Jika tidak perlu, saya elak dari duduk dimeja.

251Menghadiri perjumpaan dimana terdapat ramai orang adalah suatu yang tidak selesa bagi saya.

252Saya lebih suka belajar bersendirian.

253Saya lebih suka meneroka mengenai sesuatu itu daripada diterangkan kepada saya.

254Saya lebih belajar jika saya libatkan diri dalam aktiviti yang berkaitan.

255Saya sentiasa berfikiran terbuka mengenai apa saja.

256Saya lebih suka belajar dengan menggunakan TV atau video berbanding media lain.

257Bila berbincang atau menulis mengenai sesuatu topik, saya lebih gemar memilih pandangan yang dapat diterima oleh rakan-rakan saya

258Saya gemar berbual dengan semua orang tanpa mengira umur, jantina atau pun pekerjaan mereka

259Saya kurang selesa berada bersama-sama orang yang tidak sependapat dengan saya mengenai nilai moral

260Kerjaya saya yang muktamad akan ditentukan dari beberapa kemungkinan yang baik.

261Walau apa pun yang terjadi, saya akan terus tekal dengan perancangan saya

262Saya telah menetapkan keutamaan aktiviti supaya saya boleh mencapai matlamat utama saya

263Kunci untuk memahami sesuatu kursus itu ialah belajar bagaimana memenuhi apa yang guru ingin kita fikirkan

264Saya lebih suka memilih tugasan yang diterima dan disukai oleh rakan rakan sebaya saya

265Saya kurang bersedia untuk menyumbang dalam perbincangan kelas dimana terdapat pelajar yang lebih tua kerana saya tahu mereka lebih berkebolehan berbanding saya

266Saya sama sekali tidak akan mencuba sesuatu yang tiada jaminan kejayaan

267Bila membuat keputusan mengenai kerjaya, ia mestilah berdasarkan kebaikan dan kekurangan yang spesifik dan bukan berdasarkan perbincangan terbuka yang akan menghasilkan pelbagai kemungkinan

268Saya percaya kita mesti bercakap benar dalam apa jua keadaan

269Hanya kita sahaja yang boleh memahami diri kita sendiri

270Saya mudah menyesuaikan diri kedalam sesuatu kumpulan walaupun ada ahli kumpulan berkenaan yang nilai moral mereka tidak selari dengan nilai moral saya

271Saya jadualkan aktiviti dalam kehidupan saya mengikut matlamat jangka panjang yang telah saya tetapkan

272Saya sendiri yang membuat keputusan mengenai apa yang belaku dalam kehidupan saya

273Bila murid tidak dapat mencari jawapan, guru sepatutnya berikan jawapan

274Bila membuat kerja rumah atau menduduki ujian, saya hanya akan memilih soalan-soalan esei setelah menimbangkan pelbagai perkara

275Saya hanya ingin seorang sahaja kawan akrab pada sesuatu masa.

276Saya tidak berpuas hati jika markah saya dalam sesuatu kursus adalah di bawah 90 %

277Tujuan kebanyakan orang bekerja adalah untuk mendapatkan wang

278Setelah bergraduat, jika saya tidak dapat pekerjaan dengan usaha saya sendiri, saya akan terima apa saja pekerjaan yang ditawarkan kepada saya

279Jika saya tidak dapat menjawat pekerjaan yang saya inginkan, saya pasti akan dapat pekerjaan lain yang juga akan memuaskan hati saya

280Saya tidak akan melaporkan kepada pihak berkuasa walaupun saya tahu yang jiran saya melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang

281Rakan yang sebenar adalah yang mempunyai nilai moral yang sama dengan kita

282Untuk memilih pihak dalam sesuatu debat memerlukan penaakulan dan juga mengambil risiko

283Saya tidak akan menjalinkan perhubungan dengan individu (yang berlainan jantina) yang tinggal di kawasan tempat tinggal saya

284Jika ada saudara mara saya yang sedang berkonflik dengan ibu bapa saya, saya masih lagi boleh meneruskan persaudaraan dengan saudara mara saya itu

285Saya elakkan bermain permainan yang saya tahu saya akan kalah

286Saya pasti saya tidak akan berasa seronok bekerja dalam pekerjaan yang tidak mengaplikasikan apa yang telah saya pelajari di universiti

287Saya telah pun memutuskan matlamat yang utama dalam kehidupan saya

288Guru sepatutnya memastikan yang para pelajar memberikan jawapan yang betul kepada mana-mana soalan.

289Saya suka projek-projek yang memberi saya peluang mempelajari pelbagai pandangan yang berbeza

290Saya tidak akan memberi pandangan saya kecuali saya amat pasti yang kawan-kawan saya akan bersetuju

291Pandangan saya terhadap sesuatu isu mungkin tidak berbeza dengan pandangan rakan-rakan sekelas saya

292Saya tidak ada bermasalah untuk bersama-sama dengan orang lain yang kepercayaan mereka berbeza daripada saya

293Saya lebih suka berada dalam kumpulan belajar yang ahlinya adalah setara kebolehan kerana ahli kumpulan yang mempunyai kebolehan yang berbeza-beza boleh menimbulkan konflik

294Kebanyakan orang yang menawar bantuan kepada orang lain mengharapkan balasan

295Menseimbangkan kehidupan akademik dan kehidupan sosial adalah satu cabaran

296Saya akan berasa amat kecewa jika saya tidak dapat kerjaya yang terbaik untuk diri saya

297Saya ada banyak pilihan kerjaya kerana mana-mana kerjaya pun sama baiknya

298Seorang doktor mesti sentiasa memaklumkan kepada pesakitnya keadaan sebenar pesakitnya itu walaupun pesakit itu hanya ada dua bulan lagi untuk hidup

299Saya tidak menilai nilai moral seseorang, kerana setiap orang boleh berpegang pada nilai moral yang berbeza-beza

300Saya bebas mempunyai pandangan terhadap sesuatu isu HANYA JIKA para pakar tidak mempunyai kata sepakat mengenai isu berkenaan

301Yang penting bukanlah samada kita memanefestasikan (mempamerkan) pendirian kita itu tetapi memadai kita mempunyai sesuatu pendirian

302Jika diberi tugasan menulis satu esei, saya lebih suka diberi SATU topik dan bukan diminta memilih dari beberapa topik

303Walau pun saya sudah pun mempunyai jawapan saya sendiri untuk soalan-soalan yang ditanya dalam kelas, namun rakan sekelas kadang-kadang boleh mempengaruhi saya untuk menukar jawapan saya

304Saya akan terasa dikhianati bila kawan saya menukar fikirannya mengenai apa yang kami telah persetujui walaupun pertukaran fikirannya itu adalah suatu yang betul

305Saya kerap menimbangkan potensi kesan tingkah laku saya terhadap masyarakat

306Saya lebih suka menduduki peperiksaan yang soalannya adalah dalam bentuk aneka pilihan dan bukan peperiksaan yang soalannya berbentuk esei

307Apa pun akan kelihatan betul jika dilihat dari perspektif tertentu

308Saya mesti menjawat pekerjaan yang saya telah dilatih

309Saya percaya semua peminta sedekah pada masa ini memang sepatutnya menerima nasib mereka itu kerana mereka malas

310Saya tidak suka bila soalan ujian adalah dalam format yang berbeza daripada format yang telah diajar

311Saya telah pun menimbangkan potensi kesan tingkah laku saya terhadap masyarakat

312Saya tidak akan tinggal di setengah-setengah kawasan tertentu walau pun saya ditawarkan pekerjaan yang menarik untuk bekerja di kawasan itu

313Saya percaya seorang doktor adalah sangat salah moralnya jika doktor tersebut membantu seorang yang sedang sakit tenat untuk mempercepatkan kematiannya

314Pandangan saya mengenai isu-isu semasa selalunya lebih dipengaruhi oleh pandangan orang lain

315Sebagai seorang pelajar, jika saya tidak dapat gred yang baik, saya memang tidak berguna langsung

316Adalah lebih baik bagi saya jika saya gunakan nota guru/ pensyarah dari kuliah dan bukan nota yang saya dapat hasil bacaan saya sendiri untuk menjawab soalan-soalan esei dalam kerja rumah saya

317Saya akan rasa kecewa jika ada orang yang menganggap yang saya ini tidak penting

318Kita tidak perlu patuh pada undang-undang dalam semua keadaan

319Samada ibu bapa saya menerima kawan-kawan saya atau tidak, itu tidak penting bagi saya

320Saya menerima kawan-kawan saya seadanya

321Hanya ada dua saja cara saja untuk memotivasikan orang untuk mengusahakan yang terbaik samada melalui ganjaran atau dendaan

322Saya dengan mudah dapat mengadaptasi diri saya kedalam persekitaran baru

323Sebelum menerima sesuatu tawaran kerja, saya perlu tahu semua perincian mengenai kerja berkenaan

324Orang-orang yang bekerja dalam persekitaran yang sama berkemungkinan mempunyai nilai moral yang sama

325Sebab utama kenapa sesuatu orang itu tidak mencuri harta kepunyaan orang lain adalah kerana mereka mungkin akan tertangkap

326Pada masa ini, saya lebih menumpukan untuk memenuhi tujuan-tujuan peribadi saya dan tidak hanya memikirkan tujuan-tujuan itu

327Tingkahlaku kita mesti ditentukan oleh penaakulan kita dan bukan oleh emosi kita

328Saya suka guru yang sentiasa beritahu apa gaya penulisan yang mereka inginkan dari kita

329Dalam banyak perkara, saya amat yakin bahawa walaupun ada kebenaran yang mutlak, kita tidak akan dapat mengetahuinya, maka tidak ada jawapan yang betul bagi kebanyakan soalan

330Saya dapati bahawa setelah menyelesaikan sesuatu masalah, akan timbul pula masalah lain yang sama pentingnya

331Dalam kelas saya, ada dua jenis pelajar iaitu pelajar yang kekal dengan tindakan mereka yang betul dan pelajar yang kekal dengan perbuatan mereka yang salah

332Saya sama sekali tidak akan mengkritik orang yang telah berbudi pada saya

333Dalam menghadapi sesuatu isu dalam kelas, memadai bagi kita mempunyai sesuatu pendirian, tidak perlu untuk kita menghuraikan atau memurnikan pendirian kita itu

334Saya telah pun menyemak tujuan-tujuan kerjaya saya dan telah pun memustuskan yang mana akan disimpan dan yang mana akan dibuang

335Oleh kerana pandangan seseorang itu dipengaruhi oleh latar belakang pendidikannya, maka mana-mana pandangan pun adalah betul

336Amerika Syarikat bukan hanya merupakan antara negara-negara terkaya di dunia, tetapi juga merupakan antara negara-negara yang terbaik di dunia.

337Saya kerap membaca majalah-majalah mahu pun buku-buku yang berkait dengan kursus yang saya ambil walaupun ini tidak diminta oleh pensyarah kursus berkenaan

338Orang ramai mestilah sentiasa patuh kepada pihak polis dalam semua situasi

339Setelah seseorang itu memperolehi semua maklumat, dia akan dapati bahawa hanya ada satu sahaja jawapan yang betul

340Selalu sangat, hanya setelah saya menyelesaikan sesuatu masalah, baru saya terfikir bahawa masalah tersebut boleh diselesaikan dengan cara yang lain

341Oleh kerana pelbagai pandangan adalah betul, maka mana-mana pandangan yang saya pilih untuk menulis satu kritik tidaklah penting

342Saya tidak ambil kisah pensyarah yang menyampaikan pandangan yang berbeza tetapi tidak berbincang apa yang menjadi pendiriannya

343Saya tidak akan bertolak ansur dengan orang yang mempunyai pendirian yang berbeza dari saya

344Jika perlu, saya boleh mengkritik seseorang walaupun beliau tidak pernah mengkritik saya

345Soalan-soalan esei kelihatan seperti mempunyai lebih dari satu jawapan, tetapi sebenarnya hanya satu sahaja jawapan yang betul

346Bila berhadapan dengan sesuatu isu, pendirian yang dipilih oleh guru biasanya betul

347Saya suka membaca kritik-kritik yang berkait dengan teori-teori baru dalam bidang kajian saya

348Bukan suatu yang sukar bagi saya untuk bertukar idea dan pandangan kepada idea dan pandangan yang lain jika idea-idea rakan sekelas saya adalah lebih logik

349Walau pun saya rapat berkawan dengan seseorang (si B), tetapi jika saya dapat tahu yang ia adalah juga kawan rapat kepada seseorang yang saya tidak sukai (si C), maka saya tidak akan meneruskan persahabatan dengan nya (si B)

350Bila pergi makan direstoran, saya tidak suka duduk bersebelahan dengan orang yang tinggal di luar kawasan saya

351Saya tiada masalah jika ada orang yang tidak berminat dengan saya

352Saya tidak ambil kisah yang ada orang meragui kebolehan saya

353Saya boleh nampak bagaimana apa yang saya pelajari boleh digunapakai untuk masa depan saya

354Bila berhadapan dengan satu isu yang kontroversi, adalah bijak jika kita menyebelahi guru daripada melibatkan diri dalam satu debat yang mungkin tiada kesudahan

355Bila saya telah tetapkan sesuatu matlamat, saya tidak akan berhenti berusaha memenuhi matlamat itu walau dalam keadaan apa sekali pun

356Saya akan memulakan sesuatu projek walaupun saya tidak pasti apa akhirnya

357Dikalangan teman serumah saya, ada sekurang-kurang seorang yang amalannya tidak menyenangkan saya.

358Saya tidak akan terasa tersinggung walaupun orang disekililing saya menganggap saya tidak penting

359Kawan-kawan yang rapat seharusnya mempunyai pandangan yang sama dalam kebanyakan perkara (isu)

360Dalam mana-mana debat, sudah semestinya pandangan sebelah pihak adalah benar dan yang pihak yang lagi satu pula mempunyai pandangan yang salah

361Dalam mana-mana pertandingan syarahan (pidato), biasanya ada dua jenis peserta, samada mereka adalah pemidato yang baik atau pun pemidato yang kurang baik

362Saya sama sekali tidak akan berkahwin dengan seorang yang mempunyai nilai yang berbeza dari saya

363Oleh kerana ibu bapa yang membesarkan saya, maka saya sepatutnya patuh setiap apa yang mereka katakan

364Bukanlah suatu yang sukar bagi saya untuk memohon kemaafan dari kawan-kawan saya jika saya telah melakukan perkara yang tidak sesuai

365Seseorang itu sepatutnya mengekalkan pendiriannya terhadap sesuatu walau pun ia mungkin salah pada pandangan orang lain dengan syarat dia sendiri yakin bahawa pendiriannya itu adalah benar

366Saya lebih suka tugasan yang berkait dengan SATU masalah yang spesifik (konkrit) berbanding dengan masalah yang pelbagai atau yang terlalu am

367Bila guru memberi saya maklumbalas berkaitan hasil esei atau penulisan saya, saya saring maklumbalasnya untuk esei saya yang seterusnya

368Seorang sahaja yang boleh kita percayai iaitu diri kita sendiri

369Individu itu sendirilah yang patut menentukan kerjayanya

370Perbezaan pendapat bagi sesuatu isu yang penting sebaiknya dipulangkan kepada para pakar

371Oleh kerana hanya maklumbalas guru sahaja yang penting, maka tidak perlulah saya minta rakan sekelas membaca hasil penulisan saya.

372Saya tidak akan sekali-kali berkahwin dengan seorang yang tidak mempunyai ijazah

373Saya tidak ambil kisah sangat yang guru tidak suka cara saya memberi komen terhadap sesuatu isu. Apa yang lebih penting bagi saya ialah saya dapat menyampaikan pendapat peribadi saya berkaitan sesuatu topik dan bukan untuk mendapatkan gred yang baik

374Orang-orang yang benar-benar pakar dalam sesuatu bidang biasanya bersetuju antara satu sama lain berkaitan sesuatu isu

375Sepatutnya para pendidik (guru/ pesyarah sudah tahu apakah kaedah mengajar yang lebih baik antara kaedah kuliah dengan kaedah perbincangan kumpulan kecil

376Semasa menulis sesuatu esei, yang paling saya suka adalah mengintegrasikan pelbagai idea.

377Saya seronok berinteraksi dengan idea-idea yang kompleks

378Saya tidak akan sekali-sekali keluar bersiar-siar dengan seorang yang pekerjaannya (bidang kajiannya) adalah saya tidak suka

379Dalam kehidupan seharian saya, saya amat berhati-hati semasa menerangkan pandangan-pandangan saya supaya tidak disalahertikan oleh orang lain

380Saya tidak percaya bahawa penting bagi kita menunjukkan penghargaan kita secara terbuka bagi bantuan orang lain terhadap kita yang telah kita menerima

381Saya tidak kisah untuk menyatakan sesuatu fakta peribadi saya yang mungkin orang lain tidak suka.

382Saya telah memikul banyak tanggung jawab yang besar dalam hidup saya

383Seorang guru yang baik tidak akan membiarkan muridnya meninggalkan kelas jika ada keraguan dari segi konten isi pelajaran

384Dalam situasi tertentu, saya sanggup tidak menyiapkan kerja rumah saya tanpa rasa takut akan didenda kemudian

385Jika saya tahu saya betul berkaitan sesuatu isu, saya sanggup berdialog dengan kawan-kawan sehingga mereka mengaku mereka salah

386Saya tidak berasa marah bila saya menerima kritikan dari orang yang lebih muda dari saya

387Saya lebih suka guru beritahu tahu kita apa yang penting untuk dipelajari

388Bila saya berkahwin nanti, saya sama sekali tidak akan membenarkan pasangan (isteri atau suami) saya berkawan dengan orang-orang yang mempunyai amalan yang kurang baik

389Tugas guru hanyalah untuk menyampaikan fakta dalam subjek yang diajarnya kepada para pelajarnya

390Saya selalu meyakinkan kawan saya untuk membuat sesuatu mengikut cara saya kerana saya tahu saya tidak mungkin salah

391Saya tidak ambil kisah jika kenalan saya tidak menunjukkan sebarang perasaan terhadap saya

392Saya lebihkan usaha untuk kursus-kursus tertentu kerana saya nampak bagaimana pengetahuan yang dipelajari dari kursus-kursus berkenaan berkait dengan masa depan saya

393Terlalu ramai orang membuat keputusan mengenai kerjaya mereka berdasarkan kepercayaan sedia ada mereka. Mereka sepatutnya mengambil kira maklumat baru yang boleh membentuk satu berfikir yang baru

Bahagian in adalah yang terakhir. Terdapat enam (soalan) dan lapan pilihan jawapan iaitu A hingga H. Pilih SATU jawapan sahaja dan key huruf pilihan pada templat excel.Contoh bagi Soalan 394, anda pilih C. Maka key in C (bukan nombor tanda aras persetujuan seperti item-item 1 hingga 393]394.Fikirkan situasi anda telah membuat perjanjian dengan seorang kawan anda. Berapa pentingkah untuk anda menepati janji dengan kawan?

Pada saya, menepati janji kawan adalah penting kerana:

A. Jika tidak, dia akan marah atau sedih dan tidak mahu berkawan dengan saya lagi.B. Dengan itu kawan saya juga akan menepati janji terhadap saya lain kali.C. Kawan patut dihormati dan dilayan sebagaimana saya mahu dilayan.D. Menepati janji menunjukkan hubungan erat saya dengan kawan itu.E. Menepati janji menunjukkan saya boleh dipercayai.F. Dia adalah kawan saya.G. Dia telah mempercayai saya dan dia tahu saya pasti menepati janji.H. Pandangan lain jika ada.395.Bagaimana pandangan anda tentang menepati janji dengan sesiapa sahaja, walaupun orang yang anda kurang kenali?

Pada saya, menepati janji dengan sesiapa sahaja, walaupun orang itu saya kurang kenali adalah:

A. Penting kerana jika saya engkar pada janji, ini bermaksud saya berbohong.B. Penting kerana saya sebagai ahli masyarakat yang bertanggungjawab harus menepati janji terhadap sesiapa pun.C. Penting kerana ini akan membina kepercayaan antara individu dan ia mencerminkan hubungan erat antara manusia.D. Penting kerana ini menunjukkan saya mengambil berat..E. Penting kerana orang itu mungkin akan menjadi kawan saya dan mustahak bagi saya mempunyai kawan.F. Tidak penting kerana kemungkinan besar saya tidak akan berjumpa dia lagi.G. Tidak penting kerana mungkin dia seorang penipu. Jadi lebih baik saya mengelakkannya

H. Pandangan lain jika ada.396.Bagaimana pandangan anda tentang menepati janji dengan seorang kanak-kanak ? Berapa pentingkah bagi ibu bapa menepati janji dengan anak-anak mereka?

Pada saya, adalah penting untuk ibu bapa menepati janji dengan anak-anak mereka kerana:

A. Jika ibu bapa mungkir janji, anak-anak mereka juga akan berfikir bahawa tidak salah jika mereka mungkir janji kelak.

B. Kanak-kanak tidak akan mempercayai ibu bapa yang memungkiri janji.

C. Ibu bapa juga mahu anak-anak mereka menepati janji, jadi terlebih dahulu mereka sendiri perlu menepati janji.

D. Ibu bapa patut menunaikan janji yang mereka buat.

E. Jika tidak, anak-anak itu pasti akan marah dan tidak berpuas hati.

F. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik bagi menunjukkan kepercayaan yang wujud antara ibu bapa dan anak.

G. Kanak-kanak akan belajar mempercayai dan menjalin hubungan baik dengan orang lain berdasarkan prinsip bertanggung jawab.

H. Pandangan lain jika ada:397.Secara am, berapa pentingkah untuk seseorang individu itu bercakap benar?

Pada saya, bercakap benar adalah penting kerana:

A. Jika saya berbohong, saya berdosa.

B. Saya akan menghadapi lebih banyak masalah jika orang lain mengetahui perkara sebenar.

C. Bercakap benar adalah dasar paling baik tetapi berbohong menyebabkan kekeliruan dan kemarahan.

D. Ini menunjukkan saya bertanggung jawab. Bercakap benar adalah cara yang baik apabila berhadapan dengan sesuatu dilema.

E. Jika saya berbohong, orang lain akan memanggil saya pembohong dan tidak akan mempercayai saya lagi.

F. Jika saya berbohong saya akan dihukum.

G. Saya akan rasa serba salah jika saya tidak bercakap benar.

H. Pandangan lain jika ada.

398. Berapa pentingkah untuk individu mematuhi undang-undang?

Pada saya, mematuhi undang-undang adalah penting kerana:

A. Jika tidak, saya boleh dimasukkan ke penjara.

B. Ini dapat menjauhkan diri saya daripada berbagai masalah.

C. Jika saya mematuhi undang-undang, undang-undang akan memberi perlindungan kepada saya.

D. Ini lebih selamat untuk saya dan juga untuk orang lain.

E. Sesuatu masyarakat tidak boleh berfungsi dengan sempurna jika ahlinya tidak mematuhi undang-undang walaupun undang-undang boleh diubah dari masa kesemasa mengikut keadaan.

F. Tanpa undang-undang, keadaan akan menjadi huru-hara. Setiap orang akan membuat sesuatu mengikut suka hati, tanpa mempedulikan akibatnya terhadap orang lain.

G. Saya akan rasa bangga terhadap diri sendiri. Jika tidak saya akan rasa serba salah.

H. Pandangan lain jika ada.399.Berapa pentingkah untuk hakim menjatuhkan hukuman penjara kepada orang yang melanggar undang-undang?

Pada saya, adalah penting hakim menjatuhkan hukuman penjara kepada mereka yang melanggar undangundang ke penjara kerana:

A. Jika tidak, mereka akan berfikir bahawa mereka bebas dan akan mengulangi kesalahan itu.

B. Hukuman akan memberi pengajaran kepada mereka supaya mereka tidak akan melakukan kesalahan itu lagi.

C. Mereka telah melakukan kesalahan dan hakim tidak patut melepaskan mereka.

D. Hakim sepatutnya memberi hukuman yang setimpal dengan kesalahan supaya orang lain dilindungi.

E. Undang-undang mesti dikuatkuasakan dan orang yang melanggar undang-undang harus menerima hukuman.

F. Undang-undang dikuatkuasakan untuk melindung dan membantu seluruh masyarakat dan hakim boleh dipertanggungjawabkan untuk memelihara undang-undang.

G. Melalui hukuman penjara, mereka akan menyesal dan tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi.

H. Pandangan lain jika ada

Saya mengucapkan terima kasih kerjasama anda. Pastikan templat excel (lengkap dengan nama, no matrik dan kumpulan kuliah) diemail ke alamat [email protected] SEBELUM jam 2.00 ptg Hati Khamis 14 Jun 2012 untuk memperolehi ganjaran berkenaan.