bmm 3114.docx

14
1.0 KONSEP BUDAYA, MASYARAKAT DAN KEBUDAYAAN MELAYU Istilah budaya sering dikaitkan dengan sesebuah masyarakat. Hal ini terjadi kerana kebudayaan akan berkembang selaras dengan kemajuan masyarakat. Menurut Nik Safiah Haji Abdul Karim (1963), perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu 'budhi' dan 'daya . Perkataan 'budhi' yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit bermaksud kecergasan fikiran dan akal. Perkataan 'daya' pula ialah perkataan Melayu Polinesia yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Jika dicantumkan kedua-dua perkataan tersebut, budaya membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa. Seterusnya, definisi budaya menurut Kamus Dewan (2005), pula adalah kemajuan fikiran, akal budi atau cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya, budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Sebagai tambahan, pengertian masyarakat pula boleh dilihat dari berbagai- bagai sudut. Dalam penggunaan harian, masyarakat merupakan kelompok individu. Pengertian bahasa secara umum pula ialah satu kesatuan kelompok manusia yang mempunyai interaksi dalam sistem hidup yang tertentu. Menurut Sabree Hussien (2009), masyarakat membawa maksud kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Vatoni LV (2012) pulamenyatakan kebudayaan sangat erat hubungannya dengan masyarakat. Menurutnya lagi, segala sesuatu yang terdapat dalam masyarakat ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki oleh masyarakat itu sendiri. Menurut Edward Burnett Tylor, kebudayaan merupakan keseluruhan yang kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat, dan kemampuan-kemampuan lain yang didapat seseorang sebagai anggota masyarakat. Kesimpulannya, masyarakat merupakan elemen penting dalam perkembangan sesuatu kebudayaan. Malah, kejayaan dan tamadun sesebuah masyarakat dapat dinilai melalui kebudayaan yang menjadi amalan mereka. Oleh yang demikian, pentingnya usaha menjaga kebudayaan sendiri demi pandangan masyarakat lain sentiasa dalam keadaan baik, khususnya aspek politik, ekonomi dan sosial. Jika tidak, maka adalah penilaian yang bakal dijadikan streotaip, sindiran dan prejudis yang bakal menyebabkan adanya masalah-masalah yang tidak dijangka. Maka, lebih baik mengamalkan budaya yang baik agar menjadi salah satu masyarakat yang disegani dan contoh kepada budaya yang lain. 1.1 Konsep Budaya, Masyarakat dan Kebudayaan Melayu dalam Sudut Politik. 1

Upload: mhaykans-daughter

Post on 25-Dec-2015

88 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: BMM 3114.docx

1.0 KONSEP BUDAYA, MASYARAKAT DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Istilah budaya sering dikaitkan dengan sesebuah masyarakat. Hal ini terjadi kerana

kebudayaan akan berkembang selaras dengan kemajuan masyarakat. Menurut Nik Safiah

Haji Abdul Karim (1963), perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit

dan Melayu, iaitu 'budhi' dan 'daya’. Perkataan 'budhi' yang dipinjam daripada bahasa

Sanskrit bermaksud kecergasan fikiran dan akal.  Perkataan 'daya' pula ialah perkataan

Melayu Polinesia yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh.  Jika dicantumkan

kedua-dua perkataan tersebut, budaya membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau

kuasa menggerakkan jiwa.

Seterusnya, definisi budaya menurut Kamus Dewan (2005), pula adalah kemajuan

fikiran, akal budi atau cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya.  Tegasnya, budaya boleh

didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi

sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap

dan nilai.

Sebagai tambahan, pengertian masyarakat pula boleh dilihat dari berbagai-bagai

sudut.  Dalam penggunaan harian, masyarakat merupakan kelompok individu.  Pengertian

bahasa secara umum pula ialah satu kesatuan kelompok manusia yang mempunyai interaksi

dalam sistem hidup yang tertentu. Menurut Sabree Hussien (2009), masyarakat  membawa

maksud kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara

tertentu.  Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah

masyarakat.

Vatoni LV (2012) pulamenyatakan kebudayaan sangat erat hubungannya dengan

masyarakat.  Menurutnya lagi, segala sesuatu yang terdapat dalam masyarakat ditentukan

oleh kebudayaan yang dimiliki oleh masyarakat itu sendiri.  Menurut Edward Burnett Tylor,

kebudayaan merupakan keseluruhan yang kompleks, yang di dalamnya terkandung

pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat, dan kemampuan-

kemampuan lain yang didapat seseorang sebagai anggota masyarakat.

Kesimpulannya, masyarakat merupakan elemen penting dalam perkembangan

sesuatu kebudayaan. Malah, kejayaan dan tamadun sesebuah masyarakat dapat dinilai

melalui kebudayaan yang menjadi amalan mereka. Oleh yang demikian, pentingnya usaha

menjaga kebudayaan sendiri demi pandangan masyarakat lain sentiasa dalam keadaan

baik, khususnya aspek politik, ekonomi dan sosial. Jika tidak, maka adalah penilaian yang

bakal dijadikan streotaip, sindiran dan prejudis yang bakal menyebabkan adanya masalah-

masalah yang tidak dijangka. Maka, lebih baik mengamalkan budaya yang baik agar menjadi

salah satu masyarakat yang disegani dan contoh kepada budaya yang lain.

1

Page 2: BMM 3114.docx

1.1 Konsep Budaya, Masyarakat dan Kebudayaan Melayu dalam Sudut Politik.

Dalam satu laman sesawang yang ditulis oleh Arif Hertanto, beliau telah menulis pendapat-

pendapat daripada beberapa orang tokoh tentang definisi budaya dalam aspek

politik.   Menurut Almond dan Verba, budaya dalam sudut politik merupakan sikap tertentu

daripada warga negara terhadap sistem politik.  Manakala, Samuel Beer pula mentafsirkan

budaya dalam sudut politik sebagai nilai-nilai keyakinan dan sikap-sikap emosi tentang

bagaimana pemerintahan seharusnya dilaksanakan dan tentang apa yang harus

dilaksanakan oleh pemerintah.  Seterusnya, Rusardi Kantaprawira pula mendefinisikan

budaya politik sebagai persepsi manusia, pola sikapnya terhadap berbagai-bagai masalah

politik dan peristiwa politik ke dalam pembentukan struktur dan proses kegiatan politik

masyarakat mahupun pemerintahan.

Di Malaysia, budaya dalam sudut politik dapat dilihat dari aspek pemerintahan dan

pentadbiran yang dijalankan di negara ini.   Di negara kita dapat lihat kepelbagaian politik

yang merangkumi pelbagai kaum. Pluralisme masyarakat di Malaysia menjadikan negara

kita mempunyai pelbagai bentuk dan corak acuan parti politik yang dipimpin mengikut

pelbagai kaum. Namun hal ini masih di dalam kawalan kerana masyarakat di Malaysia masih

mempunya nilai-nilai patriotisme, hormat menghormati, serta menghargai antara satu sama

lain.  Walau bagaimanapun, pengaruh penjajah sebelum ini telah menyebabkan kita

mengamalkan pemerintahan dan pentadbiran demokrasi. 

1.2 Konsep Budaya, Masyarakat dan Kebudayaan Melayu dalam Sudut Sosial.

Dalam kebudayaan melayu, terdapat pelbagai aspek yang boleh dikaitkan dengan sudut

sosial.  Antaranya ialah agama dan kepercayaan.  Orang Melayu hampir keseluruhannya

beragama Islam.  Namun demikian, sisa-sisa unsur agama Hindu dan animisme masih dapat

dilihat dalam sistem kepercayaan mereka. Islam tidak dapat menghapuskan seluruh unsur

kepercayaan tersebut.  Selain itu, sudut sosial dalam kebudayaan melayu juga dapat dilihat

dalam amalan adat istiadat. Adat istiadat Melayu banyak memperlihatkan campuran unsur

tempatan dan unsur pengaruh luar selaras dengan kedatangan pengaruh Hindu, Islam, dan

Barat ke Alam Melayu pada suatu masa dahulu. 

Sebagai tambahan, dalam pemerintahan Malaysia, unsur-unsur adat yang tidak

bertentangan dengan ajaran Islam adalah dibenarkan untuk diamalkan.  Melalui “principle of

co-existence”, orang Melayu dapat menyesuaikan adat dan agama secara harmonis,

walaupun ada aspek-aspek tertentu yang bertentangan tapi terus diamalkan.  Sistem

kekeluargaan dan perkawinan juga boleh dikategorikan dalam aspek sosial bagi kebudayaan

Melayu.  Dari segi kekeluargaan, masyarakat Melayu dibagikan kepada dua kelompok.

Kelompok pertama ialah kelompok yang mengamalkan sistem kekeluargaan dwisisi

2

Page 3: BMM 3114.docx

(bilateral) dan kelompok kedua ialah kelompok yang mengamalkan sistem kekeluargaan

nasab ibu (matrilineal system).  Tetapi disebabkan kedua-dua kelompok tersebut menganut

agama Islam, maka sistem kekeluargaan Melayu itu banyak dipengaruhi oleh sistem

kekeluargaan Islam.

Seterusnya, kebudayaan Melayu juga boleh dilihat dari sudut kesenian. Dalam

masyarakat Melayu, seni dapat dibahagikan kepada beberapa aspek iaitu seni persembahan

seperti tarian, nyanyian, persembahan pentas seperti makyong, wayang kulit, ghazal,

hadrah, dan kuda kepang serta seni tampak seperti seni ukir, seni bina, seni hias,

pertukangan tangan, tenunan, anyaman dan lain-lain.  Permainan tradisi seperti gasing, wau,

congkak juga termasuk dalam kategori seni persembahan. Kegiatan seni Melayu mempunyai

identiti tersendiri yang juga memperlihatkan gabungan berbagai-bagai unsur tempatan dan

unsur luar.

1.3 Konsep Budaya, Masyarakat dan Kebudayaan Melayu dalam Sudut Ekonomi.

 Ekonomi adalah satu bidang ilmu sains sosial yang mengkaji tentang individu dan

masyarakat dalam membuat pilihan yang cekap bagi menggunakan sumber ekonomi yang

terhad seperti tanah, buruh, modal dan usahawan dengan kehendak manusia yang tidak

terhad.

Di Malaysia, sistem ekonomi terbahagi kepada dua iaitu sistem ekonomi kapitalis dan

sistem ekonomi Islam. Sistem ekonomi Islam mula diperkenalkan secara menyeluruh pada

tahun 1983 dengan penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Kini sistem ekonomi

yang berteraskan Islam ini mula mendapat perhatian masyarakat. Buktinya, terdapat

pelbagai produk kewangan telah diperkenalkan antaranya ialah takaful, al-Wadiah,

Mudharabah dan ar-Rahnu.

Selain itu, budaya Melayu dari sudut ekonomi di Malaysia juga boleh dilihat

berdasarkan aktiviti yang dijalankan oleh masyarakat Melayu di negara ini.  Bagi orang

Melayu yang tinggal di desa, majoritinya menjalankan aktiviti pertanian dan menangkap ikan.

Orang Melayu yang tinggal di kota pula kebanyakannya bekerja di sektor perindustrian,

perdagangan, pengangkutan, dan lain-lain. Kesimpulannya,ekonomi bangsa Melayu masih

di tahap yang rendah jika dibandingkan dengan penguasaan ekonomi oleh penduduk bukan

Melayu, terutamanya orang Cina.  Tetapi kini telah ramai orang Melayu yang telah berjaya

dalam bidang perniagaan dan menjadi ahli korporat. Selain itu juga, ramai orang Melayu

yang mempunyai pendidikan yang tinggi, sama ada universiti di dalam mahu pun di luar

negara. Dengan adanya pendidikan yang tinggi maka senanglah untuk menguasai ekonomi

yang baik.

3

Page 4: BMM 3114.docx

2.0 PENGENALAN PERIBAHASA

Orang Melayu memang terkenal dengan kehalusan budi dan kelembutan berbahasa.

Sesuatu hajat, hasrat dan permintaan tidak dinyatakan secara terus terang tetapi lebih manis

kalau diungkapkan secara berkias dan beribarat. Budaya Melayu yang telah diwarisi sejak

zaman berzaman jelas memancarkan kelembutan bahasa dan kelunakan pengucapan.

Kelembutan pengucapan dan kehalusan berbahasa ini dipertahankan generasi demi

generasi melalui apa yang dianggap sebagai kelompok kata atau ayat yang mempunyai

susunan dan bentuk yang tetap dan mendukung maksud yang tertentu. Jenis yang lazim

terpakai di kalangan masyarakat ialah peribahasa, pepatah, bidalan, perumpamaan, kiasan

dan simpulan.

 Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan

mengandungi pengertian yang tertentu, sama ada secara tersurat atau tersirat. Simpulan

Bahasa ialah ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan

mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada makna asal perkataan-perkataan

tersebut. Pepatah ialah ungkapan-ungkapan yang berasal usul daripada pusaka adat resam.

Makna ungkapan itu tidak akan berubah-ubah. Bidalan ialah peribahasa yang berfungsi

sebagai penasihat yang didalamnya terkandung unsur nasihat. Perumpamaan ialah

perbandingan makna yang sangat jelas kerana ia didahului oleh perkataan seolah-olah,

ibarat, bak, seperti, laksana, macam, bagai dan umpama.

Pada hari ini, dalam dunia tanpa sempadan peribahasa masih merupakan salah satu

keistimewaan bangsa Melayu. Keistimewaan itu hadir kerana kekayaan bahasa Melayu yang

digunakan kaya dengan pelbagai bentuk peribahasa di dalamnya. Bentuk-bentuk ini sangat

aktif digunakan dalam kehidupan sehari-harian. Seperti zaman dahulu, peribahasa masih

lagi digunakan dengan tujuan mengajar, mendidik, menyindir serta menegur seseorang

ataupun masyarakat. Pada zaman ini pula, terdapat beberapa orang ahli bahasa yang giat

mengkaji semula peribahasa-peribahasa lama kerana nilai-nilai tersebut. Justeru, nilai

estetika yang amat tinggi menyebabkan penggunaan peribahasa masih dapat dipertahankan

hingga ke kini.

Sehubungan dengan itu, kajian terhadap peribahasa yang mempunyai kaitan dengan

aspek kebudayaan Melayu seperti politik, ekonomi dan sosial seharusnya dipertingkatkan

lagi agar dapat memahami maklumat yang ingin disampaikan pada masa dahulu.

Seterusnya, langkah ini juga membolehkan kita mengetahui ciri dan kebudayaan masyarakat

Melayu pada zaman dahulu seterusnya membuat keputusan agar menjadikan amalan bagi

kebudayaan yang baik manakala yang buruk pula dijadikan sebagai pengajaran.

4

Page 5: BMM 3114.docx

3.0 Penjelasan Peribahasa terhadap World View Masyarakat Melayu

Politik

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, politik boleh ditakrifkan sebagai ilmu (pengetahuan)

dan bukannya cara pemerintahan ( dasar-dasar pemerintahan), ilmu siasah dan kenegaraan.

Ini bermakna, politik bukan hanya tertumpu kepada aspek pemerintahan tetapi berfokus

kepada aspek ilmu pengetahuan yang mengandungi tentang ilmu pemerintahan dan cara

mentadbir sesuatu tempat atau kawasan. Oleh yang demikian, cara pemerintahan itu sudah

tentu mengandungi mengenai ilmu siasah dan tatacara kenegaraan. Dengan ilmu

pengetahuan seperti ini, maka akan lahirlah sebuah masyarakat yang dipimpin

menggunakan ilmu yang selayaknya dengan mengamalkan kebudayaan yang boleh

dikagumi. Secara tidak langsung, hal ini akan membuatkan sesebuah masyarakat menjadi

contoh tauladan kepada budaya masyarakat lain.

Sebagai tambahan, perkembangan kebudayaan sesebuah masyarakat sebenarnya

boleh dinilai melalui hasil seni yang terkandung dalam masyarakat tersebut. Hal ini

bermaksud, kebudayaan dapat dilihat melalui aspek seperti tarian, lukisan dan tulisan. Salah

satu aspek yang berkaitan dengan hasil seni tulisan ialah peribahasa. Secara umumnya,

peribahasa yang dicipta mempunyai perkaitan dengan aspek yang tertentu. Selain itu,

peribahasa juga kadang kala dicipta dengan tujuan untuk memberi sindiran, pujian dan

sebagainya. Oleh itu, sudah tentu terdapat beberapa peribahasa yang berkaitan dengan

politik masyarakat Melayu. Hal ini dapat dibuktikan melalui contoh-contoh peribahasa yang

akan dinyatakan nanti.

Peribahasa yang pertama yang berkaitan dengan aspek politik ialah ‘seperti langau

di ekor gajah’. Peribahasa ini bermaksud orang kecil atau penakut itu akan menurut sahaja

kemahuan atau kehendak orang yang lebih besar atau berani daripadanya. Hal ini bermakna

orang yang berkerja di bawah orang ‘besar’ akan mengikut ke mana sahaja seseorang itu

pergi. Perkataan ‘langau’ ialah sejenis lalat yang berwarna hijau yang berdengung-dengung

bunyinya. Langau dalam peribahasa pula menerangkan seekor lalat hanya mengikut sahaja

apabila berada di ekor gajah.

Pada pendapat saya, peribahasa ini adalah releven kerana ada sesetengah

pemimpin yang asyik berdamping dengan orang atasan yakni orang yang mempunyai lebih

banyak kuasa untuk kepentingan diri sendiri. Contohnya, pihak A adalah pekerja manakala

pihak B adalah majikan atau ketua. Pihak A akan membodek pihak B untuk kenaikan

pangkat dan mendapat projek demi mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

5

Page 6: BMM 3114.docx

Seterusnya, peribahasa yang berkaitan dengan politik ialah ‘bagai anjing buruk

kepala’. Peribahasa ini bermaksud orang yang selalu menjadi kebencian masyarakat.

Peribahasa ini menepati keadaan politik negara kita yang ditadbir oleh segolongan individu

yang tidak disukai oleh masyarakat. Sebenarnya, tindakan masyarakat tidak menyukai

pemimpin yang mentadbir negara itu sebenarnya suatu sikap yang tidak baik untuk

diamalkan. Namun, sejak kebelakangan ini, perkara seperti ini sudah banyak kali terjadi

sehinggakan ada yang meyebabkan berlakunya perhimpunan haram, pertunjukkan perasaan

dan sebagainya. Secara tidak langsung, hal ini boleh memperlihatkan keadaan politik yang

diamalkan oleh negera kita sudah berada di tahap yang sungguh runcing.

Walau bagaimanapun, sesuatu perkara yang terjadi biasanya disebabkan oleh

beberapa perkara yang tertentu. Masyarakat tidak akan memandang serong terhadap

pemimpin jika tidak disebabkan hal-hal yang tertentu. Selain itu, sesebuah perhimpunan

haram dan pertunjukkan perasaan tidak akan berlaku jika masyarakat yang ditadbir

mempunyai tahap kesedaraan dan daya hormat kepada pemimpin dengan nilai yang tinggi.

Oleh yang demikian, bagi menyelesaikan isu politik negara kita yang sudah semakin

merisaukan, alangkah baiknya jika negara kita dipimpin dengan parti politik yang saling

berganding bahu demi melahirkan pentadbiran yang boleh dikagumi dan disanjungi oleh

pelbagai kaum dalam masyarakat kita. Jika kepelbagaian politik masih wujud dengan hanya

menumpukan aspek perbezaan setiap parti tersebut, sudah tentu akan lahirnya perasaan

ingin menandingi seterusnya akan menyebabkan pelbagai lagi masalah yang tidak dijangka.

Sebagai tambahan, peribahasa ketiga yang berkaitan dengan sistem politik negara

kita ialah ‘bagaimana bunyi gendang begitulah tarinya’. Maksud peribahasa ini adalah

tindakan yang dilakukan harus menurut aturan dan arahan. Ini bermakna, sistem politik

negara kita mempunyai orang atasan yang perlu dipatuhi arahannya. Segala tindakan dan

perbuatan yang dilakukan seharusnya berpaksikan kepada arahan dan permintaan ketua.

Jika tindakan yang dilakukan bertentangan dengan arahan ketua, sudah tentu hal yang

sebaliknya akan berlaku. Hal ini amat penting difahami oleh para pekerja memandangkan

seorang ketua tahu strategi dan hala tuju yang ingin dicapai oleh kerajaannya. Secara tidak

langsung, hal ini akan menyebabkan tahap pencapaian sesuatu masyarakat dan akan

mencorakkan kebudayaan yang akan menjadi amalan.

Kesimpulannya, peribahasa yang berkaitan dengan sistem politik sebenarnya

terdapat pelbagai jenis. Peribahasa ini dicipta sejak dahulu lagi dan masih diamalkan

sehingga sekarang. Secara tidak langsung, peribahasa ini membolehkan kita mengetahui

amalan politik yang diamalkan oleh masyarakat seterusnya memberi panduan kepada pihak

pentdbir untuk melakukan perubahan atau sebaliknya demi kebaikan politik negara.

6

Page 7: BMM 3114.docx

Sosial

Perkataaan ‘sosial’ ditakrifkan segala hal yang berkaitan dengan masyarakat, faham

atau ajaran yang bertujuan mebangunkan masyarakat secara damai untuk mencapai

masyarakat sosialis. Ini bermakna, terdapatnya ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan

cara hendak membangunkan masyarakat secara terperinci dan maju ke hadapan. Biasanya,

individu yang hidup dalam kelompok manusia di sesebuah kawasan atau tempat itulah yang

dinamakan masyarakat. Selain itu, cara hendak mengenali masyarakat ialah kelompok

manusia yang mengamalkan budaya yang sama sehinggakan boleh dikesan budaya yang

diamalkannya itu.

Secara umumnya, terdapat pelbagai jenis peribahasa yang terkandung dalam

bahasa Melayu. Malah, pasti akan ada peribahasa yang berkaitan dengan aspek sosial.

Contoh peribahasa yang pertama ialah ‘banyak lemak’, yang bermaksud seseorang yang

dimanja-manjakan dan sesuatu tindakan seseorang yang melampaui batas. Perkataan

‘lemak’ membawa maksud terdiri daripada tubuh-tumbuhan, sejenis tisu dan juga pelakuan.

Berdasarkan perkataan ‘lemak’ dalam ayat menjelaskan apabila terdapatnya banyak lemak,

seseorang itu akan menjadi semakin bahaya apabila lemak yang terkumpul menjadi suatu

‘penyakit’.

Pada pendapat saya, peribahasa ini adalah releven kerana peribahasa ini

menerangkan dengan mudah sesuatu pelakuan yang dilakukan melampaui batas.

Contohnya, baru – baru ini, kita digemparkan dengan cerita seorang ibu yang sedang

menyediakan juadah makan tengah hari telah ditetak oleh anaknya sendiri semata-mata

mahu mendapatkan wang untuk membeli dadah. Dari kejadian ini, kita dapat lihat seseorang

anak yang ditatang bagai minyak yang penuh sanggup membunuh ibu yang melahirkannya

hanya untuk membeli najis dadah. Kita dapat lihat apabila nafsu sendiri telah mengawal

minda dan hati sehingga iman dan akidah agama tidak dijadikan benteng dan asas dalam

hidup.

7

Page 8: BMM 3114.docx

Seterusnya, contoh peribahasa yang lain ialah ‘hancur badan dikandung tanah,

budi yang baik dikenang juga’. Maksud peribahasa ini ialah walaupun sudah meninggal

dunia, budi yang baik akan dikenang juga. Hal ini bermakna, dalam kebudayaan masyarakat

Melayu, aspek menghargai budi seseorang amatlah dipentingkan. Oleh yang demikian,

sudah tentu amalan berbudi dengan manusia amatlah perlu dilaksanakan memandangkan

ianaya akan mendatangkan kesan yang positif pada masa hadapan. Biasanya, budi

seseorang yang dikenang bukan setakat menjadi ingatan sahaja malah turut disertai dengan

penghormatan yang tinggi. Ini bermakna, seseorang yang berbudi akan sentiasa menjadi

ingatan dan dihormati oleh sesebuah masyarakat itu sampai bila-bila. Buktinya, seseorang

yang mendermakan wang untuk membina masjid akan sentiasa diingati kerana budi dan

jasa yang telah diberikan.

Sebagai tambahan, peribahasa yang berkaitan dengan hubungan sosial dalam

kebudayaan Melayu ialah ‘harapkan pagar, pagar makan padi’ yang bermaksud

seseorang yang terlalu kita percaya dan boleh diharapkan telah mengkhianati kita. Dalam

peribahasa ini, pagar diharapkan untuk menjaga padi namun pagar pula yang memakan

padi. Peribahasa ini telah menggunakan unsur gaya bahasa personifikasi yakni

menggunakan perbuatan manusia bagi objek tidak bernyawa. Kewujudan peribahasa ini

sudah tentu kerana ada terjadi hal-hal yang tidak dijangka dalam masyarakat Melayu sejak

zaman dahulu lagi. Selain itu, peribahasa ini juga masih releven digunakan pada masa

sekarang kerana adanya masalah-masalah sosial yang tidak dijangka telah berlaku. Hal ini

menunjukkan tamadun yang dicorakkan dalam masyarakat negara kita kini sudah berubah

wajah. Buktinya, terjadinya kes seorang datuk merogol cucunya, kes pembantu rumah yang

mendera anak majikannya dan banyak lagi kisah yang boleh mengotorkan kejernihan

budaya masyarakat kita.

Kesimpulannya, sebenarnya banyak lagi peribahasa yang berkaitan dengan aspek

sosial masyarakat kita. Walau bagaimanapun, contoh yang dapat saya berikan hanya sedikit

memandangkan hanya ketiga-tiga peribahasa inilah yang amat tertarik dalam diri saya. Jelas

menunjukkan terdapat kepelbagaian jenis peribahasa yang terkandung dalam masyarakat

kita, termasuklah sindiran dan nasihat. Secara tidak langsung, dapatlah kita mengetahui

bahawa sosial dalam masyarakat kita bukan hanya tertumpu kepada aspek kebaikan sahaja,

malah tutut mengandungi unsur sosial yang negatif. Hal ini sebenarnya menjadi lumrah

dalam kehidupan manusia memandangkan adanya perwatakan yang baik dan buruk dalam

diri manusia kerana hadirnya ego, nafsu dan super ego dalam diri setiap insan. Oleh itu,

perlunya aspek kawalan diri yang utuh agar segala tindakan yang negatif tidak akan

menguasai kehidupan sesorang itu.

8

Page 9: BMM 3114.docx

Ekonomi

Aspek ekonomi ditakrifkan ilmu tentang asas – asas pengeluaran, pembahagian,

penggunaan barang-barang dan perkhidmatan serta masalah-masalah kewangan

(kemasyarakatan) yang bersangkutan dengannya. Ini bermakna, dalam sesebuah

masyarakat pasti akan ada barang-barang yang menjadi hasil tempatan dan hasil daripada

luar. Oleh itu, perlunya ilmu pengetahuan untuk menguruskan barangan tersebut dengan

baik bagi memastikan setiap individu menerima barangan secara adil dan saksama.

Pemberian barangan ini bukanlah secara percuma tetapi menggunakan satu item yang

dinamakan sebagai wang ringgit. Jika ada masalah seperti inflasi dan kekurangan wang

ringgit, maka perlunya ilmu pengetahuan bagi mengatasi masalah itu agar masyarakat tidak

menderita dengan kesan yang telah menimpa mereka. Oleh yang demikian, terdapat

pelbagai peribahasa yang juga mempunyai perkaitan dengan aspek ekonomi.

Peribahasa dari aspek ekonomi yang pertama ialah ‘cicir dipungut, hilang dicari’

bermaksud jangan melakukan pembaziran. Perkataan ‘cicir’ mempunyai makna tumpah atau

jatuh sedikit – sedikit. Pada pendapat saya, peribahasa ini adalah releven kerana apabila

ketiadaan sesuatu barulah kita merasai kenikmatannya dan menghargai seterusnya berjimat

– cermat apabila menggunakannya. Berdasarkan situasi pada hari ini, Malaysia telah

mengalami masalah cuaca yang sangat panas dan kering sehingga menyebabkan beberapa

empangan utama di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor telah susut paras airnya dan tidak

dapat menampung keperluan penduduk. Cuaca panas yang pernah mencatatkan suhu

tertinggi 37O di Perlis berlaku disebabkan ketiadaan hujan secara berterusan dan hal ini telah

menyebabkan para pengkaji memikirkan cara melakukan pembenihan awam.

Sumber air dirasakan sangat berharga pada ketika ini kerana air menjadi sumber

yang sangat penting dalam kehidupan seharian untuk kegunaan kebersihan diri, sumber

minuman dan sebagainya.Terdapat beberapa tempat terpaksa dicatu penggunaan airnya.

Hal ini menyebabakan penggunaan air adalah terhad kepada sesuatu isi rumah atau

institusi. Jika sebelum ini, kita akan mandi dalam jangka masa yang lama atau membazir air,

kita tidak boleh bersikap seperti tu sekarang kerana jika kita bersikap demikian, kita adalah

orang yang tidak bertimbang rasa. Oleh itu, kita perlu berubah sikap ke arah yang lebih baik.

9

Page 10: BMM 3114.docx

Sebagai tambaha, peribahasa yang berkaitan dengan aspek ekonomi ialah

‘digenggam tiada tiris’ yang bermaksud sangat berhati-hati dan berhemat dalam

membelanjakan wang. Peribahasa ini juga berkaitan dengan ekonomi yang bermakna

seseorang yang amat berhati-hati semasa menggunakan wang. Ini bermakna, sebelum

membelanjakan wang, seseorang individu akan berfikir dahulu apakah kebaikan jika

membeli barangan tersebut. Selain itu, aspek yang perlu dipertikaikan adakah barangan

yang ingin dibeli tergolong dalam aspek kehendak atau keperluan. Barangan yang tergolong

dalam senarai keperluan lebih diutamakan berbanding dengan senarai kehendak. Jika sikap

berhati-hati diamalkan semasa hendak membeli barangan, sudah tentu wang yang ada akan

tersimpan dengan lebih baik dan boleh digunakan pada masa-masa kecemasan.

Seterusnya, peribahasa yang mempunyai kaitan dengan aspek ekonomi ialah ‘dapur

tidak berasap’ yang bermaksud kehidupan yang terlalu miskin. Pada pendapat saya,

peribahasa ini sangat menepati aspek ekonomi dalam negara kita. Hal ini bermakna, dalam

kebudayaan negara, masih ada keluarga yang mempunyai tahap kemiskina yang amat

kritikal. Ekonomi dalam masyarakat kita adalah pelbagai tahap. Ada individu yang berada

pada tahap yang tertinggi malah ada yang berada pada tahap yang terendah. Ini bermakna,

individu yang berada pada tahap yang tertinggi seharusnya berusaha membantu golongan

yang lebih memerlukan. Ini kerana, saya beranggapan bahawa rezeki adalah kurniaan

Tuhan yang perlu dikongsi antara semua pihak dan bukannya hanya dibelanjakan untuk

kepentingan diri sendiri. Hal ini penting kerana roda kehidupan manusia bukanlah tetap

setiap masa. Ada kalanya berada pada tahap yang atas, ada kalanya berada pada tahap

yang paling bawah. Oleh itu, perlunya kita membantu golongan yang memerlukan agar

menjamin kesejahteraan masyarakat.

Kesimpulannya, ekonomi merupakan aspek yang luas. Terdapat pelbagai cara untuk

mengembangkan ekonomi masyarakat. Selain itu, ekonomi juga mempunyai tahap yang

pelbagai dan ditandai dengan tahap yang pelbagai aras. Oleh itu, lahirnya peribahasa yang

pelbagai agar masyarakat memahami bukan semua individu memiliki kekayaan yang sama.

4.0 KESIMPULAN

Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa peribahasa memainkan peranan penting dalam

kehidupan masyarakat Melayu hingga ke saat ini. Peribahasa merupakan salah satu cabang

bahasa terpenting dalam pembelajaran bahasa Melayu. Budaya Melayu yang penuh dengan

kesantunan dan kehalusan budi pekerti juga turut terserlah melalui penciptaan peribahasa.

10

Page 11: BMM 3114.docx

Justeru, peribahasa menjadi khazanah budaya dan bahasa Melayu yang mempunyai

nilai estetika tinggi. Penggunaannya yang meluas secara tulisan atau pun pertuturan masih

kekal relevan dalam konteks masyarakat Melayu hingga kini. Peribahasa mengandungi

pelbagai nasihat, ilmu serta unsur-unsur didaktik untuk masyarakat umum.

Oleh itu, setiap individu Melayu harus memainkan peranan aktif untuk memastikan

penggunaan serta keaslian peribahasa tetap dipelihara. Segala nilai murni dalam setiap

peribahasa yang dicipta itu dapat dihayati dan direnungi demi kesejahteraan kita bersama.

Bak kata pepatah, bahasa dijunjung, budaya disanjung. Peribahasa adalah cerminan akal

budi dan lambang jati diri orang Melayu.

5.0 REFLEKSI

NAMA :

NO. KP:

UNIT : PISMP BAHASA MELAYU SEMESTER 7

11

Page 12: BMM 3114.docx

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat ILLAHI kerana dengan limpah kurniaNYA dapat

saya menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya. Setelah bertungkus-lumus mengikut

tempoh yang telah diberikan, maka inilah yang dapat saya persembahkan. Sepanjang

melakukan tugasan ini, saya tidak menghadapi masalah yang besar. Hal ini demikian kerana

pensyarah pembimbing saya telah memberi penerangan dengan jelas mengenai tugasan

Kerja Kursus Projek (KKP) pada kali ini. Kerja kursus ini memerlukan saya mengkaji

peribahasa yang mempunyai perkaitan dengan aspek kebudayaan Melayu dalam segi

politik, sosial dan ekonomi.

Tugasan ini perlu dilaksanakan secara individu. Selain itu, tugasan ini memerlukan

saya membuat pengenalan mengenai kebudyaan. Secara ummnya, kebudayaan mempunyai

pelbagai definisi. Antaranya ialah budaya didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang

diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi,

politik, agama, kepercayaan, adat resam , sikapdan nilai. Kebudayaan pula merujuk kepada

tamadun sesuatu masyarakat yang diwarisidan yang bersifat dinamik. Di samping itu, ada

unsur menerima dan menolak yang dipraktiskan oleh sesuatu masyarakat dalam satu

keseluruhan sistem kehidupan,didalamnya terkandung unsur teknologi, ekonomi, organisasi

sosial, kepercayaan dan sistem simbol yang menjadi milik bersama sesuatu masyarakat.

Pengalaman semasa menyiapkan tugasan ini adalah saya dapat memahami dengan lebih

mendalam tentang kebudayaan Melayu yang mempunyai perkaitan dengan peribahasa

Melayu dalam aspek sosial, ekonomi dan politik.

Melalui tugasan ini, pelbagai pengetahuan baharu yang telah saya pelajari.

Antaranya ialah kebudayaan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu. Sebenarnya, aspek

ini sudah menjadi pengetahuan umum bagi diri saya memandangkan saya juga berbangsa

Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat banyak lagi perkara yang masih saya tidak ketahui.

Salah satu aspek yang menarik saya untuk lebih mengkaji mengenai kebudayaan Melayu

ialah keindahan seni bahasa yang terkandung dalam bangsa Melayu seperti peribahasa.

Lazimnya, peribahasa terkandung dalam pelbagai jenis dan cabang. Oleh itu, sudah tentu

terdapat peribahasa yang berrkait dengan politik, sosial dan ekonomi. Pelaksanaan kerja

kursus ini juga menyebabkan saya mengetahui banyak lagi jenis peribahasa yang saya

belum pernah ketahui sebelum ini seperti digenggam tiada tiris dan sebagainya.

Hanya satu masalah yang saya hadapi iaitu panjang tugasan adalah terhad

sedangkan banyak perkara yang ingin dijelaskan dalam tugasan ini. Hal ini menyebabkan

saya perlu mengehadkan dan memuatkan hanya perkara yang penting dalam tugasan ini.

Masa untuk menyiapkan tugasan ini juga mencukupi. Apabila bahan rujukan banyak, masa

12

Page 13: BMM 3114.docx

untuk menyiapkan tugasan akan menjadi lebih singkat. Tambahan pula, soalan tugasan

diberikan awal, jadi saya dapat memulakan tugasan dengan lebih awal. Melalui tugasan ini

juga, saya mendapat pengetahuan yang lebih mendalam tentang kebudayaan Melayu

khususnya aspek seni bahasa. Secara kesuluruhannya, saya dapat lebih kefahaman,

pengetahuan dan dapatmengaplikasi apa yang diajar oleh pensyarah semasa proses

menyediakan kerja kursus ini. Saya berharap masyarakat Melayu masa kini memartabatkan

bahasa ibunda kita kerana bahasa Melayu mempunyai keindahan dan keunikan yang

berbeza berbanding bahasa-bahasa lain di dunia ini seperti kata pepatah ‘’ Bahasa Jiwa

Bangsa ‘’.

6.0 BIBLIOGRAFI

A.Aziz Deraman. (2000). Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Melayu Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

13

Page 14: BMM 3114.docx

Abdul Rahman Al-Ahmadi. (2003). Tamadun Rumpun Budaya Melayu. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, kesenian dan Warisan Malaysia.

Che Ibrahim Salleh. (2008). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Universiti Putra Malaysia. Serdang.

Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu II Edisi Kedua. Shah Alam. Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Wan Abdul Kadir. (2010). Pembangunan Industri Budaya dan Identiti Melayu (Malaysia-

Indonesia). ccm.um.edu.my(02/02/2010)

14