bina insan guru laporan guru cemerlang 2

4
LAPORAN LAWATAN BENCHMARKING - Interaksi Profesional dengan Guru Cemerlang Tarikh : 6 Mac 2015 Masa : 2.30pm – 5.30pm Tempat : SJK(C) Kong Min Tokoh Guru Cemerlang : En. Lee Meng Yee Pada 6 Mac 2015, seramai 99 orang pelajar PPG telah mengadakan Lawatan Penanda Aras (Benchmarking) Guru Cemerlang di SJK(C) Kong Min, Beserah, Kuantan. Seorang pensyarah pembimbing IPG Kuala Lipis iaitu En Chew Chee Hong turut mengiringi kami ke sekolah tersebut. Berikut merupakan tentatif program Lawatan Penanda Aras (Benchmarking) Guru Cemerlang di SJK(C) Kong Min. TENTATIF PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS (BENCH MARKING) Interaksi Profesional dengan Guru Cemerlang MASA AKTIVITI 02.00 pm Pendaftaran di SJK(C) KONG MIN, Beserah, Kuantan. 02.30 pm Interaksi Profesional Dengan Guru Cemerlang Bahasa Cina ( EN. LEE MENG YEE ) 04.30 pm Sesi soal jawab 05.00 pm Minum petang 05.30 pm Bersurai

Upload: yee-ivy

Post on 23-Dec-2015

36 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

laporan big

TRANSCRIPT

Page 1: Bina Insan Guru Laporan Guru Cemerlang 2

LAPORAN LAWATAN BENCHMARKING -

Interaksi Profesional dengan Guru Cemerlang

Tarikh                              : 6 Mac 2015

Masa : 2.30pm – 5.30pm

Tempat                               : SJK(C) Kong Min

Tokoh Guru Cemerlang  : En. Lee Meng Yee

Pada 6 Mac 2015, seramai 99 orang pelajar PPG telah mengadakan

Lawatan Penanda Aras (Benchmarking) Guru Cemerlang di SJK(C) Kong Min,

Beserah, Kuantan. Seorang pensyarah pembimbing IPG Kuala Lipis iaitu En

Chew Chee Hong turut mengiringi kami ke sekolah tersebut. Berikut merupakan

tentatif program Lawatan Penanda Aras (Benchmarking) Guru Cemerlang di

SJK(C) Kong Min.

TENTATIF PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS (BENCH MARKING)

Interaksi Profesional dengan Guru Cemerlang

Pada pukul 2 pm,

semua pelajar PPG mendaftar

nama diri. Setibanya di

SJK(C) Kong Min, kami

disambut mesra oleh Guru

Cemerlang iaitu En Lee Meng

Yee dengan senyuman lebar.

Kami mengadakan

Interaksi Profesional

Dengan Guru Cemerlang

MASA AKTIVITI

02.00 pm Pendaftaran di SJK(C) KONG

MIN, Beserah, Kuantan.

02.30 pm Interaksi Profesional Dengan Guru

Cemerlang Bahasa Cina

( EN. LEE MENG YEE )

04.30 pm Sesi soal jawab

05.00 pm Minum petang

05.30 pm Bersurai

Page 2: Bina Insan Guru Laporan Guru Cemerlang 2

Bahasa Cina di Bilik Mesyuarat di tingkat 4 untuk menjalankan sesi Interaksi

Profesional dengan Guru Cemerlang Bahasa Cina.

Pada pukul 2.30pm, majlis dimulakan oleh pengacara dengan

memperkenalkan latar belakang En Lee Meng Yee. Dengan itu, kami dapat

berkenalan dengan lebih mendalam mengenai beliau. Selepas sesi

memperkenalkan dirinya secara umum, beliau turut menceritakan serba sedikit

tentang pengalamannya dalam bidang pendidikan. Beliau adalah ketua panitia

Bahasa Cina, pengalaman mengajar adalah 14 tahun. Selain itu, beliau juga

memberi ceramah tentang teknik menjawab soalan bagi mata pelajaran Bahasa

Cina Penulisan dalam UPSR. Selain itu, beliau turut dijemput untuk

menyampaikan ceramah, motivasi, berkongsian pendapat dengan guru-guru dan

ibu bapa dari semasa ke semasa.

          Ceramah ini dimulakan dengan sebuah tayangan video yang berkaitan

dengan impian seorang guru besar dan murid-murid sebagai pencetus semangat

kepada semua pelajar PPG. En Lee menyatakan bahawa seorang guru harus

mempunyai impian dan kasih sayang dalam kerjanya. Beliau merupakan

seorang guru yang aktif dan berpenyayang. Selain berperanan sebagai seorang

pendidik, beliau turut terlibat dalam memahami keperluan murid-muridnya. Beliau

juga selalu menolong rakan sejawatnya di sekolah dengan sukarela.

Dalam sesi tersebut, beliau telah memberi banyak maklumat tentang cara-

cara menjadi seorang guru cemerlang. Syarat-syarat untuk menjadi seorang

guru yang cemerlang, Encik Lee memberikan tips iaitu ‘JANGAN MALAS’.

Perkataan ‘MALAS’ perlu dibuang dalam kamus hidup. Sebagai seorang guru

cemerlang harus berpegang teguh dengan Visi dan Misi sekolah.

Berkat dengan usahanya, beliau telah memperolehi beberapa anugerah

kecemerlangan yang dibanggakan. Beliau menyatakan bahawa seseorang guru

harus mengajar sambil belajar dengan tidak berhenti. Kami dinasihatkan supaya

belajar apa yang kita tidak tahu dan jangan takut dikritik.

            Pada pukul 4:30pm adalah sesi soal jawab. Guru cemerlang ini juga tidak

lokek untuk berkongsi tentang maklumat yang perlu dilakukan dan apa yang

Page 3: Bina Insan Guru Laporan Guru Cemerlang 2

dilakukan beliau untuk mendapatkan anugerah sebagai Guru Cemerlang.

Pertama, mestilah menjadi guru yang disahkan dalam perkhidmatan sekurang-

kurangnya 5 tahun. Selain itu, guru juga mestilah memiliki beberapa buah buku

yang pernah ditulis dan yang paling utama ialah memilih mata pelajaran yang

paling berpengalaman dan profesional dalam pengajarannya. Beliau juga

berpesan kita harus menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak pentadbir

sekolah.

Pada pukul 5.00pm adalah sesi minum petang atau kudapan. Jamuan

telah disediakan oleh pihak kantin sekolah yang berupa hidangan kuih-muih

beserta minuman teh.

Akhir sekali adalah sesi bergambar. Jawatankuasa fotografi telah

mengambil beberapa gambar untuk dijadikan rujukan dan bahan bukti bagi

pelaksanaan program Bina Insan Guru pada semester ini. Diharap agar program

seperti ini akan terus diadakan dari semasa ke semasa bertujuan untuk

semarakkan jiwa kami untuk terus berjuang dalam bidang pendidikan. 

Tandatangan Pelapor: Disahkan oleh penyelia:

_______________________ ________________________

( NAMA: CHAN PAU PENG ) (NAMA: CHEW CHE HONG )