big sem 8

45
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS UTAMA BANDAR ENSTEK NEGERI SEMBILAN KERTAS CADANGAN SEMINAR PENGURUSAN PENDIDIKAN DAN LAWATAN ’BENCHMARKING’ BINA INSAN GURU (BIG) KUMPULAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN JUN 2011 TEMPAT: HOTEL PUTRA, KUALA LUMPUR SK TAMAN MELAWATI, W.P KUALA LUMPUR

Upload: siti-mastura

Post on 11-Nov-2015

57 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

share

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS UTAMA BANDAR ENSTEKNEGERI SEMBILAN

KERTAS CADANGAN SEMINAR PENGURUSAN PENDIDIKAN DAN LAWATAN BENCHMARKINGBINA INSAN GURU (BIG)KUMPULAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN JUN 2011

TEMPAT:HOTEL PUTRA, KUALA LUMPURSK TAMAN MELAWATI, W.P KUALA LUMPUR

TARIKH:15 HINGGA 17 NOVEMBER 2014KERTAS CADANGAN DARIPADA UNIT KOKURIKULUMIPG KAMPUS UTAMA BANDAR ENSTEK, N. SEMBILAN

SEMINAR PENGURUSAN PENDIDIKAN DAN LAWATAN BENCHMARKING BINA INSAN GURU (BIG) PELAJAR PPG AMBILAN JUN 2011

1.0TUJUAN

Kertas ini bertujuan untuk memohon Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran, IPG Kampus Utama Bandar Enstek menimbang dan meluluskan cadangan untuk mengadakan Seminar Pengurusan Pendidikan dan Lawatan Benchmarking untuk 3 hari 2 malam bagi Program Bina Insan Guru (BIG) Peringkat 4 bagi pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Jun 2014 bagi pelajar kumpulan Pengajian Matematik seramai 40 orang yang akan diadakan pada 15 hingga 17 November 2014 di Pusat Latihan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Selangor Darul Ehsan.

2.0LATAR BELAKANG

Seminar Pengurusan Pendidikan dan Lawatan Benchmarking adalah program wajib yang perlu dihadiri oleh setiap guru pelatih yang mengikuti program PPG. Seminar ini dirancang untuk memenuhi keperluan Latihan Perguruan Dalam Perkhidmatan mulai tahun 2001 di bawah Komponen Dinamika Guru. Program ini menekankan kepada sistem pengurusan dan pentadbiran pendidikan di Malaysia sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru yang berpaksikan kepada Prinsip Rukun Negara. Selain itu, seminar ini juga dapat memberikan kesedaran kepada bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.Sehubungan dengan itu, dalam usaha memberikan pendedahan kepada para pelajar, Unit Kokurikulum, IPG Kampus Utama Bandar Enstek merancang untuk melaksanakan program ini bagi memantapkan kefahaman dan kemahiran para pelajar dalam mencapai hala tuju matlamat dan objektif Bina Insan Guru. Selain itu, Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi.

3.0PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh : 15, 16 dan 17 November 2014Hari: Sabtu, Ahad dan IsninMasa : 3 hari 2 malamTempat Seminar: Hotel Putra, Kuala LumpurSekolah Dilawati: SK Taman Melawati, Hulu Klang, Kuala Lumpur.Penglibatan: Pelajar PPG Ambilan Jun 2011.

4.0ASAS PERTIMBANGANObjektif khusus program seminar dan bengkel ini adalah untuk memberikan pendedahan, peluang dan pengalaman kepada para pelajar meningkatkan keupayaan mereka menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menghadapi segala cabaran dalam bidang pendidikan pada masa akan datang. Selain itu, objektif daripada seminar pengurusan pendidikan dan lawatan penanda aras (benchmarking) diharapkan guru pelatih akan dapat:1. 2. 3. 4. 4.1. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi komplek untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif.4.2. Didedahkan dengan komuniti pendidikan yang wujud di sekolah.4.3. Memahami dan mengenalpasti maklumat- maklumat yang berkaitan dengan Surat Pekeliling Ikhtisas dan Arahan Perkhidmatan4.4. Mengetahui isu berkaitan dengan perundangan peraturan dan pekeliling ikhtisas pendidikan.4.5. Memahami dan melihat sendiri peranan dan fungsi PPD, BTP dan PKG dalam pengurusan pendidikan dalam memartabatkan bidang pendidikan di Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.4.6. Memahami dan mengenalpasti bentuk- bentuk pengurusan cemerlang.4.7. Memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan dalam pengurusan pendidikan seharian.

5.0CADANGAN PELAKSANAANCadangan pelaksanaan Seminar Pengurusan Pendidikan dan Lawatan Benchmarking BIG Peringkat 4 bagi kumpulan PPG Ambilan Jun 2014 boleh dirujuk melalui Lampiran A, manakala senarai Jawatankuasa Induk, Jawatankuasa Kerja boleh dirujuk melalui Lampiran B.

6.0PENYERTAANSeramai 40 orang pelajar PPG Pengajian Matematik kumpulan 1 dan 2 Ambilan Jun 2011 akan menyertai program ini (Rujuk Lampiran C).

7.0IMPLIKASI KEWANGANProgram Seminar Pengurusan Pendidikan dan Lawatan Benchmarking BIG Peringkat 4 bagi kumpulan PPG Ambilan Jun 2014 akan melibatkan kos sebanyak RM 4000.00 seperti Lampiran

ANGGARAN PERBELANJAAN KEWANGAN

PERKARAPERUNTUKANPERBELANJAANRM

Tempat penginapanHotel Putra, KLPelajar PPGRM 100 X 14 X 2 hari2800.00

PenceramahOS24000RM 250.00 X 2 orang 500.00

Cenderamata Penceramah dan Sekolah SBTOS24000RM 50.00 X 4 buah200.00

PengangkutanOS42000RM 500 X 1 hari500.00

JUMLAHRM 4000

8.0KESIMPULANUsaha untuk melaksanakan Seminar Pengurusan Pendidikan dan Lawatan Benchmarking BIG Peringkat 4 bagi kumpulan PPG Ambilan Jun 2014 ini sangat relevan bagi membuktikan segala pengalaman pembelajaran yang telah disediakan berupaya membantu pelajar mencapai matlamat dan objektif Bina Insan Guru.Namun begitu, perancangan serta cadangan ini seharusnya memerlukan perhatian dan komitmen semua pihak khususnya Unit Kokurikulum, IPG Kampus Utama Bandar Enstek dengan kerjasama bahagian Kurikulum.

9.0SYORAhli mesyuarat adalah dipohon untuk menimbang dan meluluskan cadangan untuk melaksanakan Seminar Pengurusan Pendidikan dan Lawatan Benchmarking BIG Peringkat 4 bagi kumpulan PPG Ambilan Jun 2014 dan meluluskan peruntukan sebanyak RM 4000.00 bagi tujuan membiayai program ini.10.0PENGESAHAN DAN ULASAN

Ketua Unit Kokurikulum

( )

Unit Kewangan

( )

Pengarah / Timbalan Pengarah

( )

LAMPIRAN AJADUAL PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) PERINGKAT 4/2014KUMPULAN PPG AMBILAN JUN 201115 17 NOVEMBER 2014

Hari/ Tarikh8.00-10.00 pagi10.30-12.30 tgh2.30-4.30 ptg8.30-10.30 mlm

Sabtu(15 November 2014)Perjalanan ke tempat penginapanPendaftaranRehatTaklimat &Ice-breaking

Ahad(16 November 2014)Interaksi dengan Guru CemerlangRehatBengkel Pengurusan PendidikanRehatUjian SDSRefleksi BIG

Isnin(17 November 2014)Lawatan Benchmarking Sekolah Cemerlang

Penceramah : En Mohd Hanif Bin Afit (Guru Cemerlang SK Taman Melawati, Selangor)

Sekolah yang dilawat : SK Taman Melawati 2, SelangorMPIRAN B

JAWATANKUASA INDUK PELAKSANA PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)PERINGKAT 4 PPG AMBILAN JUN 2011

PENGERUSI :MAZLIZIN BIN MUHAMMAD IDRIS

NAIB PENGERUSI :HALIMATON SAADIAH BT ABDULLAH

SETIAUSAHA :MOHD KHAIRIEE BIN MOHAMAD

NAIB SETIUSAHA:NOOSULIZAWATI BT ABDULLAH

BENDAHARI :ASMAHANI BT RASHID

NAIB BENDAHARI:SHAHIRAH BT JAMALUDDIN

Jawatan Kuasa Program BilJawatankuasaTugas / Peranan

1.DokumentasiNorfaizal Zakiah Nurshima Rozlina

I. Menyediakan buku programII. Menyediakan laporan / dokumentasi

2.PengangkutanHaryani Zaizuriwati Mohd ShahrilRusliI. Menyediakan Bas/Kenderaan samasa lawatanII. Memastikan peserta pergi dan balik semasa lawatan dengan selamat

3.UrusetiaMohamad Al HafisErmi DyanaHalimaton SaadiahNoor ShafinazI. Memastikan alatan yang diperlukan oleh penceramah disediakanII. Memastikan peserta berada dewan semasa program dijalankan

4.P.A Sistem / FotografiKhairul AsnizamMohd NorfazliMohd RizalNoor HafizahI. Menyediakan alatan PA sistem semasa programII. Memastikan alatan PA berfungsi dengan baik semasa programIII. Mengambil CD daripada AJK persembahan

5.Perhubungan Awam Mazzura IndraniNor AmaniSiti MasturaI. Menjadi pengacara majlis II. Menentukan penceramah yang terlibat

6.PendaftaranChee Yen YingNooreha Au Poh YeeRuziatiI. Menyediakan borang pendaftaranII. Menentukan tempat pendaftaranIII. Menyerahkan borang pendaftran kepada J/K dokumentasi untuk laporan

7.PenginapanNorhayateeNurul Ain Jane MardzianaZubaidah I. Menempah hotel untuk penginapanII. Memastikan bilangan bilik mencukupi untuk pesertaIII. Mengenalpastipegawai yang boleh dirujuk semasa berada di hotel.

9.Hadiah / CenderamataHezlizaNoraini SaraMalihaHawa

I. Menyediakan hadiah untuk pencaramah dan sekolah yang dilawat .II. Membalut hadiahIII. Menyediakan dulang untuk penyerahan hadiah

LAMPIRAN CPROGRAM : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

SEMESTER : 8AMBILAN : JUN 2011

MENTOR :

BilNama PelajarKelas

1ASMAHANI BT RASHIDMATEMATIK 1

2CHEE YEN YINGMATEMATIK 1

3ERMI DI'YANA BT GHAZALIMATEMATIK 1

4HARYANI BT ABDUL MUTALIBMATEMATIK 1

5HEZLIZA BT ZAINUDDINMATEMATIK 1

6INDRANI PALANIAPPANMATEMATIK 1

7NURUL AIN JANE ABDULLAHMATEMATIK 1

8KHAIRUL ASNIZAM B. MOHD ASRALMATEMATIK 1

9MAZZURA BT ABDULLAHMATEMATIK 1

10MOHAMAD AL HAFIS B. ABIDINMATEMATIK 1

11MOHD NORFAZLI B. ARSHADMATEMATIK 1

12MOHD KHAIREE B. MOHAMADMATEMATIK 1

13NOOREHA BT JOHARIMATEMATIK 1

14NOR FAIZAL B. CHE DAUDMATEMATIK 1

15NORAINI ASRA BT A. RAHIMMATEMATIK 1

16NORHAYATTEE BT MOHD ARSHADMATEMATIK 1

17SHAHIRAH BT. JAMALUDDINMATEMATIK 1

18NOORSULIZA WATI BT ABDULLAHMATEMATIK 1

19ZAIZURIWATI BT. BAHARUDDINMATEMATIK 1

20ZAKIAH BINTI ABU BAKARMATEMATIK 1

PROGRAM : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

SEMESTER : 8AMBILAN : JUN 2011

MENTOR : EN ROSLAN B KHALID

BilNama PelajarKelas

1AU POH YEEMATEMATIK 2

2 HALIMATON SAADIAH BINTI ABDULLAHMATEMATIK 2

3 MARDZIANA BINTI CHE AWANGMATEMATIK 2

4MARIANI BINTI MAHAMAD NORMATEMATIK 2

5MAZLIZIN BIN MUHAMMAD IDRISMATEMATIK 2

6MOHD RIZAL BIN ABDULLAHMATEMATIK 2

7MOHD SHAHRIL FAIZUL BIN SHAFIEEMATEMATIK 2

8NAHA @ MALIHA BINTI CHE ISAMATEMATIK 2

9NOOR HAFIZAH BINTI MD YUSOHMATEMATIK 2

10NOOR SHAFINAZ BT AB. RASHIDMATEMATIK 2

11NOR AMANI BINTI MOHD ZINMATEMATIK 2

12NURSHIMA BINTI RAMLYMATEMATIK 2

13ROSMAWATI BINTI MOHAMEDMATEMATIK 2

14ROZLINA BT MOHAMADMATEMATIK 2

15RUSLI BIN ISMAILMATEMATIK 2

16RUZIANTI BINTI RUSTIMATEMATIK 2

17SITI MASTURA BINTI GHANIMATEMATIK 2

18THAM SAI HONGMATEMATIK 2

19ZUBAIDAH BINTI MOHAMAD NOORMATEMATIK 2

LAPORAN BINA INSAN GURU FASA 6Program Jalinan Murni SK Taman Melawati 2Bersama Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik

Pada semester ini, kami telah diminta untuk membuat satu lawatan penanda aras atau Benchmarking ke sebuah sekolah kluster/cemerlang yang merupakan satu tugasan wajib dilalui oleh guru PPG semester 8 di bawah Program Bina Insan Guru (BIG) fasa 6.Kami telah membuat beberapa siri mesyuarat bagi menubuhkan satu organisasi untuk menguruskan program ini. Dalam mesyuarat yang diadakan ini, kami telah bersetuju untuk melantik seorang ketua sebagai pengerusi BIG Fasa 6. Dalam mesyuarat tersebut juga, kami telah membuat beberapa perlantikan ahli jawatankuasa (AJK) seperti AJK Pengangkutan, AJK Buku Program, AJK Makanan dan lain-lain. Ini adalah untuk melicinkan perjalanan program BIG ini. Di samping itu, kami telah berbincang dan sepakat untuk memilih SK Taman Melawati 2, Selangor sebagai penanda aras. Program BIG Fasa 6 ini telah disertai seramai 40 orang pelajar PPG yang terdiri daripada kumpulan Matematik 1 dan 2 Ambilan Jun 2011. Program ini telah dijalankan mengikut tarikh yang telah dirancang. Kami tiba di SK Taman Melawati 2 (SKTM 2) pada pukul 9.00 pagi. Kami telah disambut oleh Guru Besar SKTM 2 iaitu Encik Mohamad Alwan b. Ginen serta beberapa orang guru lain. Sambutan yang diberikan oleh pihak sekolah sangat luar biasa. Kami telah di bawa ke bilik gerakan bagi sesi taklimat ringkas berkenaan program yang akan dijalankan. Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Shahrizal b. Abd Karim sebagai coordinator program. Beliau telah menjelaskan tentang objektif program dan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program ini. Selepas taklimat kami telah dihidangkan dengan sedikit jamuan ringkas.

Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melakukan aktiviti gotong-royong di beberapa tempat yang telah ditetapkan, seperti bilik guru, kelas PPKI, stor sukan dan bilik SPBT. Semasa menjalankan aktiviti ini, kami sempat berbual dengan guru-guru senior SKTM 2. Kami berbual dan bertanyakan tentang pencapaian murid sekolah tersebut dari aspek akademik dan ko-kurikulum. Sememangnya SKTM 2 layak dianugerahkan sekolah Kuster fasa 9 kerana tahap pencapaian murid dalam bidang akademik dan sukan sangat memberansangkan.Seterusnya kami membuat perjumpaan dengan Guru Besar SKTM 2 untuk mendengar serba sedikit tentang sejarah SKTM 2 dan pencapaian-pencapaian yang telah diraih oleh SKTM 2. Encik Mohamad Alwan b. Ginen merupakan guru besar yang telah bertugas di SKTM 2 sejak tahun 2012 hingga kini. Antara yang diceritakan oleh guru besar SKTM 2 ialah : Sekolah Kebangsaan Taman Melawati mula dibina pada tahun 1993 dengan keluasan 2.5 ekar. Sekolah ini terletak di Mukim Gombak kira-kira 10 kilometer dari pusat Bandar Raya Kuala Lumpur. Bermula dengan tiga buah blok utama, kini telah berkembang dengan satu blok tambahan, sebuah makmal komputer dan sebuah bangunan prasekolah. Dengan adanya pertambahan bangunan blok ini telah dapat menampung jumlah murid yang semakin bertambah serta dapat menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efisyen. Blok A terdapat perpustakaan, bilik bimbingan & kaunseling, bilik pemulihan, dewan sekolah, bilik SPBT, bilik tayangan dan bilik darjah. Blok B merupakan blok pentadbiran yang menempatkan pejabat dan bilik guru, kedai buku, stor sukan, bilik kesihatan dan bilik darjah. Sementara blok C pula dibuat khas untuk makmal sains, bilik gerakan, bilik peperiksaan, bilik agama surau dan bilik darjah. Bangunan makmal komputer terletak bersebelahan dengan blok C. Blok D terdapat bilik moral, bilik pengawas, bilik pendidikan seni, bilik muzik dan bilik darjah. Pada tahun berikutnya, Kelas Pendidikan Khas telah dibuka dan kini mampu menampung sehingga 100 orang murid. Pada tahun 2005, Kelas Prasekolah pula telah diwujudkan dan mampu menerima kehadiran murid sehingga 25 orang. Atas inisiatif PIBG, Dewan Terbuka telah mula dibina pada pertengahan Tahun 2013. Sekolah ini telah ditadbir oleh beberapa orang Guru Besar. Pada awal penubuhan iaitu pada tahun 1993, SK Taman Melawati telah ditadbir oleh Hajjah Sunarni @ Sudarinah Binti Ginen sehingga tahun 1998. Beliau merupakan Guru Besar pertama yang mengasaskan sekolah ini. Kemudian diikuti oleh Hajjah Zawiyah Binti Ibrahim iaitu pada tahun 1998 sehingga tahun 1999. Pada tahun 1999 sehingga tahun 2004, Hajjah Lailaton Halaliah Binti Jamaludin pula mengambil alih tugas dalam menerajui SKTM 2. Pada tahun 2005, Hajjah Ruhayah Binti Abd Rahman telah mengambil alih pucuk pimpinan ini sehingga tahun 2012. Beliau berpindah ke SK (1) Selayang Baru. En. Mohamad Alwan Bin Ginen telah mengambil alih pucuk pimpinan SK Taman Melawati bermula dari tahun 2012 sehingga kini.

Perkongsian yang diberikan sangat menarik, dan telah membakar semangat kami untuk mengikuti jejak langkah mereka sebagai pendidik di Sekolah Kluster. Setelah selesai dialog bersama Guru Besar, kami sekali lagi dihidangkan dengan jamuan makan tengah hari. Sebelum pulang, kami telah bersalam-salaman dengan guru-guru sekolah tersebut. Kami jugak berkesempatan untuk mengambil beberapa keping gambar kemudahan fizikal di SKTM 2. Saya sangat berharap, ilmu yang diperolehi sepanjang program ini berlangsung dapat saya gunakan di masa akan datang. Sekian. Terima kasih.Disediakan oleh,HALIMATON SAADIAH BT ABDULLAH (771208-02-5772)REFLEKSI BIG LAWATAN BENCHMARKING KE SK TAMAN MELAWATI 2

Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan lagi guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Pada semester ini, saya dan rakan-rakan dikehendaki membuat satu bengkel dan Program Lawatan Penanda Aras atau Benchmarking ke sebuah sekolah yang merupakan tugasan yang wajib dilalui oleh pelajar-pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Jun 2011 (Semester 8) di bawah Program Bina Insan Guru (BIG).Justeru, saya dan rakan-rakan telah menubuhkan satu organisasi untuk menguruskan program ini. Beberapa siri mesyuarat telah diadakan dalam usaha untuk melicinkan program ini. Jika terdapat kemusykilan, kami akan merujuk kepada pegawai BIG dan Mentor kami iaitu Encik Roslan B Khalid.Setelah mendapat kata putus, kami telah memilih untuk membuat program lawatan penanda aras di Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 2 (SKTM 2), Selangor Darul Ehsan. Ini kerana sekolah ini merupakan sekolah kluster yang telah diiktiraf untuk fasa 9. Program BIG ini telah disertai seramai 19 orang pelajar PPG Matematik 2. Kami bertolak ke SKTM 2 untuk mengadakan lawatan penanda aras dengan kenderaan persendirian kerana pengangkutan yang paling senang dan memudahkan kami menuju ke SKTM 2. SKTM 2 merupakan sebuah sekolah cemerlang. Untuk makluman, sekolah ini telah mendapat pengiktirafan sebagai sekolah kluster untuk fasa 9. Pogram Bina Insan Guru kali ini adalah agak istimewa kerana kami diberi peluang untuk meninjau dalaman dan luaran sebuah sekolah yang antara yang terulung di negeri Selangor. Program lawatan penanda aras ini bertujuan memdedahkan kami kepada alam persekolahan yang cemerlang yang mana pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan akan menjamin produktiviti sesebuah sekolah sebagai satu institusi pendidikan.Apabila sampai di SKTM 2, kami telah disambut dengan penuh mesra oleh warga SKTM 2. Seterusnya, kami dibawa ke Bilik Gerakan yang begitu selesa untuk mendengar taklimat daripada Guru Besar, En.Mohamad Alwan b. Ginen Beliau telah menerangkan tentang sejarah sekolah, kemudahan yang ada di SK TM 2 dan pencapaian SKTM 2 dalam bidang akademik mahupun sukan. SKTM 2 mendapat pelbagai anugerah di peringkat negeri dan kebangsaan. Ini dapat menunjukkan betapa guru-guru di sekolah ini bekerja kuat demi mengharumkan nama sekolah. Di SKTM 2, peruntukan yang diperoleh daripada Kementerian Pelajaran Malaysia sebanyak RM 250, 000 setahun telah dibahagikan kepada kepada beberapa bahagian seperti kurikulum dan ko-kurikulum. Antara usaha yang telah dilakukan untuk pembangunan sains ialah membaiki pulih makmal sains dengan menyediakan peralatan yang canggih, mewujudkan kolam ikan, dan menyediakan tempat pemeliharaan puyuh. Langkah ini diambil bagi melatih murid-murid sekolah ini supaya berminat untuk menjadi usahawan. Selesai taklimat, kami telah dihidangkan dengan sedikit jamuan. Kemudian, pihak sekolah telah membawa rombongan kami melawat kawasan sekolah ini. Antara aktiviti yang dijalankan di SKTM 2 ialah tinjauan di sekitar kawasan sekolah. Kami telah melihat bilik darjah, perpustakaan, makmal sains, bilik guru, komputer, bilik darjah, pejabat, setor sukan, padang dan bilik yang menyimpan pelbagai anugerah yang berjaya diraih oleh SKTM 2.Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan oleh guru-guru pelatih mahupun terlatih kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada kami untuk bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin sebelum bergelar guru agar kami lebih bersedia untuk membangunkan dan meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang.Selain itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah ini kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa sekolah ini supaya terus cemerlang.Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa objektif BIG Fasa 4 ini telah berjaya dicapai. Saya berharap program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

COGANKATA SEKOLAH SKTM 2

USAHA GIGIH JAYA

MOTO

SEKOLAHKU KEBANGGAANKU

VISI KPM

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

MISI KPM

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

OBJEKTIF SEKOLAH

SEKOLAH MERUPAKAN GEDUNG ILMU DI MANA MURID-MURID PERLU GIGIH BERUSAHA UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN CEMERLANG SELARAS DENGAN KEHENDAK FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PIAGAM PELANGGAN SKTM 2

SK TAMAN MELAWATI 2 DENGAN INI BERJANJI AKAN MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG BAIK KEPADA:

MURID:

1. MEMASTIKAN SEMUA MURID MENERIMA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGIKUT MASA YANG DIPERUNTUKKAN.

2. SEMUA MURID AKAN DILAYAN DENGAN ADIL TANPA MENGIRA KAUM DAN AGAMA.

3. SEMUA MURID AKAN DILAYAN DENGAN MESRA APABILA BERURUSAN DI KAUNTER PEJABAT.

4. BANTUAN YANG DISALURKAN OLEH KERAJAAN AKAN DIBERIKAN KEPADA YANG LAYAK.

5. BERPELUANG MENYERTAI SEMUA PROGRAM SEKOLAH DI PERINGKAT ZON, NEGERI DAN KEBANGSAAN BAGI YANG LAYAK.

IBU BAPA/PENJAGA:

1. AKAN DILAYAN SAMA ADIL TANPA MENGIRA STATUS.

2. SETIAP ADUAN AKAN DISIASAT DAN MAKLUM BALAS AKAN DIBERI TIDAK LEBIH DARI 3 HARI BEKERJA.

3. SEMUA CADANGAN/USUL YANG BAIK DAN MUNASABAH AKAN DIPERTIMBANGKAN OLEH PIHAK SEKOLAH.

4. PERMOHONAN UNTUK PERTUKARAN SEKOLAH AKAN DISELESAIKAN DALAM MASA 2 HARI.

KEJAYAAN- KEJAYAAN SKTM 2 DI PERINGKAT NEGERI

1. Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah (MTQSS) Peringkat Negeri Selangor Pertandingan Bercerita Kisah Al Quran Perempuan Tempat ke-3 ( Adik Fatimah Bt Taha Haidir )2. Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Negeri Selangor Tilawah Al-Quran Lelaki Tempat ke-2 ( Adik Ahmad Haazim bin Mansor dari kelas 4 Lazim ) Hafazan Lelaki Tempat ke-3 ( Adik Amirul Hasan Bin Mohommad Raswan dari kelas PK Azam )3. Kejohanan Taekwando Majlis Sukan Sekolah Selangor (MSSS) 2014 Pingat Perak Adik Nur Izzati Faqihah Amni Bt Rais ( 6 Wawasan )

GURU BESAREN. MOHAMAD ALWAN B. GINEN

BILIK GURUPENTAS

BANGUNANTEMPAT PERHIMPUNAN

BILIK GURUMAKMAL KOMPUTER

KELASBILIK SPBT

PONDOK REHATKELAS PPKI

PEJABATKANTIN

BILIK J-QAFPADANG

LAPORAN PROGRAM GURU CEMERLANGTARIKH : 17 NOVEMBER 2014GURU CEMERLANG:ENCIK ABDUL RANI B. ABDUL RAHMANTEMPAT: SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SERI GOMBAK, SELANGOR

Pada 17 November 2014, seramai 19 orang guru dari kumpulan Matematik 2 telah mengadakan lawatan penanda aras (benchmarking) guru cemerlang di SK Taman Seri Gombak, Selangor (SKTSG). Seorang pensyarah, iaitu Puan Safiah Uyuni turut mengiringi kami ke sekolah tersebut. Berikut merupakan tentatif program Lawatan Penanda Aras ke SKTSG, Selangor :

TENTATIF PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARKING)GURU CEMERLANG

8.00 pagi :Tiba di sekolah8.30 pagi:Temubual bersama Guru Cemerlang, Encik Abdul Rani B. Abdul Rahman. 10.00 pagi:Kudapan11.00 pagi : Bersurai

Kami telah disambut dengan mesra oleh Guru Cemerlang itu sendiri iaitu En. Abd. Rani b. Abd. Rahman. Kami telah di bawa ke bilik mesyuarat di tingkat 1 untuk sesi seterusnya. Kami telah berkenalan dengan lebih rapat lagi dengan guru cemerlang tersebut. Beliau turut menceritakan serba sedikit tentang latar belakang pendidikan dan sejarah keluarganya. Serab sedikit tentang latar belakang beliau. Beliau merupakan anak sulung daripada 5 orang adik beradik. Beliau berasal dari Taiping, Perak. Beliau sudah berkahwin dan dikurniakan dengan 7 orang cahayamata. Isteri beliau juga merupakan seorang guru.Beliau merupakan seorang guru yang aktif. Antara penglibatan beliau ialah, beliau pernak menyertai Bengkel Pembinaan Modul Kompak Kajian Tindakan Negeri Selangor. Beliau juga merupakan salah seorang Jurulatih Utama Kursus Penyebaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahun 2 pada tahun 2010. Beliau juga merupakan salah seorang penceramah dalam Bengkel Cakna Pedagogi Berkesan Bahasa Malaysia Tahun 6 di Daerah Gombak 2014. Apa yang paling penting sekali, beliau merupaka salah seorang guru SKTSG yang telah melonjakkan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah SKTSG setiap tahun. Hasil usaha beliau itulah beliau telah beberapa kali dianugerahkan perkhidamatan cemerlang. Dengan hasil usaha beliau juga telah dianugerahkan Guru Cemerlang pada tahun 2008. Beliau juga tidak kedekut untuk berkongsi maklumat apa yang perlu dilakukan oleh seseorang guru untuk mendapatkan anugerah Guru Cemerlang. Pertama, mestilah berkhidmat dalam bidang perguruan sekurang-kurangnya 5 tahun. Guru juga mestilah memiliki beberapa buah buku yang pernah ditulis. Dan yang paling penting ialah, apa yang disumbangkan kepada sekolah. Beliau juga berpesan supaya kita sentiasa menghormati pihak pentadbir walau siapa pun diri kita. En. Abdul Rani menekankan sebagai seorang guru cemerlang (GC), kreteria yang perlu ada ialah :i. Kekal mengajar di bilik darjah yang telah ditetapkanii. Sekiranya bertukar sekolah, GC perlu mengajara mata pelajaran yang sama.iii. Penempatan GC adalah di bawah tanggungjawab Bahagian Sumber Manusia.Beliau menambah, terdapat beberapa kompetensi yang perlu dipenuhi sebagai syarat menjadi GC iaitu :i. Ketrampilan Profesionalii. Pengajaran dan Pembelajaraniii. Pengurusan Kurikulumiv. Peranan dalam aktiviti bukan akademikv. Keperibadianvi. Pembangunan diri

Beliau menegaskan lagi, bukan mudah untuk menjadi seorang GC kerana GC perlu mempunyai sifat keperibadian yang tinggidi mana seorang GC perlu menghabiskan masa dengan sesuatu kerja yang berfaedah, seronok bekerja, mengamalkan sikap yang baik dan memberi teladan yang baik. GC juga perlu memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), akta-akta pendidikan, Dasar Pendidikan dan pekeliling semasa. GC juga harus menguasai dan menghayati sepenuhnya kandungan mata pelajaran kepakaran, memahami, mentafsir dan mengoperasikan kurikulum ke dalam bentuk aktiviti dalam dan luar bilik darjah. Seterusnya, GC perlulah berupaya meningkatkan hasil pembelajaran dan membangunkan potensi pelajar selaras dengan FPK.Seorang GC juga perlu mempunyai kemahiran komunikasiyang tinggi serta berkemampuan menampilkan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi dan forum. Ia bertujuan untuk menarik minat murid untuk terus mengikuti P&P yang diajar serta mampu mempengaruhi guru lain untuk mencontohi sikap GC tersebut. Beliau menegaskan lagi, untuk menjadi guru cemerlang, banyak ilmu yang perlu diisi dan dipenuhi agar gelaran yang diperolehi setanding dengan bakat dan kebolehan yang ada pada diri seseorang itu. Setiap guru adalag guru cemerlang. Namun, untuk menjadi lebih cemerlang adalah sangat sukar. Ia tidak mustahil untuk diperolehi sekiranya kita menghayati dengan sebenar-benarnya peranan dan tugas seorang guru. Sebelum mengakhiri laporan berkaitan Guru Cemerlang, kekuatan GC terletak pada kehebatannya menyampaikan ilmu dengan berkesan dan menggerakkan akal fikiran murid untuk terus memperoleh ilmu tambahan. Setiap guru di sekolah merupakan guru cemerlang namun untuk menjadi guru cemerlang yang sebenar-benarnya adalah sangat sukar tetapi ianya boleh dicapai sekiranya kita semua mempunyai kriteria-kriteria seperti di atas.

REFLEKSI BIG LAWATAN PENANDA ARAS GURU CEMERLANG(SITI MASTURA BINTI GHANI )Bersyukur kepada Allah S.W.T yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu kerana dengan izin-Nya saya dan rakan-rakan seperjuangan dari PPG kumpulan Matematik 2 telah berjaya menamatkan salah satu komponen wajib yang mesti dilalui semasa Kursus Pendidikan Guru di IPG ini iaitu menjalani program Bina Insan Guru (BIG) bagi Lawatan Penanda Aras Guru Cemerlang di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak, Selangor (SKTSG). Program Lawatan Penanda Aras (benchmarking) Guru Cemerlang ke SKTSG merupakan suatu pengenalan tentang Pengurusan Guru Cemerlang serta bertujuan mendedahkan kepada kami kepada alam persekolahan yang mana pembentukan iklim dan budaya kerja cemerlangoleh guru serta kepimpinan pentadbiran sekolah yang berkesan akan menjamin produktiviti sesebuah sekolah sebagai satu institusi pendidikan. Guru cemerlang yang kami temui di sekolah tersebut ialah Encik Abdul Rani B. Abdul Rahman Sepertimana yang kami berbincang sebelum ini, kami ingin mencari Guru Cemerlang Matematik untuk dijadikan Guru Cemerlang Penanda Aras kami. Akibat kekangan masa untuk mencari sekolah yang mempunyai Guru Cemerlang Matematik, kami terpaksa memilih Guru Cemerlang Bahasa Melayu di sekolah tersebut bagi memudahkan pengurusan kerana ada sebilangan dari kami sudah biasa dengan sekolah tersebut. Perbezaan subjek bukanlah kayu ukuran untuk menentukan kecemerlangan seseorang guru, akan tetapi cara pengurusan yang digunakan untuk menjadi guru cemerlang itulah yang di ambil kira.Melalui sesi bersama guru cemerlang ini saya mendapat banyak input baru mengenai proses proses untuk mendapatkan gelaran guru cemerlang. Antara proses yang perlu dipelajari ialah seseorang guru tersebut mestilah berkhidmat sekurang kurangnya lima tahun dan telah disahkan jawatan sebagai guru. Kemudian, guru boleh memohon kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengisi borang guru cemerlang dalam talian. Sikap komited dan dedikasi beliau dalam pengajaran dan pembelajaran telah membawanya selangkah kehadapan dari guru-guru yang lain. Beliau juga telah banyak membawa inovasi dalam pengajaran dan pembelajarannya yang membolehkan murid-murid mudah faham dalam setiap langkah yang di ajar. Seterusnya, guru cemerlang juga mestilah mendokumentasikan kajian tindakan, lembaran kerja, refleksi pembelajaran, senarai pelajar, markah dan pencapaian pelajar ( akademik ataupun kokurikulum ) untuk memudahkan proses apabila dinilai oleh jemaah nazir nanti. Seorang guru cemerlang mestilah menyumbang kepada pihak sekolah dalam bidang yang ingin dimohon dan juga memberi sumbangan kepada pihak luar sekolah bagi kecemerlangan subjek tersebut. Ini merupakan proses untuk memohon menjadi Guru Cemerlang. Prosedur ini perlu diikuti oleh setiap guru yang ingin menjadi guru cemerlang kelak. Walaupun prosedurnya yang agak rumit untuk menjadi guru cemerlang, tetapi guru yang betul-betul komited tidak menjadikan isu ini sebagai masalah untuk berjaya malah mereka akan menjadikan isu ini satu cabaran untuk berjaya. Berikutnya, kelemahan yang dilihat sepanjang Bina Insan Guru adalah semua guru pada awalnya kelihatan segan dengan Encik Abdul Rani. Namun, selepas itu, semua guru bersemangat untuk bertanyakan soalan. Masing masing tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan tips dan info berkenaan dengan guru cemerlang ini. Kemudian, kelemahan lain ialah guru-guru dilihat kurang memberikan perhatian semasa guru cemerlang sedang menyampaikan ucapan. Masing masing asyik bersembang sehingga kadang kala menyebabkan bunyi bising. Namun begitu, mereka mula fokus dan komited dengan pengajaran guru cemerlang selepas sedar akan keadaan tersebut.Oleh itu, program Bina Insan Guru pada semester ini banyak membantu saya meningkatkan lagi pengetahuan berkenaan dengan profesion keguruan dan juga memberi pendedahan kepada kami untuk melengkapkan diri dengan semaksimum mungkin untuk memberi kepuasan bekerja sebagai guru. Kepuasan seorang guru tidak terletak pada gajinya tetapi apabila melihat kejayaan pelajarnya memahami sesuatu perkara yang diajar.Saya ingin menjadikan input yang saya dapat melalui program ini sebagai pemangkin saya untuk menjadi guru yang lebih komited dan berwibawa seterusnya dapat mengejar gelaran guru cemerlang. Sekian, terima kasih.

WAJAH-WAJAH GURU CEMERLANG ENCIK ABD RANI BIN ABD RAHMAN