big sekolah cemerlang.docx

50
PENGENALAN Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenaldiri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh kearah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Resolusi Konvensyen Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan, “.pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahir, membina, membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti iaitu yang memiliki keterampilan profesional yang tinggi dan dicirikan oleh penampilan diri yang terpuji selaras dengan hasrat negara”. Banyak manfaat dan pengetahuan yang diperolehi oleh Pelajar Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) semasa melaksanakan Prorgam

Upload: zanawati

Post on 02-Dec-2015

228 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: big sekolah cemerlang.docx

PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana

Muda Perguruan Dengan Kepujian. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada

kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina

generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus

mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era

globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenaldiri (real-self) dan

mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh kearah

pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. 

Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah

dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu

menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Resolusi Konvensyen

Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan, “.pendidikan guru hendaklah

berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahir, membina,

membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti iaitu yang memiliki keterampilan

profesional yang tinggi dan dicirikan oleh penampilan diri yang terpuji selaras dengan

hasrat negara”. 

Banyak manfaat dan pengetahuan yang diperolehi oleh Pelajar Program

Pensiswazahan Guru ( PPG ) semasa melaksanakan Prorgam Bina Insan Guru (BIG) .

Antaranya ialah Program Bina Insan Guru (BIG) dapat memberi peluang kepada pelajar

untuk ;

Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan

atau aktiviti,

Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan

keperluan persekitaran yang berbeza,

Menilai kesesuaian ciri persenoliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina

pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan,

Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan,

Page 2: big sekolah cemerlang.docx

Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi,

kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai,

Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan

menyelesaikan masalah,

Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani (spiritual)

dan sosial,

Memupuk semangat berpasukan, kerjasama dan bertanggungjawab dalam

melaksanakan tugas secara berkumpulan,

Semoga dengan terlaksananya Bina Insan Guru Fasa 6 ini akan dapat melahirkan

Pelajar Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) khususnya Kohot 2 Ambilan Feb

2012 seorang guru yang mempunyai akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan

yang mantap, memiliki personaliti yang unggul dan berkualiti profesionalismenya,

memiliki daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan

prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan

Guru.

Page 3: big sekolah cemerlang.docx

KERTAS KERJA BINA INSAN GURU

Page 4: big sekolah cemerlang.docx

NAMA PROGRAM ;

LAWATAN PENANDA ARAS ( BENCHMARKING)SISTEM PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SEKOLAH

TARIKH :

05 MEI 2014 ( ISNIN )

TEMPAT :

SEKOLAH KEBANGSAAN DUSUN

ANJURAN :

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PETITI

Page 5: big sekolah cemerlang.docx

1.0 PENGENALAN

2.0 MATLAMAT

Rancangan Malaysia ke-9 yang telah dibentang oleh mantan Perdana Menteri

Malaysia iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen telah menegaskan bahawa

pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik, menekankan

pembanguanan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap

progresif serta nilai etika dan moral yang timggi.

Kursus Bina Insan Guru ( BIG ) disediakan bagi memenuhi keperluan latihan

Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) di Intitut Pendidikan Guru ( IPG ) seluruh

Negara mulai Ambilan Jun 2011 Kohot 1. Justeru bertepatan dengan aspirasi

Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menghasilkan guru yang bersifat holistic dan

abgi memenuhi keperluan Kursus Bina Insan Guru Fasa 6 , Saya sebagai salah

seorang pelajar kohort 2 IPG Kampus Sultan Mizan Besut kursus PSV bersama dengan

warga SK Bukit Petiti telah merancang membuat lawatan Penanda Aras

(BenchMarking) ke Sekolah Kebangsaan Kg Dusun, Kuala Berang, Terengganu.

Lawatan Penanda Aras ini merupakan salah satu komponen dalam Bina Insan Guru

( BIG ) Fasa 6 yang bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar Program

Pensiswazahan Guru untuk melibatkan diri dalam perancangan dan pengelolaan

program dan menyediakan sebuah penulisan refleksi mengenainya dengan mengambil

kira domain kandungan kurikulum kursus ini. Antara yang ditekankan dalam lawatan ini

Penanda Aras ini termasuklah ciri-ciri kepimpinan, pengurusan sekolah, iklim dan

budaya sekolah, infrastruktur dan infostruktur sekolah.

Page 6: big sekolah cemerlang.docx

3.0 OBJEKTIF

3.1 Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi

kompleks untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta

berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara

berterusan ,

3.2 Menunjukkan keceknaan terhadap kepentingan perkhidmatan terhadap

komuniti ,

3.3 Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang

berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dan kepelbagaian

budaya ,

3.4 Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak

keguruan ,

3.5 Merancang, melaksana, memimpin program, bertanggungjawab, bekerjasama

dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan ,

3.6 Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal,mental, emosi, rohani

(spiritual) dan social ,

3.7 Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat dengan komuniti

pendidikan ,

3.8 Menilai kesesuaian ciri peronaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina

pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan ,

3.9 Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan

atau aktiviti.

Page 7: big sekolah cemerlang.docx

4.0 TARIKH DAN HARI

5.0 LOKASI

6.0 SASARAN PESERTA

7.0 PENGANGKUTAN

Tarikh : 05 Mei 2014 Hari : Isnin

Sekolah Kebangsaan Dusun, Kuala Berang, Hulu Terengganu

Guru Besar : En Ahmad Suhaimi bin Said

Guru Penolong Kanan Pentadbiran : En Zainuddin bin Jusoh

Guru Penolong Kanan HEM : En Nor Shafizan bin Husain

Guru Guru SKBP :

1. En Rofiee bin Awang2. YM Raja Rosma Wati binti YM Raja Omar3. Puan Zanawati bt Zakaria4. Puan Faridah bt Mohamad5. Puan Suriyani bt Abdul Rashid

Kereta persendirian ( 3 buah )

Page 8: big sekolah cemerlang.docx

8.0 ANGGARAN KEWANGAN

9.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Cenderahati SK Dusun RM 50.00

Pengerusi

Encik Ahmad Suhaimi Bin Said

Timbalan Pengerusi

Encik Zainuddin Bin Jusoh

Timbalan Pengerusi 1

Encik Nor Shafizan Binti Husain

Setiausaha

Puan Zanawati Binti Zakaria

Bendahari

Puan Faridah binti Mohamad

Ahli Jawatankuasa

Encik Rofiee Bin Awang

YM Raja Rosma Wati Binti YM Raja Omar

Puan Suriyani Binti Abdul Rashid

Page 9: big sekolah cemerlang.docx

10.0 TENTATIF PROGRAM

TENTATIF PROGRAMLAWATAN PENANDA ARAS ( BENCHMARKING )

SISTEM PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SEKOLAH

MASA PERKARA TINDAKAN CATATAN

0800 Pagi Berkumpul di Tapak

Perhimpunan SK Bukit

Petiti

Semua guru

yang mengikuti

program

0830 Pagi Bertolak ke SK Kg Dusun

Hulu Terengganu

Semua Guru

yang mengikuti

program

0930 Pagi Tiba di SK KG Dusun

Suai kenal

Kudapan

Semua Guru

yang mengikuti

program

0945 Lawatan ke Pusat

Sumber SK Kg Dusun

Lawatan ke Bilik Galeri

SK Kg Dusun

Semua Guru

yang mengikuti

program

Page 10: big sekolah cemerlang.docx

1015 Pagi Lawatan ke kelas-kelas

SK. Kg Dusun

Semua Guru

yang mengikuti

program

1100 Pagi Ucapan Guru Besar SK.

Kg Dusun

Ucapan Guru Besar SK

Bukit Petiti.

Sesi Berdialog dan

bertukar-tukar pendapat

Penyampaian

Cenderahati

Majlis bergambar

kenang-kenangan.

Semua guru

yang mengikuti

program

Guru –guru SK

Kampung

Dusun

1215

Tengahari

Menjamu selera Semua guru

yang mengikuti

program

Guru-guru SK

Kampung

Dusun

Page 11: big sekolah cemerlang.docx

11.0 PENUTUP

Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6. Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu mata pelajaran

dalam komponen Kursus Wajib yang mesti diikuti oleh semua pelajar Program

Pensiswazahan Guru ( PPG ). Program ini direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar

dan dalam kampus sepanjang enam semester tempoh pengajian di bawah kelolaan

dan kendalian Unit Kokurikulum IPGK. Aktiviti-aktiviti yang dirancang bertujuan

memberi pendedahan kepada pelajar tentang ciri-ciri dan kualiti insan guru yang

unggul, pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat.

Semoga dengan terlaksananya Bina Insan Guru Fasa 6 ini akan dapat melahirkan

Pelajar Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) khususnya Kohot 2 Ambilan Feb 2012

seorang guru yang mempunyai akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan yang

mantap, memiliki personaliti yang unggul dan berkualiti profesionalismenya, memiliki

daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip

Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Oleh

itu, kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan untuk menjayakan program ini.

Segala kerjasama, sumbangan dan sokongan amatlah dihargai dan didahului dengan

ucapan ribuan terima kasih.

Disediakan Oleh :

Puan Zanawati bt Zakaria

Setiausaha

Program Bina Insan

Page 12: big sekolah cemerlang.docx

SENARAI BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Bil Jawatankuasa Bidang Tugas

01 Penasihat Menasihati Jawatankuasa dalam

mengambil semua tindakan dan perjalanan

program.

02 Pengerusi Mempengerusikan setiap mesyuarat.

Menandatangani surat berkaitan.

03 Timbalan Pengerusi Membantu pengerusi dalam menjalankan

mesyuarat dan membuat keputusan.

Mengantikan tempat pengerusi sekiranya

diperlukan.

04 Setiausaha Menyediakan surat jemputan mesyuarat.

Menyediakan kertas kerja .

Menyediakan minit mesyuarat.

Membuat pelaporan aktiviti.

05 Bendahari Menyimpan peruntukan dan sumbangan

dan mencatatkannya.

Bertanggungjawab membayar dan

mengeluarkan wang untuk tujuan program.

Page 13: big sekolah cemerlang.docx

Membuat pelaporan kewangan.

06 Buku Aturcara/Buku

Program

Menyediakan dan membuat aturcara

program dalam bentuk booklet.

Memperbanyakkan aturcara dan

mengedarkan kepada warga SK.Saint

James dan semua peserta.

07 Aktiviti Program Bertanggungjawab menyediakan aktiviti

yang tersusun rapi.

Bertanggungjawab memastikan aktiviti

berjalan lancer mengikut jadual yang telah

ditetapkan.

09

8

Jurukamera,Publisiti

dan Dokumentasi

Bertanggungjawab mengambil gambar

setiap masa semasa aktiviti berlangsung.

Menyediakan iklan dan pemberitahuan

tentang seminar.

Menyediakan dokumentasi dan diserahkan

kepada setiausaha untuk pelaporan.

10 Keselamatan Dan

Kebajikan

Mengurus keselamatan peserta.

Mengurus kebajikan peserta.

Memastikan keselamatan semua peserta

Page 14: big sekolah cemerlang.docx

11 Cenderahati /

Sumbangan

peralatan Sekolah.

Bertanggungjawab menyediakan cenderahati

dan peralatan penyampaian cenderahati dan

sumbangan peralatan sekolah kepada guru

besar.

Bertanggungjawab semasa penyampaian

cenderahati dan sumbanganperalatan

sekolah.

Page 15: big sekolah cemerlang.docx

LAWATAN KE SK DUSUN

HULU TERENGGANU

Page 16: big sekolah cemerlang.docx

LATAR BELAKANG DAN SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Dusun merupakan antara sekolah    terpenting yang dibina

di daerah Hulu Terengganu. Seawal tahun 1941, sekolah ini telah diwartakan wujud

hasil usaha dan cadangan Penghulu Hitam dan anak-anak  jati Kampung Dusun.

Cadangan ini telah mendapat  sokongan dari pihak kerajaan British pada waktu itu yang

telah menyegerakan penubuhan sekolah tersebut. Guru pertama yang mengajar di

sekolah ini dikenali sebagai Encik Othman.

Bangunan asalnya hanyalah beratapkan rumbia, bertiangkan batang pinang dan

berdindingkan buluh separuh terbuka menjadi tempat pembelajaran kepada penduduk-

penduduk kampong Dusun, Berkuh (tidak wujud lagi), Jenagor, Temir, Kuala Pueh dan

Pauh. Sistem pembelajarannya bermula dari darjah satu hingga lima tanpa mengira

peringkat umur. Bahan pembelajarannya hanya menggunakan papan batu dan pensel

batu.

 Sewaktu pendudukan Jepun ke atas Tanah Melayu, sekolah ini telah ditutup

sehinggalah Jepun menyerah kalah dan dibuka semula pada tahun 1946. Secara

umumnya sekolah ini telah dibuka secara rasminya pada tahun tersebut. Guru Besar

pertamanya pada waktu itu ialah Encik Said Bin Daud.

            Bilangan murid yang kian bertambah telah menyebabkan bangunan asal

sekolah itu tidak lagi mampu menampung keramaian murid. Justeru,  pada tahun 1955,

Sekolah Kebangsaan Dusun telah  beralih tapak di atas  sebidang tanah  kerajaan yang

dibina bersebelahan dengan klinik kerajaan. Sebuah bangunan kayu yang

menempatkan tiga buah bilik darjah telah dibina bagi menampung keperluan ini.

            Sehingga kini sekolah ini telah dilihat sebagai sebuah sekolah Melayu yang

telah berjaya melahirkan ramai golongan terpelajar dari daerah Hulu Terengganu yang

menjawat pelbagai jawatan penting di sektor awam dan swasta.

Page 17: big sekolah cemerlang.docx

VISI SEKOLAH KEBANGSAAN DUSUN

VISI

SKD Kompeten Ke Arah Sekolah Terbilang Di TerengganuMenjelang 2015

MISI

Melahirkan warga cemerlang, berakhlak mulia, berdisiplinDan berilmu serta bermaklumat ke arah merealisasikan

wawasan negara

FALSAFAH

Penggabungan ilmu dan amal teras utama bagi melahirkan insan yang kamil

Page 18: big sekolah cemerlang.docx

GAMBAR-GAMBAR SEKOLAH KEBANGSAAN DUSUN

Lawatan ke Pusat Sumber SK Kampung Dusun

Page 19: big sekolah cemerlang.docx
Page 20: big sekolah cemerlang.docx

Lawatan ke Bilik Galeri SK Kg Dusun

Page 21: big sekolah cemerlang.docx

Lawatan ke kelas-kelas SK. Kg Dusun

Persekitaran sekolah yang ceria, bersih dan kondusif memberi keselesaan dan

mengambarkan rasa sayang dan cinta serta kerjasama yang tinggi di kalangan warga

sekolah. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkat

mutu pendidikan kerana mempunyai iklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa kea

rah tercapainya visi dan misi sekolah. Keberkesanan proses pembelajaran dan

pengajaran di sekolah adalah berkait rapat dengan iklim dan suasana di dalam sebuah

bilik darjah. Oleh itu untuk mencapai kecemerlangan , Sekolah Kebangsaan Kampung

Dusun sentiasa memastikan bahawa bilik darjah sentiasa di dalam keadaan yang

bersih dan ceria. Kebersihan dan keceriaan bilik darjah seharusnya dikekalkan malah

dipertingkatkan dari masa ke semasa. Untuk mencapai tujuan ini , pertandingan bilik

darjah bersih, ceria dan kondusif dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kampung Dusun

secara berterusan. Pemenang akan diumumkan setiap minggu di perhimpunan rasmi

sekolah. Pemenang sebanyak tiga kali berturut-turut pula akan mendapat hadiah dan

anugerah khas. Usaha ini dilakukan bagi memastikan pelajar sentiasa berada di dalam

keadaan yang selesa dan seterusnya dapat mengikuti proses pembelajaran dan

pengajaran dengan baik dan berkesan. Suasana pembelajaran dan pengajaran yang

baik dan berkesan di kalangan pelajar tentunya akan menghasilkan kecemerlangan

dalam akedemik dan disiplin pelajar. Hal ini adalah sejajar dengan Falsafah Pendidikan

Negara yang mementingkan penghasilan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,

emosi, rohani, intelek dan sahsiah.

Page 22: big sekolah cemerlang.docx
Page 23: big sekolah cemerlang.docx
Page 24: big sekolah cemerlang.docx
Page 25: big sekolah cemerlang.docx

Pondok-Pondok Bacaan

Page 26: big sekolah cemerlang.docx

PENCAPAIAN TERBAIK UPSR

Page 27: big sekolah cemerlang.docx
Page 28: big sekolah cemerlang.docx

ANUGERAH

Page 29: big sekolah cemerlang.docx
Page 30: big sekolah cemerlang.docx

LAPORAN

BINA INSAN

GURU

Page 31: big sekolah cemerlang.docx

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU ( BIG )

KE SEKOLAH KEBANGSAAN DUSUN

Pelajar Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) Kohot 1 Ambilan Jun 2011 bagi Kelas

PSV kumpulan 1 dan Kelas PSV Kumpulan 2 telah berada dalam semester enam, dan

untuk semester enam ini kami perlu melaksanakan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6. Bina

Insan Guru (BIG) merupakan satu mata pelajaran dalam komponen Kursus Wajib yang

mesti diikuti oleh semua pelajar Program Pensiswazahan Guru ( PPG ). Program ini

direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam

semester tempoh pengajian di bawah kelolaan dan kendalian Unit Kokurikulum IPGK.

Aktiviti-aktiviti yang dirancang bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang

ciri-ciri dan kualiti insan guru yang unggul, pembina generasi, pembentuk jati diri dan

role model kepada masyarakat.

Untuk Program ini , Saya sebagai setiausaha Program telah berbincang dengan

Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran untuk membuat Lawatan Penanda

Aras (BenchMarking) Ke Sekolah Cemerlang SK Kampung Dusun, Hulu Terengganu.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kecemerlangan sekolah ini terhadap keceriaan kelas-

kelasnya di daerah Hulu Terengganu. Mesyuarat pertama telah diadakan, dan

dipengerusikan oleh Encik Ahamad Suhaimi Bin Said Sebagai pengerusi program.

Dalam mesyuarat pertama ini , Pengerusi telah memohon kepada setiausaha agar

dapat mengedarkan kertas kerja yang kepada sidang mesyuarat agar mereka dapat

menilai, memahami dan memberi respon terhadap perkara yang hendak dibincangkan.

Kertas kerja telah dibentangkan kepada sidang untuk sebarang respond dan

perbincangan. Ahli Jawatankuasa Induk serta Ahli Jawatankuasa Pelaksana telah

dibentuk untuk memudahkan sistem pengurusan kelak. Agenda yang turut

dibincangkan ialah anggaran punca kewangan dan anggaran perbelanjaan kewangan.

Cadangan tentatif program telah dibincangkan secara terperinci agar mencapai

matlamat dan objektif.

Page 32: big sekolah cemerlang.docx

Mesyuarat

Page 33: big sekolah cemerlang.docx

Saya Sebagai selaku setiausaha Program telah menyediakan dan mengurus

surat kebenaran melawat kepada Guru Besar Cemerlang Sekolah Kebangsaan

Kampung Dusun, Hulu Terengganu. Encik Ahmad Suhaimi Bin Said selaku pengerusi

Program telah menghubungi pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan Kampung Dusun

untuk memastikan Lawatan Penanda Aras (BenchMarking) Sistem Pentadbiran Dan

Pengurusan Sekolah ke Sekolah dapat dilaksanakan dengan lancar.

Untuk memastikan Program ini berjalan dengan lancer mesyuarat kali kedua

pula telah diadakan dan dipengerusikan oleh Encik Ahmad Suhaimi Bin Said selaku

pengerusi Program. Dalam mesyuarat kedua ini , setiap ahli jawatankuasa diminta

untuk membentangkan persediaan dan persiapan yng telah diusahakan mengikut tugas

masing-masing. Encik Ahmad Suhaimi juga telah membacakan senarai bidang tugas

ahli jawatankuasa pelaksanaan sebagai rasa perihatin terhadap tugas dan

tanggungjawab masing-masing. Mesyuarat ini telah berlangsung selama lebih kurang 2

jam bagi membincangkan persediaan yang telah dibuat untuk melaksanakan Program

Lawatan Penanda Aras ( BenchMarking ) Ke SK Kampung Dusun, Hulu Terengganu.

pada 05 Mei 2014 bersamaan hari Isnin.

Sebelum bertolak untuk melaksanakan Program Lawatan Penanda Aras

(BenchMarking) Ke Sekolah Kebangsaan Kampung telah mengadakan perjumpaan

secara tidak rasmi bagi membincangkan persediaan dan persiapan rapi yang telah

dibuat bagi melancarkan pelaksanaan Program Lawatan yang akan dibuat pada

keesokan harinya.

Pada 05 Mei 2014 bersamaan hari Isnin, semua Guru yang mengikuti Program

Lawatan Penanda Aras ( BenchMarking ) sama-sama bertolak ke Sekolah Kebangsaan

Kampung Dusun, Hulu Terengganu.

Kami telah selamat tiba di Sekolah Kebangsaan Kampung Dusun Saint James

Apin-Apin pada sekitar jam 0930 pagi. Rombongan kami disambut oleh barisan Guru

Besar, Guru-guru Penolong Kanan dan guru-guru SK Kampung Dusun dengan mesra,

ramah dan dalam suasana harmoni. Kami sangat merasa dihargai dalam suasana

Page 34: big sekolah cemerlang.docx

sekolah yang ceria, nyaman dan selesa mata memandang. Rombongan kami telah

dibawa persekitaran SK Kampung Dusun.

Tempat yang mula-mula kami lawati ialah kami telah dibawa melawat Pusat Sumber

Sekolah Kebangsaan Kampung Dusun. Pusat Sumber SK KG Dusun menjadikan

Pusat Sumber ini unik dan istimewa seperti sudut-sudut bacaan di setiap kelas atau

mini pusat sumber yang diwujudkan di setiap kelas serta telah diwujudkan juga Pusat

Sumber Panitia yang mengandungi bahan rujukan untuk setiap panitia matapelajaran.

Bagaimana sistem pengurusan dan pentadbiran Pusat Sumber yang baik. Bagaimana

Organisasinya berfungsi dan berperanan dengan baik dan berkesan. Pengalaman dan

pengetahuan baru yang kami perolehi tentang Pengurusan Pusat sumber akan kami

manfaati untuk Program Lawatan Penanda Aras ( BenchMarking) ini.

Sekitar jam 010.00 pagi pula, Kami di bawa pula ke bilik galeri Sk KG Dusun. Di

bilik ini Kami melihat pelbagai anugerah yang telah dicapai oelh SK KG Dusun.

Antaranya Ialah pencapaian terbaik UPSR, anugerah sukan bola tampar dan

sebagainya lagi. Di harap apa yang kami lihat dapat memberi semangat kepada kami

untuk lebih maju dalam bidang pendidikan ini.

Bagi meneruskan lawatan ini lagi, kami telah di bawa pula melawat keceriaan

kelas-kelas di sekolah Kebangsaan Kampung Dusun. Semasa proses lawatan ini

banyak pengalaman dan pengetahuan yang kami pelajari. Antaranya ialah

keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah adalah berkait rapat

dengan iklim dan suasana di dalam sebuah bilik darjah. Oleh itu untuk mencapai

kecemerlangan , Sekolah Kebangsaan Kampung Dusun ini sentiasa memastikan

bahawa bilik darjah sentiasa di dalam keadaan yang bersih dan ceria. Kebersihan dan

keceriaan bilik darjah seharusnya dikekalkan malah dipertingkatkan dari masa ke

semasa. Untuk mencapai tujuan ini , pertandingan bilik darjah bersih, ceria dan kondusif

dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kampung Dusun secara berterusan. Pemenang

akan diumumkan setiap minggu di perhimpunan rasmi sekolah. Pemenang sebanyak

tiga kali berturut-turut pula akan mendapat hadiah dan anugerah khas. Usaha ini

dilakukan bagi memastikan pelajar sentiasa berada di dalam keadaan yang selesa dan

Page 35: big sekolah cemerlang.docx

seterusnya dapat mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran dengan baik dan

berkesan.

Suasana pembelajaran dan pengajaran yang baik dan berkesan di kalangan

pelajar tentunya akan menghasilkan kecemerlangan dalam akedemik dan disiplin

pelajar . Bagi mewujudkan sebuah sekolah yang mempunyai persekitaran yang bersih,

ceria, cantik, dan mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk pelajar iaitu selaras

dengan visi sekolah bagi mencapai kegemilangan akademik, kokurikulum dan sahsiah

warganya yang berteraskan ilmu, iman dan amal. Hal ini adalah sejajar dengan

Falsafah Pendidikan Negara yang mementingkan penghasilan pelajar yang seimbang

dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.

Page 36: big sekolah cemerlang.docx

Sekitar jam 1100 pagi rombongan kami telah berkumpul di bilik mesyuarat bersama

warga Sekolah Kebangsaan Kampung Dusun. Kami telah mendengar ucapan dari

Pengerusi Lawatan Penanda Aras ( BenchMarking ) iaitu Encik Ahmad Suhaimi bin

Said Guru Besar kami dan juga ucapan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung

Dusun iaitu Puan Nurani binti Lebai Abdul. Rombongan kami juga telah menyediakan

dan menyampaikan cenderahati sebagai kenang-kenangan. Kami amat menghargai

keperihatinan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak pentadbir dan warga Sekolah

Kebangsaan Kampung Dusun. Kami sangat terharu dengan layanan yang mesra, baik

dan sempurna. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang amat berguna untuk kami

manafaatkan dalam diri sendiri dan untuk kerjaya kami sebagai seorang

pendidik.Sudah pastinya aktiviti bergambar adalah perkara wajib bagi program lawatan

seumpama ini sebagai kenang-kenangan yang mungkin tidak akan berulang lagi. Majlis

berakhir dengan jamuan

Page 37: big sekolah cemerlang.docx
Page 38: big sekolah cemerlang.docx
Page 39: big sekolah cemerlang.docx
Page 40: big sekolah cemerlang.docx

PENUTUP

Pelajar Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) Kohot 2 Ambilan Feb 2012 bagi

Kelas PSV perlu melaksanakan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6. Bina Insan Guru (BIG)

merupakan satu mata pelajaran dalam komponen Kursus Wajib yang mesti diikuti oleh

semua pelajar Program Pensiswazahan Guru ( PPG ). Program ini direalisasikan

melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam semester tempoh

pengajian di bawah kelolaan dan kendalian Unit Kokurikulum IPGK. Aktiviti-aktiviti yang

dirancang bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang ciri-ciri dan kualiti

insan guru yang unggul, pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada

masyarakat.

Kursus Bina Insan Guru ( BIG ) disediakan bagi memenuhi keperluan latihan

Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) di Intitut Pendidikan Guru ( IPG ) seluruh

Negara mulai Ambilan Jun 2011 Kohot 1. Justeru bertepatan dengan aspirasi

Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menghasilkan guru yang bersifat holistic dan

bagi memenuhi keperluan Kursus Bina Insan Guru Fasa 6 , Saya sebagai pelajar PPG

telah merancang dengan pentabdir SK Bukit Petiti sebuah lawatan Penanda Aras

( BenchMarking ) ke Sekolah Kebangsaan Kampung Dusun, di Hulu Terengganu.

Banyak pengalaman dan pengetahuan yang kami perolehi semasa

melaksanakan Program Lawatan Penanda Aras ( BeancMarking ) ini. Banyak yang

telah kami pelajari dan ilmu pengetahuan ini amat berguna untuk diri kami dan juga

untuk kerjaya kami sebagai seorang pendidik. Kami sangat menghargai jasa baik dan

sikap ramah mesra Guru Besar dan warga Sekolah Kebangsaan Kampung Dusun. Di

kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Kampung Dusun Hulu Terengganu iaitu Puan Norani binti Lebai

Abdul, Warga Sekolah Kebangsaan Kampung Dusun. Tidak lupa juga jutaan terima

kasih kepada Encik Ahmad Suhaimi bt Said, barisan Guru Penolong Kanan, Guru-guru

Sk Bukit Petiti yang memberi kerjasama di atas Program Lawatan Penanda Aras ini.

Budi baik cikgu-cikgu semua tetap dalam ingatan saya.