sekolah cemerlang.docx

9
Untuk Semester 7 kami telah diberi tugasan Bina Insan Guru (BIG). Tajuk yang diberikan adalah adalah aktiviti Benchmarking sekolah cemerlang. Tugasan ini diberikan secara berkumpulan. Kumpulan kami adalah seramai 12 orang. Kami telah mengagihkan tugasan mengikut kriteria masing-masing . Setelah kata sepakat dipersetujui, kami telah menyiapkan kertas kerja untuk mengadakan lawatan benchmarking ke Sekolah Kluster Kecemerlangan iaitu Sekolah Kebangsaan Rantau Petronas. Tanggal 4 November 2014, kami telah bertolak ke SKK Rantau Petronas (SKKRP) dan tiba di sana pada jam 10 pagi. Kedatangan kami disambut meriah

Upload: lutfi-hakimi

Post on 04-Oct-2015

41 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Untuk Semester 7 kami telah diberi tugasan Bina Insan Guru (BIG). Tajuk yang diberikan adalah adalah aktiviti Benchmarking sekolah cemerlang. Tugasan ini diberikan secara berkumpulan. Kumpulan kami adalah seramai 12 orang. Kami telah mengagihkan tugasan mengikut kriteria masing-masing . Setelah kata sepakat dipersetujui, kami telah menyiapkan kertas kerja untuk mengadakan lawatan benchmarking ke Sekolah Kluster Kecemerlangan iaitu Sekolah Kebangsaan Rantau Petronas.

Tanggal 4 November 2014, kami telah bertolak ke SKK Rantau Petronas (SKKRP) dan tiba di sana pada jam 10 pagi. Kedatangan kami disambut meriah dan di sajikan dengan persembahan tarian oleh pihak sekolah. Tarian ini dipersembahkan oleh para pelajar SKKRP yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan.

Kami juga diberi kesempatan meninjau persekitaran sekolah yang pada hemat kami sekolah ini mempunya persekitaran yang bersih dan teratur. Landskap yang menarik walaupun mempunyai ruang yang terhad. Walaupun cuaca redup dan sedikit hujan, kami masih dapat menikmati keceriaan di sekolah berprestij ini.

Seterusnya kami dibawa ke bilik Wisdom Castle iaitu bilik taklimat. Guru besar SKK Rantau Petronas sendiri iatu Puan Hajah Khadijah bt Sulaiman memberi taklimat tentang kejayaan dan pencapaian yang telah dicapai oleh SKK Rantau Petronas.

Menurut Puan Khadijah, sekolah ini mula beroperasi pada 1 Julai 1987 dan dikendalikan oleh Lembaga Pengurusan ( pengelola Sekolah) dan dikenali dengan nama Sekolah Rantau Petronas. Bermula jan 1989 pihak petronas menyerahkan sekolah ini kepada KPM. Status sekolah telah bertukar daripada sekolah swasta kepada sekolah bantuan kerajaan gred B dan dikenali dengan nama sekolah kebangsaan Rantau Petronas. Bermula tahun 2003 hingga sekarang SKRP telah dinaikkan gred A dan mendapat pengiktirafan sebagai seekolah Kluster kecemerlangan pada tahun 2011 sehingga kini SKRP ini telah ditadbir oleh 4 orang Guru Besar.

Dalam taklimat ini juga, dapat dirumuskan bahawa sekolah ini banyak menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa . Di antara kejayaan yang telah dicapai ialah:

TAHUNPERTANDINGAN

2010Peringkat Negeri

1. Pertandingan Olahraga-Lontar Peluru (Pingat Perak)2. Pertandingan Squasy L/P (Johan)3. Pertandingan Action Song (Johan)4. Pertandingan Smart English (Johan)5. A Moment In English, anjuran Exxon Mobil dan JPNT6. Robotik; Adventure Race (ke 3)

Peringkat Kebangsaan

1. Pertandingan Action Song (Johan)

2011Peringkat Negeri

1. Pertandingan Skuasy L (Johan)2. Pertandingan Robotik (naib johan)3. Pertandingan Mural Kebangsaan Negeri Terengganu (Johan)4. Pertandingan Action Song (Johan)5. Pertandingan Bercerita Tahap 1 (johan)6. Konvensyen Doktor Muda (Johan)7. RHB news Straits Tims National Spell It Right Challange (Johan)8. Choral Speaking Petronas Streetsmart9. Pertandingan Bercerita Sains Tahap Satu(naib johan) 10. Pertandingan Tarian anjuran JPNT11. kursus Kepimpinan Unit Beruniform

Peringkat Kebangsaan1. Pertandingan Skuasy MSSM2. Pertandingan Action Song (Johan)3. Perkhemahan Rukunegara

2012Peringkat Negeri1. Pertandingan Golf dan Skuasy MSST(Johan)2. Pertandingan catur dan Lontar peluru (Johan)3. Pertandingan story Telling, Smart English (Johan)4. Program Keselamatan Berbasikal5. Pertandingan Robotik ke-2

Peringkat Kebangsaan1. Klinik Skuasy Bersama Kem. Belia Dan Sukan dan AISA2. Pertandingan Golf dan Skuasy MSSM3. Skuasy CIMB Rising Star4. Skuasy Zon Pantai Timur5. Pertandingan Lontar Peluru/Catur MSSM6. Pertandingan Catur Junior Open (Naib Johan 12)7. Kejohanan Boling Junior Bawah 128. The Giant Board Game (Saguhati)9. Tatih Seni Noraniza Idris-Himpunan Jutaan Belia10. Pertandingan Esei BI Anjuran FOMCA (Saguhati)

2013Peringkat Negeri

1. Pertandingan Sketsa Petronas Smart Street (Johan)2. Public speaking (Johan)3. Pertandingan Tarian Negeri terengganu (Johan)4. Kejohanan Skuasy Negeri Terengganu L/P (Johan)5. Ketua Pengakap Kanak-kanak Terengganu (Johan)

Peringkat Kebangsaan1. Pertandingan Sudoku Sekolah-sekolah Rendah (SKK)(Johan) 2. Pertandingan Scrabble (Tempat ke-3)3. Pertandingan Menulis Esei B. Inggeris FOMCA (Tempat ke-2)4. Story Telling (Penyertaan)5. Kejohanan Memanah (Kategori Perempuan) (Tempat ke-3)6. Kejohanan Boling Remaja Kebangsaan (Tempat ke-5)

Peringkat Antarabangsa1. Skuasy Milo All Star2. Penang Open International Squash3. Kangaroo Math Competition (Saguhati)

2014Peringkat Negeri1. Pertandingan RIMUP Peringkat Negeri (Johan)2. Pertandingan Action Song Negeri (Naib Johan)Peringkat Kebangsaan

1. Pertandingan RIMUP Peringkat Kebangsaan (Anugerah Khas Juri)2. Pertandingan Action Song Antara SKK (Johan)3. 2nd National Scrabble Challange (Tempat ke-5)

Peringkat Antarabangsa1. The 4th International Invitation Taekwando Tournament 2014 (ke3)

Selain daripada itu, SSKRP juga mendapat pengiktirafan dan anugerah dalam pelbagai bidang. Antaranya ialah:

1. Anugerah Tawaran Baru Guru Besar 2010, 2011, 2012 dan 20132. Anugerah Terbaik UPSR mengikut GPS tahun 2010 & 20123. Anugerah Sekolah Cemerlang Daerah Kemaman 2010, 2011dan 20134. Anugerah Sekolah Cemerlang Program Doktor Muda5. Anugereah Sekolah Cemerlang Peperiksaan Awam UPSR 20136. Anugerah Khas Pengurusan Kokurikulum Pengurusan/Sumbangan/Pencapaian dalam Aktiviti Kokurikulum Peringkat Daerah & Negeri (Kategori Sek. Rendah) Tahun 2013

Dalam bidang akademik pula, SKKRP mempunya pencapaian rekod pencapaian UPSR yang amat cemerlang. Bermula tahun 2009 dan berterusan hingga ke tahun 2013.

SKKRP juga mengadakan jaringan dengan sekolah-sekolah dalam Negeri Terengganu dan juga di luar Terengganu seperti:

1. SMK Mak Lagam Kemaman2. SK SG Petani, Kedah3. SK Pasir Raja, Dungun4. SK Bukit Anak Dara, Kijal, kemaman5. SK Teluk Gadong, Klang, Selangor6. SK Bukit Senggeh, Melaka7. SK Che Latiff, Kota Bharu kelantan8. SK Zainab 2 , Kota Bharu kelantan9. SK KG Baru Kerteh, kemaman10. SMK Rantau Petronas, Kemaman11. SK Ulu Melaka, Langkawi, Kedah12. SK Ganun, Alor Gajah, Melaka13. SK Assunta, Kuantan, pahang

SKKRP juga turut mengadakan jalinan dengan badan-badan bukan kerajaan atau NGO seperti berikut:

1. Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah UMT2. Madrasah Darul Mizan, Kemboja3. Melta-20th Melta International Conference-English language Education4. Persatuan Khazanah Rakyat MA Daerah (MEKAR)5. Penganjuran Klinik Skuasy Zon Timur Bersama Kementerian Belia Dan Sukan6. Penganjuran Klinik Skuasy Zon Timur Bersama Akademi Skuasy Azlan Iskandar (AISA)7. Jabatan kebudayaan Negeri Terengganu8. Kolej Universiti TATI9. Institut Terjemahan negara

Oleh kerana latar belakang yang cemerlang, skkrp telah dikunjungi oleh pelbagai pihak seperti:

TAHUNLAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARKING)

2007Guru Besar, Perth, Australia

2008GPK Pentadbiran , Pearth, Australia

20091. Penyelaras UPSR, Melbourne, Australia2. SMK Mak Lagam, Kemaman, Terengganu

20111. Penyelaras UPSR, seoul, Korea2. SK Pasir Raja, Dungun, Terengganu

20121. SK Zainab 2, Kota Bharu, Kelantan2. SK Kg baru , Kerteh3. SMK Rantau Petronas4. Kolej Universiti TATI

Setelah mendengar taklimat dan melihat pencapaian dan kecemerlangan SKKRP ini, ianya pengalaman kami pengalaman baru. Dapatlah kami membuat kesimpulan bahawa dalam melahirkan atau menjadikan sesebuah institusi pendidikan itu cemerlang amnya dan sekolah rendah khasnya, kerjasama semua pihak bermula daripada pentadbiran sekolah, warga pendidik , ibubapa dan pelajar mestilah ada. Pihak pentadbir sebagai perancang dan pemantau dan mestilah memastikan setiap perancangan sesuai dan dijalankan dengan baik agar berjaya dalam semua bidang sama ada kurikulum dan kokurikulum.

Malah bagi kami, ianya memberikan bersemangat untuk mencontohi kerja buat warga di sekolah ini. Kami akan mengaplikasikan ilmu yang sangat berharga ini ke sekolah masing-masing. Kami akan jadikan sebagai garis panduan bagi melaksanakan sesuatu aktiviti atau program di sekolah kami. Kami sangat berpuashati dengan sambutan dan layanan yang diterima. Terima kasih kepada semua terutama pihak pengurusan SKKRP.