big-refleksi-benchmarking (1).docx

3
BIG FASA 6 / 2015 (PISMP SEM 6) SEJARAH Nama: DIPNNA A/P ARUMUGAM No.KP: 931011-01-5116 LAPORAN REFLEKSI Bersyukur saya kehadrat Tuhan kerana saya telah berjaya melaksanakan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5 bagi tahun 2015 pada 13 Julai 2015 yang lalu. Program BIG Penanda Aras (Benchmarking) yang telah kami lalui ini telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Kayu Hitam ini benar-benar telah memberi saya banyak input dan impak yang amat berguna kepada saya untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian terutamanya kehidupan saya dalam profesion perguruan. Terdapat tiga fasa yang saya lalui dalam program ini iaitu, fasa sebelum, semasa dan selepas menghadiri program BIG. Fasa yang pertama, iaitu sebelum ke Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Kayu Hitam. Sebelum memulakan perjalanan pelbagai persediaan yang perlu dilakukan di IPG untuk memastikan kelancaran perjalanan program. Seperti biasa mesyuarat kerap dilakukan. Pembahagian tugas perlu dilakukan dan saya diamanahkan sebagai Biro Makanan. Sebagai biro makanan, saya dikehendaki memohon duit makanan. Selain itu, saya dan rakan saya dikehendaki menyediakan sarapan pagi dan makanan tengah hari. Oleh itu, saya dan rakan saya telah memesan makanan walaupun terdapat menghadapi beberapa cabaran. Walau bagaimanapun, semuanya

Upload: jeevithra-significa-beleza

Post on 08-Sep-2015

224 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

BIG FASA 6 / 2015 (PISMP SEM 6) SEJARAH

Nama: DIPNNA A/P ARUMUGAMNo.KP: 931011-01-5116

LAPORAN REFLEKSI

Bersyukur saya kehadrat Tuhan kerana saya telah berjaya melaksanakan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5 bagi tahun 2015 pada 13 Julai 2015 yang lalu. Program BIG Penanda Aras (Benchmarking) yang telah kami lalui ini telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Kayu Hitam ini benar-benar telah memberi saya banyak input dan impak yang amat berguna kepada saya untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian terutamanya kehidupan saya dalam profesion perguruan. Terdapat tiga fasa yang saya lalui dalam program ini iaitu, fasa sebelum, semasa dan selepas menghadiri program BIG.Fasa yang pertama, iaitu sebelum ke Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Kayu Hitam. Sebelum memulakan perjalanan pelbagai persediaan yang perlu dilakukan di IPG untuk memastikan kelancaran perjalanan program. Seperti biasa mesyuarat kerap dilakukan. Pembahagian tugas perlu dilakukan dan saya diamanahkan sebagai Biro Makanan. Sebagai biro makanan, saya dikehendaki memohon duit makanan. Selain itu, saya dan rakan saya dikehendaki menyediakan sarapan pagi dan makanan tengah hari. Oleh itu, saya dan rakan saya telah memesan makanan walaupun terdapat menghadapi beberapa cabaran. Walau bagaimanapun, semuanya dapat berjalan dengan lancar dengan berkat kerjasama dan sokongan semua pihak.Fasa yang kedua pula ialah semasa program BIG ini berlangsung. Semasa program penanda arasan (benchmarking) ini bukan sahaja telah mengajar saya tentang subjek Sejarah malah mengetahui rintangan yang perlu dihadapi untuk menonjol sebagai guru cemerlang. Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Kayu Hitam telah mendedahkan pelbagai unit yang masing-masing mempunyai tugas mereka. Setiap unit memikul tanggungjawab serta komitmen yang tinggi demi perkembangan pendidikan di sekolah. Sehubungan dengan itu juga, Puan Rohati binti Suratman telah memberi pelbagai pendedahan sebagai guru cemerlang Kajian Tempatan yang boleh saya menggunakan apabila di sekolah. Selain itu, pada hari tersebut saya bersama rakan saya, Nanthinee A/P Subramaniam telah menyediakan sarapan dan makanan tengah hari tanpa sebarang rintangan. Dengan itu, kami telah menjalankan tugas kami sebagai biro makanan dengan berjaya.Fasa terakhir ialah selepas program BIG ini. Seperti fasa-fasa yang lain, refleksi kendiri harus dibuat untuk pelaporan bagi setiap aktiviti. Bagi saya, refleksi ini adalah penting kerana melalui refleksi saya dapat memahami apa yang telah saya pelajari sepanjang saya menjalani program ini. Bukan itu sahaja, melalui refleksi saya dapat menyedari kelemahan dan cuba untuk memperbaikinya. Akhir kata, sepanjang program BIG fasa 6 ini, saya telah banyak memperolehi ilmu dunia dan akhirat. Antaranya ialah, hubungan kerjasama amat perlu dalam menjayakan sesuatu program. Nilai kerjasama perlu wujud dalam diri setiap individu. Sikap mementingkan diri sendiri juga akan mengakibatkan kemusnahan kepada kita. Melalui program BIG fasa 6, saya telah mula lebih mengenali rakan-rakan saya yang sentiasa bertolong antara satu sama lain. Secara keseluruhannya, program BIG ini telah berjaya membuat saya untuk reflek kembali kelemahan diri dan cuba mengaitkan tujuan setiap aktiviti tersebut dengan kehidupan sebenar yang akan saya hadapi apabila keluar mengajar kelak.Sekian, terima kasih.