big 2014

12
Bersyukur kepada Tuhan kerana saya diberi peluang untuk mengikut program khidmat masyarakat bersempena dengan kursus Bina Insan Guru (BIG) yang telah dilaksanakan di SMK Wira Penrissen pada 30 Julai 2011 yang lepas. Sebenarnya saya sentiasa menanti-nantikan khidmat masyarakat ini sepanjang semester ini, selepas saya mengikuti perkhemahan BIG pada semester yang lepas kerana saya percaya bahawa ia akan memberikan satu pengalaman yang luar biasa dan mendalam bagi saya. Saya berasa begitu bersyukur dan sangat gembira selepas menjalankan program khidmat masyarakat ini. Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada aktiviti ini. Pertama sekali, saya sedar bahawa guru dan pentadbir sekolah haruslah sentiasa prihatin dan mencuba untuk memenuhi keperluan fisiologi murid-muridnya. Hal ini demikian kerana pada hari tersebut kami dikehendaki untuk berkumpul di perkarangan TAZA seawal pukul 7 pagi. Oleh itu saya telah bergegas ke situ tanpa memakan sarapan pagi. Namun, apa yang saya berasa terharu ialah pihak pengurusan program khidmat masyarakat ini begitu prihatin dan peka akan keadaan kami dengan menyediakan sarapan pagi untuk kami. Sememangnya penyediaan sarapan pagi tersebut memberikan satu iktibar kepada saya bahawa sebagai seorang guru, kita harus sentiasa memikirkan keperluan-keperluan fisiologi murid, termasuklah makanan dan minuman. Menurut Abraham Maslow (1943), keperluan fisiologi dan keperluan psikologi perlu dipenuhi agar seseorang itu bermotivasi untuk mengembangkan potensi diri, belajar perkara baharu, memanipulasikankeupayaan diri sepenuhnya serta berjaya mencabar diri untuk melakukan yang terbaik. Daripada insiden ini, ia memberikan iktibar kepada saya bahawa apabila saya menjadi seorang guru kelak, saya harus mengambil berat keperluan fisiologi murid saya agar mereka dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan

Upload: ramiahvijaya

Post on 14-Dec-2015

223 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

tentang refleksi big

TRANSCRIPT

Page 1: BIG 2014

Bersyukur kepada Tuhan kerana saya diberi peluang untuk mengikut program

khidmat masyarakat bersempena dengan kursus Bina Insan Guru (BIG) yang telah

dilaksanakan di SMK Wira Penrissen pada 30 Julai 2011 yang lepas. Sebenarnya

saya sentiasa menanti-nantikan khidmat masyarakat ini sepanjang semester ini,

selepas saya mengikuti perkhemahan BIG pada semester yang lepas kerana saya

percaya bahawa ia akan memberikan satu pengalaman yang luar biasa dan

mendalam bagi saya. Saya berasa begitu bersyukur dan sangat gembira selepas

menjalankan program khidmat masyarakat ini. Banyak pengalaman, kebaikan, dan

manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada aktiviti ini.

Pertama sekali, saya sedar bahawa guru dan pentadbir sekolah haruslah

sentiasa prihatin dan mencuba untuk memenuhi keperluan fisiologi murid-

muridnya. Hal ini demikian kerana pada hari tersebut kami dikehendaki untuk

berkumpul di perkarangan TAZA seawal pukul 7 pagi. Oleh itu saya telah bergegas

ke situ tanpa memakan sarapan pagi. Namun, apa yang saya berasa terharu ialah

pihak pengurusan program khidmat masyarakat ini begitu prihatin dan peka akan

keadaan kami dengan menyediakan sarapan pagi untuk kami. Sememangnya

penyediaan sarapan pagi tersebut memberikan satu iktibar kepada saya bahawa

sebagai seorang guru, kita harus sentiasa memikirkan keperluan-keperluan fisiologi

murid, termasuklah makanan dan minuman. Menurut Abraham Maslow (1943),

keperluan fisiologi dan keperluan psikologi perlu dipenuhi agar seseorang itu

bermotivasi untuk mengembangkan potensi diri, belajar perkara baharu,

memanipulasikankeupayaan diri sepenuhnya serta berjaya mencabar diri untuk

melakukan yang terbaik. Daripada insiden ini, ia memberikan iktibar kepada saya

bahawa apabila saya menjadi seorang guru kelak, saya harus mengambil berat

keperluan fisiologi murid saya agar mereka dapat belajar dalam keadaan yang

selesa dan kondusif. Penyediaan makanan sarapan pada pagi tersebut diibaratkan

suntikan semangat yang kental bagi saya untuk melakukan yang terbaik pada hari

tersebut.

Selain itu, saya juga mempelajari bahawa sebagai seorang guru yang

dedikasi dan sanggup berkorban untuk murid, kita haruslah melakukan apa-

Page 2: BIG 2014

apa sahaja yang diamanahkan untuk memastikan kejayaan dan masa depan

murid-murid kita. Hal ini demikian kerana apabila kami sampai ke destinasi kami,

iaitu SMK Wira Penrissen, Kami telah dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan

yang pertama ditugaskan untuk melukis dan mewarna mural pada dinding,

kumpulan yang kedua ditugaskan untuk menghiasi dewan sekolah tersebut, dan

kumpulan yang ketiga diberi tugas merumput dan membunga, serta melakukan

kerja-kerja khas seperti membuat jalan raya sekolah dan sebagainya. Saya berasa

sangat terharu apabila semua peserta termasuk saya menerima apa-apa kerja yang

diamanahkan kepada kami pada kami tanpa sebarang rungutan. Keadaan ini telah

memberikan satu idea kepada saya bahawa sebagai seorang guru yang sanggup

berkhidmat untuk masyarakat, kita tidak patut memilih kerja-kerja yang

semata-mata untuk tujuan kesenangan diri-sendiri sahaja. Sebaliknya, kita

harus berkorban apa jua, sama ada masa, tenaga, jiwa raga, dan sebagainya

untuk kebaikan dan masa depan murid dan sekolah kita. Secara peribadi, saya

dan rakan-rakan sekelas saya diketegorikan dalam kumpulan tiga pada hari

tersebut. Namun, kami tetap memberikan bantuan kepada kumpulan satu dan

kumpulan dua apabila mereka memerlukan bantuan kami. Situasi ini juga

menyedarkan saya bahawa sebagai seorang manusia yang hidup dalam

kumpulan dan kelompok, kita harus memberikan bantuan dan pertolongan

kepada mereka yang memerlukan bantuan kami, tanpa mengira kaum, bangsa

dan ras.

Memandangkan kami ditugaskan untuk merumput dan membunga serta

melakukan kerja-kerja khas sekitar makmal sains sekolah tersebut, maka kami telah

membahagikan kami kepada beberapa kumpulan kecil untuk menjalankan tugas

kami. Daripada peristiwa ini, saya mempelajari bahawa pengurusan masa dan

sumber tenaga adalah amat penting bagi memastikan semua kerja yang

diamanahkan dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan pada kadar

yang efektif dan optimum. Kami juga tidak memberikan apa-apa bantahan

mengenai posisi pembahagian tugas kerana kami bersepakat bahawa kita harus

melakukan apa-apa sahaja dengan sedaya upaya dalam apa jua bidang kerja.

Page 3: BIG 2014

Selepas kami membahagikan kerja kami, maka kami pun mula menjalankan tugas

kami seperti yang telah diamanahkan.

Semasa menjalankan tugas, kami sentiasa membantu dan menolong antara

satu sama lain demi memastikan kerja kami dapat disiapkan pada masa yang telah

ditetapkan. Saya sedar bahawa kerjasama dan toleransi sesama rakan sebaya

adalah sangat penting bagi mewujudkan persekitaran dan suasana sekolah

yang selesa dan kondusif. Ia juga penting bagi memastikan sebarang

pertenglikahan dan persengketaan dapat dielakkan bagi melahirkan alam

persekitaran yang sejahtera dan harmoni. Kesannya, kami berjaya menyiapkan

segala tugas yang diamanahkan kepada kami dalam keadaan suasana yang riang

dan gembira. Jadi, jelaslah di sini bahawa program khidmat masyarakat ini

secara langsung akan dapat merapatkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli

kelas kami dan menyebabkan ikatan persahabatan kami menjadi lebih akrab

dan kukuh.

Bukan itu sahaja, program ini juga secara tidak langsung dapat

membantu kami mengenali rakan-rakan yang berasal dari kumpulan dan

bangsa yang lain. Hal ini demikian kerana kami telah pergi ke sekolah tersebut

untuk menjalankan program kidmat masyarakat bersama-sama dengan kumpulan

yang lain, iaitu PISMP BM Ambilan Januari 2011 dan PISMP PK (BM) Ambilan

Januari 2011. Saya sedar dan mengaku bahawa biasanya kumpulan kami yang

terdiri daripada semua guru pelatih berbangsa Cina kurang bergaul dengan

kumpulan-kumpulan lain, lebih-lebih lagi guru-guru pelatih yang berbangsa lain

disebabkan oleh kursus pengajian dan masa kuliah yang tidak sama. Namun, pada

program khidmat masyarakat ini, kami berasa bertuah kerana berpeluang bergaul

dan berkongsi pendapat dengan mereka yang berasal kumpulan-kumpulan yang

dinyatakan di atas. Daripada pergaulan dengan guru-guru pelatih yang berasal

dari kumpulan lain sepanjang program khidmat masyarakat ini, kami

berpeluang untuk memahami dengan lebih mendalam mengenali masalah

yang dihadapi, amalan budaya dan tradisi mereka, cara pergaulan mereka

dalam kumpulan mereka dan sebagainya. Walaupun masa pergaulan kami

Page 4: BIG 2014

dengan kumpulan-kumpulan lain hanyalah selama setengah hari sahaja, namun

kami berharap agar kami dapat bersama dengan kumpulan mereka lagi dalam

program khidmat masyarakat yang akan diadakan pada masa yang akan datang.

Selain daripada menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan kapada kami

dalam kumpulan tiga, kami juga pergi meninjau dan memberikan bantuan kepada

kumpulan-kumpulan yang lain sekiranya perlu. Sebagai contoh, kami telah pergi

meninjau kumpulan satu yang menjalankan tugas menghiasi dewan pada sekolah

tersebut. Daripada pemerhatian kami berdasarkan kerja-kerja yang dilakukan oleh

ahli-ahli kumpulan tersebut, saya sedar bahawa sebagai seorang guru yang serba

boleh, kita haruslah mempunyai unsur-unsur kekreativiti dan inovasi dalam

menjalankan rutin tugas kita. Hal ini demikian kerana kumpulan tersebut telah

menghiasi dewan sekolah tersebut dengan begitu kreatif sekali, sehingga dewan

tersebut nampak berbeza dan cantik sekali juga berbanding dengan keadaan asal

dewan. Ini menyedarkan saya bahawa kekreativitian ini adalah begitu penting sekali,

khususnya bagi kita yang akan bergelar guru pada masa depan. Hal ini demikian

kerana kita perlu kreatif dalam merancang set induksi, merancang pelan

mengajar, merancang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang P&P,

mereka kertas soalan, mengendalikan projek-projek kelas, dan banyak lagi.

Tanpa unsur kreatif, murid-murid akan berasa bosan dan kesannya, mereka tidak

dapat menerima dan menerap apa yang hendak kita sampaikan. Oleh itu, mula dari

sekarang, saya akan cuba mencungkil potensi kreativiti yang terpendam dalam diri

saya agar saya dapat menjalankan rutin tugas saya dengan kreatif, lancar dan

sempurna pada masa depan kelak.

Selain itu, kumpulan kami juga berpeluang meninjau kumpulan dua yang

ditugaskan untuk melukis dan mewarna mural sekolah pada dinding sekolah

tersebut. Kumpulan tersebut melukis dan mewarna mural sekolah di sekitar pagar

sekolah tersebut. Berdasarkan pemerhatian kami, saya dan rakan-rakan kumpulan

kami sedar bahawa iklim atau budaya sekolah dan bilik darjah yang selesa,

enak dipandang, dan kondusif akan dapat menggalakkan motivasi seseorang

murid untuk belajar. Bayangkan apabila seseorang murid belajar di sebuah

Page 5: BIG 2014

sekolah yang penuh dengan mural sekolah yang begitu cantik, selesa dilihat dan

selesa tanpa sebarang kerosakan dan kekotoran, semangat murid tersebut untuk

belajar di sekolah tersebut pastinya akan meningkat mendadak dan berkobar-kobar

untuk mempelajari sesuatu yang baharu daripada guru-guru mereka. Jadi, jelaslah di

sini bahawa persekitaran sekolah adalah amat penting bagi memotivasikan

seseorang murid untuk belajar dan melakukan yang terbaik dalam pelajaran

mereka.

Di samping itu, saya juga telah mendapat satu pengajaran yang sangat

bermakna dan penting melalui program khidmat masyarakat ini, iaitu bersosial

dengan orang lain akan memudahkan kita dalam masyarakat. Hal ini demikian

kerana kita sebagai manusia tidak dapat hidup tanpa kawan, memandangkan

manusia merupakan golongan yang hidup secara berkumpulan, berorganisasi, dan

bersosial. Dengan kata lain, kita perlu berinteraksi dengan orang lain. Dengan cara

komunikasi yang sesuai, kita akan mendapat banyak kawan yang dapat berkongsi

masalah dan mendapatkan bantuan yang dapat membantu kita menyelesaikan

masalah kita. Dengan mengambil contoh khidmat masyarakat pada kali ini, saya

berpeluang untuk berinteraksi dan berbual-bual dengan Penolong kanan Hal-Ehwal

Muris, guru kaunseling, dan juga guru-guru yang terlibat dalam program khidmat

masyarakat pada hari tersebut. Daripada interaksi dan perbualan kami, saya telah

mengetahui tentang suka dan duka sebagai sebagai seorang guru, masalah-

masalah yang akan dan sering dihadapi oleh seorang guru, khususnya guru baharu

yang baru menamatkan pengajian dari institut pendidikan guru, keadaan sekolah

tersebut, cara-cara mengawal murid di sekolah dan banyak lagi. Semua maklumat

atau informasi yang saya peroleh sepanjang interaksi tersebut adalah amat penting

untuk saya jadikan sebagai panduan suluh api pada masa hadapan. Oleh itu,

jelaslah di sini bahawa sosial yang aktif adalah sangat penting bagi memastikan

kita dapat bergaul dan berkomunikasi dengan orang lain dengan baik. Malah,

saya juga percaya bahawa sebagai seorang guru, kita haruslah berani

berhadapan dengan masyarakat demi menjalinkan perhubungan yang harmoni

dan baik dengan mereka. Contohnya, jikalau saya tidak berani bertegur sapa atau

Page 6: BIG 2014

memberikan salam dengan guru-guru di sekolah tersebut, mustahil saya akan dapat

mendapatkan maklumat atau infomasi seperti yang dinyatakan di atas.

Sehubungan dengan itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

kepada pihak Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang kerana

menyediakan program khidmat masyarakat ini bersempena dengan kursus Bina

Insan Guru untuk mengisi masa lapang kami dan juga untuk melatih kami untuk

menjadi seorang guru yang sentiasa tabah menghadapi cabaran, berani

menghadapi segala masalah dan meningkatkan semangat kami untuk bertekad

menjadi seorang guru yang dedikasi dan cinta akan pekerjaannya. Selain itu, saya

juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Micheal Tarang Jelaming,

Penyelaras program khidmat masyarakat ketua Siri 3 Tahun 2011 kerana sentiasa

membantu kami sepanjang program khidmat masyarakat ini. Ucapan terima kasih

juga tidak lupa ditujukan kepada Encik Tan Ming Tang, tutor kumpulan kami kerana

datang ke SMK Wira Penrisen untuk mengambil berat, membimbing, membantu dan

menolong kami. Saya yakin bahawa tanpa usaha dan kerjasama daripada semua

pihak, mustahil segala aktiviti yang dirancang bersempena dengan program khidmat

masyarakat ini dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.

Jadi ternyata di sini bahawa banyak manfaat yang saya dapat daripada

semua aktiviti yang dijalankan sepanjang khidmat masyarakat ini. Semua

pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat saya aplikasikan agar menjadi

seorang guru yang lebih jitu dan serba boleh. Diharapkan agar aktiviti seperti ini

dijalankan pada masa yang akan datang. Terima kasih sekali lagi kerana

memberikan peluang kepada saya untuk menyertai aktiviti ini.

            Secara keseluruhannya, program khidmat masyarakat ini dijalankan dengan

lancar dan juga telah menepati matlamatnya untuk membentuk insan guru yang

sempurna. Ini merupakan kaedah yang baik untuk membentuk insan guru

yangberakhlak mulia, mempunyai semangat juang yang tinggi, dapat menyesuaikan

diri dalam apa-apa jua keadaan, dan juga dapat mengatasi sebarang cabaran atau

rintangan, lantas melahirkan guru yang seimbang. Program ini juga akan dapat

memberi pendedahan kepada guru pelatih agar sentiasa bersedia untuk mendidik

Page 7: BIG 2014

anak bangsa walau di mana mereka akan ditempatkan kelak. Bukan itu sahaja,

diharapkan program ini turut akan menyediakan mental dan rohani guru pelatih agar

mereka akan bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada negara. Akhir kata,

saya berasa seronok dan bersemangat selepas menyertai program khidmat

masyarakat ini. Diharapkan agar aktiviti ini akan dijalankan setiap tahun. 

Laporan Khidmat Masyarakat:

Kekuatan:Terdapat banyak kekuatan yang dapat diperolehi daripada program khidmat masyarakat ini. Di sini, kami mengemukakan lima wajarannya:

1.    Unsur-unsur seperti kerjasama, tolong menolong dan juga keikhlasan jelas terpamer dan kelihatan dalam setiap aktiviti yang dianjurkan. Contohnya, semasa kerja pengangkutan tanah dijalankan, semua guru pelatih begitu berkerjasama dan bersikap rajin sekali. Hasilnya, kerja ini dapat disiapkan dengan begitu jayanya.

2.    Selain itu, pihak pengurusan xxxx juga memberikan sepenuh kerjasama dari awal ke akhir program. Maka, program khidmat masyarakat ini merupakan suatu  program susulan untuk meneruskan kesinambungan silaturahim ini. Seterusnya memberi aspirasi kepada semua guru pelatih untuk berjaya dalam akademik sekaligus menempatkan diri di menara gading.

3.    Menwujudkan perhubungan erat dan dinamis anatara guru-guru pelatih dengan penduduk setempat disamping bertukar pendapat. Contohnya, kami dapat berinteraksi antara satu sama lain semasa menjalankan tugas. Hal ini membolehkan kami mempelajari kemahiran berkomunikasi.

4.    Program ini dikendalikan dengan pendekatan bersepadu melibatkan empat komponen manusia, iaitu aspek kerohanian, mental, intelektual dan fizikal. Maka, semua guru pelatih akan lebih mengetahui kelemahan dan kekuatan diri mereka sendiri dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

5.    Program khidmat masyarakat sememangnya menyintil atau menyelitkan nilai-nilai yang dikehendaki dalam diri setiap peserta. Sebagai contoh, nilai seperti kasih sayang, cinta kepada alam sekitar, berdikari dan sebagainya dapat dipelajari oleh setiap guru pelatih. Sudah tentu nilai-nilai murni ini dapat mematarbatkan profesion perguruan ini.

Kelemahan:

1.      Bilangan peserta. Bilangan guru yang terlibat dalam program khidmat masayarakat adalah agak ramai, iaitu seramai XX orang. Hal ini menyebabkan kawasan XXX yang agak kecil itu disesaki dengan guru-guru pelatih daripada XXXXX.

Page 8: BIG 2014

2.      Pemilihan kawasan. Kumpulan kami berpendapat bahawa XXX adalah kurang sesuai untuk menjalankan program khidmat masyarakat. Hal ini adalah kerana kawasan XXX adalah agak bersih dan kecil. Maka, kerja yang perlu dilakukan oleh setiap guru pelatih adalah agak berkurangan. Oleh itu, pemilihan sesuatu kawasan itu seharusnya boleh memuatkan pengisian masa, mahupun memenuhi objektif program “khidmat masyarakat” ini.

3.      Motivasi. Guru-guru pelatih kurang bermotivasi semasa Program khidmat masyarakat kali ini. Hal ini mungkin disebabkan kurangnya maklumat ataupun informasi sebelum program ini dijalankan. Maka, guru-guru pelatih tidak membuat persiapan awal. Maka, semangat ataupun motivasi adalah tidak dapat ditingkatkan semasa program ini dijalankan.

Cadangan penambahbaikan:Berdasarkan kepada kelemahan-kelemahan yang dinyatakan di atas, kumpulan kami mengariskan beberapa cadangan penambahbaikan seperti di bawah ini:

1.      Bilangan peserta. Bilangan guru pelatih boleh dibahagikan kepada kumpulan yang lebih kecil lagi semasa khidmat masyarakat dijalankan. Hal ini adalah supaya setiap peserta program khidmat masyarakat ini betul-betul dapat memperolehi manfaat yang setimpalnya. Contohnya, bilangan maksimum guru pelatih boleh dikurangkan kepada 40 orang. Diharapkan dengan ini, setiap guru pelatih dapat mempelajari dan menimba pengalaman ataupun mendapat manfaat yang lebih banyak lagi.  

2.      Pemilihan kawasan. Program khidmat masyarakat ini boleh dijalankan di tempat perkampungan yang berdekatan. Hal ini adalah kerana ianya lebih  mendedahkan guru-guru pelatih dengan masyarakat. Sehubungan itu, profesion perguruan dapat dimantapkan lagi.

3.      Motivasi. Walaupun XXX memberikan taklimat ringkas pada hari tersebut, tetapi guru-guru pelatih agak keliru tentang apa yang perlu dilakukan. Kumpulan kami mencadangkan supaya suatu ceramah ataupun taklimat khas perlu diberikan sebelum hari program khidmat masyarakat ini dijalankan. Hal ini adalah supaya guru-guru pelatih dapat membuat persediaan tentang apa yang perlu dilakukan. Sebagai contoh, makluman bahawa tiada makanan disediakan perlulah dibuat sehari sebelum program ini dijalankan. Sehubungan itu, guru-guru pelatih dapat membuat persediaan dengan membawa makanan dan minuman. Hal ini dengan alasan bahawa terdapat segolongan guru pelatih kelaparan dan sehingga menjejaskan motivasi mereka untuk berkhidmat kepada masyarakat ini.

Refleksi

Aktiviti khidmat masyarakat ini telah diadakan di XXXX. Pada hari tersebut, guru-guru pelatih berkumpul di depan Auditorium XXXX sebelum 8.00 pagi. Selepas taklimat diberikan oleh XXXX dan pensyarah-pensyarah , kami bertolak ke XXXX pada pukul 8.15 pagi dengan XXXXXX.

Page 9: BIG 2014

            Perjalanan ini mengambil masa selama 10 minit untuk sampai ke destinasi. Sesampainya di sana, suatu taklimat ringkas telah diberi kepada guru-guru pelatih oleh pihak pengurusan XXXX. Guru-guru pelatih XXXXXXXXXX  harus menjalani aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan XXXXX. Saya pula mendapat tugas untuk membersihkan kawasan semak di sekitar pokok-pokok bunga. Oleh kerana tugas ini agak ringan, saya telah membantu kawan-kawan menggangkut tanah selepas menyiapkan kerja di atas.

            Secara ringkasnya, aktiviti khidmat masyarakat ini mempunyai beberapa kekuatan. Pertama sekali, aktiviti ini melatih sikap kerjasama antara ahli-ahli kumpulan. Seperti yang diketahui, sikap kerjasama memang penting dalam konteks yang membawa kepada pembangunan sesuatu masyarakat tersebut. Sebagai contoh, dengan berkat kerjasama antara ahli-ahli kumpulan, kami telah berjaya mengangkut tanah dengan begitu cepat sekali.

            Selain itu, program khidmat masyarakat ini juga merupakan suatu aktiviti yang bermakna di samping dapat menyihatkan tubuh badan kita. Maka, ianya merupakan peluang yang baik untuk semua guru pelatih bersenam dan memberikan sedikit sumbangan kepada masyarakat ini. Bukan itu sahaja, program ini juga berjaya membawa diri saya lebih mendekati dengan masyarakat.

            Dari segi kelemahan pula, saya rasa bilangan guru pelatih yang terlibat adalah agak ramai berbanding kawasan ataupun kerja yang ditetapkan. Untuk makluman, jumpah guru pelatih adalah seramai XX orang, manakala kawasan XXXX itu adalah kecil. Hal ini menyebabkan ada sesetengah guru pelatih mencuri tulang. Kelemahan seterusnya adalah seperti kawasan yang dipilih untuk program khidmat masyarakat itu kurang sesuai. Pada pendapat saya, kawasan XXXX adalah agak bersih. Oleh itu, kerja yang perlu dilakukan adalah agak berkurangan.

            Sebagai cadangan penambahbaikan, saya berasa bahawa bilangan guru-guru pelatih harus dikurangkan supaya program ini betul-betul kelihatan seperti program khidmat masyarakat. Selain itu, kawasan yang dipilih itu juga harus lebih besar lagi. Hal ini adalah supaya guru-guru pelatih dapat menimba ilmu pengetahuan yang lebih banyak lagi. Sebagai contoh, kawasan seperti perkampungan boleh dipertimbangkan.

Secara tuntasnya, program khidmat masyarakat memang memberikan manfaat yang tidak terkira nilainya kepada setiap guru pelatih yang mengambil bahagian. Saya berharap di masa yang akan datang, saya berharap dapat menyertai lagi program seperti ini untuk menimba pengalaman yang baharu.

 Atas berkat dan kesyukuran Tuhan, saya telah berjaya menghabiskan program Bina

Insan Guru (BIG) fasa dua pada 22 September 2012 bertempat di Tamu

Donggongon. Sebelum memulakan perjalanan ke sana, saya berasa risau dengan

cuaca mendung dan perasaan ini hilang sebaik sahaja saya menaiki bas IPG

Kampus Gaya. Perasaan teruja juga menyelubungi saya pada pertama kalinya saya

mengunjungi tamu tersebut.

Page 10: BIG 2014

            Sebaik sampai ke destinasi, saya dan rakan-rakan lain ditempatkan di ruang

luas dan mendengar taklimat daripada Encik Ladius Emor tentang aktiviti yang bakal

dijalankan. Saya berasa gembira apabila sampai ke destinasi dengan selamat.

Pegawai berkuasa tempatan, Encik Albert juga mengambil masa untuk memberi

taklimat ringkas tentang pekan Donggongon dan kawasan tamu. Seorang pegawai,

Cik Nomi juga memberikan taklimat tentang Kempen Anti Kutu Sabah (KAKS) yang

bertujuan untuk menangkap dan memerangi orang yang membuang sampah atau

mengotorkan kawasan pekan. Taklimat yang diberikan oleh mereka amat memberi

inspirasi dan rangsangan kepada saya. Usaha yang dijalankan oleh pihak berkuasa

tempatan amat memberangsangkan saya untuk bersungguh-sungguh dalam

membuat kerja pembersihan.

Maka, selaras dengan program BIG yang ditetapkan dalam kursus PISMP,

saya menjalankan aktiviti khidmat masyarakat yang berbentuk kerja pembersihan

kawasan tamu. Pembahagian kumpulan dijalankan mengikut opsyen kepada lima

kumpulan. Alat pembersihan juga dibekalkan, termasuklah penyapu, penyodok,

cangkul, plastik sampah dan lain-lain. Melalui kerja mencabut rumput di kawasan

jalanan, saya berasa penat tetapi seronok disebabkan dapat mencantikkan lagi

kawasan jalanan tersebut. Melihat rakan lain bertungkus-lumus untuk menyiapkan

kerja, saya juga membantu mereka atas kesungguhan mereka. Saya pernah

mengangkat cangkul dan penyodok tetapi menggunakan alat-alat tersebut turut

memenatkan saya. Namun diri saya juga dapat mencepatkan proses kerja dan

melatih otot tangan. Bak kata pepatah, “sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit”. Saya

juga menyedari bahawa usaha yang kecil namun jika dikumpulkan akan menjadi

satu usaha yang besar dan bermakna dalam melindungi muka bumi ini.

           

Melalui aktiviti khidmat masyarakat ini, saya berpeluang merasai budaya dan

kehidupan masyarakat tempatan. Sikap ramah mesra yang diamalkan oleh mereka

amat menyenangkan dan memberi iktibar kepada saya. Pemerhatian yang didapati

daripada mereka menekankan kepada interaksi penduduk yang berbeza kaum amat

mengharukan saya. Kerjasama antara ahli kumpulan dan antara kumpulan juga

melancarkan kerja pembersihan. Sikap toleransi dan tolong-menolong amat penting

untuk menjayakan sesuatu program. Demikianlah dengan nilai kesabaran yang

dicerminkan melalui ketahanan guru pelatih untuk bekerja di bawah panas terik

matahari. Saya juga menikmati suasana bekerja yang ceria dan aktif dengan

seronoknya. Pengalaman dan perasaan ini amat berharga kepada saya untuk

menimba pengalaman hidup dan menambah kematangan saya untuk menguruskan

aktiviti sebegitu di masa depan.

Page 11: BIG 2014

            Saya juga menghargai layanan masyarakat tempatan, terutama senyuman

yang dilemparkan dan penyediaan makanan kepada saya. Apabila melihat mereka

berasa puas hati atas kawasan tamu yang menjadi lebih bersih, ini telah menjadi

kepuasan saya. Walaupun peluh dan kepenatan menyelubungi saya, saya tetap

berasa berbaloi untuk menyumbangkan tenaga dan masa demi kebersihan dan imej

kawasan tamu serta pekan Donggongon. Saya berharap dapat terus melibatkan diri

dalam usaha khidmat masyarakat di tempat lain. Semua usaha yang dijalankan

diharapkan dapat mengurangkan sampah dan meningkatkan tahap kebersihan alam

sekitar.