kerohanian / pendidikan moral ( pilih 2...

25
BUKU PANDUAN UJIAN KENAIKAN PANGKAT SARJAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH 1

Upload: vanthu

Post on 15-Mar-2019

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BUKU PANDUAN UJIAN KENAIKAN

PANGKAT SARJANTUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

DISEDIAKAN OLEH :JAWATANKUASA TEKNIK KADET REMAJA SEKOLAH

1

PENDAHULUAN

Buku ini merupakan garis panduan yang boleh digunakan oleh guru-guru di

sekolah dalam ujian kenaikan pangkat Sarjan Tunas Kadet Remaja Sekolah. Guru dan

murid boleh menyesuaikan buku ujian ini berdasarkan keadaan persekitaran, budaya

kaum dan elemen-elemen lain berlandaskan teras dan kurikulum Tunas Kadet Remaja

Sekolah. Namun Buku Panduan Kadet Remaja Sekolah dan Tunas KRS merupakan

rujukan utama dalam menjalankan aktiviti Tunas Kadet Remaja Sekolah.

Ahli- ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah yang ingin menjalani ujian pangkat akan

dapat membuat persedian awal dan seterusnya mewujudkan daya saing yang sihat di

kalangan ahli-ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah dalam memperolehi pangkat.

Sehubungan itu, ujian-ujian ini akan melahirkan ahli-ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah

yang berkualiti, berketrampilan dan berwibawa yang bakal menjana generasi yang ’

Cemerlang, Gemilang dan Terbilang ’.

Terhasilnya buku ini diharap dapat memberikan pengetahuan dan meningkatkan

ilmu ahli-ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah selaras dengan motto Kadet Remaja

Sekolah iaitu ’ ILMU, IMAN dan AMAL ’.

2

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH ( TKRS )KAD UJIAN KENAIKAN PANGKAT

UJIAN KELAYAKAN : SARJAN TKRSNAMA : TAHUN :Syarat-Syarat :

i. Lulus Ujian Kelayakan KPL TKRS ( selepas 6 bulan )ii. Memiliki buku catatan khas

Bil. Perkara Tarikh Lulus & Pengesahan

A. Kerohanian / Pendidikan Moral ( Pilih 2 sahaja )i) Menyanyikan 2 lagu nasihatii) Mengarang satu cerita rekaan mengenai nilai murni

( 80 – 100 pp ) iii) Menghafaz Ayat Kursi atau doa selepas solat iv) Mengarang satu kisah Nabi ( 50 – 80 pp ) v ) Mengarang satu cerita perayaan kaum di Malaysia ( 80 – 100 pp ) vi) Buku skrap – tempat ibadat kaum-kaum di Malaysia

B. Ketatanegaraani. Menyanyikan satu lagu patriotikii. Mengenal latarbelakang 3 pemimpin utama negeri/negara

secara ringkas

C. Ketahanan Diri i. Kawat

- Berkebolehan mengendalikan skuad serta memberi arahan & perintah kawat statik dan dinamik dengan betul.

ii. Ikatan Tali- Membina satu gejet mudah

D. BANTU MULA - Teori dan amali usungan

E. KHIDMAS- Wawancara seorang pemimpin/tokoh tempatan

F. Alam Sekitar- Membantu mengendalikan satu projek kitar semula/

projek keceriaan sekolah

G. Keusahawanan- Menghasilkan kraftangan daripada bahan terbuang/ Membantu mengendalikan dan merekodkan Penjualan bahan- bahan kitar semula

H. Kebudayaan Mengendalikan satu persembahan kebudayaan

KEROHANIAN / PENDIDIKAN MORAL ( Pilih 2 sahaja )

3

A.1 Menyanyikan 2 lagu nasihat.

Tajuk : Lagu nasihat.

Kaedah : Nyanyian.

Tempat : Kawasan yang bersesuaian.

Matlamat : Menghayati nilai murni dan pengajaran daripada lagu-lagu nasihat.

Objektif : Pelajar dapat membina unsur-unsur kemurniaan dalam diri dan membentuk peribadi mulia.

Sumber : Bahan edaran.

Sebelum aktiviti : Memastikan semua peserta telah bersedia untuk menjalankan aktiviti.Memastikan semua bahan edaran lengkap dan bersesuaian.Mengasingkan antara kadet Putera dan kadet Puteri.

Semasa aktiviti : Memastikan peserta dalam keadaan terkawal.Memberi penerangan dan arahan yang jelas dan tepat kepada pelajar.Membantu dan menilai nyanyian dengan pelajar

Selepas aktiviti : Guru mengadakan perbincangan dan aktiviti soal jawab dengan pelajar.Jurulatih membuat rumusan.

Kandungan Aktiviti :

Senarai lagu – lagu nasihat :

1. Bangau Oh Bangau.2. Budi Bahasa Budaya Kita.

A.2 Mengarang satu cerita rekaan mengenai nilai murni ( 80-100 pp )

4

Tajuk : Cerita rekaan.

Kaedah : Mengarang.

Tempat : Kawasan yang bersesuaian.

Matlamat : Mendedahkan pelajar kepada amalan-amalan yang baik yang boleh dicontohi dalam kehidupan seharian.

Objektif : Mendidik pelajar mengamalkan sikap yang positif.Memupuk pelajar menjadi pelajar yang berakhlak dan bermoral.

Sumber : Alat tulis, kertas tulis, bahan edaran.

Sebelum aktiviti : Mengenalpasti lokasi yang sesuai.Memastikan semua peralatan telah disediakan oleh pelajar.Mengasingkan antara kadet Putera dan kadet Puteri.

Semasa aktiviti : Memastikan pelajar mendapat arahan yang jelas.Memastikan pelajar dalam keadaan terkawal.Pelajar membuat ujian bertulis.

Selepas aktiviti : Guru mengadakan perbincangan dan aktiviti soal jawab dengan pelajar.Jurulatih membuat rumusan.

Kandungan aktiviti :

Contoh-contoh cerita teladan :

1. Anjing dengan bayang-bayang.2. Si Tikus dengan Sang Singa.3. Kura-Kura dengan Arnab4. Burung Merak yang sombong

A.3 Menghafaz Ayat Kursi atau doa selepas solat

5

Tajuk : Ayat Kursi atau doa selepas solat.

Tempat : Surau sekolah.

Matlamat : Pelajar dapat menghafaz secara lisan Ayat Kursi atau doa selepas solat dengan lancar.

Objektif : Membentuk peribadi pelajar yang mukminMelahirkan pelajar yang beriman.

Sumber : Al – Quran/bahan edaran.

Sebelum aktiviti : Mengasingkan antara kadet Putera dan kadet Puteri. Mengenalpasti lokasi yang sesuai.

Memastikan bahan edaran lengkap dengan surah-surah yang dihafal.

Semasa aktiviti : Memastikan peserta dalam keadaan terkawal.Memberi penerangan yang jelas kepada pelajar.Memastikan pelajar dapat menghafaz surah dengan lancar.

Selepas aktiviti : Jurulatih membuat rumusan.Pelajar lemah dibimbing oleh jurulatih

Kandungan aktiviti :

1. Ayat kursi..2. Doa selepas solat.

6

A.4 Mengarang satu kisah Nabi ( 50 – 80 pp )

7

Tajuk : Kisah Nabi.

Kaedah : Mengarang.

Tempat : Kawasan yang bersesuaian.

Matlamat : Mendedahkan pelajar kepada amalan-amalan Nabi yang boleh dicontohi dalam kehidupan seharian.

Objektif : Mendidik pelajar mengamalkan sikap yang positif.Memupuk pelajar menjadi pelajar yang berakhlak dan bermoral.

Sumber : Alat tulis, kertas tulis, bahan edaran.

Sebelum aktiviti : Mengenalpasti lokasi yang sesuai.Memastikan semua peralatan telah disediakan oleh pelajar.Mengasingkan antara kadet Putera dan kadet Puteri.

Semasa aktiviti : Memastikan pelajar mendapat arahan yang jelas.Memastikan pelajar dalam keadaan terkawal.Pelajar membuat ujian bertulis.

Selepas aktiviti : Guru mengadakan perbincangan dan aktiviti soal jawab dengan pelajar.Jurulatih membuat rumusan.

Kandungan aktiviti :

Contoh-contoh cerita teladan :

1. Sirah Rasulullah SAW.2. Nabi Musa dan mukjizatnya.3. Bahtera Nabi Noh.4. Nabi Sulaiman dan semut api.5. Pengorbanan Nabi Ibrahim.

A.5 Mengarang satu cerita perayaan kaum di Malaysia. ( 80 – 100 pp )

8

Tajuk : Cerita Perayaan.

Kaedah : Mengarang.

Tempat : Kawasan yang bersesuaian.

Matlamat : Memberi gambaran perayaan setiap kaum yang terdapat di Malaysia.

Objektif : Memupuk semangat perpaduan di antara kaum.Membina sikap toleransi dan hormat – menghormati.

Sumber : Alat tulis, kertas tulis, bahan edaran.

Sebelum aktiviti : Mengenalpasti lokasi yang sesuai.Memastikan semua peralatan telah disediakan oleh pelajar.Mengasingkan antara kadet Putera dan kadet Puteri.

Semasa aktiviti : Memastikan pelajar mendapat arahan yang jelas.Memastikan pelajar dalam keadaan terkawal.Pelajar membuat ujian bertulis.

Selepas aktiviti : Guru mengadakan perbincangan dan aktiviti soal jawab dengan pelajar.Jurulatih membuat rumusan.

Kandungan aktiviti :

Contoh-contoh cerita teladan :

1. Cerita perayaan Hari Raya Puasa.2. Cerita perayaan Tahun Baru Cina.3. Cerita perayaan Deepavali.4. Cerita perayaan Krismas.

B. KETATANEGARAAN

9

B. 1 Menyanyikan satu lagu patriotikTopik : Menyanyikan satu lagu patriotik.

Tempat : Kawasan yang sesuai / bilik darjah.

Matlamat : Mewujudkan semangat patriotik di kalangan peserta.

Objektif : Mendidik peserta memahami, menghormati dan menyayangi

tanah air.

Kumpulan Sasar : Peserta kursus.

Peralatan : Bahan edaran.

Personel : Urusetia, jurulatih, peserta.

Sebelum Aktiviti : Mengenalpasti lokasi yang sesuai.

Mengasingkan peserta lelaki dan perempuan.

Semasa aktiviti : Memastikan peserta mendapat arahan yang jelas

Memastikan peserta dalam keadaan terkawal

Peserta menyanyikan sebuah lagu patriotisme.

Selepas aktiviti : Jurulatih merumuskan pelajaran.

Kandungan Aktiviti : Lagu Patriotik ”MALAYSIAKU GEMILANG”

MALAYSIAKU GEMILANG

Marilah kita semuaAtas nama negara bangsaDengan tekad muliaMaju berwawasanMencipta keagungan

Berpadulah kita semuaDi dalam satu suaraDengan degupan MerdekaJulang budaya bangsaUntuk Malaysia tercinta

Malaysiaku gemilangMerdekanya terbilangBerdaulat dan makmurBerjaya kami syukur

Malaysia, kebebasan kedamaianMalaysia, kebahagiaan kebanggaanMalaysia, cemerlang terbilangMalaysiaku gagah gemilang

10

B. vii Topik : Mengenal latarbelakang 3 pemimpin utama negeri/negara secara

ringkas.

Tempat : Kawasan yang sesuai / dewan.

Matlamat : Mewujudkan semangat patriotik peserta.

Objektif : Mendidik peserta memahami, menghormati dan menyayangi

tanahair.

Kumpulan Sasar : Peserta kursus.

Peralatan : Alat tulis, buku tulis, bahan edaran.

Personel : Urusetia, jurulatih, peserta.

Sebelum Aktiviti : Mengenalpasti lokasi yang sesuai.

Memastikan peralatan dibawa oleh setiap peserta.

Mengasingkan peserta lelaki dan perempuan.

Semasa aktiviti : Memastikan peserta mendapat arahan yang jelas.

Memastikan peserta dalam keadaan terkawal.

Peserta membuat ujian bertulis.

Selepas aktiviti : Peserta dapat menghafaz ikrar dan rukun negara dengan lancar.

Kandungan Aktiviti :

11

Contoh borang kajiselidik

1. Nama penuh : _______________________________________________

2. Jawatan :_______________________________________________

3. Umur :_______________________________________________

4. Tarikh Lahir :_______________________________________________

5. Negeri asal :_______________________________________________

6. Kedudukan dalam keluarga :___________________________________

7. Nama isteri/suami :_________________________________________

8. Bilangan anak :_________________________________________

9. Pendidikan awal :_________________________________________

Menengah :_________________________________________

10. Kelulusan tertinggi :_________________________________________

11. Tempoh berkhidmat :________________________________________

12. Hobi masa lapang :_________________________________________

( peserta dibenarkan menambah maklumat yang bersesuaian)

C. KETAHANAN DIRI

12

C.1 Kawat

Tajuk : Arahan dan perintah Kawat

Kaedah : Lisan

Tempat : Kawasan yang bersesuaian.

Matlamat : Pelajar dapat mengendalikan skuad serta memberi arahan dan perintah kawat statik dan dinamik dengan betul.

Objektif : Membina keyakinan diri semasa memberikan arahan.Melahirkan pelajar yang mempunyai disiplin diri yang tinggi.

Sumber : Bahan edaran.

Sebelum aktiviti : Mengenalpasti lokasi yang sesuai.Mengasingkan antara kadet Putera dan kadet Puteri.

Semasa aktiviti : Memastikan pelajar mendapat arahan yang jelas.Memastikan pelajar dalam keadaan terkawal.Pelajar membuat ujian memberikan arahan dan perintah Kawat.

Selepas aktiviti : Guru mengadakan perbincangan dan aktiviti soal jawab dengan pelajar.Jurulatih membuat rumusan.

Kandungan aktiviti :

1. Kawat statik Bahagian 1 – sediaBahagian 2 - senang diriBahagian 3 – rehatkan diriBahagian 4 – masuk barisBahagian 5 – membetulkan barisanBahagian 6 – nomborBahagian 7 – buka / tutup barisanBahagian 8 – berpusing ke kanan/kiri/belakangBahagian 9– bersurai dan keluar barisBahagian 10– paras

2. Kawat DinamikBahagian 1 – berjalan.Bahagian 2 - berjalan dan berhenti dalam masa cepat jalan.Bahagian 3 – berhenti.Bahagian 4 – berjalan dan berhenti dalam perlahan jalan.Bahagian 5 – langkah ke hadapan/kebelakang.Bahagian 6 – belokBahagian 7 – berpusing semasa perlahan jalan.Bahagian 8 – berpusing semasa cepat jalan.Bahagian 9– hentak kaki.Bahagian 10– maju dan berhenti dalam perlahan dan cepat jalan.( sila rujuk Buku Panduan Tunas Kadet Remaja Sekolah )

C. 2. Ikatan tali

13

Tajuk : Gajet mudah.

Kaedah : Amali

Tempat : Kawasan yang bersesuaian.

Matlamat : Pelajar boleh menggunakan kemahiran ikatan tali untuk membina gajet.

Objektif : Membina satu gajet mudah.

Sumber : Tali, buluh/kayu.

Sebelum aktiviti : Mengenalpasti lokasi yang sesuai.Mengasingkan antara kadet Putera dan kadet Puteri.Memastikan tali,buluh/kayu lengkap dan mencukupi.

Semasa aktiviti : Memastikan pelajar mendapat arahan yang jelas.Memastikan pelajar dalam keadaan terkawal.Pelajar membuat ujian membuat gajet.

Selepas aktiviti : Guru melakukan penilaian dan aktiviti soal jawab dengan pelajar.

Jurulatih membuat rumusan.Kandungan aktiviti :

D. BANTU MULA

14

Topik : Teori dan amali usungan.

Tempat : Kawasan yang sesuai / bilik darjah/dewan.

Matlamat : Melahirkan peserta yang boleh membuat tindakan awal semasa

berlaku kemalangan kecil atau kecemasan.

Objektif : Mendidik peserta memahami dan mengetahui teknik asas

melakukan rawatan kecil.

Kumpulan Sasar : Peserta kursus.

Peralatan : Alat tulis, buku tulis, bahan edaran, peti kecemasan.

Personel : Urusetia, jurulatih, peserta.

Sebelum Aktiviti : Mengenalpasti lokasi yang sesuai

Memastikan peralatan dibawa oleh setiap peserta

Mengasingkan peserta lelaki dan perempuan

Semasa aktiviti : Memastikan peserta mendapat arahan yang jelas

Memastikan peserta dalam keadaan terkawal

Peserta membuat ujian bertulis.

Selepas aktiviti : Peserta dapat membuat usungan dengan teknik yang betul.

Kandungan Aktiviti :

Contoh:

E. KHIDMAS

15

Tajuk : Wawancara.

Kaedah : Lisan.

Tempat : Kawasan yang bersesuaian.

Matlamat : Mengenali pemimpin/tokoh tempatan.

Objektif : Membina keyakinan diri pelajar untuk berinteraksi.Melahirkan rasa bangga terhadap pemimpin dan tokoh tempatan.

Sumber : Alat tulis, kertas tulis,bahan edaran dan pita rakaman.

Sebelum aktiviti : Mengenalpasti lokasi yang sesuai.Mengenalpasti pemimpin/tokoh tempatan yang hendak diwawancara.

Semasa aktiviti : Memastikan pelajar mendapat arahan yang jelas.Memastikan pelajar mengikuti segala peraturan semasa membuat

wawancara.

Selepas aktiviti : Guru mengadakan perbincangan dan aktiviti soal jawab dengan pelajar.Jurulatih membuat rumusan.

Kandungan aktiviti :

Contoh-contoh Pemimpin/tokoh tempatan :

1. Guru Besar.2. Pengerusi PIBG.3. Penghulu/Imam/Pengerusi Penduduk.4. Ketua Daerah/Tokoh Usahawan/Tokoh Belia5. Ahli Politik/Tokoh Pesara.

F. ALAM SEKITAR

16

Tajuk : Projek Kitar Semula/ Projek Keceriaan.

Kaedah : Amali.

Tempat : Kawasan yang bersesuaian.

Matlamat : Membina daya kreativiti dan inovatif untuk reka bentuk sebuah projek.

Objektif : Menghasilkan satu projek daripada bahan kitar semula.Merancang satu projek keceriaan sekolah.

Sumber : Bahan yang bersesuaian.

Sebelum aktiviti : Mengenalpasti lokasi yang sesuai.Memastikan semua peralatan telah disediakan oleh pelajar.Mengasingkan antara kadet Putera dan kadet Puteri.

Semasa aktiviti : Memastikan pelajar mendapat arahan yang jelas.Memastikan pelajar dalam keadaan terkawal.Pelajar membuat hasilan/perancangan projek.

Selepas aktiviti : Guru mengadakan perbincangan dan aktiviti soal jawab dengan pelajar.Jurulatih membuat rumusan.

Kandungan aktiviti :

Contoh-contoh projek bahan kitar semula :

1. Bekas bunga daripada botol plastik.2. Kolaj daripada surat khabar.3. Penanda buku daripada kertas majalah.4. Bekas pensil daripada bekas minuman.

Contoh-contoh keceriaan sekolah :

1. Sudut bacaan.2. Kolam ikan.3. Taman bunga/sains/haiwan.4. Bilik darjah/khas.

G. KEUSAHAWANAN

17

Tajuk : Kraftangan/Jualan bahan kitar semula.

Kaedah : Amali.

Tempat : Kawasan yang bersesuaian.

Matlamat : Memberi pendedahan awal asas keusahawanan.

Objektif : Menghasilkan satu kraftangan daripada bahan terbuang.Membantu mengendalikan dan merekodkan hasil jualan bahan kitar

semula.

Sumber : Bahan yang bersesuaian.

Sebelum aktiviti : Mengenalpasti lokasi yang sesuai.Memastikan semua peralatan telah disediakan oleh pelajar.Mengasingkan antara kadet Putera dan kadet Puteri.

Semasa aktiviti : Memastikan pelajar mendapat arahan yang jelas.Memastikan pelajar dalam keadaan terkawal.Pelajar membuat kraftangan/perancangan jualan.

Selepas aktiviti : Guru mengadakan perbincangan dan aktiviti soal jawab dengan pelajar.Jurulatih membuat rumusan.

Kandungan aktiviti :

Contoh-contoh kraftangan bahan terbuang :

1. Tempat bunga daripada tayar terpakai.2. Tabung daripada buluh/tempurung.3. Perkakasan kebun daripada tin/plastik/tempurung/buluh.4. Perabot daripada buluh/kayu/tayar.

Contoh-contoh perancangan jualan bahan-bahan kitar semula :

1. Hari Kantin Sekolah.2. Hari KoKurikulum.3. Minggu Keusahawanan.4. Hari Sukan.

H. KEBUDAYAANTopik : Mengendalikan satu persembahan kebudayaan.

18

Tempat : Kawasan yang sesuai / dewan.

Matlamat : Melahirkan insan yang berani, berketerampilan dan mencintai

kebudayaan sendiri.

Objektif : Mendidik peserta memahami dan bangga dengan kebudayaan

sendiri.

Kumpulan Sasar : Peserta kursus

Peralatan : Alat tulis, buku tulis

Personel : Urusetia, jurulatih, peserta

Sebelum Aktiviti :Mengenalpasti lokasi yang sesuai

Memastikan peralatan dibawa oleh setiap peserta

Mengasingkan peserta lelaki dan perempuan

Semasa aktiviti : Memastikan peserta mendapat arahan yang jelas

Memastikan peserta dalam keadaan terkawal

Peserta membuat DUA persembahan kebudayaan.

Selepas aktiviti :

Kandungan aktiviti :

1. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.

2. Setiap kumpulan dikehendaki memilih satu jenis persembahan kebudayaan seperti koir,

dikir barat, dan sebagainya tetapi setiap kumpulan tidak dibenarkan membuat

persembahan yang sama antara satu kumpulan dengan satu kumpulan.

3. Setiap kumpulan diberi masa 30 minit hingga 45 minit untuk membuat persediaan

persembahan.

4. Setiap kumpulan diminta membuat persembahan masing-masing.

5. Selepas selesai persembahan satu-satu kumpulan, sesi memberi cadangan, komen,

pendapat dan sebagainya dibuka selama 5 minit tetapi mestilah yang positif dan

membina.

6. Selepas semua kumpulan selesai membuat persembahan, peserta diberi masa 5 minit

untuk memberi keputusan persembahan terbaik. Namun begitu, urusetia/jurulatih

mestilah menyediakan panel hakim untuk menilai keputusan yang diberi.

(Nilai murni:Ini bertujuan untuk memupuk peserta memberi keputusan yang adil walaupun

tidak menyebelahi kumpulan mereka.)

19