spdukm.ukm.myspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · web viewnyatakan kriteria akademik dan mekanisme...

27
BIDANG 4: PEMILIHAN DAN KHIDMAT SOKONGAN PELAJAR 4.1 Kemasukan dan Pemilihan Maklumat Berkenaan Standard Asas 4.1.1 Siapakah yang bertanggungjawab dalam pemilihan pelajar? Nyatakan kriteria akademik dan mekanisme yang digunakan untuk kemasukan pelajar dalam program dan sebarang keperluan tambahan. Tunjukkan bukti bahawa dasar dan mekanisme kemasukan adalah bebas daripada diskiriminasi dan prasangka. Urusan pemilihan kemasukan pelajar dikendalikan oleh Pusat Pengurusan Siswazah (PPS) dan pihak Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Namun demikian, pihak Program yang menentukan syarat kemasukan minima bagi pelajar pelajar baru. Fakulti pula berhak menentukan syarat kemasukan tambahan. Borang permohonan calon dikumpulkan dan di panjangkan ke Pusat Pengajian untuk di pertimbangan. Setelah keputusan dibuat, senarai calon yang berjaya dan gagal di hantar semula ke Fakulti dan PPS. Syarat penerimaan masuk adalah sepertimana yang telah digariskan dalam Akta Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Siswazah) dan Peraturan – peraturan UKM (Pengajian Siswazah) untuk sarjana Kerja Kursus di bawah perkara Bahagian II Syarat Kemasukan). Boleh dirujuk pada www.ukm.my/pps atau Brosur Siswazah UKM – Program dan Syarat Kemasukan Am http://www.ukm.my/pps/wp-content/uploads/2013/04/Semester-I- September-2013-2014-BM-dan-BI.pdf Pemohon perlu memenuhi syarat am universiti dan syarat keperluan khas program seperti berikut: Syarat Penerimaan Masuk 60

Upload: others

Post on 25-Dec-2019

39 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: spdukm.ukm.myspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewNyatakan kriteria akademik dan mekanisme yang digunakan untuk kemasukan pelajar dalam program dan sebarang keperluan tambahan

BIDANG 4: PEMILIHAN DAN KHIDMAT SOKONGAN PELAJAR

4.1 Kemasukan dan Pemilihan

Maklumat Berkenaan Standard Asas

4.1.1 Siapakah yang bertanggungjawab dalam pemilihan pelajar? Nyatakan kriteria akademik dan mekanisme yang digunakan untuk kemasukan pelajar dalam program dan sebarang keperluan tambahan. Tunjukkan bukti bahawa dasar dan mekanisme kemasukan adalah bebas daripada diskiriminasi dan prasangka.

Urusan pemilihan kemasukan pelajar dikendalikan oleh Pusat Pengurusan Siswazah (PPS) dan pihak Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Namun demikian, pihak Program yang menentukan syarat kemasukan minima bagi pelajar pelajar baru. Fakulti pula berhak menentukan syarat kemasukan tambahan.

Borang permohonan calon dikumpulkan dan di panjangkan ke Pusat Pengajian untuk di pertimbangan. Setelah keputusan dibuat, senarai calon yang berjaya dan gagal di hantar semula ke Fakulti dan PPS.

Syarat penerimaan masuk adalah sepertimana yang telah digariskan dalam Akta Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Siswazah) dan Peraturan – peraturan UKM (Pengajian Siswazah) untuk sarjana Kerja Kursus di bawah perkara Bahagian II Syarat Kemasukan). Boleh dirujuk pada www.ukm.my/pps atau Brosur Siswazah UKM – Program dan Syarat Kemasukan Am http://www.ukm.my/pps/wp-content/uploads/2013/04/Semester-I-September-2013-2014-BM-dan-BI.pdf

Pemohon perlu memenuhi syarat am universiti dan syarat keperluan khas program seperti berikut:

Syarat Penerimaan Masuk

Calon yang ingin memohon mengikuti Program Siswazah (Sarjana) mestilah mempunyai kelayakan seperti berikut:

60

Page 2: spdukm.ukm.myspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewNyatakan kriteria akademik dan mekanisme yang digunakan untuk kemasukan pelajar dalam program dan sebarang keperluan tambahan

a. Ijazah Sarjana muda dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang baik dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat atau

b. Ijazah Doktor Perubatan atau Doktor Pergigian dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat atau;

c. Kelulusan lain yang setaraf dengan ijazah Sarjana muda dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman yang diiktiraf oleh Senat.

Syarat tambahan fakulti:

d. Lain lain kelayakan yang setaraf dengan ijazah sarjana muda dengan lain lain pengalaman dalam bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh senat UKM (sekurang-kurangnya PNGK sama atau lebih dari 2.7 dan 5 tahun pengalaman dalam bidang berkenaan)

e. Lain-lain keperluan yang terdapat dalam Akta Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

#Pengecualian akan diberikan berdasarkan kes-kes tertentu seperti pengalaman kerja lebih 5 tahun dalam bidang berkaitan.

Keperluan Bahasa Melayu

Calon-calon dari luar negara diwajibkan mengikuti dua kursus bernilai empat unit kursus Bahasa Melayu yang ditetapkan oleh Universiti. Pengecualian boleh diberi kepada calon-calon yang telah mengikuti kursus Bahasa Melayu setara anjuran badan lain yang diiktiraf oleh Universiti.

4.1.2 Tunjukkan bukti bahawa pelajar yang dipilih memenuhi dasar kemasukan.

Pengambilan pelajar adalah berdasarkan kepada kriteria akademik seperti yang telah dinyatakan sebelum ini. Sebagai contoh, pelajar baru yang diterima masuk ke Program Pengajian Bahasa Inggeris untuk sesi Sem 1 sesi 2013/2014 adalah seperti berikut :

61

Page 3: spdukm.ukm.myspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewNyatakan kriteria akademik dan mekanisme yang digunakan untuk kemasukan pelajar dalam program dan sebarang keperluan tambahan

Program Pengajian Bahasa Inggeris

 Sarjana

MEMOHON TERIMA

46 36

4.1.3 Jelaskan mekanisme dan kriteria kemasukan pelajar yang mempunyai kelayakan lain yang setaraf (jika berkenaan)

Pihak program menerima kemasukan pelajar yang mempunyai kelayakan setaraf melalui mekanisme sama. Antara kriteria kemasukan adalah:

Mereka yang berpengalaman bekerja sekurang kurangnya lima tahun dalam bidang berkaitan atau pelajar dari program, fakulti atau institut lain yang ingin menukar program pengajian. Bagaimanapun, syarat kelayakan minimum masih perlu dipenuhi dan jika perlu calon akan ditemuduga oleh pihak pentadbir pusat pengajian.

4.1.4 Jelaskan bagaimana mekanisme dan kriteria diterbit dan disebarkan.

Mekanisme dan criteria berkaitan syarat kemasukan pelajar diterbitkan dan disebarkan melalui dua cara iaitu (1) Buku Panduan Kemasukan Pelajar Siswazah dan (2) laman sesawang fakulti di alamat http://www.fssk.ukm.my

Selain daripada itu , mekanisme dan kriteria kemasukan juga disebarkan kepada kumpulan sasaran melalui ceramah ceramah yang disampaikan semasa pameran dan “road show” pendidikan yang diadakan oleh pihak JPT/universiti dan fakulti. Oleh itu calon telah pun tahu tentang keperluan dan kelayakan seperti yang diperlukan.

4.1.5 Huraikan mekanisme rayuan.

Calon yang gagal diterima masuk ke program yang dipohon boleh mengemukakan rayuan.dengan menulis surat rasmi yang dialamatkan kepada Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

Setelah diterima sesuatu rayuan permohonan Dekan Fakulti akan memajukan rayuan beserta permohonan calon berkenaan ke Pusat Pengajian untuk dipertimbangkan semula berdasarkan alasan dan bukti yang diberikan oleh calon.

62

Page 4: spdukm.ukm.myspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewNyatakan kriteria akademik dan mekanisme yang digunakan untuk kemasukan pelajar dalam program dan sebarang keperluan tambahan

Keputusan rayuan dari Pusat Pengajian hendaklah disampaikan kepada Pejabat Dekan Bahagian Urus Setia Pengajian Siswazah untuk dimaklumkan keputusan rayuan kepada calon.

4.1.6 Huraikan ciri-ciri pelajar yang diterima masuk. Lampirkan satu salinan standard teknikal yang telah digunakan untuk kemasukan pelajar yang mempunyai keperluan tertentu.

Ciri-ciri pelajar yang diterima masuk adalah yang memenuhi kelayakan akademik seperti yang telah dinyatakan di atas. Maklumat mengenai ciri-ciri kelayakan ini juga boleh diperolehi di laman sesawang fakulti iaitu http://www.fssk.ukm.my dan juga buku panduan fakulti program siswazah. Boleh juga dirujuk pada Brosur Siswazah UKM – Program dan Syarat Kemasukan Am http://www.ukm.my/pps/wp-content/uploads/2013/04/Semester-I-September-2013-2014-BM-dan-BI.pdf

4.1.7 Nyatakan jangkaan kemasukan pelajar untuk lima tahun akan datang. Jelaskan bagaimana bilangan pelajar yang diterima masuk ditentukan oleh kapasiti jabatan. Jelaskan mekanisme yang sedia ada berhubung penyesuaian dengan mengambil kira kemasukan pelajar pelawat, pertukaran dan pemindahan pelajar.

Saiz kemasukan pelajar siswazah adalah berdasarkan unjuran yang telah di luluskan oleh MPU Bil 3/2009 bertarikh 28 Januari 2009. Sila rujuk dalam laporan ini, BAHAGIAN B: MAKLUMAT PROGRAM, Bil. 13. Berdasarkan unjuran yang telah dipersetujui di peringkat Universiti FSSK telah menetapkan unjuran berdasarkan Pusat Pengajian seperti berikut:

Jenis Pengajian 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015

Sarjana 1200 1500 1600 1700 1800 1900 2000 Sarjana Falsafah 186 216 246 276 306 336 366

Doktor Falsafah 50 60 70 80 90 100 110

Jumlah 1436 1776 1916 2196 2196 2336 2476 Rajah 4.1 Sasaran unjuran pelajar pasca-siswazah 2010-2015

Catatan:

63

Page 5: spdukm.ukm.myspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewNyatakan kriteria akademik dan mekanisme yang digunakan untuk kemasukan pelajar dalam program dan sebarang keperluan tambahan

i. Anggaran purata jumlah pengambilan setahun: minima 700 calon baru @ 210 calon tesis: 590 calon kerja kursus

ii. Penambahan minima keseluruhan pengambilan baru setiap tahun: 195-200 calon setahun atau 97-100 calon per semester @ 56-60 calon tesis: 139-140 calon kerja kursus. Sejajar dengan status UKM sebagai universiti penyelidikan, Fakulti akan mensasarkan pengambilan pelajar pra-siswazah dengan siswazah pada ratio 2:1 seperti yang digariskan dalam PSTPSN 2020.

4.1.8 Huraikan bagaimana keadaaan pemilihan selari dengan tanggung jawab kemasyarakatan Pemberi Pendidikan Tinggi, keperluan Sumber Manusia, keperluan pengajian lanjutan dan pembelajaran sepanjang hayat.

Sebagai universiti awam, jabatan menerima kemasukan pelajar berdasarkan keperluan kerajaan. Walau bagaimanapun, Pusat Pengajian turut memberi input kepada universiti melalui akulti mengenai kriteria tambahan kemasukan dan keperluan pasaran.

4.1.9 Sekiranya temuduga pemilihan digunakan, huraikan.

Pada masa ini, pemilihan pelajar adalah berdasarkan kriteria kelayakan yang boleh diperolehi melalui laman sesawang fakulti. Temuduga/ pembentangan proposal kajian hanya dilakukan di peringkat Pusat Pengajian yang bertujuan melihat keupayaan atau penguasaan calon dalam bidang penyelidikan yang bakal dilakukan.

4.1.10 Nyatakan program khusus yang disediakan bagi pelajar yang terpilih memerlukan bantuan pemulihan.

Bagi pelajar terpilih yang memerlukan bantuan pemulihan, terutamanya pelajar lemah, pihak fakulti akan menyediakan bengkel berkaitan akademik seperti bengkel Penulisan Akademik dan Metodologi Penyelidikan serta penggunaan perisian tertentu dalam penyelidikan seperti SPSS dan NVIVO.

4.1.11 Bagaimanakah jabatan secara berterusan memantau dan secara berkala menyemak proses pemilihan pelajar?

Fakulti memantau proses pemilihan pelajar siswazah (Sarjana Kerja Kursus) secara berterusan dan berkala berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan dalam Akta. Walau bagaimanapun, pihak Pusat Pengajian melalui fakulti dibenarkan untuk menambah kriteria kelayakan dalam proses pemilihan.

64

Page 6: spdukm.ukm.myspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewNyatakan kriteria akademik dan mekanisme yang digunakan untuk kemasukan pelajar dalam program dan sebarang keperluan tambahan

Maklumat Berkenaan Standard Tinggi

4.1.12 Bagaimanakah jabatan melibatkan pihak berkepentingan yang berkaitan dalam semakan dasar dan proses kemasukan.

Jabatan akan merujuk kepada pihak Fakulti dan Universiti dengan bermesyuarat bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan polisi dan proses kemasukan pelajar ke Universiti.

4.1.13 Tunjukkan hubungan antara pemilihan pelajar, program dan hasil pembelajaran.

Pencapaian hasil pembelajaran bagi program Sarjana Kerja Kursus yang ditawarkan di Fakulti bergantung kepada kualti pelajar terpilih dan reka bentuk kursus. Sebagai contoh, pelajar yang ingin memasuki program Sarjana Kerja Kursus perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK ≥2.7. Pengecualian akan diberikan berdasarkan kes-kes tertentu seperti pengalaman kerja lebih 5 tahun dalam bidang berkaitan.

Pemilihan pelajar-pelajar ke program Sarjana Kerja Kursus juga adalah berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Pusat Pengajian, Fakulti dan Universiti. Fakulti bertanggungjawap dalam membentuk setiap pelajar supaya dapat mencapai semua hasil pembelajaran yang telah ditetapkan oleh Kerangka Kelayakan Malaysia (MQA). Dengan itu, setiap kursus-kursus yang ditawarkan di Fakulti dibentuk agar dapat memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh MQA (i.e. hasil pembelajaran) yang kemudiannya akan diterapkan kepada semua pelajar.

4.2 Peraturan Artikulasi, Pemindahan kredit dan pengecualian kredit

Maklumat Berkenaan Standard Asas

4.2.1 Huraikan dasar, peraturan dan proses pemindahan kredit, pengecualaian kredit dan amalan artikulasi, dan bagaimana ia dihebahkan.

Dasar, peraturan dan proses pemindahan serta pengecualian kredit adalah berdasarkan Polisi "Kertas Dasar Pemindahan dan Pengecualian Kredit Universiti Kebangsaan Malaysia. Permohonan untuk pemindahan kredit hendaklah dibuat secara bertulis kepada Dekan Fakulti/Pengarah Pusat Pengurusan Siswazah dengan perakuan Pengarah Institut pada semester pertama pengajian.

65

Page 7: spdukm.ukm.myspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewNyatakan kriteria akademik dan mekanisme yang digunakan untuk kemasukan pelajar dalam program dan sebarang keperluan tambahan

Pemindahan kredit

Calon yang berpindah daripada universiti luar yang diiktiraf oleh Senat dan telah mengikuti kursus tertentu boleh memohon untuk memindahkan sebahagian daripada kredit yang telah diperoleh bagi kursus yang setara dengan kursus yang perlu diikuti.

Calon yang terlibat dalam program mobiliti outbound boleh memohon untuk memindahkan kredit yang telah diperoleh bagi kursus yang setara dengan kursus yang perlu diikuti.

Kursus setara yang telah diambil itu hendaklah tidak melebihi tempoh lima (5) tahun dari tarikh pendaftaran masuk ke Universiti dan jumlah kredit maksimum yang boleh dipindahkan ialah sebanyak dua belas (12) kredit atau tiga (3) kursus dengan sekurangkurangnya gred B atau setara dan tertakluk kepada bayaran pemprosesan yang ditetapkan. Gred untuk kredit yang dipindahkan akan diambil kira dalam pengiraan untuk menentukan purata nilai gred.

Pengecualian kredit

Seorang calon yang telah mengikuti kursus di Universiti atau universiti luar yang diiktiraf oleh Senat boleh memohon untuk pengecualian kredit bagi kursus yang telah diperoleh yang setara dengan kursus yang perlu diikuti.

Seorang calon yang mempunyai kelayakan melalui proses pentauliahan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu (APEL) atau pengiktirafan pengajian terdahulu (RPL) yang diperakukan oleh Senat boleh memohon untuk pengecualian kredit bagi kursus yang perlu diikuti.

Akreditasi yang diberi hendaklah tidak melebihi tempoh lima (5) tahun dari tarikh pendaftaran masuk ke Universiti.

Jumlah kredit maksimum yang boleh dikecualikan ialah sebanyak dua belas (12) kredit atau tiga (3) kursus dengan sekurangkurangnya gred B atau setara dan tertakluk kepada bayaran pemprosesan yang ditetapkan.

Gred tidak diberikan untuk kredit yang dikecualikan dan tidak akan diambil kira dalam menentukan purata nilai gred.

Permohonan untuk pengecualian kredit hendaklah dibuat secara bertulis kepada Dekan Fakulti/ Pengarah Pusat Pengurusan Siswazah dengan perakuan Pengarah Institut pada semester pertama pengajian.

Seorang calon yang telah memohon untuk pemindahan kredit di bawah perenggan 25 tidak boleh memohon untuk pengecualian kredit atau sebaliknya.

66

Page 8: spdukm.ukm.myspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewNyatakan kriteria akademik dan mekanisme yang digunakan untuk kemasukan pelajar dalam program dan sebarang keperluan tambahan

Maklumat tentang dasar, peraturan dan proses pemindahan kredit, pengecualian kredit dan amalan artikulasi didokumentasi dalam Peraturan Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia yang boleh dicapai di http://www.ukm.my/pps/wp content/uploads/2012/09/Peraturan_Pengajian_Siswa zah_15082012.pdf

Dasar Pemindahan dan Pengecualian Kredit UKM boleh juga didapati di http://www.ukm.my/ppa/DocTerkini/Dasar%20Pemindahan%20Kredit%20UKM.pdf

Salinan softcopy dokumen tersebut dimuatnaik di laman web Pusat Pengajian Siswazah, UKM di http://www.ukm.my/pps/ dan boleh dicapai dengan mudah oleh pelajar dan penyelia.

Maklumat Berkenaan Standard Tinggi

4.2.2 Huraikan bagaimana jabatan sentiasa mengikuti perkembangan terkini berkaitan artikulasi, pemidahan kredit dan peruntukan kerjasama merentas sempadan.

Pihak Jabatan sentiasa mengikuti perkembangan terkini berkaitan artikulasi, pemindahan kredit dan peruntukan kerjasama merentas sempadan dengan mengemaskini polisi yang sedia ada. PPT sentiasa mengemaskini proses artikulasi, pemindahan kredit dan pengecualian kredit, termasuk peruntukan kerjasama peringkat nasional dan antarabangsa.

PPT mengemaskini proses artikulasi, pemindahan kredit dan pengecualian kredit, termasuk peruntukan kerjasama peringkat nasional dan antarabangsa secara berkala. Edisi terkini Peraturan Pengajian Siswazah UKM adalah Edisi kedua terbitan 2012.

4.3 Pemindahan Pelajar

Maklumat Berkenaan Standard Asas

4.3.1 Jelaskan dasar, kriteria dan mekanisme bagi membolehkan pelajar yang berkelayakan bertukar ke program yang lain. Tunjukkan sekiranya tedapat

67

Page 9: spdukm.ukm.myspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewNyatakan kriteria akademik dan mekanisme yang digunakan untuk kemasukan pelajar dalam program dan sebarang keperluan tambahan

mekanisme yang sesuai, seperti kursus peralihan (bridging course), disediakan untuk pelajar yang memerlukannya.

PPT wajib mempunyai dasar, peraturan dan proses yang jelas tentang amalan artikulasi berkaitan pemindahan calon dari satu mod ke mod lain (contoh kerja kursus ke mod campuran); amalan artikulasi berkaitan pemindahan calon dari satu program ke program lain; dan amalan artikulasi berkaitan pemindahan calon dari satu PPT ke PPT lain.

PPT mempunyai dasar, peraturan dan proses yang jelas tentang amalan artikulasi berkaitan pemindahan calon dari satu mod ke mod; amalan artikulasi berkaitan pemindahan calon dari satu program ke program lain; dan amalan artikulasi berkaitan pemindahan calon dari satu PPT ke PPT lain. Ia didokumentasi dalam dalam Peraturan Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia yang boleh dicapai di http://www.ukm.my/pps/wp-content/uploads/2012/09/Peraturan_Pengajian_Siswazah_15082012.pdf

Secara amnya, pelajar yang telah terpilih memasuki program Sarjana Kerja Kursus dibenarkan untuk bertukar ke program-program lain yang ditawarkan dalam FSSK dan pertukaran boleh juga berlaku merentas Fakulti lain-lain di UKM. Untuk bertukar ke program atau fakulti lain, pelajar perlu menepati kriteria-kriteria kelayakan yang telah ditetapkan oleh Fakulti atau program yang dipilih.

Permohonan pertukaran perlu melalui Pusat Pengajian sebelum dimajukan ke peringkat Fakulti. Selanjutnya, pihak Fakulti akan memajukan permohonan pelajar kepada Pusat Penguruan Siswazah. Selain daripada menepati kriteria kelayakan program atau fakulti, penerimaan pelajar ke program baru juga bergantung kepada kekosongan tempat yang ada. Sila lihat Dasar Program Perantara Akademik UKM (Student Bridging Program) di laman sesawang http://www.ukm.my/ppa/DocTerkini/Dasar%20Perantara%20Akademik.pdf

4.3.2 Tunjukkan bagaimana pelajar yang diterima dalam proses pertukaran ini menunjukkan pencapaian yang setanding di institusi asal mereka. Kemukakan data sebagai bukti.

Pelajar-pelajar daripada program atau fakulti/institute lain yang diterima masuk ke FSSK perlu memenuhi criteria-kriteria kelayakan seperti yang telah dinyatakan di laman sesawang fakulti dan buku panduan. Pelajar juga dibenarkan untuk memindah kredit bagi kursus-kursus wajib universiti yang

68

Page 10: spdukm.ukm.myspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewNyatakan kriteria akademik dan mekanisme yang digunakan untuk kemasukan pelajar dalam program dan sebarang keperluan tambahan

telah diambil. Selain daripada itu, pelajar yang berpindah daripada program lain perlu mengambil semua kursus-kursus wajib yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian.

Maklumat Berkenaan Standard Tinggi

4.3.3 Huraikan bagaimana jabatan memudah cara mobiliti pelajar, pertukaran dan pemindahan sama ada di dalam negara dan di peringkat antarabangsa.

Berdasarkan kriteria dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Pejabat Perhubungan Antarabangsa, FSSK pada bila-bila masa akan meneliti dan jika bertepatan FSSK akan menyokong permohonan pelajar untuk program mobiliti di peringkat antarabangsa.

4.4 Khidmat Sokongan Pelajar dan Aktiviti Ko-Kurikulum

Maklumat Berkenaan Standard Asas

4.4.1 Apakah perkhidmatan sokongan yang disediakan untuk pelajar? Berikan bukti bahawa mereka yang memberi perkhidmatan ini adalah berkelayakan. Apakah program sokongan tambahan lain yang disediakan oleh organisasi lain yang boleh diperolehi pelajar?

Setiap Pusat Pengajian menyediakan bilik sumber yang menyimpan koleksi bacaan asas, tesis dan bahan multimedia yang diguna pakai oleh pelajar sebagai bahan rujukan dan latihan serta ulangkaji.

Fakulti turut menganjurkan program atau bengkel bagi melengkapkan ilmupenyelidikan dan penerbitan kepada calon-calon Sarjana. Sebagai contohbengkel Nvivo, SPSS, dan juga Penulisan Akademik.

Program tambahan lain bagi perkhidmatan sokongan kepada pelajar turut diberikan oleh pihak Fakulti dan Universiti.

Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) adalah salah satu jabatan di UKM yang memberikan perkhidmatan secara langsung kepada pelajar. Secara amnya, JPPel memaikan peranan yang penting di dalam memastikan sistem pendidikan berintegrasi boleh dicapai melalui aktiviti ko-kurikulum seperti sukan, kebudayaan dan kepimpinan. Fungsi JPPel adalah seperti berikut:

69

Page 11: spdukm.ukm.myspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewNyatakan kriteria akademik dan mekanisme yang digunakan untuk kemasukan pelajar dalam program dan sebarang keperluan tambahan

Misi JPPel adalah Membina Generasi Berilmu, Bermutu dan Berbudi. Antara khidmat sokongan yang diberkan kepada pelajar ialah:1. Pusat Kesihatan2. Pusat Kebudayaan3. Pusat Sukan4. Unit Kaunseling5. Unit Perumahan Pelajar6. Unit Kebajikan Pelajar.

Pusat Kesihatan contohnya memberikan perkhimatan perubatan dan pergigian kepada para pelajar manakala Pusat Kebudayaan menganjurkan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan kebudayaan seperti konsert, bengkel dan kursus kepada pelajar yang berminat.

4.4.2 Huraikan akses, kerahsiaan dan keberkesanan kaunseling akademik, bukan akademik dan kerjaya yang disediakan untuk pelajar.

Universiti, Fakulti dan Pusat Pengajian menyediakan beberapa mekanisma sebagai sokongan dan kaunseling kepada pelajar. Makanisme ini bertujuan mempertingkatkan lagi kecemerlangan dan pembinaan sahsiah yang tinggi untuk para pelajar. Antara mekanisma yang ada ialah:

Klinik Kaunseling FSSK

Perkhidmatan sokongan pelajar dalam bentuk latihan, pembangunan kerohanian dan kebajikan disediakan menerusi Unit Perhubungan dan Latihan Pelajar dan Unit Kerohanian dan Kebajikan.

Perkhidmatan kaunseling disediakan menerusi Unit Kaunseling dan Kerjaya. Perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan ialah;

Kaunseling Peribadi yang member peluang kepada pelajar untuk membincangkan apa sahaja perkara yang difikirkan penting bagi perkembangan diri sendiri dalam kehidupan seharian seperti masalah penyesuaian, hubungan dengan keluarga, kawan-kawan, kesihatan dan lain-lain.

Kaunseling Akademik pula membantu pelajar membuat penentuan dan pemilihan kursus yang sesuai dengan jiwa, minat dan kemampuan pelajar serta mengadakan ceramah atau bengkel malah merujukkan pelajar kepada pembimbing akademik sekiranya perlu.

Kaunseling akademik juga disediakan di peringkat Program di mana setiap pelajar diberikan seorang mentor (pensyarah) di bawah Program Mentor-Mentee yang akan membimbing dan membantu pelajar dalam hal ehwal berkaitan akademik sepanjang pengajian mereka di Fakulti / Pusat /

70

Page 12: spdukm.ukm.myspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewNyatakan kriteria akademik dan mekanisme yang digunakan untuk kemasukan pelajar dalam program dan sebarang keperluan tambahan

Program. Setiap mentor ditugaskan mengendalikan 4-6 orang mentee pada setiap sesi.

Kaunseling Penempatan Kerjaya dan Vokasional pula membantu pelajar meneroka serta menentukan bidang-bidang pekerjaan dan kerjaya berdasrkan minat, kelayakan, kemampuan dan cara hidup yang ingin mereka lalui.

Sistem kaunseling kerjaya, programnya tidak terdapat di peringkat program tetapi mekanisme ini wujud di peringkat universiti. Untuk tujuan ini, Urus Setia Kerjaya yang dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar dengan bantuan dan nasihat Pusat Pembangunan Mahasiswa UKM menyediakan khidmat nasihat kerjaya di samping menganjurkan Hari Kerjaya UKM setiap tahun.

Bilangan kaunselor yang bertanggungjawab di Unit Kaunseling dan Kerjaya secara sepenuh masa ialah tiga orang. Khidmat Kaunselor Bersekutu juga diperoleh daripada pensyarah di Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan dan Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

Sistem Kaunseling Kerjaya berjalan dengan baik setakat ini dengan bantuan Unit Runding Cara Pelajar dan Urus Setia Kerjaya UKM. Bagi memastikan pelajar yang memerlukan sokongan rohani, psikologi, sosial dan/atau akademik dikenalpasi, beberapa mekanisme telah sedia wujud:

1. Menerusi Jawatankuasa Kecemerlangan Pelajar, pelajar dikenal pasti (cemerlang, sederhana dan lemah) berdasarkan prestasi peperiksaan mereka. Pelajar yang lemah dan memerlukan sokongan akan dibantu dengan beberapa mekanisme yang ditentukan oleh Jawatankuasa Kecemerlangan Pelajar.

2. Penasihat/pembimbing kertas projek dan pensyarah. Pensyarah juga boleh mencadangkan nama pelajar yang dikenal pasti memerlukan sokongan sama ada sokongan emosi atau akademik dengan menggunakan segala kemudahan sokongan yang disediakan.

3. Kaunseling Kewangan pula membantu mengurangkan masalah kewangan mereka melalui bantuan kewangan, penajaan, perancangan belanjawan dan hal-hal berkaitan. Di samping itu, Unit Runding Cara, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UKM juga menyediakan perkhidmatan runding cara untuk para pelajar. Unit ini menyediakan khidmat nasihat personal dan kewangan.

4. Latihan Pembimbing Rakan Sebaya

5. Kaunseling Kelompok

71

Page 13: spdukm.ukm.myspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewNyatakan kriteria akademik dan mekanisme yang digunakan untuk kemasukan pelajar dalam program dan sebarang keperluan tambahan

Lain-lain perkhidmatan termasuk mengesah dokumen, penyediaan kemudahan untuk temuduga dan mengedarkan borang permohonan dan tawaran biasiswa / pinjaman.

Sistem Kaunseling Kerjaya berjalan dengan baik setakat ini dengan bantuan Unit Runding Cara Pelajar dan Urus Setia Kerjaya UKM. Bagi memastikan pelajar yang memerlukan sokongan rohani, psikologi, sosial dan/atau akademik dikenalpasi, beberapa mekanisme telah sedia wujud. Bagi pelajar yang memperolehi keputusan peperiksaan yang kurang memberangsangkan, bengkel motivasi dan bengkel teknik menjawab soalan peperiksaan dijalankan khas untuk pelajar-pelajar tersebut.

Dari segi akademik, pelajar turut dijemput untuk menyertai seminar yang dianjurkan oleh pihak-pihak luar. Selain daripada itu, mereka juga didedahkan dengan aktiviti akademik seperti menyertai konferens, seminar atau bengkel yangmelibatkan ahli-ahli akademik daripada luar dan dalam negara.

Selain klinik kaunseling FSSK, terdapat Unit perkhidmatan kaunseling iaitu satu unit di bawah pengurusan JPPel. Perkhidmatan yang diberikan terbahagi kepada 4 kategori iaitu:

1. Peribadi Akademik Kerjaya Stress Personaliti

2. Kesihatan Fizikal dan mental Kes yang berkaitan dadah dan alkohol Kesihatan seksual

3. Rumah tangga Praperkahwinan Masalah keluarga Kewangan Masalah ibu bapa

4. Lain-lain Perundangan Gangguan seksual

72

Page 14: spdukm.ukm.myspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewNyatakan kriteria akademik dan mekanisme yang digunakan untuk kemasukan pelajar dalam program dan sebarang keperluan tambahan

Akademik dan maklumat kerjaya.

Unit Sukan dan Rekreasi bertanggungjawab dalam merancang, menyelenggara kemudahan, melatih serta memajukan sukan dan rekreasi di kalangan pelajar dan kakitangan. Kemudahan yang disediakan terdiri daripada:

Bola sepak : 4 padang Bola tampar : 4 gelanggang Ragbi : 1 padang Hoki : 1 padang Sofbol : 2 padang Bola Jaring : 2 padang Balapan

Olahraga: 2 padang Tenis : 10 gelanggang

Sepaktakraw : 5 gelanggang Badminton : 6 gelanggang (Dewan Gemilang)

Skuasy : 8 gelanggang Ping pong : 8 meja (Dewan Gemilang)

Bola keranjang

: 1 gelanggang Padang golf : 18 lubang

Kolam renang

: 2 buah

Kemudahan sukan dan rekreasi boleh digunakan oleh para pelajar pada bila-bila masa, tanpa sebarang caj. Namun, penggunaan beberapa kemudahan sukan seperti gelanggang badminton, padang bola sepak dan padang ragbi perlulah ditempah terlebih dahulu di Unit Sukan.

Pusat Kesihatan Pelajar mengurus dan menyediakan perkhidmatan kesihatan pelajar iaitu:

Rawatan perubatan dan pembedahan kecil (pesakit luar) Makmal perubatan Pengimejan diagnostic asas Pemeriksaan elektrokardiogram Dialisis untuk pesakit buah pinggang Wad isolasi dan pemerhatian Kaunseling perubatan Rawatan pergigian

Pusat Kesihatan Pelajar di kampus induk tersebut dikendalikan oleh 5 orang pegawai perubatan, 3 orang pembantu kesihatan, seorang ketua jururawat, 3 orang jururawat, seorang Juru x-ray, 2 orang pembantu makmal, 3 orang pembantu farmasi dan 11 orang kakitangan sokongan lain. Klinik pergigian dikendalikan oleh 3 orang doktor gigi dan 3 orang pembantu pembedahan pergigian. Pusat Kesihatan Pelajar juga menyediakan 6 buah wad (12 katil) dan 2 buah ambulan. Kemudahan kesihatan ini disediakan pada setiap hari bekerja

73

Page 15: spdukm.ukm.myspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewNyatakan kriteria akademik dan mekanisme yang digunakan untuk kemasukan pelajar dalam program dan sebarang keperluan tambahan

(pada waktu bekerja) kepada semua pelajar.

Pelajar yang memerlukan kemudahan bantuan kewangan, boleh merujuk terus kepada Jabatan Bendahari. Jabatan Bendahari menyediakan kemudahan bantuan kewangan menerusi Tabung Kewangan Pelajar, Tabung Pinjaman Khas, Tabung Kebajikan Pelajar dan Tabung Pinjaman Sementara. Perpustakaan Tun Seri Lanang menyediakan lebih daripada 500,000 judul buku. Kemudahan lain yang disediakan ialah jurnal, tesis, CD-ROM, internet dan pinjaman buku antara perpustakaan. Pusat Komputer menyediakan sistem rangkaian berpusat komputer dan internet ke seluruh universiti.

Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia berfungsi sebagai hospital pengajaran dan penyelidikan di UKM. Bagi kes-kes kesihatan pelajar yang kritikal, ia akan dirujuk terus ke HUKM di Cheras, Kuala Lumpur yang menempatkan pakar-pakar perubatan dalam pelbagai bidang. Pelajar yang bermasalah dari aspek psikologi dan memerlukan kaunseling akan dikenalpasti oleh Pusat Pengajian dan seterusnya dimajukan kepada Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar) untuk dirujuk kepada Unit Kaunseling dan Kerjaya.

4.4.3 Apakah mekanisme yang terdapat bagi pelajar untuk menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka di samping membuat rayuan berkaitan perkhidmatan sokongan ini?

Pelajar boleh menyalurkan aduan atau rayuan berkenaan perkhidmatan sokongan ini melalui Sistem Aduan Dalaman Pelajar atau SADP. Semua pertanyaan dan cadangan juga boleh terus dimajukan kepada Penolong Pendaftar Pusat Perkhidmatan Pelajar. Borang maklumbalas turut disediakan secara atas talian di laman sesawang Pusat Perkhidmatan Pelajar. Maklum balas secara atas talian boleh diperolehi:http://pkukmweb.ukm.my/~hep/ Hubungi%20Kami.html

Bagi komen dan maklum balas berhubung ICT oleh pelajar dan kakitangan, satu sistem maklum balas telah diwujudkan iaitu (SMBAI) – Sistem Maklum balas dan Aduan ICT)

4.4.4 Bagaimanakah kecukupan, keberkesanan dan keselamatan perkhidmatan sokongan dinilai dan dipastikan?

Kecukupan dan keberkesanan termaktub di dalam piagam pelanggan JPPel. Ianya ditadbir, dijaga dan dipantau oleh sistem pengurusan kualiti ISO oleh setiap Pusat Tanggungjawab.

74

Page 16: spdukm.ukm.myspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewNyatakan kriteria akademik dan mekanisme yang digunakan untuk kemasukan pelajar dalam program dan sebarang keperluan tambahan

Keberkesanan perkhidmatan yang diberikan kepada pelajar berpandukan kepada Piagam mengurus Kemahasiswaan iaitu:

Bimbingan- Membimbing mahasiswa untuk mempunyai nilai-nilai murni dan kebijaksanaan selaras dengan Falsafah UKM, Falsafah Pendidikan dan Falsafah Wawasan Negara supaya menjadi insan cendikiawan bagi menghadapi cabaran dan saingan dunia maju

Pengurusan-Mengurus kerja dengan cekap, pantas, betul serta terkehadapan.

Sikap-Mewujudkan tenaga kerja yang berdedikasi, komited, terlatih, berdisiplin, bertanggung jawab dan produktif.

Perhubungan-Menjadikan informasi sebagai komoditi yang penting dan alat perhubungan yang berkesan dan berterusan antara mahasiswa, tenaga akademik, pentadbiran dan alumni.

Keprihatinan-Memastikan HEP sentiasa peka dan responsif kepada keperluan - keperluan mahasiswa Universiti, Masyarakat dan Negara.

Keterbukaan-Menerima perubahan dari semasa ke semasa untuk menjadi jabatan yang berinovasi, produktif, efisyen dan berkualiti.

4.4.5 Huraikan peranan dan tanggungjawab mereka yang bertanggungjawab mengendalikan kegiatan kokurikulum pelajar.

Kegiatan ko-kurikulum pelajar dikendalikan oleh Bahagian Ko-kurikulum di bawah Pusat Perkembangan Pelajar (PPP). PPP pula bernaung di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA).

Antara peranan dan tanggungjawab Bahagian Ko-Kurikulum adalah:

Merancang dan merangka kaedah implementasi untuk kelayakan aktiviti ko- kurikulum di UKM:

Menentukan polisi dan peraturan untuk aktiviti ko-kurikulum

Menguruskan pendaftaran kursus-kursus ko-kurikulum

75

Page 17: spdukm.ukm.myspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewNyatakan kriteria akademik dan mekanisme yang digunakan untuk kemasukan pelajar dalam program dan sebarang keperluan tambahan

Mengemaskini rekod pelajar bagi setiap aktiviti ko-kurikulum. Maklumat lanjut mengenai peranan dan tanggungjawab Bahagian Ko-Kurikulum ini boleh dirujuk di http://pkukmweb.ukm.my/-ppp/index.htmi.

Bagaimanapun, kegiatan ko-kurikulum adalah TIDAK berkenaan kepada calon di tahap Sarjana Kerja Kursus dan Doktor Falsafah

4.4.6 Huraikan pengurusan kegiatan dan pengendalian rekod pelajar.

Untuk pelajar siswazah, kegiatan ko-kurikulum adalah aktiviti pilihan (optional). Oleh itu, pengurusan kegiatan serta pengendalian rekod aktiviti pelajar siswazah akan didokumentasikan (salinan) dalam fail pelajar tersebut di  Pusat Pengajian atau PTJ  dimana pelajar itu mendaftar.  Sekiranya kegiatan pelajar tersebut membabitkan PTJ yang lain, contohnya, program mobiliti pelajar di Pusat Hubungan Antarabangsa (PHA), UKM, satu  salinan dokumen tersebut juga akan disimpan di pejabat PHA. (kegiatan ko-kurikulum adalah TIDAK berkenaan kepada calon di tahap Sarjana Kerja Kursus dan Doktor Falsafah)

4.4.7 Bagaimanakah pelajar diorientasi ke dalam program?

Semua pelajar baru diorientasi ke dalam program melalui sesi taklimat pada peringkat Fakulti dan juga Pusat Pengajian pada permulaan semester baru pada setiap sesi pengajian. (Lampiran 4.1 –panggilan taklimat)

Maklumat Berkenaan Standard Tinggi

4.4.8 Huraikan hubungan antara perkhidmatan sokongan pelajar dan kegiatan kokurikulum dan hasil pembelajaran program.

Perkhidmatan sokongan pelajar (melalui Unit Kaunseling Universiti dan Klinik Psikologi di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan), dan hasil pembelajaran program (melalui Pusat Pengajian dan Fakulti) disepadukan melalui pemantauan yang dilakukan di peringkat Fakulti di bawah tanggungjawab Timbalan Dekan (Siswazah dan hubungan Antarabangsa). Bagaimanapun, kegiatan ko-kurikulum adalah TIDAK berkenaan kepada calon di tahap Sarjana Kerja Kursus dan Doktor Falsafah

4.4.9 Bagaimanakah keberkesanan perkhidmatan kaunseling diukur, dan kemajuan mereka yang mendapatkan perkhidmatan tersebut dipantau? Apakah rancangan untuk menambah baik perkhidmatan tersebut, termasuk peningkatan kemahiran dan profesionalisme kaunselor?

76

Page 18: spdukm.ukm.myspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewNyatakan kriteria akademik dan mekanisme yang digunakan untuk kemasukan pelajar dalam program dan sebarang keperluan tambahan

Tanggungjawab mengukur keberkesanan perkhidmatan kaunseling adalah di bawah Unit Kaunseling di peringkat Universiti. Maklumat tentang rancangan, perkhidmatan dan statistik pemantauan boleh dirujuk di unit tersebut. Bagi meningkatkan kemahiran dan profesionalisme kaunselor, mereka digalakkan menyertai seminar dan konferens yang berkaitan

4.4.10 Huraikan mekanisme yang sedia ada untuk mengenal pasti pelajar yang

memerlukan bantuan kerohanian, psikologi, sosial dan akademik.

Sesi pertemuan antara pelajar dan penyelia merupakan mekanisme terbaik bagi mengenal pasti pelajar yang memerlukan bantuan kerohanian, psikologi, sosial dan akademik. Mekanisma yang digunakan untuk mengenalpasti pelajar yang memerlukan bantuan seperti berikut:

a. Aspek psikologi:

i. Saringan Minda Sihat (DASS) - inventori ini untuk mengenal pasti paras stress, kemurungan dan anxiety.

ii. Self Directed Search (SDS) - Inventori ini untuk mengenal pasti minat dan personaliti pelajar.

iii. Inventori Personaliti Sidek (IPS) - Inventori ini digunakan untuk mengukur personality seseorang dan boleh menerangkan atau menjangkakan sikap seseorang.

4.5 Perwakilan dan Penglibatan pelajar

Maklumat Berkenaan Standard Asas

4.5.1 Bagaimanakah perwakilan pelajar diurus di peringkat institusi dan jabatan?

Perwakilan pelajar adalah diuruskan di peringkat universiti melalui JabatanPembangunan Pelajar (JPPel). Ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dilantik melalui Pilihanraya Umum kampus. Perlaksanaan Pilihanraya Umum ini adalah mengikut garis panduan Universiti dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Peringkat Fakulti pula memberikan kelonggaran kepada para pelajar pada hari Pilihanraya Umum untuk pelajar-

77

Page 19: spdukm.ukm.myspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewNyatakan kriteria akademik dan mekanisme yang digunakan untuk kemasukan pelajar dalam program dan sebarang keperluan tambahan

pelajar keluar mengundi calon-calon mereka. Bagaimanapun Fakulti tidak terlibat secara langsung dalam pemilihan calon atau pun proses pengundian. Bagaimanapun, ini adalah TIDAK berkenaan kepada calon di tahap Sarjana Kerja Kursus dan Doktor Falsafah

4.5.2 Bagaimanakah pelajar digalakkan supaya mengambil bahagian secara aktif dalam pembangunan kurikulum, proses pengajaran-pembelajaran dan dalam perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kebajikan mereka?

Di peringkat universiti, input daripada badan-badan dan persatuan-persatuan pelajar dikumpulkan melalui mesyuarat secara berkala. Di peringkat fakulti pula, TD (SHA) akan memantau aktiviti aktiviti pelajar setiap semester. Input dan maklumbalas pelajar melalui aktiviti-aktivi mereka di Pusat Pengajian/program adalah penting untuk pembangunan polisi pengajaran dan pembelajaran.

Para pelajar juga digalakkan untuk aktif terlibat dalam pembangunan kurikulum melalui Mesyuarat Bersama Kedekanan yang diadakan di peringkat Fakulti. Untuk memudahkan penglibatan mereka, satu sistem maklum balas rasmi telah dibangunkan iaitu Sistem Penilaian Pengajaran Kursus (SPPK) (Lampiran 4.2). Ianya juga bertujuan untuk menambahkan kualiti pengajaran dan penyampaian pensyarah. Sistem ini boleh disemak melalui laman web berikut http://www.ukm.my/sppk/.

Maklumat Berkenaan Standard Tinggi

4.5.3 Bagaimanakah jabatan menyokong kegiatan dan pertubuhan pelajar yang penting bagi menimba pengalaman dan kemahiran untuk membentuk keperibadian, kepimpinan dan sikap bertanggungjawab?

Pelajar-pelajar melalui mesyuarat antara wakil persatuan pelajar siswazah dan kedekanan digalakkan untuk memberikan saranan dan maklumbalas mengenai pembangunan kurikulum. Saranan dan maklumbalas pelajar-pelajar ini diguna pakai secara berterusan untuk meningkatkan lagi kualiti program pengajian yang berkaitan. lanya juga berguna untuk memantapkan lagi keperluan Fakulti dan Pusat Pengajian bagi tujuan pengajaran, mereka bentuk dan menyemak semula kurikulum.

4.5.4 Apakah dasar berhubung penerbitan pelajar? Apakah kemudahan yang disediakan untuk menggalakkan penglibatan pelajar dalam bidang penerbitan?

78

Page 20: spdukm.ukm.myspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewNyatakan kriteria akademik dan mekanisme yang digunakan untuk kemasukan pelajar dalam program dan sebarang keperluan tambahan

JPPel telah menggariskan dasar berkenaan penerbitan pelajar yang berlandaskan AUKU. Semua penerbitan pelajar dan pengedarannya adalah tertakluk kepada kebenaran pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik dan Hal Ehwal Pelajar. Untuk penerbitan bersifat akademik, UKM telah menetapkan jumlah penerbitan minima bagi pelajar-pelajar pascasiswazah. Semasa penghantaran tesis (draf akhir), pelajar pascasiswazah dikehendaki memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

Sarjana (mod penyelidikan): Satu kertas persidangan

Doktor Falsafah - Satu kertas persidangan DAN satu makalah dalam jurnal

Bagi membantu pelajar dalam usaha penerbitan mereka, seminar, bengkel dan persidangan dianjurkan oleh pelbagai pihak dalam Universiti.

4.6 Alumni

Maklumat Berkenaan Standard Tinggi

4.6.1 Bagaimanakah jabatan menjalinkan hubungan dengan alumni?

Pejabat Perhubungan Alumni (P.P.Alumni) ditubuhkan pada 1 Jun 2006 berperanan menjalinkan hubungan strategik yang berterusan antara UKM dan Alumni. P.P.Alumni dipertanggungjawabkan untuk merancang, melaksana dan memantau kegiatan Alumni yang boleh memberi faedah kepada pelajar, Alumni dan Universiti. 

Aktiviti utama persatuan ini merangkumi pengumpulan data Alumni melalui Sistem Maklumat Alumni (SMA) dan merancang, melaksana dan memantau kegiatan Alumni di peringkat Universiti melalui Persatuan Alumni peringkat fakulti, kolej, cawangan dan mengikut disiplin.

Fungsi Alumni adalah:

1. Menjalinkan hubungan strategik yang berterusan antara UKM dan Alumni.2. Menggembeleng modal sosial Alumni bagi aktiviti pendidikan, penyelidikan

dan khidmat masyarakat.3. Menjana kewangan bersama Yayasan Canselor dengan bantuan Alumni.

79

Page 21: spdukm.ukm.myspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewNyatakan kriteria akademik dan mekanisme yang digunakan untuk kemasukan pelajar dalam program dan sebarang keperluan tambahan

4. Merancang dan menjadi pemudahcara program-program melibatkan Alumni UKM.

4.6.2 Bagaimanakah jabatan menggalakkan alumni membantu pelajar dalam membuat persediaan untuk masa depan kerjaya mereka?

Fakulti menggalakkan alumni membantu para pelajar dalam membuat persediaan untuk masa depan kerjaya mereka melalui siri ceramah yang diberikan kepada pelajar. Di samping itu juga, Fakulti turut menjemput alumni Fakulti untuk hadir di majlis makan malam Fakulti bagi memberi perangsang kepada para pelajar dengan kejayaaan mereka.

4.6.3 Huraikan peranan alumni dalam pembangunan kurikulum, pencapaian hasil pembelajaran dan hala tuju masa depan program.

Alumni memainkan peranan penting dalam pembangunan kurikulum kerana maklumbalas dari mereka selepas mereka memasuki dunia kerja boleh di ambilkira semasa penambah baikan program dilakukan. Fakulti juga dari masa ke semasa menjalankan kaji selidik terhadap alumninya dalam bidang kebolehpasaran 'employability' dan maklumbalas yang diterima dapat mengenalpasti subjek-subjek yang perlu diajar untuk pelajar-pelajar baru.

80