bhn seni 2.docx

8
Pengenalan Kesenian menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi.Dengan adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat Melayu lebih terserlah dan dikenali ramai.Warisan seni tradisional di kalangan orang Melayu disampaikan secara lisan dari generasi kepada satu generasi.Individu yang menghasilkan kraf ini mempunyai ruang untuk menggalakan kreativiti dan mempertahankan nilai-nilai estetik karya seni tersebut. Kementerian Kebudayaan dan Kesenian telah mengambil pelbagai inisiatif bagi memantapkan dan memperkembangkan lagi kebudayaan masyarakat Melayu.Kesenian bangsa Melayu telah diakui dunia sebagai unik dan menarik.Seni rupa dalam masyarakat Melayu merupakan ciptaan yang mengandungi unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh orang Melayu melalui ukiran, anyaman, tenunan, seni bina dan sebagainya. Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati.Penciptaan kraftangan itu memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta. Proses penciptaan kraftangan tersebut memerlukan daya estetika demi untuk memberikan rekabentuk yang indah dan menarik. Menurut sumber yang di perolehi dari Akta 222-Akta perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979, mendefinisikan kraf sebagai; Kraf adalah barangan yang dihasil dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara persendirian atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf. Manakala Keluaran Kraftangan" pula membawa maksud apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan sesebuah kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan. Kraf tradisional pula merupakan hasil kerja seni yang melibatkan hasil kerja tangan yang memerlukan daya cipta dan kreativiti oleh masyarakat yang dihasilkan secara turun menurun.Seperti membuat tembikar, batik , ukiran tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing, perhiasan diri dan sebagainya.Kraf merupakan hasil seni warisan bangsa, peninggalan pusaka nenek moyang suatu ketika dahulu.Hasil ciptaannya kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini jelas

Upload: asri

Post on 13-Apr-2016

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: bhn seni 2.docx

 Pengenalan

           

             Kesenian menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi.Dengan adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat Melayu lebih terserlah dan dikenali ramai.Warisan seni tradisional di kalangan orang Melayu disampaikan secara lisan dari generasi kepada satu generasi.Individu yang menghasilkan kraf ini mempunyai ruang untuk menggalakan kreativiti dan mempertahankan nilai-nilai estetik karya seni tersebut.

             Kementerian Kebudayaan dan Kesenian telah mengambil pelbagai inisiatif bagi memantapkan dan memperkembangkan lagi kebudayaan masyarakat Melayu.Kesenian bangsa Melayu telah diakui dunia sebagai unik dan menarik.Seni rupa dalam masyarakat Melayu merupakan ciptaan yang mengandungi unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh orang Melayu melalui ukiran, anyaman, tenunan, seni bina dan sebagainya.

            Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati.Penciptaan kraftangan itu memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta. Proses penciptaan kraftangan tersebut memerlukan daya estetika demi untuk memberikan rekabentuk yang indah dan menarik.

Menurut sumber yang di perolehi dari Akta 222-Akta perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979, mendefinisikan kraf sebagai;

Kraf adalah barangan yang dihasil dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara persendirian atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf.

Manakala “Keluaran Kraftangan" pula membawa maksud apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan sesebuah kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan.

Kraf tradisional pula merupakan hasil kerja seni yang melibatkan hasil kerja tangan yang memerlukan daya cipta dan kreativiti oleh masyarakat yang dihasilkan secara turun menurun.Seperti membuat tembikar, batik , ukiran tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing, perhiasan diri dan sebagainya.Kraf merupakan hasil seni warisan bangsa, peninggalan pusaka nenek moyang suatu 

Page 2: bhn seni 2.docx

ketika dahulu.Hasil ciptaannya kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini jelas tercermin melalui bentuk, gaya , sifat,garis, gerak dan warna.Bahan-bahan yang digunakan tidak terhad.

Seni kraf Melayu adalah melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam.Kehadiran agama Islam telah mengubah haluan kepercayaan dan pegangan orang-orang Melayu sebelum ini.Mereka telah mengetahui den menyedari tentang keesaan tuhan yang sebenar.Mereka menggangap alam ini sebagai suatu hiasan yang berfungsi untuk menyerikan kehidupan sementera di dunia dan kehidupan kekal di akhirat.Kesedaran inilah lahirnya ciptaan yang berfungsi dan memenuhi keprluan hidup di dunia dan akhirat.

 Hasil ciptaan seni kraf Melayu ini jelas menujukkan pengaruh Islam dalam penghasilanya.Ini jelas digambarkan dalam ragam hias atau motif yang dihasilkan.Ianya juga mengambarkan sebahagian daripada kehidupan seharian masyarakatnya yang menunjukkan cirri-ciri Islam.

            Ketiadaan figura manusia dan binatang dalam ragam hias,  membuktikan kraf tradisional Melayu adalah melambangkan seni Islam. Unsur-unsur ini adalah diharamkan dalam Islam. Ciri-ciri seni Islam lain diperlihatkan dalam ragam hias seperti  penggunaan arabes, motif yang berulang dan unsur geomatri.Subjek daripada flora paling banyak diilhamkan sebagai motif dan ragam hias kraf Melayu seperti rupa daun,bunga dan sebagainya selain itu penggunaan ayat-ayat Al-Quran turut diilham bersama.

            Memang tidak pernah terfikir bahawa nenek- moyang dahulu telah memahami dan menghayati ‘seni’ yang dihasilkan. Nukilan dari deria kreativiti serta bakat semulajadi yang dianugerahkan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa. Kehalusan dan keunikan keaslian reka bentuk yang diilhamkan melalui idea dari alam semesta ciptaan Tuhan merupakan satu hasil kreatif yang akan menjadi khazanah ‘seni’ yang

tidak ternilai.

2.0       Jenis- Jenis Kraf Tradisional

Kraf tradisional perlu dihidupkan dan diperkenalkan dan dihargai oleh generasi muda supaya ia tetap kekal dan mati ditelan zaman. Kraf tradisional seperti batik, ukiran, anyaman,tenunan, tekat, wau, gasing,

songket, tembikar dan barang perhiasan mempunyai nilai estetika dan keistimewaan tersendiri.

 

Page 3: bhn seni 2.docx

Ukiran

Seni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat Malaysia terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya.

Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan di negara kita. Di samping itu j, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya.

Ukiran kayu dapat dilaksanakan dengan berbagai-bagai teknik dan penggunaan satu-satu teknik itu banyak bergantung pada kebolehan dan kemahiran pandai kayu. Tiga teknik utama dan gaya di dalam seni ukiran Melayu ialah tebuk terus, tebuk separuh dan tebuk timbul. Bentuk ukiran juga ada tiga jenis utama iaitu bujang, lengkap dan pemidang.

            Seni ukiran kayu di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat pada rumah-rumah tetapi penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istana-istana raja, binaan masjid dan mimbarnya, surau, wakaf, pintu gerbang, alat-alat permainan masa lapang, alat-alat muzik tradisi, perabot seperti almari, katil, kerusi, meja, dan kepala perahu yang disebut bangau, alat-alat senjata, peralatan memasak, peralatan pertukangan dan pengangkutan tradisi seperti perahu, kereta kuda dan kereta lembu.

.           Motif ukiran kayu secara langsung dipengaruhi unsur-unsur alam sekitar dan cara hidup masyarakat zaman dahulu. Adat resam, kepercayaan, agama, iklim, geografi dan persekitaran amat kuat pengaruhnya kepada pengukir. Terdapat banyak motif ragam hias yang terdapat dalam ukiran. Motif flora terdiri daripada daun,bunga dan tumbuh tumbuhan. Motif Seni Khat pula terdiri daripada ayat-ayat suci Al-Quran. Terdapat juga motif fauna seperti itik pulang petang. Motif Awan Larat, Kosmos seperti matahari,bulan,bintang dan sebagainya juga amat terkenal dengan kraf ukiran.

Terdapat juga ukiran kraf alat untuk mempertahankan diri Contohnya, bentuk bilah keris berluk mesti mempunyai bilangan yang ganjil iaitu luk 3,5,7,9 dan seterusnya. Ini boleh dikaitkan dengan  sifat tuhan yang ganjil dan suka kepada yang ganjil. Sebahagian mata keris juga mempunyai tulisan daripada petikan ayat-ayat suci Al-Quran yang melambangkan betapa dekatnya masyarakat Melayu itu dengan ajaran Islam serta kepercayaannya kepada kekuasaan mukjizat tuhan.

Page 4: bhn seni 2.docx

 Analisis Kraf Tradisional

Kraf tradisional yang amat popular pada masa kini adalah kraf ukiran. Kraf ukiran, sejak zaman berzaman lagi mempunyai pengaruh Islam di dalam penghasilannya. Ini terbukti dengan penggunaan ragam hias atau motif keislaman dalam sesuatu penghasilan kraf pada rumah-rumah, tempat ibadat seperti surau-surau dan masjid-masjid di kampung-kampung.Kraf ukiran sangat terkenal di Negeri Kelantan dan Terengganu.

Setelah diteliti dan dianalisis, saya memilih seni kraf ukiran sebagai topik perbincangan garapan idea yang berkonsepkan Islam.Dari pemerhtian yang dibuat seni kraf ukiranlah yang banyak menggunakan konsep keislaman.Tiga buah tempat telah saya fokuskan untuk perbincangan ini iaitu Masjid Seberang Jertih, Masjid Hadhari, Jertih dan Muzium Negeri Terengganu.

Berdasarkan pemerhatian seni kraf ukiran banyak terdapat pada dinding, kerusi, pintu, tangga, atap, rak Al-Quran dan rehal. Kesemua ukiran ini dipengaruhi dengan unsur-unsur keislaman.Beberapa contoh ukiran yang terdapat di  Masjid Sebarang Jertih, Masjid Hadhari dan juga bangunan Muzium telah di ambil untuk untuk sama-sama diteliti untuk perbincangan ini. Kebanyakannya mempunyai ukiran-ukiran yang bermotifkan flora, geometri dan khat.

Pembinaan Masjid Seberang Jertih sangat unik dengan seni rekaan bangunan itu sendiri yang hampir keseluruhanya diperbuat daripada kayu. Setiap sudut masjid itu dihiasi dengan ukiran yang menampakkan menampakkan unsur-unsur kesenian Islam dan Melayu yang sangat tinggi Unsur flora adalah melambangkan kebesaran dan keagungan tuhan sebagai penciptanya di samping menimbulkan kesyukuran dalam kehidupan. Seni ukirannya adalah sangat halus dan sangat menarik.

Hasil ukiran adalah berunsurkan motif-motif persekitaran. Mengikut kajian, motif ukiran adalah berlandaskan kepada ajaran kesufian. Misalnya, reka corak bermula pada satu tempat dalam ruang yang hendak diukir dan menjalar terus memenuhi ruang. Ini menunjukkan alam ini berasal dari satu kejadian yakni seluruh kehidupan melalui tahap-tahap perkembangannya dan menabur zuriat.

 

Oleh itu reka corak ukiran tradisi pada hujung motif biasanya mempunyai ciri-ciri tidak mendongak ke atas, sebaliknya mematah atau tunduk.

Ini boleh dilihat dengan jelas ukiran pada pintu masuk Masjid Seberang Jertih.Ukiran corak awan larat bermotifkan flora pada pintunya semuanya menunduk ke bawah. Unsur flora adalah melambangkan kebesaran dan keagungan tuhan sebagai penciptanya di samping menimbulkan kesyukuran dalam kehidupan. Seni ukirannya adalah sangat halus dan sangat menarik.

Page 5: bhn seni 2.docx

Setelah kedatangan Islam di Tanah Melayu, unsur kaligarfi Jawi dan ayat al-Quran mula diukir oleh pengukir-pengukir tempatan. Unsur kaligrafi ini digabungkan dengan unsur-unsur tumbuh-tumbuhan. Ukiran khat menunjukkan fungsi keagamaan.  Pengaruh  keagamaan  Islam  yang berkembang  pada zaman  dahulu mempengaruhi pengukir-pengukir seni ini dan mengadaptasikannya pada ukiran seperti pintu-pintu, dinding peralatan perabot.

 

Motif kaligrafi ini dapat dilihat pada tingkap dan pintu Masjid seberang Jertih.Selain motif kaligrafi motif fauna juga diselitakan pada ukiran tersebut. Ia juga disandarkan pada subjek-subjek yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci dan kata-kata bijak pandai (hukama'). Rasulallah s.a.w menggalakkan penulisan khat. Sabda Rasullah yang bermaksud : " Hendaklah kamu mengindahkan seni khat keran ianya  kunci rezeki".Saidina Ali pernah berkata : "Serikan anak-anakmu dengan ilmu seni tulis kerana tulisan merupakan perkara yang paling mustahak dan menyeronokkan".

Unsur geometri dikenali sebagai tumpal. Unsur ini mempunyai kaitan dengan unsur geometri Islam. Pola-pola geometri disusun berulang-ulang.Sebahagian susunan motif tiada permulaan dan akhirnya. Ini melambangkan sifat keesaan Allah AWT yang tiada permulaan dan tiada akhirnya.

            Motif arabes adalah motif yang seringkali dikaitkan dengan seni Islam dan dikatakan mempunyai pengaruh Arab. Ianya merupakan salah satu seni hias yang terdapat pada yangga masjid Hadhari,Jertih.Motif ini mempunyai unsur pola geometri dan pola flora.  Motif yang dihasilkan disusun secara berulang-ulang dan mengembang ke semua arah tanpa penghujungnya sehingga tidak terbatas oleh sesuatu bentuk. Konsep ini dikaitkan dengan sifat Allah swt yang tidak terbatas serta tiada penghujungnya.

. Mimbar merupakan tempat imam duduk ketika  khutbah  pada hari Jumaat. Motif flora telah digarap seperti bentuk bunga dan daun. Kerusi berukir ini sangat unik dan sangat cantik. Ini jelas terpancar unsur-unsur keislaman kerana fungsi kerusi berukir itu sendiri digunakan oleh Imam Masjid.

 

Unsur kosmos menggambarkan alam semesta seperti matahari terbit, bintang, bulan dan gunung-ganang. Ukiran di atas mempunyai unsur-unsur kosmos terutama bahagian tengahnya sebagai matahari.Manakala ukiran sekelilingnya melambangkan cahaya yang memancar memberi tumbuhan hidup subur.Ini melambangkan kekuasaan dan kebesaran pencipta-Nya kepada hambanya di alam semester.

Unsur flora biasanya diambil daripada tumbuhan yang menjalar. Antara tumbuhan yang paling popular di kalangan pengukir ialah jenis kacang, labu, ketubit, ketam guri, salad, bunga lawang, bunga raya, bunga cina dan sebagainya. Unsur ini merupakan unsur yang dominan dalam rekaan 

Page 6: bhn seni 2.docx

seni ukir tradisional. Unsur ini menjadi pilihan utama kebanyakan pengukir berdasarkan pengamatan dan memerhatian yang telah dibuat.

Dua gambar yang diambil ini menggunakan unsur flora sebagai hiasan ukirannya.Corak awan larat dipilih yang mengambarkan kesenian yang halus. Halim Nasir (1986:137) mendefinisikan Awan Larat sebagai satu bentuk ukiran yang berlingkar-lingkar, berpiuh-piuh, meleret-leret seperti awan putih berarak. Biasanya ukiran ini digabungkan dengan pola lengkap.Ini jelas membuktikan jenis ukiran pada gambar tersebut.

Pengukir Melayu menerapkan falsafah dan kerohanian orang Melayu sebagai salah satu budaya di samping mengekalkan nilai-nilai keagamaan.Dalam gubahan ukiran awan larat, punca permulaannya agak sukar dikesan dan seakan-akan tiada penghujungnya. Ini melambangkan sifat keesaan Allah swt. yang tiada permulaan dan tiada akhirnya.

Menurut Abdullah Mohamed (1990:13-20) memberikan pandangan bahawa alam adalah tajalli atau manifestasi daripada sifat-sifat ilmu Allah. Melalui sifat ilmu Allah tersebut terjadi berbagai bagai organisme baik flora atau fauna dengan segala macam keajaiban dan keindahan rupanya. Sebagai contoh adalah tentang kejadian pelbagai jenis bungaan dengan aneka warna, bentuk dan bauan adalah lahir dari satu sumber iaitu ilmu Allah yang Maha Kaya.

 Kesimpulan  

           

            Kraft tangan melambangkan jati diri rakyat Malaysia .Kraf tangan masyarakat peribumi ini adalah dihasilkan berdasarkan alam persekitaran mereka yang berkaitan dengan alam Melayu.Sumber proses pembutan juga mudah didapati di persekitaranya.Namun keunikan yang terserlah ialah pemikiran kreatif mereka dalam dalam mengolah dan mengubah barangan dan objek yang memperlihatkan aspek budaya,estetika dan fungsi kraf tradisional Melayu mempunyai nilai estetika yang tinggi.

            Kraf tradisional adalah merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur budaya dan unsur-unsur keislaman jelas tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis, bentuk dan warnanya

Di Malaysia motif-motif lama yang dianggap pra-Islam telah

Page 7: bhn seni 2.docx

diberikan makna baru bersesuaian dengan ketauhidan dalam Islam. Elemen pepatungan boleh dikatakan ditolak sama sekali dalam apa jua kesenian (termasuk batik dan songket). Sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia terhadap elemen pepatungan adalah amat tinggi sehinggakan cubaan memasukkan unsur-unsur figuratif dalam bentuk khat sekalipun pada era 60‟an dan 70‟an tidak bertahan lama dan tidak dapat diterima

                        oleh masyarakat Melayu Islam.

Keunikan dan kehalusan hasilan karya seni ukiran Melayu membuktikan ketinggian nilai estetiknya. Namun begitu faktor modenisasi, faktor cuaca dan faktor masa menjadi ancaman terhadap penerusan hayat dan pelestariannya. Faktor-faktor tersebut menjadi antara penyebab kepada semakin terhakisnya kepedulian, penghayatan dan apresiasi terhadap keunikan karya kesenian tradisi ini.Namun begitu bagi peminat-peminat seni kraf ia melambangkan satu kepuasan dan kemewahan jika dapat memilikinya.Sesuatu yang eksklusif yang sukar untuk dirungkaikan.

Justeru itulah sebagai rumpun Melayu kita perlu menjaga, memelihara dan menyayangi seni Kraf Tradisional kita seperti seni ukiran, seni tenunan, anyaman, pembuatan wau, gasing dan batik yang tidak ada di negara-negara lain. Kraf Tradisional kita di sanjung dan di pandang tinggi di mata dunia setaraf dengan kraf-kraf Negara Barat.Seharusnya kita patut menanamkan rasa cintakan seni tradisional di kalangan generasi baru agar seni ini tidak terpupus.Bak kata pepatah, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Bibliografi

Abdullah bin Mohamed (Nakula) (1985), Seni Bina Islam, Aplikasi di

Malaysia, Warisan Kelantan IV, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan : Kota Bharu.

Abdul Aziz Sharif (1991). Pemerolehan Bahasa Ibunda - Umum. Jurnal

Bahasa Moden, 6. 152-160.

Khairuddin Talib, (2007) .HBAE3103 Kraf Tradisional.Selad.ngor:

Meteor Doc.Sdn.Bh.

Page 8: bhn seni 2.docx

Prof. Madya Dr. Mohd Sabrizaa, Penafsiran Falsafah “ibu Dalam Awan

Larat Warisan Estetikka Seni Ukiran Melayu, Jabatan Senibina Dalaman Fakulti senibina, Perancangan dan Ukur UITM Perak.

Zailani Yaacob & Azimah A.Samah, (2011). Teks Lengkap Pendidikan

Seni Visual KBSM Tingkatan 4&5. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

                       

http://www.kraftangan.gov.my

http://members.tripod.com/kraftangan_anc/definisi.htm

http://www.slideshare.net/fairuzdavinci/mengenal-kraftangan-tradisional