kajian tindakan-bhn internet

Upload: syazalina83

Post on 09-Apr-2018

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 Kajian Tindakan-Bhn Internet

    1/32

    Kajian Tindakan: Panduan Asas

    3.0 Dalam Bahagian ini dicadangkan beberapa panduan asas untuk menjalankan KajianTindakan. Panduan ini disusun mengikut empat langkah yang perlu dilaksanakan apabilaseseorang menjalankan Kajian Tindakan iaitu merancang, bertindak, memerhati dan merenung.Panduan ini adalah sebagai asas sahaja. Pihak yang ingin menjalankan Kajian Tindakan

    bolehlah mengubahsuai panduan mengikut keperluan kajian masing-masing.

    3.1 Merancang

    Sebelum menjalankan kajian, perancangan yang teliti perlulah dibuat terlebih dahulu supayapenyelidik dapat memahami apa yang akan dilaksanakan. Melalui perancangan yang teliti dandengan langkah yang terancang, kajian dapat dijalankan dengan teratur dan tepat ke arahmencapai matlamat kajian. Berikut dicadangkan beberapa langkah yang boleh dijadikanpanduan untuk merancang pelaksanaan kajian. Langkah-langkah tersebut disenarai mengikuturutan keempat-empat langkah yang perlu dilaksanakan dalam Kajian Tindakan.

    3.1.1 Mencari Masalah / Isu

    Perancangan kajian bermula dengan mencari atau mengenalpasti masalah yang wujud dalam

    bilik darjah atau di sekolah yang berkaitan dengan P&P. Sebarang isu yang berkaitan denganpendidikan khususnya yang melibatkan P&P di bilik darjahjuga boleh dijadikan asas untukmemulakan kajian. Satu lagi asas untuk memulakan kajian ialah keprihatinan penyelidikterhadap pelajar seperti yang berkaitan dengan masa depan mereka.

    Bagi mencapai kecemerlangan dalam prestasi akademik, panduan ini menyarankanpelaksanaan Kajian Tindakan bagi satu jangka waktu yang panjang iaitu untuk satu sesipersekolahan atau untuk beberapa tahun persekolahan. Dalam jangka waktu yang panjang ituberbagai masalah P&P boleh ditangani menggunakan pendekatan Kajian Tindakan. Manakalaguru pula terlibat secara berterusan untuk meningkatkan keberkesanan amalan mengajarmelalui pembudayaan Kajian Tindakan.

    Bagi pelaksanaan kajian dalam jangka waktu yang panjang, masalah yang umum yangdihadapi oleh ramai pelajar sesuai dijadikan tumpuan kajian. Contoh masalah seperti

    "pencapaian rendah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di kalangan murid" adalah umumdan memberi gambaran bahawa ramai pelajar menghadapi masalah dalam mata pelajaranitu. Bagi i memudahkan langkah mencari masalah, mulakan dengan bertanya "apaj yangberlaku?" Jawapan kepada soalan itu mungkin seperti contoh berikut:

    Wujud masalah P&P dalam bilik darjah - guru telah berusaha untuk mempertingkatkanpencapaian pelajar dalam penguasaan Bahasa Inggeris tetapi masih tidak berkesan.

    Sekumpulan murid berprestasi tinggi dalam semua mata pelajaran kecuali sains. Keadaan iniakan menyukarkan mereka untuk mendapat peluang menceburi bidang sains selepaspersekolahan. Guru yang prihatin terhadap keadaan ini berhasrat untuk membantu muridtersebut meningkatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran tersebut.

    Isu dera kanak-kanak rancak diperkatakan di media masa. Guru berasa bertanggungjawabuntuk turut serta membina sifat-sifat penyayang di kalangan pelajar melalui P&P di bilik darjah.

    3.1.2 Memahami Masalah Dengan Lebih Mendalam

    Setelah sesuatu masalah dikenalpasti, langkah berikutnya ialah untuk memahami dengan lebihmendalam tentang masalah itu. Dalam proses pembelajaran lazimnya kemahiran yangdipelajari adalah saling berkait. Murid akan mengalami kesukaran untuk memahami danmenguasai kemahiran yang lebih tinggi sekiranya kemahiran yang lebih rendah atau awal tidakdikuasai dengan baik. Seseorang guru perlu memahami masalah yang dihadapi oleh murid

  • 8/7/2019 Kajian Tindakan-Bhn Internet

    2/32

    dengan terperinci sebelum merancang langkah-langkah pembaikan. Contoh, apabila dikatakanpecapaian Bahasa Inggeris murid rendah, apakah sebenarnya yang dimaksudkan denganpencapaian rendah itu. Adakah dengan mengetahui markah murid sahaja sudah dapatmembantu guru untuk memahami dan menangani masalah pembelajaran. Apabila muriddikatakan tidak memahami konsep tenses, apakah sebenamya yang tidak difahami murid itu.Terdapat berbagai komponen dalam tenses. Adakah murid menghadapi masalah dalam semuaaspek atau sebahagian kecil daripada aspek-aspek tersebut. Semasa membuat sumbang saranuntuk memahami masalah, dicadangakan supaya sumbang saran tersebut dikaitkan dengan

    aspek-aspek seperti keberkesanan amalan pengajaran guru, kemahiran yang menimbulkanmasalah di kalangan murid atau lain-lain aspek yang relevan. Di peringkat awal kajian, usahauntuk memahami sesuatu masalah yang telah dikenalpasti dengan lebih mendalam memerlukanguru mengutip data.

    3.1.3 Tujuan Kajian Untuk Mencapai Kecemerlangan

    Penyelidik perlu jelas tentang tujuan kajian supaya langkah-langkah untuk mencapai tujuan itudapat ditentukan dan dirancang dengan teliti. Dalam konteks untuk mencapai kecemerlanganpendidikan, tujuan kajian yang diarahkan untuk menangani berbagai masalah pembelajaranadalah lebih tepat. Perhatikan contoh-contoh ini. "Meningkatkan keberkesanan amalanmengajar guru", atau "Meningkatkan pencapaian murid melalui pembelajaran terancang".Kedua-dua contoh tersebut menunjukkan bahawa masa atau skop kajian tidak terhad. Tujuan itu

    boleh digunakan oleh seorang pengkaji, beberapa orang pengkaji dan untuk satu atau semuamata pelajaran.

    3.1.4 Mengutip data

    Jawapan kepada sebarang soalan dalam penyelidikan adalah berasaskan data. KajianTindakan memerlukan data daripada beberapa sumber untuk mengukuh dan memantapkandapatan kajian. Selain itu penggunaan data daripada pelbagai sumber atau pandangan turutmemantapkan kefahaman penyelidik tentang masalah/isu yang ditangani. Berikut dicadangkanbeberapa perkara yang wajar diberi perhatian sebelum mengutip data.

    Fikirkan dan senaraikan semua aspek yang berkaitan dengan masalah/isu yang hendakditangani. Lazimnya, dari segi P&P aspek tersebut merangkumi amalan guru di bilik darjahpada masa lalu dan kesan amalan itu kepada murid.

    Penyelidik boleh mengutip seberapa banyak data yang diperlukan. Persediaan untukmengutip dan menganalisis data memerlukan guru meluangkan sejumlah masa. Bagimengelakkan pembaziran masa manfaatkanlah data yang telah sedia terkumpul di sekolahatau dalam bilik darjah. Dengan memanfaatkan data tersebut guru tidak perlu membina alat.Alat hariya perlu disediakan untuk mengutip data tambahan sekiranya data yang ada belummencukupi untuk guru memahami sesuatu masalah atau keadaan. Mungkin timbul anggapanbahawa semua data adalah penting atau relevan tetapi setelah dianalisis didapati hanyasebahagian sahaja daripada data berkenaan boleh membantu guru merancang tindakan.Sudah tentulah pengutipan data yang tidak membantu itu membazirkan masa.

    Dalam sesuatu kitaran kajian tindakan, pengutipan data berlaku pada dua peringkat.Peringkat pertama ialah untuk memahami dengan lebih mendalam tentang masalah yangdikenalpasti supaya aktiviti P&P dapat dirancang. Peringkat kedua pula ialah untuk mengesan

    keberkesanan aktiviti yang dirancang melalui proses pemerhatian. Catatan terperinci harusdilakukan semasa membuat pemerhatian.

    Bagaimana data diperolehi? Pengutipan data memerlukan alat. Lazimnya dalam penyelidikantradisi, alat yang sering digunakan ialah soal selidik atau temu bual. Dalam Kajian Tindakanalat mengutip data tidak dihadkan kepada satu-satu alat tertentu. Berbagai alat boleh digunaseperti senarai semak, komen bertulis oleh murid tentang amalan guru, catatan harianmurid/guru tentang pengalaman di bilik darjah, dairi murid/guru, jurnal, kertas ujian, bukulatihan murid dan sebagainya.

  • 8/7/2019 Kajian Tindakan-Bhn Internet

    3/32

    Alat boleh dibina sendiri oleh guru. Membina alat melibatkan sejumlah masa. Keupayaanpenyelidik dari segi masa, dan beban tugas perlu diberi perhatian apabila membina alat.Fikirkan alat yang praktikal dilaksanakan di bilik darjah. Pengalaman menyediakan alat-alatuntuk menilai murid-murid boleh membantu guru membina alat untuk mengutip data.

    Di mana data boleh diperolehi? Data untuk memahami masalah di peringkat awal kajianmungkin sudah sedia ada di sekolah dalam bentuk minit mesyuarat, laporan sekolah, rekodpencapaian, buku latihan murid, kertas ujian dan sebagainya. Langkah yang perlu dilakukanialah menyemak dokumen-dokumen tersebut dan mengeluarkan data-data yang relevan yangboleh menjawab soalan apa, mengapa dan bagaimana berhubung dengan masalah yanghendak ditangani.

    Apabila membuat permerhatian, data yang dicatat hendaklah seperti yang dilihat bukanpenilaian terhadap apa yang dilihat. Catatlah apa yang sebenarnya berlaku di bilik darjahsemasa guru mengajar dan murid belajar. Perhatikan beberapa contoh data mengikut catatanpihak yang terlibat dalam kajian.

    Guru

    a. Tidak semua murid turut serta dalam perbincangan.

    b. Murid tidak mengikut arahan guru bila membuat aktiviti kumpulan.

    Rakan

    a. Guru lebih banyak bercakap daripada murid.

    b. Murid yang duduk di barisan belakang menguap dan kedengaran mengeluh beberapa kalisemasa guru mengajar.

    Data Berbentuk Penilaian

    a. Murid berbual-bual semasa guru memberi arahan sebab mereka memang tidak minat belajarBahasa Inggeris.

    b. Penyampaian guru lemah.

    Data berbentuk statistik bukanlah satu kemestian dalam Kajian Tindakan. Jika berlaku keadaandi mana data berbentuk statistikdiperlukan seperti untuk menunjukkan jumlah murid yang terlibatdalam sesuatu aktiviti, markah ujian dan sebagainya, data ini tidak perlu dianalisis mengikutprogram analisis statistik yang telah ditentukan tetapi memadai dianalisis dalam bentuk peratus,kekerapan atau jumlah sebenar mengikut perkiraaan biasa. Perhatikan contoh berikut:

    a. 8 orang murid belum menguasai kemahiran mendarab.

    b. 3 daripada murid masih belum menguasai kemahiran mendarab.

    c. Hanya 5 daripada 30 orang murid turut serta dalam perbincangan.

    d. 5 orang pelajar mendapat markah 60 daripada 100.

    Sekiranya data yang dikutip itu tidak membantu atau tidak mencukupi untuk membuat

    rumusan atau keputusan tentang sesuatu keadaan, langkah yang perlu dilakukan ialahmendapatkan maklumat lebih lanjut tentang perkara itu. Dapatkan data daripada muridatau pihak yang berkaitan dalam bentuk komen, penjelasan atau sebagainya sama adamelalui catatan, temu bual senarai semak atau lain-lain. Dengan cara ini guru bolehmengesan dengan lebih terperinci mengapa sesuatu keadaan berlaku.

    Sebelum mendapatkan maklumat lanjut, fikirkan perkara-perkara yang berkaitan dengandata yang tidak lengkap itu supaya maklumat tambahan yang diperolehi boleh membantumenjelaskan dengan lebih mendalam tentang sesuatu keadaan dan rumusan boleh dibuat

  • 8/7/2019 Kajian Tindakan-Bhn Internet

    4/32

  • 8/7/2019 Kajian Tindakan-Bhn Internet

    5/32

    3.3 Pemerhatian

    Apakah yang dimaksudkan dengan pemerhatian dan apa pula perkara-perkara yangdiperhati? Pada peringkat pemerhatian penyelidik sebenarnya mengutip data. Data adalahsangat penting dalam mana-mana kajian kerana sesuatu rumusan atau kenyataan tentangsesuatu situasi berhubung dengan kajian hanya boleh dibuat dengan berlandaskan data.Penyelidikan dilakukan untuk mencari kebenaran. Data adalah bukti kepada kebenaran tentangsesuatu kajian. Sesuatu rumusan atau kenyataan yang dibuat tanpa berlandaskan data adalahmerupakan andaian. Data boleh dikutip secara berpasukan melalui guru sebagai penyelidik,murid dalam darjah yang terlibat atau rakan guru.

    Langkah pemerhatian haruslah diberi penelitian yang terperinci supaya proses mengutip databerjalan dengan licin dan data yang dikutip menepati keadaan yang sebenar. Tentukan caradan alat mengutip data sebelum pemerhatian dilakukan. Maklumkan juga kepada pihak yangterlibat dalam mengutip data iaitu murid dan rakan guru, perkara-perkara yang perludilakukan semasa mengutip data.

    3.4 Merenung

    Di peringkat refleksi, penyelidik cuba merumuskan apa yang telah difahami atau dipelajaritentang proses P&P berkaitan dengan amalan mengajarnya. Semasa merenung penyelidik cubamenilai, menghurai dan memikirkan dengan menyeluruh segala aspek berkaitan denganpermasalahan P&P serta reaksi penyelidik dan murid semasa kajian dilakukan. Selain daripadamenghuraikan proses P&P, gurujuga boleh menyelami perasaannya sendiri tentang kesulitan,kejayaan, kelemahan, keseronokan, keinsafan dan sebagainya setelah melaksanakan kajian.

    Disediakan oleh:

    Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.), Dip.Ed.),

    Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS.

    23 Januari 2001

    http://www.teachersrock.net

  • 8/7/2019 Kajian Tindakan-Bhn Internet

    6/32

  • 8/7/2019 Kajian Tindakan-Bhn Internet

    7/32

    Seiring dengan itu penyelidik juga boleh menggunakan dapatan kajian untuk membuatcadangan umum bagi meningkatkan minat dalam mata pelajaran sains di kalangan populasiluar bandar. Lazimnya cadangan untuk memperbaiki program dimajukan kepada organisasipendidikan yang terlibat secara langsung dalam perancangan pendidikan sains di sekolah.Dalam konteks pelaksanaan kajian, peranan penyelidik berakhir setelah laporan kajiandisediakan.

    2.2 Pengertian Tentang Kajian Tindakan

    Kajian Tindakan adalah kajian berbentuk kualitatif. Kajian kualitatif menggunakan data dalambentuk fakta asal seperti dilihat, didengar atau dibaca. Data berbentuk statistik (nombor) jugadigunakan tetapi tidak menjadi cacat sesuatu Kajian Tindakan yang tidak menggunakan databerbentuk itu.

    Peraturan yang perlu dipatuhi apabila menjalankan Kajian Tindakan ialah keempat-empatlangkah asas iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek yang dilakukan secaraberurutan dalam bentuk gelungan. Berikut dihuraikan dengan lebih terperinci beberapaperkara asas tentang Kajian Tindakan. Masalah yang dialami oleh guru-guru yang menjalankan

    Kajian Tindakan di sekolah dijadikan asas dalam membuat huraian dan cadangan.

    2.2.1 Pengembangan Profesionalisme Guru

    Kajian Tindakan mengembangkan kemampuan guru sebagai peneroka pengetahuan yangprofesional. Guru sebagai seorang profesional tidaklah semata-mata mengamalkanpengetahuan yang dikemukakan oleh orang lain tetapi berupaya merintisjalan bagi menanganipelbagi masalah P&P.

    Dalam Kajian Tindakan, guru sebagai penyelidik mengkaji amalan bekerjanya sendiri sertakaitannya dengan keberkesanan pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya.Amalan bekerja iaitu amalan mengajar termasuklah cara guru berinteraksi dengan murid,

    latihan-latihan yang disediakan, gaya penyampaian, soalan-soalan yang digunakan dansebagainya. Guru menjalankan kajian atas kesedaran bahawa terdapat masalah yangmengganggu proses pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya dan masalah ituperlu ditanganinya sendiri.

    Apabila seseorang guru mengamalkan Kajian Tindakan beliau perlu melakukan pengubahsuaianamalan P&P secara berterusan sehingga berlaku peningkatan dalam pencapaian murid padatahap yang jauh lebih baik berbanding dengan keadaan sebelum kajian dijalankan. Sekiranyapencapaian murid meningkat setelah melakukan aktiviti P&P yang telah dirancang untukmenangani masalah yang wujud, bolehlah dirumuskan bahawa amalan pengajaran guruberkesan. Keberkesanan pengajaran guru meningkatkan kewibawaannya sebagai pendidikdan dengan itu tahap profesionalisme guru itujuga turut meningkat.

    Kajian Tindakan memperlihatkan pengembangan guru sebagai sesuatu yang mengarah daribawah ke atas (bottom-up) dan bukan dari atas ke bawah (top-down). Model penjanapengetahuan (knowledge-generating model) mengandaikan bahawa kemajuan dalam latihanpendidikan perlulah berasaskan pada pandangan dan pengalaman guru sendiri. Model inimenekankan peranan guru sendiri sebagai model utama kajian tanpa menerima tekanan atauarahan dari pihak atasan. Dapatan dari kajian diterima sebagai sebahagian daripadapercambahan idea dalam bidang yang dikaji.

  • 8/7/2019 Kajian Tindakan-Bhn Internet

    8/32

    2.2.2 Meningkatkan Keberkesanan Amalan Mengajar

    Peningkatan keberkesanan amalan mengajar seseorang guru boleh dilihat melalui peningkatanprestasi pihak yang menerima perkhidmatan guru tersebut iaitu murid-murid. Melaluipemerhatian terhadap aktiviti-aktiviti P&P yang dijalankan di bilik darjah, guru mengumpuldata secara terancang untuk mengesan kelemahan dan kekuatan aktiviti yang dilaksanakan.

    Data yang telah dianalisis memberi gambaran yang jelas kepada guru tentang faktor-faktoryang mempengaruhi keberkesanan proses P&P. Berpandukan kepada analisis data gurumengubahsuai amalan mengajar yang lalu supaya menjadi lebih berkesan. Proses mengutipdata dan mengubahsuai amalan berlaku berulangkali sehinggalah berlaku peningkatan dalamprestasi murid.

    2.2.3 Tujuan Kajian

    Pelaksanaan Kajian Tindakan di bilik darjah bertujuan khusus untuk meningkatkan keberkesananamalan mengajar guru dan meningkatkan pencapaian murid. Secara logik, seorang muriddianggap berjaya menguasai kemahiran-kemahiran pembelajaran yang terdapat dalamsukatan pelajaran apabila berjaya mendapat markah tinggi dalam sebarang penilaian bagimata pelajaran tersebut. Dalam konteks pencapaian akademik, murid tersebut juga dianggap

    cemerlang dalam mata pelajaran itu.

    Sesuatu Kajian Tindakan yang bertujuan untuk mengatasi pelbagai masalah pembelajaran ataumembantu murid menguasai pelbagai kemahiran pembelajaran yang ditetapkan untuk satu-satumata pelajaran adalah lebih menepati matlamat untuk membantu murid mencapai tahapcemerlang dalam satu-satu mata pelajaran. Perhatikan contoh berikut:

    Membantu murid belajar dengan berkesan melalui pengajaran yang berkesan.

    Membantu murid merancang cara belajar di bilik darjah dengan berkesan melaluibimbingan guru yang berkesan.

    Contoh di atas boleh dijadikan tujuan kajian tindakan untuk dilaksanakan oleh seorang gurudalam satu kelas, atau untuk semua guru dalam satu sekolah bagi satu atau semua matapelajaran atau pelbagai mata pelajaran. Kajian itu boleh dilaksanakan dalam tempoh setahunatau untuk beberapa tahun.

    Pelaksanaan Kajian Tindakan untuk satu atau beberapa tahun sesi persekolahan pastilahmengandungi beberapa pusingan atau kitaran mengikut masalah-masalah yang hendakditangani. Tiap-tiap kitaran kajian mengandungi tujuan khusus berkaitan dengan satu-satumasalah atau kemahiran yang cuba ditangani. Perhatikan contoh-contoh berikut:

    Meningkatkan penguasaan kemahiran mendarab sifir 2 hingga 4.

    Meningkatkan kefahaman murid tentang rumah sa, puluh dan ratus dalam kemahiran asasmenambah.Selain daripada bertujuan untuk menangani masalah pembelajaran khususnya yangberkaitan dengan pencapaian rendah di kalangan murid,Kajian Tindakan juga boleh dijadikanstrategi untuk memperbaiki lagi pencapaian murid yang berada pada tahap baik ke tahapcemerlang.

  • 8/7/2019 Kajian Tindakan-Bhn Internet

    9/32

    2.2.4 Langkah-Langkah Melaksanakan KajianTindakan

    Dalam proses pembelajaran di bilik darjah, tiap-tiap kemahiran lazimnya dipelajari satupersatu. Proses yang sama berlaku dalam Kajian Tindakan. Tiap-tiap masalah pembelajaran ditangani satu per satu. Proses pelaksanaan Kajian Tindakan merangkumi empat langkah iaitumerancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Langkah-langkah ini dilaksanakan secaraberurutan dalam bentuk gelungan. Gelungan seperti ditunjukkan dalam rajah di bawahmenggambarkan proses pelaksanaan tanpa penghujung.

    Dalam satu gelungan atau kitaran kajian, pengkaji cuba menangani satu masalah tertentuseperti meningkatkan penguasaan sesuatu kemahiranan dalam sesuatu mata pelajaran.Pelbagai aktiviti P&P dicuba untuk menangani masalah itu. Setelah masalah dapat ditanganikitaran kajian seterusnya dimulakan dengan memberi tumpuan kepada masalah lain pula.

    Setelah dibuat perancangan rapi untuk mengatasi sesuatu masalah, adalah dijangkakanbahawa sesuatu masalah itu seharusnya dapat diatasi. Mungkin berlaku keadaan di manapenyelidik mendapati tiada perubahan berlaku atau sedikit sahaja kejayaan dicapai setelahkajian dilaksanakan. Sekiranya pengkaji tidak melakukan pemerhatian yang teliti dan tidakmembuat catatan semasa kajian berlangsung, sukar baginya untuk mengesan dengan tepatkelemahan aktiviti yang dilaksanakan. Oleh itu amalan mencatat atau merekod segala

    perkembangan yang berlaku semasa aktiviti dilaksanakan adalah satu peraturan yang perludipatuhi dalam Kajian Tindakan.

    Seseorang guru yang mengamalkan kajian tindakan sentiasa mencari masalah pembelajaranyang dihadapi oleh muridnya. Setelah masalah dikenalpasti usaha dilakukan untuk menanganimasalah itu melalui langkah-langkah merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Proseskajian untuk menangani masalah-masalah pembelajaran yang telah dikenalpasti berlakuberterusan sehingga semua masalah diatasi.

    2.2.5 Mengubah Amalan Mengajar

    Dalam situasi pembelajaran di bilik darjah murid-murid menghadapi berbagai-bagai masalah.

    Perkara ini boleh dikesan melalui pencapaian murid yang berbeza-beza walaupun merekadiberi pengalaman pembelajaran yang sama. Apakah lagi yang boleh dilakukan oleh guruuntuk membantu murid-murid golongan ini?

    Langkah-langkah P&P melalui K-ajian Tindakan melibatkan guru mengutip data terperincitentang berbagai faktor bilik darjah yang mempengaruhi proses pembelajaran. Hasil analisisdata tersebut membantu guru memahami mengapa sesuatu aktiviti P&P yang dilaksanakan tidakmencapai matlamat. Dengan cara ini guru dapat mengesan langkah menjalankan aktiviti yangperlu diubahsuai. Apabila berlaku pengubahsuaian aktiviti, secara tidak langsung guru yangterlibat mengubah amalan mengajar iaitu amalan dalam bentuk menyediakan aktiviti P&P.Dalam K.ajian Tindakan pengubahsuaian terhadap aktiviti P&P perlu dan sentiasa dilakukan.Amalan mengubahsuai aktiviti diteruskan sehingga pencapaian murid meningkat ke tahap yangsebaik mungkin.

    Proses pengubahsuaian sesuatu aktiviti berlaku setelah aktiviti itu dilaksanakan. Data tentang

    pelaksanaan aktiviti dianalisis dan hasil analisis itu dijadikan panduan atau landasan untukmemperbaiki aktiviti yang sama atau membina aktiviti baru.

    Melalui proses "cuba-cuba" aktiviti diubahsuai mengikut keperluan murid dan dengan caratersebut keberkesanan aktiviti P&P boleh dipertingkatkan. Usaha berterusan oleh guru untukmenilai keberkesanan amalan mengajar juga membolehkan guru tersebut mengesan kelemahanyang menimbulkan masalah pembelajaran seawal mungkin. Dengan cara ini langkah pembaikandapat dibuat sebelum sesuatu masalah menjadi serius dan terlalu sukar untuk ditangani.

  • 8/7/2019 Kajian Tindakan-Bhn Internet

    10/32

    2.2.6 Kajian Menjelaskan Amalan Penyelidik

    Guru yang menjalankan K-ajian Tindakan memainkan peranan sebagai pengkaji. Perkara yangdikaji ialah amalan guru itu sendiri berkaitan dengan masalah pembelajaran yang dihadapioleh murid-murid yang diajar. Oleh itu guru adalah pihak yang dikaji dan beliau tidak mewakilimana-mana kelompok populasi. Justeru, adalah tidak wajar dapatan Kajian Tindakandigunakan untuk membuat generalisasi terhadap amalan guru lain. Begitu juga, cadangan untukmemperbaiki aktiviti atau langkah P&P berdasarkan dapatan sesuatu kajian adalah sesuai dan

    lebih tepat untuk memperbaiki amalan guru yang menjalankan Kajian Tindakan itu sendiri.

    2.2.7 Perkongsian Maklumat

    Perkongsian dapatan kajian adalah perkara penting yang disarankan dalam Kajian Tindakan.Melalui perkongsian itu guru lain boleh menggunakan dapatan kajian sebagai rujukan ataupanduan bagi melaksanakan kajian mereka sendiri. Seseorang guru yang berhasrat untukmencuba aktiviti-aktiviti P&P yang telah dilaksanakan dalam Kajian Tindakan guru lain perlulahmengutip data tentang amalannya dahulu. Berdasarkan analisis data yang dikutip itu aktivitiyang hendak dicuba diubahsuai mengikut keperluan murid-muridnya sendiri.

    2.2.8 Memahami Proses Pembelajaran

    Guru yang menjalankan Kajian Tindakan turut mengalami proses pembelajaran. Melaluipendekatan ini guru cuba memahami proses pembelajaran murid-muridnya. Dengan memahamiproses pembelajaran murid, guru boleh mengambil langkah untuk memperbaiki pengajarannyayang tidak berkesan. Kajian Tindakan yang memberi penekanan kepada langkah-langkahuntuk membuktikan bahawa sesuatu pendekatan atau aktiviti pengajaran adalah lebih baikdaripada yang lain atau untuk menentukan sejauh mana keberkesanan penggunaan sesuatualat bantu dalam pengajaran tidak menepati matlamat untuk memperbaiki amalan guru.Perhatikan contoh-contoh dibawah.

    Perbandingan Antara K.eberkesanan Teknik Mengajar A Dengan Teknik Mengajar B.

    Keberkesanan Penggunaan Internet Dalam Pengajaran.

    Contoh di atas mebayangkan bahawa tumpuan kajian adalah untuk menguji keberkesananteknik mengajar atau bahan P&P, manakala kajian tindakan pula cuba mengesan kekuatanatau kelemahan amalan guru.Melalui Kajian Tindakan teknik mengajar A atau B sertapenggunaan internet dalam pengajaran boleh dijadikan langkah atau aktiviti P&P untukmenangani sesuatu masalah yang dikaji.

    2.2.9 Pendekatan Penyelidikan Dalam PengajaranBerbagai aktiviti atau program tambahan dilaksanakan di sekolah untuk mempertingkatkanprestasi murid. Seringkali aktiviti tersebut dilaksanakan di luar bilik darjah sama ada sebagaikelas tambahan atau program berbentuk kempen untuk menggalakkan lagi minat muridterhadap pelajaran. Seseorang guru yang menjalankan Kajian Tindakan tentang amalanmengajarnya bukanlah melaksanakan sesuatu projek khusus untuk tujuan penyelidikan semata-mata tetapi mengajar dengan menggunakan pendekatan penyelidikan. K.ajian dijalankansemasa guru mengajar di bilik darjah dengan cara menggabungjalinkan ciri-ciri penyelidikandalam pengajaran seperti mengumpul data tentang pengajaran dan selepas itu menganalisisdata tersebut. Dalam Kajian Tindakan langkah-langkah penyelidikan iaitu merancang,bertindak, memerhati dan mereflek perlu dipatuhi.

  • 8/7/2019 Kajian Tindakan-Bhn Internet

    11/32

    2.2.10 Mengutip Dan Menganalisis DataKajian Tindakan memberi ruang kepada guru untuk menerokai daya kreativiti dan inovasi. Olehitu alat yang digunakan untuk mengutip data tidak perlu dihadkan kepada beberapa alat yanglazim digunakan dalam kajian tradisi seperti temubual atau soalselidik. Guru boleh membinaalat sendiri untuk mengumpul data asalkan alat yang dibina itu praktikal dan sesuai digunakanmengikut keperluan kajian. Pengalaman mengajar yang ada pada guru khususnya yangberkaitan dengan aktiviti penilaian yang sering dilakukan oleh guru adalah aset penting yang

    boleh dimanfaatkan untuk membina alat.

    Berasaskan data daripada pelbagai sumber, kebenaran dapatan Kajian Tindakan bolehdiperkukuhkan. Melalui langkah pemerhatian terhadap pelaksanaan aktiviti-aktivit P&P databoleh dikumpul oleh tiga pihak iaitu penyelidik sendiri, rakan dan murid-murid yang diajar.Manakala di peringkat memahami masalah pula, guru boleh mendapatkan data daripadabeberapa sumber sedia ada serta mengutip data daripada murid-murid sebagai datatambahan sekiranya perlu.

    Data yang dikumpul perlulah dianalisis supaya memberi makna kepada keadaan yang sedangdikaji. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menganalisis data. Antara carayang mudah ialah mengelompokkan data daripada beberapa sumber mengikut tajuk atau

    tema tertentu. Dengan cara membandingkan data-data itu perkaitan antara data-data dapatdilihat. Melalui cara ini keadaan yang dikaji dapat dilihat atau difahami dengan lebih jelas.

    2.2.11 Usaha BerpasukanGuru boleh melaksanakan K-ajian Tindakan bersendirian tetapi berdasarkan pengalamanbeberapa orang guru di sekolah-sekolah di Australia didapati bahawa K.ajian Tindakanadalah lebih berkesan apabila dilaksanakan secara usaha sama atau berpasukan. Didapatijuga bahawa usaha sama di kalangan guru adalah lebih berkesan apabila semua guru dalampasukan penyelidik turut terlibat menjalankan K.ajian Tindakan di bilik darjah masing-masing.

    Peranan berpasukan menjadikan K.ajian Tindakah lebih berkesan kerana idea dan pandanganyang berbagai boleh membantu memantapakan sesuatu keputusan. Selain daripada memberi

    pandangan tiap-tiap ahli boleh saling membantu dalam melaksanakan tindakan sepertimembuat pemerhatian atau mengumpul data.

    Usaha berpasukan juga sangat penting bagi pelaksana kajian tindakan yang menghadapikebuntuan semasa melaksanakan kajian. Dengan adanya pasukan penyelidik guru boleh salingmerujuk dan saling bertanya apabila menghadapi masalah.Usaha berpasukan juga sangat penting bagi pelaksana kajian tindakan yang menghadapikebuntuan semasa melaksanakan kajian. Dengan adanya pasukan penyelidik guru boleh salingmerujuk dan saling bertanya apabila menghadapi masalah.Di sekolah kerja berpasukan boleh diwujudkan melalui panitia mata pelajaran. Kajian Tindakanboleh dijadikan agenda utama panitia untuk membina semangat kerja berpasukan serta

    meningkatkan profesionalisme guru.Bagaimana usaha berpasukan dapat diwujudkan sedangkan para guru mempunyai senaraitugas yang tidak pernah berakhir? Sekiranya seseorang guru pelaksana Kajian Tindakanmemerlukan bantuan daripada guru lain, adakah perlu bagi beliau mengadakan satumesyuarat khusus? Perjumpaan yang formal hanya dapat diadakan selepas waktu sekolah.Sekiranya guru-guru terlibat tidak boleh meluangkan masa, sudah tentulah perbincangan tidakdapat dijalankan.

  • 8/7/2019 Kajian Tindakan-Bhn Internet

    12/32

    Bagi meneruskan kajian, langkah-langkah pelaksanaan perlu diubahsuai. Perbincangan bolehdiadakan secara berperingkat. Mana-mana ahli yang mempunyai waktu senggang serentakbolehlah mengadakan perbincangan dahulu. Jika perlu guru yang memerlukan bantuan itubolehlah merujuk kepada ahli-ahli lain kemudian iaitu apabila mereka mempunyai masaterluang khususnya pada waktu senggang.

    Usaha berpasukan tidak semestinya berlaku di kalangan guru-guru dalam satu sekolah sahaja.Guru haruslah mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dengan guru-guru di sekolah lain

    khususnya sekolah yang berhampiran. Aktiviti berkongsi pengalaman di antara sekolah-sekolahmemberi peluang kepada guru untuk memperbaiki lagi kemahiran menjalankan kajian melaluipertukaran idea dan pengalaman.

    2.2.12 Keberkesanan Kajian Melalui Pelaksanaan Jangka Panjang

    'Program For Enhancaing Effective Learning" (PEEL) iaitu program ^enyelidikan di sekolahmelalui Kajian Tindakan telah dilaksanakan di sekolah-sekolah di Victoria, Australia. Menurutguru-guru yang terlibat dalam program itu, Kajian Tindakan sebagai pendekatan pengajaranuntuk mencapai matlamat pendidikan terbukti berkesan apabila dilaksanakan dalamjangkawaktu yang panjang. Melalui pelaksanaan kajian berulang kali dalam jangka waktu yangpanjang, guru berpeluang untuk mencuba berbagai-bagai idea. Melalui proses "cuba-cuba"

    kemahiran menjalankan kajian meningkat dan keberkesanan pengajaran juga turut meningkat.Oleh sebab itu kajian tindakan diamalkan sebagai pendekatan pengajaran seharian di bilikdarjah dan amalan penyelidikan ini diteruskan tahun demi tahun.2.3 Kesimpulan

    Kajian Tindakan adalah satu langkah berterusan oleh guru untuk menilai dan mengesankeberkesanan amalan sendiri. Melalui langkah-langkah mengesan dan menilai itu data dikumpuluntuk dijadikan panduan mengubahsuai amalan lalu supaya keberkesanan amalan mengajarseterusnya dapat dipertingkatkan.

    Kajian Tindakan menyarankan supaya guru mengubah amalan mengajar. Perubahan amalanyang disarankan bukanlah perubahan secara mendadak, serta drastik atau mengubah amalankepada sesuatu keadaan yang asing. Perubahan yang disarankan ialah dari segi

    mengubahsuai amalan secara berperingkat berasaskan data yang telah dikutip.

    Guru bukan sahaja memainkan peranan sebagai penyelidik tetapi beliau juga adalah pihakyang dikaji. Sebagai penyelidik guru mengumpul dan menganalisis data, mencadangkan aktivitiP&P serta melaksanakan sendiri aktiviti tersebut.

    Di sekolah murid menghadapi pelbagi masalah pembelajaran. Berasaskan pertimbangan itu,Kajian Tindakan yang bertujuan untuk menangani pelbagi masalah P&P lebih menepatimatlamat untuk membimbing murid mencapai tahap cemerlang dalam pendidikan. Berasaskanpertimbangan itu juga amalan menyelidik menggunakan pendekatan Kajian Tindakan wajardilakukan berterusan supaya sebarang masalah pembelajaran yang timbul dapat ditanganiserta dikesan seawal mungkin iaitu sebelum ia menjadi terlalu rumit untuk ditangani.

    Dalam usaha untuk memahami proses P&P pula, langkah-langkah kajian ditumpukan untukmeningkatkan keberkesanan aktiviti P&P bukan untuk menentukan atau mengenalpasti samaada sesuatu langkah lebih baik atau berkesan daripada yang lain. Pendekatan atau bahanP&P yang dianggap baik boleh digunakan untuk menangani sebarang masalah pembelajaranyang dikaji.

  • 8/7/2019 Kajian Tindakan-Bhn Internet

    13/32

    Kaedah Pembelajaran Koperatif

    Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid daripelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yangsama (Slavin, 1982).Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapijuga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah:saling bergantung antara satu sama lain secara positif,

    saling berinteraksi secara bersemuka,akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri,kemahiran koperatif, danpemprosesan kumpulanGanjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. Individu dalamkumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan perananberbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan.Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan,misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division),Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja

    Bulat (Round Table).Pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara Jigsaw. Dalam caraini, pembahagian tuigas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan.Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil. Setiap murid diagihkan tugas untukmempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil sendiri, murid akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu.Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama semua ahli kumpulan berjaya memahamidan menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan cara pengajaran berpusatkanmurid. Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada danmembantu penstrukturan semula idea.

    Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalamkumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasanayang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.

  • 8/7/2019 Kajian Tindakan-Bhn Internet

    14/32

    Prinsip-prinsip Pembelajaran Koperatif

    Apabila guru-guru pelatih merancang kerja kumpulan, sering kali tiga jenis lembaran kerja

    diberi kepada 3 kumpulan murid (cerdas, sederhana dan kurng sederhana!). Murid-murid

    dalam setiap kumpulan diminta membuat latihan masing-masing tanpa menggangu orang lain.

    Selepas itu, lembaran kerja dipungut dan guru pelatih berkenaan membuat sedikit rumusan.

    Apakah itu kerja kumpulan? Ini menunjukkan pelatih tersebut tidak memahami prinsip-prinsippembelajaran koperatif dan dinamika kumpulan.

    Berikut dijelaskan prinsip-prinsip asas pembelajaran koperatif. Model yang diutarakan olehJohnson & Johnson (PIGS) serta Kagan (PIES) mempunyai persamaan yang nyata.

    Johnson & Johnson Kagan

    Positif Interdependence Positif Interdependence

    Individual Accountability Individual Accountability

    Group Interaction Equal Participation

    Social Skills Simultaneous Interaction

    Positive Interdependence (Saling Kebergantungan Secara Positif)

    Mengikut model Stephen Covey tentang perubahan peribadi, (Seven Habits of Highly EffectivePeople) pelajar seharusnya beranjak dari sifat bergantung kepada sifat berdikari danseterusnya ke tahap saling kebergantungan. Saling kebergantungan wujud apabila pelajarmenganggap bahawa ia memerlukan usaha orang lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan.Walaupun seseorang pelajar berdikari tetapi tahap kecemerlangan yang lebih tinggi cuna

    boleh dicapai melalui usaha, input dan sinergi orang lain.

    Individual Accountability (Akauntabiliti Individu)

    Walaupun setiap pelajar dikehendaki bekerjasama dalam sesuatu tugasan, ia adalahbertanggungjawab atas pencapaiannya sendiri. Penilaian boleh dibuat secara individu.

    Group Interaction (Interaksi Kumpulan)

    Pelajar-pelajar memajukaan pembelajaran pelajar lain dengan membantu, mengongsi danmenggalakkan usaha pembelajaran. Interaksi kumpulan termasuk tindakan pelajar untukmenerangkan, membincang dan mengajar apa yang diketahui kepada orang lain.

    Social Skills (Kemahiran Sosial)

    Agar pembelajarn koperatif berkesan, guru mesti mengajar kemahiran sosial kepada pelajar.

    Kemahiran-kemahiran tersebut merangkumi kepimpinan, membuat keputusan, membinakepercayaan, komunikasi dan pengurusan konflik.

  • 8/7/2019 Kajian Tindakan-Bhn Internet

    15/32

    Refleksi :

    Kemahiran Sosial Dalam Kumpulan Koperatif

    Dalam pembelajaran koperatif, kemahiran sosial dalam kumpulan merupakan asas kejayaanpembelajaran koperatif. Kemahiran berkenaan tidak akan dimiliki tanpa perancangan olehguru yang ingin menjayakan pembelajaran koperatif. Antara kemahiran sosial dan peranan

    yang seiring dengannya ialah seperti jadual berikut:

    Jadual Kemahiran & Peranan Sosial

    Kemahiran Sosial Peranan Sosial

    Menggalakan orang lain:

    menggalakan penglibatan ahli yang pendiam

    dan kurang yakin agar lebih yakin; mula

    bertindak sebelum seseorang ahli bercakap;

    contoh: "Adalah eloknya kita mendengarpendapat Mohd."

    Penggalak (Encourger)

    Memuji orang lain:

    memuji usaha orang lain; bertindak selepas

    seseorang bercakap; contoh: "Itu idea yang

    baik".

    Pemuji (Praiser)

    Menyambut kejayaan & pencapaian:

    memimpin ahli kumpulan dalam meyambut

    dan meraikan kejayaan ahli kumpulan; tidak

    seperti Pemuji yang memuji; menjadi

    pemimpin dalam sorakan; contoh: "Mari kita

    berikan tepukan kepada Mohd."

    Penyambut Kejayaan (Cheerleader)

    Menyeimbangkan penglibatan peserta-

    peserta:

    memastikan penglibatan yang seimbang

    antara ahli kumpulan; meningkatkan

    penglibatan ahli yang kurang bercakap dan

    "memperlahankan" ahli yang terlalu banyak

    bercakap; contoh: "idea Mohd itu menarik,

    apakah pendapat Mad?", "Mad, adakah anda

    setuju dengan pendapat Mohd.?"

    Penjaga Libatan (Gatekeeper)

  • 8/7/2019 Kajian Tindakan-Bhn Internet

    16/32

    Membantu, membimbing & menasihat:

    Jurulatih membantu ahli pasukan menguasai

    isi kandungan akademik, tetapi berhati-

    hatinya agar tidak menyelesaian masalah

    untuk ahli pasukannya; contoh: "Ingatformula pertama?", "Eloknya jika anda

    semak semula soalan no. 2."

    Jurulatih (Coach)

    Meminta pertolongan:

    sekali sekalanya memeriksa pasukanya sama

    ada timbul soalan atau tidak. Jika timbul

    soalan, ia memastikan soalan itu

    dibincangkan untuk mendapatkan jawapan.

    Sekiranya semua ahli kumpulan tidak dapat

    menjawab sesuatu soalan, soalan itu menjadi

    soalan pasukan dan Komander menggunakan

    isyarat senyap untuk memaklumkan guru

    bahawa semua ahli menghadapi masalah.

    Komander Soalan (Question Commander)

    Menyemak & memeriksa pemahaman:

    memastikan semua ahli telah menguasai isi

    kandungan. Contoh: "Marilah kita buat satu

    soalan secara berseorangan sementara ahli

    lain memerhati untuk memastikan semua ahlitelah faham dan dapat menduduki

    peperiksaan kelak."

    Penyemak (Checker)

    Mengawas perjalanan tugasan:

    memastikan semua ahli menjalankan tugasan

    yang telah ditetapkan. Ia menggunakan

    peringatan positif seperti : "Kita belum

    menyiapakan tajuk 3 lagi" tetapi tidak

    digalakkan untuk menggunakan peringatan

    negatif seperti "Jangan main-main!".

    Pengawas Tugas (Taskmaster)

    Merekod idea-idea:

    menulis hasil perbincangan dan jawapan

    dalam kumpulan. Ada kalanya ia

    bertanggungjawab untuk memastikan semua

    Pencatat (Recorder)

  • 8/7/2019 Kajian Tindakan-Bhn Internet

    17/32

    isipentingdicatat dengantepatnya.

    Merenungtentangkemajuankumpulan:

    memimpinkumpulandenganmenorehke

    belakang. Proseskumpulanbertambahbaik

    jikaPerenungmerumusdanmencerminkan

    perbincangankumpulan. Iajugamemimpin

    kumpulanuntuk merenungtentang

    kemahiranmingguanseperti"Adakahkami

    membuatkerjadenganbaik?".

    Perenung(Reflector)

    Tidak menggangu oranglain:

    memastikanpasukantidak bercakapdengan

    suarayangterlalu kuatdanmengganggu

    oranglain. Guru bolehmenetapkantahap

    bunyi/suaradengansukatan"Suara12inci"atau "Suara6inci". KaptenSenyap

    memastikanahlinyamematuhikehendak

    "Suara6inci".

    KaptenSenyap(QuietCaptain)

    Mengedar bahanpembelajaran:

    mengambil danmemulangkanbahanp&pdan

    memastikantempatbersihdankemas

    selepassesuatu aktiviti

    KetuaBahan(MaterialsMonitor)

    Senarai semak ini membantu pelajar merenung penglibatan diri dan ahli kumpulan dalamaktiviti kumpulan seperti perbincangan, penyelesaian masalah atau brain storming.

    1.Apakah sepatah perkataaan yang anda boleh gunakan untuk menghuraikan kumpulananda hari ini.?

    2.Apakah sepatah perkataan yang anda gunakan untuk menghuraikan apa yang andainginkan daripada kumpulan?

    Adakah semua ahli melibatkan diri?SentiasaKadang-kadangSekali-sekala

    Jarang-jarang (Mengapa?)Tidak (Mengapa?)

    3.Adakah anda (ahli-ahli kumpulan lain) cuba menyenangkan perasaan orang lain?Sentiasa

    Kadang-kadang

    Sekali-sekala

  • 8/7/2019 Kajian Tindakan-Bhn Internet

    18/32

    Jarang-jarang (Mengapa?)

    Tidak (Mengapa?)

    4.Adakah anda menolong orang lain menyumbang dan menyampaikan pendapat denganmudah.

    SentiasaKadang-kadangSekali-sekalaJarang-jarang (Mengapa?)Tidak (Mengapa?)

    5.Adakah anda mendengar apa yang disampaikan oleh ahli kumpulan?Sentiasa

    Kadang-kadang

    Sekali-sekala

    Jarang-jarang (Mengapa?)

    Tidak (Mengapa?)

    6.Adakah anda menunjukkan bahawa anda mendengar dengan mengangguk kepalasemasa orang lain bercakap?

    SentiasaKadang-kadangSekali-sekalaJarang-jarang (Mengapa?)Tidak (Mengapa?)

    7.Adakah anda bertindak balas kepada sumbangan idea atau soalan orang lain dengankata-kata seperti "...idea itu baik", "...OK idea itu", "...bagus".

    Sentiasa

    Kadang-kadangSekali-sekala

    Jarang-jarang (Mengapa?)

    Tidak (Mengapa?)

    8.Adakah anda saling menyoal antara satu sama lain?

    SentiasaKadang-kadangSekali-sekalaJarang-jarang (Mengapa?)Tidak (Mengapa?)

  • 8/7/2019 Kajian Tindakan-Bhn Internet

    19/32

    9.Adakah anda mendengar soalan ahli kumpulan lain dan bersungguh-sungguh cubamenjawabnya?

    SentiasaKadang-kadangSekali-sekalaJarang-jarang (Mengapa?)Tidak (Mengapa?)

    10.Adakah anda menumpukan perhatian kepada ahli kumpulan lain?SentiasaKadang-kadangSekali-sekalaJarang-jarang (Mengapa?)Tidak (Mengapa?)

    11.Adakah sesiapa tertentu sahaja yang bercakap kebanyakan masa?YaTidak

  • 8/7/2019 Kajian Tindakan-Bhn Internet

    20/32

    Struktur Koperatif - Persemukaan

    (Liz Warner)

    Selepas membaca masalah pasukan, ahli kumpulan menulis jawapan masing-masing.

    Kemudiannya ahli-ahli pasukan mengadakan persemukaan atau 'showdown' denganmenunjukkan jawapan masing-masing.

    PELAKSANAAN

    Setiap pasukan memerlukan satu set soalan yang ditulis pada kad.

    1. Semua kad diterbalikkan dan diletak dalam pertengahan meja pasukan.2. Pelajar No. 1 membalikkan soalan No. 1 dan membacanya dengan kuat.

    3. Semua ahli pasukan menulis jawapan secara individu atas kertas atau papan batu. (Sekirapelajar tidak tahu jawapan, ia dikehendaki menulis '?').

    4. Ahli pasukan menunjukkan ibu jari jika ia sudah bersedia.5. Pelajar No. 1 sebut 'SHOWDOWN' dan semua ahli pasukan menunjukkan jawapan dengan

    meletakkannya di tengah meja.

    6. Pelajar No 1 memimpin pasukan dalam menyemak dan mengajar semula jika perlu.7. Pasukan meraikan kejayaan.

    8. Berganti peranan. Pelajar No. 2 memimpin pasukan.

    KEMAHIRAN SOSIAL - menunggu dengan senyap, membimbing dan memuji.

    IDEA-IDEA KANDUNGAN:

    Bahasa - soalan kefahaman, ejaan, tata bahasa, simbol-simbol fonetik, jenis isiMatematik - masalah, formula, bentuk

    Sains - kenal pasti batuan, formula, prosedurKajian Sosial - tata bahasa, peristiwa, watak-watak bersejarah

  • 8/7/2019 Kajian Tindakan-Bhn Internet

    21/32

    Struktur Koperatif - Pasport Parafrasa(Liz Warner)

    Pelajar berkongsi ideanya hanya selepas mereka memparafrasa dengan tepat orang yangbercakap sebelumnya.

    Pelaksanaan:1.Guru memperuntukkan satu topik.2. Pelajar A memberi pendapatnya.3. Pelajar B memparafrasa pendapat itu, kemudiannya memberi pendapatnya.4. Teruskan pemberian idea dan memparafrasa.

    1.Hak untuk menyampaikan idea diperoleh dengan memparafrasa dengan tepat ideayang telah disampaikan oleh ahli pasukan lain. Orang yang telah menyampaikan ideaadalah pengadil tentang ketepatan parafrasa.

    PengurusanLakukan percambahan idea untuk kata-kata parafrasa seperti 'Apa yang saya dengar tentangpendapat anda ialah ...', 'Apa yang saya fahami tentang pendapat anda ialah ...', 'Adakahanda bermaksud ...?'.

    Kemahiran Sosial- Mengambil giliran- Pendengaran aktif- Memparafrasa pendapat orang lain

    Idea-idea Untuk

    *Membina Pasukan- Apakah yang anda suka tentang kelas kami?- Apakah yang anda ingin ubahkan tentang kelas ini?

    *Bahasa

    - Cerita yang digemari- Apakah motivasi watak dalam cerita?

    *Sains- Langkah-langkah dalam siri- Interpretasi hasil dapatan daripada ujikaji makmal.

    *Matematik- Cara-cara menyelesaikan masalah- Cara-cara menggunakan matematik dalam hidup

    *Seni dan Apresiasi Muzik- Apakah perasaan anda apabila anda mendengar sesuatu muzik atau melihat karya seni?

  • 8/7/2019 Kajian Tindakan-Bhn Internet

    22/32

  • 8/7/2019 Kajian Tindakan-Bhn Internet

    23/32

    Struktur-struktur Interaksi Koperatif

    Struktur-sturktur Koperatif Yang Ringkas dan Mudah

    Struktur-struktur berikut boleh digunakan dalam kebanyakan mata pelajaran untuk

    menggalakkan interaksi pelajar dalam aktiviti p&p. Ia mudah digunakan oleh guru

    pelatih yang menjalankan praktikum mahupun dalam kelas biasa.

    1.Membentuk-Berkongsi-Mendengar-Mencipta 2.Semakan Pasangan 3.Roundrobin/Roundtable 4.Aktiviti Menyelesaikan Masalah Secara Pasukan 5.Tulis-Berpasang-Berhadapan

    1. Membentuk-Berkongsi-Mendengar-Mencipta- Karl A. Smith, University of Minnesota

    Membentuk sesuatu jawapan secara individu.

    Berkongsi jawapan anda dengan pasangan/pekongsi.

    Mendengar dengan teliti jawapan pasangan/pekongsi anda.

    Mencipta jawapan baru selepas perbincangan.

    2. Semakan Pasangan- Spencer Kagan, Kagan Cooperative Learning, Inc.

    Setiap kumpulan terdiri dari dua pasangan.

    Setiap pasangan terdiri daripada Pekongsi A dan Pekongsi B.

    Kumpulan diberi dua atau lebih masalah.

    Pekongsi A menyelesaikan masalah pertama sementara Pekongsi B membimbing.

    Pekongsi B menyelesaikan masalah kedua sementara Pekongsi A membimbing.

    Semak dengan pasangan lain dalam kumpulan.

    Sekiranya jawapan berbeza, fikirkan sebab-sebabnya.

    Pastikan setiap ahli pasukan bersedia menerangkan jawapan kepada pasukan lainjika perlu.

    Peringatan:(a) Semasa giliran menyelesaikan masalah, cakapkan langkah-langkah yang diambil.Pembimbing akan menolong anda jika anda menghadapi kesukaran.(b) Semasa giliran membimbing, beri isyarat dan galakan, serta menyoal tetapi janganhanya memberi jawapan.

    3. Roundrobin/Roundtable

    - Susan Ledlow, Arizona State University

    Arahan untuk RoundrobinIni merupakan suatu struktur menjawab secara lisan mengikut giliran.

    Dengar soalan dengan baik.

    Fikirkan semua jawapan yang sesuai.

  • 8/7/2019 Kajian Tindakan-Bhn Internet

    24/32

    Sumbangkan satu jawapan secara lisan.

    Dengar jawapan yang disebutkan oleh ahli kumpulan.

    Sumbangkan lagi jawapan anda yang belum disebut oleh ahli kumpulan bila sampaigiliran anda.

    Dengar jawapan seterusnya daripada ahli-ahli kumpulan.

    Teruskan sumbangan jawapan anda, satu demi satu, sehingga tamat masa.

    Arahan untuk RoundtableIni merupakan suatu struktur menjawab secara menulis mengikut giliran.

    Keluarkan sehelai kertas untuk kegunaan kumpulan.

    Dengar soalan dengan baik.

    Fikirkan semua jawapan yang sesuai.

    Tuliskan dan sebutkan satu jawapan atas kertas.

    Panjangkan kertas itu kepada ahli kumpulan di sebelah kiri.

    Dengar jawapan yang disebut oleh ahli kumpulan.

    Teruskan sumbangan jawapan, satu demi satu, sehingga tamat masa.

    4. Aktiviti Menyelesaikan Masalah Secara Pasukan- Karl Smith, University of Minnesota

    Masalah: Guru menyediakan masalah yang sesuai.

    Komponen Koperatif: Hanya satu jawapan daripada setiap pasukan. Semua ahlipasukan mesti bersetuju dan dapat menerangkannya.

    Akauntabiliti Individu: Seorang ahli akan dipanggil secara rambang untuk menjelaskanjawapan pasukan.

    Tingkah laku Sosial yang dijangkakan: Penglibatan saksama, menyemak untukkonsensus, ketidaksetujuan yang bersopan.

    5. Tulis-Berpasang-Berhadapan- Ruth Yabes, ASU

    Tulis sebanyak mungkin jawapan untuk soalan yang diberi.

    Lukis satu garisan melintang selepas jawapan terakhir.

    Berpasang dengan seorang ahli pasukan dan bandingkan jawapan anda.

    Tulis jawapan-jawapan oleh rakan pasangan anda sekiranya jawapan itu tidak samadengan jawapan anda.

    Lukis satu garisan melintang selepas jawapan terakhir yang diambil daripadapasangan anda.

    Bandingkan nota dengan pasangan yang lain dalam kumpulan anda.

    Catatkan jawapan-jawapan oleh pasangan lain sekiranya jawapan itu tidak samadengan jawapan yang sedia ada.

    Berkongsi senarai kumpulan anda dengan kelas apabila diminta oleh guru.

  • 8/7/2019 Kajian Tindakan-Bhn Internet

    25/32

    Teori Konstruktivisme

    1.PengenalanKurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mempunyai matlamat memperkembangkan fungsi muridsecara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis darisegi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya mereka dapat menjalani kehidupan seharianmereka dengan berkesan dan penuh tanggungjawab. Untuk mencapai matlamat ini, di antaralain, guru perlu mempunyai kemahiran memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran denganbijaksana supaya kaedah yang dipilih itu sesuai dengan murid-murid yang pelbagai kebolehandan minat.

    Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang wujud secarabebas dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran murid melalui pengalamanpancaindera, atau kewujudan pengetahuan sejadi dalam mental, tetapi ilmu pengetahuan itudiperolehi dengan cara membina sendiri oleh setiap murid melalui pengalaman, renungan danpengabstrakan.

    2.Pengertian KonstruktivisimeKonstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuandisusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalamkaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidakbegitu ketara dan tidak ditekankan.

    Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkandaripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatupengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripadausaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu

    pengetahuan sekolah ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh muridsebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akanmenghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahuimurid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set ideadan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.

    Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kirastruktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dandiserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka barutentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.

    Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yangbermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.

    Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentanghampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman danmiskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaanasal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberijawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.

  • 8/7/2019 Kajian Tindakan-Bhn Internet

    26/32

    John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidikyang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun ataumembina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaanmurid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

    Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru akanberubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian,penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubahkaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid meniur dengantepat apa saja yang disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaranyang menumpu kepada kejayaan murid membina skema pengkonsepan berdasarkan kepadapengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaanmodel daripada kaca mata guru kepada pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca matamurid.

    3.Perbandaingan Objektivisme Dengan KonstruktivismeParadigma pendidikan masa kini adalah kebanyakannya merupakan paradigma objektivisme.

    Paradigma ini gagal menyelesaikan banyak masalah dalam pendidikan. Perbezaan antaraobjektivisme dengan konstruktivisme adalah sangat nyata. Objektivisme berdasarkantanggapan bahawa wujud pengetahuan di luar persepsi manusia. Menurut pandangan ini,fungsi sains ialah untuk memastikan pengetahuan disampaikan secara objektif. Prosespembelajaran dalam paradigma ini hanyalah untuk menyalarkan pengetahuan dari pendidikkepada murid. Pengetahuan sains dari perspektif konsruktivisme adalah penjelasan palingsesuai untuk menghuraikan fenomena yang diperhatikan.

    Ahli objektivisme berpendapat bahawa kata pemutus tentang apa yang perlu diajar dan siapayang patut mengajar adalah dibuat oleh `pakar' yang semestinya mengetahui segala-galanya. Ini menyebabkan ramai murid tidak dapat melihat keperluan belajar sebagaimanayang dilihat oleh pihak `pakar'. Model autoritarian ini menjadikan guru sebagai sumberpengetahuan dan menjadikan guru sangat penting dalam bilik darjah. Murid dan juga orangawam beranggapan guru mempunyai segala jawapan bagi semua masalah. Sistem ini gagalmelahirkan murid yang produktif dan berpengetahuan luas.

    Dari pandangan ahli konstruktivisme, setiap orang murid mempunyai peranan dalammenentukan apa yang akan mereka pelajari. penekanan diberi kepada menyediakan murdidengan peluang untuk membentuk kemahiran dan pengetahan di mana merekamenghubungkaitkan pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa depen. murid bukanhanya dibekalkan dengan fakta-fakta sahaja, sebaliknya penekanan diberi kepada prosesberfikir dan kemahiran berkomunikasi. Selepas satu sesi perbincangan murid bersama-samamenetnukan perkara penting yang harus dipelajari dan tujuan mempelajarinya. Dalam prosesini murid akan mengalami prosedur yang digunakan oleh seorang saiantis sepertimenyelesaikan masalah dan memeriksa hasil yang diperolehi

    Melalui penggunaan paradigma konstruktivisme, guru perlu mengubah peranannya dalam biliksains. Guru mungkin akan berperanan sebagai pelajar atau penyelidik. Dengan cara ini, guruakan lebih memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan. Justeru itu guruakan memperolehi kemahiran untuk membina dan mengubahsuai kefahaman sertaberkomunikasi dengan orang lain. Guru akan memahami bahawa proses pembinaan danpengubahsuaian konsep merupakan satu proses berterusan dalam kehidupan.

    Dalam paradigma konstruktivisme, murid menganggap peranan guru sebagai salah satu

  • 8/7/2019 Kajian Tindakan-Bhn Internet

    27/32

    sumber pengetahuan dan bukan sebagai seorang yang tahu segla-galanya. Merekamenganggap pengetahuan sebagai sesuatu yang boleh disesuaikan dan boleh berubah.Mereka juga sedar bahawa mereka bertanggungjawab terhadap diri sendiri untukmenggunakan pelbagai cara bagi memproses makluamt dan menyelesaikan masalah. Dalamerti kata lain, guru adalah berperanan sebagai seorang fasilitator dan pembimbing. Hubunganguru dengan murid boleh diumpamakan sebagai hubungan di antara bidan dengan ibu yangmelahirkan anak. Guru bertanggung jawab membimbing dan membantu murid mempelajarisesuatu pelajaran dengan bermakna. Guru tidak boleh belajar untuk murid. Murid yang

    membina fahaman sendiri.

    Kebanyakan teknik penilaian sekarang adalah berdasarkan paradigma objektivisme. Dalampengujian yang dijalankan, murid akan diuji sama ada dia dapat memberikan jawapan yangdikehendaki oleh penggubal soalan. Mereka juga dianggap mempunyai tafsiran yang samadengan penggubal soalan tentang apa yang dikehendaki dalam soalan. Oleh yang demikan,soalan-soalan ujian tidak sebenarnya menguji kefahaman dan pengetahuan murid, tetapihanya menguji kemahiran murid untuk membekalkan jawapan yang dikehendaki olehpenggubal soalan sahaja.

    Menurut teori konstruktivisme, penilaian harus merangkumi cara menyelesaikan masalah denganmunasabah dan pengetahuan. Antara teknik-teknik penilaian yang sedemikian ialah peta

    konsep, rajah Venn, portfolio, ujian prestasi dan ujian berpasukan.

    Pandangan ahli konstruktivisme terhadap disiplin di dalam kelas adalah berbeza dengan ahliobjektivisme. Ahli konstruktivisme menganggap peranan guru adalah sebagai pengurus kelasdan boleh menangani hal-hal disiplin murid dengan sempurna. murid diterima sebagi individuyang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza di mana setiap individu itu diangap pentingdalam proses pembelajaran dan perlu diberi perhatian yang wajar. Mereka diberikanpeluang untuk membuat keputusan sendiri tentang perkara-perkara yang akan merekapelajari. Melalui proses ini, mereka akan lebih prihatin, bertanggungjawab dan melibatkan diridalam aktiviti pembelajaran mereka.

    Sebaliknya ahli objektivisme berpendapat bahawa guru harus berperanan sebagai pengawaldisiplin kelas. Murid tidak ada pilihan kecuali menurut peraturan dan undang-undang yang

    ditetapkan. Mereka yang ingkar akan didenda.

    Pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme memberi peluang kepadaguru untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menentukan sendirimasa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. Di samping itu,guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai kefahaman orang lain supayakefahamannya tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat ditingkatkan lagi.

    Perbandingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme Dalam Pendidikan

    Objektivisme Konstruktivisme

    Tanggapan Utama

    Pengetahuan wujud bebas daripersekitaran dalaman dan luaran

    pelajar

    Pengetahuan bukan objektif, apayang kita benar-benar tahu dan

    faham hanyalah persepsi kit. Iaditentukan oleh kita semua.

    Pengetahuan tidak mempunyai

    struktur mutlak

  • 8/7/2019 Kajian Tindakan-Bhn Internet

    28/32

    Kesan

    Guru menolong murid membina

    pengetahuan dan rangka konteks

    di mana ia wujud. Mereka

    mengguna analogi, contoh danpelbagai kaedah mengingat.

    Mereka tanya soalan untukmembantu murid

    Guru menolong murid membina

    kefahaman baru dan menolong

    murid merakamkannya ke dalam

    struktur kognitif sedia ada.Mereka melakukannya dengan

    menolong murid membentukanalogi, contoh dan kaedah

    mengingat murid sendiri, dan gurumenolong murid membentuk soalan

    yang perlu ditanya bagimembimbing mereka ke arah

    kefahaman yang lebih tinggi

    Respons Guru

    "ada perkara yang anda hendak

    tahu dan saya akan ajar kepada

    anda apa yang saya tahu""Saya ajari ini, mereka belajar

    ini""Pelajar ini sungguh bijak, mereka

    belajar apa saja yang sayaajarkan"

    "Ada perkara yang anda hendak

    tahu dan saya akan tolong anda

    mengetahui bagaimana anda bolehbelajar mengenainya"

    "Saya ajar ini, mereka belajar itu""Pelajar ini sungguh bijak, mereka

    belajar perkara yang saya tidakpernah rancang untuk ajar mereka"

  • 8/7/2019 Kajian Tindakan-Bhn Internet

    29/32

    Model Konstruktivisme 5-FasaModel pengajaran dan pembelajaran ini adalah dicadangkan dalam `Children's Learning inScience Project' (Needham, 1987). Dalam model ini, murid digalakkan bertukar-tukar fikiranmelalui fasa pencetusan idea.

    Fasa ini juga dapat merangsang murid meninjau semula idea asal mereka. Dalam fasapenstrukturan semula idea, guru digalakkan merancang aktiviti yang sesuai untuk membantu

    murid mengubah idea asal mereka. Murid diberi peluang untuk mencabar idea asal sendiri danjuga idea rakan-rakan mereka. Adalah dipercayai idea baru yang dibina oleh murid sendiribiasanya lebih mudah diterima oleh mereka jika sekiranya idea ini mudah difahami danberguna. Dalam fasa penggunaan idea, murid boleh menggunakan idea baru mereka untukmenyelesaikan masalah dan menerangkan fenomena yang berkaitan dengan idea-idea itu.Fasa renungan kembali merupakan fasa terakhir. Dalam fasa ini murid membandingkan ideaasal renungan kembali merupakan fasa terakhir. Dalam fasa ini murid membandingkan ideaasal mereka dengan idea baru dan merenung kembali proses pembelajaran yang telahmengakibatkan perubahan ke atas idea mereka. Fasa ini juga dapat memperkembangkankemahiran meta kognitif.Fasa-fasa pengajaran berasaskan model konstruktivisme 5-fasa seperti berikut:-

    Bil Fasa Tujuan/Kegunaan Kaedah

    I

    Orientasi Menimbulkan minat dan

    menyediakan suasana

    Amali penyelesaikan masalah

    sebenar, tunjukcara oleh guru,tayangan filem, video dan

    keratan akhbar

    II

    Pencetusan

    Idea

    Supaya murid dan guru sedar

    tentang idea terdahulu

    Amali, perbincangan dalam

    kumpulan kecil, pemetaankonset dan laporan

    III

    Penstrukturansemula idea

    i. Pernjelasan

    dan pertukaran

    ii. Pendedahankepada situasi

    konflik

    iii. Pembinaan

    idea baru

    iv. Penilaian

    Mewujudkan kesedaran tentangidea alternatif yang berbentuk

    saintifik.Menyedari bahawa idea-idea

    sedia ada perlu diubahsuai,diperkembangkan atau diganti

    dengan idea yang lebih saintifik.

    Mengenalpasti idea-idea

    alternatif dan memeriksa secara

    kritis idea-idea sedia ada sendiri

    Menguji kesahan idea-idea sediaada

    Pengubahsuaian, pemgembangan

    atau penukaran idea

    Menguji kesahan untuk idea-idea

    baru yang dibina

    Perbincangan dalam kumpulan

    kecil dan buat laporan

    Perbincangan, pembacaan,

    input guru.

    Amali, kerja projek,

    eksperimen, tunjukcara guru

  • 8/7/2019 Kajian Tindakan-Bhn Internet

    30/32

    IV Penggunaan ideaPengukuhan kepada idea yang

    telah dibina dalam situasi barudan biasa

    Penulisan sendiri kerja projek

    V

    Renungankembali

    Menyedari tentang perubahanidea murid. Murid dapat

    membuat refleksi sejauh

    manakah idea asal mereka telahberubah.

    Penulisan kendiri,perbincangan kumpulan,

    catatan peribadi dan lain-lain.

  • 8/7/2019 Kajian Tindakan-Bhn Internet

    31/32

  • 8/7/2019 Kajian Tindakan-Bhn Internet

    32/32

    Adakah Anda Mempraktikkan Pendekatan Konstruktivisme.

    Anda telah mempraktikkan pendekatan konstruktivisme sekiranya:

    Murid berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep.

    Murid berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain.

    Murid menghormati pandangan alternatif rakan-rakan mereka.

    Semua pandangan murid dihormati dan tidak dipandang rendah

    Pelajaran berpusatkan murid

    Aktiviti berasaskan 'hands-on' dan 'minds-on'

    Guru mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir

    Murid mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkankefahaman idea tersebut

    Murid merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya

    Murid menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina

    Guru menyediakan alat/bahan yang sesuai

    Murid digalakkan mengemukakan hipotesis dan bukan guru menerangkan teori

    Guru mengemukakan soalan yang boleh meransangkan murid mencari jawapan

    Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada murid

    Murid banyak berinteraksi dengan murid lain dan guru

    Guru prihatin terhadap keperluan, kebolehan dan minat murid

    Murid bekerja dalam kumpulan