belajar untuk mengajar dalam kalangan guru …€¦ · belajar untuk mengajar dalam kalangan guru...

24
BELAJAR UNTUK MENGAJAR DALAM KALANGAN GURU PELATIH, JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN KEJURUTERAAN (JPTK), FAKULTI PENDIDIKAN KETIKA LATIHAN MENGAJAR NUR HANI BINTI ABD HALIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 06-Sep-2019

33 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BELAJAR UNTUK MENGAJAR DALAM KALANGAN GURU …€¦ · belajar untuk mengajar dalam kalangan guru pelatih, jabatan pendidikan teknik dan kejuruteraan (jptk), fakulti pendidikan ketika

BELAJAR UNTUK MENGAJAR DALAM KALANGAN GURU PELATIH, JABATAN

PENDIDIKAN TEKNIK DAN KEJURUTERAAN (JPTK), FAKULTI PENDIDIKAN

KETIKA LATIHAN MENGAJAR

NUR HANI BINTI ABD HALIM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: BELAJAR UNTUK MENGAJAR DALAM KALANGAN GURU …€¦ · belajar untuk mengajar dalam kalangan guru pelatih, jabatan pendidikan teknik dan kejuruteraan (jptk), fakulti pendidikan ketika

ii

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL :

SESI PENGAJIAN : 2010/2011

Saya NUR HANI BINTI ABD HALIM

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja

Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran

antara institusi pengajian tinggi.

** Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di

dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972).

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap :

Tarikh: 12 MEI 2011 Tarikh: 12 MEI 2011

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai

SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan PSM.

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

BELAJAR UNTUK MENGAJAR DALAM KALANGAN GURU

PELATIH, JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN

KEJURUTERAAN (JPTK), FAKULTI PENDIDIKAN KETIKA

LATIHAN MENGAJAR

(HURUF BESAR)

DR. MOHD ZOLKIFLI BIN ABD. HAMID

(NAMA PENYELIA) NO: 10,

KAMPUNG SANGGANG,

28020 TEMERLOH,

PAHANG DARUL MAKMUR

Page 3: BELAJAR UNTUK MENGAJAR DALAM KALANGAN GURU …€¦ · belajar untuk mengajar dalam kalangan guru pelatih, jabatan pendidikan teknik dan kejuruteraan (jptk), fakulti pendidikan ketika

iii

“Saya akui telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai skop

dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup).”

Tandatangan :

Nama Penyelia :

Tarikh : 12 MEI 2011

Page 4: BELAJAR UNTUK MENGAJAR DALAM KALANGAN GURU …€¦ · belajar untuk mengajar dalam kalangan guru pelatih, jabatan pendidikan teknik dan kejuruteraan (jptk), fakulti pendidikan ketika

i

BELAJAR UNTUK MENGAJAR DALAM KALANGAN GURU PELATIH, JABATAN

PENDIDIKAN TEKNIK DAN KEJURUTERAAN (JPTK), FAKULTI PENDIDIKAN

KETIKA LATIHAN MENGAJAR

NUR HANI BINTI ABD HALIM

Laporan Projek ini Dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2011

Page 5: BELAJAR UNTUK MENGAJAR DALAM KALANGAN GURU …€¦ · belajar untuk mengajar dalam kalangan guru pelatih, jabatan pendidikan teknik dan kejuruteraan (jptk), fakulti pendidikan ketika

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penulis : NUR HANI BINTI ABD HALIM

Tarikh : 12 MEI 2011

Page 6: BELAJAR UNTUK MENGAJAR DALAM KALANGAN GURU …€¦ · belajar untuk mengajar dalam kalangan guru pelatih, jabatan pendidikan teknik dan kejuruteraan (jptk), fakulti pendidikan ketika

iii

DEDIKASI

Ku abadikan buat insan-insan istimewa dalam hidupku….

Teristimewa buat abah (Abd Halim bin Mohamed) dan mak (Hamidah binti Yunus)

yang selalu mendoakan kejayaan kepada diri ini.

Tiada apa yang dapat kuucapkan hanya restu kalian berdua mengiringi setiap detik

perjalanan hidupku

Buat ahli keluarga yang tersayang (Along, Eddy, Jija & Gina) yang selalu memberi

semangat kepada diri ini dan tidak putus-putus mengajarku erti kesabaran dan

ketabahan.

Buat penyelia yang dihormati lagi disayangi

Dr. Mohd Zolkifli bin Abd. Hamid

Segala butir jasamu serta tunjuk ajarmu akan kekal sehingga selama-lamanya

Tidak dapatku balas dengan apa-apa selain kejayaanku

Hanya Allah s.w.t sahaja yang hanya dapat membalas segala keperitan dan kepayahan

dalam mengajarku

Buat sahabat handai, rakan-rakan 4 SPH yang tidak putus-putus memberi kata

semangat dalam menempuh pelbagai dugaan dan cabaran sepanjang membuat kajian

ini.

Persahabatan ini adalah suatu perjalanan yang tidak akan berakhir…

Semoga kalian semua diberkati dan dirahmati oleh Allah s.w.t hendaknya.

Wassalam.

Page 7: BELAJAR UNTUK MENGAJAR DALAM KALANGAN GURU …€¦ · belajar untuk mengajar dalam kalangan guru pelatih, jabatan pendidikan teknik dan kejuruteraan (jptk), fakulti pendidikan ketika

iv

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya telah berjaya

saya menyiapkan kajian ini seperti yang dikehendaki.

Di sini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima

kasih yang tidak terhingga kepada penyelia Projek Sarjana Muda Dr. Mohd Zolkifli bin

Abd. Hamid di atas bimbingan, tunjuk ajar dan dorongan yang beliau berikan sepanjang

tempoh untuk saya menyiapkan projek ini. Begitu juga jutaan terima kasih kepada

individu-individu yang terlibat dalam menyiapkan kajian ini sama ada secara langsung

atau tidak langsung.

Disini saya juga, ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga

kepada rakan-rakan seperjuangan atas segala sumbangan idea, dorongan, nasihat dan

sebagainya yang telah dikongsi bersama. Walaupun pelbagai dugaan dan cabaran yang

ditempuhi namun, akhirnya dapat juga saya menyiapkan kajian ini.

Kepada semua yang terlibat, hanya Allah s.w.t yang mampu membalas jasa

kalian semua dan jasamu akan ku kenang sampai bila-bila dan semoga ilmu yang

terkandung di dalam kajian ini, dapat memberikan manfaat dan ilmu kepada semua.

Amin.

Page 8: BELAJAR UNTUK MENGAJAR DALAM KALANGAN GURU …€¦ · belajar untuk mengajar dalam kalangan guru pelatih, jabatan pendidikan teknik dan kejuruteraan (jptk), fakulti pendidikan ketika

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan meneroka peranan penyelia dalam membantu GP belajar

untuk mengajar dan mengetahui sumber pembelajaran bagi GP. Kajian ini turut

mengkaji teknik/kaedah belajar GP ketika latihan mengajar. Kaedah temu bual

berstruktur telah diguna pakai dalam pengutipan data, seterusnya data dianalisis dan

direkodkan secara manual. Kaedah persampelan non probability digunakan dalam

penyelidikan ini. Oleh kerana kajian ini melibatkan tinjauan cara belajar untuk mengajar

dalam kalangan guru pelatih yang mendapat keputusan yang cemerlang ketika latihan

mengajar, maka kaedah persempelan bertujuan (purposive sampling) telah digunakan.

Seramai empat orang partisipan terlibat dalam kajian ini. Responden yang terlibat dalam

kajian ini merupakan pelajar tahun akhir yang telah menjalani Latihan Mengajar.

Penyelia amat berperanan dalam membantu GP dari segi tunjuk ajar dan teguran. Selain

itu hubungan yang baik antara GP dan penyelia serta pada masa yang sama penggunaan

bahan rujukan tambahan dari buku-buku dan internet turut menyumbang dalam

pembelajaran mereka. Infrastruktur yang baik serta peralatan pengajaran dan

pembelajaran yang mencukupi serta lengkap juga antara faktor penyumbang ke arah

pembelajaran GP. Disamping itu, GP mencontohi pengajaran mantan guru iaitu

berdasarkan pengalaman GP terdahulu ketika belajar di sekolah. Manakala, belajar cara

mengajar GP dipengaruhi juga oleh pembelajaran melalui subjek pengajaran micro dan

kesilapan-kesilapan sendiri. GP perlulah lebih proaktif dalam usaha untuk memperkaya

ilmu berkenaan dengan cara mengajar supaya GP dapat mencapai kecekapan mengajar

yang optimum.

Page 9: BELAJAR UNTUK MENGAJAR DALAM KALANGAN GURU …€¦ · belajar untuk mengajar dalam kalangan guru pelatih, jabatan pendidikan teknik dan kejuruteraan (jptk), fakulti pendidikan ketika

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to explore the role of supervisors in helping the GP

in learning to teach and to know the sources of learning for the GP. This study also

reviews the techniques / methods of teaching and learning during teaching practice.

Structured interview was used in the collection of data, so data were analyzed and

coded manually. Non probability sampling methods was used in this research. Since this

study involves the review of learning to teach among student teachers who excelled

during teaching practice, the purposive sampling method were used. Four participants

participate in this study. Respondents who participated in this study are among final

year students. Supervisor performs as an instrumental in helping GP in terms of

guidance and comment. Maintain a good relationship between the GP and supervisor,

and as well as make use of references material from the books and the Internet have also

contributed in their learning process. An adequate infrastructure and equipment of

teaching and learning also play an important role in GP learning to teach process. In

addition, GP also tend to imitate the instruction of their former teachers. Meanwhile, GP

learning is influenced by learning through micro teaching subjects and their own

mistakes. GP should be more proactive in its effort to learn about teaching skills in

order to enable the student teachers master an optimum instructional competency.

Page 10: BELAJAR UNTUK MENGAJAR DALAM KALANGAN GURU …€¦ · belajar untuk mengajar dalam kalangan guru pelatih, jabatan pendidikan teknik dan kejuruteraan (jptk), fakulti pendidikan ketika

KANDUNGAN

BAB TAJUK HALAMAN

TAJUK TESIS i

DEKLARASI ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Batasan Dan Skop Kajian 9

1.8 Definasi Terminology 10

1.8.1 Pembelajaran Cara Mengajar 10

1.8.2 Latihan Mengajar 11

1.8.3 Guru Pelatih 11

1.9 Penutup 11

Page 11: BELAJAR UNTUK MENGAJAR DALAM KALANGAN GURU …€¦ · belajar untuk mengajar dalam kalangan guru pelatih, jabatan pendidikan teknik dan kejuruteraan (jptk), fakulti pendidikan ketika

2 TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 12

2.2 Pembelajaran 12

2.3 Gaya Pembelajaran 15

2.4 Teori Pembelajaran 15

2.4.1 Mazhab Behaviorisme 16

2.4.1.1 Teori Pelaziman Klasik Pavlov 16

2.4.2 Mazhab Kognitif 17

2.4.3 Teori Pembelajaran Persekitaran 17

2.4.4 Teori Pembelajaran Berasaskan Pengalaman 17

2.4.5 Blended Learning 20

2.4.6 Work-Based Learning

2.5 Sumbangan Penyelia

2.6 Sumber Tambahan

2.7 Teknik/Kaedah Belajar

20

21

21

22

2.8 Penutup 23

3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 24

3.2 Kaedah Memilih Sampel 25

3.3 Kaedah Temubual Dan Semakan Dokumen Sebagai Kaedah

Penyelidikan

26

3.4 Prosedur Dan Langka-Langkah Pengumpulan Data 27

3.5 Kajian Rintis 27

3.6 Kajian Sebenar 28

3.7 Analisis Data

3.8 Semakan Dokumen

29

30

3.8 Penutup 32

Page 12: BELAJAR UNTUK MENGAJAR DALAM KALANGAN GURU …€¦ · belajar untuk mengajar dalam kalangan guru pelatih, jabatan pendidikan teknik dan kejuruteraan (jptk), fakulti pendidikan ketika

4 ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 33

4.2 Latar Belakang Responden 33

4.3 Rumusan Responden 35

4.4 Penyelidik 36

4.5 Semakan Dokumen 37

4.6 Dapatan Temubual Dan Semakan Dokumen 37

4.7 Temubual 37

4.7.1 Persoalan Kajian 1 38

4.7.2 Persoalan Kajian 2 41

4.7.3 Persoalan Kajian 3 46

4.8 Semakan Dokumen 47

4.9 Penutup 47

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Rumusan 48

5.2 Persoalan Kajian Pertama 49

5.3 Persoalan Kajian Kedua 52

5.4 Persolan Kajian Ketiga 56

5.5 Perbincangan 57

5.6 Cadangan 59

5.7 Penutup 60

RUJUKAN

LAMPIRAN

61

65

Page 13: BELAJAR UNTUK MENGAJAR DALAM KALANGAN GURU …€¦ · belajar untuk mengajar dalam kalangan guru pelatih, jabatan pendidikan teknik dan kejuruteraan (jptk), fakulti pendidikan ketika

xii

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK HALAMAN

1.1 Jadual keputusan LM sesi 2009/2010 1 bagi SPH, SPE dan

SPJ.

6

4.1 Ringkasan Temubual FSP-HUB 38

4.2 Ringkasan Temubual FSP-TGR 39

4.3 Ringkasan Temubual FSP-BNT 40

4.4 Ringkasan Temubual FST-SBR 41

4.5 Ringkasan Temubual FSP-INF 42

4.6 Ringkasan Temubual FSP-ALT 43

4.7 Ringkasan Temubual FTK-PGL 44

4.8 Ringkasan Temubual FTK-MIC 45

4.9 Ringkasan Temubual FTK-SLP 46

Page 14: BELAJAR UNTUK MENGAJAR DALAM KALANGAN GURU …€¦ · belajar untuk mengajar dalam kalangan guru pelatih, jabatan pendidikan teknik dan kejuruteraan (jptk), fakulti pendidikan ketika

xiii

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Model Reflektif Pemikiran Dan Tindakan 19

3.1

3.2

Prosedur Pengumpulan Data

Prosedur Kajian

30

31

4.1 Faktor Sumbangan Penyelia (FSP) 38

4.2 Faktor Sumber Tambahan (FST) 41

4.3 Faktor Teknik/Kaedah (FTK) 46

Page 15: BELAJAR UNTUK MENGAJAR DALAM KALANGAN GURU …€¦ · belajar untuk mengajar dalam kalangan guru pelatih, jabatan pendidikan teknik dan kejuruteraan (jptk), fakulti pendidikan ketika

xiv

SENARAI LAMPIRAN

BIL LAMPIRAN HALAMAN

1 Lampiran I (Protokol Temubual) 65

2 Lampiran II (Borang Catatan Temubual) 66

3

4

Lampiran III

Lampiran IV

(Interpretasi Kod)

Surat Kebenaran

67

68

5 Lampiran V (Rancangan Mengajar)

- Bahagian Refleksi Diri GP1

- Bahagian Refleksi Diri GP2

- Bahagian Refleksi Diri GP3

- Bahagian Refleksi Diri GP4

69

Page 16: BELAJAR UNTUK MENGAJAR DALAM KALANGAN GURU …€¦ · belajar untuk mengajar dalam kalangan guru pelatih, jabatan pendidikan teknik dan kejuruteraan (jptk), fakulti pendidikan ketika

xiv

SENARAI SINGKATAN

FP Fakulti pendidikan

GP Guru pelatih

JPTK Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

LM Latihan Mengajar

PK Penyelidik

P&P Pengajaran dan pembelajaran

SPH Sarjana pendidikan kemahiran Hidup

UTM Universiti teknologi Malaysia

Page 17: BELAJAR UNTUK MENGAJAR DALAM KALANGAN GURU …€¦ · belajar untuk mengajar dalam kalangan guru pelatih, jabatan pendidikan teknik dan kejuruteraan (jptk), fakulti pendidikan ketika

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan institut pengajian tinggi yang

merupakan salah sebuah pusat pengajian tinggi yang menghasilkan guru dalam bidang

teknikal dan vokasional. Dengan berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara, UTM juga

telah menetapkan falsafahnya yang tersendiri iaitu:

“Melahirkan ahli teknologi yang cekap dan bertanggungjawab kepada

pencipta-Nya dan masyarakat.”

(UTM, 2004)

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara, UTM telah mewujudkan Fakulti

Pendidikan (FP) bagi melahirkan guru-guru yang bakal merealisasikan Falsafah

Pendidikan Negara. Dengan itu, FP juga telah menetapkan objektifnya yang tersendiri

bagi memartabatkan lagi profesion perguruan sebagai satu kerjaya. Antara objektif FP

adalah ingin melahirkan pendidik dalam pelbagai bidang pengajian bagi memenuhi

keperluan pendidikan negara disamping ingin mempertingkat mutu profesionalisme

dalam kalangan akademik universiti di bidang pendidikan. Selain daripada itu, FP juga

mahu mempertingkat mutu kemahiran pengajaran pengajar di sektor awam dan swasta

untuk keperluan pembangunan sumber manusia.

Page 18: BELAJAR UNTUK MENGAJAR DALAM KALANGAN GURU …€¦ · belajar untuk mengajar dalam kalangan guru pelatih, jabatan pendidikan teknik dan kejuruteraan (jptk), fakulti pendidikan ketika

2

Di UTM, guru pelatih dikehendaki menjalani latihan mengajar selama 12

minggu untuk melayakkan mereka ditauliahkan sebagai guru. Objektif program

Latihan Mengajar (LM) dilaksanakan adalah untuk memastikan guru pelatih dapat

menguasai dan mengamalkan segala prinsip, konsep, kemahiran dan nilai yang

diperlukan oleh seorang guru yang professional sama ada di dalam atau diluar bilik

darjah serta membantu perkembangan potensi guru pelatih (Kementerian Pendidikan

Malaysia, 1989).

Dalam proses untuk mengeluar dan menghasilkan guru yang mempunyai

disiplin yang tinggi dan berwibawa serta mahir dalam proses pengajaran dan

pengurusan bilik darjah, maka guru tersebut perlulah menjalani kursus latihan mengajar

terlebih dahulu bagi meningkatkan lagi prestasi mereka. Kamaruddin (1986)

menyatakan bahawa program latihan mengajar mempunyai objektif berikut:

i. Memberi peluang kepada guru-guru pelatih mempraktikkan dan

menyesuaikan teori-teori pembelajaran di dalam situasi bilik darjah yang

sebenar. Mereka juga dibawa untuk mengalami dan memahami

tanggungjawab mereka dalam bilik darjah dan sekolah.

ii. Membolehkan guru-guru pelatih mengamalkan teori-teori pengajaran

serta memperluaskan dan memperdalamkan pengetahuan mereka.

iii. Memberi pengalaman kepada guru-guru pelatih dalam pengurusan bilik

darjah dan sekolah.

iv. Membolehkan guru-guru pelatih membina keyakinan diri.

v. Memberi peluang kepada guru-guru pelatih membina daya pemerhatian,

daya suai dan kepekaan dalam situasi sekolah.

vi. Memberi peluang kepada guru-guru pelatih memupuk kemahiran dalam

merancang aktiviti-aktiviti bilik darjah.

vii. Memberi peluang kepada guru-guru pelatih memupuk kemahiran menilai

pembelajaran murid-murid.

Page 19: BELAJAR UNTUK MENGAJAR DALAM KALANGAN GURU …€¦ · belajar untuk mengajar dalam kalangan guru pelatih, jabatan pendidikan teknik dan kejuruteraan (jptk), fakulti pendidikan ketika

3

Stones (1981) pula menyatakan program LM mempunyai objektif berikut:

i. Mengenalpasti operasi sekolah, sistem pentadbiran sekolah dan peranan

guru dalam sistem persekolahan.

ii. Memupuk kemahiran menilai pembelajaran murid-murid.

iii. Menyedarkan diri tentang perbezaan murid-murid secara individu dan

secara kumpulan.

iv. Membina sikap yang positif dan professional terhadap kerja.

v. Memupuk sahsiah yang elok dan menjunjung etika ikhtisas perguruan.

vi. Mengembangkan kemahiran mengajar dalam bidang ko-kurikulum dan

kegiatan di luar bilik darjah.

Dalam LM, seoarng pensyarah akan ditugaskan untuk menjadi penyelia kepada

pelajar yang menjalani LM dimana pelantikan sebagai penyelia akan diberikan oleh

Pengerusi Jawatankuasa LM sebagai pengesahan yang pensyarah terbabit dilantik

sebagai penyelia. Disini, tugas penyelia yang akan membuat penyeliaan keatas pelajar

yang menjalani LM ialah sebagai seorang pembimbing dan juga sebagai seorang

penilai semasa pelajar terbabit menjalani LM. Bimbingan ini amatlah diperlukan oleh

pelajar yang menjalani LM supaya proses pembelajaran untuk menjadi seorang guru

yang berwibawa dan berdisiplin dapat dicapai. Dalam proses penilaian, penyelia akan

mengukur bakal guru dari segi kebolehan dalam penyampaian, kebolehan penyediaan

persediaan mengajar dan keperibadian bakal guru tersebut.

Dalam konteks untuk menjadi guru penguasaan semata-mata kepada ilmu sahaja

tidak akan menjamin seseorang guru dapat menjalankan kerjaya dengan berkesan. Guru

perlulah dilatih dengan lebih berkesan iaitu dengan mendedahkan mereka kepada situasi

sebenar pengajaran yang akan dilakukan didalam bilik darjah serta pengurusan

berkaitan sekolah bagi membolehkan bakal guru mempunyai ilmu yang cukup sebelum

dilantik menjadi guru sebenar. Pemantauan oleh pensyarah dan guru pembimbing ini

bertujuan untuk membantu mereka menguasai teknik mengajar yang lebih berkesan dan

Page 20: BELAJAR UNTUK MENGAJAR DALAM KALANGAN GURU …€¦ · belajar untuk mengajar dalam kalangan guru pelatih, jabatan pendidikan teknik dan kejuruteraan (jptk), fakulti pendidikan ketika

4

meluaskan pengalaman. Selain itu, ia juga membolehkan bakal guru mendapatkan

pengetahuan dari segi teori mahupun amali dalam pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya pemantauan ini diharapkan mampu menghasilkan guru yang unggul iaitu

guru yang berbudi pekerti mulia, mempunyai pandangan hidup yang luas, progresif dan

saintifik. Untuk menghasilkan guru yang unggul dengan sifat-sifat yang dinyatakan

tadi, seseorang guru pelatih mestilah melalui proses perkembangan diri yang

secukupnya iaitu melalui perkembangan ikhtisas, perkembangan kognitif,

perkembangan fizikal, emosi, keagamaan dan perkembangan sosial (Tajul, 1990).

1.2 Latar Belakang Masalah

Guru-guru pelatih merupakan golongan yang akan menjadi harapan negara

untuk meneruskan kecemerlangan generasi muda pada masa akan datang.

Kecemerlangan hanya akan dapat dikecapi oleh para guru pelatih sekiranya

mengamalkan kaedah belajar yang bersesuaian. Sebaliknya, gaya belajar yang tidak

bersesuaian dan tidak berkesan semasa proses belajar sudah pasti akan menyebabkan

pencapaian yang diperoleh kurang baik.

Bagi melahirkan guru pelatih yang cemerlang dan mahir dalam menguruskan

segala hal pengajaran dan pembelajaran, mereka perlu belajar untuk mengajar secara

berkesan. Menurut Radzli (1993), kemahiran atau teknik belajar merupakan kaedah

yang berkesan bagi seseorang pelajar dalam menguasai isi pelajaran. Ia merangkumi

pelbagai aspek kemahiran yang saling bergantung antara satu sama lain. Antara

kemahiran belajar yang berkesan ialah teknik menggunakan masa, teknik membaca

berkesan, teknik mendengar, teknik mengambil nota, teknik menumpukan perhatian,

teknik mengingati dan teknik membuat rujukan.

Dalam proses belajar untuk mengajar, ia meliputi aspek pembelajaran.

Pembelajaran boleh berlaku melalui pelbagai cara kerana cara pengamatan dan

Page 21: BELAJAR UNTUK MENGAJAR DALAM KALANGAN GURU …€¦ · belajar untuk mengajar dalam kalangan guru pelatih, jabatan pendidikan teknik dan kejuruteraan (jptk), fakulti pendidikan ketika

5

pemerosesan maklumat yang berlaku dalam manusia adalah berbeza-beza. Sesetengah

individu hanya boleh melihat sesuatu secara konkrit manakala sesetengah individu

boleh melihat sesuatu secara abstrak. Felder (1996) menyatakan setiap pelajar

mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dari segi kekuatan pendirian dan

keutamaan dalam menerima dan memproses maklumat. Ini bermakna setiap individu

mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri untuk belajar dan dalam konteks guru

pelatih, guru-guru pelatih ini mempunyai cara mereka sendiri belajar untuk mengajar

ketika proses latihan mengajar.

Dunn dan Dunn (1978) menyatakan kekaguman mereka apabila mendapati

adanya begitu banyak penulisan pada tahun 1970-an yang menyokong pendapat bahawa

setiap pelajar belajar mengikut cara-caranya yang tersendiri, berbeza dengan rakan

sebayanya.

Kolb (1990) menyatakan bahawa manusia belajar berdasarkan cara bagaimana

dia mengamati dan memproses sesuatu. Ada yang memberi respon dan mempelajari

sesuatu dengan hanya menggunakan deria dan perasaan (sensing and feeling), manakala

manusia lain belajar dengan cara berfikir. Setiap individu mengamalkan gaya

pembelajaran yang berbeza dan tersendiri. Sebilangan pelajar lebih berminat dan

cenderung kepada aktiviti dalam berkumpulan. Selain itu, terdapat juga pelajar yang

memerlukan panduan yang jelas sebelum memulakan sesuatu tugasan dan terdapat juga

pelajar yang sedia menerima sesuatu secara terbuka semasa memperolehi pengatahuan

daripada pelbagai sumberdalam proses belajar untuk mengajar.

Guru pelatih berperanan dwifungsi iaitu sebagai seorang guru dan pada masa

yang sama sebagai pelajar (Tanruther, 1967). Oleh yang demikian, seorang guru pelatih

perlu melakukan dua peranan pada masa yang sama dan hal ini menyebabkan mereka

mengalami kesukaran dalam menguasai kedua-dua peranan tersebut. Hal ini terbukti

Page 22: BELAJAR UNTUK MENGAJAR DALAM KALANGAN GURU …€¦ · belajar untuk mengajar dalam kalangan guru pelatih, jabatan pendidikan teknik dan kejuruteraan (jptk), fakulti pendidikan ketika

6

apabila kebanyakan guru pelatih di serata dunia menghadapi masalah ketika melalui

pengalaman mengajar di sekolah-sekolah (KPTM dan KPM, 2005)

Kursus Bil. Gred A Bil . Gred A-

dan kebawah

(A-,B+,B,B-)

Jumlah

Keseluruhan

Pelajar

Peratus (%)

Bil. Gred A

Peratus

(%)

Bil . Gred

A- dan

kebawah

SPH 20 92 112 17.84 82.14

SPE 2 16 18 11.12 88.88

SPJ 1 14 15 6.67 93.33

Jumlah 23 122 145 35.63 64.37

Jadual 1.1: Jadual keputusan LM sesi 2009/2010 1 bagi SPH, SPE dan SPJ.

(Jawatan Kuasa Latihan Mengajar, Fakulti Pendidikan, UTM)

Jadual 1 menunjukkan keputusan LM yang dijalani oleh guru pelatih dari

Fakulti Pendidikan. Data yang terdapat dalam Jadual 1 di atas menunjukan bahawa

hanya 23 orang GP sahaja yang mendapat gred A dalam LM. Manakala, statistik

menunjukkan 122 orang GP mendapat gred A- dan kebawah. Jumlah GP yang tidak

mendapat A sangat banyak dan hal ini kemungkinan mereka tidak dapat menguasai

kemahiran mengajar dengan baik dan berkesan.

Menurut Mohd. Zolkifli (2009), guru-guru pelatih di UTM terdiri daripada

pelajar tahun tiga yang mana masih belum lagi menghabiskan subjek teras yang perlu

dipelajari sepanjang pengajian mereka. Oleh itu, masalah akan timbul kepada guru

pelatih apabila mereka diminta untuk mengajar subjek yang mereka belum pelajari dan

ini akan menyebabkan prestasi GP dalam pengajaran dan pembelajaran akan terjejas.

Page 23: BELAJAR UNTUK MENGAJAR DALAM KALANGAN GURU …€¦ · belajar untuk mengajar dalam kalangan guru pelatih, jabatan pendidikan teknik dan kejuruteraan (jptk), fakulti pendidikan ketika

7

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui bagaimana cara guru pelatih dari

Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan yang menjalankan

praktikum latihan mengajar belajar untuk mengajar. Ianya berhubungkait dengan

peranan guru pembimbing dan pensyarah pembimbing, sumber serta teknik atau kaedah

yang berkemungkinan membantu guru pelatih dalam proses belajar untuk mengajar.

Selain daripada itu, tingkahlaku guru pelatih juga memainkan peranan dalam

proses pengajaran di dalam bengkel akibat daripada pengalaman lalu semasa guru

pelatih di bangku sekolah. Guru pelatih akan cenderung untuk mengikuti apa yang

diperhatikan pada masa yang lalu jika guru pelatih tidak mempelajari cara mengajar

yang sepatutnya dipelajari dan yang sepatutnya diaplikasikan dalam pengajaran mereka

(Mohd. Zolkifli, 2009)

Jika dilihat pada dapatan data Fakulti Pendidikan bagi sesi 2009/2010, guru

pelatih yang menjalani LM yang memperolehi keputusan yang cemerlang adalah sedikit

iaitu hanya 35.63% sahaja dari keseluruhannya. Ini menunjukkan guru pelatih tidak

dapat menguasai cara untuk mengajar dengan lebih baik dan berkesan. Oleh sebab itu,

kajian berkaitan dengan bagaimana cara guru pelatih belajar untuk mengajar perlu

dijalankan supaya masalah ini dapat diatasi oleh bakal guru pelatih yang lain bagi

meningkatkan peratusan keputusan cemerlang.

Page 24: BELAJAR UNTUK MENGAJAR DALAM KALANGAN GURU …€¦ · belajar untuk mengajar dalam kalangan guru pelatih, jabatan pendidikan teknik dan kejuruteraan (jptk), fakulti pendidikan ketika

8

1.4 Objektif Kajian

Dalam usaha mencapai tujuan seperti mana paparan dalam penyataan masalah di

atas, penyelidik telah menggariskan beberapa objektif kajian supaya kajian ini tidak

tersasar dari kajian sebenar yang hendak dikaji. Objektif-objektif yang ingin dicapai

oleh penyelidik di akhir kajian ini adalah seperti berikut:

i) Menyatakan sumbangan penyelia (guru pembimbing dan pensyarah) dalam

membantu GP belajar untuk mengajar.

ii) Menyatakan sumber pembelajaran bagi guru pelatih.

iii) Menyatakan teknik/kaedah belajar guru pelatih.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian dibuat untuk memahami dengan lebih terperinci bagaimanakah

kaedah sebenar yang diaplikasikan oleh GP dalam proses belajar untuk mengajar ketika

LM? Persoalan kajian ini akan dirungkaikan melalui satu soalan utama (grand tour)

dan 3 soalan subsidiari.