universiti putra malaysia risiko kesihatan akibat … · universiti putra malaysia risiko kesihatan...

25
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RISIKO KESIHATAN AKIBAT STRES DI KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH SEKITAR WILAYAH PERSEKUTIJAN KUALA LUMPUR JAMALIYAH BINTI AHMAD FPP 1999 59

Upload: others

Post on 12-Feb-2021

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

    RISIKO KESIHATAN AKIBAT STRES DI KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH SEKITAR

    WILAYAH PERSEKUTIJAN KUALA LUMPUR

    JAMALIYAH BINTI AHMAD

    FPP 1999 59

  • RISIKO KESIHATAN AKIBAT STRES DI KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH SEKITAR

    WILAY AH PERSEKUTIJAN KUALA LUMPUR

    JAMALIY AH BINTI AHMAD

    PROGRAM MASTER SAINS FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN

    UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SERDANG, SELANGOR

    1999

  • RISIKO KESllIATAN AKIBAT STRES DI KALANGAN

    GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH SEKITAR

    WILAYAHPERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

    OLEH

    JAMALIY AH BINTI AHMAD

    PROJEK INI DIKEMUKAKAN SEBAGAI MEMENUIll SY ARAT

    KEPERLUAN IJAZAH MASTER SAINS DI FAKULTI PENGAJIAN

    UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

    APRIL 1999

  • PENGHARGAAN

    Bismillahirahmanirahim

    Syukur ke hardrat Dlahi kerana dengan berbt kurniaNya rnaka dapatlah saya

    menyiapkan projek iImiah ini. Ucapan penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih khas

    kepada Tuan Sheikh Kamarudin bin Sheikh Ahmad, selaku penyelia penulisan projek ini

    yang telah banyak membimq membantu, memberi tunjuk ajar serta swnbangan ihnu

    yang tidak temilai sehingga projek ini betjaya dihasilkan.

    Jutaan terima kasih dirakamkan kepada semua Pengetua dan gmu-gmu sekolah

    yang terlibat atas segala ketjasama yang telah diberikan.

    Buat suami tercinta, Mohd Hussain bin Mohd Kassim, terima kasih yang tidak

    terhingga atas segala galakkan, kesabaran, dan dorongan. Segala jasa dan pergorbananmu

    tidak akan dilupakan sepanjang hayatku.

    Kepada anak-anak tersayang, Raja Nur'Jrene Sbazreen dan Raja Nur'Erna

    Marlyanna, kaJian merupakan inspirasi mama dan terima kasih atas segala doa restu serta

    galakkan.

    Tidak ketinggalan terima kasih kepada semua ahli keluarga yang dikasihi dan rakan

    rakan atas segala sokongan dan semangat yang diberikan, semoga Allah jua yang

    membalasnya.

  • ii

    Abstrak projek yang dikemukakan kepada Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia sebagai memenuhi sebahagian syarat bagi mendapatkan Ijazah Master Sains.

    Penyelia Fakulti

    RISIKO KESIHATAN AKIBAT STRES DI KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH SEKITAR

    WILAY AH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

    Oleh

    JAMALIY AH BINTI AHMAD April 1999

    Tuan Sheikh Kamarudin bin Sheikh Ahmad Pengajian Pendidikan

    Kajian ini dijalankan untuk meninjau risiko kesihatan akibat stres di kalangan gurugwu yang mengajar di sekolah menengah sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Seramai 210 responden dipiJih secara rawak dati. sepuluh buah sekolah menengah sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Uunpw-. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang dipiJih khas mengikut fonnat dati. bulru betjudul 'Health Risks' oleh Elliot J. HOlWard dan diubahsuai dengan persetujuan penyelia bagi memenuhi objektif penyeJidikan ini. Data-data yang diperolehi, dianalisis dengan menggunakan Pakej Sta1istik untuk Sains Sosial (SPSS). Dari penganalisisan data, frekuensi dan peratusan diperolebi dan ditabuJisasikan dalam bentuk jadual. Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden (f = 131 ) 1inggi. risiko kesihatan akibat dati. stres berbanding dengan jumlah responden (f == 78) yang sederhana risiko kesihatan akibat stres. Manakala hanya terdapat seorang (f = 1) saja pada tahap rendah. Selain daripada mengena1pasti petanda-petanda stres, kajian ini juga meninjau bagaimana sistem tubuh bereaksi semasa da1am keadaan stres dan risiko penyakit yang berkaitan dengan stres. Di da1am kajian ini juga terdapat beberapa cadangan yang dikemukakan untuk meningkatkan lagi prestasi dan kecemerlangan diri di samping panduan dan nasihat bagi mengatasi dan mengendalikan stres ke arah kesejahteraan hidup.

  • iii

    Abstract of a project presented to the Faculty of Education Studies, Universiti Putra Malaysia in partial fulfilment of the requirement for the Degree of Master of Science.

    HEAL 111 RISK DUE TO STRESS AMONG TEACHERS IN FEDERAL TERRITORY KUALA LUMPUR SECONDARY SCHOOLS

    Supervisor Faculty

    By

    JAMALIY AH BINTI AHMAD April 1999

    Tuan Sheikh Karnarudin bin Sheikh Ahmad Educational Studies

    The aim of this study is to determine the health risk due to stress among teachers who are teaching in secondary schools around Federal Tenitory Kuala Lumpur. Sample consists of 210 teachers chosen at random from ten secondary schools around Federal Tenitory Kuala Lumpur. The data was collected using questionnaires that was specially chosen according to the fonnat from a book entitled 'Health Risks' by Elliot J. HOIWard and was modified to fulfill the objectives of this study. The data was analysed using the Statistical Package For The Social Sciences (SPSS). From the data analyses the frequency and percentages were obtained and tabulated in the fonn of tables. The results showed that most of the respondents (f == 131 ) have a high health risk due to s1ress compared to the respondents (f = 78) who have a moderate health risk due to stress, while only one respondent (f = 1) had a low health risk due to stress. Besides identifying the symptoms of stress, this study also looks at how the body system reacts during stress and stress related illnesses. Several suggestions are given to increase performance and excellent besides guidelines to avoid, overcome and manage stress towards leading a hatmonious life.

  • BAD

    I

    II

    III

    IV

    V

    iv

    KANDUNGAN

    MUKA SURAT

    PENGHARGAAN

    ABSTRAK

    KANDUNGAN

    SENARAI JADUAL

    PENGENALAN Stres dan Kerjaya Perguruan ......... . Hubtmgan stres dengan kesihatan ... .. . .. . . Penyataan Masalah ......... . Objektif Kajian ........ . . Kepen1ingan Kajian . . ...... . Delimintasi ......... . Limitasi ........ . Definisi Operasional . . v ••••••

    KAJIAN BERKAITAN

    METODOLOGI Reka Bentuk Kajian . . .. . .. .. . Persampelan Kajian ......... . Instrumen Kajian ... .. . .. . . Prosedm Pengumpulan Data .... ..... . Penganalisisan Data ., .. ...... .

    PENGANALISISAN DATA

    PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN Perbincangan ......... . Kesimpulan .. ....... . Cadangan ......... .

    RUJUKAN

    LAMPIRAN

    Soal Selidik Smat Kebenaran : Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan

    ii iv v

    1 4 6 8 9 9

    10 10 11

    13

    20 20 20 21 22 22

    23

    31 31 34 36

  • JADUAL

    1

    2

    3

    4

    5

    SENARAI JADUAL

    Taburan Frekuensi dan Peratusan Jantina, Umur, Status Perkahwinan, Skim Perkhidmatan dan Tempoh Perkhidmatan Responden.

    Taburan Frekuensi dan Peratusan Tahap Risiko Kesihatan Akibat Stres Mengikut Jantina Responden.

    Taburan Frekuensi dan Peratusan Tahap Risiko Kesihatan Akibat Stres Mengikut Status Perkahwinan Responden.

    Taburan Frekuensi dan Peratusan Tahap Risiko Kesihatan Akibat Stres Mengikut Skim Perkhidmatan Responden.

    Taburan Frekuensi Tahap Risiko Kesihatan Akibat Stres.

    v

    MUKASURAT

    25

    27

    28

    29

    30

  • DAB I

    PENGENALAN

    Kesihatan memainkan peranan yang arnat penting dalam kebidupan seharian.

    Kesihatan yang baik merupakan harta yang tidak temilai, suatu nikmat bidup dan juga di

    antara keperluan asas bagi mencapai kejayaan dan kesejahteraan dalam semua aktiviti

    kebidupan seseorang se1iap hari dan sepanjang hayat. Amalan kesihatan akan mendorong

    kepada kesedaran tentang keadaan diri seseorang dalam membuat penyesuaian terhadap

    masalah-masalah dalam gaya bidup MOden masa kini.

    Mencapai kesejahteraan bidup merupakan keinginan se1iap individu. Seseorang

    yang betjaya dalam bidupnya dipercayai mempunyai kesihatan yang baik. Tanpa kesihatan

    yang baik, seseorang tidak akan dapat menjalankan tugas hariannya dengan cekap.

    Kesihatan diri merangkumi kesihatan fizikal, kesihatan menta1-emos�, kesihatan sosial,

    kesihatan rohani dan kesihatan persekitaran. Ini haruslah diintergrasikan seimbang bagi

    mencapai kesejahteraan (Jaffe dan Scott, 1994). Penjagaan kesihatan asas dan

    pemeliharaan kecergasan keseluruhan adalah menjadi tanggungjawab semua lapisan

    masyarakat dalam menghanmgi cabaran bidup ke arab Wawasan 2020.

    Banyak masalah kesihatan 1imbul dari tabiat manusia itu sendiri dan gaya bidup

    yang mereka pilih. Perubahan cara bidup telah sedikit sebanyak memberi kesan kepada

    status kesihatan (Hutapea, 1998). Dalam mengharwni kebidupan � terdapat gejala-gejala

    yang boleh mendorong kepada masalah kesihatan. Antaranya ialah stres yang merupakan

    suatu fenomena yang boleh dikatakan semua orang pemah mengalaminya. Keadaan gaya

  • 2

    hidup masa kini membuatkan rarnai orang sering mengalami stres sehingga mengakibatkan

    pelbagai jenis penyakit yang berlarutan.

    Menurut Hans Selye (1973), stres adalah rempah ratus kebidupan. Manusia

    memerlukan sedikit stres kerana secara positif ia membuatkan seseorang itu aktif dan

    merasai keseronokan bidup. Walau bagaimanapun, terJalu banyak stres akan menimbulkan

    berbagai masalah fizikal, masalah fisiologi, masalah emosi dan masalah mental yang boleh

    mengancam kebahagiaan bidup seseorang. Menurut beIiau, di sebaHk reaksi ke atas segala

    tekanan, wujud satu fenomena yang dipanggil 'General Adaptation Syndrome' yang

    mempunyai tiga peringkat iaitu peringkat amaran, peringkat penentangan dan peringkat

    kelesuan. Pada peringkat amaran, hormon akan bereaksi dan mengak1ifkan sistem

    neuroendokrin ke tahap berjaga-jaga. Dari situ, akan mula menentang dan mengatasi stres

    sehingga selesai. Kekerapan stres dan terJalu banyak stres daJam satu masa atau stres yang

    tidak dapat diselesaikan boleh mendorong kepada peringkat kelesuan di mana pada tahap

    ini tidak berupaya lagi mengatasi stres. Apabila capai tahap kelesuan, maka akan

    terdoronglah kepada penyakit yang diakibatkan oleh stres seperti kebimbangan, tekanan

    darah tinggi, penyakit kardiovaskular dan kanser.

    Robbins (1993), pula menyatakan stres adalah satu keadaan yang dinamik di mana

    seseorang individu berhadapan dengan peluang, halangan atau tuntutan yang berkaitan

    dengan apa yang diingini dan hasilnya belum pasti tetapi penting.

    Stres juga ditafsirkan sebagai ketegangan, tekanan atau reaksi dalam badan yang

    akan merangsang psikofisiologikal hingga boleh mengakibatkan kelesuan kepada sistem

    badan. Tekanan dalaman dan ketegangan ini jika berpanjangan boleh mendorong kepada

  • 3

    kelesuan atau kemudaratan pada barlan hingga ke tahap menjejaskan fungsinya dan

    mendatangkan penyakit (Howard, 1986.; Jaffe dan Scott, 1994)

    Mengikut Hutapae (1998), dalam kebidupan ini, banyak faktor yang menyebabkan

    berlakunya stres. Antara faktor-faktor penyebab dapat dikategorikan ke dalam empat

    kumpulan iaitu dari aspek psikologi, aspek fisiologi, aspek penyesuaian iaitu adaptasi dalam

    memperseimbangkan keadaan atau perubahan dan aspek bioekologi iaitu faktor-faktor yang

    disebabkan oleh persekitaran dan pemakanan. Beberapa punca dan penyebab stres

    antaranya ialah sikap individu itu sendiri yang mungkin terlalu sensitif dan mudah

    mengambil serius akan sesuatu perkara; keadaan persekitaran di mana ketidakupayaan

    seseorang membiasakan dirinya dengan rutin atau suasana yang tidak selesa; kesediaan

    seseorang menghadapi apa yang dijangka akan berlaku berbanding dengan hal yang berlaku

    tanpa diduga dan juga kemampuan seseorang dalam mengatasi tekanan-tekanan serta

    perubahan nonna dan pola kebidupan yang cepat dan tidak menentu.

    Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan stres terutamanya da1am pekerjaan dan

    yang paling menonjol ialah perubahan organisasi, kadar kerja, lebihan beban kerja,

    persekitaran fizikal dan 'job burnout'. Terdapat juga faktor-faktor spesiftk yang

    menyumbang stres kepada individu seperti penyeJiaan, gaji, jaminan kerja dan keselamatan

    (Schafer, 1987).

    Manakala Matteson dan Ivancevich (1989), dan disokong oleh Dua (1994),

    menyatakan stres dalam pekerjaan akan mendorong kepada ketidakpuasan di kalangan

    pekerja, pengurangan dalam kualiti dan kuantiti pengeluaran, kadar pusingan ganti kerja

  • 4

    yang tinggi, ketidakstabilan emosi, kecenderungan berJaku kemalangan dan teljejasnya

    kesihatan para peketja da1am organisasi tersebut.

    Stres dan Kerjaya Perguruan

    Ketjaya perguruan seperti juga ketjaya bidang profesional yang lain juga

    mengalarni stres da1am peketjaan. F enomena stres di kalangan guru adalah merupakan isu

    global dan merentasi semua sempadan budaya. Ketjaya perguruan merupakan salah satu

    peketjaan yang sangat stres dan telah rnendapat perhatian dunia (Kyriacou, 1987).

    Menurutnya lagi, selain daripada masa mengajar, guru-guru juga dibebankan

    dengan tugasan bukan mengajar seperti menghadiri rnesyuarat, mengisi kad laporan,

    mengutip yuran, rnenganjurkan Hari Terbuka SekoJah, menjalani aktiviti kelab atau

    persatuan dan sebagainya, manakala peluang ganjaran sangat berkurangan. Malahan, guru

    guru yang baik biasanya akan dibebani dengan tugasan yang lebih.

    Trendall (1989), menyatakan bahawa pandangan masyarakat terhadap guru sudah

    berlainan. Jika pelajar tidak berkelakuan baik atau tidak menghasilkan keputusan yang baik

    atau membuat kesilapan, maka guru-gurulah yang akan dipersalahkan. Malahan dianggap

    sebagai kegagalan sesebuah sekolah dan ini merupakan sesuatu yang memalukan guru.

    Menurut Hutapea (1998), pula tugas seorang pegawai rnelibatkan tanggwtgjawab

    yang besar dan perlu rnembuat pelbagai jenis tugasan. Faktor ini boleh menyebabkannya

    menghadapi stres yang boleh rnenjejaskan kesihatannya. Menjalankan tugasan dengan

    cekap, seseorang itu perlu memiliki daya fikir dan fizikal yang kuat, sihat dan cergas.

  • 5

    Punca-punca stres dalam pekerjaan di kalangan guru-guru melibatkan faktor-faktor

    daIaman dan luaran. Faktor-faktor daJaman tennasuklah sikap rnurid; perhubungan dengan

    pengetua dan sesama rakan sejawat; perubahan dalam kurikulum; peribadi; masa; dan

    ikIim sekolah. Manakala faktor-faktor luaran pula tennasuklah tuntutan memenuhi

    kehendak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan, jangkaan rnasyarabt dan kritikan

    media. Di sarnping punca-punca stres ini, keadaan ditarnbah 1agi dengan ketidakpuasan

    ketja seperti soal gaji, layanan pengetua, beban tugas dan peluang memajukan diri

    (Ed worthy, 1987; Solman & Feld, 1989; McConnick & Solman, 1992).

    Ini disokong oleh Dunham (1992), yang menyatakan stres di kalangan guru-guru

    kerap berpunca dari keadaan yang adak selesa dan salahlaku pelajar. Kekurangan surnber

    untuk mengajar (Faber, 1991); beban tugas bukan mengajar dan sikap murid terhadap

    pelajaran (Kryriacou & Sutchliffa, 1978).

    Hasil kajian oleh Laughlin (1984), mendapati bahawa guru-guru perempuan lebih

    stres berpunca dari disiplin pelajar rnanakala guru-guru lelaki pula lebih stres berkaitan

    dengan memenuhi kehendak dan kepeduan kurikulurn.

    Borg dan Riding (1991), pula menyatakan stres di kalangan guru-guru disebabkan

    efek suatu keadaan negatif dari aspek pekerjaan guru itu sendiri di mana guru-guru itu

    secara psikologinya merasakan ancarnan kepada kesejahteraannya. Suasana sekolah

    seringkali juga menimbulkan stres seperti masalah disiplin murid, jadual yang ketat, beban

    tugas dan sebagajnya yang boleh mendorong guru-guru mengalarni penat hipertonik dan

    akan pulang dengan rasa letih dan tertekan. Rasa tertekan jika dibiarkan berlarutan akan

    menimbulkan rasa letih atau kelesuan yang boleh mendorong kepada masalah kesihatan.

  • 6

    Manakala menwut Friedman (1991), harapan tinggi dan matlamat sesebuah

    sekolah turut juga menyebabkan stres di kalangan guru-guru apabila mereka tidak diberi

    peluang untuk meluahkan perasaan atau menyuarakan pendapat ke arah pencapaian

    tersebut. Malahan, guru-guru terpaksa bekerja di bawah tekanan dengan pemerhatian

    pengetua yang ingin mengekalkan taraf pencapaian sekolah.

    Hubungan stres dengan kesihatan

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendefinisikan kesihatan sebagai suatu

    keadaan di mana seseorang itu sempurna dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial dan

    bukan semata-mata tidak mempunyai sebarang penyakit ataupun kecacatan.

    MenW1lt Hans Selye (1973), stres ialah respon badan yang tidak spesifik terhadap

    sebarang tindakan atau tekanan dan menyebabkan 'wear and tear' dalam tubuh badan

    seperti kebimbangan, ketakutan atau panik dan fizjkaJ. seperti berpeluh, moo pucat dan

    gigil. Di samping itu juga mempercepatkan proses ketuaan akibat kerosakan sel-sel dan

    tisu-tisu dalam badan.,

    Apabila seseorang mengalami stres dan gagal mengawalnya, maka akan timbul

    simtom atau tanda-tanda stres seperti simtom psikologl, simtom fisiologi dan simtom

    tingkahlaku. Simtom fisiologi adaIah seperti sakit kepala, tekanan darah tinggi dan sakit

    jantung manakala simtom psikologi pula merangkumi aspek kebimbangan, ketegangan dan

    kekurangan kepuasan kerja. Sementara simtom tingkahlaku adalah seperti produktiviti yang

    rendah dan tidak hadir kerja (Ross dan Altmaier, 1994).

  • 7

    Scarpiti dan Andersen (1992), pula menyatakan stres menywnbang kepada

    produktiviti yang menurun dan ketidakhadiran kerja. WalaUPWl tiada bahaya fizikal secara

    langsung pada pekerjaan, stres boleh disebabkan oleh keadaan yang selalu sarna,

    perhubungan yang lrurang baik, lrurang kawalan, desakan dan rasa tidak selamat.

    Makin dan Lindley (1991), pula menyatakan stres merupakan respon terhadap

    tekanan yang dirasai dalam sesuatu situasi. T ahap tekanan yang tertentu boleh

    menghasilkan stimulus yang sihat tetapi jika terlalu rendah atau terla1u tertekan maka akan

    mendorong kepada stres. Pada peringkat reaksi yang mencemaskan, penafasan akan

    bertambah mendalam; otot menegang; glikogen bertukar menjadi glukosa bagi

    menghasilkan tenaga; penghadaman tidak berfungsi; darah pekat kerana membawa oksigen,

    melawan infeksi dan menahan pendarahan; pWldi kencing dan rektum membuang lebihan

    kotoran dalam badan; kalenjar peluh b�i menyejukkan otot dan kulit menjadi pucat.

    Jika respon stres ini meninggi terlalu lama dan betpanjangan, otot menegang

    menyebabkan pening dan sakit kepala serta kekejangan otot; pam-pam akan menganggui

    denyutan jantung dan pitam; lemak dan protein dipecahkan dan dikeluarkan untuk

    menghasilkan tenaga; penghadaman tidak berfimgsi menyebabkan masalah kepada perut

    seperti ulcer; jantung berdenyut laju dan tekanan darah tinggi menyebabkan strok dan

    serangan jantung; kepekatan darah menyukarkan denyutan jantung; lebihan koJestrol

    daIam darah mengakibatkan pembekuan di arteri dan kulit tanpa pengaliran darah yang

    betul.

    Ketidakmampuan Wltuk bertindak secukupnya akan bebanan emosi atau psikologi

    menyebabkan stres dan boleh mengakibatkan 'bwnout' iaitu keadaan emosi atau fizikal

  • 8

    yang lesu (Miller dan Catt, 1989). Mental dan tubuh badan mempunyai hubungan erat

    ketika berlakunya stres. Stres dapat dilihat melalui reaksi tubuh badan tanpa kesedaran

    mental. Semasa stres mana-mana bahagian tubuh secara tidak langsung akan menjejaskan

    kefungsian mental. Sebaliknya stres ke atas mental membabitkan reaksi ketegangan pada

    tubuh.

    Menurut Zuraidah (1988), petanda stres seperti sakit kepala, selalu mengantuk,

    tidak upaya menumpukan perhatian, tidak ada selera makan atau makan terlalu banyak,

    selalu gugup, mudah marah, mudah kecil hati , murung dan lain-lain petanda biasanya

    tersembunyi di sebalik dalih letih, penat dan banyak ketja. Tetapi di sebalik itu ada tekanan

    yang memberi petanda secara fizikal seperti muntah-muntah, sakit belakang, sakit kepala,

    gangguan haid, sembelit, tidak tidur nyenyak, sakit perut, tekanan darah naik, mencungap

    dan cepat degupan jantung. Kalau dibiarkan, petanda-petanda ini akan mengganggu

    kesihatan mental, menjadikan seseorang itu tidak sedar diri, gangguan perasaan, murung,

    tidak siuman atau terganggu fikiran.

    Mengikut pakar perubatan psikiatri Dr. Syed Hassan Al-Mashoor, punca utama

    gangguan psikosomatik adalah berkaitan dengan stres. Orang yang mengalami gangguan

    psikosomatik akan menunjukkan tanda-tanda atau simtom-simtom seperti sakit perut, sakit

    kepala, sesak nafas, mudah letib, jantung berdebar, sengal-sengal sendi, selalu risau,

    berpeluh, tidak tidur atau mengasingkan diri (Dubos, 1965; Post, 1985).

    Gangguan kebangkitan somatik, termasuk sindrom-sindrom penyakit yang berkaitan

    dengan stres ada kaitannya dengan sistem sendi. Ini mendorong kepada hipertensi (Eliot,

    1977; GeUhom, 1964; Suter, 1984), implikasi kepada penyakit arteri koronari (Corley,

  • 9

    1985); kematian mengejut (Corley, 1985); migrain dan sindrom Raynaud's (Suter, 1984);

    sindrom penguncupan otot dan sakit kepala (Gellhom, 1967; Well, 1974; Malmo, 1975);

    ulcer (Wolf, 1985); dan masalah dalam pembuangan air besar (Latimer, 1985).

    Jaffe dan Scott (1994), menyatakan jika tidak berupaya mengatasi stres akan

    mengakibatkan kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang Ini boleh menimbulkan

    masalah yang berkaitan dengan aspek kesihatan dan aspek sosial. Jika seseorang itu

    mengalami stres, maka akan timbul rasa ketegangan otot, sakit kepala dan pening sakit

    perut, bimbang atau keresahan, perasaan seperti kekurangan tenag:a. emosional 'burnout',

    penarikan diri dan konflik. Keadaan-keadaan ini jika tidak diberi perhatian akan membawa

    kepada penyakit. Penyakit yang serious boleh berlaku akibat stres yang dalam jangka

    panjang.

    Peroyataan Masalab

    Masalah kesihatan boleh mempengaruhi kualiti pengajaran guru yang secara

    langsungnya akan menjejaskan produktiviti, prestas� dan kecekapan guru. Maka itu, kajian

    ini bertujuan meninjau tahap risiko kesihatan akibat stres di kalangan guru-guru yang

    mengajar di sekolah menengah sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

    Objektif Kajian

    Kajian ini bertujuan untuk:

    1. Meninjau risiko kesihatan akibat stres di kalangan guru-guru sekolah

    menengah yang terpilih.

  • 2. Mengenalpasti risiko kesihatan akibat stres yang dialami guru-guru dari aspek

    aspek yang dipilih.

    10

    3. Meninjau perhubungan kesan stres yang boleh mempengaruhi atau mendatangkan

    risiko kepada kesihatan.

    Kepentingan Kajian

    Kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap risiko kesihatan akibat stres di kalangan

    guru-gwu sekolah menengah. Maldwnat-maklwnat dari kajian ini diharapkan pihak

    pentadbir dan juga pihak beIwajib iaitu Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan

    akan lebih peka serta dapat mengatW" strategi yang sesuai agar dapat meminimumkan atau

    menghapuskan stres sebagai menjaga kebajikan dan kesejahteraan guru-guru.

    Disamping itu, diharapkan juga dapat membantu guru-guru mengenalpasti petanda

    petanda stres dan bagaimana stres boleh merangsang sistem badan hingga boleh

    mengakibatkan pelbagai jenis penyakit.

    Adalah diharapkan juga penulisan kajian ini akan menjadi perintis kepada

    penyelidikan yang akan datang atau dapat memberangsangkan penyelidik-penyeJidik lain

    untuk terns mengkaji dengan lebih mendalam lagi.

    Delimitasi

    Kajian ini dibataskan pada sepuluh buah sekolah menengah di sekitar Wilayah

    Persekutuan Kuala Lumpur. Responden yang dipilih adalah dari guru-guru yang mengajar

    di sekolah menengah terpilih di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pemilihan

    responden dibuat secara rawak. Alat pengukuran bagi kajian ini terbatas kepada soal selidik

  • II

    yang dipilih khas mengikut fonnat dari buku Health Risks oleh Elliott J. Howard dan

    diubahsuai bagi memenuhi objektU penyelidikan ini.

    Limitasi

    Terdapat limitasi berik.ut dalam kajian ini iaitu:

    1. Kajian ini ditumpukan kepada guru-guru dari sepuluh buah sekolah menengah yang

    terpilih di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan tidak dirumuskan kepada

    semua guru-guru di Malaysia.

    2. Kajian ini dijalankan kepada sepuluh buah sekolah menengah di sekitar Wilayah

    Persekutuan Kuala Lumpur dan tidak dirumuskan kepada kesemua sekolah di

    Malaysia.

    3. Responden terpaksa memilihjawapan yang disediakan sahaja dan tidak berpeluang

    mengemukakanjawapan secara lisan.

    4. Kejujuran dan keikhlasan dalam menjawab soal selidik adalah diluar kawalan

    penyelidik

    Definisi Operasional

    Risiko kesihatan

    Kemungkinan menemui bahaya atau kecederaan pada keadaan hidup yang bukan saja

    ketiadaan penyakit tetapi yang sihat dari aspek fizikal, men� emosi dan sosial.

  • 12

    Stres

    Suatu keadaan yang menjadikan seseorang mendapat simtom yang ada kaitan

    dengan psikologi, fisiologi dan fizikal. Ia adalah proses sebenar tindakbalas lawan atau lari

    ('fight or flight') dan boleh dikaitkan dengan kewaspadaan terhadap ancaman yang

    ditakrifkan dalam bentuk fisiologi sebagai tindakbalas simpapetik pada sistem saraf pusat

    luar kawalan.

    Gwu

    Gwu-guru bennaksud seseorang guru yang telah dilantik oleh Kementerian

    Pendidikan Malaysia dan biasanya mengajar mata pelajaran yang tertentu. Gwu Kanan

    matapelajaran dan Penolong Kanan (pentadbiran dan Hal Ehwal Murid) terdiri dari guru

    guru yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan atau Jabatan Pendidikan.

  • BAB II

    KAJIAN BERKAIT AN

    13

    Solman dan Feld (1989), dalarn kajiannya mengenai stres di kalangan guru-guru di

    Australia mendapati tahap stres mereka tinggi. Sejumlah 20 peratus guru-guru yang

    mengajar di sekolah persendirian dan 33 peratus guru-guru yang mengajar di sekolah

    kerajaan melaporkan togas mereka sebagai pendidik merupakan punca utama mereka

    mengalami stres yang teruk. '

    Manakala basil kajian oleh Sullivan (1991), menunjukkan bahawa tidak terdapat

    perbezaan pada tahap stres dari aspek gender di antara ahli-ahli pentadbir dan staf

    sokongan di Mid-Western Universiti. Dapatan kajian ini selaras dengan hasil kajian yang

    dijalankan oleh Houchen (1995) yang juga mendapati tidak ada perbezaan signifikan

    dalam punca-punca stres di kalangan staf lelaki dan perempuan di Kolej Communiti .

    . Friedman (1991), dalarn kajiannya mengenai tahap 'burnout' di kalangan guru-guru

    sekolah, mendapati tahap 'burnout' meningkat saing dengan peningkatan usia guru dan

    penga1aman mengajar.Beliau mendapati tahap puncak prestasi guru-guru adalah pada

    lingkungan wnur di antara 41 hingga 45 tabun dan kemudiannya akan mula menurun.

    Guru-guru yang tergolong dalarn kumpulan ini adalah terdiri dari mereka yang merasa

    kecewa dan 'terperangkap' dalarn profesion perguruan. Mereka merasakan diri mereka

    terlalu tua untuk menukar karier dan terlalu muda pula untuk memikirkan hal bersara.

    Kajian oleh Kelley (1994), mengenai model tekanan dan 'burnout' di kalangan

    jurulatib kolej yang tertumpu pada jurulatib lelaki (n=131) dan jurulatib perempuan

  • 14

    (n==U8). Model yang digunakan basi meramal stres adalah variabel situasi isu-isu

    kejurulatihan, sokongan sosial, ketekunan, jantina dan rekod menang dan kalah. Hasil

    dapatan kajian menunjukkan jurulatih lelaki dan perempuan yang tinggi skor dalam isu

    kejurulatihan dan mendapat skor rendah dalam ketekunan merasakan stres yang lebih

    begitu juga dengan kumpulan jurulatih lelaki yang mendapat skor rendah dalarn kepuasan

    sokongan sosial. Ini menunjukkan pengalaman ada kaitannya dengan tahap stres malahan

    stres berkurangan dari aspek isu kejurulatihan dan konflik peranan (masalah kejurulatihan).

    Kesimpulannya, kesemua jurulatih ini diklasifikasikan sebagai mengalami kelesuan

    emosional pada tahap di antara sederhana dan tinggi.

    -Hasil kajian terhadap guru-guru sekolah menengah di Western Australia oleh

    Tuetteman dan Punch (1992), dalarn kajian distres psikologikal guru-guru di sekolah

    menengah, mendapati guru-guru perempuan mengalami stres yang lebih berbanding

    dengan guru-guru lelaki yang sejawatan dengan mereka. Manakala Dua (1994), yang

    menjalankan kajiannya dari aspek yang sarna ke atas pekerja di Universiti New England

    melaporkan tidak ada perbezaan yang signifikan dalam stres pekerjaan di antara lelaki dan

    perempuan tetapi pekerja perempuan mengadu lebih stres berbanding dengan pekerja lelaki

    berdasarkan beban ketja.

    Serarnai 400 subjek terlibat dalarn kajian yang dijalankan oleh Blix, Cruise, Mitchell

    dan Glen (1994) mengenai stres pekerjaan di kalangan pensyarah-pensyarah di universiti.

    Model 'Pearson-Enviromen Fit' telah digunakan untuk menganalisis kekurangan stail

    motivasi dan ganjaran pekerjaan sebagai faktor sumbangan. Hasll dapatan kajian

    menunjukkan majoriti pensyarah sesuai dengan stall motivasi dan ganjaran pekerjaan. Dua

  • 15

    pertiga daripada mereka menyatakan menga1ami stres di tempat kerja. Sekurang-kurangnya

    50 peratus melaporkan 'burnout' , masalah kesihatan berkaitan stres, produktiviti ketja

    yang rendah, ketidakupayaan mengatasi stres kerja dan pertukaran tugasan. Sebanyak 48

    peratus responden melaporkan a1ami masaIah kesihatan akibat stres ketja.

    Manthei, Gilmore, Tuck dan Adair (1996), telah menjalani kajian mengenai stres

    di kalangan guru yang mengajar di sekolah menengah rendah di New Zealand. Dalarn

    kajian ini, mereka tumpukan pada guru-guru di lapan buah sekolah menengah rendah

    melalui soal selidik sebanyak lima kali menggunakan Soal selidik Stres dalarn Pengajaran

    yang mengandWIgi enam bahagian. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap stres tinggi di

    kalangan guru-guru yang kepuasan ketjanya rendah dan kurang minat berkhidmat dalarn

    jangkamasa panjang. Manakala satu pertiga daripada guru-guru dalam kajian ini menga1ami

    tahap gangguan yang tinggi (31.4 peratus). Mereka juga melaporkan peningkatan da1am

    beban kerja meningkatkan 1agi tahap stres dan mendatangkan efek kepada kehidupan

    keluarga dan kesihatan guru-guru tersebut

    Faktor-faktor yang mendorong kepada 'burnout' di kalangan guru-guru sekolah

    rendah, menengah rendah dan menengah di antaranya dipengaruhi oleh konflik peranan

    dan peranan yang kabur. Kajian yang dijalankan oleh Byrne (1996), juga mendapati

    penywnbang lain seperti ialah beban ketja, suasana bi1ik daIjah yang tidak memuaskan,

    kuasa terhad dalarn membuat keputusan, kurang mendapat sokongan dari orang atasan dan

    juga rakan sebaya. Hasil kajian juga menunjukkan faktor kritikal dalarn merangsang stres di

    kalangan guru-guru ini ialah kualiti ketja yang perlu dilakukan dalarn masa yang tersingkat,

    bilangan pelajar yang rarnai dalam kelas, menyelesaikan masalah disiplin pelajar dan

  • 16

    mengendaJikan sokongan negatif dari ibu bapa. Manakala kekaburan dari pihak pentadbir

    dan pengurusan pula menWljukkan polisi yang tidak jelas dan tidak konsisten mengenai

    tindakan ke atas tingkahlaku pelajar; kekerapan perubahan struktur kurikulum dan

    pendekatan pedagog Begitu juga persepsi kendiri yang rendah di kalangan pelajar, ibu

    bapa, dan orang awam.

    , Penyelidik dari Amerika, Friedman dan Rosenman telah membuat kajian dan

    menyatakan bahawa secara kasarnya terdapat dua jenis personaliti iaitu Jenis A dan

    personaliti Jenis B. Mereka yang di dalam kategori Jenis A ialah orang yang suka

    bertanding, agresif, tidak sabar, cepat berfikir dan bertindak, kuat beketja dan sentiasa

    mahu cepat. Mereka ini mempWlyai risiko yang tin!!8i mengidap darah tin!!8i dan penyakit

    jantWlg akibat stres. Manakala Jenis B pula terdiri daripada individu yang pendiam, sabar,

    tenang, tidak suka bertanding, selalu gembira dan tidak fWlSing. Hidup mereka lebih tenang

    dan tidak merasa tertekan. Jika stres timbul, mereka berupaya menenangkan fikiran dengan

    kesabaran.

    Sistem endokrin memainkan peranan dalam masalah kesihatan akibat stres. Sistem

    endokrin adalah satu jaringan kelenjar yang merembeskan hormon ke dalam aliran darah.

    Kelenjar yang memainkan peranan adalah kelenjar pituitari dan hypothalamus yang terletak

    di otak manakala kelenjar adrenal terletak di bahagian atas buah pinggang dan kelenjar

    tiroid terletak di bahagian tekak.

    Bagi fungsi yang sempuma, hormon dan neuro hormon mesti berada di dalam

    keadaan seimbang. Sekiranya salah satu daripadanya melebihi daripada tahap

    keseimbangan, ia akan membawa kepada masalah emosi. Stres juga boleh merangsang

  • 17

    kepada masalah emosi yang berkaitan dengan gangguan pada endokrin iaitu krisis tiroid.

    Penyakit atau stres boleh menyebabkan keadaan emosi berubah secara tiba-tiba menjadi

    ganas, mood yang berubah menjadi hiperaktif dan kemudian murung.

    Penyakit berkaitan atau akibat dari stres yang belpanjang antaranya ialah masalah

    emosi yang boleh meningkatkan tahap asid lemak dalam darah justeru itu berkaitan dengan

    masalah atherosclerotik. Stres yang belpanjangan, jika kerap dialami akan mendorong

    kepada insomia, kolitis dan hipertensi. Penghadaman pula akan terhalang dan

    menyebabkan asid memasuki perut yang boleh mengakibatkan ulcer, sembelit, serum

    kolesterol yang tinggi dan pembekuan darah dalam jangkamasa pendek. Tekanan emosi

    juga boleh menyebabkan otot-otot menegang dan menyebabkan rasa sakit pada perut,

    belakang, leher dan dada. Simtom-simton stres antara lain termasuklah juga seperti sakit

    kepala, penglihatan kabur, hilang sclera makan dan murung.

    Ini dipersetujui oleh Howard (1986), yang menyatakan stres boleh menjadi faktor

    risiko yang memudaratkan lagi faktor risiko lain yang mengancam kesihatan. Reaksi

    terhadap stres boleh merosakkan sistem kardiovaskular dan sistem cerebrovaskular scrta

    melemahkan kuasa melawan penyakit. Stres meningkatkan peluang sakit jantung, strok,

    kematian rnengejut dan juga kanser.

    Mc Clelland (1989), menyatakan sindrom stres ada kaitannya dengan rangsangan

    simpatetik yang mengeluarkan harmon stres. Ini juga boleh menyebabkan perubahan pada

    sistem tubuh badan. Perasaan marah, takut atau gemuruh sebagai contohnya, boleh

    simulasikan sistem saraf simpatetik dan mempercepatkan aksi kelenjar adrenal. Antara

    perubahan-perubahan dalam sistem badan akibat dari rangsangan sistem saraf simpatetik