kesediaan mengajar mata pelajaran reka cipta kbsm … · i kesediaan mengajar mata pelajaran reka...

27
KESEDIAAN MENGAJAR MATA PELAJARAN REKA CIPTA KBSM DI KALANGAN GURU-GURU MATA PELAJARAN REKA CIPTA DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI PERAK : KAJIAN KES ZURI BINTI AWANG ABU UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: voanh

Post on 24-Aug-2019

242 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KESEDIAAN MENGAJAR MATA PELAJARAN REKA CIPTA KBSM … · i kesediaan mengajar mata pelajaran reka cipta kbsm di kalangan guru-guru mata pelajaran reka cipta di sekolah-sekolah menengah

KESEDIAAN MENGAJAR MATA PELAJARAN REKA CIPTA KBSM

DI KALANGAN GURU-GURU MATA PELAJARAN REKA CIPTA DI

SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI PERAK : KAJIAN KES

ZURI BINTI AWANG ABU

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KESEDIAAN MENGAJAR MATA PELAJARAN REKA CIPTA KBSM … · i kesediaan mengajar mata pelajaran reka cipta kbsm di kalangan guru-guru mata pelajaran reka cipta di sekolah-sekolah menengah
Page 3: KESEDIAAN MENGAJAR MATA PELAJARAN REKA CIPTA KBSM … · i kesediaan mengajar mata pelajaran reka cipta kbsm di kalangan guru-guru mata pelajaran reka cipta di sekolah-sekolah menengah
Page 4: KESEDIAAN MENGAJAR MATA PELAJARAN REKA CIPTA KBSM … · i kesediaan mengajar mata pelajaran reka cipta kbsm di kalangan guru-guru mata pelajaran reka cipta di sekolah-sekolah menengah

i

KESEDIAAN MENGAJAR MATA PELAJARAN REKA CIPTA KBSM

DI KALANGAN GURU-GURU MATA PELAJARAN REKA CIPTA DI

SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI PERAK : KAJIAN KES

ZURI BINTI AWANG ABU

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Syarat Memenuhi Sebahagian Daripada

Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia.

MAC, 2004

Page 5: KESEDIAAN MENGAJAR MATA PELAJARAN REKA CIPTA KBSM … · i kesediaan mengajar mata pelajaran reka cipta kbsm di kalangan guru-guru mata pelajaran reka cipta di sekolah-sekolah menengah

ii

Page 6: KESEDIAAN MENGAJAR MATA PELAJARAN REKA CIPTA KBSM … · i kesediaan mengajar mata pelajaran reka cipta kbsm di kalangan guru-guru mata pelajaran reka cipta di sekolah-sekolah menengah

iii

DEDIKASI

Menyusun jari, merafak sembah

Melembutkan leher, memfasihkan lidah

Dititipkan karya ini buat :

Suramli bin Abu Bakar, suami tercinta

Anak-anak tersayang:

Nur Haziqah binti Suramli,

Muhammad ‘Ammar Hasif bin Suramli,

Muhammad ‘Amirul Rusydi bin Suramli

Kasih sayang dan pengorbanan kalian menjadi penguat semangatku

Untuk meneruskan perjuangan mengejar ilmu….

Seluruh ahli keluarga , teristimewa

Awang Abu bin Hj. Ahmad, ayahanda yang dikasihi

Salasiah binti Ahmad (arwah), bonda yang sentiasa dalam ingatan

Redup matamu nan sayu menyimpan seribu rahsia

Akhirnya dapat kuungkaikan menjadi nyata….

Teman-teman seperjuangan,

Serta Pensyarah-pensyarah yang tidak pernah jemu

Menabur bakti….

Kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama

Terima kasih yang tidak terhingga….

Page 7: KESEDIAAN MENGAJAR MATA PELAJARAN REKA CIPTA KBSM … · i kesediaan mengajar mata pelajaran reka cipta kbsm di kalangan guru-guru mata pelajaran reka cipta di sekolah-sekolah menengah

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Syukur Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya bagi Allah yang memiliki

segala kebesaran. Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

dan seluruh keluarga dan sahabat.

Pertamanya, penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

terima kasih yang tidak terbatas kepada Penyelia Pembimbing Projek Sarjana Muda

iaitu

Encik Mohd. Safarin bin Nordin di atas bimbingan, nasihat, teguran dan tunjuk ajar

yang bersungguh-sungguh sepanjang penyelidikan ini dijalankan daripada mula

hinggalah selesai.

Penulis juga mengucapkan setingi-tinggi terima kasih kepada pihak EPRD,

Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Pengetua-

pengetua Sekolah di negeri Perak yang terlibat dalam memberikan kerjasama kepada

penulis untuk menjayakan penyelidikan ini.

Akhir sekali tidak lupa juga, sekalung penghargaan dan terima kasih kepada

pensyarah-pensyarah UTM, guru Bahasa Melayu SMK Taman Tasik, Taiping iaitu

Puan Yong Zaharah, guru mata pelajaran Reka Cipta KBSM SMK Taman Tasik,

Taiping iaitu Encik Wan Azni Alias, rakan-rakan serta semua pihak yang terlibat

secara langsung atau tidak langsung. Hanya Allah yang dapat membalas segala budi

baik kalian.

Page 8: KESEDIAAN MENGAJAR MATA PELAJARAN REKA CIPTA KBSM … · i kesediaan mengajar mata pelajaran reka cipta kbsm di kalangan guru-guru mata pelajaran reka cipta di sekolah-sekolah menengah

v

ABSTRAK

Kajian berbentuk kajian kes ini telah dijalankan di kalangan guru-guru mata

pelajaran Reka Cipta KBSM di sekolah-sekolah menengah di Negeri Perak. Terdapat

lima aspek yang dikaji dalam kajian ini iaitu aspek konsep dan kemahiran berfikir,

pengetahuan asas Lukisan Kejuruteraan, kesediaan melakukan tunjukcara penggunaan

mesin yang berkaitan dengan mata pelajaran Reka Cipta KBSM dan kesediaan emosi

guru terhadap mata ini pelajaran ini. Data berbentuk deskriptif telah dikumpulkan

melalui borang soal selidik yang mengandungi 40 pernyataan telah diisi dengan

lengkap oleh 18 orang responden. Data-data yang diperoleh diproses dengan

menggunakan perisian SPSS dan dirumuskan dalam bentuk jadual berdasarkan

frekuensi dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan sebahagian besar daripada

responden (lebih daripada 70 peratus) memang mempunyai kesediaan dalam empat

daripada lima aspek yang dikaji iaitu pengetahuan asas dalam konsep dan kemahiran

berfikir, pengetahuan asas Lukisan Kejuruteraan dan kesediaan melakukan

tunjukcara penggunaan mesin, manakala bagi aspek kesediaan emosi guru pula

menunjukkan jumlah bilangan yang sederhana sahaja (hampir 60 peratus guru).

Selain itu juga, pengkaji turut membincangkan dapatan kajian dengan

membandingkan dapatan pengkaji dengan kajian-kajian lalu serta teori-teori yang

berkaitan. Pengkaji juga turut mengemukakan cadangan-cadangan kepada pihak yang

berkaitan untuk meningkatkan lagi kesediaan guru dalam mengajar mata pelajaran ini.

Diharapkan hasil kajian ini dapat membantu para guru serta pihak-pihak yang terlibat

untuk memperbaiki lagi mutu pengajaran pada masa akan datang.

Page 9: KESEDIAAN MENGAJAR MATA PELAJARAN REKA CIPTA KBSM … · i kesediaan mengajar mata pelajaran reka cipta kbsm di kalangan guru-guru mata pelajaran reka cipta di sekolah-sekolah menengah

vi

ABSTRACT

The research carried out was a study case on the teaching readiness in ‘Reka

Cipta KBSM’ among the teachers who teach this subject in upper secondary schools

in Perak. The aspects covered in this research includes the basic knowledge in

thinking concept, the knowledge in six kinds of Thinking Skills, the basic knowledge

in Technical Drawing that applied in this subject, the readiness in demonstrating the

usage some machines that involved in this subject and the emotion’s readiness among

the subject teachers. Information regarding the aspects of the research is gathered by

using questionnaires consisting of 40 various statements to portray the teaching

readiness. The study was carried out amongst 18 teachers who is teaching ‘Reka

Cipta KBSM’ subject. Then, all the data were processed by using SPSS software

including the frequency and percentage. The outcomes of the research shows that

most of the teachers (over than 70 percent) had readiness in four aspects. However,

there was about 60 percent of teachers had readiness in emotion aspect. The result

also were discussed by comparing to the past study and related theories. Some

immediate steps and early measures that should be taking in order to correct the

situations above are also suggested here in order to upgrade the quality and

effectiveness of teaching the subject.

Page 10: KESEDIAAN MENGAJAR MATA PELAJARAN REKA CIPTA KBSM … · i kesediaan mengajar mata pelajaran reka cipta kbsm di kalangan guru-guru mata pelajaran reka cipta di sekolah-sekolah menengah

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xv

SENARAI SINGKATAN xvii

SENARAI LAMPIRAN

xviii

Page 11: KESEDIAAN MENGAJAR MATA PELAJARAN REKA CIPTA KBSM … · i kesediaan mengajar mata pelajaran reka cipta kbsm di kalangan guru-guru mata pelajaran reka cipta di sekolah-sekolah menengah

viii

BAHAGIAN SATU

PENGENALAN

BAB 1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Kepentingan Kajian

1.7 Batasan Kajian

1.8 Definisi Terminologi

1.8.1 Reka Cipta

1.8.2 Lukisan Kejuruteraan

1.8.3 Kesediaan

1.8.4 Pengetahuan

1.8.4.1 Pengetahuan diri

1.8.5 Kaedah Mengajar

1.8.6 Kaedah Tunjukcara

1.8.7 Mesin

1.8.8 Emosi

1.9 Kesimpulan

1

2

5

5

6

6

7

8

8

8

9

9

10

10

11

11

11

12

Page 12: KESEDIAAN MENGAJAR MATA PELAJARAN REKA CIPTA KBSM … · i kesediaan mengajar mata pelajaran reka cipta kbsm di kalangan guru-guru mata pelajaran reka cipta di sekolah-sekolah menengah

ix

BAHAGIAN DUA

SOROTAN KAJIAN

BAB II SOROTAN KAJIAN 13

2.1 Pengenalan

2.2 Maklumat Mengenai Mata Pelajaran

Reka Cipta KBSM

2.2.1 Tujuan Mata Pelajaran Reka

Cipta KBSM Diadakan

2.2.2 Matlamat Pelajaran Reka

Cipta KBSM

2.2.3 Objektif Kurikulum Reka

Cipta

2.2.4 Organisasi Kandungan

2.3 Pengetahuan

2.3.1 Pengetahuan Diri

2.3.2 Pengetahuan Kaedah

Mengajar

2.4 Kemahiran Mengajar

2.5 Konsep Berfikir dan Jenis-jenis

Kemahiran Berfikir Dalam Mata

Pelajaran Reka Cipta KBSM

2.5.1 Konsep Berfikir

2.5.1.1 Kemahiran Berfikir

Secara Sistematik

2.5.1.2 Berfikir Secara Objektif

2.5.1.3 Berfikir Secara Pragmatik

2.5.1.4 Berfikir Secara Kritikal

2.5.1.5 Berfikir Secara Lateral

2.5.1.6 Berfikir Secara Analitikal

2.6 Kemahiran Tunjukcara Penggunaan

Mesin

13

14

14

15

15

16

16

18

19

20

22

22

24

25

25

26

26

26

28

Page 13: KESEDIAAN MENGAJAR MATA PELAJARAN REKA CIPTA KBSM … · i kesediaan mengajar mata pelajaran reka cipta kbsm di kalangan guru-guru mata pelajaran reka cipta di sekolah-sekolah menengah

x

2.7 Pengetahuan Lukisan Kejuruteraan

2.8 Emosi

2.9 Kesimpulan

30

32

35

BAHAGIAN TIGA

METODOLOGI KAJIAN

BAB III METODOLOGI KAJIAN

36

3.1 Pengenalan 36

3.2 Reka bentuk Kajian

3.3 Populasi dan Sampel Kajian

3.4 Instrumen Kajian

3.4.1 Bahagian A: Latar Belakang

Responden

3.4.2 Bahagian B: Item Soal Selidik

3.5 Prosedur Kajian

3.6 Kesahan Soal Selidik

3.7 Kajian Rintis

3.8 Pengumpulan Data

3.9 Analisis Data

3.10 Analisis Akhir Dan Klasifikasi Semula

3.11 Kesimpulan

36

37

39

39

40

41

42

43

44

45

46

46

Page 14: KESEDIAAN MENGAJAR MATA PELAJARAN REKA CIPTA KBSM … · i kesediaan mengajar mata pelajaran reka cipta kbsm di kalangan guru-guru mata pelajaran reka cipta di sekolah-sekolah menengah

xi

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

BAB IV

ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

47

4.1 Pengenalan

4.2 Profil Responden

4.2.1 Analisis Data Bahagian A:

Latar Belakang Responden

4.2.1.1 Jantina

4.2.1.2 Pengalaman Mengajar

4.2.1.3 Kelulusan Ikhtisas

4.2.1.4 Opsyen Semasa Di

Maktab / Universiti

4.2.1.5 Pengalaman Mengajar

Mata Pelajaran

Reka Cipta KBSM

4.3 Analisis Data Bahagian B: Aspek-

aspek Kesediaan Mengajar Mata

Pelajaran Reka Cipta KBSM Di

Kalangan Guru-guru Mata Pelajaran

Reka Cipta.

4.3.1 Analisis Data Persoalan Kajian

1: “Adakah guru-guru

mempunyai pengetahuan asas

tentang konsep berfikir?”

4.3.2 Analisis Data Persoalan Kajian

2: “Adakah guru mempunyai

pengetahuan dalam enam jenis

kemahiran berfikir?”

47

48

48

48

49

50

50

51

52

52

54

Page 15: KESEDIAAN MENGAJAR MATA PELAJARAN REKA CIPTA KBSM … · i kesediaan mengajar mata pelajaran reka cipta kbsm di kalangan guru-guru mata pelajaran reka cipta di sekolah-sekolah menengah

xii

4.3.3 Analisis Data Persoalan Kajian

3: “Adakah guru mempunyai

pengetahuan asas Lukisan

Kejuruteraan dalam mata

pelajaran Reka Cipta KBSM?”

4.3.4 Analisis Data Persoalan Kajian

4: “Adakah guru mempunyai

kesediaan untuk melakukan

tunjukcara penggunaan mesin

yang berkaitan dengan mata

pelajaran Reka Cipta KBSM?”

4.3.5 Analisis Data Persoalan Kajian

5: “Sejauh manakah kesediaan

emosi guru terhadap mata

pelajaran Reka Cipta KBSM?”

4.4 Kesimpulan

57

60

63

65

BAHAGIAN LIMA

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN

66

5.1 Pendahuluan

5.2 Rumusan Dapatan Kajian

5.2.1 Rumusan Profil Guru Reka

Cipta KBSM

5.2.2 Rumusan Berdasarkan

Persoalan Kajian

66

66

67

68

Page 16: KESEDIAAN MENGAJAR MATA PELAJARAN REKA CIPTA KBSM … · i kesediaan mengajar mata pelajaran reka cipta kbsm di kalangan guru-guru mata pelajaran reka cipta di sekolah-sekolah menengah

xiii

5.3 Perbincangan

5.3.1 Pengetahuan Guru Tentang Asas

Konsep Berfikir.

5.3.2 Pengetahuan Guru Dalam Enam

Jenis Kemahiran Berfikir

5.3.3 Pengetahuan Guru Mengenai

Asas Lukisan Kejuruteraan

Dalam Mata Pelajaran Reka

Cipta KBSM

5.3.4 Kesediaan Guru Melakukan

Tunjukcara Penggunaan Mesin

Yang Berkaitan Dengan Mata

Pelajaran Reka Cipta KBSM

5.3.5 Emosi Guru Terhadap Mata

Pelajaran Reka Cipta KBSM

5.4 Cadangan

5.4.1 Pengetahuan Asas Konsep

Berfikir dan Kemahiran Berfikir

5.4.2 Pengetahuan Asas Tentang

Lukisan Kejuruteraan Untuk

Kegunaan Dalam Mata Pelajaran

Reka Cipta KBSM.

5.4.3 Kesediaan Guru Melakukan

Tunjukcara Penggunaan Mesin

Yang Berkaitan Dengan Mata

Pelajaran Reka Cipta KBSM

5.4.4 Kesediaan Emosi Guru

Terhadap Mata Pelajaran Reka

Cipta KBSM

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan

5.6 Penutup

70

71

72

73

75

77

78

78

79

79

80

81

82

RUJUKAN 83

Page 17: KESEDIAAN MENGAJAR MATA PELAJARAN REKA CIPTA KBSM … · i kesediaan mengajar mata pelajaran reka cipta kbsm di kalangan guru-guru mata pelajaran reka cipta di sekolah-sekolah menengah

xiv

BAHAGIAN ENAM

LAMPIRAN

LAMPIRAN

Lampiran A - G

88-106

Page 18: KESEDIAAN MENGAJAR MATA PELAJARAN REKA CIPTA KBSM … · i kesediaan mengajar mata pelajaran reka cipta kbsm di kalangan guru-guru mata pelajaran reka cipta di sekolah-sekolah menengah

xv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Tajuk-tajuk utama dan anggaran peruntukan

masa mata pelajaran Reka Cipta KBSM

3.1 Senarai bilangan guru mengikut sekolah

yang mengajar mata pelajaran Reka Cipta

KBSM

16

38

3.2 Senarai item soalan mengikut Persoalan Kajian 40

3.3 Senarai item mengikut jenis Pemikiran 40

3.4 Markat Skala Likert 5 Mata 41

3.5 Dapatan kajian rintis mengikut Pesoalan Kajian 43

3.6 Skala Pemeringkatan 45

3.7 Penilaian terhadap analisis kajian 46

4.1 Taburan frekuensi dan peratusan responden

mengikut jantina

48

4.2 Taburan frekuensi dan peratusan responden

mengikut pengalaman mengajar

49

4.3 Taburan frekuensi dan peratusan responden

mengikut kelulusan ikhtisas

50

4.4 Taburan frekuensi dan peratusan responden

mengikut opsyen semasa di maktab / universiti

50

Page 19: KESEDIAAN MENGAJAR MATA PELAJARAN REKA CIPTA KBSM … · i kesediaan mengajar mata pelajaran reka cipta kbsm di kalangan guru-guru mata pelajaran reka cipta di sekolah-sekolah menengah

xvi

4.5 Taburan frekuensi dan peratusan responden

mengikut pengalaman mengajar mata pelajaran

Reka Cipta KBSM

51

4.6 Taburan frekuensi dan peratusan responden

terhadap pengetahuan guru tentang asas

konsep berfikir

52

4.7 Taburan frekuensi dan peratusan responden

terhadap pengetahuan guru dalam enam jenis

kemahiran berfikir

54

4.8 Taburan frekuensi dan peratusan responden

terhadap pengetahuan asas Lukisan Kejuruteraan

dalam mata pelajaran Reka Cipta KBSM.

57

4.9 Taburan frekuensi dan peratusan responden

terhadap kesediaan guru untuk melakukan

tunjukcara penggunaan mesin yang berkaitan

dengan mata pelajaran Reka Cipta KBSM

60

4.10 Taburan frekuensi dan peratusan responden

terhadap kesediaan emosi guru terhadap mata

pelajaran Reka Cipta KBSM

63

Page 20: KESEDIAAN MENGAJAR MATA PELAJARAN REKA CIPTA KBSM … · i kesediaan mengajar mata pelajaran reka cipta kbsm di kalangan guru-guru mata pelajaran reka cipta di sekolah-sekolah menengah

xvii

SENARAI SINGKATAN

EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

AUTOCADD - Perisian ‘Computer Aided Drafting and Design’

SPSS - ‘Statistical Packages For The Social Science’

Page 21: KESEDIAAN MENGAJAR MATA PELAJARAN REKA CIPTA KBSM … · i kesediaan mengajar mata pelajaran reka cipta kbsm di kalangan guru-guru mata pelajaran reka cipta di sekolah-sekolah menengah

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Borang Soal Selidik 88

B Maklumat Mata Pelajaran Reka Cipta Tahun 2003

Negeri Perak : Senarai Sekolah dan Guru. 96

C Surat Kebenaran Dari Bahagian Perancangan Dan

Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia 98

D Surat Kebenaran Dari Jabatan Pendidikan

Negeri Perak Untuk Membuat Penyelidikan

Di Sekolah 100

E Surat Pengesahan Dari Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 101

F Surat Makluman Kepada Pengetua Sekolah Untuk

Menjalankan Kajian Ke Atas Guru Mata Pelajaran

Reka Cipta KBSM 102

G Keputusan Kebolehpercayaan Soal Selidik

(Alpha Cronbach) 104

Page 22: KESEDIAAN MENGAJAR MATA PELAJARAN REKA CIPTA KBSM … · i kesediaan mengajar mata pelajaran reka cipta kbsm di kalangan guru-guru mata pelajaran reka cipta di sekolah-sekolah menengah

1

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Kepesatan pembangunan negara dalam sektor ekonomi selepas negara

mencapai kemerdekaan tidak dapat disangkal lagi. Terbaru, dalam Rancangan

Malaysia Kelapan (RMK-8) (2001-2005), pertumbuhan guna tenaga dijangka akan

lebih meningkat lagi selaras dengan penggunaan modal yang lebih besar dan proses

pengeluaran berasaskan pengetahuan, permintaan akan lebih tertumpu kepada guna

tenaga berkemahiran tinggi. Oleh itu, negara perlu mewujudkan lebih banyak tenaga

manusia terlatih, berkemahiran dan berpengetahuan untuk mengekalkan pertumbuhan

ekonomi dan berdaya saing (Amidah Amim, 2001).

Teras pembangunan RMK-8 telah menggariskan sembilan strategi utama yang

akan dilaksanakan dalam tempoh tersebut. Antaranya yang sangat berkaitan dengan

bidang pendidikan ialah memperkukuhkan asas sumber manusia bagi memastikan

bekalan tenaga manusia yang mempunyai tahap pengetahuan teknikal dan kemahiran

berfikir yang tinggi. Teras ini juga adalah dirangka untuk menuju ke arah mengatasi

cabaran yang telah digariskan dalam Dasar Wawasan 2020.

Berdasarkan pernyataan di atas iaitu mahu melahirkan bekalan tenaga manusia

yang mempunyai ciri-ciri seperti yang dikehendaki, maka bidang pendidikan

merupakan teras utama yang sangat diberi perhatian oleh kerajaan. Mahu tidak mahu

sistem pendidikan negara perlu mengalami perubahan selaras dengan tuntutan

Page 23: KESEDIAAN MENGAJAR MATA PELAJARAN REKA CIPTA KBSM … · i kesediaan mengajar mata pelajaran reka cipta kbsm di kalangan guru-guru mata pelajaran reka cipta di sekolah-sekolah menengah

2

keperluan semasa. Menurut Wan Mohd Zahid (1993), istilah yang lebih sesuai

dengan Wawasan 2020 dan sistem pendidikan negara ialah pembangunan sumber

manusia iaitu merujuk kepada pembangunan kemahiran dan ketrampilan untuk

menggerakkan aktiviti ekonomi. Di sini, hasrat kerajaan ialah melalui sistem

pendidikan, tenaga kerja yang akan wujud kelak akan dapat membangunkan negara

dengan menggunakan teknologi dan kepakaran sendiri serta mengurangkan

penggantungan teknologi dan kepakaran daripada luar.

1.2 Latar Belakang Masalah

Cabaran keenam dalam Wawasan 2020 yang diutarakan oleh Perdana Menteri

Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad ketika membentangkan kertas

kerjanya yang berjudul ‘Malaysia : Langkah Ke Hadapan’ di Kuala Lumpur pada 28

Februari 1991 ialah:

“Membentuk sebuah masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat inovatif dan memandang ke depan yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.”

Untuk merealisasikan cabaran tersebut, maka bidang pendidikan merupakan

bidang yang paling penting untuk melahirkan insan seperti yang diaspirasikan itu.

Selaras dengan itu, bidang teknikal dan vokasional telah didedahkan kepada pelajar-

pelajar bermula peringkat sekolah rendah lagi iaitu melalui mata pelajaran Kemahiran

Hidup Sekolah Rendah. Di peringkat menengah rendah pula mata pelajaran

Kemahiran Hidup dikembangkan lagi kandungannya dengan menambahkan

komponen Reka Cipta.

Pada sesi persekolahan 1994/1995, berlaku perubahan kurikulum di peringkat

menengah atas iaitu diperkenalkan kurikulum Reka Cipta KBSM sebagai mata

pelajaran elektif yang diletakkan dalam Kumpulan II (Vokasional dan Teknologi).

Pada peringkat pecubaan, sebanyak 64 buah sekolah telah dipilih dengan tenaga

Page 24: KESEDIAAN MENGAJAR MATA PELAJARAN REKA CIPTA KBSM … · i kesediaan mengajar mata pelajaran reka cipta kbsm di kalangan guru-guru mata pelajaran reka cipta di sekolah-sekolah menengah

3

pengajarnya terdiri daripada guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu. Pelaksanaan

penuh kurikulum ini dijalankan pada sesi persekolahan 1995/1996.

Tujuan kurikulum Reka Cipta KBSM diwujudkan adalah untuk melahirkan

pelajar-pelajar yang kreatif, inovatif, inventif serta boleh menyesuaikan diri dengan

perkembangan teknologi melalui penghasilan projek reka cipta. Untuk menghasilkan

projek reka cipta, pelajar-pelajar perlu melalui beberapa proses yang sistematis

bermula daripada pengenalpastian masalah, pencetusan idea, perekaan projek,

perancangan, pemilihan konsep, pembinaan model, pembinaan prototaip, pengujian,

pengubahsuaian dan pendokumentasian (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1996).

Sebahagian besar daripada proses membuat reka cipta melibatkan pengaplikasian

beberapa jenis kemahiran seperti kemahiran berfikir, kemahiran melakar, kemahiran

melukis dalam bentuk 2D dan 3D serta kemahiran membuat yang melibatkan kerja

amali seperti penggunaan komponen-komponen elektrik dan elektronik, kayu dan

logam serta kemahiran penggunaan alat tangan dan mesin-mesin yang berkaitan.

Dalam aspek kemahiran berfikir, kesediaan guru untuk mengendalikan proses

pengajaran dan pembelajaran seperti yang dituntut oleh sesuatu inovasi merupakan

salah satu daripada pembolehubah utama yang menentukan kejayaan atau kegagalan

inovasi tersebut. Inovasi pendidikan pada tahun 1981 dan 1989 telah berusaha

mengubah pemikiran guru dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran di

dalam kelas dengan harapan guru akan menjalankan sebahagian besar daripada

pengajarannya adalah berpusatkan pelajar dan akan menggunakan pelbagai strategi

dan teknik untuk melibatkan pelajar dengan aktif (Kementerian Pendidikan Malaysia

dalam Rajendran, 1999).

Terdapat banyak faktor yang menghalang berlaku perubahan yang signifikan

dalam proses pengajaran di dalam kelas oleh guru. Salah satu daripadanya ialah sikap

guru yang lebih memonopoli proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini secara

tidak langsung akan menyebabkan pelajar menjadi pasif (Rajendran, 1999). Situasi

sebegini bertentangan dengan matlamat dan objektif mata pelajaran Reka Cipta

KBSM sedangkan kehendak mata pelajaran ini ialah untuk menggalakkan pelajar-

pelajar menggunakan pelbagai kemahiran berfikir supaya di akhirnya nanti pelajar

dapat menghasilkan projek yang bermutu.

Page 25: KESEDIAAN MENGAJAR MATA PELAJARAN REKA CIPTA KBSM … · i kesediaan mengajar mata pelajaran reka cipta kbsm di kalangan guru-guru mata pelajaran reka cipta di sekolah-sekolah menengah

4

Berdasarkan kepada perkara di atas, guru sebagai orang yang bertanggung-

jawab untuk melaksanakan mata pelajaran tersebut sudah semestinya perlu

mempunyai pengetahuan, kemahiran serta emosi yang bersesuaian untuk berhadapan

dengan cabaran-cabaran mata pelajaran tersebut serta perbezaan yang pelbagai di

kalangan pelajar. Kenyataan ini adalah sejajar dengan Mohd Salleh (1996) yang

menyatakan bahawa untuk menghasilkan pelajar yang kreatif, guru seharusnya

memahami terlebih dahulu model reka cipta agar mereka dapat mengajar dengan lebih

baik dan berkesan.

Pusat Perkembangan Kurikulum (dalam Ma Chau Wai, 2001) telah

menemubual guru-guru Reka Cipta pada tahun 1996 mendapati bahawa guru-guru

tersebut masih memerlukan lebih banyak latihan tambahan dan kursus untuk

membolehkan mereka mengajar mata pelajaran Reka Cipta. Aspek-aspek yang

memerlukan lebih banyak latihan dan kursus ialah kemahiran manipulatif seperti

kimpalan, proses reka cipta, elektrik dan elektronik, kerja kayu dan kerja logam, seni

reka atau reka bentuk, pengetahuan plastik, fiber, polivenaclorida, penggunaan alatan

bengkel dan lukisan teknik. Terdapat juga aspek kemahiran lain yang diperlukan oleh

guru-guru tersebut seperti penyelenggaraan komputer dan lukisan berbantu komputer.

Situasinya sekarang ialah guru-guru mata pelajaran Reka Cipta KBSM yang

sedia ada adalah terdiri daripada pelbagai latar belakang pengalaman mengajar dalam

mata pelajaran yang berlainan. Meskipun guru-guru Kemahiran Hidup kelihatan

lebih cenderung untuk dipilih bagi mengajar mata pelajaran ini, guru-guru daripada

mata pelajaran lain juga tidak terkecuali memandangkan belum ada lagi opsyen Reka

Cipta dalam bidang perguruan. Keadaan yang berlaku ini menyebabkan kemungkinan

terdapat masalah yang dihadapi oleh guru untuk mengajar mata pelajaran tersebut

seperti yang dinyatakan oleh Rajendran (1999) mengenai masalah yang dihadapi oleh

guru dalam mengaplikasikan kemahiran berfikir dan kesimpulan daripada temubual

oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (dalam Ma Chau Wai, 2001) terhadap guru-

guru mata pelajaran Reka Cipta tersebut.

Page 26: KESEDIAAN MENGAJAR MATA PELAJARAN REKA CIPTA KBSM … · i kesediaan mengajar mata pelajaran reka cipta kbsm di kalangan guru-guru mata pelajaran reka cipta di sekolah-sekolah menengah

5

1.3 Penyataan Masalah.

Berdasarkan latar belakang masalah yang dikemukakan, terdapat beberapa

aspek yang menjadi masalah di kalangan guru yang mengajar mata pelajaran Reka

Cipta KBSM. Pengkaji dapat merumuskan bahawa aspek yang menjadi masalah ialah

aspek kemahiran berfikir, ketukangan, lukisan teknik, seni reka dan reka bentuk dan

lukisan berbantu komputer serta penyelenggaraan komputer. Aspek-aspek ini sangat

penting dikuasai dengan baik oleh guru-guru supaya proses pengajaran dan

pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan dapat mencapai matlamat kurikulum

Reka Cipta KBSM diadakan.

Berdasarkan kepada permasalahan tersebut, satu kajian diadakan bertujuan

untuk mengkaji kesediaan mengajar mata pelajaran Reka Cipta KBSM di kalangan

guru-guru dalam mata pelajaran Reka Cipta di sekolah-sekolah menengah di Negeri

Perak.

1.4 Objektif Kajian

Secara spesifik, kajian ini dijalankan untuk:

i. Mengenal pasti kesediaan guru dalam aspek kemahiran berfikir yang

digunakan dalam mata pelajaran Reka Cipta KBSM.

ii. Mengenal pasti pengetahuan guru terhadap asas Lukisan Kejuruteraan dalam

mata pelajaran Reka Cipta KBSM.

iii. Mengenal pasti pengetahuan guru dalam menggunakan kaedah tunjukcara

penggunaan mesin yang berkaitan dengan mata pelajaran Reka Cipta KBSM.

iv. Mengenal pasti aspek kesediaan emosi guru terhadap mata pelajaran Reka

Cipta KBSM.

Page 27: KESEDIAAN MENGAJAR MATA PELAJARAN REKA CIPTA KBSM … · i kesediaan mengajar mata pelajaran reka cipta kbsm di kalangan guru-guru mata pelajaran reka cipta di sekolah-sekolah menengah

6

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada objektif kajian yang dikemukakan, persoalan kajian yang

boleh ditimbulkan adalah seperti berikut:

i. Adakah guru mempunyai pengetahuan asas tentang konsep berfikir?

ii. Adakah guru mempunyai pengetahuan dalam enam jenis kemahiran berfikir?

iii. Adakah guru mempunyai pengetahuan asas Lukisan Kejuruteraan dalam mata

pelajaran Reka Cipta KBSM?

iv. Adakah guru mempunyai kesediaan untuk melakukan tunjukcara penggunaan

mesin yang berkaitan dengan mata pelajaran Reka Cipta KBSM?

v. Sejauh manakah kesediaan emosi guru terhadap mata pelajaran Reka Cipta

KBSM?

1.6 Kepentingan Kajian

Dengan adanya kajian ini, pengkaji akan memperoleh satu garis panduan

tentang apa yang diperlukan oleh guru-guru mata pelajaran Reka Cipta KBSM dalam

melaksanakan proses pengajaran mereka.

Hasil daripada keputusan kajian ini juga membolehkan pengkaji membuat

saranan-saranan yang berguna kepada guru-guru, Jabatan Pendidikan, Bahagian

Latihan Guru dan Kementerian Pendidikan dalam mencari pendekatan yang lebih

sesuai untuk menyediakan guru bagi mengajar mata pelajaran Reka Cipta supaya

proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah dan lancar serta berkesan.