panduan mengajar perdagangan

26
Oleh MATAPELAJARAN PERDAGANGAN Maksud Perdaganganan Perdagangan merupakan apa sahaja kegiatan atau aktiviti yang melibatkan penawaran barangan, perkhidmatan, pertukaran barangan atau penyimpanan barangan. Berasaskan kepada keperluan dan kehendak manusia untuk meneruskan kehidupan. Apabila wujudnya keperluan dan kehendak , maka terhasillah pengeluaran. Pengeluaran sesuatu barangan dan perkhidmatan memerlukan faktor pengeluaran yang terdiri daripada tanah, buruh, modal dan usahawan. Faktor pengeluaran juga akan membantu sesebuah syarikat dalam memenuhi keperluan dan kehendak manusia ini. Matapelajaran perdagangan bertujuan memberi pendidikan perdagangan supaya pelajar mengetahui, memahami dan mempelajari selok-belok bidang perniagaan dan perkhidmatan. Pendidikan Perdagangan Jika selama ini fungsi sekolah adalah hanya untuk melahirkan individu yang bakal menjadi pekerja, mengapa pula tidak di tanam nilai dan minat supaya pelajar menjadi seorang pengusaha atau pemilik perniagaan secara kecil-kecilan apabila keluar dari sekolah nanti? Kita telah ketahui bahawa pendidikan bukan lagi bertujuan untuk membentuk pelajar menghadapi alam dewasa tetapi adalah untuk seumur hidup. Perdagangan menjadi penggerak dan penyokong kepada kejayaan keseluruhan rancangan pembangunan ekonomi. Melalui Matapelajaran Perdagangan, usahawan boleh dilahirkan dengan didikan dan latihan bukan bergantung kepada faktor tret atau bakat semulajadi sahaja. Untuk ini, beberapa pendekatan dicadang bagi mencapai hasrat menambah bilangan pengusaha dari segi kuantiti dan kualiti seperti berikut: 1. melahirkan individu yang berkemahiran teknikal 2. meninggikan kemahiran pengurusan 3. mengadakan latihan keusahawanan 4. mewujudkan suasana ekonomi yang baik 5. mewujudkan kemudahan fizikal dan infrastruktur 6. mewujudkan kemudahan sokongan sumber-sumber kewangan 7. mewujudkan kemudahan sokongan teknikal. Dalam pada itu, matapelajaran perdagangan akan dapat membantu seseorang untuk: mempertingkatkan semangat dan dorongan untuk mencapai kejayaan menimbulkan keinginan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi membentuk sifat-sifat dan semangat keusahawanan di kalangan pelajar, guru dan sebagainya

Upload: hayati-yatt

Post on 30-May-2015

2.277 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan mengajar perdagangan

Oleh MATAPELAJARAN PERDAGANGAN

Maksud PerdagangananPerdagangan merupakan apa sahaja kegiatan atau aktiviti yang melibatkan penawaran barangan, perkhidmatan, pertukaran barangan atau penyimpanan barangan. Berasaskan kepada keperluan dan kehendak manusia untuk meneruskan kehidupan. Apabila wujudnya keperluan dan kehendak , maka terhasillah pengeluaran. Pengeluaran sesuatu barangan dan perkhidmatan memerlukan faktor pengeluaran yang terdiri daripada tanah, buruh, modal dan usahawan. Faktor pengeluaran juga akan membantu sesebuah syarikat dalam memenuhi keperluan dan kehendak manusia ini. Matapelajaran perdagangan bertujuan memberi pendidikan perdagangan supaya pelajar mengetahui, memahami dan mempelajari selok-belok bidang perniagaan dan perkhidmatan.

Pendidikan PerdaganganJika selama ini fungsi sekolah adalah hanya untuk melahirkan individu yang bakal menjadi pekerja, mengapa pula tidak di tanam nilai dan minat supaya pelajar menjadi seorang pengusaha atau pemilik perniagaan secara kecil-kecilan apabila keluar dari sekolah nanti? Kita telah ketahui bahawa pendidikan bukan lagi bertujuan untuk membentuk pelajar menghadapi alam dewasa tetapi adalah untuk seumur hidup. Perdagangan menjadi penggerak dan penyokong kepada kejayaan keseluruhan rancangan pembangunan ekonomi. Melalui Matapelajaran Perdagangan, usahawan boleh dilahirkan dengan didikan dan latihan bukan bergantung kepada faktor tret atau bakat semulajadi sahaja. Untuk ini, beberapa pendekatan dicadang bagi mencapai hasrat menambah bilangan pengusaha dari segi kuantiti dan kualiti seperti berikut:

1. melahirkan individu yang berkemahiran teknikal2. meninggikan kemahiran pengurusan3. mengadakan latihan keusahawanan4. mewujudkan suasana ekonomi yang baik5. mewujudkan kemudahan fizikal dan infrastruktur6. mewujudkan kemudahan sokongan sumber-sumber kewangan7. mewujudkan kemudahan sokongan teknikal.

Dalam pada itu, matapelajaran perdagangan akan dapat membantu seseorang untuk:

mempertingkatkan semangat dan dorongan untuk mencapai kejayaan menimbulkan keinginan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi membentuk sifat-sifat dan semangat keusahawanan di kalangan pelajar, guru dan

sebagainya

Tujuan mata pelajaran perdagangan diwujudkan adalah juga bertujuan untuk memberi pendidikan perdagangan supaya pelajar mengetahui,memahami dan dapat menggunakan prinsip-prinsip dan amalan-amalan positif dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan. Di mana ini dapat membantu pelajar menjadi warganegara yang bertanggungjawab, berpandangan jauh, rasional serta bijaksana dalam membuat sebarang keputusan, yakin diri, sanggup berdikari dan berani menghadapi persaingan dalam apa jua usaha yang diceburi berlandaskan sifat amanah dan jujur untuk kesejahteraan diri , keluarga, masyarakat dan negara.

Mata pelajaran Perdagangan ini diharap dapat memenuhi keperluan-keperluan pendidikan perdagangan bukan sahaja dalam konteks persekitaran perdagangan yang dipengaruhi oleh aliran dan perkembangan terbaru, tetapi juga dalam usaha serta komitmen untuk memberi

Page 2: Panduan mengajar perdagangan

pelajar pendidikan umum seimbang dan menyeluruh dari aspek kognitif, psikomotor dan efektif.

Mata pelajaran Perdagangan ini bertujuan untuk memberi pendidikan Perdagangan dan Keusahawanan supaya pelajar mengetahui, memahami dan dapat menerapkan prinsip-prinsip dan amalan-amalan positif bagi membantunya menjadi insan yang bertanggungjawab, berpandangan jauh, rasional serta bijaksana dalam membuat sebarang keputusan, yakin diri, sanggup berdikari dan berani menghadapi persaingan dalam apa juga usaha yang diceburi berlandaskan sifat amanah dan jujur untuk kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.

Dengan mempelajari mata pelajaran ini juga, pelajar akan memperolehi persediaan yang mencukupi untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi ataupun menceburkan diri dalam pelbagai bidang kerjaya, khasnya yang berkaitan dengan perindustrian dan perniagaan. Mata pelajaran perdagangan ini juga mendedahkan para pelajar dengan ilmu keusahawanan dan menerapkan nilai-nilai dan ciri-ciri seorang usahawan supaya timbul kesedaran dan minat untuk menceburi bidang keusahawanan.

Bertepatan dengan ini, Kementerian Pelajaran telah pun mengorak langkah awal dengan memperkenalkan tajuk perniagaan dalam negeri dan subtopiknya ialah perniagaan peruncit dan pemborong di dalam mata pelajaran Perdagangan bermula dari tingkatan empat.

Walaubagaimanapun pelajar mempunyai tahap motivasi yang berbeza terhadap pengajaran dan pembelajaran. Pelajar belajar dalam berbagai cara dengan melihat dan mendengar, merefleksi dan melakukan, berfikir secara logik dan intuitif, dan menghafal, mengingat dan menggambarkan. Menurut Hargreaves (1996), pembelajaran tidak hanya berkaitan dengan penambahan pengetahuan dan mengingat semula maklumat yang dipelajari tetapi merupakan aktiviti menguasai konsep dan memahami maklumat pengetahuan dan seterusnya dapat mengaplikasinya ke dalam kehidupan.

Pembelajaran melibatkan usaha menguasai kemahiran dan pengetahuan di samping membentuk sikap. Kajian dalam bidang psikologi dan pendidikan menunjukkan individu mempunyai kemahiran yang berbeza memproses maklumat. Felder dan Henriques (1995), menyatakan kaedah tersendiri individu mencari, menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat dikenali sebagai gaya pembelajaran. Oleh itu untuk berjaya, individu pelajar perlu memiliki sifat belajar dan menguasai kaedah belajar untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran.

Para di bawah mungkin elok dipindah ke atas?

Perdagangan adalah satu daripada mata pelajaran elektif untuk Tingkatan 4 dan 5 dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di bawah Kumpulan Sastera Ikhtisas. Mata pelajaran ini dapat memperkembangkan dan mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran asas perdagangan yang telah dipelajari dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup di Peringkat Menengah Rendah. Melalui nilai-nilai murni dan sikap positif yang berkaitan akan dapat dipupuk dan diperkukuhkan di kalangan pelajar.

Mata pelajaran perdagangan membolahkan pelajar mengenali segalanya mengenai asas perdagangan dan kaitannya. Perdagangan melibatkan semua kegiatan yang mengagihkan barang lebihan daripada pengeluar asal kepada pengguna terakhir tepat pada masa, tempat, harga dan kuantiti yang dapat memenuhi kehendak pengguna. Di samping itu, pelajar dapat mengetahui aktiviti perdagangan bukan sahaja merangkumi perniagaan, tetapi melibatkan bantuan perniagaan yang terdiri daripada perbankan, insurans, pengangkutan, komunikasi, pergudangan dan promosi.

Page 3: Panduan mengajar perdagangan

Sukatan matapelajaran PerdanganganIsi-isi sukatan mata pelajaran ini juga dibentuk berasaskan beberapa keperluan dalam pendidikan perdagangan yang melampaui peringkat kenal faham untuk :

1. membangunkan tenaga manusia dan negara melalui bidang perdagangan2. menerapkan nilai-nilai murni dan menanamkan sikap positif dalam menjamin kesejahteraan

hidup melalui berbagai aktiviti perdagangan3. mengetahui, memahami dan menggunakan prinsip-prinsip dan amalan-amalan asa

perniagaan dalam negeri dan antarabangsa4. mengetahui dan memahami kegunaan dan penggunaan perkhidmatan-perkhidmatan yang

membantu perniagaan5. mengenalpasti peluang-peluang pekerjaan dalam bidang perdagangan supaya dapat

membuat pilihan dengan bijaK

Melalui matapelajaran perdagangan pelajar dapat mempelajari lebih mendalam tentang perkara-perkara asam dalam perdagangan seperti jenis perniagaan, pemilikan perniagaan,pelaburan dalam perniagaan serta cara mempromosikan produk dalam perniagaan. Selain itu, pelajar dapat mengenal pasti kelemahan yang mungkin wujud dalam sesebuah organisasi perniagaan itu.

Perdagangan atau dagang ialah penukaran barang-barang, perkhidmatan-perkhidmatan, atau kedua-dua ini secara sukarela. Mekanisme yang membenarkan perdagangan dipanggil pasaran. Bentuk perdagangan yang asal ialah barter, iaitu penukaran barang dan perkhidmatan secara langsung. Secara amnya, pedagang-pedagang moden berunding melalui media pertukaran seperti wang. Oleh itu,pembelian boleh diasingkan daripada penjualan, atau pendapatan. Rekaan wang (dan kemudiannya kredit, wang kertas, dan wang bukan fizikal) amat memudahkan dan mempromosikan perdagangan. Perdagangan antara dua orang pedagang dipanggil 'perdagangan dua hala', manakala perdagangan antara melebihi dua orang pedagang digelarkan 'perdagangan berbilang hala'.Perdagangan wujud disebabkan banyak alasan. Disebabkan pengkhususan dan pembahagian kerja, kebanyakan orang menumpukan usaha mereka pada suatu aspek pengeluaran yang kecil, dan menukarkan hasil-hasil mereka dengan produk-produk yang lain. Perdagangan wujud antara kawasan-kawasan disebabkan setiap kawasan mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran sesuatu atau sebilangan komoditiyang tertentu, atau kerana saiz kawasan itu memberikan manfaat pengeluaran besar-besaran. Oleh itu, perdagangan pada harga pasaran antara kawasan-kawasan memanfaatkan semua kawasan.

KEPERLUAN ISI SUKATAN PELAJARAN PERDAGANGAN

(i) Membangunkan modal insan yang cemerlang melalui bidang perdagangan.

(ii) Menerapkan nilai-nilai murni dan menanamkan sikap positif dalam menjaminkesejahteraan hidup malalui pelbagai aktiviti perdagangan.

(iii)Mengetahui, memahami dan menggunakan prinsip-prinsip dan amalan-amalan asasperniagaan dalam negeri dan antarabangsa bertujuan untuk melahirkan generasi muda yang berdaya saing serta melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya.

Page 4: Panduan mengajar perdagangan

(iv) Mengetahui dan memahami kegunaan dan penggunaan perkhidmatan-perkhidmatanyang membantu perniagaan supaya pelajar tidak ketinggalan dalam peredaran masa.

(v) Mengembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perniagaan secaraformal dan tidak formal di mana pembelajaran mata pelajaran perdagangan bukan sahaja di dalam kelas tetapi pelajar dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan harian.

(vi) Mengenalpasti peluang-peluang pekerjaan dalam bidang perdagangan supaya dapatmembuat pilihan dengan bijak.

- Mata pelajaran Perdagangan ini diharap dapat memenuhi keperluan-keperluanpendidkan perdagangan bukan sahaja dalam konteks persekitaran perdagangan yangdipengaruhi oleh aliran dan perkembangan terbaru, tetapi juga dalam usaha sertakomitmen untuk memberi pelajar pendidikan umum seimbang dan menyeluruh dari aspekkognitif,psikomotor dan efektif.

MATLAMAT MATAPELAJARAN PERDAGANGAN

Matapelajaran perdagangan bertujuan untuk memberi pendidikan perdagangan supaya pelajar mengetahui, memahami dan dapat menggunakan prinsip-prinsip dan amalan positif dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan yang berkaitan. Dengan ini dapat membantu pelajar menjadi warganegara yang bertanggungjawab, berpandangan jauh, rasional serta bijaksana dalam membuat sebarang keputusan, yakin diri, sanggup berdikari dan berani menghadapi persaingan dalam apa juga usaha yang diceburi berlandaskan sifat amanah dan jujur untuk kesejahteraan diri, keluarga masyarakat dan negara.

OBJEKTIF MATAPELAJARAN PERDAGANGAN

Objektif matapelajaran perdagangan adalah untuk membolehkan pelajar :

1. Mengenalpasti dan menerangkan struktur dan operasi asas perniagaan, perniagaan dalam negeri dan antarabangsa.

2. Mengetahui dan memahami peranan industri kecil dan sederhana dalam pengeluaran.3. Mengetahui dan memahami kepelbagaian kaedah jualan dalam perniagaan.4. Membuat pilihan tentang jenis milikan perniagaan serta memahami prosedur

penubuhannya.5. Mengenalpasti peluang-peluang utama pelaburan di Malaysia dan cara-cara untuk melabur.6. Mengetahui dan memahami kepentingan dan cara bantuan-bantuan dalam perniagaan

membantu pengendalian sesuatu perniagaan dan pengguna.7. Memahami dan menilai etika-etika dalam perniagaan dari aspek perlindungan pengguna

supaya wujud pengguna yang bijak dan rasional.8. Mengetahui dan memahami kepentingan peranan kerajaan dalam membantu perniagaan.9. Membina pengetahuan dan kemahiran asas serta mengukuhkan minat bagi tujuan

meneruskan pendidikan perdagangan di peringkat yang lebih tinggi.10. Mengenalpasti peluang-peluang pekerjaan dengan bijak sama ada bersifat berusaha sendiri

atau bekerja dengan majikan.

ORGANISASI KURIKULUM

- Kurikulum Perdagangan dibentuk berdasarkan amalan perdagangan da perniagaan yang telah disepadukan dalam lime belas topik pembelajaran. Topik-topik berkenaan

Page 5: Panduan mengajar perdagangan

merangkumi bidang-bidang pengeluaran, perdagangan, perniagaan, bantuan perniagaan, pelaburan, pemilikan perniagaan, konsumerisme dan etika malam perniagaan. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bermula dari pemahaman konsep, pengetahuan sedia ada serta perkembangan maklumat terkini di bidang perdaganga. Penyampaian kurikulum mata pelajarn ini berdasarkan kepada konsep, peraturan, undang-undang yang diamalkan dalam dunia perniagaan sebenar.

- Tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti-aktiviti perdagangan telah, sedang dan akanterus memainkan peranan utama dan memberi sumbangan penting kepada pembangunan ekonomi, khususnya dalam mewujudkan berbagai-bagai peluang pekerjaan dan dalam menghasilkan pendapatan individu, masyarakat dan negara.- Sukatan pelajaran ini dibentuk dengan mangambil kira kebolehan dan pengalaman pelajar yang berbeza-beza. Oleh yang demikian ia dapat memenuhi keperluan kedua-dua kategori pelajar menengah atas, iaitu :~ Kumpulan pelajar yang akan meninggalkan bangku sekolah untuk menceburi diri dalam dunia pekerjaan, sama ada berusaha sendiri atau bekerja dengan majikan~ Kumpulan pelajar yang akan melanjutkan pendidikan formal mereka ke peringkat yang lebih tinggi, sama ada dalam bidang perdagangan atau bidang-bidang lain yangberkaitan.~ Pelajaran Perdagangan ini tidak lagi menegaskan teori atau isi kandungan semata-mata, tetapi juga mengutamakan kerja-kerja praktis, khususnya kajian kesbagi meluas dan mengukuhkan pengalaman serta kemahiran pelajar dalam bidangperdagangan. Penyerapan nilai-nilai murni juga dititikberatkan dengan harapan dapatmembentuk sikap menghargai dan menghayati amalan-amalan perniagaan yang positif.

Mengapa pelajar sering menghadapi masalah dalam mengusai subjek Perdagangan?

Malu bertanya kepada guru apabila tidak faham Pelajar-pelajar seringkali mendiamkan diri apabila mereka tidak memahami apa yang diajarkan kepada mereka. Mereka malu untuk bertanya kepada guru apabila tidak faham. Ini kerana mereka menganggap apabila meraka bertanya kepada guru, rakan-rakan mereka pasti akan mentertawakan. Meraka juga malu untuk bertanya kerana menganggap soalan yang ditanya itu senang dan menganggap dirinya "bodoh" dan tidak tahu apa-apa. Ini seringkali terjadi dan seharusnya pelajar-pelajar elakkan dan dibuang jauh-jauh. "Malu bertanya pasti kita akan sesat mencari jalan pulang". itulah ungkapan yang sangat popular dan kita pasti akan menjadi seperti itu sekiranya kita takut untuk bertanya kepada guru masalah yang kita hadapi.

Tidak menghormati guru yang mengajarKebanyakan para pelajar sekarang ini tidak menghormati guru mereka. seharusnya kita mestilah menghormati mereka kerana merekalah yang mendidik kita daripada kita berjaya. Tanpa mereka siapalah kita di dunia ini. Sekiranya kita tidak menghormati mereka, bagaimana kita nak mendapatkan keberkatan daripada ilmu yang telah diajarkan. Disebabkan itulah kita gagal untuk memahami atau menguasai apa yang telah diajarkan kepada kita. Walaupun kita telah berusaha dengan bersungguh-sungguh sekalipun, kita pasti tidak akan berjaya. Oleh itu, hormatilah guru yang mengajar kita supaya ilmu yang kita perolehi diberkati.

Tidak memberi tumpuan di dalam kelasInilah yang sering berlaku di dalam kelas. Para pelajar tidak memberikan sepenuh perhatian

Page 6: Panduan mengajar perdagangan

mereka semasa proses pembelajaran di dalam kelas. Kajian telah dibuat dan menyatakan bahawa proses pembelajaran yang paling berkesan adalah semasa di dalam kelas. Oleh itu,para pelajar mestilah memberikan sepenuh perhatian mereka di dalam kelas dan sekiranya terdapat kemusykilan terhadap apa yang diajarkan, mereka boleh bertanyakan terus kepada guru yang mengajar.

"MALAS" Malas merupakan sifat yang tidak dapat dibuang oleh para pelajar zaman sekarang. Subjek ini memerlukan pelajar membaca dan memahami pembacaannya. Apabila para pelajar kurang membuat pembacaan, mereka pasti akan menghadapi masalah dan seterusnya gagal menguasai subjek ini kerana tidak memahaminya.

KAEDAH - KAEDAH PENGAJARAN PERDAGANGAN

Antara kaedah-kaedah yang boleh digunakan semasa mengajar mata pelajaran perdagangan ialah :

1. Kaedah projek2. Kaedah penyoalan3. Kaedah kajian Kes4. Kaedah lawatan5. Kaedah demonstrasi6. Kaedah sumbangsaran (brainstorming)7. Kaedah main peranan8. Kaedah simulasi9. Kaedah ceramah

1. Kaedah projek

Suatu kegiatan yang diadakan untuk memberi pengalaman pembelajaran kepada pelajar Semua kegiatan projek yang diberi kepada pelajar haruslah mencungkil minat pelajar,

keperluannya dan memenuhi tujuan pembelajaran. Contoh projek yang boleh dijalankan oleh pelajar :o Membuat buku skrap untuk melekatkan pelbagai jenis dokumen perdagangan, gambar-

gambar dan keratan-keratan akhbar atau majalah yang berkaitan dengan topik yang dipelajari.

o Membentuk model pengiklanan dan melukis model jenis-jenis perhubungan

2. Kaedah penyoalan

Page 7: Panduan mengajar perdagangan

Kaedah penting yang sentiasa digunakan sebagai kaedah utama atau pembantu kepada kaedah-kaedah pengajaran yang lain.

Tujuan kaedah penyoalan :o Untuk melatih pelajar berfikir, menyususn dan menjawab secara lisan dengan teratur dan

spesifiko Untuk mengetahui apa yeng telah dipelajari (ulangkaji)o Untuk mengetahui pengalaman atau pengetahuan yeng relevan dengan topik yang dipelajari

(mengeksploitasi kesediaan pembelajaran meraka)o Untuk meningkatkan ingatan

> Ciri-ciri utama kaedah penyoalan :

o Soalan mesti jelas dan tepat.o Selepas satu-satu soalan diutarakan, guru perlu berhenti sekejap untuk memberi masa

kepada semua pelajar untuk berfikir dan menyusun jawapan secara baik dan teratur.o Pelajar yang disuruh menjawap perlu dipilih secara rambang.o Maklum balas segera perlu diberikan sama ada jawapan yang diberikan oleh pelajar itu

tepat atau tidak.o Berikan ‘clues’ kepada pelajar yang lemah.o Galakkan pelajar untuk mengutarakan soalan.

3. Kaedah kajian kes

Kajian kes melibatkan penelitian pengalaman yang dialami oleh sesuatu unit perniagaan. Masalah ini mungkin mengenai kewangan, pengurusan, pekerja dan sebagainya.

Boleh dijalankan menerusi lawatan-lawatan pendidikan ke tempat-tempat yang ada hubungan dengan aspek-aspek perdagangan di dalam atau luar sekolah seperti kilang perindustrian, pelabuhan,jabatan kerajaan dan institusi perdagangan.

Dapat melatih pelajar berfikir secara waras mahupun dalam keadaan rumit.

Home

3. Kaedah kajian kes

oKajian kes melibatkan penelitian pengalaman yang dialami oleh sesuatu unit perniagaan. Masalah ini mungkin mengenai kewangan, pengurusan, pekerja dan sebagainya.

oBoleh dijalankan menerusi lawatan-lawatan pendidikan ke tempat-tempat yang ada hubungan dengan aspek-aspek perdagangan di dalam atau luar sekolah seperti kilang perindustrian, pelabuhan,jabatan kerajaan dan institusi perdagangan.

o Dapat melatih pelajar berfikir secara waras mahupun dalam keadaan rumit.

MATA PELAJARAN PERDAGANGAN MEMBENTUK PEMBANGUNAN EKONOMI NEGARA DI MASA HADAPAN

~ Perdagangan adalah satu daripada mata pelajaran elektif untuk Tingkatang 4 dan 5 dalam

Page 8: Panduan mengajar perdagangan

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di bawah Kumpulan Sastera Ikhtisas. Melaluinya juga nilai-nilai murni dan sikap positif yang berkaitan akan dapat dipupuk dan diperkukuhkan di kalangan pelajar.~ Mata pelajaran Perdagangan ini diharap dapat memenuhi keperluan-keperluan

pendidikan perdagangan bukan sahaja dalam konteks persekitaran perdagangan yang

dipengaruhi oleh aliran dan perkembangan terbaru, tetapi juga dalam usaha serta

komitmen untuk memberi pelajar pendidikan umum seimbang dan menyeluruh dari aspek kognitif,psikomotor dan efektif.

~ Isi sukatan pelajaran ini dibentuk berasaskan beberapa keperluan dalam pendidikan perdagangan yang melampaui peringkat kenal faham untuk :

1. Membangunkan tenaga manusia dan negara melalui bidang perdagangan.

2. Menerapkan nilai-nilai murni dan menanamkan sikap positif dalam menjamin

kesejahteraan hidup malalui berbagai aktiviti perdagangan.

3. Mengetahui, memahami dan menggunakan prinsip-prinsip dan amalam-amaln asas

perniagaan dalam negeri dan antarabangsa.

4. Mengetahui dan memahami kegunaan dan penggunaan perkhidmatan-perkhidmatan yang membantu perniagaan.

5. Mengembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perniagaan secara formal dan tidak formal.

6. Mengenalpasti peluang-peluang pekerjaan dalam bidang perdagangan supaya dapat membuat pilihan dengan bijak.

Analisis SWOT Kekuatan Mata Pelajaran Perdagangan:

Guru boleh mengadakan banyak aktiviti mengikut kesesuaian topik. Guru boleh menggunakan bahan maujud yang senang di dapati sebagai contoh bahan

bantu mengajar. Kandungan mata pelajaran Perdagangan boleh diaplikasikan dalam kehidupan (usahawan

yang berjaya) Pelajar dapat melihat realiti keadaan sekeliling melalui mata pelajaran Perdagangan. Pelajar dapat belajar melalui pengalaman dan juga aktiviti seharian.

Analisis SWOT Kelemahan Mata Pelajaran Perdagangan:

Topik Perdagangan banyak melibatkan fakta. Guru perlu memberi penerangan yang jelas di samping contoh yang bersesuaian. Pelajar sukar mengingat fakta. Sesi pengajaran banyak menggunakan kaedah berpusatkan guru berbanding kaedah

berpusatkan pelajar kerana guru perlu terlebih dahulu memberi penerangan kepada pelajar.

Page 9: Panduan mengajar perdagangan

Analisis SWOT Cara Mengatasi Mata Pelajaran Perdagangan:

Guru terlebih dahulu memberi penerangan kepada pelajar sesuatu topik. Guru perlu melibatkan semua pelajar di dalam proses p&p bagi mengelakkan leka dan

kurang memahami topik yang diajar. Guru perlu lebih kreatif dan bersedia di dalam proses p&p dengan mengadakan aktiviti yang

dapat menarik minat pelajar dalam memahami sesuatu topik. Contohnya: dalam panduan mengisi borang bagi membuka akaun di bank. Pelajar dan guru bersama-sama mengisi borang tersebut.

Mata Pelajaran Perdagangan: Kesediaan Untuk Menceburi bidang Keusahawanan

Pembentukan usahawan perlu bermula di peringkat rendah lagi iaitu di peringkat sekolah. Pada peringkat ini, pelajar perlu didedahkan dengan ilmu keusahawanan dan pencerapan nilai-nilai dan ciri-ciri seorang usahawan supaya timbul kesedaran dan minat untuk menceburi bidang ini. Bertepatan dengan ini, Kementerian Pelajaran telah pun mengorak langkah awal dengan memperkenalkan mata pelajaran perdagangan dan keusahawanan Tingkatan Empat Dan lima. Pelajar secara umumnya telah di ajar secara teori mengenai bidang perdagangan dan keusahawanan melalui mata pelajaran ini, namun matapelajaran ini ini hanya diajar di dalam situasi bilik darjah sahaja dan memerlukan penaakulan dan kognitif yang tinggi dan stabil di kalangan pelajar, sekaligus menuntut kreativiti guru untuk memantapkan lagi penerimaan pelajar terhadap bidang keusahawanan.

Seperti yang kita sedia maklum, bidang perdangan dan keusahawanan begitu sinonim dengan kaum Cina. Sebut sahaja bidang keusahawanan, kebanyakan daripada kita akan mengaitkannya dengan kaum Cina. Maka timbul persoalan, tidak adakah golongan bumiputera yang berjaya di dalam bidang keusahawanan? sepatutnya persepsi perlu ditolak pada masa kini, telah ramai kerana golongan bumiputera telah berjaya dalam bidang keusahawanan seperti Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin, pengasas dan pengerusi Kumpulan NAZA, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan lain-lain.

Maka untuk tujuan itu, beberapa faktor perlu diambil kira untuk berjaya dalam bidang keusahawanan dan perlu diterapkan dalam diri pelajar melalui mata pelajaran Perdagangan.

1. Minat - Minat ialah kecenderungan individu terhadap tingkah laku alam persekitran. minat yang positif terhadap sesuatu bidang yang diceburi merupakan kunci kejayaan seseorang. Minat membolehkan individu berusaha sedaya mungkin terhadap sesuatu yang dihajati. Maka, sudah menjadi tugas guru untuk menaikkan minat para pelajar terhadap mata pelajaran ini seterusnya terhadap bidang keusahawanan. Guru boleh memberikan pendedahan dan maklumat kepada pelajar bagaimana cara untuk mendapatkan informasi perkembangan bidang keusahawanan melalui pelbagai media massa seperti internet.

2. Persepsi terhadap bidang keusahawan - Persepsi yang positif terhadap bidang keusahawanan perlu dibentuk dari awal untuk mencambahkan minat dalam bidang ini. Pelajar perlu didedahkan bahawa kerjaya sebagai seorang usahawan bukan semudah yang dilihat. terlalu banyak cabaran dan halangan menuju kejayaan. pelajar perlu tahu bahawa kerjaya sebagai usahawan memang mencabar namun dapat memberikan pulangan pendapatan yang sangat lumayan dan setimpal dengan hasil titik peluh itu.

3. Minat terhadap bidang keusahawanan - Minat terhadap sesuatu kerjaya mempunyai hubung kait dengan minat terhadap sesuatu mata pelajaran yang berkaitan. Biasanya pelajar ini datang daripada "keluarga berdarah berniaga". Seseorang yang mempunyai minat tinggi terhadap bidang keusahawanan biasanya menunjukkan minat yang tinggi terhadap mata pelajaran Perdagangan dan Keusahawanan. maka, untuk memantapkan

Page 10: Panduan mengajar perdagangan

minat, guru dan ibu bapa perlu menaikkan motivasi pelakar dengan cara mendapatkan maklumat atau bahan bacaan bagi menambahkan ilmu pengetahuan terhadap bidang keusahawanan ini. hal ini kerana pencarian maklumat penting menjadi petanda minat tethadap sesuatu perkara kerana mempunyai daya usaha yang tinggi. Kini, pelajar mudah mengakses maklumat melalui penjelajahan ke laman web, dan sekelip mata maklumat diperolehi dengan mudah.

4. Dorongan ibu bapa - Dorongan ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendorong minat dan kesediaan pelajar untuk melakukan sesatu. ibu bapa seharusnya menerapakan budaya membaca untuk menambahkan pengetahuan. untuk memupuk minat pelajar terhadap bidang keusahawan, ibu bapa perlu membelikan bahan bacaan berkaitan dengan bidang perniagaan. ini sedikit sebanyak mempengaruhi minat pelajar terhadap bidang ini. Pendedahan mengenai dunia perniagaan perlu dilakukan bagi memupuk minat terhadap bidang keusahawanan.

Oleh itu, untuk memantapkan ilmu keusahawanan, semua pihak perlu berganding bahu menyemarakkan minat pelajar. sejajar dengan itu, kita perlu menyahut cabaran dan harapan pemimpin negara yang amat mengharapkan pelajar masa kini menjadi usahawan pelapis untuk meneruskan usaha kerajaan menjadikan Malaysia negara perindustrian yang maju.

Di sini, saya ingin berkongsi satu blog yang berkenaan subjek Perdagangan yang disediakan oleh seorang guru yang sungguh kreatif dan beliau menggunakan internet sebagai media untuk berkongsi nota kepada pelajar-pelajarnya dan juga guru-guru Perdagangan.http://perdaganganazmieira.blogspot.com/ - diharapkan kita juga dapat menjadikan internet sebagai satu platform untuk berkongsi ilmu Perdagangan yang bakal kita ajar nanti.

secara keseluruhannya matapelajaran perdagangan penting bagi generasi-generasi akan datang supaya negara kita telah maju dan meningkatkan bidang ekonomi di antara dunia kearah negara-negara maju diantara negara maju contohnya singapura,brunei,bangkok,india dan lain-lain. justurnya melalaui pembelajaran mata pelajaran perdagangan boleh membangunkan dan menampilkan bakat anak-anak kita untuk usahawanan yang inovatif berbanding dengan negara lain( GUKAN A/L K.BASKARAN [email protected].

Begitu juga dengan contoh usahawan wanita yang berjaya iaitu pengasas sendayu tinggi Datin Rozita Ibrahim (43) merupakan wanita yang gigih dan patut di contohi di atas usahanya memperbaiki diri dan meningkatkan taraf ekonomi keluarga. Pengasas Sendayu Tinggi ini juga merupakan contoh wajar bagi guru ketengahkan dalam pengajaran dan pembelajaran sekiranya berkaitan dengan tajuk usahawan. Sekurang-kurangnya memberikan ilmu pengetahuan kepada pelajar bahawa di negara kita malaysia banyak tokoh-tokoh usahawan yang berjaya

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PERDAGANGAN KERTAS SATU (OBJEKTIF) 3755/1

A. PENGENALANKertas satu mempunyai 40 soalanMasa yang diperuntukkan 1 Jam 15 minitKertas ini menyumbangkan 40% markah keseluruhan matapelajaran perdaganganOleh itu, satu soalan betul menyumbangkan 1 markah mutlak. (40soalan = 40 markah)Untuk skor A1, pelajar mesti membaca kehendak soalan-soalan objektif dengan teliti dan

Page 11: Panduan mengajar perdagangan

jangan ambil mudah kerana satu markah itu amat penting.

B. PEMILIHAN JAWAPAN* Setiap soalan objektif diikuti oleh 4 pelengkap* Hanya satu jawapan yang betul dan tiga yang lain distraktor.* Terdapat dua cara untuk menjawab bentuk soalan ini:-a. Mencari jawapan yang betul dan mengabaikan tiga distraktorb. Menganalisa semua alternatif dan menolak setiap distraktor sehingga mendapat jawapan yang betul.

C. APAKAH YANG DIKEHENDAKI OLEH PEMERIKSA

* Soalan objektif menguji berbagai-bagai kemahiran dan kebolehan pelajar seperti· mengingat kembali· mengira· mengidentifikasi· mencari persamaan· mengaplikasi· mencari perbezaan· mendeduksi· membuat perbandingan· menginterpretasi

* Anda boleh menjawab soalan dengan memahami fakta-fakta penting pada setiap topik atau menggunakan formula untuk membiasakan diri untuk menjawab pengiraan.

Pelajar dibenarkan membawa kalkulator (mesin kira) ke dalam dewan peperiksaan.

D. PANDUAN MENJAWAB SOALAN

1. Cuba jawab semua soalan dan tinggalkan soalan yang sukar dijawab kerana anda akan membuang masa jika mengambil masa yang lama.2. Bulatkan nombor-nombor soalan yang tidak dapat dijawab3. Setelah menjawab semua soalan,kembali kepada soalan-soalan yang dibulatkan itu.4. Jika anda masih tidak dapat menjawabnya, teka dengan bijak jawapan yang paling mungkin sekali.5. Jangan tinggalkan sebarang soalan tanpa dijawab . Markah tidak akan dipotong bagi jawapan yang salah.6. Setelah mendapat jawapan bagi setiap soalan ,terus hitamkan pada kertas jawapan.7. Pastikan jawapan yang dihitamkan sepadan dengan jawapan dipilih dalam kertas soalan dan nombor soalan8. Semak semula jawapan yang dihitamkan dengan baik sebelum dihantar .

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PERDAGANGAN : KERTAS 2 (SOALAN ESEI) 3755/2

1) PERUNTUKKAN MASA

* Anda mempunyai masa 2 jam untuk menjawab empat soalan esei.

* Ini bermakna anda hanya mempunyai masa 30 minit untuk menjawab setiap soalan.

* Anda mesti memperuntukkan jumlah masa yang sama untuk setiap soalan.

Page 12: Panduan mengajar perdagangan

* Anda dinasihatkan bermula menjawab soalan yang lebih senang dahulu dan diikuti dengan soalan yang lebih susah kemudian.

* Jangan mengambil terlalu banyak masa untuk menjawab sesuatu soalan yang tertentu sehingga tidak sempat menjawab soalan-soalan yang lain.

* Sekiranya anda mengambil masa lebih dari 30 minit untuk menjawab sesuatu soalan, anda mesti tinggalkannya dan terus kepada soalan yang lain.

* Anda boleh kembali semula kepada soalan tersebut jika masih ada masa selepas menjawab semua soalan-soalan yang lain

* Peruntukkan sedikit masa untuk menyemak jawapan anda

* Jangan menjawab kurang daripada jumlah soalan yang dikehendaki kerana anda akan kehilangan markah.

* Katakan jika anda hanya menjawab sebanyak tiga daripada empat soalan yang dikehendaki, anda akan kehilangan sebanyak 25% daripada jumlah keseluruhan markah esei dan 15% markah keseluruhan. jangan tinggalkan mana-mana soalan tanpa dijawab, tulislah apa-apa yang diingati tentang perkara yang berkaitan.

2. PEMILIHAN SOALAN

* Dalam kertas ini, anda boleh memilih mana-mana tiga soalan daripada bahagian A dan

wajib menjawab soalan bahagian B (Kajian Kes).

* Sebelum memilih soalan, anda mesti membaca semua soalan dengan teliti dan menggariskan perkataan-perkataan yang penting.

* Semasa memilih soalan,pilih soalan yang anda boleh menjawab denga baik dan dapat memberikan fakta yang banyak.

* Anda mesti berhati-hati semasa memilih soalan supaya tidak memilih soalan yang salah.

* Pemilihan soalan yang salah akan membuang masa anda untuk mencuba soalan yang lain.

* Jika anda telah menjawab 4 soalan dan ada jawapan yang tidak memuaskan atau terlalu sedikit yang anda tahu, maka jika ada masa lagi cubalah jawab soalan lain bermakna

anda boleh menjawab lebih daripada 4 soalan. Ini sebagai alternatif bagi jawapan yang anda

rasa tak memuaskan tadi.

Ingat! Semua jawapan akan diperiksa maka pemeriksa akan memilih 4 jawapan anda yang

Page 13: Panduan mengajar perdagangan

terbaik.

3. PANDUAN MENJAWAB SOALAN

1. Untuk menjawab soalan dalam kertas ini, anda dikehendaki memberikan jawapan panjang berbentuk esei

2. Jumlah perkataan bagi setiap esei ialah kira-kira 300 -400 patah perkataan (secara purata) atau 1 1/2 - 2 muka surat. (Ini hanya gambaran jawapan yang ideal, tak perlu kira patah perkataan)

3. Jawapan yang dikemukakan hendaklah selaras dengan jumlah markah yang diperuntukkan.Anda harus ingat markah diberikan bagi fakta-fakta yang dikemukakan dan bukan berdasarkan panjang sesuatu esei.

4. Anda mesti merancangkan jawapan anda dengan baik dan menjawab mengikut kehendak soalan.

5. Bahasa yang digunakan mestilah baik, jelas dan mudah difahami.

6. Anda dinasihatkan memperuntukan sebanyak 5 minit untuk merangka jawapan. Semua fakta-fakta penting yang berkaitan dengan soalan mesti disenaraikan di dalam rangka jawapan 7. Rangka jawapan membantu anda mempersembahkan jawapan dengan fakta-fakta yang cukup dan mengikut susunan yang rapi.

8. Jangan menerangkan sesuatu fakta dengan panjang lebar sehingga mengabaikan fakta-fakta yang lain.

9. Semasa menulis jawapan, anda mesti menghuraikan setiap fakta tersebut dengan baik, jelas dan tepat.

10.Setiap soalan esei mesti dibahagi kepada beberapa perenggan. Mulakan setiap fakta dengan perenggan yang baru. Jika terdapat 8 fakta maka jelaskan dalam 8 perenggan.

Ringkasnya: SATU PERENGGAN => {SATU FAKTA,HURAIAN,CONTOH}

11.Sebaik-sebaik setiap fakta / perenggan diberikan nombor,manakala fakta utamanya dijadikan sub-tajuk atau kepala sesuatu perenggan dan digariskan

12.Setiap fakta / perenggan seharusnya diselangi dengan satu baris kosong antara satu perenggan dengan perenggan yang lain.

13.Bagi memulakan jawapan baru bagi soalan berikutnya, gunakan kertas jawapan baru. Elakkan menyambung jawapan anda di bawah jawapan soalan lain.

14.Jawapan yang baik adalah jawapan yang mempunyai banyak fakta,penerangan yang jelas, contoh yang konkrit dan perenggan yang bersesuaian dengan markah.

15.Untuk soalan perbezaan ,tunjukkan dengan jelas dengan bentuk jadual 'T'. Bezakan berdasarkan perkara yang sama.Untuk persamaan, tidak perlu jadual 'T'.

Page 14: Panduan mengajar perdagangan

16. Jawapan tidak perlu pendahuluan atau penutup. Terus kepada menjawab mengikut kehendak soalan.

17. Bagi soalan kajian kes masukkan nama individu yang terlibat dalam kajian kes tersebut.

4. BENTUK-BENTUK SOALAN ESEI

1. Pengetahuan / fakta / terangkan

2. Buat nota ringkas

3. Perbezaan / Persamaan

4. Kajian kes

5. Kebaikan dan Keburukan

6. Fungsi / Peranan /Perkhidmatan

5. KEHENDAK SOALAN

Kehendak soalan merupakan idea utama dalam bentuk perkataan dan rangkai kata dan mesti diberikan perhatian.Perkataan dan rangkai kata penting dalam sesuatu soalan. Beberapa perkataan dan maknanya telah diberikan dalam jadual di bawah.

a.Terangkan / Jelaskan Memerlukan anda menerangkan sesuatu. Tujuannya ialah supaya pembaca mengerti atau faham tentang perkara yang diterangkan atau dijelaskan

Contohnya: “Insurans memerlukan kepentingan yang boleh diinsuranskan”.

Terangkan pernyataan ini dari segi insurans kebakaran

b. Huraikan Bererti memberitahu segala yang anda tahu supaya pembaca boleh menggambarkan dengan jelas perkara yang dihuraikan .

Contohnya: Huraikan prosedur menubuhkan sebuah syarikat umum berhad

c. Bincangkan / Beri ulasan Mengkehendaki anda mempertmbangkan tajuk yang hendak dibincangkan dengan teliti dan melihat dari pelbagai sudut. Memerlukan pemikiran yang lebih mendalam tentang perkara yang dibincangkan.

Page 15: Panduan mengajar perdagangan

Contohnya: Usahawan adalah seorang peniaga tetapi peniaga tidak semestinya usahawan. Bincangkan.

d. Berikan / Namakan Senaraikan Memerlukan anda memberikan fakta. Tidak memerlukan penjelasan yang lebih lanjut

Contohnya: Berikan sebab-sebab cek tak layan

e.Takrifkan Menerangkan makna sesuatu konsep dengan tepat dan teliti.

Contohnya: Takrifkan pengkhususan

f. Nyatakan Mengkehendaki anda menyatakan sesuatu perkara atau menjelaskan dengan teliti Contohnya: Nyatakan peranan yang dimainkan oleh bank pusat

g.Bezakan Memberikan perbezaan di antara dua perkara

Contohnya: Bezakan di antara perniagaan luar negeri dengan perniagaan dalam negeri

h. Buat Perbandingan Mengkehendaki anda membandingkan dua atau lebih perkara untuk mencari perbezaannya

Contohnya: Buat Perbandingan di antara pengangkutan jalan raya dan pengangkutan kereta api

i.Tuliskan nota-nota ringkas Memerlukan anda menulis fakta-fakta yang paling penting tentang sesuatu perkara dengan ringkas dan jelas

Contohnya: Tuliskan nota-nota ringkas bagi empat perkara dibawah:

a. Cek Kembara

b. Invios Pro-forma

c. Poslaju

d. Kontenarisasi

j. Bagaimana / Dengan cara apakah Memerlukan anda membentangkan cara-cara melakukan sesuatu

Page 16: Panduan mengajar perdagangan

Contohnya: Bagaimanakah perniagaan pesanan mel dijalankan

k. Mengapakah / Apakah sebab-sebab Memerlukan anda memberikan alasan satu demi satu untuk menerangkan sesuatu

Contohnya: Mengapakah pengguna memerlukan perlindungan?

l. Apakah / Apakah yang dimaksudkan Menjelaskan sesuatu perkara dengan tepat dan ringkas dalam satu atau dua perenggan sahaja

Contohnya: Apakah cek kosong?

JANGAN SIA-SIA MASA YANG TERLUANG DENGAN TIDUR.MANFAAT MASA 2 JAM TERSEBUT SEBAIK MUNGKIN.

TEKNIK SKOR CEMERLANG PERDAGANGAN A1

1. Kuasai bab-bab penting

- Mahirkan semua tajuk-tajuk dalam sesuatu bab yang penting.Jadikan anda pakar dalam bab-bab tersebut.Maknanya,apa sahaja soalan dari bab-bab berkenaan,anda boleh jawab. - Selepas anda menguasai sesuatu bab, uji kefahaman anda dengan mengumpulkan semua soalan dari bab tesebut dan cuba jawab.Kumpulkan soalan-soalan SPM tahun-tahun lepas untuk menbiasakan diri dengan soalan-soalan SPM.

2. Beri penekanan pada tajuk-tajuk yang penting dan dah lama tak keluar - Bagi bab-bab lain, tumpukan kepada tajuk-tajuk yang sering keluar atau lama tak keluar. - contohnya: Dokumen dalam negeri atau pemasaran

3. Buat nota ringkas bagi nota yang diberikan guru atau dari buku rujukan - Buat nota poket atau peta minda,yang mudah dibawa ke sana-sini - Nota ini penting menjelang peperiksaan untuk dibaca sepintas lalu - Pembacaan buku rujukan atau nota panjang pada saat akhir,hanya membuatkan anda panik malah boleh menghilangkan memori anda tentang sesuatu perkara.

4. Belajar secara berkumpulan - ini untuk mengelakkan boring belajar sendiri atau sering tertidur - apa yang anda boleh buat:- 1. Buat nota ringkas atau bandingkan nota ringkas anda dengan kawan-kawan 2. Buat kuiz dan latih tubi Timbulkan persaingan antara satu sama lain.

Page 17: Panduan mengajar perdagangan

3. Kumpulkan soalan-soalan ikut bab dan cuba jawap .Bandingkan jawapan anda dengan kawan-kawan anda.

KENAPA MESTI SKOR CEMERLANG DALAM MATAPELAJARAN PERDAGANGAN

1. Untuk memperbanyakkan bilangan A..terutama A1.

2. Menepati syarat kemasukan ke Matrikulasi Ekonomi/Pengurusan

Mengikut syarat-syarat kemasukan ke IPTA dalam buku panduan UPU , antara mata pelajaran yang diambil kira ke matrikuslasi ialah matapelajaran Perdagangan. Anda mesti skor A1,A2 atau C3. (Juga mesti kredit dengan baik dalam Matematik dan Bahasa Inggeris)

3. Asas pemilihan pelajaran subjek Pengurusan Perniagaan STPM

Bagi pelajar yang ke Tingkatan 6, mata pelajaran perdagangan membolehkan mereka memilih subjek Pengurusan Perniagaan STPM.

SUKATAN MATA PELAJARAN PERDAGANGAN

1.0 Asas Kepada Perdagangan1.1 Keperluan dan kehendak manusia1.2 Pengeluaran1.3 Faktor-faktor Pengeluaran(Peruntukan waktu : 17)

2.0 Unsur-unsur Perdagangan2.1 Perdagangan(Peruntukan waktu : 4)

3.0 Perniagaan Dalam Negeri3.1 Perniagaan Dalam Negeri3.2 Saluran Agihan3.3 Perniagaan Runcit3.4 Perniagaan Borong(Peruntukan waktu : 40)

4.0 Perniagaan Antarabangsa4.1 Perniagaan Antarabangsa4.2 Perniagaan Import, eksport dan entrepot4.3 Dokumen Perniagaan antarabangsa(Peruntukan waktu : 16)

5.0 Industri Kecil dan Sederhana

Page 18: Panduan mengajar perdagangan

5.1 Industri Kecil dan Sederhana (IKS)(Peruntukan waktu : 7)

6.0 Pemilikan Perniagaan6.1 Memulakan Perniagaan6.2 Jenis Pemilikan Perniagaan6.3 Penswastaan(Peruntukan waktu : 12)

7.0 Pelaburan7.1 Pelaburan7.2 Jenis Pelaburan7.3 Panduan Am Melabur(Peruntukan waktu : 9)

8.0 Perbankan dan Institut Kewangan Lain8.1 Sistem Perbankan8.2 Jenis-jenis bank8.3 Perkhidmatan Bamk Perdagangan8.4 Cek8.5 Institusi Kewangan Lain(Peruntukan waktu : 24)

9.0 Insurans9.1 Insurans9.2 Prinsip-prinsip Insurans9.3 Jenis Insurans9.4 Takaful9.5 Belian Polisi dan tuntutan gantirugi(Peruntukan waktu : 20)

10.0 Pengangkutan10.1 Pengangkutan10.2 Jenis Pengankutan10.3 Pengkontenaan(Peruntukan waktu : 11)

11.0 Komunikasi11.1 Komunikasi11.2 Perkhidmatan Komunikasi(Peruntukan waktu : 10)

12.0 Pergudangan12.1 Perdudangan12.2 Jenis-jenis gudang(Peruntukan waktu : 8)

13.0 Promosi13.1 Promosi13.2 Jenis Promosi13.3 Media Pengiklanan13.4 Pemilihan Media pengiklanan(Peruntukan waktu : 12)

14.0 Peranan Kerajaan Dalam Perniagaan

Page 19: Panduan mengajar perdagangan

14.1 Peranan Kerajaan dalam Perniagaan(Peruntukan waktu : 10)

15.0 Konsumerisme15.1 Konsumerisme15.2 Perlindungan Pengguna(Peruntukan waktu : 10)(Jumlah waktu : 210)

PERDAGANGANDalam subjek perdagangan, teknologi sangat diperlukan terutamanya dalam mencari sumber atau bahan rujukan selain menggunakan buku teks dan buku rujukan. Internet adalah capaian yang paling pantas untuk mendapatkan maklumat. Oleh sebab itu, pelajar lebih mudah mendapat maklumat dan menyiapka tugasan yang diberikan. Saya akan memberikan beberapa contoh dalam topik perdagangan yang menggunakan kemudahan Internet.

Yang pertama, dalam topik perbankan dan institusi kewangan, ia ada menerangkan tentang salah satu perkhidmatan bank perdagangan ialah perbankan elektronik. Tanpa internet, transaksi tidak dapat dijalankan dengan baik. E-banking iaitu perbankan elektronik meliputi segala transaksi yang melibatkan media elektronik. Jika penggunaan mesin teler automatik, mesin deposit tunai, mesin deposit cek, mesin mengemaskinikan buku simpanan memerlukan kehadiran fizikal di lobi bank, namun telebank dan perbankan internet membolehkan transaksi perbankan dilakukan berjarak jauh tanpa kehadiran fizikal. Ini sangat memudahkan pelanggan dan dapat menjimatkan masa yang diambil untuk menyelesaikan sesuatu transaksi.

ahawan akan cuba mempromosikan produk atau perkhidmatan melalui laman web dalam internet. Ia adalah cara yang amat berkesan dan menjimatkan dalam era teknologi maklumat masa kini. Pengeluar boleh membina laman web yang mempamerkan gambar, foto, ciri-ciri, spesifikasi, dan harga produk untuk diakses oleh jutaan pengguna Internet di seluruh dunia.

Antara kelebihan mengiklan dalam internet adalah:*liputan luas merangkumi seluruh dunia*menjimatkan*pantas*menarik