amalan penggunaan alat bantu mengajar (abm) · pdf filev abstrak kajian ini dijalankan untuk...

24
AMALAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) DI KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL SEKOLAH MENENGAH TEKNIK, NEGERI KEDAH NG YING SHYA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: trinhtuong

Post on 03-Feb-2018

238 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: AMALAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) di kalangan guru-guru teknikal sekolah

AMALAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) DI KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK, NEGERI KEDAH

NG YING SHYA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: AMALAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) di kalangan guru-guru teknikal sekolah

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: AMALAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) DI KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL SEKOLAH MENENGAH

TEKNIK, NEGERI KEDAH

SESI PENGAJIAN: 2003/2004

Saya NG YING SHYA

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD √

Disahkan oleh

______________________________ _________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: 69, KAMPUNG BARU, 08300 GURUN, DR. TAN SOO YIN KEDAH DARUL AMAN.

Tarikh: 12 MAC 2004 12 MAC 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perLu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: AMALAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) di kalangan guru-guru teknikal sekolah

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)”.

Tandatangan : _______________

Nama Penyelia : DR. TAN SOO YIN

Tarikh : 12 MAC 2004

Page 4: AMALAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) di kalangan guru-guru teknikal sekolah

AMALAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)

DI KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK,

NEGERI KEDAH

NG YING SHYA

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Page 5: AMALAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) di kalangan guru-guru teknikal sekolah

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ______________

Nama Penulis : NG YING SHYA

Tarikh : 12 MAC 2004

Page 6: AMALAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) di kalangan guru-guru teknikal sekolah

iii

DEDIKASI

Buatmu ayah (NG TEE SENG) dan ibu (LEE GIK HON) yang dikasihi,

Doamu, nasihatmu dan pengorbananmu menjadi pelita

serta panduan perjuanganku dalam kehidupan ini….

Buatmu adik (NG YEONG KAN) yang tersayang,

Terima kasih atas sokongan, nasihat,

kepercayaan dan kesabaran yang diberikan selama ini….

Buatmu pembimbing yang disanjungi,

Bimbingan, tunjuk ajar, dan jasamu yang diberikan

tidak akan saya lupai….

Buat teman-teman yang dirindui,

Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini

akan kukenangi selamanya….

Page 7: AMALAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) di kalangan guru-guru teknikal sekolah

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, saya telah diberi

peluang untuk membuat satu Projek Sarjana Muda (PSM) yang bertajuk “Amalan

Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) di Kalangan Guru-guru Teknikal Sekolah

Menengah Teknik, Negeri Kedah” pada tahun akhir ini. Di sini, saya ingin

melaungkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Penyelia PSM saya, Dr. Tan Soo

Yin. Tanpa tunjuk ajar dan bimbingan beliau, PSM ini mungkin tidak akan

disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan.

Selain itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua dan

guru-guru teknikal sekolah menengah teknik, negeri Kedah. Dengan kerjasama

mereka, saya dapat mengumpulkan maklumat yang dikehendaki dengan begitu

lancar. Segala maklumat yang dibekalkan oleh pihak sekolah amat bernas dan

sangat membantu saya dalam menyiapkan penyelidikan PSM.

Di samping itu, saya juga tidak lupa untuk berterima kasih kepada rakan-

rakan seperjuangan. Tanpa sokongan dan bantuan mereka, PSM ini mungkin tidak

akan saya sediakan dengan begitu lancar.

Akhir sekali, ucapan terima kasih ditujukan kepada semua pensyarah Fakulti

Pendidikan dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk

membantu saya dalam proses menyediakan PSM ini.

Sekian, terima kasih.

Page 8: AMALAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) di kalangan guru-guru teknikal sekolah

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan penggunaan alat bantu mengajar

(ABM) di kalangan guru-guru teknikal sekolah menengah teknik, negeri Kedah.

Objektif kajian ini adalah meninjau kemudahan ABM, mengenalpasti tahap

penggunaan ABM oleh guru-guru teknikal dalam proses pengajaran dan

pembelajaran, meninjau kesesuaian ABM bagi mata pelajaran teknikal,

mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses

pengajaran dan pembelajaran dan mengenalpasti perbezaan antara penggunaan ABM

mengikut jantina dan pengalaman mengajar di kalangan guru-guru teknikal sekolah

menengah teknik, negeri Kedah. Satu set soal selidik telah diedarkan kepada 125

orang guru teknikal dari lima buah sekolah menengah teknik, negeri Kedah. Data

dan maklumat yang diperoleh dianalisis secara berkomputer dengan menggunakan

“Statistical Packages for Social Sciences” atau dikenali sebagai SPSS versi 11.0.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan penggunaan ABM tidak menggalakkan

dan masih berada di tahap penggunaan yang rendah. Secara keseluruhan, pelbagai

kemudahan ABM terdapat di sekolah menengah teknik, tetapi bukan semua

kemudahan ABM sesuai dengan mata pelajaran teknikal yang diajar. Kajian ini juga

mendapati faktor pengurusan dan pentadbiran merupakan faktor utama

mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kajian ini mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara

penggunaan ABM di kalangan guru-guru teknikal dalam proses pengajaran dan

pembelajaran berdasarkan faktor jantina dan pengalaman mengajar. Implikasi kajian

dibincangkan. Cadangan kajian tindakan dan cadangan kajian lanjutan turut

disarankan.

Page 9: AMALAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) di kalangan guru-guru teknikal sekolah

vi

ABSTRACT

This study was conducted to identify the practice of using teaching aids

among technical teachers in technical schools, Kedah. Specifically, the objectives of

this study were to identify: the availability of teaching aids’ equipment, the level of

teaching aids used by technical teachers in the teaching and learning process, the

applicability of teaching aids for technical subjects, the factors which influence the

using of teaching aids and the differences in the level of using teaching aids based on

gender and teaching experience among technical teachers in technical schools,

Kedah. Questionnaires were distributed to 125 technical teachers from five technical

schools in Kedah. The data collected was analyzed by using computer software

Statistical Packages for Social Sciences or SPSS version 11.0. The findings of study

showed that the practice of using teaching aids was not encourageable and at the low

level. As a whole, the variety of teaching aids’ equipment available in technical

schools, but not all the equipments are suitable for technical subjects. This study

also discovered that the management and administration is the main factor influences

the using of teaching aids in teaching and learning process. This study showed no

significant differences between the level of using teaching aids among technical

teachers in teaching and learning process based on the gender and teaching

experience. The implication of the study was discussed. The suggestions for future

research were also indicated.

Page 10: AMALAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) di kalangan guru-guru teknikal sekolah

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SIMBOL xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAHAGIAN SATU

BAB I

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Hipotesis Kajian 7

Page 11: AMALAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) di kalangan guru-guru teknikal sekolah

viii

1.7 Kepentingan Kajian 7

1.8 Batasan Kajian 8

1.9 Definisi Konsep dan Operasional Kajian 9

1.10 Kesimpulan 10

BAHAGIAN DUA

BAB II

BAB II SOROTAN KAJIAN 11

2.1 Pengenalan 11

2.2 Kajian Lepas Tempatan 12

2.3 Kajian Lepas Luar Negara 17

2.4 Kemudahan Alat Bantu Mengajar (ABM) 18

2.5 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Penggunaan 20

Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam Proses

Pengajaran dan Pembelajaran

2.6 Kesan Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam Proses 23

Pengajaran dan Pembelajaran

2.7 Penyediaan Alat Bantu Mengajar (ABM) 26

2.8 Pengetahuan dan Kemahiran Guru-guru dalam 27

Menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM)

2.9 Kesimpulan 27

Page 12: AMALAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) di kalangan guru-guru teknikal sekolah

ix

BAHAGIAN TIGA

BAB III

BAB III METODOLOGI KAJIAN 28

3.1 Pengenalan 28

3.2 Reka Bentuk Kajian 28

3.3 Tempat Kajian 29

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 30

3.5 Instrumen Kajian 31

3.6 Kajian Rintis 36

3.7 Prosedur Pengumpulan Data Kajian 37

3.8 Penganalisisan Data Kajian 38

3.9 Kesimpulan 40

BAHAGIAN EMPAT

BAB IV

BAB IV ANALISIS DATA 41 4.1 Pengenalan 41

4.2 Analisis Latar Belakang Responden 42

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 42

4.2.2 Taburan Responden Mengikut 42

Pengalaman Mengajar

4.3 Analisis Item-item Persoalan Kajian 43

4.3.1 Kemudahan Alat Bantu Mengajar (ABM) 44

yang Terdapat di Sekolah-sekolah

4.3.2 Tahap Penggunaan Alat Bantu Mengajar 46

(ABM) oleh Guru-guru Teknikal dalam

Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Page 13: AMALAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) di kalangan guru-guru teknikal sekolah

x

4.3.3 Kesesuaian Alat Bantu Mengajar (ABM) 49

dalam Mata Pelajaran Teknikal

4.3.4 Faktor-faktor yang Mempengaruhi 51

Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM)

dalam Proses Pengajaran dan

Pembelajaran

4.4 Analisis Inferensi 61

4.4.1 Analisis Ujian-T terhadap Penggunaan 61

Alat Bantu Mengajar (ABM)

Berdasarkan Faktor Jantina

4.4.2 Analisis Ujian ANOVA terhadap 62

Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM)

Berdasarkan Faktor Pengalaman

Mengajar

4.5 Kesimpulan 64

BAHAGIAN LIMA

BAB V

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN 65

CADANGAN

5.1 Pengenalan 65

5.2 Rumusan Kajian 65

5.3 Perbincangan Hasil Kajian 67

5.3.1 Latar Belakang Responden 67

5.3.2 Objektif Pertama 68

5.3.3 Objektif Kedua 69

5.3.4 Objektif Ketiga 70

5.3.5 Objektif Keempat 70

5.3.6 Objektif Kelima 74

5.4 Implikasi Dapatan 75

Page 14: AMALAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) di kalangan guru-guru teknikal sekolah

xi

5.5 Cadangan Kajian Tindakan 77

5.5.1 Cadangan kepada Kementerian 77

Pendidikan Malaysia

5.5.2 Cadangan kepada Pentadbir Sekolah 78

5.5.3 Cadangan kepada Guru-guru 79

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 80

5.7 Kesimpulan 80

BAHAGIAN ENAM

RUJUKAN

RUJUKAN 83

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN

LAMPIRAN Lampiran A – G 90 - 101

Page 15: AMALAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) di kalangan guru-guru teknikal sekolah

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Bilangan guru teknikal mengikut sekolah 31

3.2 Bilangan responden mengikut sekolah 31

3.3 Pembahagian soalan dalam soal selidik 32

3.4 Skala kadaran 3 markat 33

3.5 Skala kadaran 5 markat 33

3.6 Penukaran kekerapan kepada tiga tahap 34

3.7 Skala kadaran 4 markat 34

3.8 Skala Likert 5 markat 35

3.9 Pecahan item positif dan negatif bagi faktor 35

mempengaruhi penggunaan ABM

3.10 Peringkat persetujuan dan pemberian nilai 36

skor bagi item positif dan negatif

3.11 Data demografi responden 38

3.12 Skor Min bagi menentukan tahap penggunaan 39

ABM oleh guru-guru teknikal

4.1 Taburan responden mengikut jantina 42

4.2 Taburan responden mengikut pengalaman mengajar 43

4.3 Kemudahan ABM yang terdapat di sekolah-sekolah 44

4.4 Tahap penggunaan ABM oleh guru-guru teknikal 46

mengikut jenis ABM

4.5 Tahap penggunaan ABM oleh guru-guru teknikal 48

secara menyeluruh

4.6 Kesesuaian ABM dalam mata pelajaran teknikal 49

4.7 Taburan item-item bagi faktor pengurusan dan 51

pentadbiran yang mempengaruhi penggunaan ABM

Page 16: AMALAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) di kalangan guru-guru teknikal sekolah

xiii

4.8 Taburan item-item bagi faktor kemudahan peralatan 54

yang mempengaruhi penggunaan ABM

4.9 Taburan item-item bagi faktor kepentingan 56

penggunaan yang mempengaruhi penggunaan ABM

4.10 Taburan item-item bagi faktor masalah penyediaan 58

dan penggunaan yang mempengaruhi penggunaan

ABM

4.11 Perbandingan faktor-faktor yang mempengaruhi 60

penggunaan ABM

4.12 Analisis ujian-T terhadap penggunaan ABM 62

berdasarkan faktor jantina

4.13 Analisis ujian ANOVA terhadap penggunaan ABM 63

berdasarkan faktor pengalaman mengajar

Page 17: AMALAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) di kalangan guru-guru teknikal sekolah

xiv

SENARAI SIMBOL

S.D - Sisihan piawai

Ho - Hipotesis nol

df - Darjah kebebasan

p - Nilai signifikan

Nilai t - Nilai t criteria

Nilai F - Nilai t kiraan

Page 18: AMALAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) di kalangan guru-guru teknikal sekolah

xv

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Soal selidik untuk responden 90

B Surat kebenaran untuk menjalankan kajian 95

di sekolah-sekolah oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia

C Surat kebenaran untuk menjalankan kajian 97

di sekolah-sekolah oleh Jabatan Pendidikan

Negeri Kedah Darul Aman

D Surat pengesahan pelajar 98

E Surat permohonan melawat Universiti Sains 99

Malaysia

F Surat permohonan melawat Universiti Malaya 100

G Jadual Persampelan Krejcie dan Morgan 101

Page 19: AMALAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) di kalangan guru-guru teknikal sekolah

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan Pada 28 Februari, 1991, Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Datuk Seri Dr.

Mahathir Mohamad dalam Persidangan Pertama Majlis Perdagangan Malaysia telah

mengemukakan arah masa depan negara kita dan cara kita patut berusaha untuk

mencapai matlamat dalam membangunkan Malaysia supaya menjadi sebuah negara

perindustrian yang maju pada tahun 2020. Di samping itu, sembilan cabaran yang perlu

diberi perhatian serius oleh semua rakyat Malaysia telah digariskan oleh beliau dan

salah satu cabaran tersebut adalah mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif,

masyarakat yang mempunyai daya perubahan dan memandang ke depan yang bukan

sahaja menjadi pengguna teknologi, malahan menjadi penyumbang kepada tamadun

saintifik dan teknologi pada masa depan (Muhammad Nur Manuty, 1991).

Dalam konteks ini, pendidikan merupakan aspek yang utama dalam

pembentukan identiti rakyat Malaysia dan menjadi alat terpenting untuk menjayakan

pembangunan Malaysia (Wan Mohd. Zahid, 1988).

Untuk tujuan tersebut, sekolah-sekolah menengah teknik telah diberikan mandat

untuk menjayakannya. Tujuan pendidikan teknik adalah memberi pendidikan akademik

yang seimbang, menyediakan pendidikan asas dalam bidang sains dan teknologi kepada

pelajar yang mempunyai kecenderungan terhadap bidang tersebut, memupuk dan

Page 20: AMALAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) di kalangan guru-guru teknikal sekolah

2

mengekalkan minat dalam bidang teknikal dan seterusnya membolehkan mereka

melanjutkan pengajian dalam bidang yang berkaitan di institusi pendidikan tinggi.

Tujuan ini adalah untuk memenuhi keperluan negara yang memerlukan tenaga separuh

mahir dan mahir bagi menampung keperluan negara Malaysia supaya menjadi sebuah

negara perindustrian yang maju pada tahun 2020.

Dengan itu, untuk menarik lebih ramai pelajar dalam mata pelajaran teknikal,

guru-guru teknikal tidak harus mengekalkan cara “chalk and talk” atau cara pengajaran

tradisional lain yang masih diamalkan di kalangan mereka, khususnya di sekolah-

sekolah menengah teknik. Sebaliknya, guru-guru teknikal harus memperbanyakkan

penggunaan alat bantu mengajar (ABM) sama ada dalam bentuk elektronik atau bukan

elektronik dalam pengajaran mereka. Menurut Ahmad Jaffni (1989), ABM dapat

merangsang minat yang tinggi di kalangan pelajar di mana minat merupakan satu faktor

yang penting dalam pendidikan.

Untuk memenuhi keperluan kepesatan perkembangan dunia, guru-guru juga

perlu berganjak daripada cara pengajaran tradisional. Untuk berubah, aspek pengajaran

dan pembelajaran perlu dikaji semula dan diubahsuai jika perlu. Semua jenis

pembelajaran dan pengalaman yang diperoleh adalah melalui deria-deria kita seperti

penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau. Penggunaan ABM tidak dapat

dielakkan dalam pengajaran kerana penggunaan alat-alat ini akan membantu pelajar

menajamkan deria mereka untuk membantu mereka mencapai pembelajaran yang

berkesan.

Dengan itu, guru-guru hendaklah sentiasa peka terhadap perkembangan semasa

tentang teknik mengajar dan kesannya ke atas proses pembelajaran pelajar. Guru-guru

juga perlu sentiasa berusaha ke arah pengajaran yang dapat memberikan kesan positif

kepada pelajarnya. Ini bukan sahaja dapat meningkatkan mutu pengajaran dan

pembelajaran di sekolah, malah dapat melahirkan pelajar yang dapat menyumbangkan

tenaga kepada pembangunan negara kelak.

Page 21: AMALAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) di kalangan guru-guru teknikal sekolah

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Kewujudan buku teks dalam dunia pendidikan juga telah banyak menjadi bahan

kajian ahli-ahlinya. Setelah membuat kajian tentang penggunaan buku teks dalam tahun

1950-an di Amerika Syarikat, Hubert dan Harl (Imam Hanafi Soedjiantno, et al. 1981:

II) mendapati guru-guru umumnya adalah sangat bergantung kepada buku teks dalam

usaha melaksanakan tugas mereka.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

1992, antara faktor yang mempengaruhi pencapaian prestasi pelajar ialah kaedah

pengajaran yang dipraktikkan oleh guru dalam bilik darjah. Kajian-kajian pendidikan

yang terdahulu mendapati bahawa antara sebab pelajar tidak berminat untuk mengikuti

pelajaran dalam kelas adalah kerana corak dan pola pengajaran guru membosankan

mereka. Selain itu, penurunan motivasi belajar di kalangan para pelajar juga disebabkan

oleh sifat pengajaran yang homogen dan berbentuk sehala (guru - pelajar) di kalangan

kebanyakan guru.

Kajian yang dijalankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian

Pendidikan Malaysia pada tahun 1985 juga mendapati bahawa 92% guru di Malaysia

masih mengamalkan kaedah pengajaran secara berkuliah. Menurut Johnson & Johnson

(1987), pengajaran tradisional ini merupakan kaedah pengajaran yang pasif dan tidak

dapat merangsangkan pelajar dengan berkesan. Melalui pengajaran sebegini, pelajar

mudah berasa bosan dan tidak berminat untuk meneruskan pelajaran lebih-lebih lagi jika

mereka tidak memahami kandungan pelajaran tersebut.

Tahun 1980-an menyaksikan perkembangan yang pesat dalam penggunaan alat

bantu mengajar (ABM) (Yusup, 1997). Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah diperkenalkan. Reformasi

kurikulum ini adalah untuk menggalakkan guru-guru supaya menggunakan pelbagai

ABM semasa mengajar. Mereka telah diberi latihan untuk menghasilkan dan

Page 22: AMALAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) di kalangan guru-guru teknikal sekolah

4

menggunakan ABM melalui bengkel dan kursus yang dianjurkan oleh Pusat Sumber

Pendidikan Negeri (PSPN) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG), universiti tempatan dan

maktab perguruan. Sebanyak 14 buah PSPN dan 350 buah PKG telah ditubuhkan untuk

menyediakan satu rangkaian penggunaan sumber yang efektif dan efisien dari peringkat

negeri hingga ke peringkat daerah dan sekolah. Tiap-tiap sekolah mempunyai pusat

sumber untuk menyediakan dan membekalkan ABM untuk guru-guru. Bahagian

Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan menyelia penggunaan ABM

terutama penggunaan siaran radio dan televisyen pendidikan.

Sebenarnya, penggunaan ABM bukanlah sesuatu yang tersisih daripada proses

pengajaran dan pembelajaran, tetapi sebahagian yang padu dalam proses tersebut. ABM

bertujuan menambahkan kelancaran perhubungan antara guru dengan pelajar dan

sebaliknya serta membantu mempercepatkan proses pemahaman mereka (Noraziah,

1981).

Seorang ahli falsafah yang terkenal, iaitu Confucius pernah menyatakan: “Saya

mendengar dan saya lupa, saya melihat dan saya ingat, saya membuat dan saya faham”.

Kata-kata ini boleh dirujuk kepada beberapa cara untuk manusia belajar. Ia

membayangkan satu prinsip yang sangat penting kepada guru, iaitu guru tidak harus

hanya bercakap atau memberi kuliah semata-mata kerana bahan yang disampaikan akan

mudah dilupai (Robiah, 1998). Mengikut Dywer (1978), pelajar yang membaca sambil

melihat gambar boleh ingat dengan lebih baik daripada hanya membaca teks sahaja.

Ahli-ahli psikologi telah menjalankan beberapa penyelidikan yang mempunyai

perkaitan dengan kadar pemerolehan pengetahuan pancaindera seseorang. Mereka

mendapati bahawa saluran penerimaan maklumat yang paling berkesan melalui

pancaindera ialah penglihatan (83.0%), pendengaran (11.0%), bau (3.5%), sentuhan

(1.5%) dan rasa (1.0%) (Sumber: Jurnal Perkhidmatan Sebaran Pendidikan Jil. 11 (1983:

35). Hasil ujikaji dan penyelidikan ahli-ahli psikologi menunjukkan bahawa

Page 23: AMALAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) di kalangan guru-guru teknikal sekolah

5

pancaindera penglihatan berupaya memproses 4300000 maklumat sementara

pancaindera pendengaran berupaya menerima 50000 maklumat.

1.3 Pernyataan Masalah Daripada perbincangan di atas, didapati penggunaan alat bantu mengajar (ABM)

di kalangan guru-guru teknikal dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukanlah

perkara yang baru dalam dunia pendidikan. Oleh sebab kekurangan kajian tempatan

yang mengkaji amalan penggunaan ABM di kalangan guru-guru teknikal sekolah

menengah teknik, negeri Kedah, maka kajian ini adalah perlu dilakukan.

Melalui kajian ini, penyelidik ingin mengenalpasti amalan penggunaan ABM di

kalangan guru-guru teknikal sekolah menengah teknik, negeri Kedah.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah bertujuan seperti berikut:

i. Meninjau kemudahan alat bantu mengajar yang terdapat di sekolah-

sekolah menengah teknik, negeri Kedah.

ii. Mengenalpasti tahap penggunaan alat bantu mengajar oleh guru-guru

teknikal dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah

menengah teknik, negeri Kedah.

iii. Meninjau kesesuaian alat bantu mengajar bagi mata pelajaran teknikal

yang diajar oleh guru-guru teknikal sekolah menengah teknik, negeri

Kedah.

Page 24: AMALAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) di kalangan guru-guru teknikal sekolah

6

iv. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan alat bantu

mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-

guru teknikal sekolah menengah teknik, negeri Kedah.

v. Mengenalpasti perbezaan antara penggunaan alat bantu mengajar

mengikut jantina dan pengalaman mengajar di kalangan guru-guru

teknikal sekolah menengah teknik, negeri Kedah.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan-

persoalan kajian berikut:

i. Apakah kemudahan alat bantu mengajar yang terdapat di sekolah-

sekolah menengah teknik, negeri Kedah?

ii. Apakah tahap penggunaan alat bantu mengajar oleh guru-guru teknikal

dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah

menengah teknik, negeri Kedah?

iii. Apakah alat bantu mengajar yang sesuai bagi mata pelajaran teknikal

yang diajar oleh guru-guru teknikal sekolah menengah teknik, negeri

Kedah?

iv. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan alat bantu

mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-

guru teknikal sekolah menengah teknik, negeri Kedah?

v. Adakah terdapat perbezaan antara penggunaan alat bantu mengajar

mengikut jantina dan pengalaman mengajar di kalangan guru-guru

teknikal sekolah menengah teknik, negeri Kedah?