pendekatan pengajaran pensyarah jptk dalam mendorong ... · pendekatan pengajaran pensyarah jptk...

25
PENDEKATAN PENGAJARAN PENSYARAH JPTK DALAM MENDORONG MENJANA PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF DIKALANGAN PELAJAR. ZARIFAH ISMANADHIRAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: doanthien

Post on 10-Aug-2019

271 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENDEKATAN PENGAJARAN PENSYARAH JPTK DALAM MENDORONG ... · pendekatan pengajaran pensyarah jptk dalam mendorong menjana pemikiran kreatif dan inovatif dikalangan pelajar. zarifah

PENDEKATAN PENGAJARAN PENSYARAH JPTK DALAM

MENDORONG MENJANA PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF

DIKALANGAN PELAJAR.

ZARIFAH ISMANADHIRAH BINTI ISMAIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENDEKATAN PENGAJARAN PENSYARAH JPTK DALAM MENDORONG ... · pendekatan pengajaran pensyarah jptk dalam mendorong menjana pemikiran kreatif dan inovatif dikalangan pelajar. zarifah

BORANG PENGESAHAI'I STATUS TESIS

TNOVATIF pI KALANGA}{ PEI.AJAR.

Saya

SESI PENGAJIAN : 20tl/2012

ZARIFAH ISMANADHIRAH BINfi ISMAILGTURUTBESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSld/Sujma/Dok-tor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan UniversitiTeknologi Malaysia dengan syarat-sytrat kegunaan seperti berilart:

Tesis adalah hahnilik Universiti Teknologi MalaysiaPe,qpustakaan Univeniti Teknologi Malaysia dibena*an membuat salinan untuk tujuropengqiian sahaja.Perpwtakaan dibonarkm membuat salinm tesis ini sebagai bahan per$karan antara,institusi pengaj ian tinggi.**Sila tandakan ({)

tltfV

I.2

3.

4.

SI}LIT

TERHAD

TIDAKTEREAI)

AlamatTetap: N0. 18 TMN GUNItNGBINTANG,BT.3 TANDOP, JLN SGPETA}.ILO54OO ALOR STAR. KEDAH.

Tarikh: JANUARI2012

( Mengandungi maklumd yang b€rdaliah keselamahn maukepentingan Malaysia seperti ymg termaktub di dalur AKTARAHSIA RASMr t972 )( Mengandungi maklumt TERHADyangtelah ditentukan oleborganisroi/badan di mana penyeliclikan dijalamkan )

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENYELIA)

- DRROHANABTHAMZAHNAMAPENYELIA

Tarikh : JAI{UARI2OI2

VitlllPl'v+'ffi

TINIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

yanguoaf, DsrK€na8n.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lanpirkan surat daripada pihakberkuasa/organisasi berkenaan dangan menydakan sekali s€bab dan tempoh tesis iniperlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

I Tcsis dimaksudkm sebagai tesis bagi lja'ah Doldor Falsafah clan Srjana secarapenyelidikan, atau dis€rtasi bagi p€ngajian secara kerja kursus clan penyelidikan, atauLaporan Pmjek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: PENDEKATAN PENGAJARAN PENSYARAH JPTK DALAM MENDORONG ... · pendekatan pengajaran pensyarah jptk dalam mendorong menjana pemikiran kreatif dan inovatif dikalangan pelajar. zarifah

PENDEKATAN PENGAJARAN PENSYARAH JPTK DALAM

MENDORONG MENJANA PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF

DIKALANGAN PELAJAR.

ZARIFAH ISMANADHIRAH BINTI ISMAIL

Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2012

Page 4: PENDEKATAN PENGAJARAN PENSYARAH JPTK DALAM MENDORONG ... · pendekatan pengajaran pensyarah jptk dalam mendorong menjana pemikiran kreatif dan inovatif dikalangan pelajar. zarifah

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya karya ini adalah

memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”

Tandatangan : ……………………..

Nama Penyelia : Dr. Rohana Bt Hamzah

Tarikh : ……………………..

Page 5: PENDEKATAN PENGAJARAN PENSYARAH JPTK DALAM MENDORONG ... · pendekatan pengajaran pensyarah jptk dalam mendorong menjana pemikiran kreatif dan inovatif dikalangan pelajar. zarifah

'.,

iii

PtsNS AIiI

"srya akui karya ini,dttfuh heotl k$je mya serdiri kecuali nr*ilan den ringl€assl

yang tiaptiry ffiinya,@li saya jelaskan sumbemya".

randatangian, $&'4.'...............NanlgPcnulis : & UffiW{ISMAIT

: 13 JAlft]ffiI.,t4}N2

Page 6: PENDEKATAN PENGAJARAN PENSYARAH JPTK DALAM MENDORONG ... · pendekatan pengajaran pensyarah jptk dalam mendorong menjana pemikiran kreatif dan inovatif dikalangan pelajar. zarifah

iv

DEDIKASI

Buatmu ayah (ISMAIL B. MAT ATAR) dan

ibuku (SITI ZOBAIDAH BT. HUSSAIN) yang dikasihi,

Doamu, nasihatmu dan pengorbananmu menjadi pelita

serta panduan perjuanganku dalam mengenal kehidupan ini…

Buatmu adik-adikku (MOHD HAFIZ, NORAISAH

DAN NUR LIYANA) yang disayangi,

Kalian amat bermakna dalam diriini,

Kejayaanku, kejayaanmu jua…

Buatmu pembimbing yang disayangi,

Bimbingan tumjuk ajar dan jasa yang engkau berikan

tidak akan dilupai…

Buat teman-teman yang dirindui,

Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini

Akan kukenang selamanya…

Page 7: PENDEKATAN PENGAJARAN PENSYARAH JPTK DALAM MENDORONG ... · pendekatan pengajaran pensyarah jptk dalam mendorong menjana pemikiran kreatif dan inovatif dikalangan pelajar. zarifah

v

PENGHARGAAN

Penghargaan ikhlas setinggi-tingginya kepada penyelia projek sarjana muda,

Dr. Rohana bt. Hamzah atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang

tempoh menyiapkan laopan penyelidikan ini. Beliau telah banyak memberi tunjuk

ajar tanpa rasa jemu dalam proses menyiapkan laporan ini.

Terima kasih juga yang tidak terhingga kepada pensyarah-pensyarah JPTK

Fakulti Pendidikan yang telah sudi meluangkan masa dan memberi kerjasama dalam

membantu menjayakan penyelidikan ini.

Ucapan jutaan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan

serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha

menjayakan projek ini. Tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak,

projek ini tidak akan disiapkan dengan sempurna.

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada Emy Syazwani, Nur Hidayah Zaini

dan Tengku Norzaini yang memberi sokongan serta dorongan sepanjang

menyediakan projek ini. Sesungguhnya budi baik kalian sukar dibalas. Semoga

kalian bertiga sentiasa sihat sejahtera dan diberkati Tuhan.

Page 8: PENDEKATAN PENGAJARAN PENSYARAH JPTK DALAM MENDORONG ... · pendekatan pengajaran pensyarah jptk dalam mendorong menjana pemikiran kreatif dan inovatif dikalangan pelajar. zarifah

vi

ABSTRAK

Pemikiran kreatif dan inovatif adalah satu kemahiran yang sangat penting

bagi seseorang pelajar dalam menyelesaikan tugasan atau masalah yang diberikan

oleh pensyarah. Oleh itu, cara pendekatan pengajaran yang sesuai mengikut jenis

subjek yang diajar mampu mendorong menjana pemikiran kreatif dan inovatif para

pelajar. Pendekatan pengajar yang digunakan oleh guru, tenaga pengajar atau

pensyarah perlulah memudahkan para pelajar dalam memahami sesuatu subjek yang

diajar. Dalam melaksanakan pendekatan pengajaran tersebut akan dipengaruhi oleh

tahap-tahap pemikiran kreatif dan inovatif pelajar yang sememangnya yang

mempunyai pelbagai tahap dari segi pemikirannya. Oleh itu, kajian ini bertujuan

untuk mengkaji pendekatan pengajaran pensyarah JPTK dalam mendorong menjana

pemikiran kreatif dan inovatif dikalangan pelajar. Kajian ini melibatkan seramai 7

pensyarah JPTK Fakulti Pendidikan. Rekabentuk kajian ini adalah berbentuk

kualitatif dengan menggunakan kaedah temubual dan pemerhatian. Hasil dapatan

kajian menunjukkan bahawa tahap pemikiran kreatif dan inovatif pelajar masih lagi

perlu bergantung kepada pensyarah dalam mendorong kemahiran pemikiran tersebut.

Hal ini kerana, pelajar tidak mampu untuk untuk menjana idea secara kreatif dan

inovatif tanpa ada faktor penyumbangnya. Oleh itu, kajian ini mencadangkan agar

pelajar dilatih untuk lebih berdikari dalam proses kerja untuk mrningkatkan daya

kreativiti mereka Selain itu, para pensyarah juga perlu lebih tegas dan menjadi

fasilitator daripada menyumbang atau membantu para pelajar tersebut menyelesaikan

tugasan yang diberikan.

Page 9: PENDEKATAN PENGAJARAN PENSYARAH JPTK DALAM MENDORONG ... · pendekatan pengajaran pensyarah jptk dalam mendorong menjana pemikiran kreatif dan inovatif dikalangan pelajar. zarifah

vii

ABSTRACT

Creative and innovative thinking is an important part of skill for students in order to

solve all the assignments or problems which given by lecturers. So, an appropriate

teaching method that can be used in class may generate student’s creative and

innovative thinking. Teaching method that be used by lecturers should be able to

make student understand about what topic that they will learn. This teaching method

may attributes thinking skill which influence by student’s stage of creative and

innovative thinking. So, this research to examine lecturer JPTK’s teaching method in

order to gain student’s creative and innovative thinking. Around 7 lecturers JPTK

from an Education Faculty are involved in this research. For research design,

researcher used research design and being analyzed by using interview and

observation. Results for this research found that the students couldn’t think

creatively without lecturer’s guidance. This is obvious shown that students have to be

approach by something in order for be able to think creative and innovative. So, this

research suggests that students should be train for being independence in their work

field so that they will gain their creativity. Besides that, lecturers both should be

stricter and be a facilitator than just helping students to solve the task.

Page 10: PENDEKATAN PENGAJARAN PENSYARAH JPTK DALAM MENDORONG ... · pendekatan pengajaran pensyarah jptk dalam mendorong menjana pemikiran kreatif dan inovatif dikalangan pelajar. zarifah

vi

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SURAT PENGESAHAN PENYELIA ii

SURAT AKUAN PELAJAR iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

KANDUNGAN vi

SENARAI JADUAL ix

SENARAI LAMPIRAN x

BAB 1 PENGENALAN MUKA SURAT

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kerangka Kajian 10

1.7 Kepentingan Kajian 11

1.8 Skop dan Batasan Kajian 13

1.9 Generalisasi 14

1.10 Definisi Terminologi 14

Page 11: PENDEKATAN PENGAJARAN PENSYARAH JPTK DALAM MENDORONG ... · pendekatan pengajaran pensyarah jptk dalam mendorong menjana pemikiran kreatif dan inovatif dikalangan pelajar. zarifah

vii

1.11 Penutup 16

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 17

2.2 Pendekatan Pengajaran 18

2.3 Kepelbagaian Gaya Pembelajaran 19

2.4 Pelbagai Kaedah Pengajaran Kumpulan 20

2.5 Syarahan 23

2.6 Amalan Pemikiran Kreatif dan Inovatif 23

2.7 Kreativiti Sebagai Sebahagian Gaya Hidup 24

2.8 Pendekatan Spearman 27

2.9 Pendekatan Guilford 28

3.0 Psikologi Islam Dalam Kreativiti 29

3.1 Ciri-Ciri Orang Yang Kreatif 29

3.2 Ciri-Ciri Orang Yang Memiliki Kebolehan Kreatif 31

3.3 Penutup 31

Page 12: PENDEKATAN PENGAJARAN PENSYARAH JPTK DALAM MENDORONG ... · pendekatan pengajaran pensyarah jptk dalam mendorong menjana pemikiran kreatif dan inovatif dikalangan pelajar. zarifah

viii

BAB 3 METADOLOGI

3.1 Pengenalan 32

3.2 Rekabentuk Kajian 32

3.2.1 Kaedah Kuantitif 33

3.2.2 Kaedah Kualitatif 34

3.3 Lokasi Kajian 35

3.4 Populasi Kajian 35

3.5 Kaedah Kajian 36

3.6 Instrumen Kajian 37

3.7 Prosedur Kajian 39

3.8 Analisis Kajian 40

3.9 Penutup 41

BAB 4 ANALISIS DATA MUKA SURAT

4.1 Pengenalan 42

4.2 Pengenalan Latar Belakang Responden 43

4.3 Rumusan Latar Belakang Responden 46

4.4 Analisis Data 47

4.4.1 Analisis Persoalan Kajian 1 47

4.4.2 Analisis Persoalan Kajian 2 52

Page 13: PENDEKATAN PENGAJARAN PENSYARAH JPTK DALAM MENDORONG ... · pendekatan pengajaran pensyarah jptk dalam mendorong menjana pemikiran kreatif dan inovatif dikalangan pelajar. zarifah

ix

4.4.3 Analisis Persoalan Kajian 3 58

4.4.4 Analisis Persoalan Kajian 4 65

4.5 Analisis Pemerhatian 75

4.6 Penutup 77

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 78

5.2 Rumusan Dapatan Kajian 79

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 80

5.4 Cadangan Kajian 85

5.5 Penutup 86

RUJUKAN 87

LAMPIRAN A x

(Set Soalan Temubual)

LAMPIRAN B xi

(Hasil Temubual Responden dan Catatan Pemerhatian)

Page 14: PENDEKATAN PENGAJARAN PENSYARAH JPTK DALAM MENDORONG ... · pendekatan pengajaran pensyarah jptk dalam mendorong menjana pemikiran kreatif dan inovatif dikalangan pelajar. zarifah

x

SENARAI JADUAL

JADUAL MUKASURAT

1. Jadual 4.1 : Kod Diskriptif jawapan yang ditemubual PK 1 47

2. Jadual 4.2 : Kod Interpretatif jawapan yang ditemubual PK 1 49

3. Jadual 4.3 : Tema jawapan yang ditemubual PK 1 50

4. Jadual 4.4 : Diagram menunjukkan mengenai ketiga-tiga jenis

peringkat mengekod PK 1 51

5. Jadual 4.5 : Kod Diskriptif jawapan yang ditemubual PK 2 52

6. Jadual 4.6 : Kod Intrepetatif jawapan yang ditemubual PK 2 54

7. Jadual 4.7 : Tema jawapan yang ditemubual PK 2 56

8. Jadual 4.8 : Diagram menunjukkan mengenai ketiga-tiga jenis

peringkat mengekod PK 2 57

9. Jadual 4.9 : Kod Diskriptif jawapan yang ditemubual PK 3 58

10. Jadual 4.10 : Kod Interpretatif jawapan yang ditemubual PK 3 60

11. Jadual 4.11 : Tema jawapan yang ditemubual PK 3 63

12. Jadual 4.12 : Diagram menunjukkan mengenai ketiga-tiga jenis

peringkat mengekod PK 3 64

13. Jadual 4.13 : Kod Diskriptif jawapan yang ditemubual PK 4 66

14. Jadual 4.14 : Kod intrepretatif jawapan yang ditemubual PK 4 68

15. Jadual 4.15 : Tema jawapan yang ditemubual PK 4 70

16. Jadual 4.16 : Diagram menunjukkan mengenai ketiga-tiga jenis

peringkat mengekod PK 4 72

Page 15: PENDEKATAN PENGAJARAN PENSYARAH JPTK DALAM MENDORONG ... · pendekatan pengajaran pensyarah jptk dalam mendorong menjana pemikiran kreatif dan inovatif dikalangan pelajar. zarifah

xi

LAMPIRAN A

SET SOALAN TEMUBUAL

Page 16: PENDEKATAN PENGAJARAN PENSYARAH JPTK DALAM MENDORONG ... · pendekatan pengajaran pensyarah jptk dalam mendorong menjana pemikiran kreatif dan inovatif dikalangan pelajar. zarifah

xii

LAMPIRAN B

HASIL TEMUBUAL RESPONDEN

DAN

CATATAN PEMERHATIAN

Page 17: PENDEKATAN PENGAJARAN PENSYARAH JPTK DALAM MENDORONG ... · pendekatan pengajaran pensyarah jptk dalam mendorong menjana pemikiran kreatif dan inovatif dikalangan pelajar. zarifah

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Sememangnya Wawasan 2020 dan Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan telah bertujuan untuk melahirkan rakyat kreatif dan inovatif di

mana kita tidak sepatutnya mejadi pengguna teknologi tetapi perlulah

menjadi individu-individu yang menyumbang kearah teknologi. Untuk

merealisasikan matlamat ini perlulah diterapkan elemen-elemen kreatif dan

inovatif ini di dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Salah satu

matlamat pendidikan adalah untuk melatih para pelajar untuk berfikir secara

kreatif.

Definisi kreatif bagi menurut kamus Dewan Edisi Keempat (2005)

adalah didefinisikan sebagai kebolehan mencipta, menghasilkan dan

mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Selain itu, daya kreatif adalah

kemampuan diri sendiri. Manakala kreativiti adalah kebolehan mencipta

daya kreatif dan kekreatifan.

“Creativity is a matter of talent – there is nothing you can do about it

except get creative people” (de Bono, 1996)

Page 18: PENDEKATAN PENGAJARAN PENSYARAH JPTK DALAM MENDORONG ... · pendekatan pengajaran pensyarah jptk dalam mendorong menjana pemikiran kreatif dan inovatif dikalangan pelajar. zarifah

2

Dalam memupuk atau membina sesuatu kemahiran, pelajar perlu

dikuasai kemahiran-kemahiran tersebut dengan melalui pengajaran dan

pembelajaran yang tersusun disamping keazaman yang tinggi untuk

memperbaikinya agar menjadi lebih baik lagi. Namun begitu, dalam

pelaksanaan pemikiran yang kreatif dan inovatif

perlu juga diturut serta dengan latihan-latihan tertentu bagi melatih dan

memantapkan keupayaan pelajar untuk mempelajari dan menguasai

kemahiran tersebut.

Kemahiran-kemahiran tersebut boleh dikuasai oleh para pelajar

dengan menggunakan beberapa strategi pengajaran secara kreatif dan kritis

iaitu suatu konsep pembelajaran yang bersifat multi dimensi dan inter

disiplin. Kreativiti adalah domain yang boleh dikaji dan difahami

berdasarkan beberapa pandangan sarjana dan ’school of though’ yang

berbeza-beza seperti bisnes, pengurusan, ekonomi, seni, falsafah, perubatan,

psikoanalisis dan kepimpinan. Oleh itu, perkembangan yang mendadak

dalam pelbagai bidang ini menjadikan kreativiti sebagai suatu bidang yang

amat diminati.

Perkembangan yang amat menggalakkan ini adalah hasil daripada

pertemuan para sarjana, penyelidik dan penggiat disiplin kreativiti dalam

seminar-seminar kreativiti peringkat dunia. Selain itu, beribu-ribu buah buku

telah dihasilkan dalam pelbagai perspektif yang membahaskan tentang

kreativiti supaya membolehkan para penyelidik, pendidik dan sebagainya

dapat membuat rujukan serta dapat menyumbangkan idea dalam

memantapkan lagi strategi pengajaran. Bagi memantapkan lagi perkara

tersebut, persatuan-persatuan kreativiti ditubuhkan di seluruh dunia sekaligus

jaringan dan perkongsian maklumat dapat diwujudkan.

Page 19: PENDEKATAN PENGAJARAN PENSYARAH JPTK DALAM MENDORONG ... · pendekatan pengajaran pensyarah jptk dalam mendorong menjana pemikiran kreatif dan inovatif dikalangan pelajar. zarifah

3

Walaupun kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif ini telah lama

diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan sama ada di sekolah

mahupun di institusi-institusi pengajian tinggi, namun untuk menarik minat

para pelajar ataupun mahasiswa-mahasiswa agar lebih cenderung untuk

berfikir secara kreatif dan inovatif ini sangat perlu dititiberatkan di mana

pelajar berminat untuk belajar sekiranya semasa proses pengajaran dan

pembelajaran dapat membentuk kreativiti, kewajaran dan justifikasi.

Oleh itu, untuk menyelami bagaimana kaedah yang sesuai

memerlukan banyak faktor-faktor untuk mencapainya. Bagaimana pun

strategi pengajaran yang berkesan banyak memainkan peranan yang penting

dan sering digunakan untuk mendorong menjana kemahiran berfikir secara

kreatif dan inovatif dikalangan para pelajar di pusat pengajian tinggi awam.

Selain itu, para pelajar tersebut perlu didedahkan dengan pelbagai kaedah

yang tertentu yang masih boleh diketengahkan serta dikaji agar dapat

membentuk modal insan para pelajar yang seiring dengan teknologi-teknologi

yang semakin kian maju.

1.2 LATAR BELAKANG MASALAH

Membentuk pemikiran kreatif dan inovatif dikalangan di para pelajar sering

menjadi satu isu berbangkit bagi golongan para pensyarah. Hal ini kerana, pelajar itu

sendiri perlu dijana pemikirannya dengan pelbagai kaedah bagi membolehkan

mereka menjadi seorang yang “Creative Thinking”. Menurut Robert Fisher (2006),

kemahiran pemikiran kreatif adalah sangat diperlukan sekiranya ingin berjaya dalam

pelajaran serta dalam kehidupan. Kemahiran kreatif juga melibatkan kemahiran-

kemahiran yang tertentu di mana boleh dipelajari daripada kurikulum sekolah. Para

pelajar boleh juga mempelajari kemahiran “Creative Thinking” dengan melihat

sumber alam disekeliling pelajar tersebut dan potensi untuk memahami dengan lebih

cepat adalah sangat tinggi.

Page 20: PENDEKATAN PENGAJARAN PENSYARAH JPTK DALAM MENDORONG ... · pendekatan pengajaran pensyarah jptk dalam mendorong menjana pemikiran kreatif dan inovatif dikalangan pelajar. zarifah

4

Kemahiran-kemahiran tersebut juga boleh diterangkan sebagai satu

kemahiran yang memerlukan untuk berfikir dengan keadah berfikir seperti

kebarangkalian yang akan berlaku, mempunyai pengalaman melaluinya dan

mentafsir dengan pelbagai cara serta pandangan yang tertentu, berfikir sesuatu yang

baru serta unik dan membantu menjana dan memilih alternatif yang terbaik dalam

mendorong menjana pemikiran kreatif (Scott Isaksen and Donald Treffinger, 1985).

Menurut satu laporan akhbar, negara maju lebih kreatif (Star, September 4

2000). Tanggapan ini berdasarkan laporan paten per 1000 penduduk Negara Jepun

300 paten, Amerika Syarikat 200 paten dan Malaysia hanya 2 paten. Penduduk

Jepun juga menurut Abdullah Hassan (1997) telah bersedia dengan era rekacipta

yang diramalkan akan muncul selepas era teknologi maklumat. Daripada

perbandingan jumlah paten di atas jelas menunjukkan bahawa pendidikan di

Malaysia gagal melahirkan individu yang kreatif terutama sebagai pereka cipta yang

bersikap kreatif dan inovatif.

Sikap pelajar terhadap kemahiran berfikir juga harus diambil kira. Hal ini

kerana, selama ini pelajar sering “disuap” dengan segala fakta tentang topik-topik

yang ada dalam sukatan pelajaran. Pembentukan sikap menerima dan rasa cukup

dengan apa yang diberi guru telah mengenepikan KBK yang perlu dipelajari dan

dikuasai untuk mencapai tahap mahir dalam pemikiran kreatif dan inovatif.

Justeru itu, seseorang guru atau pengajar perlu jelas dalam menunjukkan

bagaimana hendak mengaitkan pengalaman sedia ada dengan sumber ilham

disekeliling atau menerangkan kepada pelajar hubungan diantara perkara masa lalu

dengan perkara yang terjadi pada hari ini. Selain itu, pengajaran bukan hanya

sekadar menanyakan soalan Bila dan Di mana kepada pelajar, tetapi juga termasuk

soalan Kenapa dan Bagaimana serta solan Apa juga boleh diterapkan di dalam

pembelajaran dan pengajaran di sekolah (Zoe Burgess, 2010).

Page 21: PENDEKATAN PENGAJARAN PENSYARAH JPTK DALAM MENDORONG ... · pendekatan pengajaran pensyarah jptk dalam mendorong menjana pemikiran kreatif dan inovatif dikalangan pelajar. zarifah

5

Dalam usaha menyediakan para pelajar yang berkualiti dan mantap untuk

mencapai kecemerlangan negara yang berterusan, "Malaysia Inovatif 2010" adalah

slogan yang menyatakan bahawa "kunci kejayaan kepada negara-negara maju adalah

inovasi dan kreativiti, dan untuk itu Malaysia memerlukan rakyat yang berupaya

berfikir secara inovatif dan kreatif". Maka dalam usaha untuk

"mengarusperdanakan" inovasi tersebut merentasi semua lapisan masyarakat, usaha

ini perlulah di mulakan dari peringkat awal bermula dengan sistem pendidikan. Oleh

itu, pendekatan penguasaan dalam menjana pemikiran inovasi perlu diterapkan

dikalangan pelajar JPTK agar sejajar dengan kehendak negara (Datuk Seri Najib Tun

Razak, 2011).

Laporan Jawatankuasa Mengkaji, Menyemak dan Membuat Perakuan

Tentang Perkembangan dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi Malaysia, 2005,

menyatakan mengenai matlamat pusat pengajian tinggi terhadap para graduan agar

mampu berfikir secara kreatif dan inovatif bagi menjana pembangunan negara.

Antara pernyataan yang dikeluarkan oleh pihak jawatankuasa adalah:

”Matlamat pengajian tinggi ialah untuk menghasilkan graduan yang

berpengetahuan dan kompeten dalam bidang pengajian serta berkemampuan untuk

menggunakan pengetahuan kepada amalan. Di samping itu, graduan perlu

berinovatif, mempunyai kebolehan kognitif yang tinggi (berfikiran analitikal dan

kritikal, berupaya menyelesaikan masalah dan penaakulan), menguasai pelbagai

bahasa dan keupayaan berkomunikasi dengan berkesan serta celik teknologi,

menghayati nilai-nilai murni sebagai asas kehidupan, dan mampu untuk memberikan

sumbang bakti kepada masyarakat, negara dan dunia.”

Pengerusi Lembaga Penasihat Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi

(AKEPT) juga merupakan bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Wan Zahid

Mohd Noordin, berkata guru perlu mendominasi proses pembelajaran dalam kelas

dengan lebih banyak bercakap berbanding menggalakkan interaksi dua hala dengan

Page 22: PENDEKATAN PENGAJARAN PENSYARAH JPTK DALAM MENDORONG ... · pendekatan pengajaran pensyarah jptk dalam mendorong menjana pemikiran kreatif dan inovatif dikalangan pelajar. zarifah

6

pelajar menyebabkan para pelajar menjadi kurang kreatif dalam menyelesaikan

sesuatu masalah atau tugasan yang diberikan.

Memandangkan pelajar di Jabatan Pendidikan Teknologi dan Kemahiran

(JPTK) mempunyai elemen kemahiran yang banyak menggunakan konsep pemikiran

kreatif dan inovatif, maka pensyarah JPTK memerlukan pelbagai konsep pendekatan

pengajaran untuk mengajar di dalam kelas. Hal ini kerana, dengan menggunakan

kaedah pendekatan pengajaran yang sesuai akan memudahkan para pelajar

memahami serta mudah untuk menyelsaikan sebarang tugasan yang diberikan.

Oleh itu, satu kajian mengenai pembangunan pemikiran kreatif dan inovasi

dikalangan pelajar perlu dilaksanakan agar para pelajar dapat mencapai matlamat

yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi.

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Kebanyakkan para pelajar apabila diberikan tugasan yang memerlukan

pelajar untuk untuk berfikir secara kreatif dan inovatif terutama sekali dalam subjek

Reka Cipta dan sebagainya mempunyai kekangan dalam mengaitkan sumber

inspirasi dengan kreativiti. Bagi para pelajar, apabila mereka mereka cipta mereka

lebih fokus kepada produk yang sedia ada dengan hanya membuat penambaikkan

saja pada produk daripada menghasilkan produk baru.

Tidak dinafikan setiap pelajar mempunyai kelebihan masing-masing di mana

tidak semua pelajar yang dianugerahkan sebagai seorang creative thinking tetapi

perkara tersebut boleh dipelajari dan disini para pensyarah memainkan peranan yang

penting dalam mendorong menjana pemikiran kreatif dan inovatif para pelajar.

Page 23: PENDEKATAN PENGAJARAN PENSYARAH JPTK DALAM MENDORONG ... · pendekatan pengajaran pensyarah jptk dalam mendorong menjana pemikiran kreatif dan inovatif dikalangan pelajar. zarifah

7

Dalam Laporan Jemaah Nazir Persekutuan (KPM/JNP, 1998) didapati

bahawa ramai guru yang tidak menyebatikan kemahiran berfikir dengan pengajaran

walaupun telah lama diterapkan dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Namun

begitu, bagaimana pula dengan pensyarah di peringkat pengajian tinggi.

Sememangnya pensyarah diberi kebebasan untuk memilih pendekatan mengikut

kesesuaian ketika merancang pengajaran agar apa yang cuba disampaikan kepada

pelajar menepati dengan objektif pengajaran.

Kekurangan minat pelajar terhadap pembelajaran membawa impak kepada

kualiti pencapaian di dalam kelas. Menurut Jemaah Nazir Persekutuan (KPM/JNP,

1993), masalah pelajar tidak berminat untuk mengikuti pengajaran di dalam kelas

boleh mempengaruhi pencapaian para pelajar dalam pembelajaran. pelajar berminat

untuk belajar jika pengajaran berbantukan alat pandang dengar, berinteraksi dua hala,

berbincang dan meluahkan idea kemudian sama-sama membuat kesimpulan

(KPM/JNP, 1993). Selain itu, penglibatan aktif pelajar menggerakkan mereka

supaya sentiasa bersedia, peka kepada persekitaran dan meningkatkan sensitiviti.

Kehadiran kemahiran berfikir penting dalam usaha menangani masalah,

membuat keputusan, mengendalikan maklumat dan berkomunikasi (Perkins, 1986).

Selain itu, kemahiran berfikir menjadi faktor yang menyumbang kepada kejayaan

individu di sekolah dan kehidupan. Keefe dan Welberg (1992) menegaskan bahawa

mereka menyokong konsep penekanan pengajaran KBK di sekolah. Tambahan pula

menurut Cropley (1992), zaman sains dan teknologi melibatkan perkembangan

domain kreativiti untuk menentukan masa depan negara.

Kreativiti bukan saja memberi kesan kepada kehidupan individu dan kualiti

kehidupan manusia malah Fryer (1996) memberitahu kreativiti juga membuka laluan

tentang untuk berdepan dengan perubahan sosial, ekonomi dan perubahan teknologi.

Namun begitu, sikap individu sememangnya sukar untuk diubah melainkan empunya

diri yang mahu berubah. Perubahan sikap ini hendaklah perlu datang dengan sendiri

dalam seseorang itu kemudian baru boleh dilaksanakan. Justeru itu, perkembangan

Page 24: PENDEKATAN PENGAJARAN PENSYARAH JPTK DALAM MENDORONG ... · pendekatan pengajaran pensyarah jptk dalam mendorong menjana pemikiran kreatif dan inovatif dikalangan pelajar. zarifah

8

kreativiti membawa kepada perbezaan yang sama dan seiring dengan keberkesanan,

kekuatan dan kejayaan pelajar.

Oleh itu, kajian ini dilakukan adalah untuk melihat pendekatan pengajaran

para pensyarah JPTK dalam mendorong menjana pemikiran kreatif dan inovatif

dikalangan pelajar JPTK Fakulti Pendidikan sama ada dapat menjana pemikiran

mereka untuk berfikir secara kreatif dan inovatif. Hal ini perlu dititikberatkan kerana

perkara tersebut akan melibatkan masa depan para pelajar itu sendiri, seterusnya

akan diturunkan kepada anak-anak didikan para pelajar tersebut itu nanti.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan kepada pernyataan masalah yang telah dinyatakan di atas, empat

objektif telah dikenalpasti untuk dikaji. Antara objektif kajian tersebut adalah:

i. Mengenalpasti persepsi pensyarah terhadap tahap-tahap pemikiran kreatif dan

inovatif di kalangan pelajar JPTK UTM, Skudai. Johor.

ii. Mengenalpasti kefahaman pensyarah terhadap definisi pemikiran kreatif dan

inovatif.

iii. Mengenalpasti teknik pengajaran yang digunakan oleh para pensyarah JPTK

dalam mendorong menjana pemikiran kreatif dan inovatif di kalangan pelajar

JPTK.

iv. Mengenalpasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh para pensyarah dalam

menjana pemikiran kreatif dan inovatif di kalangan pelajar JPTK.

Page 25: PENDEKATAN PENGAJARAN PENSYARAH JPTK DALAM MENDORONG ... · pendekatan pengajaran pensyarah jptk dalam mendorong menjana pemikiran kreatif dan inovatif dikalangan pelajar. zarifah

9

1.5 PERSOALAN KAJIAN

Dalam kajian ini, penyelidik telah mengemukakan beberapa persoalan kajian

bagi menentukan objektif kajian tercapai, diantaranya ialah:

1. Apakah pendapat pensyarah terhadap tahap-tahap pemikiran kreatif dan

inovatif di kalangan pelajar JPTK UTM, Skudai. Johor?

2. Apakah kefahaman pensyarah mengenai definisi pemikiran kreatif dan

inovatif.

3. Apakah teknik pengajaran yang digunakan oleh para pensyarah dalam

menjana pemikiran kreatif dan inovatif dikalangan pelajar JPTK?

4. Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh para pensyarah dalam menjana

pemikiran kreatif dan inovatif di kalangan pelajar JPTK?