band 6 (1)

10
BAHASA MELAYU: TINGKATAN 1 2012 KEMAHIRAN MENDENGAR - BERTUTUR BAND 6 PERNYATAAN STANDARD Menilai sesuatu perkara yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis. DESKRIPTOR B6 DL 1: Mempertimbangkan perkara-perkara yang dikemukakan dalam perbincangan secara rasional . EVIDENS B6 DL 1 E1: Menyampaikan hujah secara kritis dengan sebutan, intonasi dan gaya yang sesuai dengan beradab untuk mempengaruhi pihak lain. AKTIVITI PENTAKSIRAN Bahan Kad Tugasan Simulasi Langkah Pentaksiran Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan kad tugasan simulasi diedarkan kepada setiap kumpulan. Murid berbincang dan berlatih dalam kumpulan. Murid secara berkumpulan bergilir-gilir melakonkan aktiviti simulasi tersebut di hadapan kelas. CONTOH ITEM Kad Tugasan Simulasi CONTOH INSTRUMEN DAN EVIDENS: BAND 5 & BAND 6 1

Upload: helena-kabindong

Post on 26-Jul-2015

131 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAND 6 (1)

BAHASA MELAYU: TINGKATAN 1 2012

KEMAHIRAN MENDENGAR - BERTUTUR

BAND 6

PERNYATAAN STANDARD

Menilai sesuatu perkara yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis.

DESKRIPTOR B6 DL 1:Mempertimbangkan perkara-perkara yang dikemukakan dalam perbincangan secara rasional .

EVIDENS B6 DL 1 E1:Menyampaikan hujah secara kritis dengan sebutan, intonasi dan gaya yang sesuai dengan beradab untuk mempengaruhi pihak lain.

AKTIVITIPENTAKSIRAN

Bahan Kad Tugasan Simulasi

Langkah Pentaksiran

Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan kad tugasan simulasi diedarkan kepada setiap kumpulan.

Murid berbincang dan berlatih dalam kumpulan. Murid secara berkumpulan bergilir-gilir melakonkan aktiviti

simulasi tersebut di hadapan kelas.

CONTOH ITEM Kad Tugasan Simulasi

LAKONKAN SATU SITUASI PERUNDINGAN ANTARA GURU DENGAN MURID TENTANG PERMINTAAN MURID UNTUK MENGADAKAN PROGRAM KITAR SEMULA DI SEKOLAH SEMPENA MINGGU SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN.

CONTOH INSTRUMEN DAN EVIDENS: BAND 5 & BAND 6 1

Page 2: BAND 6 (1)

BAHASA MELAYU: TINGKATAN 1 2012

KEMAHIRAN MENDENGAR - BERTUTUR

BAND 6

PERNYATAAN STANDARD

Menilai sesuatu perkara yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis

DESKRIPTOR B6 DL 1:Mempertimbangkan perkara-perkara yang dikemukakan dalam perbincangan secara rasional

EVIDENS B6 DL E2:Membuat pertimbangan tentang pendapat yang dikemukakan dalam perbincangan

AKTIVITIPENTAKSIRAN

Bahan Bahan gambar (power point, helaian gambar)

Langkah Pentaksiran Murid mellihat gambar yang diberikan Wakil murid daripada setiap kumpulan mengemukakan hasil

perbincangan. Wakil murid daripada kumpulan lain diminta memberikan

komen terhadap pendapat yang dikemukakan oleh rakan mereka.

CONTOH ITEM

CONTOH INSTRUMEN DAN EVIDENS: BAND 5 & BAND 6 2

Page 3: BAND 6 (1)

BAHASA MELAYU: TINGKATAN 1 2012

Contoh Kad Inventori Perbincangan :

KEMAHIRAN MEMBACA

BAND 6

PERNYATAAN Menilai sesuatu perkara yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis.

CONTOH INSTRUMEN DAN EVIDENS: BAND 5 & BAND 6 3

BIL Soalan √ / X

1 Adakah murid itu memahami tajuk yang dibincangkan?

2 Adakah murid itu mengemukakan hujah /pendapat secara logik?

3 Adakah murid itu memberikan contoh yang sesuai untuk menguatkan hujah?

4 Adakah murid itu memberikan respons secara tertib dan bersopan? (contoh: memberikan salam, meminta izin, tutur kata sopan dan lain-lain).

5 Adakah murid dapat menyampaikan pendapat atau idea dengan fasih dan bermakna?

Page 4: BAND 6 (1)

BAHASA MELAYU: TINGKATAN 1 2012

STANDARD

DESKRIPTOR B6 DB 1:Membaca dan menilai secara keseluruhan sesuatu maklumat daripada pelbagai bahan.

EVIDENS B6 DB1 E1:Membuat ramalan dengan memberikan alasan berdasarkan maklumat yang terdapat dalam bahan.

AKTIVITIPENTAKSIRAN

Bahan Puisi

Langkah Pentaksiran Murid membaca sajak yang terdapat dalam buku teks

halaman 140 Murid menjawab soalan guru tentang maksud sajak. Berdasarkan maksud sajak, murid membuat ramalan tentang

alam sekitar sekiranya pembalakan berlaku secara berleluasa pada masa akan datang.

CONTOH ITEM

BALADA TERBUNUHNYA BERINGIN TUA DI PINGGIR SEBUAH BANDAR RAYA

Beringin tua di pinggir jalan rayadi sebuah ibu kota yang setengah mudaratusan tahun usianya berdirimenadah matari memayungi bumiburung-burung berterbangan menyanyidi sini rumah mereka, di sini keluarga bahagiakupu-kupu berkejaran dalam senda guraunyaanak-anak bermain di keteduhan perdunya

Tiba-tiba pagi yang hitam itu datanggergasi teknologi menyerangnyadengan kejam membenamkan gigi-gigi besisehingga terdengarlah jeritan ngerisuara Beringin rebah ke bumi

Sampai sekarang, tiap senjakala lembayung petangdengarlah suara Beringin mengucapkan pesan:

Selamat tinggal,

CONTOH INSTRUMEN DAN EVIDENS: BAND 5 & BAND 6 4

Page 5: BAND 6 (1)

BAHASA MELAYU: TINGKATAN 1 2012

selamat tinggal awanSelamat tinggal matahari selamat tinggal bulanSelamat tinggal kupu-kupu sayangSelamat tinggal wahai burung-burung bersarangSelamat tinggal anak-anak bermain riang

Namaku Beringin pohon tua yang terbuangdimusuhi oleh rancangan bernama Pembangunan

Usman AwangBuku teks tingkatan 1, halaman 140.

KEMAHIRAN MEMBACA

BAND 6

PERNYATAAN Menilai sesuatu perkara yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis

CONTOH INSTRUMEN DAN EVIDENS: BAND 5 & BAND 6 5

Page 6: BAND 6 (1)

BAHASA MELAYU: TINGKATAN 1 2012

STANDARD

DESKRIPTORB6 DB 1:Membaca dan menilai secara keseluruhan sesuatu maklumat daripada pelbagai bahan

EVIDENSB6 DB1 E2:Menilai dan memberikan pendapat daripada bahan yang dibaca

AKTIVITIPENTAKSIRAN

Bahan Petikan daripada drama “Arah Ke Mana”

( Buku Antologi Kasut Kelopak Jantung, halaman 154&155 ) Lirik lagu “Anak”

Langkah Pentaksiran Murid membaca dan memahami petikan drama. Berapa pelajar memberi ulasan tentang drama yang dibaca. Murid mendengar lagu anak sambil menghayati lirik yang

diberi oleh guru. Murid-murid memberi ulasan dan pendapat berdasarkan lirik

lagu dan drama yang telah dibaca, serta menghubungkaitkan dengan isu semasa (gejala sosial)

CONTOH ITEM

ANAK (CAREFREE)

Semasa engkau dilahirkanKau pun sudah satu impianImpian nyata kurnia Illahi

Engkau anak istimewaKebahagian ibu ayahBila menangis dan juga tertawa

Hai anak kau tak mengertiBetapa mulia pengorbanan merekaMemberikan kasih-sayangAgar dapat menikmati dunia

Masa silih bergantiKau membesar tak dikenaliCepat sungguh kau pandai bicara

Apa yang telah terjadiPada mereka kau derhakaMengapa begitu apakah salahnya

CONTOH INSTRUMEN DAN EVIDENS: BAND 5 & BAND 6 6

Page 7: BAND 6 (1)

BAHASA MELAYU: TINGKATAN 1 2012

Hai anak kau tak mengertiBetapa mulia pengorbanan merekaMemberikan kasih-sayangAgar dapat menikmati dunia

Kini kau telah tersesatHilang diri dan pedomanTak seorang pun mengambil peduli

Dan kini engkau menangisIbu ayah menghampiriWalau engkau telah terpesong jauh

Hai anak kau tak mengertiBetapa mulia pengorbanan merekaMemberikan kasih-sayangAgar dapat menikmati dunia

Hai anak kau tak mengertiBetapa mulia pengorbanan merekaMemberikan kasih-sayangAgar dapat menikmati dunia

Contoh-contoh soalan guru. Apakah tema lagu anak dan drama Arah Ke Mana? Nyatakan pengajaran drama tersebut? Pada pendapat anda, apakah punca remaja menderhaka

kepada ibu bapa? Bincangkan kesan sekiranya fenomena di atas berlaku? Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi

masalah tersebut?

CONTOH INSTRUMEN DAN EVIDENS: BAND 5 & BAND 6 7

Page 8: BAND 6 (1)

BAHASA MELAYU: TINGKATAN 1 2012

Contoh Kad Inventori Perbincangan :

CONTOH INSTRUMEN DAN EVIDENS: BAND 5 & BAND 6 8

BIL Soalan √ / X

1 Adakah murid itu memahami tema lagu dan drama?

2 Adakah murid itu dapat mengemukakan pengajaran daripada drama?

3 Adakah murid itu memberikan pendapat tentang punca belakunya gejala sosial dalam kalangan remaja masa kini?

4 Adakah murid itu memberikan respons secara tertib dan bersopan? (contoh: memberikan salam, meminta izin, tutur kata sopan dan lain-lain).

5 Adakah murid dapat menyampaikan pendapat atau idea dengan fasih dan bermakna?