soalan band 1-6 kraf

Click here to load reader

Post on 31-Oct-2015

74 views

Category:

Documents

8 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PBS seni f1

TRANSCRIPT

Nama:..............................................Tingkatan:.........................Tarikh:...............

B1D1Kraf

B1D1E7 & E6Kraf (Tembikar dan anyaman)

1) Nyatakan definisi tembikar dalam pendidikan seni visual?

Tembikar adalah salah satu daripada hasil kraf tangan yang menggunakan bahan tara tanah liat yang dibakar dan digilap.

2) Apakah yang dimaksudkan dengan anyaman?

Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan.

3) Apakah yang dimaksudkan dengan kelarai?

Kelarai ialah corak atau motif pada anyaman.

4) Apakah kegunaan tembikar pada zaman dahulu?

Pada zaman dahulu tembikar digunakan untuk kegunaan harian seperti tempat menyimpan air, pinggan, belanga dan sebagainya.

5) Apakah yang dimaksudkan dengan corak dalam anyaman?

Corak ialah susunan warna pada sesuatu anyaman.

Nama:..............................................Tingkatan:.........................Tarikh:...............

B2D1Kraf

B2D1E7 & E6Kraf (Tembikar dan anyaman)

1) Apakah jenis-jenis anyaman yang wujud di Malaysia?

Jenis-jenis anyaman yang wujud di Malaysia ialah, anyaman mengkuang, anyaman pandan, anyaman buluh, anyaman rotan, anyaman lidi dan anyaman ribu-ribu.

2) Berapakah jenis kelarai yang wujud dalam anyaman dan nyatakan 5 jenis kelarai?

Terdapat 50 jenis kelarai yang diketahui, antara kelarai-kelarai itu ialah, mata bilis, beras patah, siku keluang, pucuk mata berkait, dan buntut siput.

3) Berapakah jenis tembikar yang wujud dan nyatakan jenis-jenisnya?

Terdapat 8 jenis tembikar, antaranya ialah geluk, buyung, bekas bara, terenang, jambangan, labu, mamboing dan tembikar Sarawak

4) Nyatakan ciri-ciri labu sayong?

Berbentuk buah labu/kundur, bahagian penutup seperti kubah masjid, terdapat ragam hias pada badan, motif daripada alam, berawan hitam dan kebiasaannya labu ini dibuat oleh wanita.

5) Nyatakan alatan yang perlu digunakan dalam proses membuat tembikar?

Pengayak, baldi, besen, papan lapis bulat, roda pembentuk tembikar, pelarik tapak tembikar, dawai tajam, rib, span berkatu, dawai pemotong, angkup, penggelek dan penyembur gerlis.

Nama:..............................................Tingkatan:.........................Tarikh:...............

B3D1Kraf

B3D1 E6, & E7Anyaman dan tembikar

Sila tandakan (/) bagi jawapan yang betul dan tandakan (x) bagi jawapan yang salah.

1)Terdapat empat teknik untuk membina tembikar. ( x )

2)Teknik picit merupakan teknik yang paling mudah dalam proses penghasilan tembikar. ( /)

3) Anyaman rotan merupakan satu jenis anyaman yang dihasilkan daripada rotan yang telah diproses. ( / )

4) Anyaman yang dihasilkan untuk kegunaan tikar sembahyang dan hiasan dinding dihasilkan daripada buluh yang telah diraut. ( x )

5) Pembakaran tembikar dilakukan agar tembikar menjadi keras, pejal dan tidak telap air. ( /)

Nama:..............................................Tingkatan:.........................Tarikh:...............

B4D1Kraf

B4D1 E6, & E7Anyaman dan tembikar

Sila isikan tempat kosong berikut.

Sila namakan peralatan untuk membuat tembikar di bawah.

Jawapan:

1. Pengayak

2. Baldi

3. Besen

4. Papan lapis bulat

5. Roda pembentuk tembikar

6. Pelarik tapak tembikar

7. Dawai tajam

8. Rip

9. Span berkatu

10. Span

11. Dawai pemotong

12. Angkup

13. Penggelek

14. Kayu (6mm)

15. Penyembur gerlis

16. Pengukir besi

17. Penepik kayu berukir

18. Pengukir dawai

Nama:..............................................Tingkatan:.........................Tarikh:...............

B5D1Kraf

B5D1 E6, & E7Anyaman dan tembikar

1) Sila hasilkan sebuah tembikar menggunakan teknik picit?

Pelajar menghasilkan sebuah tembikar menggunakan teknik picit.

Contoh: 2) Sila hasilkan sebuah tembikar dengan teknik lingkaran?

Pelajar menghasilkan sebuah tembikar menggunakan teknik lingkaran.

Contoh: 3) Sila hasilkan sebuah tembikar dengan teknik kepingan?

Pelajar menghasilkan sebuah tembikar dengan teknik kepingan.

Contoh: 4) Sila hasilkan sebuah tembikar dengan teknik acuan?

Pelajar menghasilkan sebuah tembikar dengan teknik acuan.

Contoh: 5) Sila hasilkan sebuah anyaman mudah menggunakan kertas?

Pelajar menghasilkan sebuah anyaman mudah menggunakan kertas.

Contoh proses menghasilkan anyaman: