bahasa, kesusasteraaan, keseniaan, proses sosialisasi

22
BAHASA, KESUSASTERAAAN, KESENIAAN, PROSES SOSIALISASI DAN PEMBUDAYAAN MASYARAKAT MELAYU

Upload: rahimi-wm

Post on 04-Aug-2015

208 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

BAHASA, KESUSASTERAAAN, KESENIAAN, PROSES

SOSIALISASI DAN PEMBUDAYAAN MASYARAKAT

MELAYU

BAHASA MELAYU SEBAGAI WAHANA KEPADA PERTUMBUHAN TAMADUN

MELAYU

1)SRIVIJAYA (PALEMBANG)

• Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran berdasarkan 4 buah batu bersurat:

• Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M)• Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M)• Batu Bersurat Batu Kapor (686 M)• Batu Bersurat Karang Brahi (690 M)

• Banyak perkataan Sanskrit digunakan dalam bahasa Melayu seperti bijaksana, permata, pesaka dll.

• Antara bukti penggunaan bhs Melayu berkaitan dgn Islam ialah Batu Bersurat Terengganu 1303 M.

PENGARUH AGAMA HINDU-BUDDHA DAN ISLAM

• Ilmu pengetahuan semasa zaman pengaruh agama Hindu dan Buddha ia terkongkong di kawasan istana dan kraton iaitu di kalangan bangsawan dan pemerintah, sebagai pusat ilmu pengetahuan.

• Ilmu pengetahuan terbuka untuk semua golongan selepas kedatangan Islam.

• Bersumberkan Al-Quran dan Al-Sunnah.

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGANTAR

• Peranan tulisan jawi• Al- Jawah bermaksud ‘tanah hujung’• Sebagai lingua franca• Sebagai bahasa pengantar agama

Islam• Sifat bahasa itu sendiri• Karya-karya tentang metafizik, falsafah

dan teologi yang rasional dan logikal muncul pada kurun ke 16 dan ke 17.

KEDATANGAN BARAT DAN PENGARUH KE ATAS BAHASA MELAYU

• Membantutkan perkembangan tamadun Melayu dari aspek politik, pentadbiran dan ekonomi.

• Kemasukan pemahaman sekular yang menjejaskan pemikiran dan pegangan orang Melayu.

• Membawa semangat rasionaliti dalam ilmu pengetahuan dan pendidikan seperti yang disemai oleh Islam sebelum ini.

TRADISI KEINTELEKTUALAN DAN KESUSASTERAAN DI ALAM MELAYU

1) PASAI– Zaman kegemilangan

kesusasteraan Melayu– Tulisan jawi sebagai medium

penyebaran agama dan kesusateraan Melayu-Islam ketika itu

2) MELAKA• Pusat penyebaran agama Islam• Pusat perdagangan

• Pusat perkembangan bahasa Melayu

• Selain dpd itu peranan Acheh dan Patani memainkan peranan yg penting dalam penyebaran Islam dan Ilmu pengetahuan

CIRI-CIRI KEINTELEKTUALAN DAN KESUSASTERAAN Melayu

• Dua elemen yang utama:

i) Kesan kedatangan Barat.

ii) Kebangkitan semula Islam.

KESENIAN, PROSES SOSIALISASI DAN PEMBUDAYAAN

MASYARAKAT MELAYU

SENI DAN TAMADUN MELAYU

• Seni merupakan buatan manusia yang dihasilkan dari fitrah akal, budi dan perasaan

• Seni merupakan kegiatan manusia yang mempunyai waktu senggang (lapang)

• Hasil seni itu menimbulkan perasaan menyenangkan penciptanya dan penatapnya

• Seni mengekpresikan alam sekitar dan budaya manusianya

SENI DAN KEHIDUPAN

• Hasil seni menunjukkan :

1)hubungan manusia Melayu dengan manusia lain

2)hubungan manusia dengan alam semulajadi

3)manusia dengan kepercayaan dan agama

• Perdagangan merupakan faktor yang turut membawa pengaruh dari luar dalam pembentukan seni budaya Melayu.

• Hasilnya terbentuk seni tekstil spt songket, kain sutera, kain limar dan kain batik. Antara hasil kain asli tempatan ialah kain pua dan kain tenun.

• Alam semulajadi sebagai sumber kreativiti seni orang Melayu. Spt motif dan pola flora, pola pucuk serta pola dan motif fauna.

• Pola hiasan tradisional spt pola berantai, bunga tabor, pucuk rebung dan dahan menjalar.

CIRI-CIRI HASIL SENI MELAYU

• Menampilkan kemahiran, kegemaran dan kemajuan melalui proses dan hasil seni itu.

• Seni bina Melayu menghasilkan tempat perlindungan.

• Seni persembahan orang Melayu menampilkan kelembutan dan kesopanan wanita Melayu serta lelaki menampilkan ketampanan dan ketangkasan lelaki Melayu.

• Seni tekstil dan busana Melayu menunjukkkan penampilannya spt hiasan untuk badan spt butang baju, pending dan tali pinggang, penutup dan penghias dada, pemelih bunga malai, tiara dan mahkota penghias kepala bagi wanita manakala lelaki spt tanjak, songkok, terendak, ikat dan setangan. Seterusnya alas kaki.

• Seni dalam tamadun Melayu mempamerkan kerajinan, kreativiti dan pemikiran orang Melayu.

PROSES SOSIALISASI DAN PEMBUDAYAAN

• Proses sosialisasi ialah proses mempelajari perkara yang diamalkan oleh masyarakat bagi membolehkan seseorang berfungsi di dalam masyarakat tersebut.

• Pembudayaan ialah proses penerapan unsur-unsur budaya bagi memastikan seseorang itu bertindak dalam lingkungan peraturan, norma dan nilai masyarakat yang dianggotainya.

• Proses sosialisasi dilengkapi dengan kawalan sosial.

• Gabungan budaya Melayu berteraskan Islam dan adat selagi bertepatan dengan ajaran Islam.

KAEDAH DALAM PROSES SOSIALISASI

• Menggunakan teknik-teknik tersendiri dalam mendidik anak.

• Orang Melayu mempunyai daya kreativiti intelektual yang tinggi dari segi memerhati dan menghayati alam secara rasional dan saintifik dan mengubah peribahasa, pantun dll.

PENDIDIKAN AGAMA DAN KEMAHIRAN PRAKTIKAL

• Pendidikan agama formal dan tidak formal spt mengaji al-Qur’an dan sistem pendidikan pondok.

• Kemahiran praktikal dan tidak formal diajar semenjak kecil spt tugas-tugas domestik lelaki dan perempuan.

PROSES SOSIALISASI FORMAL

• Pendidikan formal bertujuan untuk melengkapkan seseorang dengan kemahiran atau latihan yang diperlukan dalam bidang pekerjaan.

• Pendidikan agama dan sekular dititikberatkan oleh ibu bapa masa kini.

• Kawalan sosial dari segi penguatkuasaan undang-undang Islam terhadap kesalahan tingkah laku individu Melayu-Islam spt berkhalwat dll.

• Ketamadunan bukan diukur dari segi kemajuan material semata-mata tetapi kerohanian selaras dengan tuntutan agama dan budaya.

• Gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat Melayu hari ini berpunca dpd kelunturan proses sosialisasi dari segi penerapan ciri-ciri budaya berlandaskan ajaran Islam.

• Proses kebangkitan Islam memberi semngat baru kearah pembentukan peribadi Melayu-Islam yang lebih mantap.